Post on 05-Nov-2020
BULETIN Bil. 1 Disember 2015
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
KANDUNGAN
KATA ALUAN DEKAN MS 2
SEMINAR MACFEA MS 3
SYARAHAN UMUM PNB-YTI 2015 MS 4
BENGKEL LATIHAN SISWA DAN KEPIMPINAN FEP MS 5
PROGRAM KEMBARA SISWA SISWI (KEMSIS 15) MS 6
PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN 2015 MS 7
PENCAPAIAN FEP MS 8
GALERI GAMBAR MS 9
SIDANG
REDAKSI Prof. Dr. Norman Mohd Saleh
Penasihat
Pn. Syazriza Zulkapli
Ketua Editor
Cik Nadzirah Yahya
Editor
Pn. Zainah Basir
Pn. Norashikin Hussin
Editor Bersekutu
Pn. Airmy Abd Rahman
Pereka
Unit Foto FEP
Fotografi
Sidang Redaksi Buletin FEP amat
mengalu-alukan sumbangan bahan
daripada ahli fakulti untuk
diterbitkan dalam Buletin FEP. Sila
hantarkan bahan-bahan tersebut
kepada:
Editor Buletin FEP
Pejabat Dekan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Tel : 03 8921 3262 / 5611
Faks : 03 8925 1821
KATA ALUAN DEKAN
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Assalamualaikum wm.wbt. dan Selamat Sejahtera
2
Alhamdulilah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA
Buletin FEP berjaya diterbitkan buat pertama kalinya. Pada kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi Buletin FEP di atas
kejayaannya menerbitkan buletin rasmi FEP buat pertama kalinya.
Buletin ini diterbitkan bertujuan untuk berkongsi berita pencapaian fakulti
yang melibatkan semua ahli fakulti. Dalam masa yang sama, penerbitan
buletin ini juga turut menjadi medium untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti
terpilih yang berjaya dijalankan di FEP.
Buletin FEP dijangka diterbitkan dua kali setahun bermula Disember 2015
yang mana setiap keluaran akan meliputi berita terpilih sepanjang enam bulan
sebelumnya.
Buletin FEP yang berbentuk kemasyarakatan ini bukan sahaja dapat memberi
manfaat tetapi juga dapat menyerlahkan fakulti kepada masyarakat umum.
Akhir kata, saya mewakili sidang redaksi Buletin FEP mengucapkan Selamat
Tahun Baru 2016. Semoga kedatangan tahun baru 2016 memberi kesejahter-
aan dan kejayaan buat kita semua.
Salam hormat,
Prof. Dr. Norman Mohd Saleh
peserta untuk lebih bijak dalam pengurusan kewangan. Dialog ini terdiri daripada tiga panel ternama iaitu Prof. Ben Jacobsen, Dato’ Paul Selvaraj dan En. Azaddin Ngah Tasir.
Majlis penutupan seminar ini telah
berlangsung dengan jayanya dengan
penyerahan anugerah kertas kerja
terbaik MACFEA ke-19.
BANGI - Sebanyak 93 artikel telah dibentangkan dalam Seminar Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) ke-19. Seminar ini bermula pada 19 November 2015 mendapat penyertaan daripada pelbagai golongan masyarakat dari seluruh Malaysia. Seminar yang dianjurkan secara tahunan ini melibatkan kerjasama daripada MACFEA, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Kursi Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) ).
Seminar yang mendapat penyertaan seramai 122 orang peserta ini telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari di IOI Resort Putrajaya disertai oleh ahli-ahli MACFEA, ahli akademik, pegawai kerajaan, penyelidik, badan bukan kerajaan, pelajar, pengamal dan orang awam. Tema seminar kali ini adalah Pengguna Dan Kewangan.
Naib Canselor UKM, Prof. Datuk
Dr. Noor Azlan Ghazali berbesar
hati merasmikan seminar ini.
Beliau berkata tema yang
dipilih ini diharap berupaya
membincangkan perkara-
perkara yang berkaitan dengan
pengguna dari aspek
pengurusan kewangan, corak
kepenggunaan dan penggunaan
yang lestari.
Program seminar yang berlangsung dalam masa yang sama, memberi peluang khususnya kepada orang awam untuk menyertai dua sesi ucaptama bagi mendengar pandangan dan idea berkaitan dengan isu-isu kepenggunaan. Sesi ucaptama pertama berjudul “What Determines Our Investment Decisions” telah disampaikan oleh Prof. Ben Jacobsen yang merupakan Penyandang Kursi YTI-UKM. Manakala untuk sesi kedua Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membahaskan isu berjudul “Pengguna Bangkit”.
Sesi dialog pengguna yang diadakan pada hari kedua seminar berjudul “Spending and Borrowing: How to Remain Sustainable?” di-harap berjaya mendidik
SEMINAR PERSATUAN EKONOMI PENGGUNA DAN KELUARGA MALAYSIA (MACFEA ) KE 19
3
KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kerjasama Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail Ali (YTI), UKM telah berjaya mengadakan satu ceramah umum pada 23 November yang lalu. Program selama satu hari ini telah diadakan di Grand Ballroom, The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur dengan jumlah penyertaan seramai 400 orang peserta. YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah dijemput untuk menjadi perasmi bagi ceramah umum ini.
