GE2253 KAEDAH
SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
7 PENGURUSAN MAKMAL SAINS
7.0 Objektif Bab
Bab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang:
1. Kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains.2. Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khususnya
yang melibatkan pembelian bahan dan alat sains.
3. Cara yang betul menyimpan bahan dan peralatan sains di
dalam makmal.
4. Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya di dalam
makmal.
5. Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langkah mencegah
berlakunya kemalangan di dalam makmal sains.
6. Cara-cara merawat kecederaan ringan di dalam makmal
sains.
7. Cara-cara pembuangan bahan sisa daripada makmal sains.
7.1 Pengenalan
Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains
di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna
para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran sastera mahupun
aliran sains menggunakan malmal sains sekurang-kurangnya 80
minit setiap mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan dua
aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains
bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan
sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran
mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting bagi
menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains
serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan.
Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting
pengurusan makmal sains sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah
: Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahan dan peralatan
sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya,
Keselamatan di dalam makmal, Pertolongan cemas dalam makmal
dan Pelupusan bahan sisa.
7.2 Kepentingan Pengurusan dan Penyelenggaraan Makmal
Sains
Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan
diselenggarakan dengan baik . Matlamatnya ialah :
Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam makmal.
Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam
makmal.
Mengelak pembaziran.
2
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk
pengajaran.
Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.
7.3 Peruntukan Makmal Sains
Makmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa
sumber.
PERUNTUKAN SUBSIDI DARI KERAJAAN SEKOLAH
PERUNTUKAN SAINS
FIZIK KIMIA BIOLOGISAINS
7.4 Belanjawan Makmal Sains
Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik
tentang perbelanjaan sejumlah wang yang diperuntukkan.
Proses ini memerlukan kebijaksanaan perancangan supaya
faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan
tersebut.
7.4.1 Bagaimana membuat belanjawan
3
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir
tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang
perlu dibeli dan membuat pesanan awal.
Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains
dan gurru-guru kanan mata pelajaran sains. Namun
demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.
7.4.2 Saranan membuat belanjawan makmal
1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan
kuantiti item-item.
2. Ketua Jabatan Sains tentukan:
(a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis.
(b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis
diperlukan.
(c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
(d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
(e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan.
4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal – bekalan air,
elektrik, gas ,perabot, dll.
5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat
pelunjuran harga untuk tahun hadapan.
6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran
sains hendaklah menyediakan satu senarai keperluan
untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model dan kuantiti4
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a)
bahan-bahan pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama;
(c) bahan-bahan kaca, plastik dan logam;(d) spesimen
biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air,
elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-
buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll.
7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan
dan Guru Kanan) untuk
menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan
peruntukan.
Garis panduan menyediakan senarai keperluan
1. Apakah item-item yang:
sangat diperlukan?
boleh diubahsuaikan?
boleh dibeli dengan murah?
boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari
rumah, sekolah, sekitaran?
boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?
2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh
pelajar-pelajar?
7.4.3 Pesanan dan pembelian
Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada
Pengetua atau Ketua Jabatan. Segala urusan surat-
menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh Pengetua.5
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Pertimbangan sebelum pembelian:
1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian
melalui pembekal yang dilantik
oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke
sekolah.
2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada
sesuatu masa:
. Kuantiti banyak, lebih murah.
. Bahan kimia, jangan beli banyak.
3. Masa pembelian:
. Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan
“segar”.
. Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli
apabila stok minimum.
4. Cari pembekal yang murah:
. Harga mahal dari pembekal alatan sains.
. Beli dari syarikat yang belum terkenal.
. Beli dari kedai biasa.
7.4.4 Prosedur pembelian
Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah
melalui cara tender.
Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah
melalui sebut harga. Pembelian melalui sebut harga
merangkumi tujuh langkah, iaitu:6
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
1. Meminta Sebut harga
. Sekolah menghantar surat kepada sekurang-
kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga.
. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang
diperlukan.
. Nyatakan tarikh tutup sebut harga.
