Kata Ganda

Post on 05-Dec-2014

611 views 29 download

description

BM

Transcript of Kata Ganda

PAKEJ TUTORIALPEMBELAJARAN

BAHASA MELAYUTAJUK :

PEMBENTUKANKATA GANDA

KATA GANDA PENUH

• Murid dapat mengenal pasti dan memahami kata ganda penuh serta kegunaannya.

• Murid dapat membezakan antara kata ganda penuh jamak dan kata ganda penuh tunggal.

• Murid dapat menulis lima ayat yang menggunakan kata ganda penuh yang betul dan bersesuaian dengan maksud ayat.

T1

T2

T3

T4

OBJEKTIF

• Kata ganda penuh ialah kata yang digandakan seluruh kata dasarnya .

• Kata ganda ini menggunakan tanda sempang (-).

• Kata ganda penuh terdiri daripada Kata Nama, Kata Adjektif dan Kata Keterangan.

• Contoh : kupu-kupu, murid-murid,labah-labah.

T1

T2

T3

T4

Apa itu Kata Ganda Penuh?

• Kebanyakan kata ganda penuh menunjukkan bilangan yang jamak atau lebih daripada satu.

• Contoh : guru-guru, rumah-rumah

• Terdapat juga kata ganda penuh yang menunjukkan objek atau haiwan.

• Contoh : gula-gula, kura-kura.

T1

T2

T3

T4

• Buku-buku ini dipinjam dari perpustakaan sekolah.

T1

T2

T3

T4

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Penuh?

• Kata ‘buku-buku’ dalam ayat menunjukkan bilangan buku tersebut lebih daripada satu iaitu jamak.

T1

T2

T3

T4

• Maniam dan keluarganya menyaksikan persembahan ikan lumba-lumba di Zoo Negara.

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Penuh?

• Kata ‘lumba-lumba’ dalam ayat di atas merujuk kepada sesuatu yang tunggal kerana kata ganda seluruh ini merupakan nama bagi sejenis ikan.

T1

T2

T3

T4

• Budak-budak yang sedang bermain di padang itu merupakan kanak-kanak kurang upaya.

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Penuh?

• Kata ‘budak-budak’ dalam ayat di atas merujuk kepada sesuatu yang jamak iaitu ramai budak dan kata ‘kanak-kanak’ merupakan kata nama am dan bukan kata ganda seluruh.

T1

T2

T3

T4

Aktiviti 1

Penuhkan jadual dengan kata ganda penuh yang sesuai.

J

Kata Ganda Penuh(Tunggal)

Kata Ganda Penuh(Jamak)

Jawapan-Aktiviti 1

Kata Ganda Penuh(Tunggal)

Kata Ganda Penuh(Jamak)

Gula-gula Meja-meja

Kura-kura Baju-baju

Api-api Kawan-kawan

Lumba-lumba Kotak-kotak

Penuhkan jadual dengan kata ganda penuh yang sesuai.

Padankan ayat dengan kata ganda penuh yang sesuai.

T1

T2

T3

T4

Aktiviti 2

1. ___________ mempunyai cengkerang yang keras.

2. Semua murid dikehendaki menghatar _____________ yang telah dipinjam dari perpustakaan.

3. Pencuri itu ditangkap oleh___________.

4. Badan Ali ___________ terkena air laut.

5. Cahaya ________ sangat cantik.

Mata-mata

Kura-kura

Kelip-kelip

Buku-bukuMera

h-mera

h J

Padankan ayat dengan kata ganda penuh yang sesuai.

Aktiviti 2

1. ___________ mempunyai cengkerang yang keras.

2. Semua murid dikehendaki menghatar _____________ yang telah dipinjam dari perpustakaan.

3. Pencuri itu ditangkap oleh___________.

4. Badan Ali ___________ terkena air laut.

5. Cahaya ________ sangat cantik.

Mata-mata

Kura-kura

Kelip-kelip

Buku-bukuMera

h-mera

h

Bina ayat yang menggunakan Kata Ganda Penuh yang diberikan di bawah.

