Download - 8 DISEMBER HINGGA 23 DISEMBER 2021 SOALAN NO. 0 ...

Transcript

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPATPARLIMEN KEEMPAT BELAS

2021

8 DISEMBER HINGGA 23 DISEMBER 2021SOALAN NO. 0 HINGGA 111

NO SOALAN: 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’AJIS BIN SITIN

Dato' Ajis bin Sitin minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

menyatakan sehingga sekarang berapakah jumlah peruntukan yang

disediakan kepada JAKOA untuk menjalankan kerja-kerja ukur tanah

bagi tujuan pewartaan tanah rizab Orang Asli di seluruh negara.

Daripada jumlah dana tersebut berapakah yang telah dibelanjakan dan

berapakah baki yang belum dibelanjakan yang masih berada di bawah

tanggungan Lembaga Juruukur Malaysia.

NO SOALAN: 1

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Jumlah peruntukan yang diluluskan kepada JAKOA bagi melaksanakan

kerja-kerja ukur tanah di kawasan penempatan Orang Asli bagi tujuan

pewartaan tanah adalah seperti berikut :

i. RMKe-10 : RM15,805,000.00

ii. RMKe-11 : RM7,878,500.00

iii. RMke-12 : RM 42,000,000.00

iv. Jumlah Peruntukan : RM 65,683,500.00

Jumlah perbelanjaan adalah seperti berikut :

i. RMKe-10 : RM14,927,783.60 (94.5%)

ii. RMKe-11 : RM6,868,912.37 (87.2%)

iii. RMKe-12 : RM 4,937,423.06 (sehingga tahun 2021)

[ 11.76%]

iv. Jumlah Perbelanjaan : RM 26,734,119.03

Baki yang berada di dalam tanggungan Lembaga Juruukur Tanah

Malaysia adalah RM 2,173,337.65 melibatkan 29 kampung yang belum

selesai ukur kerana terdapat kekangan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri

(PBN).

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ AJIS BIN SITIN

Dato' Ajis bin Sitin minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

menyatakan sehingga sekarang berapakah jumlah kampung dan jumlah

keluasan Kampung Orang Asli yang telah dibuat pengukuran oleh

juruukur berlesen seperti pecahan berikut iaitu telah siap diukur dan

telah diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri, telah siap diukur dan pada

peringkat pewartaan, telah lantik juruukur berlesen tapi belum selesai,

peringkat perancangan melantik juruukur berlesen dan juruukur berlesen

bermasalah.

NO SOALAN: 2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

JAKOA komited dalam melaksanakan kerja ukur penandaan sempadan

bagi tujuan pewartaan tanah kepada Orang Asli menerusi jumlah

peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan. Pewartaan tanah di bawah

Akta 134 akan memudahkan penyeliaan hal ehwal Orang Asli oleh

JAKOA, ia adalah selaras dengan peranan penubuhan JAKOA dan

peranan Kerajaan Persekutuan seperti Jadual Kesembilan perkara

16 berkaitan kebajikan Orang Asli.

Namun begitu, peratus pewartaan tanah yang diluluskan kepada Orang

Asli masih rendah yang ditunjukkan melalui jumlah kampung yang telah

siap diukur sempadan dan telah diwartakan adalah sebanyak 215

kampung Orang Asli dengan keluasan 40,628.45 hektar.

Rekod JAKOA menunjukkan bahawa jumlah kampung yang telah siap

diukur di peringkat permohonan pewartaan kepada Pihak Berkuasa

Negeri (PBN) adalah sebanyak 522 kampung dengan anggaran

keluasan tanah 70,781.14 hektar.

Jumlah yang telah dilantik jurukur berlesen yang belum selesai kerja

ukur adalah sebanyak 29 kampung dengan anggaran keluasan tanah

5,265.13 Hektar. Bagi projek yang belum selesai, tiada isu Juruukur

yang bermasalah tetapi kekangan bantahan penduduk berkaitan

keluasan kerana tertakluk kelulusan PBN yang mengambil masa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN SERUANDI BIN SAAD

Tuan Seruandi bin Saad minta PERDANA MENTERI menyatakan

berapakah peruntukan yang diberikan bagi membantu mangsa banjir

pada musim tengkujuh pada masa kini.

NO SOALAN: 3

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF BIN AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormatm

1. Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dengan nasib mangsa-

mangsa yang terjejas dengan bencana. Pelbagai peruntukan melalui

Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan telah diperuntukkan bagi

membantu meringankan beban mangsa yang terjejas. Antara

bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan adalah operasi

memindahkan mangsa, keperluan asas di pusat pemindahan

sementara, perkhidmatan kesihatan, sajian makanan dan kit

makanan yang diberikan sebaik sahaja bencana berlaku

terutamanya banjir.

2. Selain daripada itu, bagi menzahirkan keprihatinan Kerajaan

terhadap mangsa-mangsa bencana termasuk banjir, kadar Bantuan

Wang Ihsan (BWI) telah dinaikkan dari RM500 ke RM1,000 kepada

setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas. Kadar ini dikaji semula

berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa harga

barang keperluan dan perkhidmatan (Consumer Price Index) yang

bernilai RM500 pada tahun 2006 telah melonjak kepada RM676.18

pada tahun 2021.

NO SOALAN: 3

3. BWI bukan pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah /

harta benca yang dialami oleh mangsa bencana. Ianya adalah untuk

membantu meringankan beban mangsa buat sementara waktu ketika

bencana dan merupakan sumbangan ikhlas yang tertakluk kepada

kadar semasa yang ditentukan oleh Kerajaan.

4. Kelayakan BWI hanya diberikan sekali dalam tempoh musim

bencana yang telah diisytiharkan. Sekiranya bencana berlaku

melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana maka tiada bantuan

kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

5. Sejak tahun 2016 hingga 2020, Kerajaan telah mengagihkan BWI

sebanyak RM60.67 juta kepada mangsa-mangsa bencana.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN SERUANDI BIN SAAD

Tuan Seruandi bin Saad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa bantuan yang

telah disalurkan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu

tunggal di Perlis bagi meneruskan kehidupan setelah hilang pekerjaan

sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 2021.

NO SOALAN: 4

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius isu

berkaitan Orang Kurang Upaya (OKU) bekerja yang terjejas bagi

meneruskan kehidupan setelah hilang pekerjaan sepanjang tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan pada 2021.

Antara usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan adalah dengan

menyediakan Bantuan Kewangan Khas OKU di bawah Pakej

Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Berdasarkan statistik negeri Perlis sehingga Oktober 2021, seramai

31 OKU bekerja yang didapati terjejas pendapatan akibat pandemik

COVID-19 telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM500.00

sebulan untuk tempoh tiga bulan bermula September hingga

November 2021.

Selain itu, bantuan Elaun Pekerja OKU (EPOKU) secara bulanan turut

dilanjutkan kepada seramai 2,115 penerima dengan peruntukan

RM9.2 juta bagi negeri Perlis tanpa mengira status pekerjaan mereka

sama ada masih bekerja ataupun telah kehilangan pekerjaan.

Bagi membantu golongan ibu tunggal Kementerian telah menyediakan

program pembangunan kapasiti serta penyediaan ruang dan peluang

supaya wanita-wanita ini dapat menjana pendapatan bagi memperbaiki

NO SOALAN: 4

taraf hidup mereka. Antara program penjanaan pendapatan untuk

membantu ekonomi wanita seperti berikut:

1. Program Wanita Bangkit (Program yang menyediakan peluang

pekerjaan dan penjanaan pendapatan)

Sasaran : 2,000 orang

Pencapaian : 1,744 peserta wanita telah mendapat pekerjaan

(sehingga 8 November 2021)

2. Program Bantuan MyKasih Kapital:

Pencapaian : 2,000 peserta (sehingga 8 November 2021)

(menerima insentif RM500 seorang dan melibatkan peruntukan

sebanyak RM1,000,000.00).

3. Kolaborasi Strategik JPW dengan pelbagai pihak seperti

TalentCorp dan PERKESO (menyediakan peluang pekerjaan

kepada wanita)

a. Program Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita:

• Jumlah program telah dilaksanakan : 13 program

• Jumlah majikan yang terlibat : 189 majikan

• Jumlah pekerjaan yang ditawarkan : 16,751 tawaran

• Jumlah peserta berjaya mendapatkan di negeri Perlis: 77

wanita (sehingga 8 November 2021)

b. Jumlah wanita yang berjaya kembali bekerja di bawah Program

bersama PERKESO : 183,463 orang wanita (sehingga 8

November 2021)

NO SOALAN: 4

4. Industri Penjagaan Postnatal (Ibu Selepas Bersalin)

a. Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Mamacare ialah

Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Tradisional Melayu

yang dipermodenkan.

b. Jumlah Pengamal Mamacare di negeri Perlis yang telah dilatih :

100 orang (sehingga 8 November 2021)

5. Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA

Pada tahun 2020, seramai 180 orang peserta telah mengikuti

kursus secara PERCUMA tersebut dan program ini turut diadakan

pada tahun 2021.

6. Kolaborasi Strategik bersama Kementerian Pembangunan

Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

JPW telah melaksanakan program penjanaan pendapatan wanita

melalui keusahawanan menerusi program kolaborasi strategik

KPWKM dan MEDAC seperti ketetapan berikut:

a. TEKUN : Program Bantuan Pembiayaan Berkelompok

TemanNita - 793 peserta telah menerima pembiayaan

b. Perbadanan Nasional (PNS): Sebuah program keusahawanan

berkonsepkan Francais - 214 peserta mengikuti Program

SWEET

c. INSKEN: Program INSKEN Bumiputera Business Coaching

(IBBC) - 3,418 permohonan telah diterima

7. 2 Years Exit Programme (YEP)

a. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Pelan

Transformasi JKM telah memberi fokus dan penekanan kepada

usaha ke arah pendayaupayaan klien khususnya penerima

NO SOALAN: 4

bantuan melalui pelaksanaan productive welfare dan program “2

Years Exit Programme” dibangunkan.

b. Jumlah peserta program 2 YEP : 214 orang yang meliputi 5

orang wanita dan 2 orang wanita OKU di negeri Perlis

(sehingga 8 November 2021)

8. Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Jumlah penerima : 150,000 orang ibu tunggal (3175 ibu tunggal di

negeri Perlis)

Jumlah bantuan : RM300.00 (seorang-bantuan secara one-off)

9. Flexible Working Arrangement

Kementerian ini juga turut menyokong penuh pelaksanaan

Flexible Working Arrangement dan penyediaan taska di tempat

kerja untuk menggalakkan wanita bekerja dan pada masa yang

sama mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 5

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN SERUANDI BIN SAAD

Tuan Seruandi Bin Saad minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan perincian jumlah pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja (KWSP) melalui inisiatif seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

NO SOALAN: 5

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra adalah tiga (3) program pengeluaran

khas yang diperkenalkan oleh KWSP dan terbuka kepada ahli di bawah

umur 55 tahun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan

bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuhi cabaran dan

impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

2. Secara keseluruhannya, seramai 7.35 juta ahli atau 58% daripada

12.66 juta ahli yang berumur di bawah 55 tahun telah memanfaatkan

sekurang-kurangnya salah satu daripada pengeluaran khas ini dengan

jumlah amaun pengeluaran melebihi RM101 bilion dalam tempoh kurang

daripada dua tahun. Pecahan bilangan ahli yang telah membuat

pengeluaran i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dan amaun pengeluaran yang

diluluskan adalah seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Bilangan Ahli dan Amaun Pengeluaran i-Lestari, i-Sinar

dan i-Citra

Jenis Pengeluaran Bilangan Ahli Amaun Diluluskan

i-Lestari 5.27 juta RM 20.78 bilion

i-Sinar 6.57 juta RM 58.78 bilion

i-Citra 5.20 juta RM 21.45 bilion

Jumlah Ahli Yang Terlibat 7.35 juta RM 101.01 bilion

NO SOALAN: 5

3. Tempoh permohonan bagi ketiga-tiga pengeluaran ini telah

berakhir. Namun, pembayaran bagi pengeluaran i-Sinar dan i-Citra masih

berjalan mengikut jadual pembayaran bulanan masing-masing, iaitu

sehingga Disember 2021 bagi i-Sinar dan sehingga Februari 2022 bagi i-

Citra.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 6

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN SERUANDI BIN SAAD

Tuan Seruandi bin Saad minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan jumlah pengangguran mengikut kategori terkini mengikut

negeri, jantina dan lingkungan umur.

NO SOALAN: 6

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan Kaji Selidik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan

Malaysia (DOSM) pada suku ketiga 2021, kadar pengangguran di Sabah

dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal tinggi melebihi 8 peratus iaitu

masing-masing dengan 9.0 peratus dan 8.2 peratus. Manakala tujuh

negeri lain dengan kadar pengangguran 4.0 peratus atau lebih adalah

Kelantan, Perlis, W.P. Kuala Lumpur, Perak, Sarawak, Terengganu dan

Johor.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kadar

pengangguran terendah iaitu 1.0 peratus. Empat negeri menunjukkan

bilangan penganggur lebih rendah pada suku ketiga 2021 berbanding

suku sama tahun 2020 iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan

Wilayah Persekutuan Putrajaya. Manakala sebelas negeri lain mengalami

peningkatan bilangan penganggur. Antara pertambahan tertinggi ialah

Sarawak merekodkan 64.7 ribu orang penganggur iaitu peningkatan 12

ribu orang diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 43.2

ribu orang penganggur dengan peningkatan sebanyak 10.0 ribu orang.a

Kadar pengangguran bagi lelaki merekodkan 4.5 peratus pada

suku ketiga 2021 berbanding 4.7 peratus pada suku ketiga 2020.

Manakala kadar pengangguran bagi wanita merekodkan 5.0 peratus

pada suku ketiga 2021 berbanding 4.6 pada suku ketiga 2020.

NO SOALAN: 6

Kadar pengangguran bagi kumpulan umur 15-24 tahun adalah 11.7

peratus pada suku ketiga 2021 berbanding suku ketiga 2020 iaitu 12.6

peratus. Manakala kumpulan umur 25-34 mencatatkan kadar

pengangguran 4.6 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding 4.4 peratus

pada suku ketiga 2020.

Bagi kumpulan umur 35-44 tahun pula mencatatkan kadar

pengangguran 1.8 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding 2.1 peratus

pada suku ketiga 2020. Kumpulan umur 45-54 tahun mencatatkan kadar

pengangguran 2.6 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding 1.7 peratus

pada suku ketiga 2020 dan kumpulan umur 55-64 tahun mencatatkan

kadar pengangguran 4.1 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding 4.2

peratus pada suku ketiga 2020.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 7

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN SERUANDI BIN SAAD

Tuan Seruandi bin Saad minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan perincian jumlah peruntukan fasiliti sukan kepada Negeri

Perlis sepanjang tahun 2021.

NO SOALAN: 7

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keseluruhan peruntukan

fasiliti sukan kepada negeri Perlis bagi Rolling Plan Kedua (RP2)

Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) adalah sebanyak

RM3,620,000.00

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 8

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK

CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee Minta MENTERI PENGAJIAN

TINGGI menyatakan

(a) berapa ramai pelajar mengikut pecahan kepada jantina, keturunan,

negeri yang telah mendaftar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

untuk Ijazah Sarjana Muda bagi sesi September/Oktober untuk tahun

semasa; dan

(b) mohon penjelasan jumlah biasiswa Kerajaan/Kementerian yang telah

diberikan kepada pelajar baru tersebut, mengikut jantina, keturunan,

negeri dan kelayakan pendidikan.

NO SOALAN: 8

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

JAWAPAN (a)

Berdasarkan sistem MyMoheS Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

sehingga 30 April 2021, enrolmen pelajar di Universiti Awam (UA) adalah

seramai 555,340 orang. Daripada jumlah ini, seramai 350,353 orang

pelajar atau 63.1 peratus mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana

Muda dengan peratusan pelajar lelaki adalah sebanyak 36.9 peratus

manakala 63.1 peratus adalah pelajar perempuan.

Berdasarkan negeri lahir, terdapat tiga (3) negeri yang menyumbang

peratusan tertinggi pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di

UA iaitu Negeri Selangor dengan 12.9 peratus, diikuti Negeri Johor

(11.5%) dan Negeri Kelantan (10.2%). Dari segi keturunan, pelajar

Bumiputera yang melanjutkan pengajian di UA di peringkat Ijazah Sarjana

Muda adalah merangkumi 85.8 peratus manakala bukan bumiputera

adalah sebanyak 14.2 peratus. Butiran terperinci adalah seperti di

Jadual 1.

NO SOALAN: 8

Jadual 1: Bilangan pelajar Ijazah Sarjana Muda UA (warganegara) mengikut Negeri Lahir, Taraf Bumiputera dan Jantina, 2021

NEGERI LAHIR BUMIPUTERA Lelaki Perempuan Jumlah

Keseluruhan Bil. Bil.

Kelantan Bukan Bumiputera 296 448 743

Bumiputera 12,287 22,697 34,984

Jumlah 12,583 23,145 35,728

Johor Bukan Bumiputera 2,815 4,338 7,143

Bumiputera 11,788 21,185 32,973

Jumlah 14,603 25,523 40,126

W.P.(Kuala Lumpur)

Bukan Bumiputera 1,588 2,380 3,958

Bumiputera 9,528 15,273 24,801

Jumlah 11,116 17,653 28,769

Perak Bukan Bumiputera 3,278 4,823 8,100

Bumiputera 9,292 15,653 24,945

Jumlah 12,570 20,476 33,046

Selangor Bukan Bumiputera 2,359 3,698 6,048

Bumiputera 14,893 24,263 39,156

Jumlah 17,252 27,961 45,213

Kedah Bukan Bumiputera 1,516 2,246 3,761

Bumiputera 8,786 16,909 25,695

Jumlah 10,302 19,155 29,457

Terengganu Bukan Bumiputera 96 127 223

Bumiputera 6,650 12,800 19,450

Jumlah 6,746 12,927 19,673

Pahang Bukan Bumiputera 836 1,390 2,217

Bumiputera 6,947 12,660 19,607

Jumlah 7,783 14,050 21,833

Sarawak Bukan Bumiputera 1,754 2,501 4,255

Bumiputera 6,853 11,869 18,722

Jumlah 8,607 14,370 22,977

Sabah Bukan Bumiputera 437 750 1,187

Bumiputera 8,470 15,593 24,063

Jumlah 8,907 16,343 25,250

Pulau Pinang Bukan Bumiputera 2,964 4,004 6,968

Bumiputera 4,064 7,098 11,162

Jumlah 7,028 11,102 18,130

Negeri Sembilan

Bukan Bumiputera 1,072 1,678 2,748

Bumiputera 4,156 6,815 10,971

Jumlah 5,228 8,493 13,721

Melaka Bukan Bumiputera 935 1,284 2,219

Bumiputera 3,434 5,366 8,800

Jumlah 4,369 6,650 11,019

Perlis Bukan Bumiputera 81 93 174

Bumiputera 1,315 2,219 3,534

Jumlah 1,396 2,312 3,708

W.P.(Labuan) Bukan Bumiputera 17 35 52

Bumiputera 322 548 870

NO SOALAN: 8

NEGERI LAHIR BUMIPUTERA Lelaki Perempuan Jumlah

Keseluruhan Bil. Bil.

Jumlah 339 583 922

W.P.(Putrajaya) Bukan Bumiputera 3 8 11

Bumiputera 154 169 323

Jumlah 157 177 334

LUAR NEGARA Bukan Bumiputera 26 28 54

Bumiputera 195 198 393

Jumlah 221 226 447

Jumlah Keseluruhan 129,207 221,146 350,353

Sumber: Sistem MyMoheS, KPT

Data adalah sehingga 30 April 2021

JAWAPAN (b)

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menawarkan dua bentuk

kemudahan pembiayaan pendidikan iaitu biasiswa dan bantuan

kewangan yang diberikan kepada pelajar yang layak berdasarkan merit

tanpa mengira kaum, agama, jantina, bangsa, negeri, taraf hidup dan

lokaliti. Tumpuan utama pembiayaan ini adalah kepada pengajian di

peringkat pasca siswazah dengan kumpulan sasaran yang terlibat adalah

tenaga pengajar di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti

serta pegawai bukan akademik di UA.

Walau bagaimanapun, KPT turut menawarkan pembiayaan pendidikan

kepada para pelajar di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda menerusi

program-program Biasiswa MyBrainScience, Biasiswa Atlet Cemerlang

IPT, Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik serta Biasiswa Anugerah

Tokoh Siswa. Di samping itu, turut ditawarkan adalah Bantuan Kewangan

Orang Kurang Upaya (BKOKU) yang merupakan bantuan khusus kepada

pelajar daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Kesemua pelajar

ini mempunyai kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/setaraf

NO SOALAN: 8

sebagai syarat kemasukan dan penawaran biasiswa kewangan di

peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Bagi sesi akademik 2021/2022, KPT telah memberikan pembiayaan

kepada seramai 369 pelajar baharu di peringkat Ijazah Sarjana Muda

menerusi program pembiayaan pendidikan yang disebutkan. Pecahan

pelajar yang menerima pembiayaan daripada KPT adalah seperti jadual-

jadual berikut:

Jadual 1: Pecahan pelajar yang menerima pembiayaan bagi sesi

akademik 2021/2022 mengikut program biasiswa

Program Biasiswa dan

Bantuan Kewangan

Jantina Jumlah

Lelaki Perempuan

Biasiswa Atlet Cemerlang IPT 38 37 75

Biasiswa MyBrainScience 29 62 91

Biasiswa Pelajar Cemerlang

Politeknik

23 33 56

Bantuan Kewangan Orang

Kurang Upaya

69 78 147

Jumlah Keseluruhan 159 210 369

Jadual 2: Pecahan pelajar yang menerima pembiayaan KPT bagi sesi

akademik 2021/2022 mengikut jantina

Jantina Bilangan Pelajar

Lelaki 159

Perempuan 210

Jumlah keseluruhan 369

NO SOALAN: 8

Jadual 3: Pecahan pelajar yang menerima pembiayaan bagi sesi

akademik 2021/2022 mengikut keturunan

Keturunan Jumlah

Melayu 252

Cina 56

India 34

Iban 3

Bajau 2

Kadazan 3

Bumiputera Sabah 10

Bumiputera Sarawak 1

lain-lain 8

Jumlah Keseluruhan 369

NO SOALAN: 8

Jadual 4: Pecahan pelajar yang menerima pembiayaan bagi sesi

akademik 2021/2022 mengikut negeri

Negeri Jantina

Jumlah Lelaki Perempuan

Perlis 2 4 6

Kedah 9 14 23

Pulau Pinang 9 18 27

Perak 14 14 28

Selangor 50 46 96

Negeri Sembilan 4 4 8

Melaka 4 9 13

Johor 12 28 40

Pahang 6 11 17

Terengganu 6 11 17

Kelantan 16 18 34

Sabah 10 12 22

Sawarak 2 6 8

Wilayah Persekutuan 15 14 29

Putrajaya 0 1 1

Jumlah 159 210 369

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 9

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK

CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI TENAGA DAN

SUMBER ASLI menyatakan status dan statistik bilangan haiwan liar

terancam di Malaysia, berapakah jumlah dan bagaimanakah jumlah

tersebut dibelanjakan dalam usaha pemuliharaan haiwan liar terancam

sejak Mac 2020.

NO SOALAN: 9

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Semua hidupan liar terancam di Semenanjung Malaysia dilindungi

di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Akta 716

menggariskan dua kategori perlindungan iaitu ‘hidupan liar yang

Dilindungi’ dan ‘hidupan liar yang Dilindungi Sepenuhnya’. Hidupan liar

terancam terletak di bawah kategori ‘hidupan liar yang Dilindungi

Sepenuhnya’. Sebanyak lebih kurang 1,300 spesies hidupan liar telah

disenaraikan di bawah kategori ini.

2. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 223 spesies hidupan liar telah

dinilai statusnya dan disenaraikan di bawah Red List of Mammals for

Peninsular Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2017. Mengikut data

yang direkodkan di dalam Red List of Mammals for Peninsular Malaysia,

terdapat satu spesies yang telah disenaraikan sebagai pupus atau extinct

iaitu Badak Jawa, manakala empat (4) spesies lagi dinilai sebagai amat

terancam atau critically endangered iaitu Badak Sumatera, Harimau

Malaya, Tenggiling dan Banteng. Selain itu, sebanyak 12 spesies dinilai

sebagai terancam (endangered) sementara 14 spesies dinilai sebagai

terdedah kepada ancaman (vulnerable), 33 spesies hampir merbahaya

(near threatened), 83 spesies kurang membimbangkan (least concern)

dan 76 spesies berstatus kurang data (data deficient).

3. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan

Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah

NO SOALAN: 9

membelanjakan peruntukan mengurus sebanyak RM88,909,000.00 pada

tahun 2020 dan sebanyak RM90,158,500.00 pada tahun 2021 bagi

menjalankan pengurusan hidupan liar. Peruntukan ini digunakan bagi

menampung kos operasi Jabatan PERHILITAN yang melibatkan

konservasi in-situ dan ex-situ, penguatkuasaan dan pengurusan kawasan

perlindungan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK

CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI

menyatakan mendedahkan butiran terperinci mengenai unjuran kos

RM46 juta untuk Pilihan Raya Negeri Melaka.

NO SOALAN: 10

JAWAPAN

YB DATO’ SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, unjuran kos RM45.9 juta bagi

tujuan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka

Ke-15 merangkumi perbelanjaan di bawah Objek Sebagai 10000

Emolumen sebanyak RM1.1 juta dan Objek Sebagai 20000 Perkhidmatan

dan Bekalan sebanyak RM44.8 juta.

Unjuran di bawah Objek Sebagai 10000 sebanyak RM1.1 juta ini

adalah bagi bayaran Elaun Lebih Masa kakitangan dan petugas yang

terlibat dalam kerja-kerja berkaitan pilihan raya ini.

Manakala unjuran di bawah Objek Sebagai 20000 sebanyak

RM44.8 juta adalah bagi perbelanjaan tuntutan perjalanan petugas,

pengangkutan barang-barang, perhubungan dan utiliti, sewaan dan

kenderaan dan peralatan serta bekalan bahan dan perkhidmatan

termasuk penyelenggaraan dan pembaikan kecil.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK

CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PERTANIAN

DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan perkembangan terkini bagi

skim perlindungan insurans pertanian atau agro makanan

NO SOALAN: 11

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan amat prihatin dan

memandang serius terhadap masalah para petani, peladang, penternak

dan nelayan, terutamanya dari golongan B40 yang memiliki tahap

pengeluaran berskala kecil dan sering terdedah kepada risiko

pengeluaran. Antara risiko berkenaan termasuk bencana alam seperti

banjir, perubahan cuaca dan iklim, serangan wabak penyakit dan haiwan

perosak serta risiko ketidakstabilan harga pasaran yang menjejaskan

punca pendapatan mereka.

Ketika ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

dengan kerjasama Agrobank sedang mewujudkan satu skim

perlindungan khusus berlandaskan prinsip shariah yang dinamakan

sebagai Skim Perlindungan Takaful Agromakanan bagi memenuhi

keperluan komuniti agromakanan yang mengalami ketidaktentuan punca

pendapatan akibat bencana alam.

Skim perlindungan takaful ini akan menawarkan pakej perlindungan

dengan caruman premium tahunan pada kadar yang rendah dan

berpatutan serta penyediaan pampasan yang sewajarnya kepada semua

petani, peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara termasuk

daripada golongan B40 yang berskala kecil.

Pada peringkat permulaan ini, Skim Perlindungan Takaful

Agromakanan ini akan dilaksanakan menerusi inisiatif swasta yang akan

NO SOALAN: 11

dipelopori oleh Agrobank sebagai perintis dalam menawarkan skim

perlindungan yang pertama dalam sektor pertanian di negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, Kementerian Kewangan

telah bersetuju dengan pembangunan model perniagaan baharu

Agrobank yang meliputi penawaran Skim Perlindungan AgroTakaful. Bagi

memastikan kelancaran penawaran skim ini, Agrobank kini sedang

menunggu keputusan lanjut daripada Bank Negara Malaysia dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan Financial Services

Authority).

Skim ini dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2022

dan dimulakan dengan Fasa Pertama melibatkan skim perlindungan

untuk para pesawah padi seluruh negara. Seterusnya, skim ini akan

diperluaskan pada tahun 2023 dengan melibatkan subsektor perikanan,

tanaman, perladangan dan industri makanan yang lain.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ WIRA OTHMAN BIN AZIZ

Dato’ Wira Othman bin Aziz minta MENTERI PELANCONGAN, SENI

DAN BUDAYA menyatakan:-

(a) Bilangan kemasukan pelancong asing mengikut negara; dan

(b) Jumlah anggaran pendapatan negara melalui sektor ini antara tahun

2017 hingga 2020.

NO SOALAN: 12

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketibaan pelancong asing

ke Malaysia yang telah direkodkan adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah

2017 25.9 juta

2018 25.8 juta

2019 26.1 juta

2020 4.3 juta

2. Kemorosotan ketara kehadiran pelancong asing ke Malaysia pada

2020 adalah dijangka susulan daripada penutupan sempadan

antarabanga Malaysia ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19.

3. Pada tahun 2019, lima (5) buah negara penyumbang terbesar

pelancong asing ke Malaysia ialah Singapura, Indonesia, China,

Thailand dan Brunei.

4. Kehadiran pelancong asing ini telah menyumbang kepada

pendapatan pelancongan sebanyak RM82.2bilion (pada tahun 2017)

RM84.1bilion (pada tahun 2018), RM86.1bilion (pada tahun 2019) dan

RM12.69bilion pada tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ WIRA OTHMAN BIN AZIZ

Dato' Wira Othman bin Aziz minta KEMENTERIAN PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah nilai pelaburan

langsung dan statistik peluang pekerjaan setiap tahun yang berjaya

diwujudkan di Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP)

antara tahun 2010 hingga 2020.

NO SOALAN: 13

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Dalam memperkukuh prospek pertumbuhan ekonomi dan memastikan

Malaysia kekal sebagai destinasi utama pilihan para pelabur, Kerajaan

sentiasa komited dalam meneruskan usaha bagi menggalakkan

pelaburan dalam negara. Walaupun negara berhadapan dengan

ketidaktentuan ekonomi global akibat daripada krisis pandemik COVID-

19, sektor perkilangan kekal memainkan peranan penting dalam memacu

transformasi ekonomi negara.

Jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan

bagi tempoh 2010 hingga 2020 adalah bernilai RM726.6 bilion dan

melibatkan 9,016 projek yang dijangka akan menjana sejumlah 850,971

peluang pekerjaan baharu. Pelaburan asing menyumbang sebanyak

RM409.3 bilion atau 56.3% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan

manakala pelaburan domestik menyumbang sebanyak 43.7%.

Bagi tempoh 2010 hingga 2020, negeri Kedah berjaya mencapai

kedudukan keenam dengan menyumbang pelaburan sebanyak RM40.5

billion. Pelaburan ini melibatkan 506 projek dan dijangka akan menjana

sejumlah 53,360 peluang pekerjaan baharu. Pelaburan asing

menyumbang sebanyak RM28.1 bilion atau 69.4% daripada jumlah

pelaburan yang diluluskan manakala pelaburan domestik menyumbang

sebanyak 30.6%.

NO SOALAN: 13

Bagi tempoh 2010 – 2020, jumlah pelaburan yang diluluskan di lokasi

Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) adalah sebanyak

RM24.9 bilion. Pelaburan ini melibatkan 58 projek dan dijangka akan

menjana sejumlah 22,155 peluang pekerjaan baharu. Pelaburan asing

menyumbang sebanyak RM21.1 bilion atau 84.7% daripada jumlah

pelaburan yang diluluskan di lokasi tersebut dan pelaburan domestik

menyumbang sebanyak 15.3%. Jumlah pelaburan diluluskan di lokasi

KHTP bagi setiap tahun dari 2010 – 2020 seperti Jadual berikut:

Jumlah Pelaburan Diluluskan Di Lokasi Taman Perindustrian

Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) Bagi Tahun 2010 - 2020 Dalam

Sektor Perkilangan

Tahun Projek

(Bil.)

Peluang

Pekerjaan

(Bil.)

Pelaburan

Domestik

(RM juta)

Pelaburan

Asing

(RM juta)

Jumlah

Pelaburan

(RM juta

2010 5 2,751 3.2 1,567.4 1,570.6

2011 8 5,869 3.3 5,557.8 5,561.1

2012 5 270 38.9 132.0 170.9

2013 2 905 264.8 0.0 264.8

2014 12 4,112 376.3 4,444.4 4,820.7

2015 2 1,146 0.0 714.4 714.4

2016 3 490 0.0

1,437.3 1,437.3

2017 6 690 74.9

840.6 915.5

2018 7 1,126 0.0 1,330.9 1,330.9

2019 4 702 1,982.7 5,100.0 7,082.7

2020 4 4,094 1,014.7 0.0 1,014.7

Total 58 22,155 3,758.9 21,124.8 24,883.7

NO SOALAN: 13

Industri utama yang mencatatkan pelaburan tertinggi di KHTP antara

tahun 2010 hingga 2020 adalah terdiri daripada produk elektronik dan

elektrikal (RM20.5 bilion), produk galian bukan logam (RM1.1 bilion),

produk getah (RM1.0 bilion), kelengkapan pengangkutan (RM0.7 bilion)

dan alat-alat sains & pengukuran (RM0.6 bilion).

KHTP adalah merupakan taman perindustrian berteknologi tinggi yang

pertama di Malaysia dan diiktiraf secara meluas oleh syarikat-syarikat

multinasional berteknologi tinggi terkemuka sebagai antara taman

teknologi tinggi yang terkenal di Asia yang berdaya maju dan memberikan

banyak kemudahan kepada syarikat tempatan dan multinasional, untuk

menghasilkan produk bernilai tinggi mereka dalam persekitaran

perniagaan bertaraf dunia yang kondusif. Antara faktor tarikan utama

KHTP juga adalah bakat berkualiti yang tersedia, ketersambungan logistik

antara mod yang cepat dan infrastruktur perindustrian yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI HAJI SUHAILI

Tuan Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan bagaimana usaha Bank Negara Malaysia dalam mengawal

aktiviti scam perbankan internet atau "online" yang menyebabkan

kerugian besar serta sejauh mana integrasi penguatkuasaan yang dibuat

antara SKMM dan PDRM.

NO SOALAN: 14

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bank Negara Malaysia (BNM) bersama dengan institusi-institusi

kewangan telah mengadakan pelbagai kerjasama strategik bersama

agensi-agensi penguatkuasaan secara berterusan terutamanya Polis

Diraja Malaysia (PDRM), selaku agensi penguatkuasaan yang

bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes melibatkan

penipuan sindiket akaun keldai dan penipuan secara dalam talian. Antara

kerjasama strategik yang dilaksanakan adalah mengadakan sesi

perkongsian pengetahuan taktik terkini kes penipuan dalam talian dan

akaun keldai secara berkala oleh PDRM bersama-sama pegawai

pematuhan institusi kewangan, melaksanakan program kesedaran

pengguna secara am dan bersasar serta perkongsian maklumat risikan

kewangan bagi membantu tindakan penguatkuasaan PDRM.

2. BNM bersama institusi-institusi kewangan serta agensi

penguatkuasaan juga telah menasihati orang ramai melalui pelbagai

medium komunikasi seperti poster, iklan di media sosial dan khidmat

pesanan ringkas (short message service, SMS) agar melakukan perkara-

perkara berikut sekiranya berdepan dengan situasi penipuan kewangan:

i. Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan

muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu;

NO SOALAN: 14

ii. Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan

oleh penipu termasuk pemindahan wang kepada orang yang

tidak dikenali, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis

atau institusi kewangan terbabit;

iii. Jangan hubungi semula nombor telefon yang diterima,

sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat,

organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut; dan

iv. Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau

kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali.

3. Orang ramai turut dinasihatkan untuk membuat semakan melalui

tiga saluran yang disediakan PDRM sebagai langkah berjaga-jaga

daripada menjadi mangsa akaun keldai seperti yang berikut:

i. Portal Semak Mule oleh PDRM

(https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/) membolehkan

orang ramai membuat semakan akaun bank bagi mengetahui

sama ada terdapat laporan polis dibuat ke atas akaun

tersebut;

ii. Pusat aduan CCID Scam Response Center (03-26101559 /

03-26101599), pusat sehenti bagi menerima sebarang aduan

dan pertanyaan berhubung kes jenayah penipuan dalam

talian termasuklah yang melibatkan akaun keldai; dan

iii. CCID Infoline (013-2111222) (melalui pesanan WhatsApp)

yang menerima pertanyaan berkaitan kes jenayah komersil.

NO SOALAN: 14

4. BNM menerusi Jaringan Pendidikan Kewangan (Financial

Education Network, FEN) telah melaksanakan pelbagai inisiatif

pendidikan pengguna untuk meningkatkan kesedaran orang ramai

tentang penipuan kewangan. Antara inisiatif yang dijalankan adalah

tertumpu kepada golongan belia seperti pertandingan MyDuitStory.

Melalui Bulan Literasi Kewangan 2021 yang dianjurkan pada bulan

Oktober yang lepas, topik ini telah disebar luas melalui sesi webinar,

pameran penipuan kewangan secara maya dan peraduan Pencarian

Harta Karun Scambusters.

5. Usaha-usaha tersebut diteruskan dengan sesi webinar berkenaan

penipuan kewangan dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin dan

Tamil, untuk meningkatkan kesedaran tentang hal ini di kalangan

segenap lapisan rakyat Malaysia. Platform Facebook Amaran Scam

(https://www.facebook.com/amaranpenipuan/) juga disediakan untuk

menyalurkan maklumat terkini tentang penipuan kewangan. BNM juga

sedang melaksanakan program rintis eksperimen sosial untuk memahami

perilaku masyarakat dalam berhadapan dengan penipuan kewangan.

Hasil kajian ini akan dikongsikan kepada agensi terlibat dalam

meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat.