. Simpan salinan surat.
2. Pemilihan pembekal
Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga.
. Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu
barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas
jualan.
. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa
dahulu.
3. Borang pesanan
. Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang
berjaya.
. Simpan salinan pesanan
4. Surat/nota tanda terima
. Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.
. Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.
5. Nota hantaran
. Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh
dan masa barangan akan dihantar ke sekolah
seperti dinyatakan dalam borang pesanan.7
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
. Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang
akan dihantar.
. Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran.
. Failkan nota bersama-sama dokumen lain.
6. Penerimaan barangan
. Pembekal menghantar barangan.
. Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum
menandatangani nota hantaran, semak barangan yang
dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani
dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh
sekolah.
7. Invois
. Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan
nota hantaran yang telah ditandatangani.
. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut
harga yang dibuat.
. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan
pembayaran
7.5 Penyimpanan Bahan/Radas Sains
7.5.1 Jenis storDi sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utamadan stor agihan.
8
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
STOR UTAMA STOR AGIHAN Menyimpan semua alat
dan bahan pengajaransains.
Bahan/alat dari storini tidak diagihkankepada individu.
Bahan/alat diagihkakepada stor di setiapmakmal.
Di setiap makmal. Agihan/pengeluaran
bahan/alat kepada pelajardi makmal berkenaan.
Ciri-ciri stor utama Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat
bawah untuk memudahkan hantaran bahan/alat.
Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli.
Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup
cahaya di lorong, antara lorong dan antara rak.
7.5.2 Sistem penyimpanan item-item sains
Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan,
iaitu laci, almari, kabinet, rak dan sebagainya. Setiap
ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan
padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang
sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa
pemeriksaan stok.
Contoh:
9
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan
lima (5) kabinet dalam makmal Fizik II.
Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2,
F1K3, F1K4 dan F1K5.
Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2,
F2K3, F2K4 dan F2K5.
Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian
bahan/alat.Kad-kad stok biasanya disimpan mengikut
abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item
dalam bentuk kod.
Contoh:
Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna
botol spesimen disimpan di makmal Biologi I, dalam
kabinet nombor 3.
Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak
mengelirukan. Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan
ke tempat asalnya.
7.5.3 Dokumen-dokumen penting di dalam makmal
Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet
yang berkunci.
Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang
lain mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran dari
Ketua Jabatan Sains.10
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Jangan dibawa keluar dari makmal.
Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah
Sebut harga, Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran,
Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok.
Kad-kad Stok
Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat
tentang setiap item yang disimpan di dalam stor.
Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap
item, untuk memudahkan pemeriksaan stok.
Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia
(iaitu item-item pakai habis) dipisahkan dari kad-
kad stok peralatan (item-item tahan lama).
Contoh kad stok:
(a) Item-item tahan lama.
11
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
(Nama sekolah)Item:Kelalang,volumetrik
500ml
Lokasi : K8Tarikh
StokMasuk
Tarikh
KuantitiDibeli
Harga
JumlahStok
Tarikh
Dipinjam,Rosak,dll.
Baki
Tandatangan
199625/3
5
26/4
2
RM12
5
6
1 pecah 4
6
(b) Bahan pakai habis.
STOK MAKSIMUM 2 kg
(Namasekolah) STOK
MINIMUM 0.5kg
Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur)Lokasi : K3
Tarikh StokMasuk
Tarikh KuantitiDiterma
Harga
Pembekal
JumlahStok
Digunakan
Baki
Tandatangan
199619/3
1.5kg
26/4 0.5kg RM30 R&R 2.0kg 0.5kg
1.5kg
7.5.4 Penyimpanan Bahan/Radas
A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak
organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan12
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang
beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan
sebagainya.
Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak
jika disimpan lama.
Gunakan stok yang lama dahulu.
Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis
dengan terang.
Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada
rak.
(a) Bahan kimia tak organik
Simpan berasingan daripada bahan kimia organik.
Label pada botol mengikut nama logam.
