FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM
IUS3282
PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN SA’ADULKHAIRI WADDIEN
PENSYARAH:
USTAZ MOHD. RASHIDI BIN HAJI WAHAB
HASIL KERJA:
MOHAMMAD ZAKI BIN MOHD SOFIAN BIAI14E
ABDUL HAKIM BIN HAJI ROSLANBIAI14E
NURKAWAEABA @ NUR INSYIRAH BINTI HAJI MOHD MANSOR BIAI14E00007
2
Isi Kandungan
1.0 PENDAHULUAN...............................................2
2.0 BIOGRAFI ALMARHUM SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRIWADDIEN........................................................3
2.1 Pengenalan..............................................32.2 Latar Belakang SOAS III.................................4
2.3 Sifat dan Perwatakan....................................72.4 Pendidikan..............................................8
2.5 Pertabalan Menjadi Sultan Brunei ke-28.................102.6 Kepimpinan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III.........10
2.7 Isu politik di Bawah Pemerintahan British..............132.8 Krisis Politik dan Zaman Pemberontakan.................16
2.9 Membina Ikon Negara....................................193.0 KESAN-KESAN PEMIKIRAN SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN III.....21
3.1 Penyair Diraja.........................................223.2 Kemajuan Pendidikan Agama di Zaman SOAS III............23
3.3 Penubuhan Sekolah Ugama................................243.4 Penubuhan Sekolah Arab.................................25
3.5 Kemerdekaan Brunei.....................................263.6 Pemantapan Ekonomi Negara..............................28
4.0 KESIMPULAN...............................................31RUJUKAN.......................................................32
3
1.0 PENDAHULUAN
Negara Brunei Darussalam terkenal sebagai sebuah negara
yang mempraktikkan ajaran agama Islam secara menyeluruh.
Segala usaha untuk memartabatkan dan memperkembangkan agama
Islam dijalankan oleh semua pihak melalui sokongan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di Pertuan Negara
Brunei Darussalam. Terkenalnya Brunei Darussalam dengan
usaha mempraktikkan ajaran agama Islam adalah atas usaha
seorang tokoh negara yang terkenal dan amat disanjungi
iaitu Al Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien. Baginda merupakan Sultan Brunei yang ke-28 yang
memerintah negara Brunei Darussalam. Pada zaman
pemerintahan baginda, negara Brunei Darussalam mula
memperjuangkan dan mengamalkan ajaran agama Islam dengan
lebih teliti secara berperingkat. Di dalam kertas kerja
ini akan dihuraikan secara lebih terperinci mengenai latar
belakang baginda sebagai panduan kepada semua pihak untuk
mengenali baginda dengan lebih mendalam. Diharap kertas
kerja ini akan dapat memenuhi kehendak pembaca dan dapat
4
menambah ilmu pengetahuan tentang siapa sebenarnya Sultan
Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.
2.0 BIOGRAFI ALMARHUM SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN
2.1 Pengenalan
Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang
mempunyai falsafahnya tersendiri iaitu Falsafah Melayu
Islam Beraja yang mana ia mempunyai penduduk yang pelbagai
puak atau etnik. Namun majoriti bangsa di negara Brunei
Darussalam ini adalah bangsa Melayu. Bangsa Melayu Brunei
di bawah Undang-Undang Taraf Kebangsaan Brunei 19611 iaitu
1 Asbol Mail, Ampuan Ibrahim Ampuan H. Tengah, Hadi Melayong & Yusop Damit, Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien : Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman, Jabatan Percetakan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri, 2014, h. 1
5
terdiri kepada 7 puak seperti berikut Belait, Bisaya,
Brunei, Dusun, Kedayan, Murut atau Tutong. Kesmua puak ini
mempunyai adat tersendiri dan ia dianggap sebagai komponen
budaya Melayu Brunei termasuk Adat Istiadat Diraja Brunei.
Adat Istiadat Diraja Brunei ini memainkan peranan yang
penting dimana ia dijadikan sebagai wadah untuk mengukuhkan
hubungan antara raja dengan rakyat dan rakyat dengan raja.
Oleh yang demikian, kemajuan dan kemakmuran negara Brunei
Darussalam yang kini sedang dinikmati dan dirasai oleh
rakyat dan penduduk di negara ini yang mana boleh dikatakan
semuanya adalah hasil usaha dan jasa yang dicurahkan oleh
al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien. Sultan Ahmad Tajuddin, kekanda baginda telah
mengurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara pada hari
Selasa, 26 Syaaban 1366 bersamaan 15 Julai 1947. Dengan
gelarannya itu, bermulalah baginda terlibat dalam hal-ehwal
pentadbiran kerajaan sehingga baginda menaiki takhta pada
hari Selasa, 19 Syaaban 1369 bersamaan 6 Jun 1950 bagi
menggantikan Paduka Kekanda baginda Al-Mahrum Sultan Ahmad
6
Tajuddin Akhazul Khairi Waddin yang mangkat pada hari Ahad
17 Syaaban 1369 bersamaan 4 Jun 19502.
2.2 Latar Belakang SOAS III
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien
diputerakan pada hari khamis 3 Zulkaedah 1332 bersamaan
dengan 23 September 1914 selepas tengah malam di Kampong
Sultan Lama, Bandar Brunei3. Baginda dipelihara oleh
Pengiran Sharbanun binti Pengiran Muhammad bersama-sama
kekanda baginda Pengiran Anak Puteri Besar4. Dengan takdir
Allah Yang Maha Esa, kesihatan baginda dari sejak kecil
lagi sentiasa terpelihara sehingga peringkat dewasa.
Malahan pertukaran kepandaian yang dimiliki baginda itu pun
dari satu peringkat umur ke satu peringkat umur adalah
menurut kelaziman pertumbuhan kehidupan dari seorang kanak-
kanak yang sihat. Keperibadian baginda nampak berlainan
2 Jamil Al-Sufri, Penyair Diraja: Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Pusat Sejarah Brunei, 1987, h. 173 Asbol Mail, Ampuan Ibrahim Ampuan H. Tengah, Hadi Melayong & Yusop Damit, Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien : Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman, Jabatan Percetakan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri, h. 114 Jamil Al-Sufri, Ketitihan Al-Mahrum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien : Himpunan Kertas Kerja Persidangan Pakar Melayu Sempena Majlis Ilmu, 2010, h. 15
7
dengan kanak-kanak biasa iaitu tingkah laku baginda yang
lemah lembut dan halus yang tumbuh semulajadi terutama pada
masa meluahkan sabda yang teratur, tersusun dan perlahan-
lahan tetapi tetap jelas pengertiannya.
