FCAW (FLUX CORED ARC WELDING) PROCESS
Mengimpal sambungan kambi T pada kedudukan 2F menggunakan proses FCAW
PERSIAPAN BAHAN KERJA
× Sediakan alat kelengkapan mesin kimpal
× Memakai pakaian keselamatan PPE
× Buat persediaan plat dengan memotong mengikut ukuran yang ditetapkan iaitu 250 x
100mm x 9 mm
× Sediakan peralatan dan bahan kerja seperti tukul penyerpih (chipping hammer), berus
dawai dan lain-lain yang berkaitan
× Bersihkan benda kerja dari segala kotoran dan karat
LANGKAH KERJA MENGIMPAL SAMBUNGAN KAMBI T PADA KEDUDUKAN 2F
× Letakkan bendakerja diatas meja yang rata
× Letakkan plat pertama berada ditenggah-tengah plat kedua pastikan tiada jarak diantara
kedua plat tersebut
× Laraskan arus dan kelajuan suapan dawai electrode pada mesin kimpal FLUX CORE
mengikut kesesuaian pengimpal
× Paku kimpal pada plat kambi T, paku kimpal di tengah diantara plat pertama dan kedua
× Mulakan mengimpal larian pertama dengan kedudukan 2F dengan ,menggunakan arus
120A-140A
× Mengimpal dengan melakukan teknik anyaman
× Setelah selesai bersihkan larian daripada percikan (spatter) dan sanga (slag) yang
terhasil dengan menggunakan tukul penyerpih (chipping hammer) dan berus dawai
× Setelah selesai bersihkan plat, mulakan mengimpal larian kedua dengan menggunakan
arus yang rendah sedikit daripada arus mengimpal larian penusukan iaitu 90A-100A
× Kimpal larian kedua pada bahagian tengah dan bawah larian pertama, mengimpal
dengan teknik menganyam untuk mengelakkan undercut dan overlap
× Pastikan mengawal jarak arka dan kedudukan sudut nozzle supaya nozzle tidak rosak
dan kumai kelihatan cembung
× Setelah selesai mengimpal larian kedua bersihkan larian daripada percikan (spatter) dan
sanga (slag) yang terhasil dengan menggunakan tukul penyerpih (chipping hammer)
dan berus dawai
× Setelah selesai mulakan mengimpal larian ketiga pada bahagian atas larian kedua
× Mengimpal dengan menggunakan teknik anyaman untuk mengelakkan kecacatan
seperti undercut dan overlap
× Pastikan mengawal jarak arka dan kedudukan sudut nozzle supaya nozzle tidak rosak
dan kumai kelihatan cembung
A Sambungan Kambi T ( Penyusunan Larian )
Mengimpal sambungan temu V tunggal pada kedudukan 1G menggunakan proses FCAW
PERSIAPAN BAHAN KERJA
× Sediakan alat kelengkapan mesin kimpal
× Memakai pakaian keselamatan PPE
× Buat persediaan plat dengan memotong mengikut ukuran yang ditetapkan iaitu 250 x
100mm x 9 mm
× Potong serong pada kedua-kedua kepingan dengan sudut 30 - 35 dengan
menggunakan mesin pemotongan oksi-asitilin semi auto
× Buat muka punca pada plat dengan menggunakan mesin canai dengan ketebalan
1.5mm-2mm
× Sediakan peralatan dan bahan kerja seperti tukul penyerpih (chipping hammer), berus
dawai dan lain-lain yang berkaitan
× Bersihkan benda kerja dari segala kotoran dan karat
LANGKAH KERJA MENGIMPAL SAMBUNGAN TEMU V TUNGGAL KEDUDUKAN 1G
× Letakkan bendakerja diatas meja yang rata. Jika perlu letak pelapik dibawah benda
kerja supaya tidak mengganggu proses larian penusukan
× Laraskan arus dan kelajuan suapan dawai electrode pada mesin kimpal FLUX CORE
mengikut kesesuaian pengimpal
× Sesuaikan celahan punca dengan menggunakan tolok jarak (gap guage)
× Paku kimpal plat sambungan pada bahagian belakang plat
× Mulakan larian pertama pada kedudukan 1G dengan menggunakan arus 70A-90A,
kimpal dengan menggunakan teknik anyaman pastikan kawal jarak arka dan sudut
supaya larian penusukan tidak mengalami kecacatan
× Kimpal larian punca dan berhenti dikawasan tengah benda kerja dan pastikan lubang
kunci (key hole) sentiasa ada semasa mengimpal untuk memastikan larian sempurna
× Bersihkan sepanjang 20mm di hujung kimpalan dengan menggunakan mesin canai dan
menggunakan mata rata
× Sambung mengimpal larian sehingga selesai
× Setelah selesai bersihkan larian daripada percikan (spatter) dan sanga (slag) yang
terhasil dengan menggunakan tukul penyerpih (chipping hammer) dan berus dawai
× Setelah selesai, kimpal larian panas (HOT PASS) dengan menggunakan arus yang kuat
berbanding arus yang digunakan untuk larian pertama iaitu 110A-120A
