DANDAN KEPALA

Post on 05-Jul-2015

174 views 0 download

Transcript of DANDAN KEPALA

BERDANDAN

ALAT DANDANAN KEPALA

• Sikat• Minyak rambut• Cekak• Skaf• Bedak• Gincu• Anting-anting• Tudung

CARA MENGGUNAKAN ALAT DANDANAN KEPALA

SIKAT• Sikat digunakan sebagai alat untuk merapikan

rambut. • Memilih sikat yang tepat, pada dasarnya

berbeza berdasarkan model rambut (lurus atau keriting), panjang pendek rambut, dan efek yang ingin dihasilkan.

• Pada mulanya, ajarkan pelajar memegang sikat dengan betul.

• Pastikan mereka tidak kekok ketika memegang sikat.

• Sikat rambut dari depan ke belakang dimulakan di bahagian tengah-tengah kepala.

• Seterusnya di bahagian kanan dan kiri kepala sehingga rambut tersusun rapi.

MINYAK RAMBUT

• Minyak rambut digunakan untuk melembutkan rambut supaya mudah diurus serta menyejukkan kepala. Selain itu, dapat mengharum dan mengilatkan rambut.

• Sebelum menggunakan minyak , pastikan rambut dalam keadaan kering.

• Kemudian, sapukan minyak pada rambut dan kulit kepala.

• Akhir sekali, rambut dapat disikat dan dirapikan.

CEKAK• Fungsi pemakaian cekak rambut adalah untuk

mengelakkan kerimasan, menambahkan keselesaan ketika bersukan ataupun belajar serta menjaga struktur rambut agar kekal sihat dan tidak gugur ke bumi.

• Comel apabila melihat kanak-kanak memakai cekak rambut di atas kepala. Motif reben, bunga, butang dan apa saja yang comel pasti menarik perhatian.

SKAF • Terdapat beberapa fungsi skaf. Antaranya adalah

untuk melegakan kesakitan kepala, mengelakkan keguguran rambut, mengelakkan bau kepala dan mengelakkan kesakitan dalaman.

• Tunjukkan cara memakai skaf yang betul kepada pelajar.

• Pastikan cara memegang skaf adalah betul. • pegang bahagian anak tudung yg ber’SLIT’ mengadap

pelajar dan terus sarungkan ke kepala. • betulkan ikut kesesuaian kepala pelajar supaya tidak

longgar dan tidak terlalu ketat.

BEDAK

• Bedak merupakan serbuk halus yang digunakan untuk mempercantik muka atau untuk ubat kulit.

• bedak juga digunakan untuk menyejukkan muka supaya kulit tidak cepat rosak kerana sinar matahari.

• Tunjukkan cara menyapu bedak muka yang betul kepada pelajar.

• Pastikan cara memegang botol bedak dan taburkan bedak ke atas tapak dengan betul supaya tidak tumpah.

• Kemudian, sapu dan ratakan bedak ke muka sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu tebal.

GINCU• Gincu merupakan alat untuk memberi warna

pada bibir supaya kelihatan menarik dan tidak pucat.

ANTING-ANTING

• Anting-anting merupakan perhiasan telinga yang digantungkan pada cuping telinga.

• Pemilihan anting-anting yang sesuai dan selesa untuk dipakai adalah amat penting terutamanya kanak-kanak.

TUDUNG

• Tudung merupakan sesuatu yang dipakai untuk menutup dan meliputi bahagian atas kepala iaitu rambut.

• Pastikan pelajar tahu cara memegang tudung yang betul sebelum dipakai.

• Tunjukkan cara meletakkan tudung yang betul supaya tidak senget dan memilih saiz tudung yang sesuai dengan pelajar supaya tidak terlalu labuh dan singkat.

• Tunjukkan cara pin tudung dengan betul menggunakan kerongsang supaya tidak mencederakan pelajar.

• Selain itu, mereka lebih sesuai untuk memakai tudung ‘arini’ kerana tidak perlu menggunakan kerongsang. Ini lebih selamat dan terhalang dari sebarang kecederaan pada pelajar.