Baginda boleh bersabda dengan sendirinya dan memahami akan
sesuatu yang hendak disembahkan dan sebab dari itulah
baginda mula berminat untuk mendengar tuturan sesuatu
cerita. Antara lain tuturan yang sangat menarik perhatian
baginda adalah mengenai kisah pahlawan yang gagah perkasa
pada zaman dahulu, cerita Pengiran Bendahara Sakam yang
mana telah mengalahkan Sepanyol dengan menggunakan
penyengat yang dicipta daripada kacang gadong yang disuruh
masuk ke lubang hidung musuh.
Selain daripada itu, baginda tertarik dengan tuturan
mengenai temasya di dalam sesuatu istiadat sepertimana
istiadat berpuspa, perkahwinan dan istiadat-istiadat dalam
sesuatu majlis. Baginda memang teliti di dalam mendengarkan
tuturan yang diutarakan oleh jurututur. Jika sekiranya
jurututur itu kehabisan modal cerita maka cerita yang
dituturkan pada masa lalu, baginda menerimanya namun jika
sekiranya ia berlainan maka baginda akan menanyakan sebab-
8
sebab seperti kenapa cerita itu jadi sedemikian, perkara
aneh dengan jurututur yang lain dan sebagainya sehingga ia
munasabah dalam pemikiran baginda akan jawapan diberikan
dan baginda berhenti untuk bertanya.
Sifat yang ingin tahu yang berkembang dalam diri baginda
ini adalah merupakan sifat seseorang yang bijak dan pintar
serta mempunyai bakat kepandaiaan yang begitu istimewa.
Dengan sifat baginda yang suka bertanya itu, mereka akan
berusaha untuk menyediakan jawapan-jawapan yang sesuai
dengan pertanyaan yang disabdakan oleh baginda. Apatah
lagi, jikalau seseorang itu menyalin atau menggunakan
fikiran orang lain untuk dijadikan pendapatnya sendiri
adalah pantang kepada baginda malah pemikiran baginda itu
berterusan sehingga ke akhir hayat baginda.
Sudah menjadi kelaziman kepada putera-putera Diraja Brunei
yang terdahulu di mana mereka akan dididik dan diasuh
dengan asuhan yang bersendikan adat, tatatertib dan sopan
santun menurut syariat ajaran Islam. Baginda tidak
terkecuali yang turut dididik dan diasuh sebegitu. Mereka
ini terdiri daripada orang yang terpilih akan akhlaknya
kerana pendidikan sedemikian adalah penting malah ia sangat
9
diperlukan oleh putera-puteri Diraja supaya apabila mereka
besar dan dewasa dengan sendirinya, mereka akan mengetahui
serba sedikit ciri-ciri adat istiadat dan hukum-hukum ugama
Islam yang diwajibkan.
Dengan mengetahui adat istiadat dan hukum-hukum Islam itu,
sultan-sultan yang akan memerintah dan keluarga Diraja akan
menjadikannya sebagai pedoman hidup. Di samping itu juga,
melalui inang-inang pengasuh secara sambilan juga diberikan
semangat kebruneian dan tingkah laku yang bertatatertib dan
berlatarkan ajaran Islam tanpa terasa kepada pihak yang
dididik itu.
Oleh sebab itulah, baginda itu sifat, tingkah laku dan
pembawaan baginda itu sentiasa manis dipandang mata dari
sejak kecil lagi seperti apa yang disabdakan oleh baginda
sudah setentunya mengandungi adab bertatatertib yang
beralaskan ajaran Islam.
Baginda digambarkan sebagai ahli sastera atas sebab
kegemaran baginda yang menginginkan kepada cerita-cerita
yang dituturkan oleh inang pengasuh dan orang yang seindan-
indan dengan baginda. Tabiat baginda lagi suka untuk
10
mengetahui isi kandungan cerita yang dituturkan itu bukan
hanya setakat didengar akan tetapi diteliti satu persatu
untuk mengetahui dan memahami akan isi kandungan sesuatu
cerita itu.
Sejak baginda berumur 10 tahun, baginda telah mula mengaji
al-Qur’an kepada beberapa orang guru yang dikhaskan untuk
baginda antaranya seperti Pengiran Anak Manggong, Pehin
Khatib Awang Haji Abdul Razak, Pengiran Muda Hashim dan
Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Muhammad Yasin5
sehingga baginda menamatkan pengajian Qur’an itu mencapai
40 kali khatam. Ini sudah menjadi kebiasaan kepada putera-
puteri Diraja untuk belajar kepada beberapa orang guru atas
sebab hendak mengambil berkat dan tabarruk daripada guru-
guru itu.
2.3 Sifat dan Perwatakan
Berdasarkan sifat-sifat yang dimiliki oleh baginda, dapat
diketahui bahawa baginda mempunyai semangat waja yang telah
5 Asbol Mail, Ampuan Ibrahim Ampuan H. Tengah, Hadi Melayong & Yusop Damit, Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien : Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman, Jabatan Percetakan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri, h. 11
11
tumbuh sejak kecil lagi kerana setiap sesuatu yang
dikehendaki atau hendak dilakukan maka hajat itu akan
disampaikan terus tanpa menghiraukan halangan atau bahaya
yang ditempuh. Sifat baginda sebegitu telah menjadi
kenyataan ketika baginda berangkat ke Lawas dalam tahun
1939 dengan perahu layar. Baginda tetap menjalankan
keinginan baginda itu walaupun kawan-kawan baginda
menyembahkan bahawa angin itu adalah sangat bahaya sehingga
perahu baginda itu ketohoran di perairan Pulau Sari.
Walaubagaimanapun keadaanya sebegitu, baginda tetap
menghadapi dengan tabah dan baginda melimpasi kesukaran
itu.
Selain daripada itu, apa yang dapat dilihat semangat
baginda itu adalah ketika baginda berangkat ke United
Kingdom dalam bulan Mei 1952. Baginda baru pertama kali
sampai ke tempat itu malah belum diketahui selok beloknya.
Secara ringkasnya, baginda berani keluar bersama dengan al-
Marhum Pengiran Anak Omar Ali mengikut jalan yang tidak
tentu dituju dengan hanya panduan jalan-jalan kaki lima
tanpa menghiraukan sesuatu perkara mungkin akan berlaku.
12
Selain itu, pada bulan Jun 1965, baginda berangkat ke
Washington D.C. Pada ketika itu, baginda berjalan seorang
diri dengan membawa sebatang tongkat dan kunci bilik hotel
sahaja. Sifat baginda yang ingin tahu itu, baginda hendak
mengetahui keadaan di bandar itu sehinggakan baginda telah
berjumpa seorang “Negro” yang hendak merompak dan membunuh
baginda. Namun baginda yang sentiasa tenang dan cekal,
negro itu terus lari kerana dipukul oleh baginda dengan
tongkatnya.
2.4 Pendidikan
Sebelum berangkat melanjutkan pelajaran di Malay College
Kuala Kangsar, baginda telah mendapat asuhan yang cukup
sempurna di istana. Baginda bukan sahaja didedahkan dengan
adat istiadat Melayu tetapi baginda juga telah melalui
pendidikan Islam dengan mendalam.