Satu sesi soal jawab telah dibuka kepada peserta sebaik sahaja syarahan disampaikan oleh Prof. Dr. Ben Jacobsen tamat. Sesi soal jawab ini secara tidak langsung membuka peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan hasil penyelidikan oleh Penyandang Kursi dengan masyarakat umum. Penyertaan umum khususnya golongan professional dalam program ini diharap dapat meningkatkan pembangunan modal insan negara.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir ke program ini ialah Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana), Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM, Prof. Dr. Norman Mohd Saleh.
Penyandang Kursi YTI, Prof. Dr. Ben Jacobsen turut
melancarkan buku berjudul “The Shaking Foundation
of Finance”.
SYARAHAN UMUM PNB-YTI UKM 2015
4
5
Gambar Kenangan Selepas Selesai Bengkel Bersama Dekan, Ketua HESA, Penceramah dan Fasilitator
BENGKEL LATIHAN SISWA DAN KEPIMPINAN FAKULTI EKONOMI
DAN PENGURUSAN (FEP)
TELUK INTAN, PERAK – Bengkel Latihan Siswa dan Kepimpinan FEP telah di-adakan di Pusat Latihan UKM, Teluk Intan, Perak pada 27 hingga 29 November 2015 yang lalu. Program ini telah dihadiri seramai 32 orang pelajar yang terdiri dari Barisan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa FEP (PMFEP) dan kelab-kelab yang berada di bawah naungan FEP.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Hal Ehwal Siswa dan Alumni (HESA), FEP iaitu Dr. Norlin Khalid dan ia dijalankan selama dua hari dengan jayanya bersama kehadiran penceramah dan fasilitator yang berpengalaman iaitu Dr. Lokhman Hakim Osman (Penceramah) dan Dr. Mohd Hasimi Yaacob (Fasilitator). Sepanjang program ini dijalankan, peserta dilatih dengan sifat kepimpinan agar dapat mencapai KRA 1 iaitu graduan beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif seterusnya dapat memantapkan lagi sifat kepimpinan dalam kalangan ahli persatuan dan kelab. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) menjadi pengisian utama dalam bengkel tersebut, antara aktiviti yang dijalan-kan sepanjang program adalah seperti “Ice-Breaking - Appreciating Differences”, “Leadership and Communication”, “Importance of Leadership”, “Negotiation and Decision Mak-ing”, “Esprit de core”, “Planning and Resource Management” dan “Ultimate Strategic and Resource Planning”.
Dekan FEP, Prof. Dr. Norman Mohd Saleh
telah meluangkan masa pada majlis penutup
dengan penyerahan hadiah kepada peserta
yang terlibat.
Gambar Sepanjang Program:
PROGRAM KEMBARA SISWA SISWI (KEMSIS 15)
“To catch the reader's attention,
place an interesting sentence or
quote from the story here.”
6
HULU LANGAT – Seramai 35 orang peserta dari kalangan pelajar tahun 1 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah menyertai Program Kembara Siswa Siswi (KEMSIS 15) anjuran Exco Kebajikan dan Modal Insan, PMFEP yang berlangsung pada 6 hingga 8 November 2015. Program ini adalah program tahunan Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) sebagai satu platform untuk persatuan mahasiswa ini membina ukhwah dengan para pelajar tahun 1 FEP.
Program ini berlangsung dengan jayanya selama tiga hari dua malam di Kem Lubok Manggis, Hulu Langat, Selangor yang bertemakan “Semaian Ukhwah Teras Persaudaraan”. Bentuk program ini lebih terarah kepada kem perkhemahan di mana menuntut para peserta untuk melatih kepimpinan seterusnya mampu untuk bekerja sebagai satu pasukan dalam sesebuah organisasi.
Lebih menarik lagi, menurut pengurus Kem Lubok Manggis yang lebih mesra dikenali dengan sapaan Che Mat berkata program ini adalah program yang julung kalinya diadakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kem berkenaan sejak lebih beberapa tahun kem ini ditubuhkan. Dengan bantuan pasukan peronda dan pengawas kem yang diselia oleh Che Mat sendiri maka segala aktiviti dapat
dijalankan dengan jayanya, terutamanya aktiviti “Di Mana Sang Mentari” yang dijalankan pada sebelah malam di dalam hutan.
Selain itu, antara slot yang dilihat memberi kesan kepada semua peserta adalah slot “Pasar Malam” di mana ia berjaya menuntut peserta berfikir secara kreatif dalam menghasilkan produk baru untuk dipasarkan kepada pembeli dalam situasi pasar malam. Pelbagai reaksi dan kelincahan peserta dalam memasarkan produk mereka secara kreatif untuk menjana keuntungan dilihat melalui slot ini.
Majlis penutupan program ini telah berlangsung dengan penyerahan cenderamata kepada pengurus kem sebagai tanda kenangan daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti ekonomi dan Pengurusan.