6. Daripada aspek perundangan negara, secara amnya, Akta

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan

Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan garis

panduan yang telah dikeluarkan oleh BNM memperuntukkan rangka kerja

yang menyeluruh dalam pembanterasan jenayah kewangan termasuk

jenayah berkaitan aktiviti penipuan dalam talian. Institusi-institusi pelapor

di bawah Jadual Pertama AMLA termasuk institusi perbankan perlu

mematuhi kewajipan-kewajipan seperti melaksanakan usaha wajar

NO SOALAN: 14

pelanggan (customer due diligence, CDD) semasa pembukaan akaun

bank serta usaha wajar pelanggan secara berterusan (on-going due

diligence, ODD) bagi akaun-akaun bank sedia ada. Institusi ini juga

dikehendaki melaporkan transaksi kewangan yang mencurigakan

(suspicious transaction report, STR) kepada BNM apabila mengesyaki

bahawa transaksi tersebut melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti yang

menyalahi undang-undang atau pengubahan wang haram/pembiayaan

keganasan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO ZAIEDI HAJI SUHAILI

Dato Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

jumlah bilangan individu yang disekat dari keluar negara dan bagaimana

langkah bagi memastikan kumpulan individu ini tidak memanipulasi sistem

imigresen bagi mengelak tuntutan perundangan.

NO SOALAN: 15

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah warganegara Malaysia yang

dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara pada tahun 2021 dari 1 Januari

2021 sehingga 23 November 2021 adalah seramai 60,629 orang.

Sekatan perjalanan individu ke luar negara adalah atas pelbagai sebab

seperti kesalahan jenayah, kesalahan komersil dan arahan oleh pihak

mahkamah. Kes-kes yang diambil tindakan sekatan perjalanan ke luar

negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia juga adalah tertakluk kepada

permohonan yang diterima secara rasmi daripada pelbagai agensi Kerajaan

seperti berikut:

i) Mahkamah Majistret / Sesyen / Tinggi;

ii) Jabatan Insolvensi Malaysia;

iii) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);

iv) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM);

v) Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP);

vi) Perbadanan Tabung Pinjaman Tabung Pendidikan (PTPTN);

vii) Majlis Amanah Rakyat (MARA);

viii) Polis Diraja Malaysia (PDRM);

ix) Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

x) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM);

xi) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);

xii) Jabatan Penjara Malaysia;

NO SOALAN: 15

xiii) Bank Negara Malaysia (BNM); dan

xiv) Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara.

Tindakan sekatan perjalanan ini adalah selaras dengan peruntukan undang-

undang agensi terlibat (melalui penggubalan atau pindaan perundangan /

akta agensi berkaitan) bagi memastikan penama bertanggungjawab ke atas

kesalahan yang dilakukan. Sekiranya penama yang dilarang ke luar negara

atas apa-apa kesalahan tetapi ingin berbuat sedemikian, individu tersebut

perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada agensi-agensi yang

berkenaan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO ZAIEDI HAJI SUHAILI

Dato Zaiedi Haji Suhaili minta PERDANA MENTERI menyatakan

bagaimana usaha yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE)

dalam menyusun semula kategori B40, M40 dan T20 di setiap daerah

terutama Sabah dan Sarawak agar pengkelasan ini mengambil kira kos

pengangkutan dan inflasi semasa.

NO SOALAN: 16

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(EKONOMI)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, isi rumah

terbahagi kepada tiga kategori kumpulan pendapatan, iaitu kumpulan

isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (T20), berpendapatan 40%

pertengahan (M40) dan berpendapatan 40% terendah (B40).

Kategori kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20 hanya

dilaksanakan di peringkat nasional dan negeri.

2. Had pendapatan bagi B40, M40 dan T20 di peringkat nasional,

Sabah dan Sarawak berdasarkan Survei Pendapatan, Perbelanjaan

Isi Rumah dan Perkhidmatan Asas (HIES & BA) 2019 adalah seperti

berikut:

Kumpulan

Pendapatan

Had

Pendapatan

Nasional (RM)

Had

Pendapatan

Sabah (RM)

Had

Pendapatan

Sarawak (RM)

T20 10,960 dan ke

atas

8,200 dan ke

atas

8,650 ke atas

M40 4,850 – 10,959 3,490 – 8,119 3,720 – 8,649

B40 4,849 ke bawah 3,489 ke

bawah

3,719 ke

bawah

NO SOALAN: 16

3. Buat masa ini, kategori kumpulan pendapatan mengambil kira

sumber pendapatan yang merangkumi pekerjaan bergaji, bekerja

sendiri, pulangan daripada harta dan pelaburan serta pindahan

semasa diterima seperti kiriman wang dan bantuan kewangan

daripada Kerajaan atau agensi. Kategori kumpulan pendapatan ini

tidak mengambil kira kos sara hidup seperti pengangkutan dan

inflasi.

4. Melangkah ke hadapan, kajian semula kategori kumpulan

pendapatan akan dilaksanakan untuk tujuan pemberian bantuan

kepada kumpulan sasar yang lebih tepat dan bersasar. Sebagai

contoh, mewujudkan sub kategori bagi B40 selaras dengan pelbagai

kategori kemiskinan dan kumpulan mudah terjejas. Bagi tujuan ini,

Kerajaan akan mengambil kira struktur pendapatan dan perbelanjaan

isi rumah, kos sara hidup, kuasa beli, demografi serta lokasi isi rumah

dalam menentukan dasar, program dan bantuan yang lebih khusus.

5. Kerajaan akan mengkaji semula kategori kumpulan pendapatan di

peringkat nasional dan negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak,

serentak dengan HIES & BA 2022. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat jua, HIES & BA dijalankan dua kali dalam tempoh setiap

lima tahun.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta PERDANA MENTERI menyatakan

berapakah kadar perceraian di setiap negeri bagi umur 35 tahun ke

bawah.

NO SOALAN: 17

JAWAPAN

YB SENATOR TUAN HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(HAL EHWAL AGAMA)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Merujuk kepada pendaftaran permohonan perceraian orang Islam di

Malaysia bagi umur 35 tahun ke bawah yang dijana melalui sistem E-

Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dari tahun

2017 hingga 21 November 2021 adalah sebanyak 160,375 kes

keseluruhannya.

2. Daripada jumlah tersebut, hanya 108, 783 kes yang diluluskan,

manakala jumlah selebihnya sebanyak 51, 592 kes adalah ditolak dan

tidak diluluskan. Statistik kadar perceraian bagi orang Islam di setiap

negeri bagi umur 35 tahun ke bawah adalah seperti jadual berikut:

KES PERMOHONAN PERCERAIAN (PEMOHON BERUMUR 35

TAHUN KE BAWAH) YANG DIDAFTAR DI MAHKAMAH SYARIAH

SELURUH MALAYSIA DARI TAHUN 2017 – 21 NOVEMBER 2021

Negeri 2017 2018 2019 2020 2021 Jumlah

Johor 3,492 3,577 3,858 3,427 2,485 16,839

Kedah 3,343 3,264 3,279 2,687 1,702 14,275

Kelantan 2,860 2,862 2,745 2,557 2,086 13,110

Melaka 1,037 1,109 1,259 1,151 741 5,297

NO SOALAN: 17

Negeri

Sembilan

1,621 1,597 1,909 1,619 1,187 7,933

Pahang 2,288 2,512 2,725 2,332 1,740 11,597

Perak 2,456 2,367 2,636 2,338 2,000 11,797

Perlis 535 552 552 506 426 2,571

Pulau

Pinang

1,313 1,356 1,513 1,330 921 6,433

Sabah 2,625 2,671 2,770 1,959 1,351 11,376

Sarawak 1,726 1,741 1,944 671 0 6,082

Selangor 7,046 6,691 7,424 5,833 3,989 30,983

Terengganu 2,604 2,551 2,644 2,349 1,586 11,734

Wilayah

Persekutuan 2,387 2,501 2,391 1,766 1,303 10,348

Jumlah 35,333 35,351 37,649 30,525 21,517 160,375

*Data ini dijana melalui sistem SKMS bagi tempoh 1 Januari 2017 hingga 21 November

2021

*Data bagi negeri Sarawak hanyalah sehingga bulan Jun 2020 (JKSN Sarawak

menggunakan sistem iSyariah bermula 06/07/2020)

KES PERMOHONAN PERCERAIAN (PEMOHON BERUMUR 35

TAHUN KE BAWAH) YANG DILULUSKAN OLEH MAHKAMAH

SYARIAH SELURUH MALAYSIA DARI TAHUN 2017 – 21 NOVEMBER

2021

Negeri 2017 2018 2019 2020 2021 Jumlah

Johor 2,663 2,781 2,940 2,377 1,239 12,000

Kedah 2,184 2,164 2,196 1,656 793 8,993

Kelantan 2,094 2,115 1,985 1,725 896 8,815

Melaka 715 772 900 726 311 3,424

Negeri

Sembilan

1,135 1,137 1,303 1,155 651 5,381

Pahang 1,530 1,633 1,745 1,493 876 7,277

Perak 1,875 1,847 1,998 1,696 1,195 8,611

Perlis 366 398 384 339 185 1,672

Pulau

Pinang

952 977 1,065 893 456 4,343

NO SOALAN: 17

Sabah 1,842 1,853 1,817 1,160 669 7,341

Sarawak 1,399 1,411 1,597 497 0 4,904

Selangor 5,061 4,823 5,506 4,280 2,284 21,954

Terenggan

u

1,656 1,575 1,614 1,490 939 7,274

Wilayah

Persekutua

n

1,533 1,617 1,658 1,203 783 6,794

Jumlah 25,005 25,103 26,708 20,690 11,277 108,783

*Data ini dijana melalui sistem SKMS bagi tempoh 1 Januari 2017 hingga 21 November

2021

*Data bagi negeri Sarawak hanyalah sehingga bulan Jun 2020 (JKSN Sarawak

menggunakan sistem iSyariah bermula 06/07/2020)

3. Manakala bagi orang-orang bukan Islam pula, Jabatan Pendaftaran

Negara (JPN) mendaftarkan perkahwinan dan perceraian bagi

pasangan bukan beragama Islam selaras dengan peruntukan di

bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976 [Akta 164]. Akta ini tidak terpakai bagi seseorang

anak Negeri (native) Sabah, Sarawak atau seseorang orang asli

Semenanjung Malaysia yang perkahwinan dan perceraiannya

tertakluk kepada undang-undang adat anak negeri atau adat orang asli

melainkan jika mereka memilih untuk berkahwin di bawah Akta ini.

4. Urusan Prosiding Perceraian adalah di bawah bidang kuasa

Mahkamah Tinggi Malaysia. JPN hanya bertanggungjawab

mengemaskini rekod perkahwinan di dalam sistem JPN melalui

sesuatu dikri perceraian atau pembatalan perkahwinan bagi pasangan

bukan beragama Islam setelah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi

Malaysia. Berdasarkan rekod JPN, statistik perceraian orang Bukan

Islam di seluruh Malaysia bagi tahun 2021 sehingga 24 November

untuk umur 35 tahun ke bawah adalah sebanyak 6,135 kes.

NO SOALAN: 17

5. Perincian Statistik penceraian orang Bukan Islam mengikut pecahan

negeri adalah seperti berikut:

STATISTIK PERCERAIAN BUKAN ISLAM MENGIKUT NEGERI MAHKAMAH DAN UMUR BAWAH 35 TAHUN SEMASA BERCERAI SEHINGGA 24 NOVEMBER 2021 (TAHUN BERCERAI)

NEGERI MAHKAMAH

UMUR 35 TAHUN DAN KE BAWAH SEMASA BERCERAI JUMLAH

KESELURUHAN LELAKI PEREMPUAN

JOHOR 521 737 1,258

KEDAH 33 59 92

KELANTAN 16 24 40

MELAKA 63 92 155

NEGERI SEMBILAN 105 160 265

PAHANG 43 69 112

PULAU PINANG 154 226 380

PERAK 170 283 453

PERLIS 2 6 8

SELANGOR 445 669 1,114

TERENGGANU 1 3 4

SABAH 94 130 224

SARAWAK 344 462 806

W.P. KUALA LUMPUR 484 730 1,214

LAIN-LAIN 2 8 10

JUMLAH 2,477 3,658 6,135

Nota : 1, Tahun adalah merujuk kepada tahun bercerai iaitu pada tahun 2021. 2. Kemaskini data sehingga 24/11/2021

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad bin Hamzah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI

MAKANAN menyatakan bagaimanakah kaedah pemantauan terhadap

penggunaan racun makhluk perosak bagi tanaman buah-buahan dan

sayuran. Berapakah jumlah kes yang diambil tindakan kerana

ketidakakuran pada tahun 2020.

NO SOALAN: 18

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan

Industri Makanan (MAFI) sentiasa mengambil berat berkenaan

penggunaan racun makhluk perosak bagi tanaman buah-buahan dan

sayuran. MAFI menerusi Jabatan Pertanian menjalankan aktiviti

pengembangan bagi memastikan penggunaan racun perosak oleh petani

adalah mengikut pengesyoran dan kadar serangan perosak. Penggunaan

racun perosak oleh petani di ladang adalah dipantau melalui Program

Pemantauan Residu Racun Perosak dalam Tanaman Makanan.

Melalui program ini, hasil pertanian diambil secara rawak dari

ladang oleh Agen Pengembangan Tanaman (APT) di seluruh Malaysia.

Sampel kemudian dihantar ke makmal di bawah Jabatan Pertanian untuk

analisis penentuan residu racun makhluk perosak. Residu racun makhluk

perosak adalah amaun racun makhluk perosak yang tertinggal dalam

tanaman makanan akibat penggunaan racun makhluk perosak untuk

mengawal perosak pada tanaman. Analisis penentuan residu akan

mengenalpasti penggunaan racun makhluk perosak melebihi had

maksimum residu (MRL) tidak berdaftar atau haram. Keputusan analisis

sampel yang didapati tidak mematuhi MRL racun perosak akan dipantau

dan dibimbing oleh APT supaya petani menggunakan racun perosak

mengikut pengesyoran dan seterusnya mematuhi nilai MRL yang

ditetapkan.

MRL adalah nilai maksimum residu racun perosak yang dibenarkan

terdapat dalam tanaman makanan akibat penggunaan racun perosak

NO SOALAN: 18

berdasarkan Amalan Pertanian Baik. Nilai MRL berdasarkan tanaman

boleh dirujuk pada Jadual Keenambelas (Peraturan 41), Peraturan-

Peraturan Makanan 1985. Semakan nilai MRL juga boleh didapati di

pautan mymrl.doa.gov.my.

Petani yang masih gagal untuk mematuhi nilai MRL yang

ditetapkan, boleh diambil tindakan di bawah Peraturan-peraturan

Makanan 1985, Akta Makanan 1983. Tindakan penguatkuasaan ini

adalah dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dimana jika disabitkan

kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau

penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.

Racun makhluk perosak yang digunakan oleh petani hendaklah

berdaftar dan dibenarkan penggunaannya oleh Lembaga Racun Makhluk

Perosak. Penggunaan racun makhluk perosak yang tidak berdaftar atau

diharamkan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak LRPM) adalah

menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 53A(1)(a), Akta Racun

Makhluk Perosak 1974, yang boleh dikenakan hukuman di bawah

seksyen 53A(2) iaitu penjara satu tahun atau denda RM10,000.00 bagi

sabitan pertama dan penjara selama tiga tahun atau didenda

RM20,000.00 atau kedua-duanya bagi sabitan berikutnya.

Bagi memastikan keselamatan kepada hasil tanaman, petani juga

hendaklah menggunakan racun makhluk perosak mengikut penggunaan

yang dinyatakan pada label racun makhluk perosak.

Penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut penggunaan

yang dinyatakan pada label sebagaimana yang diluluskan oleh LRMP

adalah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 53A(1)(b), Akta Racun

NO SOALAN: 18

Makhluk Perosak 1974 dan boleh dikenakan hukuman dibawah seksyen

53A(2) akta yang sama.

Bagi tahun 2020, sebanyak 5069 sampel telah dianalisa bagi bagi

pemantauan penggunaan racun makhluk perosak oleh petani. Daripada

analisis tersebut, sebanyak 81 sampel didapati melebihi kadar MRL

manakala 16 sampel telah dikenalpasti menggunakan perawis aktif tidak

berdaftar / haram / tidak disyorkan untuk sesuatu tanaman.

Sekian, terima kasih

NO SOALAN: 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BERTULIS

DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan mengenai kadar penggunaan alkohol. Kajian WHO

menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke 159 daripada 185 negara.

Mengikut kajian tersebut secara purata rakyat Malaysia meminum 0.93

liter alkohol setahun.

NO SOALAN: 19

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Laporan “Global Status Report on Alcohol and Health 2018” oleh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa secara

puratanya setiap rakyat Malaysia meminum sebanyak 0.9 liter

minuman setahun. Paras ini sebenarnya adalah sangat rendah

berbanding dengan paras yang dicatatkan di peringkat global iaitu

sebanyak 6.4 liter per kapita. Walau bagaimanapun, data ini tidak

memberi gambaran sepenuhnya prevalen tabiat meminum alkohol di

Malaysia.

2. Menurut hasil daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan

pada tahun 2019, didapati prevalen tabiat minum minuman alkohol

(current drinkers) dalam kalangan yang berumur 18 tahun dan ke

atas adalah sebanyak 11.8% dengan anggaran seramai 2.5 juta

orang. Dalam kalangan mereka yang meminum alkohol ini, 8.4%

merupakan peminum tegar (heavy episodic drinkers) iaitu meminum

alkohol sebanyak enam (6) atau lebih unit minuman (standard drink)

sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan mengenai Program Protege bagi graduan yang baru

memasuki bidang pekerjaan. Adakah pihak Kerajaan melakukan

pemantaun yang terperinci terhadap majikan-majikan yang menyertai

program ini dan berapakah peratusan lepasan Program Protege ini yang

berjaya diserapkan ke dalam jawatan tetap.

NO SOALAN: 20

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Program Protege adalah dijenamakan semula daripada Program

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan program ini tidak lagi berada di

bawah Kementerian Sumber Manusia. Program Protege sekarang

berada dibawah bidangkuasa Kementerian Pembangunan Usahawan

dan Koperasi.

Sekian, terima kasih

NO SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk memperbetulkan keadaan

di mana graduan baru (fresh graduated) bidang kejuruteraan mendapat

imbuhan gaji yang rendah di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan

dibandingkan dengan pekerjaan p-hailing dengan pendapatan yang lebih

lumayan dan tidak perlu belajar hingga ke peringkat universiti.

NO SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kadar Pendapatan Garis Kemiskinan ialah nilai purata keseluruhan

pendapatan isi rumah yang diukur berdasarkan corak perbelanjaan isi

rumah. Oleh itu, purata pendapatan satu isi rumah turut merangkumi

pendapatan individu yang bekerja. Manakala pendekatan penentuan gaji

minimum mengambil kira pendapatan seorang pekerja yang bekerja.

Penetapan gaji bagi bidang profesional seperti jurutera tertakluk

kepada kuasa penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh. Kadar

gaji yang setimpal dengan taraf pendidikan, kemahiran dan pengalaman

boleh dirundingkan dengan pihak majikan melalui kontrak perkhidmatan

dan perundingan Perjanjian Kolektif bagi pekerja yang mempunyai

kesatuan sekerja.

Kementerian menggalakkan majikan untuk membayar tambahan

gaji kepada pekerja berdasarkan produktiviti selain bayaran gaji pokok.

Pendekatan seperti melaksanakan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan

Produktiviti yang diperkenalkan oleh Kementerian sejak tahun 1996

bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan pekerja melalui

peningkatan produktiviti, malah akan meningkatkan daya saing syarikat

kerana dapat mengekalkan kos buruh yang kompetitif.

NO SOALAN: 21

Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah menerbitkan Buku

Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran

(Buku Panduan Gaji) yang bertujuan untuk mengiktiraf graduan dan belia

lepasan institusi latihan kemahiran atau universiti dan seterusnya

meningkatkan penyertaan tenaga mahir dalam pasaran tenaga kerja

negara. Kewujudannya sebagai panduan bagi majikan dan pekerja dalam

merunding dan menetapkan gaji permulaan bagi sesuatu pekerjaan

berasaskan kemahiran.

Ini adalah berbeza dengan penetapan gaji pekerja p-hailing

kerana mereka merupakan individu yang bekerja sendiri dan bebas.

Pendapatan pekerja p-hailing tertakluk kepada skop kerja dan tempoh

masa yang telah ditetapkan yang disebut sebagai kontrak untuk

perkhidmatan dengan bayaran yang dipersetujui oleh pelanggan.

Kerajaan menyedari kadar gaji rendah graduan terutamanya kesan

daripada pandemik COVID-19 serta kelembapan ekonomi semasa

menyebabkan kadar gaji tidak meningkat. Namun, dengan jangkaan

kadar pertumbuhan ekonomi negara dan global yang semakin baik,

proses pemulihan pertumbuhan upah negara dijangka lebih baik dan

kompetitif pada tahun hadapan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI

ATAN

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan apakah statistik semasa mengikut negara bagi jumlah

tenaga kerja asing di Malaysia terutamanya dalam sektor perladangan,

pembuatan, pembinaan, dan perkhidmatan. Nyatakan juga statistik

pekerja asing yang telah memohon untuk bekerja semula melalui

Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Tenaga Kerja

(RTK) sejak program ini dilaksanakan tahun lepas dan statistik jumlah

yang telah diluluskan.

NO SOALAN: 22

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sehingga 31 Oktober 2021, terdapat seramai 961,820 orang

pekerja asing dari negara-negara sumber yang bekerja di Malaysia

terutamanya dalam sektor perladangan, pembuatan, pembinaan, dan

perkhidmatan seperti yang tertera pada (Rajah 1) dibawah:

Warganegara Perkilangan /

Pembuatan Pembinaan Perladangan Perkhidmatan Jumlah

Indonesia 70,113 73,271 96,871 19,570 259,825

Bangladesh 115,430 140,540 14,644 53,668 324,282

Nepal 122,512 3,571 2,141 45,663 173,887

Myammar 88,640 8,032 544 10,680 107,896

India 1,420 3,767 17,251 23,277 45,715

Phillipines 2,356 1,344 4,540 2,742 10,982

Pakistan 2,686 11,377 1,722 4,840 20,625

Vietnam 5,752 776 21 703 7,252

Thailand 71 134 179 3,224 3,608

China 824 1,557 2 1,326 3,709

Sri Lanka 2,484 95 67 691 3,337

Cambodia 360 56 41 238 695

Lao PDR 2 0 0 3 5

Uzbekistan 0 0 0 2 2

Jumlah 412,650 244,520 138,023 166,627 961,820

NO SOALAN: 22

Rajah 1: Jumlah Pekerja Asing yang bekerja di Malaysia mengikut

Warganegara dan Sektor

Setakat 30 Oktober 2021, menerusi Program Rekalibrasi Tenaga

Kerja (RTK) sebanyak 11,751 permohonan telah dibuat oleh majikan yang

melibatkan seramai 212,926 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Daripada jumlah PATI tersebut, seramai 55,207 orang telah membuat

verifikasi dan sebanyak 34,318 (62%) telah lulus manakala baki 20,889

(38%) permohonan telah ditolak.

Daripada keseluruhan 34,318 PATI yang telah lulus verifikasi,

sejumlah 1,514 berhasil mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara

(PLKS). Namun begitu, masih terdapat 32,804 baki PATI yang masih

menunggu kelulusan kouta serta belum menjalani ujian saringan

kesihatan FOMEMA.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN

Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan statistik permohonan kewarganegaraan Malaysia bagi kanak-

kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia.

Apakah pendirian Kerajaan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang

telah memutuskan bahawa adalah satu diskriminasi jika peruntukan

Perlembagaan hanya memberikan kewarganegaraan automatik kepada

anak yang dilahirkan di luar negara jika ayahnya warganegara Malaysia

tetapi tidak terpakai jika hanya ibu merupakan warganegara Malaysia.

NO SOALAN: 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2017

hingga 22 November 2021, sebanyak 2,807 permohonan

kewarganegaraan telah diterima bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar

negara oleh ibu bertaraf warganegara berkahwin dengan bapa warga asing.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut Perlembagaan

Persekutuan pemerolehan kewarganegaraan Malaysia bagi individu

berumur di bawah 21 tahun yang dilahirkan di luar negara oleh ibu bertaraf

warganegara Malaysia yang berkahwin dengan bapa bertaraf Bukan

Warganegara adalah secara pendaftaran di bawah Perkara 15(2) tertakluk

kepada pematuhan syarat dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan,

Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964] serta perundangan

berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan,

kesahtarafan serta peraturan imigresen.

Sementara itu, sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam sesi

penggulungan yang lepas, Kementerian telah mengambil keputusan untuk

merayu dan memohon stay of execution (iaitu penangguhan pelaksanaan

keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Suriani Kempe & 6 lagi - lawan-

Kerajaan Malaysia) bagi mengelakkan contempt of court dan pada masa

yang sama supaya tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

NO SOALAN: 23

Permohonan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah (stay of

execution) telah didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15

November 2021 yang mana Mahkamah telah menolak permohonan

tersebut. Kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara telah memfailkan fresh

application for stay bersama Perakuan Segera (Certificate of Urgency) di

Mahkamah Rayuan pada 16 November 2021, bertujuan menangguhkan

pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi.

Pihak Kementerian juga telah menyatakan komitmen untuk mengkaji dan

menetapkan polisi baharu berkenaan isu tersebut. Walau bagaimanapun,

perkara ini perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja (MRR) terlebih

dahulu selaras dengan Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan .

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN DEWAN

NEGARA MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN

Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan Minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

menyatakan statistik kes buli di pusat pengajian tinggi dan tindakan yang

telah diambil bagi menangani isu ini. Apakah pendirian Kerajaan dalam

memperbaharui sistem orientasi atau denda di universiti yang adakalanya

bersifat ekstrem hingga menyebabkan kecederaan dan kematian serta

perlukah SOP khusus diwujudkan khusus bagi pelajar yang disabitkan

dengan kesalahan.

NO SOALAN: 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa peka dan memandang

berat insiden buli yang dilaporkan berlaku di dalam kampus atau

melibatkan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Statistik kes buli yang

dilaporkan pada tahun 2019-2021 adalah seperti berikut:

Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Bilangan Kes Buli

Universiti Awam 9

Politeknik dan Kolej Komuniti Tiada

Kesemua Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti menggunakan

peruntukan sedia ada dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

[Akta 30], Akta Universiti Teknologi Mara 1976 [Akta 173], Perlembagaan

UIAM, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] dan Akta Institusi-Institusi

Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] untuk mengenakan tindakan

tatatertib melibatkan kes buli. Selain itu, semua IPT turut mempunyai SOP

dan Garis Panduan berdasarkan akta-akta yang dinyatakan bagi

memastikan tindakan tatatertib yang diambil adalah wajar dan setimpal

dengan kesalahan yang dilakukan.

NO SOALAN: 24

Justeru, kementerian menerusi IPTA turut mengambil tindakan proaktif

bagi mengelakkan dan membendung insiden buli di IPT dengan

melaksanakan langkah-langkah berikut:

1. Memberi penerangan dan pemakluman berhubung tindakan

tatatertib dan kesalahan melalui taklimat yang disampaikan oleh

pihak fakulti/ kolej kediaman dalam program/sesi suai kenal;

2. Penglibatan Penasihat Akademik/ Rakan Pendamping Siswa, Majlis

Perwakilan Pelajar, Majlis Penghuni Kolej Kediaman, Pembimbing

Rakan sebaya untuk memantau dan memberi bimbingan kepada

kumpulan pelajar yang memerlukan;

3. Program kesedaran/ taklimat berkaitan isu buli, penyesuaian diri

dengan persekitaran pembelajaran di IPTA dan sebagainya; dan

4. Program pembangunan sahsiah bersama pihak berkuasa seperti

PDRM, AADK, KKM dan NGO.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebarang tindakan tatatertib yang

diambil adalah selaras dan tertakluk dengan peruntukan akta, peraturan,

pekeliling dan SOP berkaitan tatatertib yang diguna pakai oleh institusi

masing-masing serta keputusan oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan

bagi menyiasat, meneliti, membuat pertimbangan dan mengambil

tindakan terhadap aduan/ kesalahan disiplin pelajar. Di samping itu, pihak

Kementerian juga menyeru dan menggalakkan mangsa buli untuk tampil

ke hadapan bagi melaporkan insiden tersebut melalui saluran yang

disediakan kepada pihak IPT.

NO SOALAN: 24

KPT menerusi unit kaunseling di IPT juga sedia menyantuni mangsa

kelakuan buli bagi mengatasi kemurungan atau tekanan yang dialami

akibat trauma melalui perkhidmatan kaunseling serta sokongan psiko-

sosial yang disediakan secara bersemuka mahupun atas talian.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI JEFRIDIN BIN HAJI

ATAN

Dato’ Haji Jefridin bin Haji Atan minta PERDANA

MENTERI menyatakan statistik terkini data eKasih seluruh negara dan

bentuk kerjasama yang dilaksanakan dengan Kerajaan negeri bagi

membasmi kemiskinan tegar. Negeri manakah yang mencatatkan data

tertinggi serta usaha dilakukan bagi menurunkan lagi kadar kemiskinan

tegar di negeri tersebut. Sejauh manakah penambahbaikan sistem

pangkalan data eKasih dalam membantu mengenal pasti dapatan data

yang lebih tepat untuk menangani isu kemiskinan.

NO SOALAN: 25

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF BIN AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan telah membangunkan Sistem eKasih sebagai pangkalan

data kemiskinan nasional pada tahun 2008 bertujuan untuk

mendaftarkan isi rumah miskin di Malaysia berdasarkan Pendapatan

Garis Kemiskinan (PGK). Kriteria penetapan kategori kemiskinan

adalah bergantung kepada jumlah pendapatan per kapita isi rumah

dan berasaskan kepada formula perkiraan yang disediakan oleh

Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi,

Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) melalui Penyiasatan

Pendapatan Isi Rumah 2019 (Household Income Survey 2019). PGK

semasa (2019) adalah RM2,208 berbanding PGK terdahulu (2016)

iaitu RM980.

2. Sehingga 30 November 2021, sebanyak 505,103 Ketua Isi Rumah

(KIR) yang terdiri daripada 259,805 KIR berstatus Miskin Tegar dan

245,298 KIR berstatus Miskin telah didaftarkan dalam Sistem eKasih.

Berdasarkan rekod pendaftaran, Negeri Sarawak telah yang

mencatatkan statistik kemiskinan tertinggi iaitu sebanyak 105,813

KIR yang terdiri daripada 63,699 KIR berstatus Miskin Tegar dan

NO SOALAN: 25

42,114 KIR berstatus Miskin. Perincian status kemiskinan mengikut

negeri adalah seperti di jadual berikut:

NEGERI MISKIN

TEGAR MISKIN JUMLAH

SARAWAK 63,699 42,114 105,813

KELANTAN 46,617 39,131 85,748

SABAH 42,633 25,843 68,476

KEDAH 18,275 14,385 32,660

PERAK 15,486 25,235 40,721

SELANGOR 14,056 14,698 28,754

TERENGGANU 9,509 26,865 36,374

PAHANG 9,388 8,027 17,415

PULAU

PINANG 9,087 12,540 21,627

NEGERI MISKIN

TEGAR MISKIN JUMLAH

JOHOR 7,769 9,636 17,405

PERLIS 7,650 5,843 13,493

NEGERI

SEMBILAN 7,058 6,637 13,695

WP KUALA

LUMPUR 4,035 4,206 8,241

MELAKA 3,824 8,509 12,333

WP LABUAN 700 1,562 2,262

WP

PUTRAJAYA 19 67 86

JUMLAH 259,805 245,298 505,103

Jadual: Perincian statistik kemisikinan mengikut negeri sehingga 30

November 2021

NO SOALAN: 25

3. Langkah proaktif sentiasa dilaksanakan bagi memastikan data

eKasih adalah komprehensif dan bersepadu. Bagi tujuan ini, integrasi

data turut dilaksanakan dengan jabatan serta agensi yang berkaitan

antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pejabat Zakat Negeri dan

sebagainya. Kerajaan juga sentiasa berusaha memastikan kawasan

liputan diperluaskan bagi mencakupi segenap golongan dan lapisan

masyarakat.

4. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU

JPM) sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama bagi

memperoleh profil isi rumah miskin yang berpendapatan di bawah

PGK di mana PGK semasa adalah RM2,208 (nasional) untuk

didaftarkan dalam Sistem eKasih. Bagi memastikan tiada

golongan miskin yang tercicir, orang awam sama ada individu

ataupun masyarakat, pemimpin-pemimpin tempatan, NGO, NGI

selain agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta

aduan di dalam media sosial boleh membuat pelaporan mengenai

isi rumah miskin melalui pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan

(PBT) ataupun terus ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

5. Proses penambahbaikan dan pengemaskinian Sistem eKasih

dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa oleh ICU JPM.

Antara penambahbaikan yang telah dibuat adalah aktiviti pemutihan

yang dilakukan secara berkala serta inisiatif pengintegrasian Sistem

eKasih dengan beberapa sistem lain yang turut terbabit dalam

pemberian bantuan Kerajaan seperti Sistem Pengurusan Bantuan

Kebajikan (e-BANTUAN) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

NO SOALAN: 25

Pada masa yang sama, Sistem eKasih juga akan sentiasa ditambah

baik supaya menjadi sumber rujukan utama semua kementerian/

agensi pemberi bantuan pada masa akan datang.

6. YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Rancangan Malaysia

Kedua Belas pada 27 September 2021, telah mengumumkan

bahawa Kerajaan akan melaksanakan program pembasmian

kemiskinan menggunakan pendekatan keseluruhan negara atau

dengan izin, whole-of-nation approach.

7. Pendekatan baharu ini akan melibatkan penyertaan menyeluruh dan

bersepadu daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri, sektor

swasta, universiti, syarikat berkaitan kerajaan serta pertubuhan

masyarakat sivil (CSO) dan organisasi berasaskan komuniti (CBO).

8. Di bawah RMKe-12, strategi menyeluruh meliputi projek dan program

ekonomi, keusahawanan, pendidikan dan kesihatan akan

dilaksanakan bagi menghapuskan kemiskinan tegar pada tahun

2025. Miskin tegar adalah isi rumah yang berpendapatan di bawah

RM1,169 sebulan, berdasarkan kepada kos pembelian makanan,

bagi isi rumah dengan 4 ahli keluarga.

9. Untuk menjamin pelaksanaan yang lebih berfokus, unit kemiskinan

yang khusus dicadangkan ditubuhkan di peringkat Persekutuan,

negeri dan daerah. Unit Kemiskinan telahpun ditubuhkan di Unit

Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 8 November

2021. Beberapa buah negeri telah mengambil inisiatif menubuhkan

Unit Kemiskinan di peringkat negeri dan daerah.

NO SOALAN: 25

10. Bagi melaksanakan program ini, pangkalan data kemiskinan yang

bersepadu dan berpusat iaitu eKasih akan digunakan. Pihak Unit

Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sedang membuat pemutihan

data ini.

11. Usaha-usaha pembasmian kemiskinan tegar ini akan diterajui

bersama oleh UPE, JPM dan ICU JPM serta dilaksanakan secara

berfasa. Cadangan jadual pelaksanaan bagi Fasa Pertama adalah

seperti berikut:

a) Pertengahan bulan Disember 2021: Senarai kira-kira 50

lokaliti di seluruh negara akan dikenal pasti oleh ICU JPM;

b) Penghujung tahun 2021: Senarai lokaliti akan diverifikasi

dengan kerjasama kerajaan negeri;

c) Januari 2022: Program dan strategi akan dirangka

berdasarkan keperluan mengikut kesesuaian lokaliti masing-

masing;

d) Februari 2022: Pembentangan strategi dan program

pembasmian kemiskinan tegar Fasa Pertama kepada Jemaah

Menteri; dan

e) Mac 2022: Pelaksanaan program bagi Fasa Pertama 50

lokaliti di seluruh negara akan bermula.

12. Pelaksanaan pendekatan baharu ini akan dipantau setiap 3 bulan

bagi memastikan intervensi yang berkesan sekiranya pencapaiannya

kurang memuaskan.

NO SOALAN: 25

13. Selain daripada 50 lokaliti yang terpilih ini, program sedia ada bagi

kelompok dan keluarga miskin lain di seluruh negara akan

diteruskan.

14. Dengan pendekatan secara keseluruhan negara (whole-of-nation

approach) dan holistik, Kerajaan beriltizam agar miskin tegar

dihapuskan pada tahun 2025 seperti yang disasarkan dalam RMKe-

12.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI JEFRIDIN BIN HAJI

ATAN

Dato’ Haji Jefridin bin Haji Atan minta PERDANA MENTERI

menyatakan statistik permohonan pensijilan halal sepanjang tahun 2021,

statistik jumlah permohonan yang telah diluluskan, dan nyatakan juga

faktor permohonan yang ditolak. Sejauh manakah Kerajaan dapat

memastikan ketelusan audit secara jarak jauh oleh syarikat yang terbabit

semasa fasa COVID-19.

NO SOALAN: 26

JAWAPAN

YB SENATOR TUAN HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(HAL EHWAL AGAMA)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Statistik jumlah permohonan SPHM pada tahun 2021 bagi tempoh

Januari hingga November adalah sebanyak 8,020. Daripada jumlah

tersebut, sebanyak 6,077 permohonan telah diluluskan, iaitu 76%

daripada jumlah keseluruhan permohonan manakala jumlah

permohonan yang tidak diluluskan adalah sebanyak 1,943, iaitu

peratusan sebanyak 24%.

2. Sesuatu permohonan yang tidak memenuhi piawaian pensijilan

halal yang ditetapkan hendaklah ditolak dan ia boleh berlaku dalam

dua keadaan sebagaimana yang berikut :

(a) Di peringkat semakan dokumen

Sebagai contoh, berdasarkan Klausa 22(6) Manual Prosedur

Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 (MPPHM),

permohonan yang tidak lengkap serta tidak mengikut skim

dan kategori pensijilan halal Malaysia yang betul hendaklah

ditolak oleh pihak berkuasa berwibawa.