Suasana ini kemudiannya menjadikan baginda seorang alim dan
disegani dalam bidang Islam. Kebijaksanaan yang ada pada
baginda Sultan Haji Omar Ali Saifuddien menjadikan baginda
13
sebagai seorang tokoh agama, sasterawan serta negarawan
yang arif tentang pentadbiran dan adat istiadat.
Baginda adalah seorang pelajar yang rajin dan tekun
terutama dalam mempelajari bacaan Al-Quran. Atas nasihat
Pengarah Pelajaran Negeri pada ketika itu, maka pada tahun
1932, Baginda telah berangkat ke luar negeri untuk
melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar Perak
(Malay College Kuala Kangsar).6
Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh dikatakan beruntung
kerana telah diterima untuk belajar ke maktab ini. Baginda
telah menuntut sehingga tahun 1936. Maktab Melayu Kuala
Kangsar Perak sebenarnya bukanlah maktab biasa tetapi
sebuah maktab yang ditubuhkan khusus bagi anak-anak kerabat
diraja, pembesar-pembesar dan orang-orang kenamaan negeri-
negeri di Semenjung Tanah Melayu atau Malaya belajar dan
meninggikan ilmu pengetahuan mereka.7
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Omar 'Ali Saifuddien adalah anak kesayangan bonda
Baginda. Oleh itulah ketika menuntut Maktab Melayu Kuala
6 Dr Md Hadi Melayong, Memoir Seorang Negarawan, Pusat Sejarah Brunei, 2009, hlm 23.7 Ibid, hlm 23.
14
Kangsar Baginda ditemani oleh dua orang anak Kerabat Diraja
iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Pemanca Pengiran Mohammad
Alam ibni Pengiran Bendahara Pengiran Abdul Rahman dan Yang
Amat Mulia Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar
ibni Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohd Yassin.8
2.5 Pertabalan Menjadi Sultan Brunei ke-28
Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien
merupakan pejuang kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.
Baginda berjaya meletakkan negara itu sebagai Wilayah
Melayu tulen, berdaulat, dan merdeka berlandaskan ajaran
Islam.
Semasa memegang jawatan Pengiran Bendahara, Baginda bukan
sahaja dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
tetapi juga menjadi Pengerusi Mahkamah Syariah. Oleh yang
demikian, baginda sentiasa menemui rakyat bagi memastikan
kesejahteraan dan keharmonian. Baginda sering melawat
kawasan kampung serta menyuburkan kemakmuran surau dan
8 Ibid, hlm 24.
15
masjid supaya kehidupan rakyat sentiasa mempunyai keyakinan
serta matlamat dunia dan akhirat.
Pada tanggal tanggal 4 Jun 1950 Sultan Ahmad Tajuddin
Akhazul Khairi Waddin mangkat dan takhta Kesultanan Brunei
diserahkan kepada Pengiran Muda Tengah Omar ‘Ali
Saifuddien. Adinda baginda, Pengiran Muda Tengah Omar ‘Ali
Saifuddien naik tahta dan bergelar Sultan Omar ‘Ali
Safiuddien Sa’adul Khairi Waddien atau Sultan Omar ‘Ali
Saifuddien III.
2.6 Kepimpinan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III
Sewaktu menjadi Sultan dan Yang Di Pertuan Negara, baginda
selalu berangkat mencemar duli ke kampung-kampung untuk
bersembahyang Jumaat bersama rakyat jelata. Bahkan baginda
pernah menjadi Imam dan berkhutbah. Usaha-usaha baginda
mendekati rakyat dalam mentadbir negara, dapat menyatukan
keyakinan seluruh rakyat. Sikap baginda yang berpegang
teguh kepada agama telah menjadi landasan yang kukuh untuk
memartabatkan negara Brunei Darussalam sebagai sebuah
negara Melayu tulen, berdaulat, dan merdeka.
16
Pada masa pemerintahan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien III
diadakan perundingan dengan Inggeris yang berisi disebut
Perjanjian Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei.9
Mengimbas kembali sewaktu pemerintahannya, baginda Sultan
Haji Omar Ali Saifuddien telah berusaha membentuk
perlembagaan negara dengan menggunakan pakar dalam dan luar
negara. Dalam hal ini, baginda sendiri banyak memberikan
buah fikiran dan fakta sehingga perlembagaan negara
diterima.
Sebelum itu baginda juga turut merintis pertemuan demi
pertemuan dengan kerajaan British bagi memerdekakan negara
Brunei Darussalam. Baginda yang bijak dan fasih berbahasa
Inggeris dapat memahami undang-undang pentadbiran serta
tatacara perundangan antarabangsa.
Faktor ini menjadikan proses rundingan menjadi lebih mudah.
Kehebatan baginda menguasai bahasa Inggeris ialah sewaktu
mendapat pendidikan di Malay College, Kuala Kangsar (1932-
1936). Penguasaan ini menjadi asas yang kukuh bagi baginda
merencana serta membangunkan perlembagaan Negara Brunei
9 Bandar Seri Begawan, Menagih Berkat dari Langit dan Bumi, Awg Abd Aziz Juned, Jabatan Mufti Kerajaan, 2013, hlm 46.
17
Darussalam. Apatah lagi ketika baginda menjadi Pengiran
Bendahara yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran.
Baginda bukan hanya menghafal akan zikir-zikir yang dibawa,
tetapi sangat arif akan lagu-lagu pada setiap zikir.
Baginda cukup mahir tentang zikir serta lagu yang hendak
dibawa mengikut keadaan. Malah baginda dapat menghafal
zikir-zikir serta lenggang-lenggok melodinya dengan mudah.
Kebolehan baginda itu ada kaitan dengan perwatakan baginda
sebagai sasterawan dan penyair istana yang berjiwa rakyat.
Lazimnya, selepas sembahyang Isyak secara berjemaah,
baginda sering memahirkan diri dengan berzikir mendekati
Allah S.W.T. bersama-sama Pehin-pehin dan para menterinya.
Amalan ini menjadi tradisi kukuh rakyat Negara Brunei
Darussalam sehingga kini.
Selain itu, baginda mempunyai daya ingatan yang sangat
hebat. Hal ini terbukti apabila baginda mencemar duli
menemui rakyat. Baginda dapat mengingati nama individu
yang pernah datang menghadapnya. Hal ini disedari sejak
baginda masih kecil lagi.