DANG WANGI - Kelab Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM telah mengadakan Program Tautan Kasih
Bersama Gelandangan dengan kerjasama NGO KINDNESS Malaysia pada 4 Disember 2015.
Program ini telah disertai oleh ahli Kelab Ekonomi, Jawatankuasa Kelab Ekonomi, pensyarah iringan iaitu Dr. Norlin Khalid,
Prof. Madya Dr. Norlida Hanim Mohd Salleh, Prof. Madya Dr. Faridah Shahadan dan Pn. Kamarul serta pelajar kursus Citra
Sosial & Kebertanggungjawaban FEP, IPTA dan IPTS yang lain.
Program ini berlangsung selama 5 jam iaitu dari pukul 9.00 malam sehingga 2.00 pagi dan ia dimulakan dengan sedikit ucapan
daripada Ketua HESA FEP, Dr. Norlin Khalid. Sebagai pensyarah, beliau sendiri berasa teruja kerana ia adalah pengalaman kali
pertama menyertai program seperti ini. Beliau berkata lagi, dengan menyertai program ini, ia mampu memberi kesedaran
kepada kita untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Program ini bertemakan ‘Secebis Kasih, Sejuta Harapan’. Tepat pada jam 12 tengah malam, pemberian makanan kepada
gelandangan di sekitar kawasan Dang Wangi dimulakan dengan peserta program diagihkan kepada dua kumpulan dan menuju
ke kawasan masing-masing dan dibantu beberapa orang NGO KINDNESS Malaysia.
“Selari dengan KRA 4 UKM iaitu Sumber Manusia dan Institusi Cemerlang dengan mendekati masyarakat yang terbiar ini dan
memastikan aktiviti yang positif dijalankan dalam membentuk peserta yang berilmu, berketrampilan, mempunyai etika yang
baik dan proaktif sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dalam masyarakat di samping dapat membangun sebuah
institusi yang cemerlang. Bagi saya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya”, kata Ketua Pengarah program ini,
Mohammad Izwan Md. Zaidi.
Program ini diakhiri dengan ulasan dan pandangan daripada setiap peserta yang pertama kali menyertainya serta penyerahan
cenderamata kepada wakil NGO KINDNESS Malaysia, Encik Zul. Rumusannya, majoriti peserta mengatakan ia adalah
pengalaman yang sangat menginsafkan dan ingin menjadikan ia sebagai aktiviti mingguan.
PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN 2015
7
Salah seorang peserta memberikan makanan kepada
gelandangan
Pensyarah Pengiring bersama Peserta dan gelendangan
Gambar Sepanjang Program:
PENCAPAIAN FEP:
“To catch the
reader's
attention,
place an
interesting
sentence or
quote from the
story here.”
8
Statistik Penerbitan 2015
Gambar Sepanjang Program:
GALERI GAMBAR
“To catch the reader's attention,
place an interesting sentence or
quote from the story here.”
9
BENGKEL SOP LANGKAWI, 21-23 DIS 2015, PPL LANGKAWI
BENGKEL PENYEDIAAN TINDAKAN JURNAL EKONOMI MALAYSIA, 28 DIS 2015, RHR UNITEN
SEJARAH FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
“To catch the reader's attention,
place an interesting sentence or
quote from the story here.”
10
Sejarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, dirintis dengan tertubuhnya Jabatan Ekonomi dan
Perdagangan seusia dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970.
Pada peringkat awal penubuhannya disiplin ekonomi hanya bertaraf jabatan. Ia merupakan salah sebuah
jabatan dalam Fakulti Sastera. Taraf Jabatan Ekonomi dan Perdagangan telah dinaikkan ke peringkat fakulti
pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan.
Fakulti baru ini dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin menigkat
telah melahirkan idea untuk memisahkan fakulti ini kepada dua buah fakulti yang berasingan iaitu Fakulti
Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pengasingan fakulti ini telah berlaku pada 16 Mei 1979.
Semenjak dari itu, kedua-dua fakulti telah berkembang dengan pesat.
Dalam tahun 1996, pihak pengurusan UKM telah memutuskan untuk mengkaji semula dan menstrukturkan
Fakulti dan Jabatan Akademik. Pada bulan Ogos 1997, keputusan telah dibuat bahawa penggabungan fakulti
akan berdasarkan susunan atau rumpun ilmu.
Tahun 1999 – Semua fakulti dalam rumpun sains telah disatukan dan menjadi Fakulti Sains dan
Teknologi.
Tahun 2001 – Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Pembangunan dan Fakulti
Pengajian Bahasa distrukturkan semula sebagai Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
1 April 2004 – Tertubuhnya Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, iaitu gabungan Fakulti Ekonomi dan
Fakulti Pengurusan Perniagaan.
1 Januari 2008 – Graduate School of Business telah diwujudkan bagi menggantikan Pusat Pengajian
Siswazah Perniagaan
Pada Ogos 2010, Lembaga Pengarah Universiti telah meluluskan nama baru Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
kepada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
03 8921 5360 03 8925 1821
dfep@ukm.edu.my Laman Web: www.ukm.my/fep