Kajian bidang menggambar

Post on 14-Apr-2018

595 views 7 download

Transcript of Kajian bidang menggambar

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 1/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

PENGENALAN

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni

memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-

faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah

melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut

zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya

mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga

mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang

merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni

ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah,

terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu

kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk

melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah

komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-

bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).

Seni visual  merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni

halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan

reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni

visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk

menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik

yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea

ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila

bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau

persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut

bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada

abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah

menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 2/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual,

 justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus

dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni

yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni

seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407),

sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk

seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan

dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.

Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni

keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai

bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu

yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian

tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman

motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu

dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep,

tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri.

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan

hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta

penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni

Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan

tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 3/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

DISKRIPSI (BIDANG)

Di dalam Pendidikan Seni Visual terdapat empat bidang kegiatan iaitu:

1. Menggambar 

2. Membuat Corak dan Rekaan

3. Membentuk dan Membuat Binaan

4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi

yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik.Bagi kajian ini bidang yang menjadi tumpuan merupakan bidang menggambar.

Menggambar 

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan

terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik

yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam

bidang ini ialah:

a) Lukisan g) Gosokan

b) Catan h) Stensilan

c) Kolaj i) Percikan

d) Montaj j) Gurisan

e) Cetakan k) Capan

f) Resis l) Mozek

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan

menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan

kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 4/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus

kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual individu dan

kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan

membolehkan individu itu menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan

melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.

Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian

dan cerita.

SINOPSIS KARYA

“The Lake House”

Karya ini diberi nama “The Lake House” yang bertemakan alam semula jadi. Ia dihasilkan

melalui pelbagai bahan dan teknik serta penerapan bersama unsur seni serta prinsip-prinsip

rekaan dalam konteks pendidikan seni visual. Penghasilan sesebuah karya ia melibatkan mesej

atau maksud yang ingin disampaikan. Selain itu juga subjek matter yang digunakan di dalam

karya. Subjek matter bagi karya di atas adalah rumah usang di mana komposisi rumah tersebut

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 5/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

yang berada pada kedudukan yang seimbang menjadikannya sebagai tumpuan kepada

pemerhati. Karya ini juga menggambarkan suasana yang damai dan indah apabila penggunaan

warna panas dan sejuk digunapakai.

Penggunaan Media dan Bahan.

Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak

bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu

dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan

yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yang mahal dan berkualiti

merupakan satu rangsangan dalam penghasilan lukisan. Sepanjang karya di atas dihasilkan

alatan dan bahan yang digunakan adalah pensel, warna poster, berus, straw, lidi dan gambar.

Penggunaan pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna. Kemudian

penggunaan warna poster digunakan 80% di dalam karya di atas. Ini kerana karya yang

dihasilkan menggunakan teknik catan di mana teknik catan yang bersifat 2 dimensi biasanya

diwarnakan di atas permukaan kertas. Selain itu, penggunaan bahan seperti lidi digunakan di

dalam teknik kolaj untuk meninggalkan kesan yang lebih dramatik yang bersifat 3 dimensi.

Gambar-gambar dari media cetak juga digunakan bagi penggunaan teknik montaj.

Penggunaan Teknik 

Beberapa teknik menggambar telah digunakan bagi menghasilkan karya bidang menggambar 

dua dimensi dan tiga dimensi ini. Antara teknik yang digunakan adalah teknik catan, kolaj,

montaj dan juga percikan.

Teknik catan merupakan proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia

mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun abstrak.

Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Lukisan

grafik mengandungi komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas

permukaan bahan. Satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah satu hasil kerja estetik

dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Teknik catan air 

terbahagi kepada 4 iaitu :

  Teknik Basah Atas Basah

  Teknik Kering Atas Basah.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 6/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

  Teknik Berus Kering.

  Teknik Kecatan.

Bagi penghasilan karya di atas, teknik catan telah digunakan. Satu hasil kerja estetik dicipta

dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Ia melibatkan teknik basah atas

basah iaitu sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan

lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar 

untuk dikawal sapuannya. Di dalam karya tersebut, teknik ini dapat dilihat di bahagian langit

yang disapu menggunakan warna oren. Manakala teknik berus kering yang melibatkan sapuan

warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna

yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan

memberi kesan kering berlegap. Ia dapat dilihat di bahagian daun pokok. Manakala teknik

kecatan banyak digunakan di bahagian-bahagian yang lain. Dapat dilihat di bahagian kanan

karya terdapat sepohon pokok di mana rantingnya dihasilkan melalui teknik tiupan. Teknik ini

akan membentuk corak yang tidak terancang apabila warna air tadi dititiskan dan meniup

menggunakan straw bagi memberi kesan ranting yang semula jadi, lalu ditambah daun pokok

bagi menampakkan imej pokok. Selain itu juga terdapat juga teknik percikan pada bahagian

angsa di mana ianya memberi kesan percikan air yang menggambarkan seolah-olah angsa

tersebut sedang bermain. Teknik percikan menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang

melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan

yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas. Percikan di

dalam karya ini dilakukan dengan menggunakan berus lukisan bersama warna poster putih

yang dicampur dengan air.