Botol-botol bahan kimia tak organik disusun
mengikut abjad di dalam almari bertutup.
Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah
dihinggapi habuk.
Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan
mengikut nama
logam.
Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah
nama sebatian ammonium.
13
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air
dari udara dengan yang boleh menghilangkan air
habluran ke udara.
Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari
udara : asid sulfurik pekat, barium klorida, barium
nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida,
kalium karbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida,
kalsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II)
klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat,
kuprum (II) klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium
klorida, natrium bromida, natrium hidroksida,
natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II)
klorida, zink klorida, zink nitrat.
Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke
udara : ammonium karbonat, boraks (dinatrium
tetraborat), kalium heksasianoferat (II), magnesium
sulfat, natrium asetat, natrium karbonat, natrium
sulfat.
(b) Bahan kimia organik
Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan
dari bahan-bahan lain.
Abaikan penambahan ortho, para, di, tri.
Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang
meruap, beracun dan mudah terbakar. Oleh itu,
14
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang
baik dan penggunaan api dilarang.
(c) Bahan kimia cecair yang mengkakis
Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan
letak di atas rak yang tinggi. Sebaliknya, letak
di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan
lantai.
(d) Logam alkali
Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan
dengan udara.
Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika
hendak dikeluarkan, gunakan penyepit dan potong
dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan
tangan.
(e) Fosforus kuning (putih)
Sangat berbahaya dan sangat aktif .
Disimpan di dalam air sejuk.
(f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya
Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat.
Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.
(g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas
15
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen
peroksida.
Disimpan di dalam peti sejuk.
(h) Bahan kimia yang sangat berbahaya
Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh
membawa maut serta–merta jika tertelan.
Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan
rekodkan kuantitinya.
B. Cara menyimpan peralatan
(a) Bahan kaca
Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu
tinggi atau bersama-sama benda-benda yang berat
atau logam.
Alat yang mahal seperti “Kipp’s Apparatus”
hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal.
Labelkan kotak jengan jelas.
Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis.
. Kelalang – mengikut saiz dan dalam
kotak yang berbeza.
. Buret – disimpan berdiri atau
dalam laci yang panjang yang dialas
dengan kapas.
. Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid
mikroskop, piring petri, tiub 16
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
spesimen) – disimpan
di dalam talam di rak ataupun dalam
laci. Labelkan setiap
laci dengan jelas.
. Termometer – disimpan dalam kotak
asal mengikut jenis dan julat.
. Tiub dan batang kaca – disimpan
tegak dan diberi sokongan di
bahagian tengah. Tiub
kaca yang bergaris pusat besar
disumbat kedua-dua
hujung untuk mengelak habuk/debu.
Bahan –bahan ini mesti
disimpan mengikut “berat”
(berdinding nipis,
sederhana atau tebal). Setiap kategori
disimpan mengikut garis
pusat luar. Jika belun digunakan,
simpan dalam pembalut
asal.
. Alat kaca yang panjang
(contoh : buret dan pipet) disimpan
derdiri tegak pada rak
khusus.
(b) Bahan/alat plastik17
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Jauhkan dari punca panas. Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang
berat.(c) Bahan-bahan logam
Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpanbersama dan perlu diperiksa dari semasa kesemasa.
(d) Bahan bantu mengajar Disimpan dalam almari “bertingkap” cermin. Carta – ditutup dengan helaian plastik
lutsinar.(e) Pelbagai item kecil
Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung ujidan spatula.
Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyakpetak kecil.
(f) Model-model yang besar Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan
ditutup dengan plasik untuk mengelak debu.(g) Mikroskop
Disimpan dalam almari yang dipasangkan denganbeberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa.Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapakeping zink atau aluminium untuk memastikanudara di dalamnya panas dan kering. Tujuannyaadalah untuk mengelak percambahan kulat. Dindingalmari ditebuk beberapa lubang kecil supayaudara bergerak dengan bebas.