× Pastikan larian panas (HOT PASS) dikimpal penuh menutupi larian penusukan

× Jika permukaan larian panas (HOT PASS) terlalu cembung ratakan sedikit dengan
mesin canai menggunakan mata tebal
× Setelah selesai, kimpal larian penukupan (CAPPING) dengan menggunakan arus yang
rendah berbanding arus yang digunakan untuk larian panas (HOT PASS) iaitu 100A-
110A
× Kimpal larian penukupan (CAPPING) dengan lebar kumai lebih 2mm dari ruang asal
× Larian penukupan mestilah dikimpal sebanyak 2 larian, mengimpal dengan teknik
menganyam
× Ketika mengimpal pastikan jarak arka dan sudut nozzle dijaga untuk mengelakkan
kecacatan seperti overlap, keliangan, undercut dan lain-lain yang boleh terjadi
× Setelah selesai mengimpal larian penukupan (CAPPING) bersihkan larian daripada
percikan (spatter) dan sanga (slag) yang terhasil dengan menggunakan tukul penyerpih
(chipping hammer) dan berus dawai
Mengimpal sambungan temu V tunggal pada kedudukan 3G menggunakan proses FCAW
PERSIAPAN BAHAN KERJA
× Sediakan alat kelengkapan mesin kimpal
× Memakai pakaian keselamatan PPE
× Buat persediaan plat dengan memotong mengikut ukuran yang ditetapkan iaitu 250 x
100mm x 9 mm
× Potong serong pada kedua-kedua kepingan dengan sudut 30 - 35 dengan
menggunakan mesin pemotongan oksi-asitilin semi auto
× Buat muka punca pada plat dengan menggunakan mesin canai dengan ketebalan
1.5mm-2mm
× Sediakan peralatan dan bahan kerja seperti tukul penyerpih (chipping hammer), berus
dawai dan lain-lain yang berkaitan
× Bersihkan benda kerja dari segala kotoran dan karat
LANGKAH KERJA MENGIMPAL SAMBUNGAN TEMU V TUNGGAL KEDUDUKAN 3G
× Letakkan bendakerja diatas meja yang rata. Jika perlu letak pelapik dibawah benda
kerja supaya tidak mengganggu proses larian penusukan
× Laraskan arus dan kelajuan suapan dawai electrode pada mesin kimpal FLUX CORE
mengikut kesesuaian pengimpal
× Sesuaikan celahan punca dengan menggunakan tolok jarak (gap guage)
× Paku kimpal plat sambungan pada bahagian belakang plat
× Mulakan larian pertama pada kedudukan 3G dengan menggunakan arus 70A-90A,
kimpal dengan menggunakan teknik anyaman pastikan kawal jarak arka dan sudut
supaya larian penusukan tidak mengalami kecacatan
× Kimpal larian punca dan berhenti dikawasan tengah benda kerja dan pastikan lubang
kunci (key hole) sentiasa ada semasa mengimpal untuk memastikan larian sempurna
× Bersihkan sepanjang 20mm di hujung kimpalan dengan menggunakan mesin canai dan
menggunakan mata rata
× Sambung mengimpal larian sehingga selesai
× Setelah selesai bersihkan larian daripada percikan (spatter) dan sanga (slag) yang
terhasil dengan menggunakan tukul penyerpih (chipping hammer) dan berus dawai
× Setelah selesai, kimpal larian panas (HOT PASS) dengan menggunakan arus yang kuat
berbanding arus yang digunakan untuk larian pertama iaitu 110A-120A
× Pastikan larian panas (HOT PASS) dikimpal penuh menutupi larian penusukan
× Setelah selesai bersihkan larian daripada percikan (spatter) dan sanga (slag) yang
terhasil dengan menggunakan tukul penyerpih (chipping hammer) dan berus dawai
× Jika permukaan larian panas (HOT PASS) terlalu cembung ratakan sedikit dengan
mesin canai menggunakan mata tebal
× Setelah selesai, kimpal larian penukupan (CAPPING) dengan menggunakan arus yang
rendah berbanding arus yang digunakan untuk larian panas (HOT PASS) iaitu 100A-
110A
× Kimpal larian penukupan (CAPPING) dengan lebar kumai lebih 2mm dari ruang asal
× Larian penukupan mestilah dikimpal sebanyak 2 larian, mengimpal dengan teknik
menganyam
× Ketika mengimpal pastikan jarak arka dan sudut nozzle dijaga untuk mengelakkan
kecacatan seperti overlap, keliangan, undercut dan lain-lain yang boleh terjadi
× Setelah selesai mengimpal larian penukupan (CAPPING) bersihkan larian daripada
percikan (spatter) dan sanga (slag) yang terhasil dengan menggunakan tukul penyerpih
(chipping hammer) dan berus dawai
JABATAN KEJURUTERAAN MEKINIKAL DAN PEMBUATAN
TEKNILOGI KIMPALAN
TUGASAN MTK 602
FCAW (FLUX CORED ARC WELDING PROCESS
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD NOOR IDHAM BIN MOHAMMAD ZAMRI
JURUSAN : TK2 DVM 1
NAMA PENSYARAH : EN ZAINAL BIN HUSSAIN