NO SOALAN: 26

(b) Selepas proses pengauditan

Sebagai contoh, Klausa 30(4) MPPHM menyatakan bahawa

pegawai pemeriksa hendaklah berhak mengesyorkan kepada

Panel Pengesahan Halal Malaysia untuk menolak

permohonan sekiranya pihak syarikat dan/atau pemohon

gagal memberikan maklum balas dan jawapan NCR mengikut

tempoh masa yang ditetapkan; atau memberikan maklum

balas dan jawapan NCR palsu serta tidak memenuhi

keperluan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

3. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang

dilaksanakan oleh Kerajaan, JAKIM, melalui Bahagian Pengurusan

Halal telah mewujudkan Prosedur Pensijilan Halal Sepanjang

Pandemik Covid-19 bagi urusan pensijilan halal yang merangkumi

proses permohonan, pembayaran fi, pengauditan, pengeluaran

SPHM dan pemantauan pasca pensijilan. Salah satu inisiatif yang

diperkenalkan adalah pelaksanaan audit secara jarak jauh atau

remote audit, yang bermaksud proses pemeriksaan yang

sistematik, bebas dan berdokumen yang dijalankan secara jarak

jauh menggunakan kemudahan dan infastruktur yang bersesuaian

untuk mendapatkan bukti dan menilai secara objektif bagi

memastikan keperluan pensijilan telah dipatuhi.

4. Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah mendapat pengiktirafan

ISO/IEC 17065 daripada Jabatan Standard Malaysia pada 10

Oktober 2020 dan merupakan pemegang sijil ISO/IEC 17065.

Operasi Standard (SOP) remote audit dibangunkan berdasarkan

kepada ISO/IEC 17065 dan garis panduan yang telah ditetapkan.

NO SOALAN: 26

SOP ini juga digunapakai oleh agensi-agensi lain yang tertakluk

dengan pensijilan ISO.

5. Pelaksanaan remote audit adalah berdasarkan kepada Standard

ISO 19001 Auditing Practices Group Guidance on : Remote Audits

dan IAF MD 4:2018 - IAF Mandatory Document for the Use of

Information and Communication Technology (ICT) for Auditing

Assessment Purposes.

6. Sebelum SOP remote audit disahkan, pilot run telah dijalankan dan

dibentangkan dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia

JAKIM. Analisis risiko (risk analysis) juga telah dibangunkan bagi

mengenalpasti kemungkinan risiko yang ada untuk menjalankan

remote audit dan langkah pencegahan yang sewajarnya.

7. Di samping itu, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi

sebelum sesuatu permohonan itu layak untuk dilaksanakan remote

audit, antaranya adalah syarikat yang telah mempunyai rekod /

sejarah pensijilan yang bersih, iaitu yang tidak mempunyai rekod

gagal atau digantung dan ditarik pensijilan halal sebelum ini. Oleh

itu, tidak semua permohonan layak untuk remote audit berdasarkan

analisis risiko yang dibangunkan. Permohonan yang tidak

memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dijalankan audit lapangan.

Permohonan yang dijalankan remote audit juga akan diberi

keutamaan untuk pemantauan selepas tempoh pandemik berakhir.

8. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, JAKIM sebagai agensi

pusat di peringkat Persekutuan dan JAIN/MAIN di peringkat negeri

bertanggungjawab memastikan perkhidmatan pensijilan halal yang

NO SOALAN: 26

berkualiti dan berintegriti dengan sokongan dan kerjasama agensi

kerajaan yang lain dilaksanakan, khususnya dalam melaksanakan

Prosedur Pensijilan Halal Sepanjang Pandemik Covid-19.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

Tuan Aknan Ehtook minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai

persatuan-persatuan masyarakat minoriti yang berdaftar dan apakah

bantuan/kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan bagi membantu

persatuan-persatuan ini melaksanakan aktiviti demi kebaikan dan

kebajikan masyarakat masing-masing.

NO SOALAN: 27

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATUK DR. ABD LATIFF BIN AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Maklumat pertubuhan dan persatuan berdaftar yang direkodkan oleh

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam

Negeri (JPPM, KDN) pada masa ini adalah berdasarkan kategori

pertubuhan iaitu politik, keagamaan, kebajikan, sosial, rekreasi,

faedah bersama, kebudayaan dan kesenian, perdagangan, ikhtisas,

hak asasi dan keselamatan serta maklumat nama pertubuhan,

pemegang jawatan dan perlembagaan pertubuhan.

2. Secara keseluruhan, jumlah pertubuhan berdaftar di bawah Akta

Pertubuhan 1966 [Akta 335] sehingga November 2021 ialah

sebanyak 171,168 pertubuhan. Ini adalah termasuk 82,800

pertubuhan induk manakala sebanyak 88,368 merupakan

pertubuhan cawangan. Kategori pertubuhan yang tertinggi

didaftarkan oleh JPPM adalah dalam kategori kebajikan iaitu

sebanyak 32,772, pertubuhan sosial berjumlah 22,227 dan

pertubuhan rekreasi berjumlah 8,958.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bantuan atau

kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan bagi menggerak

NO SOALAN: 27

dan memperkasakan pertubuhan dan komuniti di bawah JPPM ialah

inisiatif pemberian Geran Komuniti (G-KOM) yang bermula pada

tahun 2013. Sehingga tahun 2019, JPPM telah menyalurkan

peruntukan secara keseluruhan berjumlah RM79.9 juta lebih kepada

8,146 pertubuhan di bawah kategori Persatuan Penduduk, Kebajikan

dan Keselamatan yang berdaftar di seluruh negara bagi menjaga

keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat melalui

pemberian geran tersebut.

4. Kerajaan amat komited untuk terus membantu dan

mendayaupayakan pertubuhan dengan menambah baik mekanisma

pelaksanaan pemberian geran Pembangunan Pertubuhan secara

lebih inklusif termasuk masyarakat minoriti di Malaysia bagi

memastikan semua pertubuhan menikmati faedah secara bersama.

Sehubungan dengan itu, KDN melalui JPPM akan melaksanakan

Program Malaysian Incentive Community Empowerment di

bawah Bajet 2022 melalui pemberian geran sehingga 10 ribu ringgit

kepada 2,000 pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM dalam

kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi. Inisiatif ini

melibatkan jumlah peruntukan sebanyak 20 juta ringgit.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PERPADUAN NEGARA

menyatakan senarai tempat ibadat masyarakat Siam (Wat) di seluruh

negara dan apakah syarat untuk wat-wat ini berdaftar dengan

Kementerian sebagaimana yang ditetapkan dalam borang permohonan

bantuan penyelenggaraan yang disediakan oleh Kementerian.

NO SOALAN: 28

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Perpaduan Negara telah membangunkan Sistem

Pangkalan Data Rumah Ibadat Selain Islam dengan kerjasama

penyaluran maklumat daripada badan-badan agama atau pertubuhan

selain Islam yang ada di Malaysia.

2. Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan pihak kerajaan menyalurkan

maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan serta platform perhubungan

secara komprehensif dengan rumah-rumah ibadat selain Islam

berkenaan. Sehingga kini, KPN telah merekodkan sebanyak 10,406

bilangan Rumah Ibadat Selain Islam mengikut agama seperti berikut:

Bil Jenis Rumah Ibadat Bilangan

1 Buddha 2,457

2 Kristian 3,400

3 Hindu 2,285

4 Sikh 81

5 Tao 1,992

6 Bahai 36

7 Lain-lain (Confucianism / Pagan) 57

Jumlah 10,406

(Senarai Rumah Ibadat Selain Islam Mengikut Negeri: Lampiran 1)

NO SOALAN: 28

3. Sebanyak 31 rumah ibadat selain Islam dalam kategori Wat Siam telah

direkodkan iaitu masing-masing dua (2) dari Negeri Kedah, 22 dari

negeri Kelantan, enam (6) dari Negeri Perlis dan satu (1) dari Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur. (Senarai Wat Siam Mengikut Negeri:

Lampiran 2)

4. Kementerian Perpaduan Negara tidak mensyaratkan untuk rumah

ibadat berdaftar di bawah Kementerian. Namun bagi tujuan penyaluran

bantuan kewangan di bawah Program Bantuan Kewangan Pembaikan,

Penyelenggaraan dan Kerja-kerja Kecemasan di Rumah Ibadat Selain

Islam, setiap rumah ibadat yang memohon hendaklah berdaftar dengan

Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau lain-lain pendaftaran seperti Akta

457 (Akta Gereja Methodis Malaysia 1955), Pemegang Amanah atau

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini bagi memastikan

penyelarasan agihan bantuan kewangan dapat dilaksanakan secara

sistematik.

NO SOALAN: 28

Lampiran 1

RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM DI MALAYSIA

BIL NEGERI BUDDHA KRISTIAN HINDU SIKH TAO BAHAI LAIN-

LAIN JUMLAH

1 Johor 529 215 184 6 - - - 934

2 Kedah 200 15 148 2 3 - - 368

3 Kelantan 67 22 17 3 17 - - 126

4 Melaka 314 15 83 3 - - - 415

5 Negeri

Sembilan 325 132 484 6 10 - 32 989

6 Pahang 87 21 77 6 63 - - 254

7 Perak 220 81 513 27 542 - - 1,383

8 Perlis 48 7 11 1 - - - 67

9 Pulau Pinang 224 22 161 1 665 - 3 1,076

10 Sabah 10 383 5 4 6 - - 408

11 Sarawak 153 2,289 7 3 145 36 10 2,643

12 Selangor 87 89 485 12 541 - - 1,214

13 Terengganu 11 13 4 - - - - 28

14 W.P Kuala

Lumpur 266 80 104 6 - - 12 468

15 W.P Labuan 13 16 1 1 - - - 31

16 W.P Putrajaya 1 - 1 - - - - 2

JUMLAH 2,555 3,400 2,285 81 1,992 36 57 10,406

Nota: Lain-lain (Confucianism / Pagan)

NO SOALAN: 28

Lampiran 2

BILANGAN WAT SIAM MENGIKUT NEGERI

BIL. NEGERI NAMA

1 Kedah Persatuan Akhlak Wat Koh Wanararm

2 Kedah Persatuan Pendidikan Akhlak Wat Tham Kisap

3 Kelantan Wat Machimmaram

4 Kelantan Wat Prachumthad Chanaram

5 Kelantan Wat Phikulyai

6 Kelantan Wat Bangtawa Silaloi

7 Kelantan Wat Sukhontharam

8 Kelantan Wat Kok Seraya Vanaram

9 Kelantan Wat Phikulthong Vararam

10 Kelantan Wat Cheng Buddhavas

11 Kelantan Wat Chonprachumthad Hanaram

12 Kelantan Wat Mai Suwankiri

13 Kelantan Persatuan Buddhis Wakaf Bharu

14 Kelantan Wat Phothiviharn

15 Kelantan Wat Chinpradittharam

16 Kelantan Wat Sukhontharam

17 Kelantan Wat Uttamaram

18 Kelantan Wat Khosakaram

19 Kelantan Wat Withumvihan

20 Kelantan Wat Samnak Song

21 Kelantan Wat Phothikyan Phutthaktham

22 Kelantan Wat Photiyarn Buddhadham

23 Kelantan Wat Champakeow

NO SOALAN: 28

24 Kelantan Wat Buddhathaksin Phalukaram

25 Perlis Wat Siam Kubang Tiga

26 Perlis Wat Sammak Song Thungtong

27 Perlis Wat Suwankhiri

28 Perlis Wat Siam Promwicitr

29 Perlis Wat Siam Samnak Song Kuan Kanun

30 Perlis Wat Siam Macchimaprasit

31

WP Kuala

Lumpur Wat Meh Liew Buddhist Temple

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan

bilangan graduan keturunan Siam dan keturunan Thai secara tahunan

mengikut Universiti Awam bagi tempoh 2010 hingga 2020.

NO SOALAN: 29

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan sistem Kajian Pengesanan Graduan yang dijalankan oleh

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), secara puratanya Universiti Awam

(UA) mengeluarkan graduan warganegara melebihi 120,000 orang setiap

tahun.

Merujuk kepada data pada tahun 2020, jumlah graduan warganegara UA

adalah seramai 122,544 orang secara keseluruhannya. Daripada jumlah

ini, pelajar berketurunan Siam/Thai adalah seramai 119 orang iaitu

bersamaan dengan 9.7 peratus daripada keseluruhan graduan

(warganegara) UA. Bilangan graduan berketurunan Siam/Thai ini

menunjukkan trend peningkatan semenjak tahun 2012 yang pada ketika

itu hanya mencatatkan jumlah seramai 13 orang graduan atau 1.1 peratus

sahaja. Butiran terperinci bagi data graduan UA berketurunan Siam/Thai

adalah seperti di Jadual 1.

NO SOALAN: 29

Jadual 1: Bilangan graduan (warganegara) berketurunan Siam/Thai di

Universiti Awam mengikut Jantina, 2012-2020

Tahun Keseluruhan Jantina

Jumlah Peratus Lelaki Perempuan

2012 116,561 3 10 13 1.1%

2014 120,165 9 9 18 1.5%

2015 118,094 10 7 17 1.4%

2016 118,738 3 10 13 1.1%

2017 129,607 3 19 22 1.7%

2018 127,350 11 16 27 2.1%

2019 124,512 22 43 65 5.2%

2020 122,544 47 72 119 9.7%

Tiada data graduan berketurunan Siam/Thai pada tahun 2010, 2011 dan 2013

Sumber: Sistem Kajian Pengesanan Graduan, KPT

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

Tuan Aknan Ehtook minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan

penjawat awam keturunan Siam dan keturunan Thai mengikut gred, skim

dan Kementerian/Jabatan.

NO SOALAN: 30

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF BIN AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berdasarkan rekod daripada HRMIS, Jabatan Perkhidmatan Awam ,

sehingga 27 November 2021, bilangan pegawai awam keturunan

Siam adalah seramai 421 orang. Daripada jumlah tersebut, pecahan

mengikut Kementerian, Jabatan dan pentadbiran Kerajaan Negeri

(tidak termasuk Polis dan Tentera), skim perkhidmatan dan gred

jawatan adalah seperti berikut:

a. Bilangan Pegawai Awam Keturunan Siam Mengikut

Kementerian/Jabatan/pentadbiran Kerajaan Negeri

Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Jumlah

Jabatan Perdana Menteri 23

Kementerian Alam Sekitar Dan Air 2

Kementerian Belia Dan Sukan 4

Kementerian Dalam Negeri 43

Kementerian Kerja Raya 7

Kementerian Kesihatan Malaysia 104

Kementerian Kewangan Malaysia 35

NO SOALAN: 30

Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Jumlah

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia 3

Kementerian Luar Negeri 2

Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya 2

Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan

Masyarakat 2

Kementerian Pendidikan Malaysia 103

Kementerian Pengajian Tinggi 24

Kementerian Pengangkutan 4

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri 1

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal

Pengguna 4

Kementerian Perpaduan 6

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan 5

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 7

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi 3

Kementerian Sumber Manusia 7

Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli 2

Kementerian Wilayah Persekutuan 2

Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah 1

Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan 1

Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang 1

Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak 1

Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis 8

Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang 11

Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 1

Jumlah 421

NO SOALAN: 30

b. Bilangan Pegawai Awam Keturunan Siam Mengikut Skim

Perkhidmatan

Kod

Skim Skim Perkhidmatan Bilangan

A Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara 1

Pemeriksa Kereta Motor 1

B Penerbit Rancangan 2

C Pegawai Sains 4

Pegawai Teknologi Makanan 1

Penolong Pegawai Penyediaan Makanan 3

Penolong Pegawai Teknologi Makanan 3

D Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi 10

Pensyarah UiTM 1

Pensyarah Universiti 4

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 91

Pem. Peg. Latihan Vokasional/Pen. Peg.

Latihan Vokasional/Peg. Latihan

Vokasional

4

E Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi 2

Pembantu Perangkaan 1

Kod

Skim Skim Perkhidmatan Bilangan

F Pegawai Teknologi Maklumat 3

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 15

G Pegawai Hidupan Liar 1

Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan 1

NO SOALAN: 30

Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai

Veterinar 2

H Pembantu Awam 1

Pemandu Kenderaan 2

J Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) /

Penolong Jurutera 9

Pelukis Pelan (Seni Bina)/Penolong Pegawai

Seni Bina 1

Arkitek 2

Jurutera 7

Juruukur Bahan 1

Pemeriksa Kilang dan Jentera 1

Penolong Juruukur Bahan 1

Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera 2

K Pegawai Imigresen 14

Pegawai Penjara 4

Pegawai Penguat Kuasa 1

Pegawai Bomba 3

Penguasa Penjara 1

Penolong Penguasa Imigresen / Penguasa

Imigresen 3

Penolong Penguasa Penjara 5

Pembantu Penguat Kuasa 3

Pembantu Pendaftaran 2

L Jurubahasa 6

Penolong Pegawai Undang-Undang 1

M Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 9

NO SOALAN: 30

Kod

Skim Skim Perkhidmatan Bilangan

N Pegawai Tadbir 1

Pegawai Khidmat Pelanggan 1

Penolong Pengurus Asrama 1

Penolong Pegawai Tadbir 3

Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha

Pejabat 1

Pembantu Pengurusan Murid 1

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 21

Pembantu Operasi 5

Penghulu 1

P Penolong Pegawai Siasatan/Pegawai

Siasatan 8

Q Pegawai Penyelidik 1

S Pegawai Perhubungan Perusahaan 3

Pegawai Pembangunan Masyarakat 1

Perancang Bahasa 1

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat 3

Pembantu Antidadah 3

Kod

Skim Skim Perkhidmatan Bilangan

U Pengajar 3

Juru X-Ray 1

Jururawat 38

Jururawat Masyarakat 5

Juruteknologi Makmal Perubatan 5

NO SOALAN: 30

Juruterapi Pergigian 1

Pegawai Farmasi 6

Pegawai Pemulihan Perubatan 3

Pegawai Perubatan 6

Penolong Pegawai Perubatan 7

Penolong Pegawai Farmasi 10

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran /

Pegawai Kesihatan Persekitaran 2

Pembantu Kesihatan Awam 1

Pembantu Pembedahan Pergigian 1

Pembantu Perawatan Kesihatan 2

W Akauntan 1

Penguasa Kastam 11

Penolong Akauntan 5

Penolong Juruaudit 2

Penolong Penguasa Kastam 5

Pembantu Tadbir (Kewangan) 4

Pembantu Akauntan 3

Pembantu Penguasa Kastam 15

JUMLAH 421

c. Bilangan Pegawai Awam Keturunan Siam Mengikut Gred

Perjawatan

Gred Perjawatan Bilangan

JUSA C 1

54 10

52 15

NO SOALAN: 30

51 2

48 27

45 1

44 63

42 7

41 52

38 3

36 2

32 38

29 105

26 3

24 3

22 29

20 1

19 43

17 6

14 1

11 9

Jumlah 421

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK

Tuan Aknan Ehtook minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan

pemegang kad UNHCR mengikut negara asal dan sejauh manakah

kejayaan usaha yang diambil untuk mengurangkan bilangan pemegang

kad ini.

NO SOALAN: 31

JAWAPAN

DI JAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya

Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (United

Nations High Commissioner For Refugees - UNHCR) sehingga 30

September 2021 terdapat seramai 178,515 pelarian dan pemohon suaka

di Malaysia dari 58 buah negara. Daripada jumlah ini, seramai 130,180

orang merupakan pelarian dan 48,335 orang adalah pemohon suaka.

2. Pada masa ini, selain daripada rundingan antara pihak Kerajaan

dengan UNHCR yang dilaksanakan melalui platform Joint Task Force

(JTF), Kerajaan juga melaksanakan rundingan Bersama negara-negara

asing yang menjadi ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian

1951 atau Protokol Mengenai Status Pelarian 1951 atau Protokol

Mengenai Status Pelarian 1967 untuk menerima pelarian dan pemohon

suaka yang berada dalam Malaysia. Justeru, adalah diharapkan apabila

Pandemik COVID-19 ini kembali reda dan negara-negara dunia kembali

membuka sempadan antarabangsa mereka, lebih ramai pelarian dan

pemohon suaka ini dapat dipindahkan ke negara ketiga.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : PUAN FADHLINA BINTI DATO' SIDEK

Puan Fadhlina Binti Dato' Sidek minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan jumlah kes kematian pasangan suami atau isteri yang dibunuh

oleh pasangan sendiri mengikut negeri, umur dan kaum bagi tahun 2019

hingga kini. (Intimate Partner Violence/ keganasan pasangan intim).

NO SOALAN: 32

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

KONTINJEN 2019 2020 2021 (JAN-OKT)

JUMLAH KES

KES SELESAI

JUMLAH KES

KES SELESAI

JUMLAH KES

KES SELESAI

PERLIS

KEDAH 1 1

P.PINANG 2 2 2 2

PERAK

SELANGOR 4 4 3 3

K.LUMPUR 1 1 1 1

N.SEMBILAN

MELAKA 3 3 1 1

JOHOR 1 1 2 2 1 1

PAHANG

TERENGGANU

KELANTAN 1 1

SABAH 1 1 2 2

SARAWAK 1 1

JUMLAH 7 7 10 10 10 10

Jadual 1: Statistik Kes Bunuh Melibatkan Suami / Isteri Bagi Tahun

2019 Hingga 2021 (Januari – Oktober) Mengikut Negeri

NO SOALAN: 32

NEGERI / UMUR

PR KD PP PK SL KL NS MK JH TR KN SB SW JUM

M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S

10-19 Tahun 1 1

20-29 Tahun 1 1 1 2 1

30-39 Tahun 1 2 1 2

40-49 Tahun

50 Tahun Ke Atas

1 1 1 1 1 1 3 3

JUMLAH 2 2 1 1 3 1 1 2 7 6

Jadual 2: Statistik Mangsa / Suspek Kes Bunuh Melibatkan Suami / Isteri Tahun 2019 Mengikut Umur

NEGERI / UMUR

PR KD PP PK SL KL NS MK JH TR KN SB SW JUM

M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S

10-19 Tahun

20-29 Tahun

2 1 1 2 2

30-39 Tahun

3 1 1 1 2 1 1 1 3 8

40-49 Tahun

3 3 3 3

50 Tahun Ke Atas

1 1 1 2

JUMLAH 1 1 4 8 1 1 2 2 1 1 1 1 10 13

Jadual 3: Statistik Mangsa / Suspek Kes Bunuh Melibatkan Suami / Isteri Tahun 2020 Mengikut Umur

NEGERI / UMUR

PR KD PP PK SL KL NS MK JH TR KN SB SW JUM

M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S M S

10-19 Tahun

20-29 Tahun

1 1 2 2 1 1 3 4

30-39 Tahun

2 1 1 2 1 3 4

40-49 Tahun

1 1 1 1 1 1 1 4 3

50 Tahun Ke Atas

3 3

JUMLAH 2 2 3 3 1 1 1 2 2 5 1 2 10 14

Jadual 4: Statistik Mangsa / Suspek Kes Bunuh Melibatkan Suami / Isteri Tahun 2021 (Januari – Oktober) Mengikut Umur

*M: Mangsa S: Suspek

NO SOALAN: 32

NEGERI/ JANTINA

PR KD PP PK SL KL NS MK JH TR KN SB SW JUM

L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P

Melayu 1 1 2 1 3

Cina 1 1

India

Bumi

P/A Indonesia

P/A Myanmar

1 1

P/A Thailand

Lain-Lain 1 1

JUMLAH 2 1 1 2 1 1 6

Jadual 5: Statistik Mangsa / Suspek Kes Bunuh Melibatkan Suami / Isteri Tahun 2019 Mengikut Kaum

NEGERI / JANTINA

PR KD PP PK SL KL NS MK JH TR KN SB SW JUM

L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P

Melayu 1 1 1 1

Cina 1 1 1 1 1 3

India 1 1

Bumi

P/A Indonesia

1 1

P/A Myanmar

1 1 2

P/A Thailand

Lain-Lain

JUMLAH 1 1 3 1 2 1 1 2 8

Jadual 6: Statistik Mangsa / Suspek Kes Bunuh Melibatkan Suami / Isteri Tahun 2020 Mengikut Kaum

NEGERI / JANTINA

PR KD PP PK SL KL NS MK JH TR KN SB SW JUM

L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P

Melayu 1 1 2

Cina 1 1

India 2 1 1 2

Bumi 1 1 1 1

P/A Indonesia

1 1

P/A Myanmar

1 1

P/A Thailand

Lain-Lain

JUMLAH 2 1 2 1 1 1 1 1 2 8

Jadual 7: Statistik Mangsa / Suspek Kes Bunuh Melibatkan Suami / Isteri Tahun 2021 (Januari – Oktober) Mengikut Kaum

NO SOALAN: 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN FADHLINA BINTI DATO' SIDEK

Puan Fadhlina Binti Dato' Sidek minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan statistik kes bunuh diri mengikut umur, kaum, jantina dan negeri

bagi tahun 2019 hingga kini serta punca-punca berlakunya kejadian bunuh

diri.

NO SOALAN: 33

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Statistik bunuh diri mengikut negeri, jantina dan umur bagi tahun 2019

hingga Oktober 2021 adalah seperti di Jadual 1:

BIL KONTINJEN JANTINA

JUMLAH

UMUR

JUMLAH 14 KE

BAWAH 15-18 19-40

41 KE

ATAS

TIDAK

DIKETAHUI

L P L P L P L P L P L P

1 Johor 293 49 342 0 1 4 1 166 26 122 21 1 0 342

2 Kedah 90 10 100 0 0 2 0 63 7 25 3 0 0 100

3 Kelantan 49 5 54 0 0 2 2 28 2 18 1 1 0 54

4 Kuala

Lumpur 189 58 247 1 1 7 2 110 36 69 19 2 0 247

5 Melaka 52 6 58 0 0 0 0 29 3 23 3 0 0 58

6 Negeri

Sembilan 112 17 129 0 1 2 1 69 8 40 7 1 0 129

7 Pahang 88 17 105 0 0 0 2 49 8 39 7 0 0 105

8 Perak 165 28 193 1 0 0 1 73 8 90 19 1 0 193

9 Perlis 3 2 5 0 0 0 0 1 1 2 1 0 0 5

10 Pulau Pinang 185 36 221 0 0 2 1 91 17 90 18 2 0 221

11 Sabah 106 14 120 0 0 8 3 65 3 32 8 1 0 120

12 Sarawak 125 22 147 0 0 8 5 74 9 42 8 1 0 147

13 Selangor 347 77 424 0 0 11 6 219 40 112 31 5 0 424

14 Terengganu 31 6 37 0 0 1 1 21 2 9 3 0 0 37

JUMLAH 1835 347 2182 2 3 47 25 1058 170 713 149 15 0 2182

Jadual 1: Statistik Bunuh Diri Mengikut Negeri, Jantina Dan Umur Bagi Tahun 2019 hingga

Oktober 2021

NO SOALAN: 33

Statistik bunuh diri mengikut bangsa bagi tahun 2019 hingga Oktober 2021

adalah seperti di Jadual 2:

BIL KONTINJEN

BANGSA

JUMLAH

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN BUKAN

WARGANEGARA

TIDAK

DIKETAHUI

L P L P L P L P L P L P

1 Johor 44 4 103 14 58 19 27 5 60 7 1 0 342

2 Kedah 30 2 24 2 17 6 7 0 12 0 0 0 100

3 Kelantan 31 2 4 0 2 0 3 2 8 1 1 0 54

4 Kuala

Lumpur 27 7 72 26 27 4 6 0 54 22 2 0 247

5 Melaka 10 0 17 4 11 1 2 0 12 1 0 0 58

6 Negeri

Sembilan 13 1 29 3 37 10 2 0 30 3 1 0 129

7 Pahang 21 2 28 5 10 4 10 3 18 3 1 0 105

8 Perak 18 4 62 9 51 15 6 0 27 0 1 0 193

9 Perlis 2 0 1 2 0 0 0 0 0 0 0 0 5

10 Pulau Pinang 15 4 90 22 28 7 6 0 44 3 2 0 221

11 Sabah 8 0 18 7 1 0 57 5 21 2 1 0 120

12 Sarawak 12 3 40 6 0 0 55 12 17 1 1 0 147

13 Selangor 29 6 101 30 80 30 12 0 120 11 5 0 424

14 Terengganu 26 4 2 2 0 0 1 0 2 0 0 0 37

JUMLAH 286 39 591 132 322 96 194 27 425 54 16 0 2182

JUMLAH

KESELURUHAN 325 723 418 221 479 16

Jadual 2: Statistik Bunuh Diri Mengikut Bangsa Bagi Tahun 2019 hingga Oktober 2021

NO SOALAN: 33

Statistik bunuh diri mengikut punca bagi tahun 2019 hingga Oktober 2021

adalah seperti di Jadual 3:

BIL KATEGORI /

KONTINJEN

JO

HO

R

KE

DA

H

KE

LA

NT

AN

KU

AL

A L

UM

PU

R

ME

LA

KA

NE

GE

RI S

EM

BIL

AN

PA

HA

NG

PE

RA

K

PE

RL

IS

PU

LA

U P

INA

NG

SA

BA

H

SA

RA

WA

K

SE

LA

NG

OR

TE

RE

NG

GA

NU

JU

ML

AH

1 Masalah

Kewangan 49 18 15 37 18 19 20 36 1 44 20 23 72 8 380

2 Masalah

Kesihatan 31 9 6 30 6 11 9 15 1 28 11 11 52 0 220

3 Tekanan

Perasaan 82 31 15 45 16 42 16 62 1 52 30 35 105 12 544

4 Kemurungan 38 19 8 47 4 12 13 21 1 26 14 27 53 5 288

5 Masalah

Keluarga 73 10 4 35 3 27 21 19 0 29 13 20 53 3 310

6 Putus Cinta 13 1 2 6 2 2 7 5 0 5 4 2 10 2 61

7 Nyanyuk 1 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 0 1 0 4

8 Sakit Mental 19 6 1 24 3 7 7 8 1 15 6 11 18 3 129

9 Masalah

Rumahtangga 9 1 1 4 0 2 5 1 0 4 8 3 17 0 55

10 Halusinasi 11 4 1 7 0 0 3 8 0 2 7 4 11 3 61

11 Tidak

Diketahui 16 1 1 11 6 7 4 17 0 16 7 11 32 1 130

JUMLAH 342 100 54 247 58 129 105 193 5 221 120 147 424 37 2182

Jadual 3: Statistik Bunuh Diri Mengikut Punca Bagi Tahun 2019 hingga Oktober 2021

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN FADHLINA BINTI DATO' SIDEK

Puan Fadhlina Binti Dato' Sidek minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan statistik kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-

kanak dan wanita mengikut negeri dan kaum bagi tahun 2019 hingga kini

dan jenis bahan serta berlakunya penyalahgunaan dadah tersebut.

NO SOALAN: 34

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Jumlah penagih dan penyalah guna dadah serta bahan dalam kalangan

wanita dan kanak-kanak bagi tahun 2019 sehingga Jun 2021 adalah seramai

15,881 orang wanita dan 8 orang kanak-kanak. Negeri yang mencatatkan

penagih dan penyalah guna dadah serta bahan dalam kalangan wanita

terbanyak adalah negeri Johor dengan jumlah seramai 2,516 orang diikuti

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 1,663 orang dan negeri

Selangor seramai 1,624 orang.

Bagi pecahan kaum dalam kalangan wanita, kaum Melayu adalah yang

terbanyak iaitu seramai 11,394 orang diikuti kaum Cina seramai 1,804 orang

penagih dan penyalah guna dadah serta bahan.

Jenis dadah yang banyak digunakan adalah daripada jenis Amphetamine-

Type Stimulants (ATS) dengan jumlah 12,342 orang penagih dan penyalah

guna dadah dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN FADHLINA BINTI DATO’ SIDEK

Puan Fadhlina Binti Dato’ Sidek minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes

perkahwinan bawah umur mengikut negeri bagi tahun 2019 hingga kini,

punca dan langkah pencegahan serta intervensi Kerajaan bagi

menyelesaikan permasalahan perkahwinan bawah umur ini.

NO SOALAN: 35

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan telah mengenal pasti enam (6) punca utama berlakunya

perkahwinan bawah umur iaitu:

i. Pendapatan rendah dan kemiskinan;

ii. Kekurangan pengetahuan serta akses kepada Pendidikan

Kesihatan Reproduktif (SRH) atau kemahiran keibubapaan;

iii. Kekurangan akses kepada pendidikan atau kehadiran ke sekolah

yang rendah;

iv. Stigma dan norma sosial terhadap perkahwinan yang dijadikan

sebagai pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah;

v. Kelonggaran undang-undang yang memperuntukkan permohonan

berkahwin di bawah 18 tahun; dan

vi. Kekurangan penyelarasan data perkahwinan dan penceraian

bawah umur.

Sehubungan itu, Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Strategi

Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

Program dan tindakan yang telah dirancang di bawah Pelan ini

mencerminkan isu-isu yang merentas pelbagai sektor sama ada

perundangan, keibubapaan, sistem sokongan sosial, pendidikan,

kesihatan dan kesedaran. Pelan ini dilaksanakan dalam tempoh enam (6)

tahun iaitu dari tahun 2020 sehingga 2025.

NO SOALAN: 35

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Pemandu juga telah ditubuhkan

bagi memantau pelaksanaan Pelan dan menjadi platform untuk agensi

pelaksana yang terlibat melaporkan pelaksanaan, isu dan cabaran serta

cadangan penambahbaikan terhadap setiap program atau tindakan yang

dilaksanakan.

Sehingga kini, daripada keseluruhan 58 program yang telah dirancang,

sebanyak 41 program telah bermula dan 17 lagi program sedang dalam

perancangan. Antara program yang telah dilaksanakan adalah

menyediakan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko cicir daripada

pendidikan dan meluaskan pendidikan Kesihatan Seksual Reproduktif

(SRH) kepada pelajar melalui program-program di sekolah.

Justeru, kerjasama dan komitmen dari semua pihak amat diperlukan bagi

menangani isu perkahwinan bawah umur daripada terus berlaku.

Sebarang cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan pelan ini

juga amat dialu-alukan dan dihargai demi menjamin masa depan kanak-

kanak di Malaysia terus cerah.

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan statistik perkahwinan bawah umur pada tahun 2019,

sebanyak 1,466 kes telah direkodkan dengan lima (5) negeri mencatatkan

jumlah yang tertinggi iaitu Sabah sebanyak 255 kes, diikuti oleh Pahang

224 kes, Perak 185 kes, Johor 176 kes dan Kedah 140 kes. Manakala,

statistik perkahwinan bawah umur pada tahun 2020 pula mencatatkan

jumlah sebanyak 1,123 kes dengan lima (5) negeri yang mencatatkan

jumlah yang tertinggi iaitu Sabah sebanyak 193 kes, diikuti oleh Pahang

NO SOALAN: 35

sebanyak 165 kes, Perak 151 kes, Johor 141 kes dan Terengganu 128

kes.

Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan untuk menyediakan statistik

perkahwinan dan perceraian Orang Islam dan Orang Bukan Islam di

bawah 18 tahun merupakan di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam

Negeri (JAIN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan

diselaraskan dan diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tindakan ini juga merupakan salah satu daripada strategi di bawah Pelan

yang bertujuan untuk memastikan supaya data mengenai perkahwinan

dan perceraian di negara ini adalah komprehensif dan menepati

keperluan semasa.

NO SOALAN: 35

PERINCIAN STATISTIK PERKAHWINAN BAWAH UMUR PADA

TAHUN 2019 MENGIKUT NEGERI

NEGERI JANTINA

JUMLAH L P

Sabah 35 220 255

Pahang 24 200 224

Perak 28 157 185

Johor 16 160 176

Kedah 11 129 140

Terengganu 16 106 122

Selangor 7 70 77

N. Sembilan 7 59 66

Sarawak 1 52 53

Melaka 9 42 51

Pulau Pinang 2 37 39

Perlis 3 28 31

W.P. KL 4 24 28

Kelantan 2 7 9

W.P Labuan 1 7 8

W.P. Putrajaya 1 1 2

JUMLAH KESELURUHAN 167 1,299 1,466

NO SOALAN: 35

PERINCIAN STATISTIK PERKAHWINAN BAWAH UMUR PADA

TAHUN 2020 MENGIKUT NEGERI

NEGERI JANTINA

JUMLAH L P

Sabah 21 172 193

Pahang 16 148 164

Perak 13 138 151

Johor 10 131 141

Kedah 13 102 115

Terengganu 12 116 128

N. Sembilan 5 43 48

P. Pinang 4 37 41

W.P. KL 4 32 36

Perlis 4 29 33

Selangor 3 26 29

Sarawak 0 19 19

Melaka 1 16 17

W.P. Labuan 0 7 7

Kelantan 0 1 1

W.P. Putrajaya 0 0 0

JUMLAH

KESELURUHAN 106 1,017 1,123

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN FADHLINA BINTI DATO'

SIDEK

Puan Fadhlina binti Dato' Sidek minta PERDANA MENTERI

menyatakan jumlah terkini pertambahan pengundi mengikut jantina, umur

dan negeri setelah pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik

pemilih diluluskan untuk dilaksanakan.

NO SOALAN: 36

JAWAPAN

YB DATO’ SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya

(SPR) sedang dalam persiapan untuk melaksanakan pindaan Perkara

119 Perlembagaan Persekutuan iaitu berhubung umur kelayakan

pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik

sebagaimana yang diluluskan oleh Parlimen pada Mesyuarat Kedua

Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas.

Persiapan yang sedang dilaksanakan oleh SPR ini adalah meliputi

pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)

2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan standard

operating procedures (SOP) dan penyediaan sistem serta infrastruktur

bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran

pemilih secara automatik.

Untuk makluman Yang Berhormat, Seksyen 3(a) dan (b) Akta

Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung dengan pindaan umur

kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik

telah diwartakan pada 1 Disember 2021 sebagai P.U.(B) 615/2021 yang

akan berkuat kuasa pada 15 Disember 2021. Manakala, pindaan kepada

perundangan subsidiari berkaitan pilihan raya iaitu Peraturan-Peraturan

Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) (Pindaan) 2021 dan Peraturan-

NO SOALAN: 36

Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2021 iaitu

berhubung dengan pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan

pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan pada 30

November 2021 sebagai P.U.(A) 433/2021 dan P.U.(A) 434/2021 berkuat

kuasa pada 15 Disember 2021.