Teknik Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu

permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal

sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Berbagai

 jenis bahan dilekat dan tampal di satu permukaan khas seperti kertas lukisan. Ia mestilah

mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj. Di dalam karya ini teknik kolaj digunakan

pada bahagian rumah usang yang menjadi subjek matter pada karya ini. Bahan yang digunakan

merupakan lidi, digam dan dilekatkan bagi membentuk sebuah rumah usang. Penggunaan

bahan juga secara tidak langsung menaikkan sesuatu nilai estetik sesebuah karya. Jika dilihat

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 7/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

karya tersebut, bahan lidi yang dijadikan kolaj untuk membentuk rumah usang itu lebih menarik

kerana warna semula jadi lidi itu secara tidak langsung memberi ton warna yang realistik.

Teknik Montaj  merupakan tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu

cerita. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana- mana media cetak

untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai

kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam

kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.

Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto,

majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan

satu imej. Komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan

menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil

karya montaj. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara

bertindih di antara satu sama lain. Di dalam karya ini teknik montaj digunakan pada bahagian

bunga tulip, bunga teratai, rama-rama dan juga katak. Kesan montaj ini juga secara tidak

langsung menghidupkan sesuatu karya itu.

KAJIAN TOKOH

Mansor Ghazali dilahirkan pada 6 Januari 1930 di Bukit Candan, Kuala Kangsar,

Perak. Kecenderungannya melukis mula dikesan sejak menuntut di Sekolah Melayu Bukit

Chandan. Malangnya, minat beliau dalam bidang lukisan langsung tidak mendapat sokongan

daripada guru-guru kolonial. Beliau terus melukis dan melukis sehingga melanjutkan pengajian

di Sekolah Clifford Kuala Kangsar sebelum menyertai Institut Latihan Perguruan di Johor pada

1952. Kemudian, Allahyarham menyertai Institut Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur. Lebih

membanggakan, beliau merupakan pelajar Melayu terawal dihantar menuntut dalam jurusan

seni reka di Brighton, England pada 1962.Beliau mula melukis sekitar tahun 1963 secara hobi

dan tidak membuat pameran. Beliau terlibat dengan pameran-pameran anjuran persatuan

pelukis Johor, Persatuan cat air Malaysia dan beberapa pameran di Malaysia. Beliau pernah

mendapat beberapa anugerah sepanjang penglibatan dalam cat air. Persatuan Pelukis Cat Air 

Malaysia pernah memberi anugerah pelukis cat air. Kejora, Johor (1984) dan Anugerah Pelukis

Terbaik Perak daripada Yayasan Kesenian Perak pada tahun 2000. Beberapa pendapat

menyatakan beliau adalah sebagai pelopor cat air aliran impresionis yang begitu mengagumi

kumpulan pelukis cat air dari Rusia.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 8/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

karya

catan

Mansor Ghazali 

Jika dilihat pada karya catan pelukis Mansor Ghazali, beliau menggunakan teknik catan air 

yang bertemakan pemandangan. Penggunaan teknik catan air melibatkan pelbagai teknik.

Begitu juga dengan karya “The Lake House” yang hampir keseluruhan karya dihasilkan

menggunakan teknik catan. Teknik catan merupakan teknik yang menjadi kegemaran di dalam

bidang menggambar kerana ia memberikan visual warna yang menarik

Pelukis Ju Duoqi juga merupakan pelukis yang terkenal menggunakan teknik kolaj dengan

menggunakan bahan daripada sayur-sayuran. Seorang seniman asal dari China

mempersembahkan karyanya yang ia cantik dari aneka lukisan ternama dunia dengan seluruh

bahannya dari sayuran. Ju Duoqi, 35, menamakan pameran lukisan bertajuk "Vegetable

Museum" di Beijing. Di antara karyanya terdapat lukisan Mona Lisa Leonardo da Vinci yang

terdiri dari tofu dan ubur-ubur laut. Ketika ditemubual mengapa beliau menggunakan sayuran, ia

mengatakan bahawa tujuannya adalah ingin mengajak orang-orang memandang objek yang

mereka lihat setiap hari dari sudut pandang yang berbeza.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 9/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