7.6 Keselamatan Di Dalam Makmal Sains
Para pelajar memang seronok menjalankan aktiviti makmal,
terutamanya eksperimen. Namun demikian mereka mestilah
menyedari tentang kemungkinan berlakunya kemalangan jika
18
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang
demikian, guru bartanggungjawab menerangkan kepada pelajar
tentang aspek keselamatan dan langkah-langkah keselamatan
serta memastikan setiap pengguna makmal sains mematuhi
peraturan dan langkah-langkah keselamatan.
GURUPELAJAR
MESTILAH MENGAMBIL LANGKAH PERLU SEDAR TENTANG BAHAYA SUPAYA SEGALA AKTIVITI DAPAT YANG MUNGKIN BERLAKU SUPAYA DILAKSANAKAN TANPA SEBARANG DI SAMPING MENDAPAT FAEDAH KEMALANGAN DARIPADA AKTIVITI, KEMALANGAN
DAPAT DIHINDARI
7.6.1 Mengapa kemalangan berlaku
Kajian-kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kemalangan
di dalam makmal sains berlaku antaranya kerana:
Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan peralatan
yang digunakan.
Guru gagal memberi arahan dan menyelia secukupnya.
Guru tidak merancang aktiviti dengan baik.
Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak
digunakan.19
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Tidak mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan.
Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalankan
amali.
Tergesa-gesa dalam melakukan amali.
Sikap “tidak apa” pengguna makmal.
7.6.2 Keselamatan makmal – tanggungjawab siapa?
SEKOLAH DAN KAKITANGAN MAKMAL
Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan
supaya wujud suasana kerja yang selamat.
GURU
Merancang aktiviti makmal dengan baik. Memberi arahan
yang jelas termasuk langkah keselamatan dan memastikan
pelajar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan.
PELAJAR
Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan
yang berpunca dari bahan kimia, peralatan, dan teknik
yang digunakan supaya bahaya adalah minimum.
Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga
keselamatan diri dan rakan-rakan semasa di makmal
20
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
7.6.3 Aspek-aspek keselamatan di dalam makmal
1. RUANG 2. PERALATAN 3. PENGGUNA4. LANGKAH
. STOR .. API . GURU . PERATURAN AM
. MAKMAL . SPESIMEN . PELAJAR
. ARAHAN . ELEKTRIK . PEMBANTU
KESELAMATAN . KACAMAKMAL . PROSEDUR . BAHAN
KECEMASAN KIMIA . RAWATAN
. PELUPUSAN . PERALATAN KHUSUS
. PERSEDIAAN GURU
5. JENIS KEMALANGAN . LUKA . KEJUTAN . BAHAN BERACUN . BAHAN KIMIA . KEBAKARAN
7.6.3 Langkah-langkah keselamatan dalam makmal
Peraturan makmal – Satu senarai tentang apa yang
pelajar patut patuhi semasa bearada dan bekerja di
dalam makmal sains. Pastikan setiap pelajar memahami
peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan
diberi semasa pelajar pertama kali mengunakan makmal.
21
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Tampalkan peraturan makmal ditempat yang mudah
dilihat oleh pelajar.
Kemahiran manipulatif – Pastikan pelajar tahu
menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikan
alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi
arahan guru tentang prosedur amali.
Kotak pertolongan cemas – Pastikan kotak pertolongan
cemas tidak berkunci dan mengandungi peralatan untuk
rawatan kecemasan.
Peralatan keselamatan – Pastikan semua peralatan
keselamatan, misalnya alat pemadam kebakaran berada
dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan di
tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua
pelajar tahu menggunakan peralatan berkenaan.
Petunjuk – Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA
di tempat yang mudah dilihat dalam setiap mmakmal.
Kebersihan – Makmal hendaklah sentiasa bersih dan
tidak licin. Bekas sampah hendaklah disediakan.
Rancangan untuk keadaan kecemasan – Pastikan pelajar
tahu prosedur menyelamatkan diri jika berlaku
kebakaran.
Pencahayaan dan pengudaraan – Pastikan cukup
pencahayaan dan pengudaraan di dalam makmal.
