Kata Ganda

Post on 24-May-2015

13.325 views 48 download

Transcript of Kata Ganda

Kata ganda terbahagi kepada lima bahagian.

(a) Kata Ganda Seluruh(b) Kata Ganda Separa(c) Kata Ganda Berima/Bersajak(d) Kata Ganda Menyaling(e) Kata Ganda Semu

Setiap kata ganda (kecuali kata ganda separa) mesti dieja dengan menggunakantanda sempang ( - ).

Kata dasarnya diulang dan digandakan.

Contoh pagi-pagi, benar-benar, bulat-bulat, guru-guru, baring-baring…...

1. Mata-mata itu sedang mengawal persimpangan jalan.2. Ular sawa itu menelan bulat-bulat seekor anak kambing.3. Pelajar itu rajin-rajin belaka.

Kata ganda separa mengalami pengulangan sukukata pertama pada kata asalnya.

Contohbola-bola = bebola laki-laki = lelakikuda-kuda = kekuda daun-daun = daunlayang-layang = lelayang kabu-kabu = kekabu

1. Ramai tetamu datang ke majlis hari lahirnya.2. Gegendang telinganya pecah.3. Bantalnya diisi dengan kekabu.

Kata ganda berima ialah perkataan yang ditambahmengalami perubahan bunyi.

Contohhuru-hara, kering-kontang, kuih-muih, mundar-mandir,gunung-ganang, pindah-randah, bukit-bukau….1. Pemandangan gunung-ganang sungguh indah sekali.2. Kuih-muih yang dibuat oleh Puan Aini sungguh enak.3. Rakyat akan hidup dalam huru-hara sekiranya berlaku peperangan.

Biasanya, salah satu perkataan yang mengalami penggandaan berima tidak boleh digunakan secaraberasingan sebagai kata bebas.Perhatikanlah bahawa perkataan yang berhuruf condong itu tidak boleh digunakan secara berasingan.

Contoh

batu-batan gunung-ganang mandi -manda

serta-merta warna-warni gilang-gemilang

Justeru itu, ada juga kedua-dua perkataan yangmengalami penggandaan berima tidak bolehdigunakan secara berasingan sebagai kata bebas.

Contoh

gotong-royong huru-hara huyung-hayang

mundar-mandir porak-peranda tungkus-lumus

Kata dasar itu diulang dengan menggunakan awalan meN-.

Contoh bantu-membantu, karang-mengarang, kejar-mengejar, tari-menari, tawar-menawar…….

1. Penduduk desa itu hidup-membantu.2. Dia membeli barang itu tanpa tawar-menawar lagi.3.Pertandingan masak-memasak itu diadili oleh tukang masak yang berpengalaman.

Kata ganda semu membawa makna yang tertentu.

Contohapi-api, anai-anai, anting-anting, epok-epok,gado-gado, jentik-jentik, labi-labi, oleh-oleh……..

1. Agar-agar yang dijual di kedai Mak Limah sungguh sedap rasanya.2. Wajahnya iras-iras wajah ibunya.3. Badannya gatal-gatal kerana digigit pijat-pijat.

Kata ganda semu bukan membawa makna banyak seperti kata gandayang lain.

Contoh Kesalahan Pembetulan* dua orang budak-budak

* beberapa buah

kedai-kedai

* semua negeri-negeri

* dua orang

budak

* beberapa

buah

kedai

* semua negeri

Contoh Kesalahan Pembetulan* Budak-budak itu

nakal-nakal belaka.

* Pelajar-pelajar itu rajin-

rajin belaka.

* Jalan-jalan di ibu kota

lebar-lebar belaka.

* Budak itu

nakal-

nakal belaka.

* Pelajar itu

rajin-

rajin belaka.

* Jalan di ibu

kota

lebar-lebar

belaka.

kuih-muih sayur-mayur teka-teki

kusut-masai bukit-bukau hutan-belantara

1. ________________ di gerai itu amat lazat.

2. _______________ yang dijual di pasar itu sangat segar.

Kuih-muih

Sayur-mayur

kuih-muih sayur-mayur teka-teki

kusut-masai bukit-bukau hutan-belantara

3. Rambutnya ________________________ kerana baru

bangun daripada tidur.

4. Tarzan tinggal di ________________________ bersama

binatang-binatang buas.

5. Jawapan bagi ________________________ amat mudah

sekali.

kusut-masai

hutan-belantara

teka-teki