Justeru, pada masa sekarang, SPR tidak mempunyai maklumat

jumlah pengundi bagi yang meliputi bakal pemilih berumur 18 tahun

dan ke atas memandangkan nama bakal pemilih berumur 18 tahun

dan ke atas ini masih dalam proses pra-pendaftaran pemilih dan

belum diperaku mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Pendaftaran Pemilih) (Pindaan) 2021.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ KESAVADAS A/L

A.ACHYUTHAN NAIR

Dato' Kesavadas A/L A. Achyuthan Nair minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan signifikan pelantikan Dr. Ahmad Idham dan Dato'

Sri Eizlan Yusof yang masing-masing dilantik sebagai Setiausaha

Kebudayaan dan Penasihat Seni kepada Yang Berhormat Menteri

terhadap pemantapan hubungan antarabangsa dari aspek kebudayaan

dan kesenian dan emolumen bulanan kedua-dua lantikan tersebut.

NO SOALAN: 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

2. Kerangka Dasar Luar Negeri telah dilancarkan pada 7 Disember

2021 oleh YAB Perdana Menteri dan salah satu elemen tambahan ialah

Diplomasi Budaya. Justeru, kedua-dua pelantikan ini adalah menepati

aspirasi Kementerian Luar Negeri untuk menjadi pemacu pengembangan

budaya Malaysia di persada antarabangsa.

3. Dari segi perjawatan, Setiausaha Kebudayaan dilantik

menggunakan perjawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) kepada

YB Menteri sedia ada dimana emolumen yang diberikan adalah setaraf

gred M54. Manakala Penasihat Kreatif pula tidak menerima sebarang

emolumen dari Kementerian Luar Negeri.

4. Kementerian berpandangan bahawa usaha diplomasi kita perlu

melibatkan aspek kebudayaan Malaysia yang begitu kaya dan unggul

supaya negara kita tidak ketinggalan ke belakang dari aspek ini. Negara-

negara seperti Indonesia dan Korea Selatan kini telah berjaya

mengembangkan budaya mereka di persada antarabangsa hasil

daripada pelaksanaan elemen Diplomasi Budaya di dalam kerangka

dasar luar negara-negara tersebut.

5. Diplomasi Budaya merangkumi bidang yang luas termasuklah seni,

bahasa, sastera, filem, muzik, sukan, tarian dan lain-lain lagi. Oleh itu,

NO SOALAN: 37

usaha kita ini memerlukan satu komitmen yang tinggi dan perlu

dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten.

6. Inisiatif di peringkat Kementerian akan diterjemahkan oleh Pejabat-

Pejabat Perwakilan di luar negara dengan memainkan peranan mereka

bagi membantu usaha memartabatkan budaya Malaysia di persada

antarabangsa. Pada masa yang sama, Kementerian juga akan

bekerjasama erat dengan agensi lain seperti Kementerian Pelancongan

dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (KKMM), dan lain-lain, demi mengangkat Diplomasi Budaya

sebagai salah satu agenda penting Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ KESAVADAS A/L

A.ACHYUTHAN NAIR

Dato’ Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI BELIA DAN

SUKAN menyatakan keseriusan Kementerian terhadap pelaksanaan

semula program Parlimen Belia yang boleh disertai oleh anak-anak

muda yang berumur bawah 35 tahun sebagai usaha untuk

menghidupkan semula semangat perpaduan dalam demokrasi di

samping meraikan idealism anak-anak muda sebagai pewaris

kepimpinan negara.

NO SOALAN: 38

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan

Sukan Negara amat komited melaksanakan program Parlimen Belia

Malaysia (PBM) yang berperanan untuk meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran kepimpinan di kalangan generasi muda demi penerusan

kepimpinan negara jangka panjang. Pelaksanaan PBM ini mampu

menghidupkan semula semangat perpaduan dalam demokrasi di

samping meraikan idealism anak-anak muda sebagai pewaris

kepimpinan negara.

Bermula tahun 2015, program Parlimen Belia Malaysia (PBM) ini

menjadi satu platform kepada Ahli Parlimen Belia Malaysia untuk

mengenengahkan isu-isu pembangunan belia daripada pelbagai

peringkat. Input-input daripada persidangan ini akan digunakan sebagai

input dalam menggubal dasar dan polisi negara. Untuk makluman Yang

Berhormat, penyertaan APBM sehingga kini adalah seperti berikut:

i. Sidang 2015 hingga 2016 - 133 orang penyertaan

ii. Sidang 2017 hingga 2018 - 138 orang penyertaan

iii. Sidang 2019 hingga 2021 - 153 orang penyertaan

Persidangan pertama bagi APBM Lantikan 2019-2021 telah

dilaksanakan pada 25 hingga 26 September 2019 bertempat di Dewan

Persidangan, Parlimen Malaysia. Walau bagaimanapun, Persidangan

NO SOALAN: 38

PBM Sidang I Tahun 2020 dan Tahun 2021 secara fizikal tidak dapat

dilaksanakan disebabkan Pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Pengisian program PBM dilaksanakan dengan mengadakan sembilan

(9) Siri Diskusi atas talian dengan penglibatan APBM Sesi 2019-2021.

Sejajar dengan persediaan mendepani penguatkuasaan had umur

belia bawah 30 tahun bagi pemegang jawatan dalam pertubuhan belia,

program ini akan diteruskan pelaksanaannya pada 2022 untuk

melahirkan lebih ramai pelapis kepimpinan muda yang mampu

menyumbang kepada pembangunan negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN : 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L

A.ACHYUTHAN NAIR

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI WILAYAH

PERSEKUTUAN menyatakan usaha-usaha yang sedang digerakkan di

kota raya Kuala Lumpur bagi memastikan :-

(a) kebajikan harian serta kesihatan para gelandangan dapat diberi

penjagaan dan kucing-kucing jalanan (stray cats) terpelihara dari

aspek makan-minum mereka; dan

(b) keselamatan mereka yang menaiki skuter elektrik

NO SOALAN : 39

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a-i) Isu gelandangan:

Sejak bermula gelombang pandemik Covid-19 pada Mac 2020,

KWP melalui DBKL mengambil pelbagai inisiatif bagi mengekang

penularan wabak ini dalam komuniti gelandangan memandangkan

mereka tidak mempunyai tempat tinggal mahupun tidak mampu

membeli makanan dan keperluan harian yang lain. Sebagai pihak

berkuasa tempatan di Kuala Lumpur, DBKL dengan kerjasama

strategik bersama agensi kerajaan berkaitan dan badan bukan

kerajaan (NGO) melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut:

i. Menjalankan Operasi Menyelamat Gelandangan;

ii. Mewujudkan Penempatan Sementara Gelandangan (PSG);

iii. Mewujudkan Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana;

iv. Menyelaraskan Pemusatan Agihan Makanan; dan

v. Menjalankan Program Pemberian Vaksinasi Kepada Gelandangan.

NO SOALAN : 39

Operasi menyelamat gelandangan ini mensasarkan gelandangan di

sekitar bandar Kuala Lumpur dan diberi penempatan di Pusat

Sementara Gelandangan memandangkan mereka turut terdedah

kepada pandemik Covid-19. Mereka diberi keperluan asas iaitu tempat

perlindungan, pakaian, makanan, rawatan kesihatan dan latihan

kemahiran. Antara program yang diwujudkan di Pusat Sementara

Gelandangan adalah Program Pencarian Kerja dengan kerjasama

Jabatan Tenaga Kerja dan majikan syarikat swasta. Gelandangan juga

dihantar ke Program Pemerkasaan Gelandangan untuk membina

kekuatan fizikal, kerohanian dan jati diri.

Di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana di Taman

Desa, pelbagai aktiviti diwujudkan seperti Kebun Warrior (Kebun

Bandar), DIY, Kitar Semula, seni jahitan, kaunseling, motivasi, program

keagamaan, seni melukis, panduan perniagaan (dropship), Pencarian

Kerja (job-matching) dan riadah.

(a-ii) Kucing-kucing Jalanan (Stray Cats):

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Unit Kawalan Pest,

Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, DBKL sedang menjalankan dan

menggiatkan usaha Program dan Kempen Adopsi Anjing dan Kucing

dikalangan warga kota Kuala Lumpur. Program Adopsi Anjing dan Kucing

ini juga telah diwar-warkan di media sosial rasmi Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur serta telah mendapat sambutan hangat dan positif dalam

kalangan masyarakat. Sejak dari itu, ramai di kalangan warga kota

mengunjungi Unit Kawalan Pest untuk turut serta mengambil anjing dan

kucing bagi tujuan adopsi.

NO SOALAN : 39

Selain itu, Unit Kawalan Pest, juga sedang menambahbaik pusat

kurungan haiwan, dengan menyediakan satu sudut khas untuk Program

Adopsi Anjing dan Kucing. Sudut ini yang mesra pengunjung akan

memberi keselesaan kepada pengunjung dan juga haiwan serta

menyediakan info- info yang menarik berkaitan anjing dan kucing

kepada warga kota. Tambahan juga, sudut adopsi ini akan menyediakan

peluang kepada orang awam untuk datang memberi sumbangan

makanan haiwan dengan lebih telus dan terbuka.

Diharapkan, dengan adanya program seperti ini, dapat memberi

kesedaran dan pendedahan kepada orang awam berkaitan isu-isu

kucing dan anjing liar di kota raya serta dapat memulihkan pandangan

dan persepsi orang awam terhadap Unit Kawalan Pest, Jabatan

Kesihatan dan Alam Sekitar.

(b) keselamatan mereka yang menaiki skuter elektrik

Skuter elektrik adalah merupakan salah satu jenis mod

pengangkutan yang dikategorikan dalam kenderaan mikro mobiliti.

Peruntukan undang- undang khas dan garis panduan bagi

membenarkan kenderaan mikro mobiliti sedang dalam proses untuk

dimuktamadkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia.

NO SOALAN : 39

Sebelum penggunaan skuter elektrik dibenarkan, DBKL perlu

mengambilkira perancangan yang menyeluruh dalam penyediaan

kemudahan infrastruktur bagi kenderaan mikro mobiliti ini. Antaranya

adalah pihak DBKL perlu:

a) Membentuk garis panduan baharu khusus bagi kenderaan

mikromobiliti;

b) Menyediakan kemudahan kenderaan mikro mobiliti seperti

petunjuk arah, tempat letak kenderaan, tempat cas, tempat

rehat dan lain-lain;

c) Mengenalpasti kawasan-kawasan tertentu yang

bersesuaian untuk kegunaan skuter elektrik. Contoh seperti

di Zon Pelancongan dan Zon Rekreasi; dan

d) Menetapkan had laju skuter elektrik yang bersesuaian bagi

menjamin keselamatan pengguna.

Bagi menjamin faktor keselamatan pengguna skuter elektrik di

Kuala Lumpur, pihak DBKL akan bekerjasama dengan agensi yang

berkaitandalam perancangan rangkaian kenderaan mikro mobiliti bagi

memperincikan kaedah pelaksanaannya.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPAD : YB DATO' KESAVADAS A/L

A.ACHYUTHAN NAIR

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI

PERPADUAN NEGARA menyatakan aspek-aspek yang telah diberi

nilai tambah dalam Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK)

terhadap pelaksanaan dos penggalak kepada golongan warga emas

serta OKU di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh

negara khususnya Negeri Sembilan.

NO SOALAN: 40

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertau,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di bawah Kementerian

Perpaduan Negara memberi tumpuan kepada kumpulan sasar

khususnya rakyat yang berada jauh dari PPV Awam dan ukar

mendapatkan akses suntikan vaksin seperti penduduk luar bandar,

pinggir bandar, ladang/ estet dan masyarakat orang asli.

2. Sehingga kini, seramai 557,669 penerima vaksin telah memperoleh

manfaat vaksinasi melalui program MOVAK di seluruh negara. Pelbagai

aspek tambah nilai dari masa ke semasa diambil oleh KPN bagi

memastikan pelaksanaan program MOVAK dapat memberikan khidmat

yang terbaik buat komuniti di peringkat akar umbi. Antara aspek yang

telah diberi tambah baik dalam pelaksanaan MOVAK adalah seperti

berikut:

a) Modifikasi Bas MOVAK

Program MOVAK digerakkan melalui Bas yang dijadikan sebagai

stesen utama pusat suntikan vaksin. Bas ini telah diubahsuai bagi

memudahkan petugas kesihatan serta penerima vaksin khususnya

warga emas dan warga OKU untuk mendapatkan suntikan dengan

mewujudkan laluan tramp kerusi roda.

NO SOALAN: 40

b) Sukarelawan MOVAK

Program MOVAK turut digerakkan melalui barisan sukarelawan di

kalangan Warga Rukun Tetangga yang bertugas di bawah tiga Unit

Gerak Kerja iaitu Unit Tindakan Komuniti, Unit Panggilan dan Unit

Mobilisasi. Bagi memastikan pelaksanaan MOVAK mesra rakyat,

khidmat sukarelawan RT ini turut meliputi kempen kesedaran vaksin,

bantuan pendaftaran vaksin serta menyediakan pengangkutan pergi

dan pulang kepada penerima vaksin untuk ke lokasi MOVAK.

3. Diharap inisiatif MOVAK ini mampu membantu dan menyokong Program

Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) bagi meningkatkan jumlah

pendaftaran dan penerimaan vaksin di kalangan rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L

A.ACHYUTHAN NAIR

Dato' Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta Perdana Menteri

menyatakan persepsi awam (public perception) yang telah dinilai dan

diambil kira dalam penilaian akhir KPI 100 hari oleh Perdana Menteri

terhadap Jemaah Menteri serta senarai 3 Menteri yang terbaik dan 3 yang

tercorot dalam penilaian aspek tersebut.

NO SOALAN: 41

JAWAPAN

YB DATUK DR. ABD. LATIFF BIN AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pengukuran Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 hari

berlandaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dilaksanakan bagi

memastikan setiap Kementerian mempunyai perancangan awal

bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

2. Kesemua Kementerian dan Jabatan telah menunjukkan tahap

komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam memenuhi KPI yang

ditetapkan. Pencapaian keseluruhan kesemua Kementerian adalah

pada tahap purata 90% seperti diumumkan YAB Perdana Menteri.

Ini bermakna, terdapat ruang penambahbaikan yang perlu diberi

perhatian terutamanya berkaitan komunikasi dan penyampaian

perkhidmatan kepada rakyat.

3. Dalam pelaksanaan KPI bagi tempoh 6 bulan akan datang, segala

penambahbaikan yang diperlukan akan dibuat dan dipastikan

memenuhi kehendak dan aspirasi Keluarga Malaysia sebagaimana

dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO HAJI AHMAD BIN YAHAYA

Dato' Haji Ahmad bin Yahaya minta PERDANA MENTERI menyatakan

peratus penjawat awam yang terlibat dengan rasuah dan salah laku

sepanjang tahun 2018 - 2021 mengikut kategori serta nyatakan apakah

tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang disabitkan bersalah.

NO SOALAN: 42

JAWAPAN

YB DATO’ SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah maklumat berkaitan

rasuah yang diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) terhadap penjawat awam mengikut kategori bagi tahun 2018

sehingga Oktober 2021 adalah sebanyak 1,433 bagi kumpulan

Pengurusan Tertinggi, 5,508 bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional

dan 3,828 bagi kumpulan Sokongan. Daripada jumlah tersebut sebanyak

161 Kertas Siasatan (KS) telah dibuka bagi kumpulan Pengurusan

Tertinggi, 623 bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 1,113 bagi

kumpulan Sokongan. Berdasarkan kepada jumlah KS yang telah dibuka

sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 45 tangkapan telah dilakukan

terhadap kumpulan Pengurusan Tertinggi, 484 bagi kumpulan

Pengurusan dan Profesional dan 1,285 bagi kumpulan Sokongan.

Tidak semua maklumat yang diterima oleh SPRM berunsur rasuah

dan memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah bidang kuasa SPRM.

Kertas Siasatan yang dibuka adalah berdasarkan kepada maklumat

berkualiti yang mempunyai unsur-unsur rasuah, salah guna kuasa dan

penyelewengan.

NO SOALAN: 42

Untuk makluman Yang Berhormat juga, apabila seseorang telah

disabitkan bersalah mereka boleh dikenakan tindakan dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang

daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau sepuluh ribu

ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA

Dato' Haji Ahmad Bin Yahaya minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

menyatakan tahap capaian jalur lebar di Universiti Awam (UA)

termasuklah Politeknik dan Kolej Komuniti dalam negara bagi menyokong

dasar pengadaptasian serta penggunaan teknologi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

NO SOALAN: 43

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) amat prihatin dengan keperluan

fasiliti digital yang diperlukan oleh para pelajar dan pensyarah di Universiti

Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti terutamanya bagi menyokong

dasar pengadaptasian serta penggunaan teknologi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran secara.

Pada masa ini, tahap capaian jalur lebar bagi talian internet Malaysian

Research and Education Network (MYREN) yang diuruskan oleh

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah seperti berikut:

• 20 Universiti Awam (UA) dengan kapasiti 1 - 2 Gbps;

• 35 Politeknik dengan kapasiti 200Mbps – 500Mbps; dan

• 109 Kolej Komuniti iaitu 80-100Mbps.

Melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 atau RMKe-12,

KPT merangka untuk menaik taraf talian internet MYREN di semua

Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Penaiktarafan ini melibatkan menaik taraf

jalur lebar kepada 100Mbps hingga 10Gbps seperti berikut:

• 20 Universiti Awam (UA) dengan kapasiti 10 Gbps;

• 36 Politeknik dengan kapasiti 500Mbps - 2Gbps; dan

• 109 Kolej Komuniti iaitu 100-500Mbps.

NO SOALAN: 43

Talian baharu ini dijangka boleh digunakan pada tahun 2023 tertakluk

kepada kemampuan kewangan Kerajaan melalui RMKe-12. Kapasiti ini

juga akan dinaik taraf dari semasa ke semasa mengikut keperluan

institusi.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA

Dato' Haji Ahmad Bin Yahaya minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan penilaian semula dasar Sifar Dadah dan sasaran Malaysia

Bebas Dadah 2015 yang masih gagal dicapai serta kekangan utama

kegagalan dasar menghapuskan sepenuhnya najis dadah dalam negara.

NO SOALAN: 44

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormta,

Usaha Negara dalam membanteras gejala dadah dipandu oleh Dasar Dadah

Negara (DDN) yang merupakan kerangka kerja komprehensif untuk

mencegah, merawat dan memulih, menguatkuasakan undang-undang dan

mengurangkan kemudaratan masalah penagihan dadah. DDN kali pertama

telah digubal pada tahun 1996 dan telah ditambahbaik pada tahun 2017

dengan mengambilkira ancaman semasa serta trend penagihan dan

penyalahgunaan yang telah berubah daripada dadah berasaskan tumbuhan

kepada dadah sintetik.

Sehubungan dengan itu, pendekatan Kerajaan yang mensasarkan Negara

Malaysia Bebas Dadah 2015 juga turut telah disesuaikan dengan perubahan

semasa berasaskan bukti saintifik (evidence-based) dan amalan terbaik

yang dilaksanakan di dalam dan luar negara bagi memerangi musuh nombor

satu negara ini. Statistik pada tahun 2020 menunjukkan seramai 128,325

orang telah dikenal pasti terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Malaysia

iaitu penurunan sebanyak 9.8 peratus berbanding tahun 2019.

NO SOALAN: 44

Daripada aspek penawaran, agensi penguatkuasaan telah mengambil

tindakan bagi mengekang jenayah berkaitan dadah terutama dengan

menguatkuasakan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan sejumlah

6,709 tangkapan telah dibuat pada tahun 2020 di bawah seksyen 39B ADB

1952 yang melibatkan kesalahan pengedaran dadah.

Tindakan untuk memutuskan rangkaian bekalan juga terus diambil dengan

rampasan dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) seperti

Methamphetamine iaitu dadah yang paling tinggi permintaan di pasaran

merekodkan peningkatan rampasan sebanyak 44.2 peratus bagi

Methamphetamine (Crystalline) dan 180.5 peratus bagi Methamphetamine

(Liquid) pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Bagi tempoh yang sama,

peningkatan lebih daripada 100 peratus turut dicatatkan dalam rampasan

dadah jenis Ecstacy.

Justeru itu, Kerajaan komited untuk terus menambahbaik tindakan yang

diambil dalam pengurangan penawaran dan permintaan dadah dengan

melaksanakan tindakan-tindakan yang telah dirangka melibatkan pelbagai

pihak secara komprehensif. Kementerian juga kini sedang dalam proses

menggubal Rang Undang-Undang Penyalahgunaan Dadah dan Substan

(Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan) bagi menambah baik skop

pendidikan pencegahan dan meningkatkan akses kepada perawatan dan

pemulihan penagihan dadah dalam institusi atau komuniti.

NO SOALAN: 44

Kementerian melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) juga sedang

melaksanakan pendekatan bersasar bagi menangani masalah

penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial menerusi Program

Penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi Penagihan Dadah (KBT). Sasaran

program ini adalah untuk menurunkan bilangan penagih baharu dan penagih

berulang, meningkatkan peratusan klien komplian kepada proses rawatan

dan klien kekal pulih dan juga bagi meningkatkan tahap kesediaan

masyarakat dalam proses integrasi klien kelak ke dalam komuniti.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI AHMAD BIN YAHAYA

Dato' Haji Ahmad Bin Yahaya minta MENTERI PERTANIAN DAN

INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejauh mana sesi libat urus

diadakan oleh pihak Kementerian sebelum melaksanakan program

Smart Sawah Berskala Besar (SBB) yang mendapat tentangan daripada

sesetengah golongan pesawah.

NO SOALAN: 45

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa

peka dan prihatin dengan maklum balas yang diberikan oleh semua

pihak berkepentingan terutamanya golongan pesawah dan telah

mengadakan beberapa sesi libat urus melalui pihak Kawasan

Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) bersama-sama wakil

pesawah dan pengusaha tanaman padi dari semasa ke semasa.

Malahan, sesi taklimat juga diadakan oleh Syarikat-syarikat Peneraju

yang telah memulakan Program SMART Sawah Berskala Besar

(Program SMART SBB) secara rintis bermula pada tahun 2020.

Melalui sesi libat urus pada 8 Mac 2021 yang melibatkan wakil-

wakil pelbagai pihak berkepentingan termasuk Lembaga Pertubuhan

Peladang (LPP) pula, ianya telah diputuskan bahawa pelaksanaan

program SMART SBB memerlukan semua pihak untuk memainkan

peranan masing-masing dalam penyaluran maklumat yang tepat agar

kekeliruan di peringkat akar umbi boleh diminimumkan dengan

mengambil kira pelaksanaan program masih di peringkat rintis.

NO SOALAN: 45

Program SMART SBB ini bermatlamatkan untuk meningkatkan

produktiviti dan pengeluaran padi dan beras negara menerusi

penglibatan syarikat peneraju sekaligus akan membantu meningkatkan

pendapatan pesawah sendiri.

Sejajar dengan kejayaan program rintis di IADA Barat Laut

Selangor dan IADA Seberang Perak yang meningkatkan pendapatan

para pesawah setinggi 180%, maka program SMART SBB menerima

pelbagai respon positif daripada golongan pesawah yang menunjukkan

minat untuk turut serta. Sehubungan itu, isu tentangan daripada

segelintir wakil pesawah mungkin disebabkan oleh kekeliruan berkaitan

objektif sebenar program SMART SBB yang dianggap akan merugikan

para pesawah dan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, MAFI juga telah

menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan lapan

belas (18) buah Syarikat Peneraju pada 24 Februari 2021 dan 9

November 2021. Pada Oktober 2021, MAFI juga telah mendapat

permohonan daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

yang berminat untuk menjadikan Projek Penanaman Padi Skala Besar

(PPSB) sedia ada sebagai sebahagian daripada Program SMART SBB.

MAFI juga telah menubuhkan empat (4) jawatankuasa bagi

memantau pelaksanaan program SMART SBB ini iaitu Jawatankuasa

Teknikal, Jawatankuasa Pelaksana, Jawatankuasa Kerja dan

Jawatankuasa Pemandu. Ini akan memastikan penyaluran maklumat

yang tepat berkaitan pelaksanaan program ini akan dapat diselaras

dengan sistematik.

NO SOALAN: 45

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Program

SMART SBB tidak akan menjejaskan hak-hak petani sebagaimana

kebimbangan yang sering diwujudkan oleh beberapa pihak

mengenainya. Pelaksanaan Program SMART SBB melibatkan

persetujuan bersama antara pesawah/pengusaha dengan syarikat

peneraju berteraskan kepada pendekatan sewaan dan pertanian kontrak

yang mana hak pesawah masih kekal dan tidak terjejas.

Penglibatan syarikat swasta dan korporat dalam program SMART

SBB adalah bagi memastikan pelaksanaannya lebih berkesan

memandangkan syarikat peneraju juga adalah merupakan pemain

industri sedia ada yang akan membantu memendekkan rantaian nilai

pengeluaran dan pulangannya akan dapat dinikmati kembali oleh para

pesawah.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2021

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA

Dato' Haji Ahmad Bin Yahaya minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan rancangan pembinaan Rumah

Mesra Rakyat (RMR) untuk golongan B40 di bawah SPNB khusus di negeri

Kedah.

NO SOALAN: 46

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Program Rumah

Mesra Rakyat (RMR) adalah program untuk memenuhi keperluan

rakyat berpendapatan rendah (B40) untuk membina rumah di atas

tanah sendiri berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan terbuka

kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.

2. Program RMR ini berkonsepkan rumah sesebuah dengan komposisi 3

bilik tidur dan 2 bilik air yang berharga di antara RM75,000 hingga

RM106,500 di mana RM20,000 disubsidi oleh Kerajaan dan

kemudahan pinjaman ditawarkan untuk menampung baki kos

tersebut. Oleh yang demikian, pembeli hanya perlu membiayai

RM55,000 hingga RM86,500 untuk memiliki kediaman RMR.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini terdapat sebanyak

5,475 unit RMR yang telah siap dibina di negeri Kedah. Bagi tahun

2021, sebanyak 492 unit RMR yang telah dan sedang disediakan di

negeri Kedah iaitu 93 unit telah disiapkan, 381 unit dalam fasa

pembinaan dan 18 unit lagi dalam peringkat perancangan.

4. Bagi tahun 2022 pula, sebanyak RM9.6 juta telah diperuntukkan untuk

membina 118 unit RMR di negeri Kedah.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 47

PEMBERITAHU PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Perdana Menteri

menyatakan adakah Kerajaan menyediakan insentif bantuan bulanan

secara tetap khusus buat anak-anak yang kehilangan ibubapa mereka

disebabkan COVID-19.

NO SOALAN: 47

JAWAPAN

YB DATUK DR. ABD LATIFF BIN AHMAD

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormart,

1. Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan

kepada rakyat, Kerajaan Malaysia memberi bantuan kebajikan

dengan mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima

bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Oleh itu,

tindakan jangka pendek bagi kanak-kanak yang telah kehilangan

kedua-dua ibu dan bapa mereka akibat COVID-19 adalah dengan

memberi bantuan kewangan kepada kanak-kanak yang terlibat. +

2. Manakala untuk tempoh jangka panjang, bantuan kewangan untuk

membolehkan mereka mendapatkan pendidikan ke peringkat yang

lebih tinggi akan dipertimbangkan untuk keadaan-keadaan yang

tertentu. Selain itu, bantuan-bantuan lain kepada anak-anak ini turut

disediakan oleh Jabatan/Agensi yang berkenaan seperti Jabatan

Kebajikan Masyarakat yang mana ia juga melibatkan bantuan

kewangan dan bukan kewangan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk membendung kes kesihatan

mental yang kian membarah dalam kalangan masyarakat kini.

NO SOALAN: 48

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Behrormat,

1. KKM amat sedar tentang kewujudan permasalahan kesihatan mental

ekoran pandemik COVID-19 (hidden mental health pandemic).

Tindakan-tindakan proaktif telah diambil bagi memperkukuhkan

penyampaian perkhidmatan kesihatan mental sedia ada kepada

masyarakat di peringkat daerah, hospital, klinik kesihatan dan

komuniti. Tindakan ini dilaksanakan melalui strategi yang telah

digariskan di dalam Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan

(2020- 2025). Antaranya adalah:

(i) memperkasakan program sokongan kesihatan mental dan

psikososial (MHPSS) melalui perkhidmatan yang diberikan oleh

pasukan MHPSS di setiap daerah kepada komuniti dan petugas

barisan hadapan;

(ii) mewujudkan Talian Bantuan Sokongan Psikososial. Talian ini

diwujudkan dengan kerjasama MERCY Malaysia bagi

memberikan sokongan emosi kepada mereka yang memerlukan

sejak bermulanya pandemik. Selain daripada talian ini, KKM

turut bekerjasama dengan agensi lain termasuk kerjasama

bersama KPWKM melalui Talian KASIH serta Talian KSK- Care

oleh JAKIM. Sehingga 19 Disember 2021, sejumlah 255,964

panggilan diterima dengan 74.5% pemanggil memerlukan

sokongan emosi dan kaunseling.

NO SOALAN: 48

(iii) pelaksanaan kempen Let’s TALK Minda Sihat merentas agensi

bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kesihatan

mental supaya tampil mendapatkan bantuan sekiranya

memerlukan;

(iv) KKM telah memperluaskan perkhidmatan kaunseling di

peringkat kesihatan primer dengan meningkatkan bilangan

Pegawai Psikologi sebanyak 200 kaunselor secara kontrak

(CFS) di daerah dan klinik kesihatan. Kaunselor kontrak ini telah

ditempatkan di 138 Pejabat Kesihatan Daerah bagi memberikan

perkhidmatan secara berjadual di 831 klinik kesihatan di seluruh

negara; dan

(v) pelaksanaan latihan kemahiran Bantuan Awal Psikologi

(Psychological First Aid - PFA) kepada pemberi khidmat

kesihatan dan sukarelawan

NO SOALAN: 48

Tuan Yang di-Pertua,

2. Tanggungjawab menangani isu kesihatan mental dalam kalangan

masyarakat perlulah dipikul secara bersama oleh semua pihak

berkepentingan. Ini adalah kerana masalah kesihatan mental juga

berpunca daripada masalah sosial yang berada di luar lingkup

Kementerian Kesihatan. Justeru, hala tuju seterusnya oleh

Kementerian Kesihatan adalah untuk memastikan sesi libat urus dan

kerjasama terus dipertingkatkan bersama agensi-agensi

berkepentingan (stakeholders) seperti KPM, KPWKM, JAKIM, KBS,

PDRM, KKMM, KPKT, KPLB serta pihak NGO agar usaha ke arah

mencapai kesejahteraan kesihatan mental masyarakat dapat

dilaksanakan secara bersepadu.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI KANAN

PENDIDIKAN menyatakan berapa peratus guru duka lara yang berjaya

ditukarkan bersama keluarga mereka dan apa inisiatif kementerian bagi

mereka yang belum berjaya lagi.

NO SOALAN: 49

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi

keutamaan kepada permohonan pertukaran yang melibatkan permohonan

daripada kategori pasangan terpisah. Bagi setiap sesi pertukaran, kategori

pasangan terpisah adalah merupakan peratus kelulusan tertinggi

berbanding lain-lain kategori.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, jumlah permohonan

pertukaran guru duka lara yang telah diluluskan dari 2016 sehingga kini

adalah sebanyak 18,935. Jumlah ini merupakan 45% daripada jumlah

keseluruhan permohonan yang telah diluluskan dalam tempoh tersebut.

KPM turut membuat penambahbaikan kepada proses pertukaran guru

dengan menyediakan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 7/2021 Pelaksanaan

Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah dan

Kolej Vokasional bersama-sama dengan Garis Panduan Permohonan

Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah dan Kolej

Vokasional berkaitan permohonan pertukaran guru yang akan berkuat kuasa

mulai Januari 2022. Garis panduan tersebut menjelaskan Dasar Pertukaran

Guru yang akan digunakan sebagai rujukan kepada pelaksanaan

permohonan pertukaran guru yang dibuka sepanjang tahun mulai tahun

2022.

NO SOALAN: 49

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, prinsip asas

pertukaran guru adalah berdasarkan kepada kekosongan jawatan dan

keperluan opsyen di sesebuah negeri atau daerah yang dimohon. KPM juga

memaklumkan kepentingan dan keperluan perkhidmatan turut diambil kira

dalam menguruskan pertukaran guru, terutamanya bagi guru yang mengajar

mata pelajaran khusus atau memerlukan kelayakan khas.

KPM yakin dengan penambahbaikan kaedah dan sistem pertukaran

guru sedia ada ini, proses pertukaran guru dapat dilaksanakan dengan lebih

cekap dan berkesan. KPM juga sentiasa komited untuk memastikan

kebajikan guru diberi keutamaan tanpa menjejaskan kepentingan

perkhidmatan pendidikan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan sejauh manakah Kementerian bertindak mengatasi

isu laluan tikus kemasukan ke Malaysia terutama di sempadan Thailand,

sempadan Sarawak dan sempadan Sabah yang menyebabkan kemasukan

PATI ke negara kita dan apakah tindakan Kerajaan.

NO SOALAN: 50

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Bagi menjamin kawalan keselamatan sempadan negara terus terpelihara,

Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM sentiasa mempertingkatkan

kawalan keselamatan bagi mengatasi kemasukan PATI di laluan tikus

melalui langkah-langkah seperti berikut:

i. Mempertingkatkan jumlah kekuatan penugasan di kawasan operasi

bagi meningkatkan keupayaan menangani isu kemasukan PATI ini

secara serius terutama sekali terhadap kawalan keselamatan di pintu-

pintu sempadan;

ii. Meneruskan Operasi–Operasi semasa PGA yang melibatkan

Rondaan Kawasan Tangungjawab (KTJ), Rondaan Jarak Jauh (RJJ),

kawalan statik di laluan-laluan yang tidak diwartakan, serta

memperluaskan sektor KTJ dengan mempertingkatkan kekerapan

rondaan di perbatasan negara termasuk kawasan-kawasan tumpuan

PATI yang telah dikenalpasti;

iii. Mengadakan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain

menerusi OP Benteng dibawah National Task Force (NTF) bagi

mengekang kemasukan PATI disamping mengawal penularan wabak

COVID-19;

NO SOALAN: 50

iv. Menambah lapan (8) pos kawalan baharu bagi mempertingkatkan lagi

kawalan keselamatan di sempadan negara antara Sarawak, Sabah

dan Kalimantan, Indonesia;

v. Mempertingkatkan pemeriksaan terhadap bot-bot tempatan dan asing

yang dicurigai untuk memastikan bot-bot berkenaan tidak disalahguna

untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan

membawa PATI;

vi. Mengaturkan pengoperasian asset maritim di lokasi-lokasi strategik

terutama berdekatan dengan sempadan negara jiran yang kerap

berlaku kes kemasukan pendaratan PATI seperti di Tawau, Lahad

Datu, Semporna, Sandakan, Kudat, perairan Perlis dan Kedah; dan

vii. Mengadakan pertemuan dengan para nelayan dan penduduk pesisir

pantai untuk mempertingkatkan kerjasama, persefahaman dan

menjadikan mereka sebagai mata dan telinga pihak berkuasa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah terdapat perancangan

pihak Kementerian untuk mewujudkan pengasingan kawasan atau tempat

larangan dan kebenaran menjual minuman keras seperti mana di Singapura

khusus buat kaum bukan Islam.

NO SOALAN: 51

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) hanya mengeluarkan lesen premis perniagaan di bawah

Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

Ini termasuk premis-premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran

dan pasar raya.

2. Sekiranya premis-premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran dan

pasar raya berkenaan ingin menjual minuman keras, permohonan

hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pelesenan Eksais di

kawasan tersebut. Pengeluaran lesen minuman keras adalah

diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Eksais di setiap kawasan

sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 35, Akta Eksais 1976

[Akta 176]. Dalam hal ini, kelulusan hanya akan dikeluarkan selepas

permohonan lesen minuman keras mendapat persetujuan lembaga

tersebut serta agensi yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia

(PDRM), Pejabat Kesihatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

dan PBT.

NO SOALAN: 51

3. Bagi mewujudkan zon kawasan menjual minuman keras seperti di

Singapura, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

berpandangan perkara ini boleh diselaraskan oleh Lembaga

Pelesenan Eksais di satu-satu kawasan atau diselaraskan oleh

kerajaan negeri mengikut keperluan dan kesesuaian setempat iaitu

hanya premis yang mempunyai lesen minuman keras dibenarkan

untuk menjual minuman keras.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. WAN MARTINA BINTI WAN

YUSOFF

Dr. Wan Martina Binti Wan Yusoff minta PERDANA MENTERI

menyatakan langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan keselamatan

laman web Kerajaan yang didapati sekurang-kurangnya 175 daripada

hampir 700 laman web Kerajaan yang diteliti Malaysia dianggap tidak

selamat.

NO SOALAN: 52

JAWAPAN

DI JAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Isu keselamatan siber merupakan isu keselamatan negara.

Selain itu, keselamatan siber juga merupakan aspek yang

penting bagi mewujudkan keyakinan (trust) kepada persekitaran

ekonomi yang berlandaskan Internet dan digital.

2. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam

memastikan perlindungan daripada memastikan perlindungan

negara daripada serangan siber dari dalam dan luar serta

terutamanya melindungi keselamatan infrastruktur digital negara

kita melalui Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara (National

Cyber Crisis Management Plan – NCCMP) yang telah

dibangunkan pada tahun 2008 lagi.

3. Pelan ini dibangunkan berdasarkan kepada rangka kerja

pengurusan risiko menggariskan strategi bagi mengurangkan

kesan serangan siber dan tindakbalas yang perlu dilaksanakan

oleh agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (Critical

National Information Infrastructure – CNII), yang terdiri daripada

agensi awam dan swasta.

NO SOALAN: 52

4. Kerajaan juga telah mewujudkan Pusat Penyelarasan dan

Kawalan Siber Negara (National Cyber Coordination and

Command Centre - NC4), yang telah beroperasi pada tahun

2016 bagi memantau dan menangani sebarang insiden dan

ancaman siber dari dalam dan luar melibatkan agensi/organisasi

CNII yang merangkumi sektor awam dan swasta.