Panduan keselamatan – Sediakan panduan keselamatan
makmal dan pastikan guru dan kakitangan makmal22
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
memahami isi kandungannya serta dapat mengambil
langkah-langkah keselamatan bila perlu.
Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk
pendawaian dan palam elektrik berada dalam keadaan
baik.
Pelupusan bahan sisa – Pastikan bahan sisa makmal
dilupuskan dengan cara yang betul.
Rawatan kecemasan – Pastikan guru dan kakitangan
makmal tahu tentang cara-cara memberi rawatan
kecemasan apabila diperlukan.
Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar,
guru mempunyai tanggungjawab tambahan, iaitu:
Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan,
Rancangan tindakan untuk keadaan cemas.
7.7 Rawatan Kecemasan
Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam
langkah memberi rawatan awal sebelum mangsa mendapat rawatan
profesional. Empat perkara asas dalam rawatan kecemasan
ialah:
AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN.
JANGAN CEMAS.
TAHU PUNCA KEMALANGAN.
23
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL
Jenis dan punca kemalangan
K E M A L A N G A N
JENIS PUNCA
KEBAKARAN
PENUNU BUNSEN LITAR PINTAS UNSUR-UNSUR LOGAM
AKTIF
KERACUNAN BAHAN KIMIA GAS SPESIMEN BIOLOGI
LUKA ALATAN KACA RADAS
KEJUTAN ALAT ELEKTRIK PENDAWAIAN, PUNCA KUASA, PALAM
Pengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang
berlaku di dalam makmal dapat membantu guru mengenal pasti
langkah dan cara rawatan yang bersesuaian.
7.7.1 Prosedur pertolongan cemas24
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
TERBAKAR
. Mengurangkan kesan haba .Mengurangkan kesakitan .
Mengurangkan
bengkak . Memastikan mangsa mendapat cukup
minuman .Mententeramkan mangsa .Mengurangkan kejutan
Kaedah rawatan kebakaran
API
Rendamkan bahagian yangterbakar dalam air sejuk(ais) dengan segera untukmengurangkan kesakitan.
Jika luka, balutkan denganpembalut yang steril untukmengelakkan infeksi.
Dapatkan rawatanprofesional.
BAHAN KIMIA
Tanggalkan pakaian danbarang-barang yang terkenabahan . Basuh dengan airmengalir selama 15 minit.
Dapatkan rawatanprofesional. Jika melecurringan, beri rawatan awal.
KEBAKARAN RINGAN
ASID
Basuh dengan air.
Sapukan larutan natrium
25
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
bikarbonat 1 %.
Basuh dengan air.
ALKALI
Basuh dengan air.
Sapukan asid asetik 1 %.
Basuh dengan air.
BROMIN Basuh dengan air.
Sapukan larutan ammonia
cair
(1 bahagian ammonia : 15
bahagian air)
NATRIUM dan KALIUM
Buang logam dengan
menggunakan penyepit.
Rendam dalam air selama 20
minit.
Keringkan dan balut dengan
pembalut yang steril.
FOSFORUS
Basuh dengan air.
Basuh dengan larutan kuprum
sulfat 1%.
Balut dengan pembalut yang
lembap.
7.7.2 Merawat kecederaan ringan26
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
LUKA
RINGAN DAN SEDIKIT BERDARAH Buang kekotoran / kaca.
Basuh dengan air.
Balut dengan pembalut yang bersih dan steril.
Dapatkan rawatan doktor. Suntikan antiteta
diberiakn jika perlu.
JIKA BANYAK DARAH Hentikan pendarahan dengan
menekan tempat yang luka.
Jika luka pada tangan atau kaki,
tekan pada titik tekanan.
(lihat Rajah)
. Titik tekanan
PATAH
Jangan gerakkan pesakit kecuali jika terdapat
wasap atau kebakaran.
Berikan rawatan untuk luka dan kejutan.
Dapatkan rawatan profesional.
27
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
KEJUTAN
GEJALA : Pucat, kulit dingin dan
lembap, berpeluh pada kulit dan tapak
tangan, muntah,
menggigil, susah bernafas.