• Kura-kura

• Meja-meja

• Kelip-kelip

• Murid-murid

• Alat-alat

T1

T2

T3

T4

Penilaian

J

Bina ayat yang menggunakan Kata Ganda Penuh yang diberikan di bawah.

• Kura-kura = Banyak kura-kura dalam kolam itu.

• Meja-meja = Meja-meja di dalam kelas itu disusun dengan rapi.

• Kelip-kelip = Malik dan kawan-kawannya pergi melihat kelip-kelip di tepi sungai.

• Murid-murid = Guru meminta murid-murid mengulang kaji pelajaran setiap kali mempunyai masa terluang.

• Alat-alat = Mereka perlu menyediakan alat-alat yang sesuai bagi menyiapkan projek tersebut.

Jawapan-Penilaian

• Penggandaan penuh merupakan penggandaan yang mengulangkan seluruh kata dasar sesuatu perkataan.

• Terdapat kata ganda penuh yang merujuk kepada sesuatu yang jamak dan terdapat juga kata yang merujuk kepada sesuatu yang tunggal.

T1

T2

T3

T4

Kesimpulan

KATA GANDA SEPARA

• Murid dapat mengenal pasti dan memahami kata ganda separa serta kegunaannya.

• Murid dapat membina lima kata ganda separa daripada kata ganda seluruh.

• Murid mengisi tempat kosong dalam petikan dengan menggunakan kata ganda separa yang betul.

T1

T2

T3

T4

OBJEKTIF

• Kata ganda separa merupakan kata yang mengalami penggandaan suku kata pada kata dasarnya.

• Kata ganda ini tidak menggunakan tanda sempang (-).

• Kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

• Contoh : dedaun, lelaki, pepatung.

• Kata ganda separa juga berfungsi untuk menunjukkan sesuatu yang jamak atau banyak dan juga sesuatu yang tunggal.

T1

T2

T3

T4

Apa itu Kata Ganda Separa?

T1

T2

T3

T4

Contoh Kata Ganda Separa

Patung-patung = pepatung

Daun-daun = dedaun

Bunga-bunga = bebunga

Kuda-kuda = kekuda

Laki-laki = lelaki

Bola-bola = bebola

Tamu-tamu = tetamu

T1

T2

T3

T4

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Separa?

Dedaun pokok itu berguguran di halaman rumah.

• Kata ‘dedaun’ dalam ayat menunjukkan bilangan daun di pokok tersebut lebih daripada satu iaitu jamak.

T1

T2

T3

T4

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Separa?

• Seorang kanak-kanak lelaki telah memanjat pokok di hadapan rumahnya untuk memetik buah.

• Kata ‘lelaki’ dalam ayat menunjukkan sesuatu yang tunggal iaitu seorang lelaki.

T1

T2

T3

T4

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Separa?

• Emak menggoreng bebola ikan yang telah dibeli oleh ayah untuk sarapan pagi.

• Kata ‘bebola’ dalam ayat menunjukkan sesuatu yang berbeza maknanya daripada kata dasar perkataan itu.

• Contohnya kata dasar bebola ialah bola.

T1

T2

T3

T4

Aktiviti 1

J

• Bina kata ganda separa daripada kata ganda penuh di bawah.

Tupai-tupai =__________

Kuda-kuda =__________

Tamu-tamu =__________

Kuda-kuda =__________

Daun-daun =__________

Jawapan-Aktiviti 1

• Bina kata ganda separa daripada kata ganda penuh di bawah.

Tupai-tupai = tetupai

Kuda-kuda = kekuda

Tamu-tamu = tetamu

Kuda-kuda = kekuda

Daun-daun = dedaun

T1

T2

T3

T4

Aktiviti 2

J

1. e a k

1. Ayah saya seorang ______.2. Muism panas _________ berguguran.3. ________ berterbangan di kawasan itu.4. _________ itu sungguh enak di makan.

2. d

n3.p t

4. b l

Jawapan-Aktiviti 2

1. l e l a k i

1. Ayah saya seorang lelaki .2. Muism panas dedaun berguguran.3. Pepatung berterbangan di kawasan

itu.4. Bebola itu sungguh enak di makan.