5. Bagi memperkukuhkan lagi tahap keselamatan siber negara

untuk mewujudkan persekitaran siber yang berdaya tahan dan

lestari, Kerajaan melalui Agensi Keselamatan Siber Negara

(National Cyber Security Agency (NACSA)) di bawah Majlis

Keselamatan Negara (MKN) telah melancarkan Strategi

Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy)

(MCSS)) 2020-2024, pada 12 Oktober 2020 yang

menggariskan tindakan strategik bagi menangani ancaman

tersebut melalui pendekatan bersepadu meliputi pelbagai aspek

keselamatan siber secara holistik dan terselaras. Strategi ini

menekankan lima (5) tonggak utama iaitu:

a. aspek tadbir urus;

b. pengurusan dan penyelarasan yang berkesan;

c. peranan agensi yang jelas;

d. peningkatan keupayaan melalui penggunaan teknologi

terkini; dan

e. peningkatan kemahiran, pengetahuan dan pendidikan.

NO SOALAN: 52

6. Dalam mempertingkatkan perlindungan daripada serangan siber

dari dalam dan luar negara, pelaksanaan MCSS akan turut

menumpukan kepada peningkatan keupayaan NC4 yang akan

turut memperluaskan visibility pemantauan dengan

merangkaikan kepada semua pusat pemantauan di dalam

negara termasuk pusat pemantauan yang dikendalikan oleh

syarikat swasta, mewujudkan Sectoral Cyber Command Centre

(melalui sistem NC4) dan sistem pemantauan rapi terhadap

sistem kritikal negara. Sistem NC4 juga akan dilengkapi dengan

sistem pengurusan insiden yang lebih berkesan bagi meningkat

pengurusan insiden siber melibatkan Pasukan Tindakbalas

Kecemasan Komputer (Computer Emergency Response Team

(CERT)) di peringkat ketua sektor dan agensi CNII.

7. Melalui inisiatif komprehensif yang digariskan ini, Kerajaan dapat

mengetahui situasi keselamatan siber semasa dan tahap

kesiapsiagaan negara dalam memastikan ia dilindungi daripada

risiko ancaman siber daripada dalam dan luar negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. WAN MARTINA WAN YUSOFF

Dr. Wan Martina Wan Yusoff Minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

menyatakan langkah Kerajaan untuk memastikan kelayakan dan

kebolehpasaran graduan-graduan yang mengikuti pengajian secara atas

talian semasa pandemik COVID-19 kerana mereka kurang pendedahan

kepada alam pekerjaan disebabkan tiada latihan industri secara fizikal

NO SOALAN: 53

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Di dalam penawaran program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi

(IPT), Latihan Industri adalah satu fasa yang bertujuan untuk memberi

pendedahan kepada pelajar berkenaan tugasan mereka di samping

persekitaran kerja sebelum mereka bergraduat. Namun demikian,

sepanjang tempoh pandemik COVID-19, terdapat kekangan untuk pelajar

ditempatkan di industri secara konvensional. Walau bagaimanapun,

pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan

secara dalam talian dengan sokongan pelbagai teknologi terkini, masih

mampu memberi pendedahan yang bersesuaian dan seterusnya,

memastikan pembelajaran dapat berlaku dengan kadar optimum.

Selain itu, peka dengan kesukaran pelajar untuk menjalani Latihan

Industri sepenuhnya, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah

mengeluarkan panduan melalui Advisory Note berkaitan pengendalian

program semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Panduan ini

menerangkan berkenaan kaedah alternatif Latihan Industri bagi pelajar

yang terjejas akibat kesukaran untuk mendapatkan tempat di industri.

Secara umum, pelaksanaan Latihan Industri boleh digantikan dengan

kaedah alternatif lain yang bersesuaian dengan bidang program dan

dapat memenuhi hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Antara

kaedah alternatif yang boleh dipertimbangkan adalah seperti industry-

based project, problem-based project, topical study atau research

NO SOALAN: 53

project. Sehubungan itu, Pusat Pengajian Tinggi (PPT) boleh

mempertimbangkan sama ada untuk melaksanakan penggantian Latihan

Industri dengan kaedah alternatif secara sepenuhnya atau sebagai

pelengkap kepada Latihan Industri yang terpaksa dihentikan.

Bagi PPT yang mempunyai program yang dijalankan dalam dua mod

berbeza iaitu kerja kursus dan industri, seperti 2u2i atau Pembelajaran

Berasaskan Kerja (Work Based Learning, WBL), mereka boleh

mempertimbang untuk menukar pelajar program mod industri kepada

mod kerja kursus. Justeru, penggantian Latihan Industri kepada kaedah

alternatif yang bersesuaian merupakan fleksibiliti yang diberikan kepada

PPT dalam mengatasi isu penempatan latihan industri dalam tempoh PKP

ini.

PPT perlu memanfaatkan fleksibiliti yang diberi dengan sebaiknya agar

hasil pembelajaran pelajar tercapai dan mereka mendapat pendedahan

kepada elemen industri yang diperlukan sebagai persediaan di alam

pekerjaan kelak. Fleksibiliti ini juga tertakluk kepada kesesuaian bidang

pengajian dan pertimbangan badan-badan profesional yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. WAN MARTINA BINTI WAN

YUSOFF

Dr. Wan Martina Binti Wan Yusoff minta Perdana Menteri menyatakan

apakah usaha kerajaan untuk memperkasakan fungsi masjid dalam

memberi pendidikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

NO SOALAN: 54

JAWAPAN

YB SENATOR TUAN HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(HAL EHWAL AGAMA)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa komited

dan sentiasa berusaha untuk memperkasakan fungsi masjid dalam

memberi pendidikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat

melalui kelas-kelas pengajian takmir yang diadakan di setiap masjid

dan surau di seluruh negara. Jumlah kuota bagi Guru Takmir di

seluruh negara adalah seramai 4,000 orang.

2. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai Pusat Transit sementara

yang berteraskan konsep perlindungan segera kepada komuniti dan

masyarakat setempat dalam kalangan anak kariah masjid

khususnya wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

3. Masjid juga turut memainkan peranan dalam membantu

masyarakat mendepani wabak Covid-19, dimana masjid turut

membantu dengan menyediakan bekalan makanan melalui

program Food Bank, Gerobok Rezeki dan menyediakan bantuan

bencana melalui bantuan kewangan yang diberikan kepada anak

kariah yang terkesan akibat pandemik .

NO SOALAN: 54

4. Untuk memperkasakan lagi fungsi masjid dalam memberikan

pendidikan tanggungjawab sosial, masjid juga turut berperanan

dalam memperluaskan fungsi bidang tugas Penolong Pendaftar

Perkahwinan di setiap kariah bagi memudahkan urusan

perkahwinan dan khidmat nasihat kekeluargaan kepada

masyarakat setempat.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. WAN MARTINA BINTI WAN

YUSOFF

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI ALAM SEKITAR

DAN AIR menyatakan langkah perancangan Kerajaan untuk

meningkatkan kapasiti sumber air untuk dibekalkan ke loji-loji rawatan air

seluruh Kelantan.

NO SOALAN: 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini majoriti

sumber air ke loji-loji air di Negeri Kelantan adalah dari punca air bawah

tanah. Namun pada musim kemarau, kuantiti air dari sumber ini menurun

menyebabkan loji-loji air tidak dapat beroperasi pada tahap optimum. Ini

menyebabkan berlakunya ketidakcukupan bekalan air yang dihadapi

terutamanya di kawasan Kelantan Utara.

2. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah tersebut, Kerajaan telah

memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan Kajian

Pembangunan Sumber Air Negeri Kelantan. Kajian ini bertujuan

menyediakan pelan jangka panjang sumber air Kelantan sehingga tahun

2050. Ianya antara lain akan menilai kemampanan sumber air di Negeri

Kelantan dan seterusnya menyediakan pelan pembangunan sumber air

melibatkan potensi cadangan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai

(TAPS) di beberapa kawasan yang sesuai bagi tujuan membekalkan

sumber air yang mencukupi ke seluruh jajahan di utara Kelantan

terutamanya Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Pasir

Mas dan Tanah Merah.

3. Penilaian tender untuk kajian ini telah dimuktamadkan dan ianya

dijangka akan bermula pada awal Januari depan dengan tempoh kajian

selama 18 bulan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. WAN MARTINA BINTI WAN

YUSOFF

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI ALAM SEKITAR

DAN AIR menyatakan impak Kerajaan menandatangani Deklarasi

Pemimpin mengenai hutan dan guna tanah di Glasgow baru-baru ini ke

atas kelestarian pengurusan hutan di Malaysia.

NO SOALAN: 56

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Deklarasi Pemimpin

mengenai Hutan dan Guna Tanah (Glasgow Leaders’ Declaration on

Forests and Land Use) merupakan inisiatif kerajaan United Kingdom

selaku Presiden Persidangan UNFCCC COP-26 untuk pengurusan

hutan, guna tanah dan biodiversiti yang mampan.

2. Deklarasi ini disertai oleh Malaysia dan 140 negara lain dari seluruh

dunia dan bertujuan memperkukuhkan komitmen negara-negara seluruh

dunia terhadap penggunaan tanah, pemuliharaan dan pengurusan hutan

serta ekosistem yang lain secara mampan.

3. Penyertaan Malaysia dalam deklarasi ini adalah selaras dengan

komitmen negara untuk terus mengekalkan sekurang-kurangnya 50%

litupan hutan negara seperti yang diumumkan di Persidangan Bumi Rio

pada tahun 1992.

4. Dalam masa yang sama, penyertaan negara di dalam deklarasi ini

juga penting kerana pelaksanaan program dan inisiatif mampan berkaitan

guna tanah dan perhutanan akan menyumbang secara langsung kepada

sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) negara kepada

Perjanjian Paris melalui Nationally Determined Contributions (NDC) dan

aspirasi pelepasan GHG sifar bersih negara seawal-awalnya pada tahun

2050.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan perancangan Kementerian dalam memastikan kewujudan

kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) dalam pelbagai sektor

ekonomi tidak akan menggugat peluang pekerjaan rakyat pada masa

akan datang.

NO SOALAN: 57

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Industri 4.0 dijangka akan memberi kesan yang sangat signifikan

kepada pasaran buruh dan pekerjaan seperti pewujudan dan

penghapusan pekerjaan, peningkatan produktiviti buruh dan jurang

kemahiran yang semakin meluas. Peralihan ke arah digitalisasi dan

teknologi 4IR memerlukan tenaga kerja yang mempunyai set kemahiran

yang bersesuaian dengan peralatan yang dipasang. Oleh itu, modal insan

negara perlu mempunyai kemahiran yang relevan dan sentiasa

memenuhi keperluan pasaran dan ekonomi negara yang dinamik.

Untuk mencapai tujuan tersebut, Dasar Industry4WRD telah

diperkenalkan pada tahun 2018 yang diterajui oleh Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kementerian Sumber Manusia

dan Kementerian Pengajian Tinggi telah diberikan peranan sebagai

Pengerusi Bersama bagi menerajui Jawatankuasa Kerja Pembangunan

Kemahiran dan Bakat di bawah Industry4WRD.

NO SOALAN: 57

Pelbagai usaha dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Man dalam

meningkat dan memperkukuhkan kompetensi sumber manusia bagi

mengecilkan jurang kemahiran pekerjaan dalam menghadapi Revolusi

Perindustrian 4.0 melalui Jabatan dan Agensi di bawahnya seperti:

(i) menyediakan program latihan peningkatan kemahiran dan

latihan semula kemahiran kepada golongan pekerja bagi

mempertingkatkan kemajuan kendiri dalam menyesuaikan diri

dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan serta

persekitaran global yang semakin kompetitif dan dinamik;

(ii) membangunkan Standard Kemahiran Pekerjan Kebangsaan

(National Occupational Skills Standard-NOSS) bagi 21 sektor

ekonomi yang mana telah menjadi rujukan dalam

pembangunan program latihan di institusi-institusi latihan

awam dan swasta mengikut tahap kemahiran yang

diperlukan. Standard Kemahiran Pekerjan Kebangsaan yang

dibangunkan dan dipantau secara bersama dengan Industry

Lead Body (ILB) adalah mengikut keperluan industri dan

teknologi terkini;

(iii) mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri bersama

jabatan/agensi terlibat bagi memberi gambaran jelas

berkaitan Industri 4.0. Maklumat hasil perkongsian daripada

sesi ini akan digunakan untuk mengkaji dan meneliti

keperluan tenaga kerja bagi menghadapi Industri 4.0 dan

seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan baharu; dan

NO SOALAN: 57

(iv) memperluas akses kepada warganegara untuk mendapatkan

Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sehingga kini, 562 buah Institusi Latihan Kemahiran Awam

yang telah ditubuhkan di seluruh negara dengan pelbagai

kursus kemahiran ditawarkan mengikut keperluan industri.

Kerajaan telah dan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu

dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran untuk memenuhi

keperluan Industri 4.0 pada masa kini.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jika Kementerian mempunyai

perancangan untuk memperbanyakkan bilangan loji insinerator bagi

menggantikan tempat-tempat pembuangan sampah terbuka di seluruh

negara.

NO SOALAN: 58

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk membina loji

rawatan sisa pepejal waste to energy (WtE) di negeri-negeri yang

menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam 2007 (Akta 672) iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan,

Kedah, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perkara

ini adalah bagi mengatasi isu kekurangan tapak yang bersesuaian

untuk pembinaan tapak pelupusan sanitari serta menampung

penjanaan sisa yang semakin meningkat sepanjang tahun.

2. Pelaksanaan projek WtE ini tidak terhad kepada teknologi

insinerator sahaja tetapi boleh menggunakan teknologi-teknologi

lain seperti Anaerobic Digestor (AD), pirolisis, gasifikasi dan

sebagainya. Pada masa ini, pembinaan loji WtE yang sedang

dilaksanakan oleh KPKT adalah seperti berikut:

i. Projek WtE Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan yang

dijangka akan mula beroperasi pada bulan Mei 2022;

ii. Projek WtE Kuala Lumpur yang masih dalam peringkat

memuktamadkan rundingan terma-terma utama perjanjian;

iii. Projek WtE Bukit Payong, Batu Pahat, Johor yang sedang

dalam peringkat penilaian tender; dan

iv. Projek WtE Sungai Udang, Melaka yang juga sedang dalam

peringkat penilaian tender.

NO SOALAN: 58

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pembinaan loji-loji WtE

ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan tapak

pelupusan di bandar-bandar utama yang menjana sisa pepejal

melebihi 500 tan sehari. Selain itu, loji ini mampu mengurangkan

janaan gas rumah hijau yang seterusnya dapat membantu negara

mencapai sasaran pengurangan gas rumah hijau sebanyak 45%

menjelang tahun 2030.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato' Haji Husan Bin Awang minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mekanisme bagi membuka peluang

lebih luas kepada pembeli rumah kali pertama untuk membeli unit

perumahan yang masih tidak terjual pada waktu ini.

NO SOALAN: 59

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang

Berhormat berhubung usaha membuka peluang kepada pembeli

rumah pertama untuk membeli unit perumahan yang masih tidak

terjual pada masa ini.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah melancarkan

Home Ownership Campaign (HOC) sejak 1 Januari 2019 yang

bertujuan menyokong pembeli rumah dan pada masa yang sama

mendorong penjualan hartanah yang tidak terjual. HOC ini

menyediakan beberapa insentif seperti berikut:

i) pengecualian duti setem penuh sehingga RM1 juta. Di bawah

skim ini, pemohon yang berjaya akan menikmati pengecualian

duti setem 100% pada instrumen pindah milik untuk sebarang

pembelian rumah kediaman yang bernilai sehingga RM1 juta;

NO SOALAN: 59

ii) pengecualian duti setem separa sehingga RM2.5 juta. Untuk

hartanah bernilai lebih dari RM1 juta hingga RM2.5 juta, hanya

3% duti setem perlu dibayar untuk instrumen pindah milik bagi

jumlah yang melebihi RM1 juta. Semua hartanah dalam skim ini

boleh mendapatkan pengecualian duti setem atas Instrumen

Berkaitan Mendapatkan Pinjaman; dan

iii) pengurangan minimum sebanyak 10% untuk harga pembelian

hartanah yang disenaraikan di bawah skim ini.

3. Selain itu, Kerajaan menerusi Belanjawan 2022 telah memperuntukkan

jaminan berjumlah RM2 bilion untuk Syarikat Jaminan Kredit

Perumahan (SJKP) yang bertujuan memudahkan rakyat yang

berpendapatan rendah dan tidak mempunyai dokumen pendapatan

yang tetap untuk membeli rumah. Inisiatif ini dapat membuka ruang

kepada golongan rentan seperti pekerja gig, usahawan kecil dan

golongan petani untuk memiliki rumah. Insentif ini dapat memberikan

manfaat kepada bakal pembeli rumah dan pada masa yang sama

meningkatkan prestasi pasaran hartanah tempatan. SJKP

menyediakan perkhidmatan menjamin kemudahan pembiayaan yang

disediakan oleh institusi kewangan terpilih. Status jaminan yang

diluluskan sehingga 30 November 2021 adalah 8,307 permohonan

dengan nilai pembiayaan berjumlah RM918.79 juta.

NO SOALAN: 59

4. Bagi isi rumah yang menghadapi kesukaran mengakses kredit melalui

saluran sistem perbankan komersial, beberapa inisiatif pembiayaan

perumahan secara langsung dan tidak langsung telah disediakan oleh

Kerajaan seperti Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas

Berhad. Cagamas SRP akan menjamin 10% daripada pembiayaan

berkenaan. SRP membantu golongan berpendapatan isi rumah

bulanan tidak melebihi RM5,000 atau tidak melebihi RM10,000 bagi

peminjam bersama (dengan syarat pendapatan setiap individu tidak

melebihi RM5,000) membeli rumah pertama bernilai sehingga

RM500,000 dengan pembiayaan sehingga 110%, tanpa perlu

membayar wang pendahuluan. Sehingga 30 September 2021,

sebanyak 58,226 permohonan yang bernilai RM12.7 bilion telah

diluluskan.

5. Selaras dengan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan aksesibiliti

perumahan oleh rakyat, Kementerian juga telah mewujudkan Panel

Pemikir (Panel of Expert, POE) bagi membantu merangka strategi

pendekatan aksesibiliti perumahan ideal yang konklusif, praktikal dan

mampan. POE juga akan menfokus kepada isu pembiayaan

perumahan terutamanya bagi golongan muda.

6. Ini adalah antara usaha-usaha Kerajaan bagi membuka peluang yang

lebih luas kepada pembeli rumah kali pertama untuk membeli unit

perumahan yang masih tidak terjual pada waktu ini.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER

ASLI menyatakan usaha Kementerian dalam meningkat dan

mempromosikan penggunaan tenaga solar di kediaman pengguna bagi

mengurangkan beban mereka dalam membayar bil elektrik.

NO SOALAN: 60

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menggalakkan

penggunaan tenaga solar di kalangan pengguna elektrik kategori

domestik, Kerajaan telah memperkenalkan Program Pemeteran Tenaga

Bersih atau Net Energy Metering (NEM) khusus kepada pengguna

domestik atau dikenali sebagai NEM Rakyat. Program NEM Rakyat akan

membolehkan pengguna domestik memasang sistem solar fotovolta

(solar PV) di bumbung rumah kediaman dan menjana tenaga solar untuk

kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang tidak digunakan boleh dijual

kepada pihak utiliti sebagai kredit tenaga untuk tempoh 12 bulan pada

kadar tarif yang sama dengan kadar tarif elektrik yang dibeli daripada

pihak utiliti.

2. Melalui pelaksanaan Program NEM, Kerajaan menyediakan pilihan

kepada pengguna elektrik untuk beralih kepada tenaga solar sebagai

sumber pembekalan elektrik dan menikmati penjimatan bil elektrik

bulanan. Program NEM juga membolehkan pengguna bertukar kepada

gaya hidup yang lebih lestari serta menyokong pencapaian sasaran 31%

kapasiti Tenaga Boleh Baharu dalam pembekalan elektrik negara

menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035, sebagaimana

yang telah ditetapkan Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER

ASLI menyatakan rancangan dalam masa terdekat untuk melaksanakan

kempen penanaman semula hutan secara besar-besaran di seluruh

negara bagi menggantikan kawasan hutan yang ditebang.

NO SOALAN: 61

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pengusahasilan hutan yang dilaksanakan di Malaysia adalah

berteraskan kepada prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan

(PHSB) berpandukan kepada Dasar Perhutanan Malaysia. Perkara ini

adalah selaras dengan komitmen negara terhadap ketetapan di bawah

Forum Hutan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Forum

on Forests - UNFF).

2. Berdasarkan amalan PHSB di bawah Sistem Pengurusan Memilih

(Selective Management System - SMS) untuk Semenanjung dan Sistem

Tebangan Memilih (Selective Felling System - SFS) untuk Sabah dan

Sarawak, aktiviti bancian selepas tebangan (Post-F) akan dilaksanakan

bagi menentukan keperluan rawatan silvikultur selepas pembalakan. Bagi

kawasan pembalakan yang memerlukan rawatan, salah satu kaedah

rawatan yang dilaksanakan adalah tanaman mengaya (enrichment

planting). Rawatan tanaman mengaya di kawasan pengusahasilan hutan

akan membantu pemulihan sesuatu kawasan hutan miskin untuk

mencapai tahap yang dikehendaki terutamanya dari segi komposisi

spesies yang diterima di pasaran antarabangsa dan bermutu tinggi.

NO SOALAN: 61

3. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan

Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Insitut Penyelidikan

Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan

Sarawak dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung telah

menjalankan beberapa program penanaman pokok secara berterusan di

seluruh negara seperti berikut:

(a) Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan

Hutan Terosot

Bagi tujuan pemulihan kawasan hutan terosot ini, Kerajaan

Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta dalam

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-11) di Semenanjung, RM58.31

juta di Sabah dan RM34 juta di Sarawak bagi memastikan

pemuliharaan kawasan dalam HSK dan luar HSK. Sehingga

November 2021, seluas 824.80 hektar telah ditanam dengan

472,856 pokok spesies hutan di Semenanjung, 855.81 hektar

dengan 256,743 pokok spesies hutan di Sabah dan 339.72 hektar

dengan 210,941 pokok spesies hutan di Sarawak.

(b) Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen

Penanaman 100 Juta Pokok (2021 – 2025)

KeTSA melalui JPSM, FRIM, Yayasan Hijau Malaysia (YHM),

Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan-

jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung sedang

melaksanakan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen

Penanaman 100 Juta Pokok bermula tahun 2021 hingga 2025 di

bawah RMKe-12 dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Sasaran penanaman pokok yang telah ditetapkan pada setiap

tahun bagi mencapai sasaran penanaman kempen ini ialah

NO SOALAN: 61

sebanyak 20 juta pokok. Sehingga November 2021, jumlah

penanaman pokok pada tahun 2021 telah melebihi sasaran

tahunan yang ditetapkan iaitu sebanyak 23.97 juta pokok telah

berjaya ditanam.

(c) Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang

Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara

Program ini telah mula dilaksanakan pada 7 Februari 2005 dan

merupakan program nasional jangka panjang bagi pemuliharaan

kawasan pesisiran pantai yang terjejas. Sehingga November 2021,

3,231.24 hektar kawasan pesisiran pantai di seluruh negara telah

ditanam dengan 7,094,595 pokok bakau dan spesies-spesies

pantai yang sesuai. Program ini masih diteruskan dalam RMKe-12

dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti tanaman, rawatan

dan kempen yang dijalankan oleh semua JPSM, FRIM, Jabatan

Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak dengan

peruntukan sebanyak RM13 juta.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan

untuk menangani banduan masuk balik penjara walaupun pelbagai program

pemulihan yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan NGO.

NO SOALAN: 62

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri (KDN)

melalui Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan pelbagai program

pemulihan dan sentiasa menambah baik setiap program yang diperkenalkan

dari semasa ke semasa bagi menangani kemasukan banduan berulang

(residivis) ke dalam penjara serta tidak terlibat dengan jenayah yang

menyebabkan mereka kembali ke penjara.

Antara program yang meninggalkan impak besar bagi menangani

kemasukan banduan residivis ke dalam penjara adalah pelaksanaan

program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Statistik Jabatan Penjara

Malaysia pada 24 November 2021 menunjukkan seramai 4,851 orang

banduan sedang menjalani program PDK.

Salah satu fokus utama yang dilihat berjaya menangani kemasukan semula

banduan ke dalam penjara di bawah pelaksanaan program PDK adalah

dengan memperkasakan Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL),

Pelepasan Banduan Sekolah Henry Gurney Secara Lesen (PBL SHG),

Program Reintegrasi Penghuni Industri (PRPI) dan program Parol melalui

kerjasama dengan majikan dibawah inisiatif Corporate Smart Internship

(CSI).

NO SOALAN: 62

PDK bertujuan untuk memberi peluang kepada banduan yang layak bagi

menjalani pemulihan yang berterusan di luar tembok penjara bersama

komuniti dengan pemantauan dan penyeliaan oleh Pegawai Parol.

Proses PDK yang berkesan akan dapat memastikan banduan berjaya

menjalani kehidupan yang positif setelah tamat hukuman dan seterusnya

tidak terlibat semula dengan perlakuan jenayah.

Kejayaan PDK banyak bergantung kepada aspek-aspek seperti berikut iaitu

penerimaan semula keluarga dan masyarakat di mana kira-kira 85%

daripada mereka yang berada bersama keluarga semasa menjalani perintah

parol. Orang DiParol (ODP) yang tiada tempat tinggal atau tidak diterima

oleh keluarga boleh ditempatkan di rumah perantaraan Jabatan Penjara

Malaysia, yang diselia oleh Pegawai Parol.

Kejayaan PDK pada masa hadapan juga akan terus diberi perhatian serius

oleh pihak Kerajaan melalui usaha Jabatan Penjara Malaysia dengan

melibatkan lebih ramai pihak di negara ini dalam membantu pelaksaanaan

PDK samada melalui penglibatan individu atau Organisasi Bukan Kerajaan

(NGO) secara aktif dan berterusan.

Peluang pekerjaan yang tinggi juga adalah salah satu jaminan kepada ODP

dalam memulakan kehidupan yang lebih terjamin. Lebih 97% daripada

jumlah ODP telah menerima tawaran pekerjaan. Rekod Jabatan Penjara

Malaysia juga menunjukkan bahawa semenjak program Parol dilaksanakan

mulai tahun 2008 sehingga 24 November 2021, seramai 73,091 banduan

telah berjaya dalam menjalani perintah parol.

NO SOALAN: 62

Pemantauan serta program pemulihan atau intervensi berterusan yang

diberikan sepanjang ODP menjalani program parol. Berasaskan pemulihan

dan pemantauan berterusan serta penerimaan masyarakat semenjak tahun

2008, hanya 0.38% sahaja daripada keseluruhan orang yang telah selesai

menjalani perintah parol, kembali melakukan kesalahan dan dimasukkan

semula ke dalam penjara. Fakta ini membuktikan bahawa sistem Parol yang

diperkenalkan untuk menangangi masalah kemasukan banduan berulang ke

dalam penjara, berjaya dicapai.

Usaha memberikan perkhidmatan korektif melalui pemulihan ke atas

individu yang melakukan kesalahan berulang adalah usaha yang perlu

dilaksanakan secara berterusan dan secara bersama. Oleh itu, pihak KDN

dan Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama dengan Agensi kerajaan lain

yang berkaitan, akan sentiasa bekerjasama dalam memastikan inisiatif-

inisiatif dalam menangani masalah kemasukan banduan residivis ke dalam

penjara, dapat ditangani.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan A/L Thangarasu Minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

menyatakan adakah Kementerian atau IPT menjalankan ujian minat

kerjaya atau personaliti bagi pemilihan pelajar ke kursus di IPT bagi

padanan kerjaya di masa hadapan yang efektif dan mengurangkan kadar

pengangguran.

NO SOALAN: 63

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha membantu graduan

untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya, program dan

tips meningkatkan kebolehpasaran mereka, telah menyediakan satu

portal sehenti iaitu Graduates Reference Hub for Employment and

Training (GREaT) untuk rujukan para graduan.

Dalam hal yang berkaitan, bagi proses pengambilan pelajar ke Institusi

Pengajian Tinggi (IPT), KPT berusaha membantu pelajar lepasan SPM

dan STPM/Setaraf untuk memilih program pengajian yang bersesuaian

semasa pelajar mengemukakan permohonan di laman sesawang

UPUOnline yang dikawal selia oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA,

Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA, JPT). Laman sesawang UPUOnline

telah dihubungkan portal GREaT KPT (https://great.mohe.gov.my/)

bagi ujian e-Profiling atau calon boleh terus ke pautan

https://eprofiling.mohe.gov.my/ bagi membolehkan calon melakukan

ujian personaliti dan kencederungan minat. Justeru, pemohon boleh

membuat pilihan program pengajian yang bersesuaian berdasarkan

personaliti diri dan minat kerjaya mereka.

NO SOALAN: 63

Bagi tujuan proses pemilihan kemasukan ke IPT juga, tempat pengajian

yang ditawarkan adalah berdasarkan pilihan yang dibuat oleh pemohon

pada fasa perdana. Pemohon boleh memilih kesesuaian program

berpandukan kepada maklumat yang dipaparkan di UPUOnline seperti

berikut:

1. Kebolehpasaran Graduan

Maklumat kebolehpasaran graduan baharu di IPTA dan ILKA

mengikut tahun beserta pautan disediakan bagi memberi gambaran

status sesuatu program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA dan

ILKA.

2. Kalkulator Merit

3. Trend Permohonan Dan Tawaran

4. Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Psikometrik merupakan penyaluran maklumat

berkaitan Kecenderungan Minat Pelajar khususnya bagi pelajar

lepasan SPM.

5. Tapisan Syarat Khas Program Pengajian

Melalui semua fungsi tersebut yang boleh dijadikan panduan kepada

calon dalam memilih kesesuaian program pengajian, calon turut

dimaklumkan dengan jelas bahawa tiada jaminan mereka mendapat

tawaran program pengajian berdasarkan kepada kedudukan merit

semata-mata kerana ia tertakluk kepada susunan merit, pilihan program

pengajian, memenuhi syarat am dan khas program pengajian, bilangan

NO SOALAN: 63

tempat yang disediakan, lulus temu duga dan/ ujian bagi program

pengajian yang menetapkan syarat berkenaan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 64

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK MPHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

Hasil Survey Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati

prevalens bantut dalam kalangan kanak-kanak di bawah lima tahun di

Malaysia telah meningkat dari 17.7 peratus pada tahun 2015 kepada 21.8

peratus pada tahun 2019. Apakah rancangan Kerajaan untuk mengatasi

bantut kanak-kanak dalam RMKe-12.

NO SOALAN: 64

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan sentiasa mengambil berat isu kesihatan kanak-kanak,

yang mana sebanyak RM24 juta telah diluluskan untuk Kementerian

Kesihatan dalam Bajet 2022. Antara aktiviti yang dilaksanakan bagi

mengatasi masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak, Kementerian

Kesihatan memperluaskan kemasukan kanak-kanak dalam kalangan

keluarga miskin yang mengalami masalah kekurangan zat makanan ke

dalam Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan.

Selain itu juga, Kementerian Kesihatan menggandakan usaha

pencegahan masalah kanak-kanak bantut melalui peluasan Program

Community Feeding (PCF) Bandar di lima (5) negeri iaitu Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang dan

Johor.

2. Bermula tahun 2019 sehingga kini, Kementerian Kesihatan

menjalankan intervensi pencegahan dengan memberikan khidmat

nasihat bagi tempoh 1,000 hari pertama kehidupan iaitu bermula pada

masa seseorang ibu mula mengandung sehingga kanak-kanak berumur

2 tahun. Intervensi pencegahan ini bertujuan untuk mengawal dan

mengurangkan masalah malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak

bawah 5 tahun dengan:

(i) memberi pendedahan (public awareness) melalui pelbagai saluran

hebahan media dan aktiviti outreach kepada kumpulan sasar; dan

NO SOALAN: 64

(ii) mempertingkatkan kompetensi anggota kesihatan di Klinik

Kesihatan KKM dan penjaga/ pengasuh kanak-kanak di TASKA

Kerajaan dan Swasta mengenai pertumbuhan dan pemakanan

kanak-kanak.

3. Masalah ekonomi serta sosial dalam masyarakat merupakan faktor

penyumbang yang dikaitkan dengan masalah pertumbuhan tidak

normal seperti bantut selain daripada pengambilan makanan yang tidak

mencukupi dan tidak berkhasiat serta jangkitan penyakit dalam

kalangan kanak-kanak.

4. Oleh itu, usaha kerajaan untuk memerangi masalah bantut ini

dimantapkan lagi dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Memerangi

Masalah Bantut Dalam Kalangan Kanak-kanak. Jawatankuasa ini turut

dianggotai oleh semua kementerian dan agensi di bawah kementerian

yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN

menyatakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4 menyarankan

peluang pendidikan yang sama untuk semua terutama di peringkat

prasekolah dan sekolah rendah. Didapati sehingga kini hanya sebanyak

45% SJKT mempunyai kelas prasekolah dan apakah rancangan Kerajaan

untuk mewujudkan kelas prasekolah di SJKT dalam RMKe-12.

NO SOALAN: 65

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, peluasan

kelas prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilaksanakan

secara berterusan mengikut unjuran keperluan yang dikemukakan oleh

jabatan pendidikan negeri (JPN). Peluasan prasekolah ini meliputi semua

kategori sekolah bawah KPM, termasuklah sekolah jenis kebangsaan

Tamil (SJKT). KPM mengguna pakai empat pendekatan untuk

memperluas kemudahan prasekolah seperti berikut:

i. Peluasan tanpa kos fizikal

Peluasan ini dilaksanakan dengan menggunakan kemudahan sedia

ada di sekolah dan dibuat secara berterusan mengikut unjuran

keperluan daripada JPN.

ii. Ubah suai dan naik taraf kelas biasa kepada kelas prasekolah

melalui Rolling Plan

Permohonan ubah suai dan naik taraf ini perlu mendapat kelulusan

daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE,

JPM).

iii. Permohonan pembinaan kelas baharu prasekolah KPM

Permohonan ini dibuat oleh JPN berdasarkan kesesuaian tapak

serta pematuhan Garis Panduan dan Peraturan Pemilihan Tapak

dan Keperluan Peralatan Projek seperti yang terkandung dalam

Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Bilangan 2 Tahun 2009. Peruntukan pembangunan ini, termasuklah

NO SOALAN: 65

kos untuk membina bangunan baharu serta pembekalan peralatan

dan perabot.

iv. Pembinaan Institusi Baharu

Pembukaan kelas prasekolah bersekali dengan pembukaan

institusi baharu perlu mendapat kelulusan daripada UPE, JPM.

Berdasarkan data Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

(SMPK) sehingga 31 Oktober 2021, sebanyak 253 SJKT (48 peratus)

daripada 527 SJKT di seluruh negara dilengkapi dengan kemudahan

prasekolah. Pada masa ini, KPM telah menerima tiga permohonan

peluasan kelas prasekolah SJKT, iaitu SJKT Jerantut dan SJKT Karak di

Pahang serta SJKT Port Dickson, Negeri Sembilan. Semua permohonan

yang diterima akan dipertimbangkan oleh KPM. Permohonan yang

memenuhi kriteria akan diangkat untuk pertimbangan agensi pusat

tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Kerajaan.

Sekian. Terima kasih.

NO SOALAN: 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah

hasil kutipan cukai pendapatan mengikut negeri dan Wilayah

Persekutuan dari tahun 2013 sehingga 2020.

NO SOALAN: 66

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah hasil kutipan cukai

pendapatan bagi semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan dari tahun

2013 sehingga 2020 adalah sebanyak 903.3 bilion ringgit.

2. Namun begitu, jumlah kutipan hasil cukai pendapatan individu dan

syarikat yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (atau LHDNM)

di peringkat negeri tidak menggambarkan bahawa cukai yang dihasilkan

adalah daripada sumbangan sebenar aktiviti ekonomi di negeri

berkenaan.

3. Ini adalah kerana lokasi setiap cawangan LHDNM yang menerima

bayaran cukai pendapatan individu dan syarikat berkemungkinan besar

adalah berbeza dengan tempat di mana aktiviti ekonomi pembayar cukai

dijalankan atau negeri tempat tinggal sebenar pembayar cukai. Selain

itu, fail cukai syarikat besar di seluruh negara adalah dikendalikan secara

berpusat di Cawangan Pembayar Cukai Besar di Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur. Manakala syarikat berkaitan industri khas dan syarikat

petroleum di sektor huluan dan hiliran dikendalikan oleh Cawangan

Industri Khas yang juga terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah

peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi kos pembinaan untuk setiap

projek-projek berikut iaitu Rapid Transit System Link (RTS Link)

JohorSingapura, Putrajaya MRT Line (MRT 2) Sungai Buloh-Serdang-

Putrajaya, Kajang MRT Line (MRT 1) Sungai Buloh-Kajang, Iskandar

Malaysia Bus Rapid Transport (IMBRT), Kuching Urban Transportation

System (KUTS) dan Bus Rapid Transit Sunway Line.

NO SOALAN: 67

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan Kerajaan Persekutuan

bagi kos pembinaan untuk setiap projek-projek adalah seperti berikut:

Bil. Nama Projek Kos Projek

(RM)

Peruntukan Kerajaan

(RM)

1. Projek Rapid Transit

System Link (RTS Link)

Johor-Singapura

RM3.8 bilion Projek dibiayai

sepenuhnya oleh

Kerajaan Persekutuan.

Peruntukan yang telah

disalurkan adalah

sebanyak RM723.27

juta.

2. Projek MRT Laluan Kajang

(MRT 1)

RM21 bilion Kerajaan Persekutuan

menyediakan Jaminan

bagi membiayai projek

ini.

3. Projek MRT Laluan

Putrajaya (MRT 2)

RM31 bilion Kerajaan Persekutuan

menyediakan Jaminan

bagi membiayai projek

ini.

4. Iskandar Malaysia Bus

Rapid Transport (IMBRT)

RM1 bilion Projek dibiayai

sepenuhnya oleh

Kerajaan Persekutuan.

Peruntukan yang telah

disalurkan adalah

sebanyak RM215.8 juta.

5. Kuching Urban

Transportation System

(KUTS)

- Tiada. Projek bukan di

bawah Kerajaan

Persekutuan.