RAWATAN :
Baringkan pesakit dengan kepalanya lebih rendah
daripada badan.
Jangan gerakkan pesakit.
Pastikan badannya panas, iaitu dengan
menyelimutkannya.
Pastikan saluran pernafasan terbuka.
Jika sedar, berikan kopi atau teh untuk memulihkan
peredaran darah.
KEJUTAN ELEKTRIK
Tutup punca arus dan berikan rawatan untuk
kejutan.
Untuk menarik mangsa dari punca arus
elektrik:
Berdiri atas bahan penebat, misalnya kasut
getah.
Gunakan sarung tangan getah/kayu
28
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Lakukan pernafasan buatan dengan segera,
jika perlu.
Panaskan badan mangsa dengan selimut.
Panggil doktor.
KERACUNAN
DALAM MULUT
Keluarkan dengan segeradan basuhkan dengan airyang banyak.
Dapatkan rawatan doktor.
TERLELAN
Jika sedar, berikan 2 – 4gelas air/susu dengansegera.
Panaskan badan mangsa. Panggil doktor dengan
segera.
TERHIDU
Bawa mangsa ke tempat yanglapang.
Berikan oksigen (jika adaalat).
Panaskan badan mangsa. Dapatkan bantuan doktor. Jika boleh, kenal pasti
29
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
jenis bahan toksik. Jika pernafasan berhenti,
berikan pernafasan buatan.
7.8 Bahan-bahan Yang Berbahaya
Setiap bekas atau botol bahan kimia yang berbahaya
mestilah ditandakan dengan simbol yang khusus,
misalnya bahan mengkakis, bahan beracun dan bahan
mudah terbakar.
Guru mestilah mengetahui sama ada sesuatu bahan itu
berbahaya dan kesannya ke atas kesihatan supaya
langkah berjaga-jaga dapat diambil dan penggunaan
bahan berkenaan dapat dielak atau dikurangkan.
Terdapat pelbagai sifat dan kesan bahan kimia. Ada
yang sangat beracun, sangat mengkakis, meruap, boleh
meletup, membebaskan gas beracun, dan sebagainya.
Kesannya pula, ada yang menyebabkan kematian,
karsinogenik, merosakkan organ-organ di dalam badan,
dan sebagainya.
Contoh-contoh berikut menunjukkan betapa bahayanya
bahan-bahan kimia tertentu terhadap kesihatan:
Arsenik : Beracun; boleh meyebab maut. Asbestos : Debunya menyebabkan barah paru-paru. Asid hidroklorik pekat : Meruap; beracun. Asid sulfurik pekat : Amat mengkakis.
30
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Benzena : Sangat beracun; boleh meresap melaluikulit; merosakkan hati, ginjal dan sum-sumtulang; menyebabkan barah.
Kalium : Meletup bila dicampurkan dengan air. Kalsium klorida : Debunya merosakkan mata. Natrium sianida : Beracun; boleh menyebabkan maut
dengan segera. Piridina : Amat beracun; meruap; menyebabkan
kemandulan pada lelaki. Merkuri : Wapnya sangat beracun; merosakkan hati
dan ginjal; meresap melalui kulit. Trikloroetana : Merosakkan mata dan hati.
7.9 Tindak Balas Kimia Yang Berbahaya
Tindak balas kimia juga merupakan salah satu punca
kemalangan di dalam makmal.
Contoh: 1. Gas hidrogen - boleh menyebabkan letupan jika
sesuatu tindak balas
membebaskan terlalu banyak hidrogen.
2. Mencampurkan alkali kuat dengan asid kuat
akan menghasilkan tindak balas
yang hebat dan sangat berbahaya.
3.Letupan juga boleh disebabkan oleh tindak balas
antara agen pengoksida yang
kuat seperti kalium klorat dengan agen penurun
yang kuat seperti serbuk
logam sulfur.