18
Suasana ini kemudiannya menjadikan baginda seorang alim dan
disegani dalam bidang Islam. Kebijaksanaan yang ada pada
baginda Sultan Haji Omar Ali Saifuddien menjadikan baginda
sebagai seorang tokoh agama, sasterawan serta negarawan
yang arif tentang pentadbiran dan adat istiadat. Keadaan
ini telah meletakkan negaranya sebagai sebuah negara yang
unggul. Baginda Sultan mengalakkan rakyatnya yang
berkemampuan menunaikan fardhu haji ke Makkah. Pada tahun-
tahun kesukaran perhubungan serta pengangkutan untuk ke
Makkah, negara Brunei Darussalam tetap meriah menghantar
rakyatnya ke Makkah. Sebuah kapal yang pernah digunakan
untuk membawa jemaah haji ke Makkah masih teguh tersimpan
biarpun kapal itu tidak lagi digunakan.
Musim haji menjadikan negara Brunei Darussalam meriah
dengan sanak saudara mengucapkan selamat berangkat kepada
bakal-bakal haji. Kawasan rumah bakal haji menjadi sibuk
dengan aktiviti kenduri membaca doa selamat, zikir dengan
selawat, dan salam. Suasana pada waktu itu meriah di
pelabuhan kapal dengan selawat dan azan mengiringi kapal
yang belayar. Suasana sedih dan gembira bercampur dengan
19
doa yang mengiringi sebagai tanda penuh kesyukuran
menggamit setiap orang.
Dengan ilmu dunia dan akhirat yang ampuh, baginda
menghayati kehidupan rakyat dan memahami alam sekeliling.
Berdasarkan pengamalan dan didikan di istana itu, baginda
muncul sebagai seorang sasterawan dan penyair yang
berwibawa. Dalam hal ini baginda telah menghasilkan 10
buah syair dalam tema ketuhanan, pendidikan, akhlak,
kemanusiaan, dan adat negeri.
2.7 Isu politik di Bawah Pemerintahan British
Dengan kepintaran dan kebijaksanaan baginda, rakyat Brunei
mempunyai kesedaran politik yang matang dalam tahun 1950-an
dan 1960-an iaitu hasil daripada dasar pemerintahan yang
memedulikan soal rakyat. Di antara titah baginda ialah:
“Negara Brunei bukan negeri jajahan British, negeri ini adalah
negeri kamu dan saya jadi sultan yang bertanggungjawab di
atas dasar dan maslahat negeri serta menjaga dan memelihara
kesentosaan kamu.”
20
Baginda sedar perlunya penerangan yang jelas diberikan
kepada rakyat mengenai kedudukan Brunei masa itu bagi
mengelak salah faham tentang perjuangan politik baginda.
Ini dilakukan bukan sahaja untuk mengurangkan kuasa
Resident British malah melantik dan menggalakkan anak
tempatan sendiri memegang jawatan di dalam jabatan-jabatan
Kerajaan. Rancangan ini dilaksanakan melalui proses
penghantaran anak tempatan belajar keluar negeri dan
peningkatan taraf persekolahan pendidikan di Brunei.10
Rancangan pembaharuan ini secara tidak langsung akan
mengurangkan kuasa Resident dan menambahkan bilangan anak
tempatan dalam mentadbir dan menguruskan pemerintahan
Negeri Brunei.
Bagaimanapun usaha baginda untuk mengambil alih pentadbiran
dalam negeri ini telah mendapat halangan dan tentangan
Resident British dan Pesuruhjaya Tinggi British bagi
10 Pelajar-pelajar tempatan telah mula di hantar ke Pulau Labuan untukmengikuti pelajaran dalam Sekolah Inggeris dibawah skim dermasiswakerajaan Brunei. Pengiran Shahbandar telah mula menyuarakan dalam MMNyang bersidang pada November tahun 1931 supaya Sekolah Inggeris danAgama didirikan di Bandar Brunei. Resident British berjanji akanmengadakan Sekolah Inggeris pada tahun 1933. Bagaimanapun, ianyaterlaksana 20 tahun kemudian apabila Maktab Sultan Omar Ali Saifuddiendidirikan pada tahun 1953.
21
Brunei. Perkara ini diakui oleh baginda sendiri
sebagaimana titahnya;
“Sungguh Beta merasa adakalanya susah dan adakalanya atau
terkadang-kadang kita menemui berbagai-bagai kesulitan-kesulitan
dan rintangan-rintangan yang mana Beta faham keadaan yang
sedemikian itu memang menjadi adat dunia, terutama kepada
bangsa-bangsa yang ingin menempuh kemajuan dan kemakmuran
serta keselamatan seperti Brunei ini.” 11
Oleh itu, perlaksanaan perlembagaan baru itu akan
melibatkan hubungan antara Brunei dengan Kerajaan British
khususnya dari segi pembahagian kuasa dalam dan luar
negeri. Apa yang dicita-citakan oleh Baginda Sultan ialah
kuasa pentadbiran dalam negeri yang selama ini berada di
tangan British akan berpindah tangan kepada Baginda Sultan
sendiri dan anak-anak tempatan. Sejauh manakah perkara ini
dapat dipraktikkan bukan setakat bergantung kepada intipati
perlembagaan yang akan diperkenalkan tetapi juga kepada
kemampuan anak tempatan yang akan memikul tanggungjawab
tersebut.
11 Titah 1959-1967, DYMM Paduka Seri Baginda Maulana Al-Sultan Sir OmarAli Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Dewan Bahasa dan Pustaka,Brunei, hal.14.
22
Bagi mencapai hasrat ini, Sultan Haji Omar Saifuddien telah
mengemukakan kehendak rakyat Brunei kepada Resident British
dan Pesuruhjaya Tinggi bagi Brunei iaitu Sir Anthony Abell
(Govenor Sarawak). Pada hakikatnya memang cadangan ini
dipersetujui oleh Kerajaan British bagaimanapun, Sir
Anthony Abell dan Resident British telah cuba melengah-
lengahkan proses perlaksanaan dan juga perundingan Baginda
Sultan dengan Kerajaan British.
Ini adalah kerana kedua- dua mereka ini sedar bahawa
perlembagaan baru ini akan memberi implikasi yang besar
terhadap pengurangan pengaruh British dalam pentadbiran
awam di Brunei serta secara tidak langsung melibatkan
perubahan terhadap hubungan dua hala antara British dengan
Brunei khususnya dari segi status Brunei sebagai “Negeri
Naungan”.12
Sebagaimana titah baginda bahawa dengan ada perjanjian
Perlembagaan ini akan meninggikan taraf Negeri Brunei
Darussalam di dunia antarabangsa, kerana cadangan hendak
menghapuskan jawatan Resident British telah dipersetujui
12 The Daily Star, Wednesday, March 27. 1968. (Petikan Dari Buku Islam di Brunei, PH Mohammad Abd Rahman, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2011, hlm 87)
23
oleh Kerajaan British.13 Oleh itu bagi menghalang dan
menggagalkan cita-cita Baginda untuk mengambil semula kuasa
pentadbiran dalam negeri, Sir Anthony Abell telah membuat
rancangannya tersendiri untuk melengahkan proses
perlakasanaan perlembagaan yang baru ini. Dengan tujuan
untuk mengekalkan pengaruh British dalam pentadbiran.