Karya Ju Duoqi 

Penggunaan teknik kolaj juga dapat memberi kesan estetika yang hebat sekiranya penggunaan

bahan yang digunakan dari sumber semula jadi dan membentuk pelbagai imej yang ingin

ditonjolkan. Karya “The Lake House” yang dihasilkan juga tidak ketinggalan dalam mengikuti

teknik kolaj apabila bahan penggunaan seperti lidi digam dan disusun membentuk sebuah

rumah usang di tengah tasik.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 10/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

Teknik Menggambar 

Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai

pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan

pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri

mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam

memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.

Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah

satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang

murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam

membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu, ia

menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara

kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis,

gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang

murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat

bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih

dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid

terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 11/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

1) Teknik lukisan.

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej

dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang

dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna

dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti

pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan,

melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa,

bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh

dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras

sukar.

2) Teknik Catan

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata

yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak

melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan

satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas

permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 12/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah

.Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar 

seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan

pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.

3) Teknik Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu

permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D

yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun

dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas

daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu

komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan

daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara ‘superimpose’ di antara satu

sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk

atau tema tertentu.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 13/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

4)  Teknik Montaj

Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu

permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam

sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak

untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada

seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,

diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan

menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil

karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 14/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

5)  Teknik Cetakan

Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui

perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan

berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses

ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan

lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar 

yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses

penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan

acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang

berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau

bahan lain.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 15/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

6)  Teknik Resis

Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang

dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar 

yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup

kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin

tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan

dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna

terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh

lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 16/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

7) Teknik Gosokan

Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang

berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh

yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk

merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua

objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat

dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas

suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya

dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 17/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

8)  Teknik stensilan

Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara

supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu

atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau

lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan

kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 18/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

9) Teknik percikan

Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau

menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan ‘a speckled granite- style finish’

yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus

warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan

bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana

sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan

ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan

menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 19/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

10) Teknik Gurisan.

  Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan

menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang

lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara

berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau

tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu

supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi

berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 20/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

11) Teknik Capan

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik

capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan

warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan

dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah

seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan

berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 21/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

12) Teknik Mozek

Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu

reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan

tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya

mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas

digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah

aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai

dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema

yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.

http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknik-menggambar.html

 Apakah itu GOSOKAN?

Gosokan merupakan proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang

berjalinan. Ia adalah proses penerokan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 22/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

terdapat di sekeliling mereka. Ia merupakan cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan

berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.

 Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan

akan terhasil. Hasil catakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping

kerta yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.

Gosokan adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan

sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu

dan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya sapat mengembangkan pemahaman dalam

penggunaan jalina dan ton.

Menurut Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang

boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk

mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Gosokan dapat memperkembangkan seria lihat

terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan pelbagai perasaan seperti gembira, suka, minat

selesa dan sebagainya. Apabila kita mengapikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak

secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.

Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berlainan boleh menghasilkan berbagai

corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan

dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat

beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara

gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang

mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding

permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

7/27/2019 Kajian bidang menggambar

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-bidang-menggambar 23/23

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL PSV 3104

KESIMPULAN

Dalam aktiviti menggambar, penggunaan teknik memainkan peranan penting dalam

menghasilkan sesebuah karya bersama dengan imaginasi dan daya kreativiti. Kemahiran

melukis melalui pengalaman menjadi asas kepada penghasilan karya ini. Penggunaan bahan

dan alat juga memberi kesan seni kepada hasil sesebuah karya. Karya “The Lake House”

dihasilkan mengikut tema pemandangan alam semula jadi dengan menggunakan teknik-teknik

di dalam bidang menggambar . Ia dihasilkan dengan mengambil kira aspek dari pelbagai media

dan teknik yang menekankan dari segi ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Pengetahuan

penggunaan teknik menggambar menjadikan hasil karya ini mempunyai nilai estetika dalam

bentuk visual. Oleh itu, kajian tokoh merupakan perkara yang menjadi rujukan untuk membuat

perbandingan melalui teknik-teknik yang digunakan.

BIBLIOGRAFI

Jeff Low, Syndia Low, H. Heather (2011). Panduan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 KBSM :

Cerdik Publication Sdn. Bhd, Shah Alam.

Chua Yan Piaw (2011). Panduan Revisi : Esensi Pendidikan Seni Visual SPM. Pearson

Longman.