2. de

d

u

n3. p e p a t u g

4. b b o l a

Pada suatu hari, Hanim membersihkan halaman rumahnya dengan membuang _______ kering ke dalam tong sampah. Hanim juga menyiram _______ yang kembang mekar di depan rumahnya. Terdapat seoarang kanak-kanak _______ yang nakal cuba merosakkan _____ kesayangan Hanim. Hanim sempat menghalanag kanak-kanak ______ itu. Rumah Hanim bersih dan kemas. Terdapat beberapa ekor_______ berterbangan di kawasan rumah Hanim. Hanim gembira dengan rumahnya yang bersih.

T1

T2

T3

T4

Penilaian

J

Pada suatu hari, Hanim membersihkan halaman rumahnya dengan membuang dedaun kering ke dalam tong sampah. Hanim juga menyiram bebunga yang kembang mekar di depan rumahnya. Terdapat seoarang kanak-kanak lelaki yang nakal cuba merosakkan bebunga kesayangan Hanim. Hanim sempat menghalanag kanak-kanak lelaki itu. Rumah Hanim bersih dan kemas. Terdapat beberapa ekor pepatung berterbangan di kawasan rumah Hanim. Hanim gembira dengan rumahnya yang bersih.

Jawapan-Penilaian

• Kata ganda separa merupakan kata yang berganda dengan menambahkan suku kata di hadapan perkataan dasarnya.

• Kata ganda ini juga berfungsi untuk sesuatu yang jamak dan ada juga tunggal.

T1

T2

T3

T4

Kesimpulan

KATA GANDA BERENTAK

• Murid dapat mengenal pasti dan memahami kata ganda berentak serta kegunaannya.

• Murid dapat membezakan kata ganda berentak daripada kata ganda yang lain.

• Murid dapat menulis semula lima ayat yang menggunakan kata ganda berentak yang salah kepada ayat yang betul penggunaannya.

T1

T2

T3

T4

OBJEKTIF

• Kata ganda berentak merupakan kata yang mempunyai sebutan berirama di pangkal, hujung atau keseluruhan ayat.

• Kata ganda ini menggunakan tanda sempang (-).

• Kata ganda berentak terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

• Kata ganda berentak juga berfungsi untuk: Menyatakan makna berjenis-jenis atau pelbagai.

Menyatakan makna saling atau sangat

Menyatakan makna kekerapan atau sering

T1

T2

T3

T4

Apa itu Kata Ganda Berentak ?

T1

T2

T3

T4

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif

Gunung-ganang Mandi-manda Warna-warni

Bukit-bukau Gotong-royong Kurus-kering

Rempah-ratus Lalu-lalang Kucar-kacir

Lauk-pauk Mundar-mandir Hingar-bingar

Kuih-muih Cerai-berai Riuh-rendah

Sayur-mayur Gopoh-gapah Kusut-masai

Contoh Kata Ganda Berentak

T1

T2

T3

T4

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Berentak ?

Bukit-bukau yang terdapat di kawasan itu dapat menarik perhatian pelancong asing.

• Kata ‘bukit-bukau’ dalam ayat menunjukkan sesuatu makna yang sangat.

• Kata ‘bukit-bukau’ juga merupakan kata ganda berirama daripada kata nama.

T1

T2

T3

T4

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Berentak ?

Tukang masak itu menyediakan lauk-pauk dengan menggunakan ayam segar.

• Kata ‘lauk-pauk’ dalam ayat menunjukkan kepelbagaian lauk yang dimasak oleh tukang masak.

T1

T2

T3

T4

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Berentak ?

Yati suka melihat pelangi yang berwarna-warni dan sangat cantik itu.

• Kata ‘warna-warni’ dalam ayat merupakan kata ganda berirama daripada kata adjektif yang menunjukkan sifat pelangi itu yang mempunyai banyak warna.

T1

T2

T3

T4

Aktiviti 1

• Pilih kata ganda berentak yang betul.