2.8 Krisis Politik dan Zaman Pemberontakan
Sultan Omar Ali Saifuddien III di zaman pemerintahannya
telah melalui pelbagai krisis politik negara, di antaranya
merupakan pemberontakan Partai Rakyat Brunei (PRB) pada
tahun 1962 yang mana merupakan salah satu daripada
peristiwa kritikal yang berlaku di zaman Baginda.
Pertembungan yang berlaku di antara A.M Azhari (ketua
Partai Rakyat Brunei) dan Sultan Omar Ali Saifuddien
bukanlah satu rebutan kuasa pemerintahan tetapi merupakan
satu keputusan membabi buta daripada pihak PRB atas alasan
untuk memerdekakan Brunei daripada kuasa penjajah (namun
ada juga mengatakan sebaliknya).
13 Ibid. Titah 1959-1967. hlm. 18.
24
Pemberontakan Brunei adalah satu kejadian yang berlaku pada
8 Disember, 1962. Para pemberontak mula mengkoordinasi
serangan ke atas bandar minyak di Seria (mensasarkan
kemudahan minyak milik Royal Dutch Shell), stesen polis dan
kemudahan kerajaan di sekitar kawasan ini. Pemberontak ini
menentang Sultan, kerajaan baginda dan rakyat setia.
Kejadian ini dianggap sebagai tahap pertama dalam
Konfrontasi Indonesia-Malaysia.
Pada tahun 1959, Sultan Sir Omar Ali Saifuddin III,
mewujudkan sebuah parlimen dengan separuh anggotanya
dilantik manakala separuh lagi akan dipilih melalui pilihan
raya. Pilihan raya telah diadakan pada bulan September
1962 dan kesemua kerusi yang ditanding telah dimenangi oleh
Parti Rakyat Brunei.
Antara tahun 1959 dan 1962, Britain, Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah terlibat dalam
satu rundingan bagi menubuhkan sebuah Persekutuan Malaysia
baru. Walaubagaimanapun, Filipina dan Indonesia telah
menentang sebarang gerakan untuk menyatukan Borneo Utara
dan Sarawak dengan persekutuan baru.
25
Sokongan ini diberikan ekoran terdapat bukti-bukti kuat
akan sentimen anti-persekutuan yang meluas di Sarawak dan
Brunei sendiri. Parti Rakyat Brunei menyokong untuk
menyertai Malaysia dengan syarat sebagai satu entiti
bersatu dari wilayah utara Borneo (jumlah penduduk kira-
kira 1.5 juta orang, separuh darinya adalah Dayak) dengan
sultan mereka sendiri, dan oleh itu cukup kuat untuk
menentang penguasaan oleh Tanah Melayu atau Singapura, para
pentadbir Melayu atau pedagang Cina.
Penentangan penduduk setempat dan sentimen penentangan ke
atas rancangan Persekutuan Malaysia sering kali diberi
gambaran salah oleh catatan sejarah berkenaan Pemberontakan
Brunei dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia selepasnya.
Hakikatnya, parti politik di Sarawak telah menjangka
kemerdekaan mereka sendiri seperti yang dijanjikan oleh
(tetapi kemudian dibatalkan) oleh Rajah Putih terakhir di
Sarawak, Charles Vyner Brooke, pada tahun 1941.
Cadangan Kalimantan Utara telah dilihat sebagai satu bentuk
pilihan selepas penjajahan oleh para penentang setempat
untuk menentang rancangan Persekutuan Malaysia. Tentangan
di seluruh wilayah Borneo adalah di sebabkan faktor-faktor
26
ekonomi, politik, dan perbezaan budaya di antara negeri-
negeri Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu, dan
ketidaksediaan untuk dikuasai oleh politik dari
semenanjung.
Walaubagaimanapun, sebelum kejayaan pemilihan Parti Rakyat
Brunei, sebuah sayap ketenteraan akhirnya dibentuk,
dikenali sebagai Tentera Kebangsaan Kalimantan Utara, yang
mana melihat diri mereka sebagai sebuah parti pembebasan
anti penjajah. Pemimpinnya yang berumur 34 tahun, A.M.
Azahari pernah tinggal di Indonesia dan memiliki kaitan
dengan agen perisikan Indonesia. Beliau telah merekrut
beberapa pegawai yang telah dilatih dalam peperangan bawah
tanah di Indonesia. Menjelang akhir tahun 1962, mereka
mungkin dianggotai kira-kira 4000 anggota, beberapa senjata
moden dan kira-kira 1000 pucuk senapang patah.
Dengan perlembagaan 1959, Brunei menjadi sebuah kerajaan
baru yang memegang kuasa pemerintahan tetapi isu berkaitan
luar negeri dan pertahanan menjadi tanggungjawab British
dan Brunei masih menerima nasihat daripada kerjaan British
dalam segala hal pentadbiran. Ini melahirkan kebencian
daripada PRB kerana campur tangan British dalam
27
pemerintahan negara masih menunjukkan bahawa Brunei masih
belum mencapai kemerdekaan.
PRB tidak memahami bahawa tujuan Baginda Sultan dalam
mengemukakan Perlembagaan Negara Brunei adalah merupakan
langkah awal dalam mencapai kemerdekaan. Mereka tidak
menyedari bahawa autoriti yang dicapai melalui perlembagaan
tersebut juga merupakan satu cara bagi menghasilkan
kemajuan dan progres yang akan mentadbir perjalanan menuju
kemerdekaan. PRB menyangka bahawa jika negara luar mampu
mencapai kemerdekaan dengan cepat, Brunei juga mampu
berbuat demikian.
Tetapi Sultan Omar Ali Saifuddien sangat teliti dan
berfikiran jauh ke hadapan terhadap negara pimpinannya.
Baginda sedar akan masa hadapan negara jika Brunei tergesa-
gesa memerdekakan dirinya kerana boleh dikatakan kemajuan
Brunei pada masa itu masih mentah. Walaupun dengan
Rancangan Kemajuan Negara yang pertama, Brunei masih belum
dapat meningkatkan keperluan sosial rakyat dan ekonomi
negara dengan baik begitu juga dengan pendidikan apatah
lagi dengan keupayaan pertahanan negara. Maka wajarlah
Baginda memperlahankan kemerdekaan Negara Brunei
28
Darussalam. Konsep kemerdekaan menurut Baginda bukanlah
seperti kemerdekaan dan kebebasan seekor kambing yang bebas
memakan rumput rampai tanpa memikirkan kerugian orang lain.
2.9 Membina Ikon Negara14
Masjid Omar ‘Ali Saifuddien merupakan salah sebuah masjid
terhebat di Asia Tenggara dan terletak di tengah-tengah
Bandar Seri Begawan.