NO SOALAN: 67

Bil. Nama Projek Kos Projek

(RM)

Peruntukan Kerajaan

(RM)

6. Bus Rapid Transit Sunway

Line

RM541.05 juta Peruntukan Kerajaan

Persekutuan adalah

sebanyak RM80 juta.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 67

NO SOALAN: 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes penceraian

mengikut negeri yang berlaku dari Mac 2020 sehingga Oktober 2021, dan

apakah cadangan penyelesaian bagi mengurangkan penceraian.

NO SOALAN: 68

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kes permohonan cerai yang difailkan di Mahkamah Syariah seluruh

Malaysia sejak Mac 2020 sehingga Oktober 2021 adalah sebanyak

75,504 kes keseluruhannya (dijana melalui sistem E-Syariah). Perincian

mengikut negeri adalah seperti berikut:

NEGERI TAHUN PERMOHONAN CERAI

JUMLAH Mac – Dis 2020 Jan – Okt 2021

Johor 4,815 3,905 8,720

Kedah 3,949 2,637 6,586

Kelantan 3,626 3,142 6,768

Melaka 1,586 1,198 2,784

Negeri Sembilan 2,116 1,927 4,043

Pahang 3,165 2,578 5,743

Pulau Pinang 3,409 3,366 6,775

Perak 684 597 1,281

Perlis 1,854 1,450 3,304

Selangor 2,265 2,089 4,354

Terengganu 559 2 561

Sabah 8,183 6,222 14,405

Sarawak 3,332 2,474 5,806

WP Kuala Lumpur 2,329 2,045 4,374

JUMLAH 41,872 33,632 75,504

NO SOALAN: 68

Bagi kes penceraian dalam kalangan pasangan bukan Islam, bilangan

penceraian yang didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

bagi tempoh Mac 2020 sehingga Oktober 2021 adalah sebanyak 18,463

kes keseluruhannya. Perincian mengikut negeri adalah seperti berikut:

NEGERI TAHUN PERMOHONAN CERAI

JUMLAH Mac – Dis 2020 Jan – Okt 2021

Johor 1,442 1,682 3,124

Kedah 267 173 440

Kelantan 47 49 96

Melaka 221 221 442

Negeri Sembilan 389 350 739

Pahang 206 187 393

Pulau Pinang 853 827 1,680

Perak 803 848 1,651

Perlis 20 25 45

Selangor 1,551 1,906 3,457

Terengganu 11 24 35

Sabah 290 376 666

Sarawak 1,069 983 2,052

WP Kuala Lumpur 1,209 2,358 3,567

Lain-Lain 43 33 76

JUMLAH 8,421 10,042 18,463

Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga

Negara (LPPKN) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan

pengetahuan rakyat menerusi program pendidikan, pengetahuan dan

kemahiran serta khidmat sokongan kekeluargaan.

(i) Kursus pra perkahwinan SMARTSTART adalah salah satu program

pengukuhan institusi keluarga khusus kepada pasangan yang bakal

berkahwin dan mereka yang telah mendirikan rumahtangga dalam

tempoh lima (5) tahun. Kursus yang dilaksanakan dengan

NO SOALAN: 68

kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan agama,

mulai tahun 2011 hingga Ogos 2021, telah mencatatkan sebanyak

697 program yang memanfaatkan seramai 28,083 peserta. Kursus

ini bermatlamat untuk memberi pengetahuan dan kemahiran

kepada peserta tentang persediaan ke arah perkahwinan. Hasil

daripada kursus ini dapat membantu pasangan membentuk

keluarga yang sejahtera dan berdaya tahan.

(ii) Program SMARTSTART 2nd Honeymoon pula dilihat adalah salah

satu usaha untuk memperkasakan perkahwinan dan membantu

mengurangkan peningkatan kadar penceraian di Malaysia.

Program ini disasarkan kepada pasangan dengan usia

perkahwinan lima tahun dan bertujuan untuk menyemarakkan

semula rasa cinta antara pasangan suami isteri agar hubungan

perkahwinan dapat dimantapkan dan disuburkan seperti tahun

pertama mereka membina mahligai cinta. Program ini dilaksanakan

dengan kerjasama badan bukan kerajaan dan badan agama.

(iii) Sebagai penambahbaikan kepada modul SMARTSTART sedia ada,

pada tahun 2022 akan diperkenalkan modul SMARTSTART 2.0

yang terbahagi kepada 3 fasa atau peringkat perkahwinan iaitu:

(1) Fasa Pra Perkahwinan (sebelum berkahwin) bertujuan untuk

memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta tentang

persediaan ke arah perkahwinan;

(2) Fasa Romantika (usia perkahwinan 1-2 tahun) bertujuan

memberi pengetahuan dan kemahiran ke arah memahami

pasangan serta merancang masa depan keluarga; dan

NO SOALAN: 68

(3) Fasa 2nd Honeymoon (usia perkahwinan 3-5 tahun) bertujuan

memberi kemahiran pengurusan keluarga dan menyemarak

kemesraan pasangan.

Urusan prosiding perceraian bukan Islam adalah di bawah bidang kuasa

Mahkamah Tinggi Malaysia. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya

bertanggungjawab mengemaskini suatu rekod perkahwinan di dalam

sistem JPN melalui sesuatu dikri perceraian atau pembatalan

perkahwinan bagi pasangan bukan beragama Islam setelah diputuskan

oleh Mahkamah Tinggi Malaysia.

Walau bagaimanapun, JPN mengadakan sesi prosiding tribunal jika salah

seorang dari pasangan tersebut enggan bercerai. Prosiding tribunal

tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum

sesuatu perakuan dikeluarkan. Kementerian melalui LPPKN turut

mengambil langkah proaktif membantu pihak JPN menangani kes

perceraian dalam kalangan pasangan bukan Islam yang melibatkan 10

kaunselor LPPKN sebagai ahli tribunal perkahwinan di seluruh Malaysia.

Kementerian turut memastikan bahawa perkhidmatan kaunseling

perkahwinan dan kekeluarga diteruskan dan diperluaskan melalui

pendekatan bersemuka, tele-kaunseling dan e-kaunseling. Kementerian

melalui LPPKN telah mewujudkan talian bebas tol 1-800-820-300 yang

bertujuan untuk memberi khidmat kaunseling secara virtual bagi

membantu pasangan yang mempunyai masalah dalam perkahwinan.

Bagi tempoh September hingga November 2021, sebanyak 1,584 kes

telah diterima.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes bunuh diri

mengikut negeri yang berlaku dari Mac 2020 sehingga Oktober 2021, dan

apakah cadangan penyelesaian bagi mengurangkan kes bunuh diri.

NO SOALAN: 69

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, isu berkaitan dengan masalah

bunuh diri adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri

(KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mengikut statistik

dari KDN, kes bunuh diri seluruh negara bagi Mac 2020 hingga

Disember 2020 adalah 518 kes yang mana negeri Johor mencatat kes

paling tinggi iaitu 83 kes. Bagi tempoh Januari 2021 sehingga Oktober

2021, jumlah kes bunuh diri bagi seluruh negara adalah 942 kes dengan

negeri Selangor mencatat kes paling tinggi iaitu 238 kes. Jumlah

keseluruhan kes bunuh diri dari Mac 2020 sehingga Oktober 2021 bagi

seluruh negara ialah 1,460.

KKM telah melaksanakan usaha-usaha pencegahan masalah kesihatan

mental masyarakat bagi memastikan peningkatan kesejahteraan

kesihatan mental dan mengurangkan kejadian bunuh diri. Antara

tindakan-tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:

• membangunkan Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Mental

(2020-2025) yang mana salah satu daripada lapan strategi yang

digariskan adalah menangani tingkah laku bunuh diri. Pelan ini juga

memfokuskan kepada kolaborasi antara agensi kerajaan, swasta

dan NGOs dalam pelaksanaan inisiatif kesihatan mental,

meningkatkan akses kepada perkhidmatan, dan kesiapsagaan

kesihatan mental dalam menghadapi krisis dan bencana;

NO SOALAN: 69

• mewujudkan Talian Bantuan Sokongan Psikososial secara strategik

bersama agensi kerajaan dan NGOs bagi meningkatkan akses

terhadap liputan perkhidmatan kesihatan mental;

• perluasan perkhidmatan kesihatan mental di peringkat primer

dengan pertambahan pegawai psikologi kaunseling kontrak yang

ditempatkan di daerah dan klinik kesihatan;

• melaksanakan advokasi Kesihatan Mental kepada masyarakat

melalui kempen kesedaran kesihatan mental Let’s TALK Minda

Sihat secara bersepadu merentas agensi;

• perluasan aktiviti pengesanan awal melalui saringan di klinik

kesihatan bagi mengenal pasti individu berisiko masalah kesihatan

mental, pelaksanaan intervensi dan rujukan untuk rawatan

selanjutnya. Perkhidmatan ini disediakan di 1,161 buah klinik

kesihatan di peringkat kesihatan primer dan 28 buah Pusat Komuniti

Kesihatan Mental (MENTARI). Selain itu, sebanyak 60 buah

hospital turut menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan

mental; dan

• mewujudkan modul latihan pencegahan bunuh diri bagi

meningkatkan pembangunan kapasiti dari segi kemahiran

pengendalian tingkah laku bunuh diri.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

melalui agensi-agensi di bawahnya telah mengambil beberapa inisiatif

dalam melaksanakan pelbagai program sokongan psikososial bagi

membantu masyarakat menangani masalah tekanan mental termasuk

NO SOALAN: 69

yang berkecenderungan untuk cubaan bunuh diri. KPWKM memandang

serius terhadap krisis jiwa dan mental yang kian meningkat dalam

kalangan masyarakat memandangkan kemahiran daya tindak yang

rendah, dan kurang sokongan psikososial juga antara faktor yang

menyumbang kepada perlakuan membunuh diri. Justeru, sokongan

psiko-sosial adalah antara mekanisme untuk mengurangkan kadar

tekanan yang dihadapi oleh mereka yang terkesan secara langsung.

Antara program yang dilaksanakan oleh agensi di bawah KPWKM untuk

membantu mereka yang mengalami masalah psikologi atau emosi adalah

seperti:

• Khidmat Aduan Atas Talian melalui Talian Kasih 15999 atau

aplikasi WhatsApp di nombor 019-26 15999. Perkhidmatan ini

beroperasi 24 jam setiap hari yang mana talian ini berfungsi

sebagai single point of contact kepada semua masyarakat untuk

mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan mahupun

permohonan bantuan. Skop perkhidmatan Talian Kasih

merangkumi aspek berkaitan penderaan, kaunseling,

gelandangan, perlindungan, kebajikan, talian kanak-kanak,

perkhidmatan kesihatan reproduktif, masalah sosial remaja dan

perkara yang melibatkan kumpulan sasar Kementerian;

• Lembaga Kaunselor menyediakan Khidmat Sokongan Psikologi

Atas Talian bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat

penularan wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan.

Talian Khas ini melibatkan seramai 250 orang sukarelawan

kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia;

NO SOALAN: 69

• Mendaftarkan Sukarelawan Kaunselor Berdaftar bagi membantu

masyarakat dalam menangani isu psikososial. Sukarelawan

Kaunselor Berdaftar ini merupakan satu entiti formal di bawah

KPWKM dalam usaha membantu masyarakat dan menyediakan

bantuan profesional kepada masyarakat yang memerlukan. Selain

membantu melaksanakan aktiviti seperti Talian Kasih 15999 Khas

COVID-19, Sukarelawan Kaunselor Berdaftar juga menyediakan

khidmat psiko-sosial di peringkat komuniti dan bantuan psikologi

semasa berlakunya bencana untuk melaksanakan sokongan bantu

mula psikologi (Psychological First Aid) kepada mangsa dan waris

yang terkesan;

• Bagi perancangan jangka panjang, Pusat Sokongan Sosial

Setempat (PSSS) di bawah Yayasan Kebajikan Negara telah

diwujudkan untuk memperluaskan khidmat psikososial setempat;

• Bahagian Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan

Masyarakat menjalankan program-program kesedaran secara atas

talian kepada warga kerja dan komuniti setempat mengenai

penjagaan kesihatan mental yang optimum dapat menangani

tingkah laku bunuh diri. Program ini adalah inisiatif jabatan bagi

persediaan untuk mendepani krisis dan trauma;

• Melaksanakan intervensi psikologi dan kaunseling kepada semua

kumpulan sasar. Perkhidmatan ini disediakan secara bersemuka

dan juga atas talian melalui Talian Psikososial yang disediakan di

seluruh Malaysia;

NO SOALAN: 69

• Melaksanakan saringan awal kepada kakitangan jabatan dan

komuniti melalui ujian psikologi Depression Anxiety Stress Scale

21(DASS21) secara menyeluruh apabila menerima rujukan atau

yang datang secara sukarela;

• Perluasan advokasi kepada komuniti melalui aktiviti dan program

penjagaan mental secara atas talian bagi menyediakan komuniti

dengan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya

berhadapan dengan situasi sedemikian. Menyebarluaskan

perkhidmatan psikologi dan kaunseling boleh didapati di 105

pejabat kebajikan masyarakat di daerah, jajahan, bahagian dan

negeri dengan kapasiti pegawai psikologi seramai 191 orang;

• Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN) menyediakan perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan

kaunseling keluarga melalui Unit Kaunseling dan Intervensi

Keluarga. Pada tahun ini, sehingga Oktober 2021, sebanyak 2,565

sesi telah dijalankan dan perkhidmatan ini telah memberikan

manfaat kepada 11,975 klien;

• Program Tol Free Helpline FamilyCare @ LPPKN yang merupakan

perkhidmatan kaunseling secara dalam talian. Klien boleh

mendapatkan perkhidmatan Tele-Kaunseling dan E-Kaunseling

melalui Tol Free Hepline FamilyCare@LPPKN 1-800-82-0300.

Kemudahan Toll Free ini sebagai alternatif kepada kaedah

kaunseling secara fizikal sedia ada yang dikendalikan oleh 18

kaunselor LPPKN berikutan daripada arahan PKP yang

dikeluarkan. Talian beroperasi secara rasmi pada 24 September

2021. Waktu operasi adalah mulai jam 9 pagi hingga 5 petang pada

NO SOALAN: 69

hari Ahad hingga Jumaat. Sehingga 9 Disember 2021, seramai

1,740 klien telah menerima manfaat dari perkhidmatan ini;

• Bantuan sokongan sosial yang dilaksanakan melalui penubuhan

Sukarelawan Skuad Waja oleh Jabatan Pembangunan Wanita

(JPW)dalam melaksanakan aktiviti psikososial dalam komuniti yang

meliputi bimbingan, nasihat dan rujukan kepada pihak-pihak

berkaitan;

• Penubuhan Sukarelawan Skuad Waja adalah bertujuan untuk

memperkasakan komuniti melalui program bimbingan psikososial

dan aktiviti dalam komuniti khususnya wanita bagi meningkatkan

kesedaran tentang isu-isu jenayah. Objektif Skuad Waja:

o Menjadi agen dalam usaha menangani keganasan terhadap

wanita dalam komuniti;

o Memperkasa komuniti melalui program sokongan sosial yang

merangkumi aspek keseimbangan, kewangan, kemahiran

dan kepimpinan;

o Membantu dalam membina sebuah masyarakat yang saling

bantu membantu dan meningkatkan keharmonian; dan

• Keahlian Skuad Waja pada tahun ini bermula Januari hingga 30

November 2021, seramai 100,202 ahli Skuad Waja telah dilatih

(Lelaki: 6,907 dan Perempuan: 93,295).

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 70

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan

senarai kes pencerobohan setiap tahun ke dalam kawasan laut negara

dari tahun 2017 sehingga Oktober 2021 oleh negara asing mengikut

nama negara.

NO SOALAN: 70

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Senarai pencerobohan mengikut tahun dan negara (dari tahun 2017

hingga 2021) adalah seperti di bawah:

NO SOALAN: 70

Senarai Negara Yang Menceroboh Dari Tahun 2017 - 2021

Bil Negara Kawasan

2017

1. China Laut China Selatan

2. Singapura Selat Singapura

2018

1. China Laut China Selatan

2. Singapura Selat Singapura

3. Indonesia Selat Sulawesi

2019

1. China Laut China Selatan

2. Singapura Selat Singapura

3. Filipina Laut China Selatan

2020

1. China Laut China Selatan

2. Singapura Selat Singapura

3. Vietnam Laut China Selatan

4. Indonesia Selat Singapura

2021 (berakhir Oktober 2021)

1. China Laut China Selatan

2. Singapura Selat Singapura

3. Indonesia Selat Melaka dan Selat Singapura

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 71

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO DR. NUING JELUING

Dato Dr. Nuing Jeluing minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah

status terkini cadangan untuk mengubah Borang Rasmi Kerajaan di

bahagian Kaum dengan menggugurkan kategori “Lain-Lain” dan

menambah dua lagi kategori iaitu Dayak dan Kadazan-Dusun. Cadangan

ini telah dipersetujui waktu perintah Barisan Nasional dahulu. Dengan

perubahan ini kaum Orang Asal Sarawak dan Sabah tidak terasa

dipinggirkan di negara sendiri.

NO SOALAN: 71

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Januari 2015 telah

memutuskan agar Jawatankuasa Teknikal Bumiputera Sabah dan

Sarawak (JTBSS) mengkaji cadangan penggunaan klasifikasi kaum

“Dayak”, bagi menggantikan “Bumiputera Sarawak” atau “lain-lain

kaum” dalam borang Kerajaan. Mesyuarat JTBSS pada 5 Mac 2015

telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan keputusan tersebut

telah diangkat dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 30

Oktober 2015.

NO SOALAN: 71

2. Hasil daripada mesyuarat-mesyuarat susulan yang telah diadakan,

Kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan istilah “lain-lain”

bagi klasifikasi kaum dalam borang-borang rasmi Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah menetapkan klasifikasi

kaum dalam borang rasmi Kerajaan adalah seperti berikut:

a) Melayu

b) Cina

c) India

d) Dayak

e) Kaum:.................................. (Sila nyatakan)

3. Susulan itu, arahan pelaksanaan telah dikeluarkan kepada semua

Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan Kerajaan, YB

Setiausaha Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun

Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan melalui

Surat Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 27 April 2016. Walau

bagaimanapun, pelaksanaan arahan ini adalah secara pentadbiran

bagi borang-borang yang tidak melibatkan keperluan pindaan

undang-undang.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 72

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. NUING JELUING

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KESIHATAN menyatakan hospital-

hospital di Sarawak yang diguna pakai untuk doktor pelatih. Adakah

jawatan untuk doktor pelatih mencukupi dan apakah langkah-langkah

yang diambil untuk memastikan hospital-hospital tersebut sesuai untuk

doktor pelatih dan akan mengadakan kemudahan untuk melatih yang

bermutu tinggi?

NO SOALAN: 72

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pada masa kini, terdapat empat (4) buah hospital di Sarawak yang

telah diakreditasi sebagai Hospital Latihan Siswazah (HLS). Hospital

tersebut adalah Hospital Umum Sarawak, Hospital Bintulu, Hospital

Sibu, dan Hospital Miri. Secara keseluruhannya, keempat-empat

hospital tersebut mampu melatih maksimum seramai 896 orang

pegawai perubatan siswazah pada satu-satu masa. Pada masa ini,

pegawai perubatan siswazah diambil untuk berkhidmat secara

kontrak. Berdasarkan pengisian slot latihan terkini di Sarawak,

jumlah tersebut adalah mencukupi dengan mengambil kira pelbagai

faktor seperti bilangan kes bukan COVID dan kes COVID,

kepelbagaian jenis kes (casemix), bilangan pakar yang ada sebagai

penyelia, dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Sehingga kini, terdapat 49 buah Hospital Latihan Siswazah (HLS) di

seluruh Malaysia yang disediakan untuk latihan siswazah dan calon

boleh memilih mana-mana hospital yang disenaraikan dalam sistem

e-Houseman semasa pemilihan penempatan masing-masing.

NO SOALAN: 72

3. Dimaklumkan bahawa bagi memastikan hospital KKM yang terlibat

sesuai untuk kegunaan doktor pelatih, KKM akan membantu

melengkapkan hospital-hospital KKM sedia ada bagi memenuhi

syarat akreditasi untuk diiktiraf sebagai Hospital Latihan Siswazah.

4. Antara kriteria yang perlu dipenuhi tersebut adalah:

(i) Terdapat minimum 6 disiplin kepakaran di mana 5 disiplin

tersebut adalah Perubatan Am, Pembedahan Am, Obstetrik dan

Ginekologi, Pediatrik dan Ortopedik. Satu lagi disiplin kepakaran

tersebut adalah pilihan sama ada Perubatan Kecemasan,

Anestesiologi,Psikiatri atau Kesihatan Primer;

(ii) Terdapat minimum 2 orang pakar perubatan residen yang telah

diwartakan (bukan part time) bagi setiap disiplin;

(iii) Terdapat sekurang-kurangnya 2 orang pegawai perubatan

residen (bukan part time) bagi setiap disiplin;

(iv) Terdapat bilangan kes yang mencukupi bagi setiap disiplin, bagi

tujuan pembelajaran Pegawai Perubatan Siswazah;

(v) Terdapat kepelbagaian kes (case mix) yang mencukupi iaitu

gabungan kes-kes mudah dan kes-kes kompleks untuk 6 disiplin

berkenaan; dan

(vi) Mempunyai bilangan katil yang mencukupi (kadar 1 Pegawai

Perubatan Siswazah (PPS) untuk 4 katil bagi kesemua disiplin

perubatan dinyatakan).

NO SOALAN: 72

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 73

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO DR. NUING JELUING

Dato Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN

menyatakan berapakah guru sekolah dari Semenanjung yang berkhidmat di

Sarawak dan sekolah di mana mereka ditempatkan dan jawatan disandang

mereka.

NO SOALAN: 73

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) pada 30 November 2021 menunjukkan seramai 4,477 orang

guru yang berasal dari Semenanjung Malaysia kini sedang berkhidmat di

sekolah di negeri Sarawak. Jumlah ini melibatkan 2,748 orang guru di

sekolah rendah dan 1,729 orang guru di sekolah menengah. Maklumat

berkaitan jawatan yang disandang adalah seperti di jadual berikut:

JAWATAN RENDAH MENENGAH JUMLAH

PENGETUA/GURU BESAR 31 21 52

PENOLONG KANAN 25 19 44

PENOLONG KANAN HEM 51 18 69

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 26 14 40

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS 2 2 4

PENOLONG KANAN PETANG 1 3 4

PENOLONG KANAN TINGKATAN 6 4 4

GURU TINGKATAN 6/PRA UNIVERSITI (AKADEMIK)

124 124

KETUA BENGKEL (SEKOLAH MENENGAH TEKNIK)

5 5

KETUA BIDANG AGAMA 2 2

KETUA BIDANG BAHASA 17 17

KETUA BIDANG KEMANUSIAAN 10 10

KETUA BIDANG SAINS 2 2

KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK 16 16

KETUA BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL 14 14

KETUA BIDANG VOKASIONAL 1 1

JURULATIH SENI VISUAL (SEKOLAH SENI)

2 2

GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG

2,612 1,455 4,067

JUMLAH 2,748 1,729 4,477

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO DR. NUING JELUING

Dato Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan

berapakah anak Sarawak yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera

Malaysia dan jawatan disandang mereka.

NO SOALAN: 74

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Seramai 11.48% daripada jumlah keseluruhan Anggota ATM merupakan

anak Sarawak yang berkhidmat dengan ATM masa kini. Penyandang

jawatan terdiri daripada Pegawai adalah 0.33%, manakala baki 11.15%

adalah Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Jawatan tertinggi semasa disandang oleh anak Sarawak yang

berkhidmat dalam organisasi ATM masa kini adalah Panglima Angkatan

Tentera (PAT), iaitu Yang Berbahagia Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi

Bin Buang TUDM. Manakala bagi pengisian jawatan tertinggi semasa

yang lain bagi anak Sarawak ialah seperti berikut:

1. Timbalan Pengarah Jabatan Arah Infantri, Tentera Darat;

2. Kolonel Latih Markas Pemerintahan Medan Timur, Tentera

Darat;

3. Pegawai Pergigian Markas Divisyen Ke-4 Infantri, Tentera

Darat;

4. Pengarah Markas Angkatan Bersama;

5. Ketua Bahagian Peperangan Markas Wilayah Laut 2,

Tentera Laut;

NO SOALAN: 74

6. Ketua Refit Kapal Selam TLDM Markas Pemerintahan Kapal

Selam, Tentera Laut dan

7. Asisten Ketua Staf Pentadbiran Markas Pemerintahan

Armada Timur, Tentera Laut.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB IR. TS HAJI KHAIRIL NIZAM BIN

KHIRUDUN

Ir. Ts Haji Khairil Nizam Bin Khirudin minta MENTERI KANAN

PENDIDIKAN menyatakan usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian

bagi menangani isu buli dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti.

NO SOALAN: 75

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memandang serius

isu buli yang melibatkan murid sekolah bawah KPM dan sentiasa mengambil

langkah pencegahan yang sewajarnya. Mengambil kira bahawa isu buli ini

telah berlarutan sekian lama, KPM sedang merangka satu kerangka

menyeluruh bagi membenteras buli di sekolah, termasuk dalam kalangan

murid asrama.

Kerangka baharu ini melibatkan pengukuhan dan penambahbaikan

kepada pendekatan sedia ada dengan tumpuan kepada empat komponen

utama iaitu penyedaran, pelaporan, penghukuman dan pemantauan.

Dalam konteks penyedaran, KPM akan memperkenalkan konsep

Sekolahku SEJAHTERA. Pendekatan ini bertujuan memupuk dan

menerapkan nilai-nilai penting kehidupan dalam kalangan warga sekolah,

termasuk murid. Nilai-nilai ini diterap dan dididik oleh guru secara langsung

atau tidak langsung di dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Ini bagi

memastikan murid dapat benar-benar menghayatinya seterusnya menjadi

sebahagian daripada amalan dalam kehidupan mereka sama ada di sekolah

atau di luar sekolah. Konsep ini akan memberi tumpuan kepada 14 elemen

iaitu:

NO SOALAN: 75

S - Selamat, Seronok & Sihat

E - Etika & Empati

J - Jati Diri

A - Adab Sopan

H - Harmoni

T - Tekun, Teliti & Terampil

E - Eksplorasi

R - Rasional

A – Artikulasi

Penerapan elemen selamat, sihat, seronok, empati, jati diri, adab

sopan, harmoni dan rasional dalam kalangan warga sekolah akan dapat

membentuk keperibadian murid yang menyedari bahawa buli perlu

dibanteras sepenuhnya.

Dalam konteks pelaporan, KPM telah menyediakan saluran pelaporan

bagi membolehkan pihak sekolah melaporkan kes buli kepada Kementerian.

KPM juga telah menyediakan Garis Panduan Mencegah dan Menangani

Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah dan Buku Panduan

Pengurusan Menangani Buli Di Sekolah sebagai panduan kepada pihak

sekolah. KPM akan terus menambah baik sistem pelaporan kes buli bagi

memastikan pendekatan yang terbaik dapat dibangunkan. Pada masa ini,

KPM sedang merangka sistem pelaporan yang akan membolehkan warga

sekolah termasuk murid dan ibu bapa mereka membuat aduan terus kepada

pihak Kementerian dan maklumat yang diterima akan dilindungi.

NO SOALAN: 75

Berhubung dengan penghukuman di peringkat sekolah, KPM telah

mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/2010 yang menyentuh

tentang hukuman terhadap pelaku buli di sekolah atau di asrama. KPM

sedang meneliti hukuman ke atas murid yang melakukan perbuatan buli

dengan membuat penambahbaikan kepada mana-mana hukuman yang

tersenarai dalam SPI tersebut. Ini bagi memastikan hukuman yang

dikenakan adalah setimpal dan menjadi pendekatan pencegahan yang

berkesan.

Bagi aspek pemantauan pula, pada masa ini pemantauan di sekolah

dilaksanakan oleh pentadbir, guru dan warden yang terdiri daripada

kalangan guru. KPM menyedari bahawa komponen pemantauan ini perlu

terus diperkukuhkan. Oleh itu, perbincangan akan terus dilaksanakan

dengan agensi pusat bagi memastikan jawatan warden sekolah

diperkasakan selaras dengan tanggungjawab dan keperluan semasa

mereka.

Sebagai tindakan segera, KPM akan mengarahkan semua sekolah

melaksanakan program kesedaran bersama pegawai perhubungan sekolah

dari Polis Diraja Malaysia tentang buli dalam minggu pertama sesi penggal

ketiga pada Januari 2022.

NO SOALAN: 75

Di peringkat pengajian tinggi pula, Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT) amat peka untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang

kondusif dan selamat bagi menjamin kesejahteraan pelajar di institusi

pengajian tinggi (IPT). Usaha ini termasuklah penerbitan prosedur operasi

standard (SOP) bagi Kes-kes Tatatertib Pelajar Universiti Awam untuk

menangani isu buli yang melibatkan pelajar IPT. Langkah-langkah

pencegahan juga diperhebatkan menerusi pelaksanaan program-program

pembangunan sahsiah yang dapat memupuk dan menerapkan elemen

positif seperti Pembimbing Rakan Sebaya atau PRS; sesi kaunseling

percuma; dan program mentor-mentee. Slot khusus mengenai pencegahan

buli dan jenayah di kalangan mahasiswa turut disediakan semasa Minggu

Suai Kenal atau Orientasi kepada pelajar baharu.

KPM dan KPT sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan terbaik

bagi membanteras gejala buli di sekolah serta di IPT.

SOALAN NO : «No»

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : IR. TS HAJI KHAIRIL NIZAM BIN

KHIRUDIN

Ir.Ts Haji Khairil Nizam Bin Khirudin minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan yang telah digunakan oleh

Kementerian Kesihatan sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara.

SOALAN NO : «No»

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. KKM telah diluluskan peruntukan berjumlah RM2.52 bilion bagi

perbelanjaan berkaitan rawatan dan saringan COVID-19 iaitu RM1

bilion pada tahun 2020 dan RM1.52 bilion bagi tahun 2021. Pada

tahun 2020, daripada RM1 bilion yang diluluskan, KKM telah

membelanjakan sebanyak RM791.15 juta atau 79% bagi perolehan

bekalan perubatan (ubat, reagen, consumables dan PPE), aktiviti

penyumberluaran, emolumen kakitangan kontrak dan peralatan aset

perubatan dan bukan perubatan.

2. Manakala bagi tahun 2021, sebanyak RM1.52 bilion lagi telah

diluluskan bagi tujuan saringan dan rawatan COVID-19 yang

merangkumi keperluan bagi bekalan perubatan iaitu ubat, reagen,

gas, consumables dan PPE, aktiviti penyumberluaran yang

melibatkan pesakit, sampel makmal dan kawalan kuarantin dan

pembersihan sisa klinikal di PKRC. Daripada jumlah yang telah

diluluskan tersebut, KKM telah membelanjakan sebanyak RM1.44

bilion atau 94.74% sehingga 10 Disember 2021.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 77

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN IR. TS HAJI KHAIRIL NIZAM

BIN KHIRUDIN

Tuan Ir.Ts Haji Khairil Nizam bin Khirudin minta MENTERI ALAM

SEKITAR DAN AIR menyatakan perkembangan terkini komitmen

Kementerian dalam usaha menaiktaraf infrastruktur pengurusan air di

negeri Kelantan yang selama ini telah lama dinafikan hak mereka oleh

Kerajaan Persekutuan.

NO SOALAN: 77

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk maklman Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan Persekutuan secara dasarnya tidak pernah menafikan hak

negeri dalam menaiktaraf taraf pengurusan air di Negeri Kelantan. Ini

dapat dilihat melalui peruntukan sebanyak RM1.073 bilion telah

dibelanjakan sejak dari Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) sehingga

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) di mana sebanyak

RM907 juta adalah secara pinjaman, sementara bakinya sebanyak

RM166 juta adalah secara geran.

2. Selain itu, di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)

peruntukan bagi projek bekalan yang telah diluluskan adalah seperti

berikut:

(i) sebanyak RM196.6 juta di bawah Rolling Plan 1 (RP1)

RMKe-12 di mana sebanyak RM53.7 juta adalah secara

pinjaman dan baki berjumlah RM142.9 juta adalah secara

geran; dan

(ii) sebanyak RM103.7 juta di bawah Rolling Plan 1 (RP1)

RMKe-12 di mana sebanyak RM48.7 juta adalah secara

pinjaman dan RM55 juta adalah secara geran.

NO SOALAN: 77

3. Pada masa yang sama pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

telah menyediakan pembiayaan berjumlah RM664.8 juta bagi kerja-kerja

perbelanjaan modal (CAPEX) bagi tempoh Operasi Keempat (OP4)

(2021-2023).

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, selain daripada

bantuan kewangan, Kerajaan Persekutuan juga memberikan bantuan

khidmat nasihat teknikal dan bantuan CSR yang diterajui oleh

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menyelesaikan isu-

isu berkaitan dengan bekalan air di Kelantan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN IR. TS HAJI KHAIRIL NIZAM

BIN KHIRUDIN

Tuan Ir. Ts Haji Khairil Nizam Bin Khirudin minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapakah bilangan Sekolah Tahfiz dan Pondok mengikut

negeri yang telah berdaftar di bawah Kerajaan.

NO SOALAN: 78

JAWAPAN

YB SENATOR TUAN HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(HAL EHWAL AGAMA)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Setiap institusi tahfiz dan pondok yang ditubuhkan di negeri-

negeri adalah tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-

Sekolah Agama Islam dan peraturan-peraturan yang sedang

berkuatkuasa di negeri berkenaan.

2. Bagi tujuan menyelaras maklumat institusi pendidikan Islam di

bawah penyelarasan LEPAI, JAKIM telah membangunkan

Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI), yang mana

semua maklumat institusi pendidikan Islam yang berdaftar

dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri dikemaskini dalam

SIMPENI.

3. Sehingga Oktober 2021, data SIMPENI merekodkan sebanyak

1,200 buah maahad tahfiz dan 266 buah pondok yang berdaftar

dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri, dengan perinciannya

seperti yang berikut:

NO SOALAN: 78

Sumber : Jabatan Agama Islam Negeri/ Yayasan Islam Negeri/

Majlis Agama Islam Negeri

NEGERI MAAHAD

TAHFI

Z

NEGE

RI

MAAHAD

TAHFIZ

SWAST

A

KOLEJ

TAHFIZ

NEGE

RI

POND

OK

JUMLA

H

JOHOR 1 121 16 138

KEDAH 1 91 30 122

KELANTAN 8 55 1 48 112

MELAKA 64 1 13 78

NEGERI

SEMBILAN

51 1 5 57

PAHANG 1 83 18 102

PULAU

PINANG

52 14 66

PERAK 90 21 111

PERLIS 15 3 18

SELANGOR 5 383 1 12 401

SABAH 45 31 76

SARAWAK 29 2 1 32

TERENGGA

NU

1 67 53 121

WP KUALA

LUMPUR

27 1 28

WP LABUAN 3 3

WP

PUTRAJAYA

1 1

JUMLAH 17 1,177 6 266 1,466

NO SOALAN: 78

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 79

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN IR. TS HAJI KHAIRIL NIZAM

BIN KHIRUDIN

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin minta MENTERI KANAN

PERDAGANGAN ANTARABANGSA menyatakan usaha-usaha yang

dilakukan oleh pihak Kementerian dalam menjadikan Malaysia sebagai

Hub Industri Halal di peringkat ASEAN.

NO SOALAN: 79

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makuman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan

agensinya iaitu Perbadanan Pembangunan Halal Malaysia (Halal

Development Corporation - HDC) dan Perbadanan Pembangunan

Perdagangan Luar Malaysia (Malaysia External Trade Development

Corporation - MATRADE) telah memperkenalkan pelbagai program dan

inisiatif untuk membina dan mengukuhkan ekosistem halal di Malaysia

melalui bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi tempatan

serta antarabangsa, untuk memastikan pertumbuhan industri halal

tempatan menyumbang secara signifikan ke arah pembangunan

sosioekonomi.

Pada ketika ini, MITI dan HDC sedang melaksanakan penyusunan

semula strategi dan kerangka pembangunan yang lebih komprehensif

bagi ekosistem halal dalam bentuk Pelan Induk Industri Halal 2030 dan

Pelan Induk Perindustrian Ke-4. Pelan-pelan ini akan memfokuskan

kepada pembangunan industri berasaskan sumber pengetahuan serta

penghasilan produk-produk tempatan yang bermutu tinggi. Selain itu, ia

turut akan menggariskan keperluan-keperluan utama untuk

memperkukuh institusi ekosistem halal negara, meningkatkan nilai

dagangan dan daya saing industri melalui pertumbuhan sektor berpotensi

tinggi yang berkaitan, meningkatkan jumlah tenaga mahir dan

professional tempatan serta menggalakkan aktiviti pengkomersilan

produk halal melalui penerimagunaan teknologi dan inovasi. Di antara

NO SOALAN: 79

sektor-sektor tumpuan yang sedang dimajukan termasuk makanan dan

minuman, kosmetik, farmaseutikal, logistik serta pelancongan.

Dari segi pembangunan untuk pengusaha-pengusaha tempatan, HDC

melalui Halal Integrated Platform (HIP) telah merangka program

pembiayaan khas dengan usahasama institusi kewangan untuk manfaat

syarikat-syarikat yang berdaftar dengan HIP. Di antara program

pembiayaan yang diperkenalkan termasuk GoHalal Financing Program

dengan penyediaan dana berjumlah RM100 juta melalui usahasama HDC

dan Bank Islam Malaysia Berhad. Peserta yang berdaftar di bawah HIP

boleh memohon GoHalal Financing bagi membiayai aktiviti pemasaran

produk, peningkatan keupayaan dan kapasiti serta penambahbaikan

fasiliti perniagaan. Sehingga kini, sebanyak 147 syarikat telah mendaftar

dan sejumlah RM1juta pinjaman telah diluluskan.