Kuih-muih Batu-batan

Cerai-berai

Simpang-siur

Mata-mata

Sayur-mayur

Makan-makan

Bengkang-bengkok

J

Jawapan-Aktiviti 1

• Pilih kata ganda berentak yang betul.

Kuih-muih Batu-batan

Cerai-berai

Simpang-siur

Mata-mata

Sayur-mayur

Makan-makan

Bengkang-bengkok

T1

T2

T3

T4

Aktiviti 2Sambungkan semua titik di kata ganda berentak yang betul dan nyatakan bentuk yang terhasil.

Kelam-kabut

Kusut-masai

Gopoh-

gapah

Gelap-gelita

Berlari-lari

Warna-warni

Cerai-berai

Makan-

makan

Malam-

malam

Buah-buaha

n

Murid-murid

Biji-bijian

J

Aktiviti 2Sambungkan semua titik di kata ganda berentak yang betul dan nyatakan bentuk yang terhasil.

Kelam-kabut

Kusut-masai

Gopoh-

gapah

Gelap-gelita

Berlari-lari

Warna-warni

Cerai-berai

Makan-

makan

Malam-

malam

Buah-buaha

n

Murid-murid

Biji-bijian

Bentuk :rumah

T1

T2

T3

T4

Penilaian

J

1. Wani mundar-mundar kerana gelisah mengenai kehilangan kucingnya.

2. Kakak membawa kereta secara perlahan kerana bimbang dengan keadaan jalan yang bersimpang-simpung.

3. Banyak ratus-ratus yang digunakan dalam masakan itu.

4. Keadaan Mimi kusut-musut setelah bergaduh dengan adiknya.

5. Ramai orang lalu-lalu di jalan itu.

Baca ayat di bawah dan kenal pasti kesalahan kata ganda serta betulkan kesalahan tersebut.

Jawapan-Penilaian

1. Wani mundar-mandir kerana gelisah mengenai kehilangan kucingnya.

2. Kakak membawa kereta secara perlahan kerana bimbang dengan keadaan jalan yang bersimpang-siur.

3. Banyak rempah-ratus yang digunakan dalam masakan itu.

4. Keadaan Mimi kusut-masai setelah bergaduh dengan adiknya.

5. Ramai orang lalu-lalang di jalan itu.

Baca ayat di bawah dan kenal pasti kesalahan kata ganda serta betulkan kesalahan tersebut.

T1

T2

T3

T4

Kesimpulan

• Kata ganda berentak merupakan kata ganda yang mempunyai sebutan berirama di hujung atau pangkal perkataan.

• Kata ganda ini juga menunjukkan sesuatu objek itu banyak, pelbagai, sangat(kata penguat) dan kerap.

KATA GANDA BERIMBUHAN

• Murid dapat mengenal pasti dan memahami kata ganda berimbuhan serta kegunaannya.

• Murid dapat membezakan jenis imbuhan yang digunakan bagi setiap kata ganda.

• Murid dapat menulis lima ayat dengan menggunakan kata ganda berimbuhan yang terdapat dalam gambar.

T1

T2

T3

T4

OBJEKTIF

T1

T2

T3

T4

Apa itu Kata Ganda Berimbuhan?

• Merupakan kata ganda yang telah diberikan imbuhan.

• Imbuhan diletakkan sama ada di awal, akhir, apitan atau sisipan.

• Kata ganda berimbuhan juga terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata kerja.

• Contoh : berlari-larian, kejar-mengejar, buah-buahan, sayang-menyayangi.

T1

T2

T3

T4

Contoh Kata Ganda Berimbuhan

Imbuhan Awalan

Imbuhan Akhiran

Imbuhan Apitan

Menari-nari Alat-alatan Berkasih-kasihan

Bermain-main Biji-bijian Berkejar-kejaran

Bersiap-siap Kenang-kenangan

Berlinang-linangan

Kejar-mengejar Barang-barangan

Berpeluk-pelukan

Tolak-menolak Tangis-tangisan Keemas-emasan

• Bunga-bungaan di taman itu dijaga rapi oleh Pak Majid serta keluarganya.

T1

T2

T3

T4

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Berimbuhan?