Masjid yang siap dibina pada tahun 1958 tersebut dinamakan
sempena nama Sultan ke-28, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, yang juga dikenali
sebagai ‘Arkitek Brunei Moden’.
Dengan kedudukannya di tengah-tengah ibu kota, masjid ini
juga merupakan mercu tanda negara paling dikenali. Cadangan
awal tapak tanah bagi pembinaan masjid tersebut ialah di
Padang Pekan Brunei yang kini dikenali sebagai TamanHaji
Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Bagaimanapun Sultan Brunei ketika itu, Al-Marhum Sultan
Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien menitahkan
masjid ini dibina berhampiran dengan Sungai Brunei kerana
ia memberi kemudahan kepada umat Islam yang tinggal di
Kampung Ayer.
14 Pelita Brunei, Panorama Daerah Brunei Darussalam, 17 June 2013.
29
Pembinaan masjid ini merupakan Rancangan Kemajuan Negara
yang pertama diperkenalkan Al-Marhum sejak baginda menaiki
takhta kerajaan pada 6 Jun 1950. Reka bentuk bangunan
masjid ini mula dilukis pada tahun 1953 atas daya dan ilham
baginda sendiri dan diterjemahkan lukisannya oleh Pegawai
Kerja Raya, Awang Besar bin Sagap.
Masjid ini mula dibina pada hari Khamis, 1 Jamadilakhir
1373 Hijriah bersamaan 4 Februari 1954 Masihi. Ia terletak
di atas sebidang tanah seluas dua hektar berdekatan dengan
pinggir Sungai Brunei. Ukuran bagi keluasan masjid ini
ialah 69 meter panjang dan 26 meter lebar yang mempunyai
kapasiti menampung seramai 3,000 jemaah dengan mempunyai
ciri-ciri yang jelas, cukup teratur, indah terutama
pembinaan mihrab, mimbar dan menara.
Ketiga-tiga struktur ini dihias indah dengan unsur-unsur
kesenian Islam yang terdiri daripada kaligrafi, bunga-bunga
dan geometri. Kawasan perkarangan masjid ini terbahagi
kepada dua, sebahagiannya air dan selebihnya daratan yang
mana bahagian pekarangan daratan dipasang batu marmar yang
berbentuk unsur-unsur geometri yang sangat cantik dan
menarik.
Manakala di sisi masjid ini, terdapat sebuah lagun berlabuh
dengan bentuk replika mahligai atau tongkang diraja, di
sinilah pernah berlangsungnya majlis keagamaan seperti
Pertandingan Musabaqah Al-Qur'an pada tahun 1960-an
sehingga awal 1970-an. Bahtera yang begitu unik mempunyai
ukuran kira-kira 47 meter panjang dan 9 meter lebar.
30
Istiadat pembukaan rasmi masjid ini telah disempurnakan
oleh Al-Marhum pada hari Jumaat, 13 Rabiulawal 1378H
bersamaan 26 September 1958M, kira-kira pukul 12.20 tengah
hari. Masjid ini dinamakan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien
bersempena nama sultan yang bertanggungjawab menjadi
pereka, pengasas dan berjasa terhadap pembinaannya.
Masjid Omar ‘Ali Saifuddien ini jugalah yang menjadi
lambang kemegahan syiar Islam di negara ini dan mercu tanda
kekuatan beragama bagi rakyat Negara Brunei Darussalam di
mata dunia.
3.0 KESAN-KESAN PEMIKIRAN SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN III
Di bawah kepimpinan Sultan Omar Ali Saifuddien III Brunei
secara gradual telah mendapat kuasa pimpinan sendiri (self-
rule) walaupun pada peringkat awalnya segala hal ehwal luar
negara dan pertahanan berada di tangan kerjaan British.
Salah satu daripada usaha Sultan Omar Ali Saifuddien III
yang menjadi titik tolak negara dalam mencapai kemerdekaan
penuh ialah perjanjian perlembagaan 1959 yang
ditandatangani di antara Brunei dengan British. Dengan
perjanjian ini, sistem residen dihapuskan dan kuasa
pemerintahan khususnya pada hal ehwal kewangan dan
31
pentadbiran negara kembali kepada Sultan tetapi Baginda
diperlukan untuk menerima nasihat daripada High
Commissioner British dalam perkara kenegaraan. Disinilah
bermulanya perjalanan negara dalam mencapai kepimpinan
sendiri.
Berbeza dengan dua pemerintah sebelumnya, ketika Sultan
Omar Ali Saifuddien menaiki takhta kempimpinan sebagai
sultan Brunei yang ke-28 pada tahun 1950, baginda telah
matang dan berusia 35 tahun. Status negara juga telah
melangkau jauh daripada era kemiskinan dan kemunduran yang
dihadapi sebelumnya.
Baginda memerintah sebuah kerajaan kecil yang kini menjadi
salah satu daripada negara commonwealth utama yang
menghasilkan minyak dan tidak lama lagi akan mencapai
status negara kaya. Pemerintahan bercorakkan barat yang
diperkenalkan oleh British telah berjaya menghentikan
ketidakstabilan politik dalam negara yang berpunca daripada
perpecah belahan. Begitu juga dengan pentadbiran British
yang telah berjaya meyatupadukan pengurusan negara maka
tidak hairanlah pemerintahan Baginda pada ketika itu
berjalan dengan lancar dan penuh kesejahteraan.
32
Selepas sahaja kewafatan kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin
pada Jun 1950, Baginda Sultan Omar Ali Saifuddien bertekad
untuk bersungguh-sungguh memajukan sosial, politik dan
ekonomi negaranya sepertimana yang ingin direalisasikan
oleh kekandanya. Baginda telah membuat jangkaan yang luas
terhadap potensi negara Brunei Darussalam sehinggakan
baginda berjaya menjadikan Brunei sebagai negara yang maju
dan kaya.
3.1 Penyair Diraja15
Telah kita ketahui diperbahasan mengenai kebolehan baginda
dalam membawa bait bait lagu zikir dengan lenggoknya,
berdasarkan bakat baginda dalam bidang kesusteraan, baginda
muncul sebagai seorang sasterawan dan penyair yang
berwibawa. Dalam hal ini baginda telah menghasilkan 10 buah
syair dalam tema ketuhanan, pendidikan, akhlak,
kemanusiaan, dan adat negeri.
Antara syair-syair baginda ialah syair Nasihat, Rajang
Hari, Rajang Jenaka, Perkakas Perkarangan, Perlembagan
Negera Brunei (1960), Rampaian Laila syair (1966).
Sementara Rampaian Laila Syair memuatkan pula syair Laila
15 Mohd. Jamil Al-Sufri, Penyair Diraja, Pusat Sejarah Brunei, 1988.
33
Hasrat, Laila Cinta, dan Laila Jenaka. Dua buah lagi syair
yang lain ialah syair Asli Rajang Hari dan Kemerdekaan.