Bagi meningkatkan eskport produk dan perkhidmatan halal ke luar

negara, MATRADE giat menganjurkan program-program yang memberi

peluang kepada usahawan tempatan untuk memasuki pasaran

antarabangsa dan sekaligus terlibat dalam rantaian bekalan global

industri halal. Salah satu daripada program ini ialah Pameran Halal

Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang sedang berlangsung secara maya

dari 9 September hingga 31 Disember 2021. Di samping padanan

perniagaan, segmen hab pengetahuan di MIHAS ini memberi peluang

kepada syarikat-syarikat untuk menyertai sesi perkongsian pengetahuan

mengenai peluang pasaran di Amerika, Eropah, Asia Tengah dan negara-

negara lain. Perkara ini dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam

mengenai pasaran halal di negara-negara tersebut dan seterusnya

menyediakan produk dan perkhidmatan halal syarikat-syarikat tempatan

untuk pasaran eksport.

NO SOALAN: 79

Selain itu, penganjuran MIHAS juga dilihat mampu mengekalkan

kedudukan Malaysia sebagai peneraju dan hab bagi sektor halal dunia,

dan secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi

Islam sedunia. Bersempena dengan MIHAS ini, MATRADE juga telah

menganjurkan Program Penyumberan Antarabangsa (International

Sourcing Programme – INSP) secara maya bermula dari 1 April sehingga

1 September 2021. Jualan eksport yang terkumpul dari program INSP dan

pameran MIHAS sehingga 30 November 2021 adalah sebanyak

RM2.21 bilion.

Di peringkat serantau pula, MITI melalui inisiatif di bawah Komuniti

Ekonomi ASEAN 2025 (ASEAN Economic Community - AEC) Blueprint

2025 bersama negara anggota ASEAN yang lain, telah menyediakan satu

Pelan Tindakan Kerjasama ASEAN dalam Makanan Halal 2021-2025

(Plan of Action for the ASEAN Cooperation in Halal Food 2021-

2025). Pelan ini adalah selaras dengan usaha-usaha yang telah

digariskan di bawah AEC 2025 bagi memastikan sebarang bentuk

sekatan ke atas aktiviti perdagangan serantau dapat dikurangkan dan

diuruskan secara teratur. Objektif utama AEC 2025 adalah untuk integrasi

ekonomi yang komprehensif di kalangan negara anggota ASEAN yang

berteraskan pergerakan bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan,

modal dan tenaga kerja mahir menjelang tahun 2025.

Negara-negara anggota ASEAN seperti Brunei Darussalam, Indonesia,

Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand, dan Viet Nam telahpun

membangunkan Badan Pensijilan Halal masing-masing. Namun

demikian, kesemua negara ini mengamalkan tahap perundangan,

piawaian dan prosedur tersendiri dalam mempersijilkan produk makanan

dan perkhidmatan halal masing-masing. Proses pensijilan yang berbeza

NO SOALAN: 79

ini merupakan di antara cabaran berkaitan halal yang dihadapi oleh

pengilang dan pengeksport Malaysia untuk menjual produk-produk

mereka di pasaran ASEAN.

Sehubungan itu, hasil daripada perbincangan aktif yang disertai oleh

Malaysia telah membolehkan satu garis panduan iaitu ASEAN General

Guidelines on the Preparation and Handling of Halal Food telah

diterbitkan pada tahun 2019. Garis Panduan ini menjadi penanda aras

dan rujukan bagi kriteria-kriteria pensijilan halal berdasarkan Hukum

Syariah yang perlu digunapakai oleh pembekal-pembekal di rantau

ASEAN di sepanjang rantaian bekalan bahan makanan. Ini sedikit

sebanyak dapat mengurangkan kekeliruan berkaitan dengan pensijilan

halal di kalangan pengilang dan pengeksport.

Penglibatan aktif Malaysia dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat

ASEAN telah membolehkan Malaysia mengambil langkah-langkah yang

bersesuaian untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh peniaga-

peniaga tempatan untuk memasarkan produk halal mereka di rantau

ASEAN. Selain itu, Malaysia juga dikenali di rantau ASEAN kerana

mengamalkan standard halal yang berkualiti tinggi dan menyediakan

ekosistem halal yang konduksif. Ini secara tidak langsung memberi

peluang kepada pelabur-pelabur asing untuk memilih Malaysia sebagai

pangkalan untuk operasi perniagaan halal mereka dan sekaligus

menjadikan Malaysia sebagai Hub Industri Halal di peringkat ASEAN.

NO SOALAN: 79

Kementerian ini juga akan sentiasa melipatgandakan usaha-usaha

mempromosi Malaysia sebagai Hub Industri Halal pilihan kepada pelabur-

pelabur dengan menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif bagi

penghasilan produk dan perkhidmatan halal yang boleh dipercayai dan

diperakui. Tambahan pula, struktur tadbir urus pembangunan industri

halal yang diterajui oleh HDC adalah diyakini dapat terus memacu

pertumbuhan industri ini serta mempertingkatkan akses syarikat-syarikat

tempatan ke dalam rantaian pasaran halal serantau dan antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 80

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

PERTANYAN : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PERUSAHAAN

PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah yang

diambil oleh Kerajaan dalam mengurangkan bahan cemar seperti "3-

monochloropropane diol (3-MCPD) dan glycidyl esters (GE)" di dalam

minyak sawit yang boleh dimakan untuk memastikan ia selamat dimakan.

NO SOALAN: 80

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Usaha untuk menangani isu kehadiran bahan cemar ester 3-

monochloropropane-1,2-diol (3-MCPDE) dan ester glisidil (GE) dalam

minyak sawit terproses (PPO) telah mula dilakukan sejak tahun 2009

melalui kajian saintifik yang dilaksanakan di Lembaga Minyak Sawit

Malaysia (MPOB). Walau bagaimanapun, European Food Safety

Authority (EFSA) pada 3 Mei 2016 telah mengeluarkan laporan yang

menyatakan bahawa kandungan 3-MCPD dan GE dalam minyak sawit

boleh memudaratkan kesihatan kerana kadar kandungan 3-MCPD dan

GE dalam minyak sawit dilaporkan lebih tinggi berbanding dengan minyak

sayuran yang lain. Justeru itu, pada tahun 2017, Kerajaan telah

memperuntukan dana sebanyak RM50 juta untuk menjalankan kajian di

peringkat komersial merangkumi dua sektor iaitu kilang buah sawit dan

kilang penapis sawit. Sebanyak 10 kilang buah sawit dan 6 kilang penapis

sawit telah dikenalpasti untuk menjalankan kajian tersebut.

MPOB telah berjaya mengenal pasti teknologi pencucian minyak

sawit mentah (CPO) melalui kajian tersebut yang berupaya

mengurangkan kadar 3-MCPDE dalam PPO manakala, kehadiran GE

dapat diatasi melalui penambahan proses penapisan terhadap PPO.

Hasil kajian serta keberkesanan teknologi tersebut telah dikongsi

bersama pemain industri sawit negara melalui pelbagai program libat urus

dan seminar. Proses penambahbaikan ini akan melibatkan kos tambahan

kepada pemain industri.

NO SOALAN: 80

Dari segi penguatkuasaan pula, MPOB telah memperkenalkan

Syarat Lesen yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 dalam

menangani isu bahan cemar 3-MCPDE dan GE. Syarat Lesen tersebut

dikenakan bagi pemegang dalam kategori kilang penapis sawit (RF),

pengeksport keluaran minyak sawit (MF) dan pengimport keluaran kelapa

sawit (PM). Aras maksima kandungan 3-MCPDE dalam PPO dan minyak

isirung sawit terproses (PPKO) adalah masing-masing 2.5 ppm dan 1.25

ppm manakala aras maksima kandungan GE adalah 1 ppm bagi kedua-

dua PPO dan PPKO. Penetapan aras maksima 3-MCPDE dan GE bukan

sahaja bertujuan untuk memastikan keluaran minyak sawit negara

mencapai piawaian antarabangsa tetapi turut merangkumi produk untuk

pasaran tempatan.

Ingin juga dimaklumkan Syarat Lesen tersebut adalah sejajar

dengan perundangan yang telah dikuat kuasa oleh EU mulai 1 Januari

2021 bagi 3-MCPDE dalam lelemak dan minyak sayuran dan 19 Mac

2018 bagi GE. Sehingga Syarat Lesen dikuatkuasakan pada tahun 2023,

spesifikasi PPO dan PPKO yang dieksport ke negara Kesatuan Eropah

(EU) perlu dibuat melalui persetujuan bersama antara pembeli dan

pembekal atau business-to-business arrangement. Pemilihan tarikh

penguatkuasaan tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada

industri minyak sawit negara untuk bersiap siaga dalam memastikan

pengeluaran PPO dan PPKO mematuhi aras maksima 3-MCPDE dan GE

yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 81

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PERTANIAN DAN

INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan

kepada Sarawak untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan dalam

sektor agro makanan bagi 10 tahun yang lepas.

NO SOALAN: 81

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan

Industri Makanan (MAFI) sentiasa memastikan penyelidikan dan

pembangunan dalam sektor agromakanan dilaksanakan di pelbagai

negeri termasuk di Negeri Sarawak. Dalam tempoh pelaksanaan

Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMKe-10) iaitu dari 2011 sehingga

2015 sebanyak RM4.15 juta telah diterima oleh MARDI Sarawak bagi

melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor

agromakanan di Negeri Sarawak.

Seterusnya dalam Rancangan Malaysia yang Kesebelas (RMKe-

11) iaitu dari 2016 sehingga 2020 sebanyak RM3.19 juta telah

diperuntukan dan dalam Rancangan Malaysia kedua belas (RMKe-12)

sehingga 30 November 2021 sebanyak RM292,962 telah disalurkan

menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi melaksanakan

penyelidikan dan pembangunan dalam sektor agro makanan di Negeri

Sarawak dari 2011 sehingga 2021 adalah sebanyak RM7.68 juta.

Sekian, terima kasih

NO SOALAN: 82

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS

Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian terhadap

syarikat penerbangan yang membatalkan penerbangan dengan sesuka

hati tanpa menyediakan pelan penerbangan alternatif sehingga

menyukarkan pengguna dan gagal membuat pembayaran balik secara

tunai dengan kadar segera kepada pengguna.

NO SOALAN: 82

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016

(Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016, MACPC) telah

dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)

mulai 1 Julai 2016. Kod ini bertujuan untuk melindungi hak dan

kepentingan pengguna dengan memastikan semua aduan terhadap

syarikat-syarikat penerbangan diambil tindakan dan diselesaikan.

Berdasarkan MACPC 2016, sekiranya penerbangan dibatalkan

oleh syarikat penerbangan yang dikategorikan sebagai “dalam kawalan”

syarikat penerbangan, sebagai contoh pembatalan atas sebab teknikal,

atau kapasiti penumpang yang tidak memuaskan menyebabkan

penerbangan tersebut dilewatkan atau dibatalkan, maka berdasarkan

Seksyen 12 MACPC 2016, penumpang hendaklah ditawarkan pilihan-

pilihan berikut:

a. pembayaran ganti dalam masa 30 hari, daripada kos tiket

sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk cukai dan fi,

bagi bahagian atau bahagian- bahagian perjalanan yang

tidak dilakukan jika penerbangan itu tidak lagi menyediakan

perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan

rancangan perjalanan asal penumpang tanpa hak untuk

menaiki pesawat; atau

NO SOALAN: 82

b. perubahan laluan dalam keadaan pengangkutan yang

setanding ke destinasi akhir mereka pada peluang yag

terawal atau pada tarikh yang kemudian mengikut

kemudahan pengguna, tertakluk kepada ketersediaan

tempat duduk tanpa dikenakan bayaran tambahan.

Manakala, sekiranya pembatalan penerbangan yang dikategorikan

sebagai “di luar kawalan” syarikat penerbangan disebabkan situasi hal

yang luar biasa yang tidak dapat dielakkan, seksyen 12(5) MACPC 2016

menjelaskan bahawa syarikat penerbangan yang beroperasi tidak

mempunyai obligasi untuk membayar pampasan jika syarikat

penerbangan itu boleh membuktikan bahawa pembatalan, mengikut

mana-mana yang berkenaan, disebabkan oleh hal keadaan luar biasa

yang tidak dapat dielakkan walaupun semua langkah yang sewajarnya

telah diambil oleh syarikat penerbangan.

Dalam hubungan ini, hal keadaan luar biasa adalah bermaksud

seperti hal keadaan yang boleh berlaku dalam hal peperangan,

keadaan meteorologi tidak bersesuaian dengan operasi penerbangan

yang berkenaan, risiko keselamatan, kelemahan aspek keselamatan

penerbangan yang tidak dapat dijangka dan mogok yang

menjejaskan operasi sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi.

Dalam situasi berbeza di mana pengguna sendiri yang

membatalkan penerbangan, maka bayaran balik tiket kepada pengguna

adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh

kedua-dua pihak iaitu syarikat penerbangan dan pengguna, semasa

pengguna membeli tiket tersebut.

NO SOALAN: 82

Untuk makluman Yang Berhormat, syarikat penerbangan di

Malaysia secara amnya menawarkan bayaran balik (refund) kepada

penumpang yang terkesan daripada pembatalan penerbangan akibat

daripada penularan wabak COVID-19. Dalam hubungan ini, syarikat

penerbangan pada kebiasaannya akan menawarkan pilihan kepada

penumpang untuk menerima bayaran balik dalam bentuk baucar

perjalanan atau kredit akaun yang boleh digunakan untuk perjalanan

yang ingin dilakukan pada masa hadapan.

Selain itu, syarikat penerbangan juga menawarkan pilihan untuk

penumpang membuat sekali penukaran tarikh perjalanan dengan caj

perubahan tarikh yang dikecualikan. Pihak syarikat penerbangan turut

menawarkan pilihan untuk bayaran balik dalam bentuk pembayaran asal

namun pilihan ini akan dipertimbangkan berasaskan kes demi kes.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 83

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS,

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS

Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan apakah faktor utama yang menjadi punca pekerjaan sektor

Dirty, Dangerous, Difficult (3D) atau kotor, bahaya, sukar yang diiklankan

di dalam portal MyFutureJobs tidak mendapat sambutan pekerja

tempatan sehingga Kerajaan terpaksa meluluskan kemasukan 32,000

orang pekerja asing.

NO SOALAN: 83

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan mengambil maklum pandangan daripada Yang Berhormat

yang menyatakan sektor Dirty, Dangerous, Difficult (3D) atau kotor,

bahaya, sukar yang diiklankan di dalam portal MyFutureJobs tidak

mendapat sambutan disebabkan oleh beberapa faktor.

Faktor utama yang di kenalpasti adalah kerana kebanyakan pekerja

tempatan yang mempunyai kelulusan tinggi tidak mahu terlibat dalam

sektor pekerjaan 3D yang dikategorikan sebagai pekerjaan yang tidak

setaraf dengan kelayakan yang dimiliki oleh mereka. Selain itu, sektor ini

juga terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan di samping isu

gaji yang kurang kompetitif berbanding sektor lain.

Kerajaan akan meneruskan usaha untuk mewujudkan peluang

pekerjaan untuk rakyat Malaysia selari dengan inisiatif Jamin Kerja

Keluarga Malaysia atau JaminKerja yang menyasarkan 600,000 peluang

pekerjaan dengan peruntukan RM4.8 bilion. Portal Pekerjaan Nasional

iaitu MYFutureJobs juga perlu dimanfaatkan sebagai platform bagi pihak

industri menawarkan peluang pekerjaan kepada pencari kerja tempatan

daripada pelbagai latar belakang.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 84

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS

Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan berapakah peratusan liputan jalur lebar di

Labuan dan apakah langkah-langkah yang telah dan sedang

dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi meningkatkan capaian jalur

lebar agar ia berupaya melonjakkan ekonomi digital di Labuan.

NO SOALAN: 84

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, peratusan liputan

jalur lebar 4G di kawasan berpenduduk di Labuan telah meningkat

kepada 97.98% pada suku ketiga 2021 berbanding 97.40% sebelum

pelaksanaan JENDELA pada suku ketiga 2020. Usaha penambahbaikan

rangkaian akan diteruskan di kawasan-kawasan yang telah mempunyai

liputan bagi memberikan kualiti pengalaman yang lebih baik kepada

pengguna untuk kehidupan seharian.

Beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan bagi

menambahbaik infrastruktur digital di Parlimen Labuan melalui Pelan

Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah Fasa 1 setakat 30 November

2021, antaranya:

Inisiatif Tapak Menara Baharu Naik Taraf Stesen Pemancar Premis Tersedia Gentian Optik

Parlimen Perancangan Siap Perancangan Siap Perancangan Siap

Labuan 5 3 86 84 6,426 2,353

Secara umumnya, pelaksanaan kesemua inisiatif JENDELA ini

telah bermula sejak bulan September 2020 dan inisiatif yang dalam

perancangan akan siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun

2022.

NO SOALAN: 84

Para pengguna disaran melayari portal JENDELA Map

(https://jendela.my) yang telah dilancarkan pada Julai lepas, bagi

melaporkan lokasi yang kurang mendapat liputan agar boleh dimasukkan

ke dalam perancangan masa hadapan. Maklumat yang diperoleh

daripada pengguna secara terus secara sumber khalayak atau

crowdsourcing, dapat digunakan sebagai maklumat bagi membuat

perancangan penambahbahbaikan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur

lebar dari semasa ke semasa.

Pihak SKMM akan berusaha untuk mempercepatkan pembinaan

menara namun ianya juga bergantung kepada kelulusan yang

dikeluarkan pihak tertentu seperti Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kerjasama serta komitmen Kerajaan

Negeri dan semua pihak adalah penting bagi memastikan kesemua

cadangan dasar yang telah diluluskan di peringkat pusat, dapat

diaplikasikan di peringkat negeri dan PBT agar penyediaan infrastruktur

digital dapat dimudahcara serta mengikut piawaian yang tertentu bagi

memastikan Aspirasi Nasional dapat dicapai.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 85

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : BY DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian bagi

meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan dalam tempoh pandemik

COVID-19.

NO SOALAN: 85

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kebolehpasaran graduan merupakan antara agenda terpenting yang

diberikan penekanan utama oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

dalam melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi, sejajar dengan keperluan

semasa industri dan pasaran buruh negara. Antara usaha yang

dilaksanakan oleh KPT untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran

graduan pasca pandemik COVID-19 adalah:

i. Menyediakan platform perkongsian input daripada pihak

industri di peringkat strategik bagi membincangkan jurang

antara kemahiran graduan dan keperluan industri. Platform

strategik yang dimaksudkan ini termasuklah Majlis TVET Negara;

Majlis Penasihat Industri; Government-Industry TVET Coordination

Body (GIC); serta Pasukan Petugas Khas di bawah Majlis

Pekerjaan Negara (NEC) yang merangkumi Pasukan Petugas Khas

National Education (STF NE) dan Pasukan Petugas Khas TVET

(STF: TVET);

ii. Melaksanakan program latihan berbentuk reskilling dan

upskillling melalui inisiatif PENJANA KPT-CAP dan persijilan

profesional melalui PENJANA KPT-PACE. Peserta yang

mengikuti program ini dijamin penempatan pekerjaan tertakluk

kepada kriteria dan syarat yang ditetapkan

NO SOALAN: 85

iii. Melaksanakan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan

(GE). Program intervensi ini memberikan nilai tambah kepada

graduan yang dikenal pasti rendah kadar kebolehpasarannya

(CGPA 3.3 ke bawah) atau daripada program-program pengajian

yang rendah kadar kebolehpasaran (kadar kebolehpasaran 50% ke

bawah).

iv. Melaksanakan Structured Internship Programme (SIP). Program

penempatan pelajar untuk latihan industri secara berstruktur ini

akan menawarkan penempatan di industri secara kekal sekiranya

pelajar layak.

v. Membangunkan portal sehenti (one stop centre) iaitu Portal

Graduates Reference Hub for Employment and Training atau

GREaT sebagai pusat rujukan untuk mendapatkan maklumat

mengenai pekerjaan, keusahawanan, peluang melanjutkan

pengajian, pembiayaan dan latihan peningkatan kemahiran kepada

graduan.

vi. Menyemak dan menambahbaik secara berkala kandungan

modul dan program akademik yang ditawarkan. Saringan

dilaksanakan bersama beberapa Jabatan, Agensi dan Badan

Profesional berkaitan bagi memastikan program-program akademik

atau bidang pengajian yang menjadi fokus dan keperluan guna

tenaga negara sahaja yang ditawarkan oleh IPT.

vii. Membangunkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan

2021-2025.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 86

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta PERDANA MENTERI menyatakan

berapakah dengan jelas peruntukan yang diterima oleh Wilayah

Persekutuan Labuan berbanding Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Wilayah Persekutuan Putrajaya:

(a) pecahan peruntukan RMKe-11 dengan menyatakan jumlah

peruntukan pembangunan yang telah diluluskan, diterima dan

dibelanjakan bagi ketiga-tiga wilayah; dan

(b) pecahan peruntukan RMKe-12 sehingga RP3 dengan

menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan, diterima dan

dibelanjakan bagi ketiga-tiga wilayah.

NO SOALAN: 86

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

(EKONOMI)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sepanjang RMKe-11 iaitu dari 2016 sehingga 2020, peruntukan

pembangunan asal yang diluluskan oleh Kerajaan bagi Wilayah

Persekutuan adalah berjumlah RM21.75 bilion dan peruntukan

dipinda pula sebanyak RM34.52 bilion. Kesemua peruntukan ini

dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan.

Pecahan peruntukan dan perbelanjaan mengikut Wilayah

Persekutuan adalah seperti berikut:

JUMLAH RMKE-11

WILAYAH PERSEKUTUAN

PERUNTUKAN RM JUTA BELANJA

(RM JUTA) ASAL DIPINDA

Kuala Lumpur 9,227.0 7,423.0 7,423.0

Labuan 679.1 504.4 504.4

Putrajaya 9,136.6 9,229.9 9,229.9

Pelbagai 2,709.3 17,359.5 17,359.5

JUMLAH KESELURUHAN

21,752.0 34,516.8 34,516.8

NO SOALAN: 86

2. Bagi RMKe-12 pula, peruntukan asal tahun 2021 yang diluluskan

adalah sebanyak RM13.5 bilion bagi Wilayah Persekutuan manakala

peruntukan dipinda pula adalah sebanyak RM22.8 bilion. Daripada

jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM17.8 bilion telah

dibelanjakan sehingga 7 Disember 2021. Wilayah Persekutuan

Labuan telah diperuntukkan sebanyak RM88.1 juta dan telah

membelanjakan sebanyak RM46.4 juta.

3. Bagi tahun 2022 pula, peruntukan yang diluluskan bagi Wilayah

Persekutuan adalah sebanyak RM16.2 bilion manakala peruntukan

bagi Labuan yang diluluskan adalah sejumlah RM191.1 juta. Pecahan

peruntukan dan perbelanjaan mengikut Wilayah Persekutuan adalah

seperti berikut:

BIL. NEGERI

2021 2022

PERUNTUKAN RM JUTA BELANJA

(RM JUTA)

PERUNTUKAN RM JUTA

ASAL DIPINDA ASAL %

1 Kuala Lumpur 3,783.1 2,373.0 1,488.2 3,224.9 19.9

2 Labuan 156.5 88.1 46.4 191.1 1.2

3 Putrajaya 7,122.5 11,398.8 8,338.2 9,165.2 56.5

4 Pelbagai 2,462.6 8,967.5 7,885.5 3,654.1 22.5

JUMLAH KESELURUHAN

13,524.7 22,827.3 17,758.2 16,235.3 100.0

4. Bagi peruntukan untuk Rolling Plan (RP) 3, tahun 2023 tidak dapat

diberikan pada masa ini memandangkan proses penyediaan

peruntukan RP3, tahun 2023 akan dimulakan pada tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 87

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN SR. HAJI MOHD APANDI BIN

MOHAMAD

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta MENTERI BELIA

DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian berhasrat

menggantikan Kompleks Sukan Tanah Tinggi Lojing ke lokasi lain dan

apa alasannya.

NO SOALAN: 87

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan

Sukan (KBS) masih belum mempunyai sebarang perancangan pada

masa ini untuk menggantikan Kompleks Sukan Tanah Tinggi Lojing ke

lokasi lain kerana ia melibatkan beberapa faktor, antaranya pemilikan

tanah, kos pembinaan yang tinggi dan kesan kepada alam sekitar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, negara mempunyai

sebuah Pusat Latihan Dataran Tinggi di bawah pengurusan Kerajaan

Negeri Sabah iaitu di Kundasang yang dibina pada tahun 2007 dan

telahpun mula beroperasi pada tahun 2011. Pusat latihan ini berada

pasa ketinggian 700 meter dari paras laut. Pelbagai kemudahan turut

disediakan di pusat latihan ini seperti trek sintetik, gimnasium, dua (2)

unit padang bola sepak, dua (2) unit futsal terbuka, enam (6)

gelanggang badminton tertutup dan blok penginapan dengan kapasiti

seramai 80 orang.

Oleh yang demikian, Kementerian akan menggunakan Pusat

Latihan Dataran Tinggi yang sedia ada di Kundasang, Sabah atau Pusat

Latihan Dataran Tinggi luar negara bagi atlet menjalani latihan sekiranya

diperlukan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 88

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN SR. HAJI MOHD APANDI BIN

MOHAMAD

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta MENTERI

PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan adakah Kementerian

berhasrat untuk membukukan senarai lokasi kesemua air terjun di seluruh

negara sekaligus mempromosikannya.

NO SOALAN: 88

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makuman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui

agensinya, Tourism Malaysia sentiasa proaktif dalam membangun dan

mengetengahkan destinasi pelancongan bertemakan eko-pelancongan

negara. Ini termasuklah mempromosikan destinasi-destinasi yang

mempunyai keindahan air terjun di seluruh negara.

2. Antara destinasi air terjun terkenal negara yang sentiasa mendapat

perhatian adalah Air Terjun Latak di Sarawak, Air Terjun Mahua di Sabah,

Air Terjun Chemerong di Terengganu, Air Terjun Jelawang di Kelantan, Air

Terjun Pelangi di Pahang, Air Terjun Kota Tinggi di Johor, Air Terjun Ulu

Chepor di Perak serta Air Terjun Telaga Tujuh di Pulau Langkawi.

Destinasi-destinasi ini menawarkan pengalaman yang mendamaikan dan

pengunjung boleh menyaksikan kepelbagaian alam biologi, formasi geo

hutan serta keunikan khazanah alam flora dan fauna.

3. Tourism Malaysia sememangnya mempunyai perancangan untuk

menerbitkan risalah air terjun untuk memberikan pendedahan lokasi-lokasi

menarik air terjun di seluruh negara untuk dipromosikan sama ada di

peringkat domestik mahupun antarabangsa. Bagi tujuan ini, kerjasama

dengan pelbagai pihak, termasuklah dengan Kerajaan Negeri, diadakan

NO SOALAN: 88

bagi mengenalpasti produk-produk berkaitan untuk diketengahkan di dalam

risalah tersebut.

4. Dalam pada itu, maklumat-maklumat destinasi air terjun ini juga akan

dimuatnaik ke dalam laman sesawang Malaysia.Travel dan Interactive

Digital Brochure yang memaparkan maklumat lokasi, gambar-gambar,

video serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan untuk memudahkan

pelancong untuk merancang dan mengetahui lebih lanjut tentang destinasi

tersebut. Dalam pada itu, gambar-gambar dan video air terjun ini juga akan

digunakan sebagai bahan promosi di setiap acara dan program melibatkan

agensi-agensi di bawah MOTAC.

5. Selain memastikan pembangunan produk pelancongan negara

sentiasa mampan, berdaya saing dan inklusif seperti yang dinyatakan

dalam Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030, usaha ini juga

adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Pelan

Ekopelancongan Kebangsaan 2.0 2020-2030 yang menggariskan amalan

terbaik untuk pengurusan dan pemuliharaan ekopelancongan. Selain itu,

dasar tersebut juga menggariskan usaha untuk mengintergrasikan pelan

pengurusan pelancongan dan pelan pengurusan kawasan simpanan yang

dikenal pasti sebagai asas kunci dalam menyediakan garis panduan dan

amalan terbaik untuk pembangunan ekopelancongan di dalam kawasan

hutan simpan atau taman negara.

NO SOALAN: 88

6. Aktiviti sukan dan rekreasi sambil menikmati khazanah alam semula

jadi negara akan terus digunakan sebagai salah satu program promosi bagi

menarik minat dan kehadiran pelancong serta pada masa yang sama,

boleh memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 89

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN SR. HAJI MOHD APANDI BIN

MOHAMAD

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta MENTERI

PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan senarai projek dan

peruntukannya yang di bawah Kementerian di Negeri Kelantan.

NO SOALAN: 89

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah

memperuntukkan sebanyak RM5.02 juta bagi melaksanakan tiga (3)

buah projek pembangunan kemudahan pelancongan dan kebudayaan di

Negeri Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Projek-projek yang dimaksudkan adalah:

(i) Baik Pulih Bumbung dan Kerja-Kerja Berkaitan di Kompleks

Kebudayaan & Kesenian Negeri Kelantan;

(ii) Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Kawasan Pantai

Geting, Tumpat; dan

(iii) Pembinaan Dewan Pagar Orang Ramai Homestay Pantai Suri.

2. MOTAC turut memperuntukkan RM1.4juta di bawah Rolling Plan

Pertama, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) pada tahun

2021 bagi membiayai 4 projek pembangunan dan penyelenggaraan

baharu di Negeri Kelantan iaitu:

(i) Peningkatan Kemudahan Pelancongan Pantai Bisikan Bayu,

Pasir Puteh;

NO SOALAN: 89

(ii) Membaikpulih Struktur Bangunan serta Penyelenggaraan

Kemudahan Istana Jahar, Kota Bharu;

(iii) Membaikpulih Struktur Tangga Luar Bangunan serta

Penyelenggaraan Kemudahan Lanskap Muzium Perang (Bank

Kerapu), Kota Bharu; dan

(iv) Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan Taman Eko Rimba Bukit

Bakar, Machang.

3. Selain itu, sebanyak RM1.45juta lagi diperuntukkan di bawah Bajet

Mengurus MOTAC bagi melaksana 21 buah projek penyelenggaraan

baharu di Negeri Kelantan sepanjang tempoh 2020 hingga 2021. Antara

projek-projek yang terlibat ialah:

(i) Menaiktaraf Laluan Pejalan Kaki di Zon Bebas Cukai Rantau

Panjang;

(ii) Menaiktaraf Kemudahan Awam di Kompleks Gua Ikan, Dabong;

(iii) Menaiktaraf dan Menyenggara Denai Hutan di Taman Eko-

Rimba Jeram Linang;

(iv) Kerja-kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Kemudahan

Pelancong di Taman Negara Kelantan Kuala Koh, Gua

Musang;

(v) Membina Mercu Tanda Bandar Baru Tunjung dan Kerja-kerja

Pengindahan di Dataran Hadapan Auto City, Tunjung; dan

NO SOALAN: 89

(vi) Membekal dan Memasang Hand Railing di Anjung Warisan,

Kok Lanas.

4. Dalam hal ini juga, MOTAC telah menjalinkan hubungan kerjasama

dengan East Coast Economic Region Development Council (ECERDC),

sebuah Badan Berkanun di bawah Jabatan Perdana Menteri, bagi

melaksanakan Projek Pembangunan Tanah Kampung Laut sebagai

Kampung Pelancongan Warisan yang berkonsepkan ‘Living Museum’

dengan kos RM27.4 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh ECERDC.

Projek yang terletak berhampiran Sungai Kelantan ini merangkumi

komponen seperti bengkel kraftangan, kedai makanan tradisional,

boardwalk, jeti, dataran kejat dan tandas. Ia melibatkan dua pakej iaitu

Laman Warisan dan Laman Seni serta dijadual untuk mula beroperasi

secara berperingkat bermula penghujung tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 90

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB SR. HAJI MOHD APANDI BIN

MOHAMAD

Sr. Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta MENTERI PENGAJIAN

TINGGI menyatakan usaha Kementerian dalam membantu Institusi

Pendidikan Swasta milik Bumiputera yang sedang bergelut impak

daripada pandemik COVID-19.

NO SOALAN: 90

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) amat menghargai sumbangan yang

diberikan oleh IPTS dalam menyediakan akses kepada pendidikan tinggi

sebagai rakan libat aktif yang bersama-sama memainkan peranan dalam

menjayakan misi dan visi agenda pendidikan tinggi negara. Justeru,

Kementerian sentiasa berusaha memastikan IPTS termasuk IPTS

Bumiputera dibantu dengan sewajarnya seperti sesi libat urus berterusan,

memberi khidmat nasihat serta sesi konsultansi.

Prihatin kepada permasalahan yang dihadapi oleh IPTS terutamanya

yang terjejas akibat pandemik COVID-19, Kerajaan telah mengarahkan

penubuhan satu Pasukan Petugas Kebangsaan Pemudahcara IPTS

sebagai Industri (PEMUDAH IPTS) bagi mengkaji dan meneliti

permasalahan serta kekangan yang dihadapi oleh IPTS untuk

berkembang dan menjadi lebih maju sebagai satu industri yang mampan.

Antara inisiatif yang telah dikenal pasti termasuklah cadangan Kerajaan

untuk melanjutkan potongan cukai dua kali kepada syarikat yang memberi

biasiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi semua bidang

pengajian sebagaimana yang telah diumumkan oleh YB Senator Menteri

Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober 2021 yang

lalu.

NO SOALAN: 90

Selain itu, dalam memastikan pengoperasian IPTS berada di landasan

yang mampan dan berdaya saing, KPT melalui dokumen “Way Forward

for Private Higher Education Institutions (PHEIs): Education as an

Industry (2020-2025)” telah menggariskan lima (5) fokus utama untuk

kelestarian IPTS iaitu Agile Governance, Institutional Sustainability,

Transformed Delivery, Innovation and Teaching Excellence dan

Internationalisation. Pelan tindakan yang dicadangkan di dalam dokumen

ini akan melonjakkan IPTS sebagai suatu industri yang mantap dan

berdaya saing.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 91

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB SR. HAJI MOHD APANDI BIN

MOHAMMAD

Sr. Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta KEMENTERIAN

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

menyatakan apakah faktor pelabur bertaraf dunia seperti Tesla, Amazon,

Apple, Microsoft, Oracle belum berhasrat menjadikan Malaysia sebagai

hub mereka di kawasan Asia Tenggara.

NO SOALAN: 91

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pelbagai faktor penting akan diambil kira dan perlu dipertimbangkan oleh

pelabur sebelum mereka mengambil keputusan untuk membuat sesuatu

pelaburan.

Faktor-faktor utama ini termasuklah iklim pelaburan yang bukan sahaja

merujuk kepada ekosistem perniagaan yang kondusif tetapi merangkumi

aspek pertumbuhan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan kualiti

pengangkutan, insentif pelaburan, perkhidmatan telekomunikasi dan utiliti

tempatan, saiz pasaran, kualiti dan bekalan tenaga kerja, keselamatan

dan privasi juga menjadi faktor-faktor yang menarik pelabur asing untuk

menjadikan sesebuah negara sebagai hab rantaian bekalan di ASEAN.

Selain daripada itu, tempoh masa yang lama diperlukan bagi

memuktamadkan keputusan sedemikian, bergantung kepada feasibility

study atau kajian kebolehlaksanaan yang dijalankan oleh pelabur

berkenaan. Kajian tersebut melibatkan analisa ke atas potensi dan

kelebihan daya saing pasaran, penilaian risiko projek termasuk viability

atau daya maju teknikal dan kebolehlaksanaan operasi dan ekonomi serta

jangka hayat projek termasuk pengiraan dan analisis kos serta beban

kewangan.

NO SOALAN: 91

Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik

COVID-19 serta persaingan yang sengit dari negara-negara di rantau ini,

Malaysia telah berjaya menarik pelabur bertaraf dunia dengan

menempatkan operasi atau sebahagian daripada aktiviti mereka di sini.

Syarikat-syarikat ini termasuklah:

i. Microsoft yang akan melabur sebanyak RM4.2 bilion bagi

menubuhkan sebuah pusat data serantau di Malaysia. Microsoft

turut bercadang untuk melatih sejumlah 1 juta rakyat Malaysia bagi

jangka masa 3 tahun. Pelaburan Microsoft ini akan menjana

pendapatan sekitar RM19 bilion kepada rakan tempatan dan cloud-

consuming customers bagi tempoh 4 tahun akan datang, serta

menyumbang kepada 19,000 peluang pekerjaan baharu secara

langsung dan tidak langsung dalam tempoh yang sama;

ii. Mercedes-Benz AG turut memilih Malaysia sebagai pusat logistik

komponen serantau bagi Asia Pasifik bagi mengurus dan mengedar

pelbagai alat ganti serta aksesori berkaitan yang melibatkan

perkhidmatan untuk 22 buah negara. Fasiliti kemudahan baharu

syarikat di Senai, Johor akan meliputi ruang penyimpanan

berkapasiti kira-kira satu juta kaki persegi dan dilengkapi dengan

sistem penyimpanan dan kendalian bahan serba maju untuk

kelancaran perkhidmatan rangkaian pengedaran serantaunya;

iii. Turkish Aerospace Industries (TAI), salah sebuah syarikat

terkemuka industri penerbangan global, telah membuka pejabat

kejuruteraan dan reka bentuknya yang pertama di Asia Tenggara

untuk menjalankan kajian bersama dalam pelbagai bidang

termasuk pesawat tanpa pemandu, jurulatih jet, projek helikopter

NO SOALAN: 91

dan program pemodenan untuk ekosistem penerbangan global. TAI

dan industri aeroangkasa Malaysia terlibat dalam banyak program

bersama terutamanya dalam pembangunan pesawat Airbus;

iv. AT&S AG yang berpengkalan di Austria, turut mengumumkan

keputusan untuk melabur di Malaysia bagi pengeluaran integrated

circuits (IC) substrates dengan potensi pelaburan bernilai RM8.5

bilion. Teknologi IC substrates yang akan dibawa masuk adalah

yang terkini bagi pembangunan aplikasi teknologi 5G. Ini

merupakan pelaburan pertama syarikat bertaraf global tersebut di

rantau Asia Tenggara, selain pelaburan terbesar dalam sejarah

sepanjang penubuhan syarikat. Projek berteknologi tinggi ini

dijangka akan mewujudkan sekurang-kurangnya 5,000 peluang

pekerjaan berteknologi tinggi; dan

v. Taiyo Yuden dari Jepun yang akan menyuntik pelaburan modal

sebanyak RM680 juta untuk memperluas kemudahan fasiliti

syarikat di Kuching bagi pembuatan kapasitor seramik pelbagai

lapisan adalah satu lagi kejayaan Malaysia sebagai hab pilihan

untuk pengeluar global dan pintu masuk ASEAN. Syarikat

menjangkakan permintaan yang tinggi untuk kapasitor seramik

pelbagai lapisan pada masa hadapan berikutan kemajuan teknologi

dalam kenderaan, elektrik dan elektronik, telefon pintar 5G dan

infrastruktur komunikasi. Projek ini dijangka akan menjana 2,000

peluang pekerjaan tambahan.