• Kata ‘bunga-bungaan’ dalam ayat merupakan kata ganda berimbuhan akhiran.

• Kata ini menunjukkan bilangan bunga tersebut banyak atau jamak dan pelbagai jenis.

• Posmen itu mencari-cari alamat rumah untuk menghantar surat yang dibawanya.

T1

T2

T3

T4

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Berimbuhan?

• Kata ‘mencari-cari’ dalam ayat merupakan kata berimbuhan awalan yang mengalami penggandaan separa.

• Ramai murid bertolak-tolakan semasa membeli makanan di kantin.

T1

T2

T3

T4

Bagaimana kita menggunakan Kata Ganda Berimbuhan?

• Kata ‘bertolak-tolakan’ dalam ayat merupakan kata ganda berimbuhan apitan.

• Imbuhan berada di awal dan akhir kata dasar yang berganda.

T1

T2

T3

T4

Aktiviti 1

J

Padankan kata ganda di bawah dengan imbuhan yang betul.

Alat-alatanBerkejaran-kejaranMenari-nari

Bersahut-sahutan

Kenang-kenangan

Ketiga-tiga

Tuduh-menuduhSayang-menyayangiAnak-beranak

Berjalan-jalan

Imbuhan awalan

Imbuhan akhiran

Imbuhan apitan

Jawapan-Aktiviti 1

Padankan kata ganda di bawah dengan imbuhan yang betul.

Alat-alatanBerkejaran-kejaranMenari-nari

Bersahut-sahutan

Kenang-kenangan

Ketiga-tiga

Tuduh-menuduhSayang-menyayangiAnak-beranak

Berjalan-jalan

Imbuhan awalan

Imbuhan akhiran

Imbuhan apitan

T1

T2

T3

T4

Aktiviti 2

J

1. Nadia ________ tangan kepada ibunya.2. Ramai murid _______ di padang sekolah

pada waktu rehat.3. Murni teringat kembali _____ ketika dia

dibangku sekolah.4. ________ baju itu milik Dilla.5. Ali dan Abu _______ berebutkan baju itu.

Isikan tempat kosong dengan kata yang sesuai.

Kenang-kenanga

n

Melambai-lambai

Kedua-dua

Tarik-menarik

Berkejar-kejaran

Jawapan-Aktiviti 2

1. Nadia melambai-lambai tangan kepada ibunya.

2. Ramai murid berkejar-kejaran di padang sekolah pada waktu rehat.

3. Murni teringat kembali kenang-kenangan ketika dia dibangku sekolah.

4. Kedua-dua baju itu milik Dilla.5. Ali dan Abu tarik-menarik berebutkan baju itu.

Isikan tempat kosong dengan kata yang sesuai.

Kenang-kenanga

n

Melambai-lambai

Kedua-dua

Tarik-menarik

Berkejar-kejaran

Perhatikan gambar dan senaraikan kata ganda berimbuhan yang terdapat dalam gambar ini dan bina lima ayat daripada kata ganda tersebut.

T1

T2

T3

T4

Penilaian

J

Perhatikan gambar dan senaraikan kata ganda berimbuhan yang terdapat dalam gambar ini dan bina lima ayat daripada kata ganda tersebut.

Jawapan-Penilaian

Terumbang-ambing

Berenang-renang

Berjalan-jalan

Melambai-lambai

Berterbang-terbangan

Jawapan-Penilaian

• Ikan berenang-renang di lautan yang bersih dan jernih.

• Harimau itu berjalan-jalan mencari mangsanya.

• Kapal itu terumbang-ambing di lautan yang bergelora.

• Burung-burung itu berterbang-terbangan di langit.

• Angin yang kuat talah menyebabkan pokok di tepi laut bergoyang-goyang.

T1

T2

T3

T4

Kesimpulan• Kata ganda berimbuhan

wujud apabila kata ganda itu ditambahkan dengan imbuhan.

• Imbuhan yang digunakan termasuklah imbuhan apitan, sisipan, awalan dan akhiran.

• Kata ganda ini jug merujuk kepada sesuatu bilangan yang banyak dan pelbagai

SELAMAT BELAJAR