Melalui syair-syair inilah baginda memuatkan pengajaran,
petunjuk, gagasan, dan makna kehidupan serta falsafah yang
perlu dicernakan dan diamalkan untuk kesejahteraan hidup
sebagai insan. Meneliti syair-syair yang baginda hasilkan,
ternyata Sultan Haji Omar Saifuddien mempunyai pengetahuan
bahasa yang tinggi serta kekuatan daya cipta unggul yang
tiada ada taranya
3.2 Kemajuan Pendidikan Agama di Zaman SOAS III
Selain daripada memfokuskan kemajuan pentadbiran negara,
baginda juga menitikberatkan pendidikan rakyatnya
terutamanya bagi kemajuan pendidikan agama. Oleh kerana
Brunei merupakan negara Islam dan majoriti rakyatnya juga
beragama Islam, maka timbul kesedaran untuk
memperkembangkan pendidikan agama di negara ini. Langkah
ini juga selaras dengan kandungan Perlembagaan Negara
Brunei Darussalam 1959 yang menyatakan keutamaan agama
Islam sebagai agama rasmi negara.
Dalam usaha memantapkan kedudukan agama Islam, baginda
bukan sahaja menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Ugama, tetapi
34
juga merancang berbagai perubahan ke arah perkembangan
pelajaran ugama Islam di negara ini dengan berhasrat
membangunkan sekolah-sekolah ugama dan Arab. Hasrat ini
datangnya dari kesedaran baginda kerana melihat lemahnya
pendidikan agama di awal pemerintahan Baginda itu. Ini
adalah sepertimana yang dititahkan oleh Baginda.
Maka saya dengan sukacita mengingatkan atau menasihatkan
rakyat ini hendaklah dihantar anak-anak ke sekolah agama
belajar agama sama ada lelaki atau perempuan maka dari
kecil eloklah dilatih dan diasuh serta dikuatkan
mengamalkan apa-apa suruhan agama dan menjauhkan apa-apa
tegahannya.
3.3 Penubuhan Sekolah Ugama
Setelah menyedari akan kedudukan pelajaran agama yang lemah
pada pertengahan tahun 1950-an, maka kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’dul Khairi
Waddien telah menyediakan prasarana untuk perkembangannya.
Maka pada tahun 1954, baginda telah mendatangkan dua orang
Pegawai Ugama dari kerajaan Negeri Johor untuk membuat
35
penyelidikan dan peninjauan serta menyediakan perancangan
bagi penubuhan sekolah-sekolah ugama di Brunei. Salah
seorang daripada pegawai tersebut merupakan Tuan Haji
Ismail bin Omar Abdul Aziz yang kemudiannnya menjadi mufti
kerajaan Brunei yang pertama.
Untuk menyegerakan rancangan ini, persekolahan agama
terpaksa dijalankan menggunakan bangunan sekolah Inggeris,
iaitu pada waktu petang. Setelah mendapat sambutan
daripada masyarakat Islam tempatan dengan penambahan murid
yang semakin ramai, sekolah ugama tetap dijalankan di
surau-surau, dewan-dewan persatuan belia dan kebajikan
serta bangunan-bangunan sementara. Hasrat baginda
akhirnya tercapai setelah pembukaan rasmi 7 buah sekolah
agama sebelah petang pada 16 September 1956.
Dengan tertubuhnya sekolah ugama pada tahun berikut, maka
tercatatlah detik permulaan perkembangan pendidikan agama
dalam sejarah Negara Brunei Darussalam menurut sistem
persekolahan ugama Johor. Pada peringkat awal penubuhan
sekolah ugama sepenuh masa di sebelah petang, 7 buah
sekolah telah digunakan yang meliputi keempat-empat daerah
di negara ini.
36
3.4 Penubuhan Sekolah Arab
Penubuhan sekolah Arab telah bermula semenjak zaman sebelum
kedatangan Jepun pada tahun 1941 yang terletak di Pusar
Ulak. Pembiayaan bagi penubuhan dan perbelanjaan sekolah
ini ditanggung oleh Sultan Ahmad Tajuddin walaubagaimanapun
setelah kedatangan Jepun, sekolah ini terpaksa ditutup.
15 tahun kemudian, hasrat untuk menubuhkan semula Sekolah
Arab telah disuarakan oleh Sultan Omar Ali Saifuddien III
dalam pertemuannya dengan dua orang Pegawai Ugama Kerajaan
Johor. Impian ini menjadi kenyataan setelah 10 tahun
kemudian. Baginda menyedari bahawa pendidikan ugama perlu
diajarkan ke dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu agar
mereka dapat menikmati ilmu agama dengan mudah dan segera.
Pada 1 Mac 1996, sekolah Arab yang pertama iaitu Sekolah
Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah
memulakan pengajiannya di bangunan sementara, Madrasah,
Jabatan Hal Ehwal Ugama, Brunei. Pada awal bulan Mei, 1997
SMALHB telah menggunakan bangunan baru yang terletak di
Jalan Raja Isteri. Sebuah lagi sekolah Arab yang
37
dibangunkan pada pemerintahan baginda khusus bagi perempuan
iaitu Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri
Pengiran Anak Damit pada Jun tahun 1967.
3.5 Kemerdekaan Brunei16
Negara Brunei Darussalam, walaupun daripada sebuah empayar
yang besar telah menjadi sebuah negara yang kecil, dan
menghadapi berbagai tekanan politik, telah berjaya
mempertahankan dan mengekalkan "status quo"nya sebagai
sebuah kerajaan yang merdeka lagi berdaulat dengan
pemerintahan kesultanan yang unggul yang berasaskan kepada
perlembagaan, undang-undang dan ugama Islam.
Pengisytiharan kemerdekaan penuh Negara Brunei Darussalam
pada 1hb Januari 1984 dan penerimaan Brunei sebagai ahli
Pertubuhan Dunia – Bangsa-Bangsa Bersatu telah
meletakkannya sebagai sebuah negara yang merdeka lagi
berdaulat dan tampil di hadapan masyarakat dunia setaraf
dengan negara-negara dunia yang lain tidak kira yang jauh
lebih besar darinya.
Wawasan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang
merdeka lagi berdaulat dengan jelasnya terkandung didalam
titah pemasyhuran kemerdekaan oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara16 Hj Awg Asbol Hj Mail, Kesultanan Brunei Abad ke-19: Sistem Politik dan Struktur Pentadbiran, Bandar Seri Begawan, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2011, hlm 75.