4. Pencairan asid pekat juga boleh menyebabkan
letupan yang berbahaya. Cara
mencairkan asid pekat ialah:31
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
CAMPURKAN ASID PEKAT KE DALAM AIR PERLAHAN-LAHAN
SAMBIL
MENGACAUNYA. JANGAN SEKALI-KALI MENCAMPURKAN AIR
KEPADA
ASID KUAT.
Beberapa contoh tindak balas yang berbahaya ialah:
Bahan Bahaya jika
dicampurkan dengan Kesan
1. Air Kalium,
natrium, asid pekat, kalsium
karbida
Meletup
2. Asid nitrik Etanol, metanol,
selulosa Meletup
pekat
3. Klorin Hidrogen,
ammonia, benzena Meletup
4. Asid sulfurik Asid oksalik, asid
formik, Membebaskan
pekat format,
oksalat gas
karbon
32
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
monoksida yang
beracun
7.10 Pelupusan Bahan Sisa
Elakkan membuang bahan sisa ke dalam sistem saliran
atau longkang. Bahan-bahan toksik boleh menyebabkan
pelbagai masalah, terutamanya pencemaran alam
sekitar. Sebelum menuang sesuatu larutan ke dalam
sistem saliran, pertimbangkan dahulu perkara-perkara
berikut:
Adakah larutan itu mengancam kehidupan haiwan dan
tumbuhan?
Bolehkah dicairkan dengan sempurna?
Adakah bahan itu telah dirawat supaya boleh
dicairkan?
Adakah bahan itu boleh larut dalam air?
Cara-cara pelupusan yang sesuai:
(a) Pencairan – merupakan cara paling baik bagi
pelupusan cecair dan gas.
Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke
dalam sistem saliran dengan air yang banyak.
33
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air
hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan
dilabellkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam
sistem saliran.
(b) Rawatan secara kimia – Kebanyakan bahan sisa
makmal boleh dijadikan tidak
berbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang
boleh dimusnahkan melalui
tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh
dineutralkan dan dicairkan
sebelum dibuang.
Garam-garam logam, terutamanya merkuri dan kadmium
hendaklah dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri
ialah logam yang paling berbahaya di dalam makmal.
Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa
mengguna dan membuang bahan ini.
(c) Pembuangan bersama-sama sampah – Bahan-bahan
pepejal yang tidak berbahaya
boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan
logam hendaklah diasingkan.
Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula.
(d) Penanaman – Najis, bangkai haiwan serta sisa
tumbuhan boleh ditanam di tempat
yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-
bahan kimia tidak sesuai 34
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan
sumber air bawah tanah
yang berdekatan
TUGASAN
Anda dikehendaki mencari maklumat dari pelbagai sumber untukmelaksanakan tugas berikut.
1. Bagaimanakh cara yang betul untuk:(a) Menyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan
mancis?(b) Memanaskan larutan di dalam tabung uji?(c) Menghidu gas yang dihasilkan dalam sesuatu
eksperimen?(d) Menyimpan logam-logam yang mudah terbakar seperti
kalium, natrium dan kalsium?
2. Dapatkan dua senarai peraturan makmal, sama adadaripada buku ataupun dari
sekolah yang berlainan. Kaji kedua-dua senaraiberkenaan dan kemudian berikan huraian tentang isi kandungan setiap satunya.Adakah kandungan kedua-duanya sama? Dari segi apakah kedua-duanya berbeza?Cadangkan perkara-perkara lain yang anda fikirkan perlu ditambah pada senaraiberkenaan.
3. Simbol-simbol yang berikut menunjukkan pelbagai tandaamaran bahaya bahan
kimia. Berikan makna bagi setiap simbol berkenaan.35
GE2253 KAEDAH SAINS
Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains
Bacaan Asas
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1978. Panduan keselamatanmakmal sains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ooi Chong Beng & Mohd Khairuddi Yahaya. 1982. Panduan makmalsains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
RECSAM. 1978. Laboratory management and techniques for schools andcolleges. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd.
Rujukan untuk Tugasan 1,2 dan 3:
36
Top Related