38
Brunei Darussalam semasa Permasyhuran Kemerdekaan Negara
Brunei Darussalam pada 1hb Januari 1984 dimana Baginda
telah bertitah di antara lain:
"… Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin dan limpah kornia
Allah Subhanahu Wata’ala, akan selama-lamanya kekal menjadi sa-
buah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan
Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam
menurut Ahlis Sunnah Waljamaah dan dengan berasaskan keadilan
dan amanah dan kebebasan, dan dengan petunjuk serta Keredhaan
Allah Subhanahu Wata’ala jua akan sentiasa berusaha pada
memperolehi ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta
kebahagian bagi rakyat Beta, dan demikian juga pemeliharaan
perhubungan persahabatan di kalangan antarabangsa atau dasar
saling menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan
dan keutuhan (kukuh) wilayah bagi semua negara yang bebas dan
champur tangan dari luar negeri ...."
Laungan “Allahu Akbar” telah bergema sebanyak tiga kali
yang diketuai oleh baginda sendiri. Semua rakyat turut
serta dalam perhimpunan kemerdekaan pada masa tersebut.
Daripada kandungan titah pemasyhuran tersebut wawasan
negara dapat disenaraikan seperti berikut:
1. Negara Brunei Darussalam kekal sebagai sebuah negara
Melayu Islam Beraja yang demokratik yang bersendikan
ajaran-ajaran Islam mengikut ahli Sunnah Wal-Jamaah.
2. Keadilan dan Amanah – bagi mewujudkan "good governance".
39
3. Ketenteraman dan keselamatan – Negara Brunei Darussalam
sebagai negara aman dan tenteram.
4. Kebajikan dan kesejahteraan – bagi mengujudkan
kemakmuran dan perkembangan sosial dan ekonomi.
5. Hubungan antarabangsa yang berlandaskan saling
menghormati dan bebas dari campur tangan.
Wawasan dan matlamat tersebut adalah merupakan elemen-
elemen penting yang menjadi halatuju perjalanan politik dan
perlaksanaan jentera pentadbiran negara.
3.6 Pemantapan Ekonomi Negara
Sultan Omar Ali Saifuddien III telah melancarkan beberapa
langkah-langkah dalam memajukan ekonomi negara. Usaha
baginda dapat dilihat pada pelan Rancangan Kemajuan Negara
(RKN) Pertama pada tahun 1953-1958 dengan peruntukkan
sebanyak 100 juta ringgit dan disusuli dengan Rancangan
Kemajuan Negara (RKN) Kedua pada tahun 1962-1966. Di
antara objektif pelan-pelan tersebut adalah untuk
mengeluarkan Brunei daripada status rendah di Asia
Tenggara. Di samping itu juga untuk memodenisasikan negara
di dalam rangkaian Melayu Islam Beraja. Juga objektif
40
pelan ini adalah untuk memperbaiki standard kehidupan
rakyat dan juga memajukan industri selain minyak dan gas.
Dibawah RKN pertama, pemantapan ekonomi merupakan salah
satu daripada aspek terpenting yang diketengahkan. Dengan
pelan ini, skim bagi mempelbagaikan penghasilan ekonomi
telah diadakan untuk mengurangkan pengharapan terhadap
sumber minyak dan gas. Usaha bagi menambah-baik metod
agrikultur juga diadakan, penanaman semula pohon getah dan
juga meningkatkan kualiti industri perikanan. Tetapi atas
sebab-sebab tertentu pelan ini tidak begitu memberi
sumbangan yang bernas kepada prekonomian negara.
Untuk menampal segala kekurangan pada pelan pertama, maka
RKN kedua telah diperkenalkan dan dilancarkan pada tahun
1962 merangkumi sehingga tahun 1966. Sepertimana tujuan
RKN pertama, RKN kedua juga memfokuskan kepada ekonomi. Di
antara kemajuan yang dicapai ialah peningkatan dalam
penanaman padi, penanaman kopi, pisang, kacang tanah dan
buah-buahan tropical yang lain. Beberapa metod baru juga
diperkenalkan dalam industri perikanan, seperti penyalaian,
pemasinan, pengeringan dan pembekuan ikan dan ternakan laut
43
4.0 KESIMPULAN
Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien merupakan
pengasas tersebarnya agama Islam di negara Brunei
Darussalam. Segala usaha baginda dapat dilihat melalui
kegigihan baginda untuk mempertahankan negara dan dalam
menguatkan cara hidup Islam berpegang kepada Ahli Sunnah
Wal Jamaah dengan bermazhab ash-Syafie. Baginda juga
berusaha untuk melahirkan rakyat Brunei yang berfalsafahkan
Melayu Islam Beraja. Oleh itu baginda telah dikurniakan
gelaran “Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman” pada awal
tahun 2014. Sebuah buku khas mengenai baginda telah
dihasilkan bagi mengenang semua jasa baginda kepada negara
dan rakyat Brunei Darussalam. Usaha baginda tidak terhenti
begitu sahaja, malah telah diteruskan oleh paduka anakanda
baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala melimpahkan rahmat-Nya
kepada al-marhum Sultan Omar Ali Saifuddien kerana telah
44
menjadikan negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara
Islam.
RUJUKAN
Asbol Mail, Ampuan Ibrahim Ampuan H. Tengah, Hadi
Melayong & Yusop Damit. 2014. Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien : Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman. Brunei :
Jabatan Percetakan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri.
B.A. Hussainmiya. 2000. The Brunei Constitution Of 1959 An
Inside History. Brunei : Brunei Press Sdn Bhd.
45
Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri, Dr. 1998. Brunei
Darussalam : The Road To Independence. Brunei : Brunei History
Centre.
Hj Awg Asbol Hj Mail. 2011. Kesultanan Brunei Abad ke-19:
Sistem Politik dan Struktur Pentadbiran. Bandar Seri Begawan : Dewan
Bahasa dan Pustaka Brunei.
Jamil Al-Sufri. 1987. Penyair Diraja: Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. Brunei : Pusat Sejarah Brunei.
Jamil Al-Sufri. 2010. Ketitihan Al-Mahrum Sultan Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien : Himpunan Kertas Kerja Persidangan
Pakar Melayu Sempena Majlis Ilmu. Brunei.
Md Hadi Melayong, Dr. 2009. Memoir Seorang Negarawan.
Brunei : Pusat Sejarah Brunei.
Memartabatkan Pendidikan Agama Di Bawah Kepimpinan Raja Sebagai
Ulil Amri. 2013. Brunei : Pusat Da’wah Islamiah.
P.H. Mohammad Abd. Rahman. 2011. Islam Di Brunei
Darussalam Zaman British (1774-1984). Dewan Bahasa dan Pustaka
Brunei.
46
Pelita Brunei, Panorama Daerah Brunei Darussalam. 17
June 2013.
Razali bin Ahmad. 1995. Kertas Kerja “Perkembangan
Pendidikan Di Zaman Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III : Satu
Perbandingan Dengan Perkembangan Pendidikan Di Bawah Pentadbiran
British”. Brunei Darussalam.
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien The Pre-Eminent
Figure in Customs and Traditions Throughout the Ages. 2014. Brunei :
The Office of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of
Brunei Darussalam.
Top Related