NO SOALAN: 91

Pelaburan-pelaburan ini membuktikan kejayaan Kerajaan dalam

membawa masuk pelabur bertaraf dunia. Meskipun berhadapan dengan

pelbagai cabaran, Kerajaan tetap terus komited untuk memastikan

Malaysia terus kekal sebagai lokasi yang mesra pelabur dan memastikan

pelaburan yang masuk ke dalam negara adalah berkualiti dan berimpak

tinggi, memberi manfaat yang signifikan kepada rakyat, terutamanya

dalam fasa pemulihan ekonomi ini.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 92

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD

RADZI

Datuk Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI PERTANIAN DAN

INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah petani atau pesawah yang

telah menerima manfaat dari Kementerian serta bantuan khusus yang

sediakan untuk melahirkan lebih ramai petani dan agropreneur muda dari

kalangan OKU.

SOALAN NO: 92

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah

memperkenalkan lima (5) program bantuan subsidi dan insentif kepada

industri padi dan beras negara bagi memastikan kelangsungan

pengeluaran padi dan beras negara bagi menampung keperluan pasaran

domestik dan menjana pendapatan pesawah. Empat (4) program bantuan

subsidi bagi input pertanian adalah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan

(SBPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), Skim Baja dan Racun

Padi Bukit/Huma (SBRPB) dan Insentif Benih Padi Sah (IBPS). Manakala

Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) merupakan program bantuan subsidi

bagi output pertanian apabila pesawah diberikan insentif bagi menjual

hasil penanaman padi mereka ke kilang-kilang yang berdaftar dan

dilesenkan.

Pada tahun 2021, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

(MAFI) telah diperuntukkan sebanyak RM1.53 bilion bagi meneruskan

program bantuan subsidi dan insentif kepada pengusaha-pengusaha

tanaman padi di Malaysia dalam memastikan kelangsungan industri padi

dan beras negara serta meningkatkan taraf ekonomi pesawah.

Keseluruhan bantuan subsidi dan insentif ini memanfaatkan kira-kira

300,000 pesawah di seluruh negara dengan mengurangkan kos pesawah

sehingga 60% daripada jumlah keseluruhan kos pengeluaran.

SOALAN NO: 92

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, golongan muda merupakan

salah satu kumpulan sasar yang difokuskan oleh pihak MAFI melalui

Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0. Melalui dasar tersebut, MAFI

memberikan perhatian khusus untuk menggalakkan penglibatan

golongan muda dalam sektor agromakanan negara.

DAN 2.0 menggariskan beberapa pelan tindakan bagi menarik dan

mengekalkan bakat-bakat muda dalam sektor pertanian, antaranya

adalah:

1. Menjenamakan semula agromakanan dengan pertanian moden untuk

menggalakkan penglibatan bakat muda;

2. Mewujudkan sumber tenaga industri yang optimum melalui

pengintegrasian siswazah dan pekerjaan sebenar dengan latihan amali

dan perantisan; dan

3. Meningkatkan pendedahan generasi muda kepada aktiviti pertanian

melalui pendidikan bersasar.

Menerusi industri padi dan beras negara, MAFI giat

mempromosikan penyertaan golongan muda dalam bidang penyedia

perkhidmatan (service provider) seperti dron dan kejenteraan pertanian

melalui beberapa program termasuk SMART Sawah Berskala Besar.

Namun, belum ada sebarang program khusus disediakan bagi golongan

OKU di peringkat huluan melainkan program-program melibatkan

peningkatan pendapatan di peringkat hiliran seperti industri pemprosesan

makanan

SOALAN NO: 92

Walau bagaimanapun, menerusi sektor pertanian yang lain, MAFI

melaksanakan Program Agropreneur Muda bagi membantu golongan

muda termasuk OKU dalam sektor pertanian dan agromakanan sebagai

usahawan. Program ini khusus bagi belia berumur 18 hingga 40 tahun

yang memerlukan bantuan geran dalam bentuk barangan sehingga

RM20,000 dan pinjaman sehingga RM500,000. Sejak tahun 2016 hingga

Oktober 2021, Kementerian telah membantu seramai 7,528 orang melalui

Geran Agropreneur Muda berjumlah RM134.29 juta. Manakala, seramai

165 orang telah diluluskan pinjaman melalui Agrobank dan TEKUN

dengan jumlah pembiayaan RM23 juta.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 93

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD

RADZI

Datuk Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI PELANCONGAN,

SENI DAN BUDAYA menyatakan tindakan Kementerian dalam

memastikan kesemua destinasi pelancongan domestik adalah mesra

kepada OKU termasuk perhotelan, resort dan lokasi tumpuan

pelancong.

NO SOALAN: 93

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Tahap kebolehcapaian kepada fasiliti dan produk pelancongan

untuk orang kurang upaya (OKU) menjadi fokus berterusan bagi

memastikan destinasi, produk dan perkhidmatan pelancongan boleh

dikunjungi dan dinikmati oleh semua pelancong tanpa mengira batasan

fizikal atau usia.

2. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa

mengambil berat terhadap keperluan bagi memenuhi kehendak pasaran

segmen pelancong yang memerlukan keperluan khas ini selaras dengan

visi MOTAC untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan

pelancong bertaraf dunia.

3. Di bawah Teras Strategik 5, Dasar Pelancongan Negara 2020-

2030, iaitu Memperkukuh Komitmen Terhadap Pelancongan Lestari,

MOTAC akan terus komited dalam memastikan semua kategori

pelancong boleh melancong ke Malaysia dengan selamat dan selesa

dengan berpandukan prinsip ‘Tourism For All – Promoting Universal

Accessibility’ oleh United Nations World Tourism Organisation

(UNWTO).

NO SOALAN: 93

4. Selain itu, dalam memastikan kesemua destinasi pelancongan

domestik adalah mesra OKU, setiap projek pembangunan dan

penyelenggaraan adalah berpandukan kepada Undang-Undang Kecil

Bangunan Seragam (UKBS) 1984 melalui Seksyen 34A yang

mewajibkan semua bangunan awam menyediakan akses bagi

membolehkan OKU memasuki, keluar dan berada dalam bangunan dan

menyediakan kemudahan-kemudahan untuk digunakan oleh OKU.

5. MOTAC juga merupakan Ahli kepada Jawatankuasa Rekabentuk

Sejagat dan Alam Bina di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang

Upaya yang dipengerusi dan diterajui oleh Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Platform ini digunakan sebaiknya

oleh MOTAC dalam merencana, berbincang dan melaksanakan segala

perancangan berhubung penyediaan universal access di destinasi dan

produk pelancongan negara.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD

RADZI

Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah pelatih

(graduan) yang telah dihasilkan oleh Pusat Latihan Perindustrian Bangi

(PLPP) sejak penubuhan serta usaha Kementerian dalam

memperkasakan pusat ini.

NO SOALAN: 94

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Beehrormat,

Pusat latihan ini merupakan sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM) yang memberikan perkhidmatan kepada Orang

Kurang Upaya (OKU) melalui latihan vokasional dan pemulihan. PLPP

telah beroperasi sepenuhnya dan mengambil pelajar pertama pada tahun

1999. Institusi ini boleh menampung sehingga 300 orang pelajar dalam

satu masa.

Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan

pemulihan kepada OKU keutamaannya kategori fizikal. Latihan

vokasional yang terdapat di PLPP terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu

Kursus Vokasional dan Kursus Pra-Vokasional. Kursus-kursus yang

ditawarkan adalah seperti berikut:

a. Kursus Vokasional:

i. Kursus Pengurusan Pejabat (SKM Tahap 2);

ii. Kursus Pembuatan Pakaian Wanita (SKM Tahap 1);

iii. Kursus Pemasangan Elektrik;

iv. Kursus Fabrikasi Logam; dan

v. Kursus Prostetik dan Ortotik.

NO SOALAN: 94

b. Kurus Pra-Vokasional:

i. Kursus Seni Lukis; dan

ii. Kursus Teknologi Batik;

PLPP telah melahirkan seramai 2,220 graduan OKU sejak ditubuhkan.

Pada tahun ini PLPP menangguhkan semua kursus kecuali yang

melibatkan Persijilan Kemahiran Malaysia. Sepanjang tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, tahun ini hanya

seramai 27 OKU yang berjaya menamatkan pengajian. Bagi pelajar yang

tertangguh pula sesi pembelajaran akan bermula pada Januari 2022.

Pada tahun 2020, PLPP mengambil inisiatif untuk menubuhkan

Persatuan Alumni PLPP Bangi sebagai platform rasmi untuk mengumpul

dan menyatukan bekas-bekas pelajar bagi tujuan kebajikan,

pembangunan kendiri dan sumber inspirasi kepada pelajar baharu.

Persatuan Alumni PLPP Bangi telah berjaya didaftarkan pada 15 April

2021 dengan keahlian seramai 212 orang. Pihak PLPP masih berusaha

menjejaki bekas pelajar melalui medium elektronik bagi tujuan

pendaftaran.

PLPP juga dilihat sebagai platform pembangunan Sukan Para dan telah

melahirkan ramai atlet yang mewakili Malaysia ke peringkat Kebangsaan

dan Antarabangsa seperti atlet Badminton Berkerusi Roda (Mazlan Bin

Saibon), atlet Angkat Berat (Mohd Shamil Bin Saad dan atlet Tenis

Berkerusi Roda (Mohd Shafiq Bin Mohd Jamil).

NO SOALAN: 94

PLPP sedang dalam ‘reengineering’ ke arah pelaksanaan kursus-kursus

dan latihan sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 kepada OKU.

Jangkaan pelaksanaan ini bermula bulan Julai 2022.

PLPP juga menyusun dan menawarkan latihan berkaitan keusahawanan

kepada pelajar-pelajar OKU serta komuniti dengan mewujudkan

Bahagian Keusahawanan. Selari dengan tujuan tersebut, PLPP

menjalinkan kerjasama erat bersama pemain industri, institut

keusahawanan dan pihak-pihak berkepentingan.

PLPP juga membuka ruang dan peluang kepada beberapa kategori OKU

untuk mengikuti kursus dan latihan di PLPP bermula sesi kemasukan

pelajar baharu tahun 2022 seperti kategori Penglihatan (rabun –B3),

pendengaran (pekak dan bisu) dan pertuturan. Inisiatif ini bertujuan untuk

memberi peluang kepada OKU untuk memperkasakan kemahiran diri

agar mampu berdaya saing dan kemahiran yang diperolehi menepati

dengan keperluan pasaran kerja.

Untuk terus berdaya saing dan relevan, PLPP akan menawarkan kursus-

kursus jangka pendek di masa akan datang. Ini bagi memberi peluang

kepada lebih ramai OKU mengikuti kursus-kursus yang memenuhi

pasaran pekerjaan dalam industri setelah menamatkan kursus kelak.

Kursus-kursus ini memberi peluang kepada OKU untuk membina

perniagaan sendiri dengan kemahiran yang mereka peroleh. OKU akan

dibekalkan kemahiran keusahawanan untuk memulakan perniagaan dan

bersaing di pasaran luar.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 95

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD

RADZI

Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI WILAYAH

PERSEKUTUAN menyatakan usaha Kementerian dalam memastikan

Wilayah Persekutuan menjadi bandar yang mesra OKU di dunia serta

adakah terdapat sebarang pelan blueprint bagi mewujudkan bandar

inklusif OKU dan warga emas di Wilayah Persekutuan.

NO SOALAN: 95

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Selaras dengan matlamat ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif,

Mampan’, yang membolehkan penduduk Wilayah Persekutuan

menikmati taraf hidup yang lebih baik sejajar dengan Agenda 2030

Pembangunan Mampan, salah satu aspek yang dititikberatkan ialah reka

bentuk sejagat dan kemudahan akses tanpa halangan fizikal. Aspek ini

memberi penekanan kepada kemudahan bagi kanak-kanak, warga

emas dan OKU.

Ciri-ciri reka bentuk sejagat dalam pembangunan bandar telah

diterapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wilayah

Persekutuan terutamanya di dalam penyediaan kemudahan awam

termasuk bangunan awam, kawasan rekreasi, pengangkutan awam,

laluan pejalan kaki, hentian bas, tempat letak kereta, railing tangga, lif,

eskalator, perabot jalan dan kemudahan lain. Penyediaan akses tanpa

halangan fizikal juga telah diperluaskan di kawasan-kawasan komersial,

pusat membeli belah, dan bangunan pejabat.

Secara umumnya, di peringkat Wilayah Persekutuan keperluan

kemudahan OKU telah dilaksanakan melalui penerimapakaian akta,

dasar dan garis panduan serta piawaian sedia ada. Ini termasuklah Akta

Jalan dan Parit Bangunan 1974, Akta Orang Kurang Upaya 2008, Garis

Panduan Reka bentuk Sejagat dan Garis Panduan Perancangan Fizikal

Warga Emas, piawaian SIRIM Malaysia seperti MS1184:2014,

NO SOALAN: 95

AMD.1:2017, MS2015, MS1183, MS2015, MS2577, MS1402 serta dasar

yang ditetapkan di dalam Rancangan Pemajuan di semua PBT Wilayah

Persekutuan.

Rujukan kepada akta, dasar dan garis panduan serta piawaian

sedia ada tersebut telah diambil kira di dalam memproses dan

mempertimbangkan kelulusan pelan bangunan. Ini termasuklah

pemilihan bahan dan produk kemudahan OKU terutamanya di premis-

premis seliaan PBT.

Oleh yang demikian, Kementerian percaya dengan sokongan

Kerajaan melalui RMKe-12 untuk memperluas dan memperkasa

kemudahan OKU ke seluruh kawasan parlimen serta mewujudkan lebih

banyak bandar mesra warga emas pada masa akan datang akan

menggalak dan meningkatkan lagi nilai perkongsian, inklusif dan

kesamarataan di dalam perancangan dan pembangunan kumpulan

tersebut setanding dengan negara-negara maju di dunia.

Sekian. terima kasih.

NO SOALAN: 96

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD

RADZI

Datuk Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan adakah Kementerian akan memperkenalkan atau meminda

akta sedia ada berkenaan pengangkutan awam di Malaysia supaya

mewajibkan kesemua penyedia perkhidmatan pengangkutan awam

adalah inklusif dan mesra OKU.

NO SOALAN: 96

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pengangkutan (MOT) sentiasa komited dalam

memastikan aksesibiliti adalah inklusif kepada semua golongan termasuk

orang kurang upaya (OKU). Dalam hal ini, MOT akan meneliti sebarang

keperluan pindaan akta yang sesuai mengikut ketetapan hala tuju yang

ditentukan oleh kerajaan. Sejajar dengan itu, peranan dan kerjasama

Kerajaan Negeri dan penyedia perkhidmatan awam amat penting untuk

mencapai halatuju yang ditetapkan di dalam menyediakan kemudahan

pengangkutan awam yang efisyen bagi golongan OKU.

Sehubungan itu, MOT sedang dalam proses akhir pewartaan dan

pelaksanaan plat kenderaan OKU bagi menggantikan pelekat kenderaan

OKU sebelum ini. Melalui inisiatif baharu ini, penguatkuasaan akan lebih

telus dan mudah dilakukan terhadap penyalahgunaan fasiliti tempat letak

kenderaan OKU oleh masyarakat umum.

Melalui Unit Fasilitasi MOT, beberapa aktiviti utama berkaitan

aksesibiliti warga OKU telah dilaksanakan secara berkala, ini selari

dengan komitmen Kementerian bagi melaksanakan tanggungjawab di

bawah Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (PTOKU) 2016 - 2022.

NO SOALAN: 96

Selain itu, Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019 - 2030 juga

telah menggariskan mengenai konsep inklusiviti dan mesra OKU ini di

bawah Teras 3: Meningkatkan aspek keselamatan, integrasi,

ketersambungan dan kebolehcapaian bagi melancarkan perjalanan.

Strategi 3.4 turut menyenaraikan beberapa Pelan Tindakan

memfokuskan OKU seperti “Meningkatkan aksesibiliti di terminal

penumpang dan pengangkutan awam untuk golongan OKU (universal

access)”.

Berikut merupakan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh

Kementerian ini yang memfokuskan inklusiviti OKU:

Bil. Program/Inisiatif Penerangan

1. Audit Aksesibiliti Aktiviti ini dijalankan untuk menyemak

infrastruktur dan fasiliti serta perkhidmatan

pengangkutan awam agar boleh diakses

oleh semua golongan msyarakat termasuk

OKU, warga emas, kanak-kanak dan ibu

mengandung.

Antara perkhidmatan dan fasiliti

pengangkutan yang telah diaudit sehingga

kini adalah seperti berikut:

1. Perkhidmatan MASWings di Sabah

(RAS)

2. Perkhidmatan MRT

3. Perkhidmatan ETS

NO SOALAN: 96

Bil. Program/Inisiatif Penerangan

4. Lapangan Terbang Antarabangsa

Kuala Lumpur 2 (KLIA 2)

5. Lapangan Terbang Kota Bharu

6. Lapangan Terbang Kota Kinabalu

7. Lapangan Terbang Miri

8. Terminal Feri Pulau Pinang

9. Terminal Bas Melaka

10. Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

11. Stesen KTM Wakaf Bharu

12. Stesen KTM Kajang 2

13. Stesen KTM Seremban

2. Bengkel Laman

Sesawang Mesra

Orang Kurang Upaya

(OKU)

Program ini diadakan bagi memberi

kesedaran mengenai keperluan khusus

agar laman sesawang boleh diakses oleh

OKU. Ia juga menambahbaik kepakaran

teknikal kepada Pegawai Teknologi

Maklumat (IT) kementerian serta agensi di

bawah MOT.

Bengkel telah diketuai oleh wakil

Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia

(MAB) yang berkemahiran dalam bidang

IT dan aksesibiliti.

Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih 20

orang peserta daripada agensi-agensi di

NO SOALAN: 96

Bil. Program/Inisiatif Penerangan

bawah MOT serta pengendali

perkhidmatan pengangkutan awam.

3. Seminar Kesedaran

Mengenai OKU dan

Pengangkutan Awam

Seminar yang dibuat adalah untuk

memberi kesedaran akan kepentingan

mengambil kira keperluan OKU dan cara

menyantuni yang sewajarnya, khusus

dalam perkhidmatan pengangkutan awam.

Seminar ini disasarkan kepada warga

Kementerian dan agensi selain semua

penyedia perkhidmatan pengangkutan

awam, termasuklah pihak berkuasa

tempatan.

Antara seminar yang pernah dianjurkan

adalah:

1. 2018 – Aksesibiliti dalam

Perkhidmatan Pengangkutan Awam

2. 2019 – “Barrier Free in

Transportation”

4. Kod Amalan Terbaik

(Code Of Practice –

COP) bagi

Menyantuni

Golongan OKU

Dalam Perkhidmatan

COP ini sedang disiapkan dan dijangka

diedarkan bulan Disember 2021. Ia

dilaksanakan bagi memberikan kesedaran

dan pemahaman serta garis panduan

kepada semua pihak yang terlibat dalam

perkhidmatan pengangkutan awam udara.

NO SOALAN: 96

Bil. Program/Inisiatif Penerangan

Pengangkutan Awam

Udara

COP ini akan dijadikan rujukan oleh

pengendali perkhidmatan pengangkutan

awam udara bagi memastikan

perkhidmatan yang disediakan adalah

inklusif kepada semua golongan, termasuk

OKU.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 97

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK WIRA KOH NAI KWONG

Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI PERPADUAN NEGARA

menyatakan pelan-pelan tindakan yang diwartakan di bawah RMKe-12

serta langkah-langkah yang akan diambil serta jadual waktu

perlaksanaan bagi mencapai pembangunan inklusif dan kesejahteraan

kaum minoriti India di negara ini khususnya di kawasan Parlimen Alor

Gajah agar akan terus diberi keutamaan selaras dengan Pelan Tindakan

Masyarakat India Malaysia bagi menjamin Objektif "Keluarga Malaysia-

Makmur, Inklusif, Mampan" dicapai.

NO SOALAN: 97

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bermula tahun 2020, Pelan Pembangunan Masyarakat India

(PTMI) mula dibangunkan.

2. Pembangunan PTMI bertujuan untuk menyediakan panduan

pelaksanaan bagi program pembangunan sosioekonomi

masyarakat India di bawah tanggungjawab MITRA.

4. Melalui pelan ini, lima (5) Tunjang dibangunkan secara menyeluruh

bagi melaksanakan program dan tindakan mengikut jangka masa

pendek, sederhana dan panjang yang menjelaskan indikator dan

sasaran yang perlu dicapai.

5. Lima (5) Tunjang tersebut adalah:

a) Memperkasakan Keperluan Asas yang merangkumi

membasmi kemiskinan, perumahan, kestabilan keluarga.

b) Meningkatkan Kemenjadian Setiap Kanak-Kanak

merangkumi pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan rendah

SJKT, Sekolah Kebangsaan, pendidikan menengah,

pendidikan tinggi dan golongan belia.

NO SOALAN: 97

c) Menaiktaraf Ekonomi & Keusahawanan merangkumi

kemahiran professional, keusahawan, peningkatan kekayaan.

d) Memperkasakan Keterangkuman Sosial merangkumi

dokumentasi & kewarganegaraan, isu keagamaan & kuil,

sumbangan social kuil, dewan orang ramai, kakitangan awam,

bebas jenayah dan memperbaiki persepsi; dan

e) Memperkasakan Wanita Ke Arah Kesaksamaan Gender

dengan meningkatkan akses, penyaluran maklumat,

kesejahteraan wanita dan wanita terpinggir.

6. Bagi memastikan Pelan TIndakan Masyarakat India dapat

dilaksanakan dengan tersusun dan mencapai objektifnya, dua

(2) buah jawatankuasa akan ditubuhkan iaitu:

a) Jawatankuasa Pemandu PTMI yang dipengerusikan oleh

KSU Kementerian Perpaduan Negara; dan

b) Jawatankuasa Kerja PTMI dipengerusikan oleh Ketua

Pengarah MITRA.

7. Di samping itu, Pelan Tindakan Masyarakat India ini juga

dibangunkan bersama empat (4) modul utama iaitu:

a) modul Pelaksanaan;

b) modul Pemantauan;

c) modul Penilaian; dan

d) modul Promosi.

NO SOALAN: 97

8. Dalam usaha pembangunan sosioekonomi masyarakat India B40,

pelbagai mekanisma dan strategi jangka pendek, sederhana dan

panjang telah dan akan dilaksanakan untuk memastikan tahap

kemampanan dan daya saing masyarakat India berada pada tahap

kompetetif bersama masyarakat lain di bawah payung Keluarga

Malaysia.

9. Dalam hal ini, MITRA sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan

ke atas pembangunan sosioekonomi masyarakat India B40, akan

sentiasa memastikan program-program yang digariskan melalui

Pelan Tindakan Masyarakat India ini dapat dilaksanakan dengan

berkesan bagi mencapai objektif pembangunannya.

10. Kelima-lima tunjang ini merupakan fokus utama dalam usaha

meningkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat India

khususnya B40 melaksanakan program-program yang lebih baik dan

akan meningkatkan sosioekonomi masyarakat India B40 pada tahun

2022 untuk jangka masa panjang tanpa mengira lokasi dan kawasan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 98

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK WIRA KOH NAI KWONG

Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan langkah-langkah serta usaha yang dilaksanakan dan bantuan

yang diberi bagi mewujudkan lebih peluang pekerjaan atau peluang

perniagaan supaya dapat menggalakkan dan menarik lebih ramai orang

muda bekerja dan menetap di kampung atau tempat lahir masing-masing.

NO SOALAN: 98

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah serta usaha yang bagi

mewujudkan lebih peluang pekerjaan atau peluang perniagaan agar dapat

menggalakkan dan menarik lebih ramai orang muda bekerja dan menetap di

kampung atau tempat lahir masing-masing dengan memperkenal pakej

rangsangan PEMULIH dengan melaksanakan Program Penjana Kerjaya 3.0

di bawah PERKESO yang bermula pada 15 Julai 2021 hingga 31 Disember

2021. Insentif-insentif tersebut adalah seperti berikut:

a. Insentif kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja

berusia 40 tahun ke bawah;

b. Insentif kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja

berusia 40 tahun ke atas, OKU dan bekas banduan;

c. Insentif kepada pengambilan Perantis di kalangan lepasan

sekolah dan graduan berumur 18 – 30 tahun;

d. Perluasan insentif pengambilan pekerja di bawah Program

KerjayaGig;

e. Insentif Penempatan Pekerjaan oleh Agensi Pekerjaan

Swasta (APS); dan

NO SOALAN: 98

f. Program Malaysianization untuk menggalakkan majikan

menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan.

Kerajaan juga dalam Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak

RM2 bilion kepada PERKESO untuk melaksanakan JaminKerja – Insentif

Penggajian di bawah Sistem Insurans Pekerjaan yang dijangka akan

memanfaatkan 300,000 pencari kerja dari seluruh negara termasuk kepada

orang muda bekerja yang menetap di kampong atau di luar bandar.

Menerusi JaminKerja – Insentif Penggajian, para majikan yang

menggajikan individu yang tidak aktif bekerja bakal menerima insentif

sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan

pertama dan 30 peratus bagi 6 bulan berikutnya. Bagi golongan rentan pula,

majikan layak menerima insentif sebanyak 30 peratus untuk enam bulan

pertama, sebelum dinaikkan kepada 40 peratus bagi enam bulan berikutnya.

Kadar insentif yang sama turut akan dipanjangkan bagi pengambilan pekerja

golongan wanita yang telah mengganggur melebihi tempoh setahun, ibu

tunggal dan suri rumah.

Kesemua inisiatif Kerajaan ini adalah untuk mewujudkan lebih peluang

pekerjaan yang diharap dapat menarik lebih ramai orang khususnya

golongan muda dan pekerja gig bekerja dikampung atau tempat lahir

masing-masing.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 99

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK WIRA KOH NAI KWONG

Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) bilangan kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia dalam tempoh

lima (5) tahun sebelum ini di mana bapanya adalah warganegara Malaysia

atau ibunya adalah warganegara Malaysia; dan

(b) jumlah kanak-kanak yang diberi status kewarganegaraan Malaysia dari

golongan yang tersebut di atas dan langkah_langkah yang diambil bagi

membantu kanak-kanak dari golongan yang tersebut di atas yang tidak

memiliki status kewarganegaraan Malaysia supaya mereka diberikan

kewarganegaraan Malaysia.

NO SOALAN: 99

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui JPN hanya akan

mempunyai maklumat mengenai anak yang dilahirkan di luar negara

kepada warganegara Malaysia sekiranya individu warganegara

Malaysia tersebut hadir ke Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara

atau pejabat JPN untuk mendaftar. Berdasarkan rekod JPN dari tahun

2017 hingga 22 November 2021, terdapat sebanyak 3,708

permohonan bagi pendaftaran kelahiran anak di luar negara dan ibu

atau bapanya adalah warganegara Malaysia yang telah diterima oleh

Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara dan JPN.

(b) Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 913 kanak-kanak yang telah

mendapat kewarganegaraan Malaysia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kewarganegaraan seseorang

individu adalah ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan

taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung individu berkenaan sewaktu

kelahiran berlaku selaras dengan peruntukan Bahagian III Perlembagaan

Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964] serta

perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu pendaftaran

perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen.

NO SOALAN: 99

Bagi kelahiran di luar negara, kanak-kanak akan mempunyai tuntutan

kewarganegaraan Malaysia melalui kuatkuasa undang-undang hanya jika

bapanya adalah warganegara Malaysia dan tertakluk kepada perkahwinan

ibu bapa yang sah. Pemerolehan kewarganegaraan melalui kuatkuasa

undang-undang ini adalah selaras dengan Perkara 14 Perlembagaan

Persekutuan.

Walau bagaimanapun, wanita warganegara Malaysia yang berkahwin

dengan lelaki warga asing serta melahirkan anak di luar negara boleh

mengemukakan permohonan taraf kewarganegaraan bagi anaknya di

bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan di Pejabat Perwakilan

Malaysia di luar negara dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelahiran kanak-

kanak (atau di mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang

berhampiran jika tempoh telah melebihi satu tahun dari tarikh kelahiran).

Permohonan ini akan diproses oleh JPN dan akan dikemukakan ke KDN

untuk pertimbangan dan keputusan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 100

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK WIRA KOH NAI KWONG

Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan statistik jumlah kes kesalahan seksual yang dilaporkan, jumlah

kertas siasatan telah dibuka dan jumlah kes berjaya didakwa selama lima

(5) tahun yang lalu.

NO SOALAN: 100

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berikut adalah statistik jumlah kes kesalahan seksual yang dilaporkan,

jumlah kertas siasatan telah dibuka dan jumlah kes berjaya didakwa selama

lima (5) tahun yang lalu.

Sekian, terima kasih.

STATISTIK KESALAHAN SEKSUAL DAN KADAR PERTUDUHAN SELURUH KONTINJEN BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2020

JENIS KESALAHAN

TAHUN

2017 2018 2019 2020

JUM

LAH

KES

DA

LAM

SIA

SATA

N

NFA

/KU

S

TUD

UH

%TU

DU

H

JUM

LAH

KES

DA

LAM

SIA

SATA

N

NFA

/KU

S

TUD

UH

%TU

DU

H

JUM

LAH

KES

DA

LAM

SIA

SATA

N

NFA

/KU

S

TUD

UH

%TU

DU

H

JUM

LAH

KES

DA

LAM

SIA

SATA

N

NFA

/KU

S

TUD

UH

%TU

DU

H

ROGOL 1582 163 716 703 44% 1327 60 588 679 51% 1453 174 519 760 52% 1378 294 430 654 47%

SUMBANG MAHRAM

296 138 52 106 36% 266 17 107 142 53% 300 27 70 203 68% 259 47 44 168 65%

LUAR TABII 375 60 130 180 48% 274 10 98 166 61% 297 24 106 167 56% 249 35 73 141 57%

CABUL 1290 70 569 651 50% 879 33 332 514 58% 1065 70 396 599 56% 838 90 268 480 57%

MENGAIBKAN 267 21 108 138 52% 281 17 151 113 40% 308 14 114 180 58% 378 62 134 182 48%

AKSTK 376 8 144 224 60% 901 44 346 511 57% 1094 93 354 647 59% 1072 234 250 588 55%

JUMLAH 4186 460 1719 2002 48% 3928 181 1622 2125 54% 4517 402 1559 2556 57% 4174 762 1199 221

3 53%

NO SOALAN: 101

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK WIRA KOH NAI KWONG

Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan

statistik pemberian bantuan kematian daripada Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh lima (5) tahun yang lepas dan

jumlah kes pemberian bantuan kematian yang tidak dituntut serta sama

ada Kementerian akan merombak semula pemberian bantuan kematian

terus kepada waris pencarum yang telah meninggal dunia.

NO SOALAN: 101

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bantuan Kematian KWSP

adalah merupakan bantuan yang diberikan sebagai tanda simpati KWSP

untuk meringankan beban kewangan waris ahli/orang tanggungan

terdekat apabila ahli meninggal dunia. Bayaran bantuan sebanyak

RM2,500 diberikan kepada ahli keluarga tanggungan ahli tertakluk

kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

2. Syarat kelayakan bagi Bantuan Kematian KWSP adalah seperti

berikut:-

i. Ahli yang meninggal dunia merupakan Warganegara,

Penduduk Tetap, atau Bukan Warganegara yang mendaftar

sebelum 1 Ogos 1998;

ii. Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun;

iii. Penerima bantuan merupakan orang tanggungan ahli

(balu/duda/anak/ibu bapa), tertakluk kepada status

perkahwinan ahli sebelum meninggal dunia;

iv. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP; dan

v. Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh

kematian ahli.

3. Statistik permohonan Bantuan Kematian bagi tempoh 2016

sehingga 2021 (setakat 28 November 2021) adalah seperti di Jadual 1.

NO SOALAN: 101

Jadual 1: Statistik Bantuan Kematian bagi tempoh 2016 – 2021

(Setakat 28 November 2021)

Tahun Bilangan

permohonan

Amaun Bantuan

Kematian (RM)

2016 4,643 11,607,500

2017 13,672 34,180,000

2018 21,355 53,387,500

2019 22,361 55,902,500

2020 19,230 48,075,000

2021

(Setakat 28 Nov 2021) 19,519 48,797,500

4. Pemberian Bantuan Kematian KWSP adalah berdasarkan proses

permohonan di mana waris ahli perlu membuat permohonan bagi bantuan

ini bersama-sama dengan permohonan Pengeluaran Kematian simpanan

ahli. Kelulusan bagi Bantuan Kematian adalah berdasarkan syarat

kelayakan yang telah ditetapkan oleh KWSP dan permohonan yang

diluluskan akan dibayar secara terus kepada waris ahli.

5. Untuk makluman, Bantuan Kematian adalah dibayar daripada

sumber pulangan (hasil) pelaburan semua simpanan yang sepatutnya

diagihkan sebagai dividen kepada semua ahli KWSP. Sehubungan itu,

pertimbangan ke atas sebarang penambahbaikan ke atas Bantuan

Kematian perlu mengambil kira implikasi dan impak pembayaran bantuan

ini ke atas kadar dividen tahunan untuk keseluruhan ahli KWSP.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO: 102

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mekanisme yang digunakan

Kerajaan untuk memantau pemaju perumahan daripada menggunakan

bahan binaan berkualiti rendah ekoran harga bahan binaan yang

meningkat susulan pandemik COVID-19.

SOALAN NO: 102

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui

PLANMalaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Perancangan

Perumahan pada tahun 2016 bagi membantu Pihak Berkuasa

Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi

teknikal dalam merancang dan mengawal pembangunan semua

jenis perumahan semasa penyediaan rancangan pemajuan dan

memproses permohonan Kebenaran Merancang (KM).

2. Garis panduan ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada

pihak pemaju dalam mereka bentuk susun atur dan menyedia

kemudahan awam serta infrastruktur bagi setiap pemajuan

perumahan yang dibangunkan. Pematuhan kepada garis panduan

perancangan ini adalah penting untuk memastikan pembangunan

perumahan menepati matlamat dan prinsip-prinsip perancangan.

Pematuhan kepada garis panduan ini boleh mengelakkan

permasalahan seperti penyediaan kemudahan masyarakat dan

infrastruktur yang tidak mencukupi dan kurang berkualiti.

3. Mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan dalam memantau

pemaju perumahan daripada menggunakan bahan binaan berkualiti

rendah adalah seperti berikut:

(i) bagi projek-projek Kerajaan, pemaju/kontraktor yang dilantik

wajib mematuhi standard/kualiti bahan binaan/kemasan dan

kaedah kerja sepertimana yang ditetapkan dalam Technical

SOALAN NO: 102

Brief of Requirement (TBOR) selaras dengan pematuhan

kepada Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan

Bangunan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Standard dan

Kos, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana

Menteri. Pihak pemaju/kontraktor yang memiliki sijil

pengiktirafan pematuhan dan penilaian QLASSIC CIDB akan

diberi keutamaan semasa penyertaan tender projek.

Kegagalan kepada pematuhan tersebut membolehkan pihak

Kerajaan mengambil pelbagai tindakan selaras dengan

terma-terma kontrak yang telah dipersetujui dan

ditandatangani bersama. Kontraktor/pemaju boleh disenarai

hitam sekiranya didapati bersalah;

(ii) pemantauan rapi dibuat oleh kakitangan di tapak (Inspector of

Work, IOW) dan perunding-perunding yang dilantik selaku

frontliner utama di tapak bina bagi memastikan bahan binaan

yang digunakan adalah selaras dengan bahan binaan yang

telah diluluskan serta mencapai standard piawaian yang

ditetapkan; dan

(iii) pemeriksaan mengejut ke tapak bina oleh pihak-pihak

berwajib ke atas penilaian kualiti projek boleh dilakukan bagi

memastikan pemaju/kontraktor patuh kepada kontrak yang

ditandatangani.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 103

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan:

(a) dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 setakat ini

merupakan suatu kemestian yang perlu diambil oleh semua

populasi dewasa di negara ini; dan

(b) adakah wujud kebarangkalian untuk golongan kanak-kanak di

bawah usia 17 tahun turut perlu mengambil suntikan dos

penggalak atau dos ketiga.

NO SOALAN: 103

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Seperti mana yang diumumkan sebelum ini oleh YB Menteri

Kesihatan di dalam kenyataan akhbar bertarikh 13 Oktober 2021

pemberian dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19 adalah

percuma di bawah Program imunisasi COVID- 19 Kebangsaaan

(PICK). Objektif utama adalah untuk memastikan tempoh

perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-

19 di Malaysia.

2. Seterusnya, Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) juga telah

mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada semua penduduk

berumur 18 tahun dan KKM telah melaksanakan pemberian dos

penggalak pada November 2021 dengan kelompok tertentu yang

menjadi keutamaan iaitu:

(i) Individu berusia 40 tahun dan ke atas;

(ii) Individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mempunyai

komorbiditi;

(iii) Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka

Panjang;

(iv) Ibu mengandung; dan

(v) Individu dengan keperluan ke luar negara.

3. Pada 16 Disember 2021, YB Menteri Kesihatan telah memberikan

kenyataan akhbar berkaitan pengambilan dos penggalak bagi

penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur 60

NO SOALAN: 103

tahun dan ke atas bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur

60 tahun dan ke atas ( tanpa mengira jenis vaksin siri primer) perlu

mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada bulan

Februari 2022. Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih

tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari

2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap dan

individu tersebut tidak layak untuk menerima kemudahan-

kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin

COVID-19.

4. Bagi mempercepatkan lagi pemberian dos penggalak ini, KKM

memberi pemakluman kepada penerima dos penggalak dengan

penghantaran tarikh janji temu melalui pesanan ringkas ke telefon

pintar (SMS) ataupun melalui aplikasi Mysejahtera. Sehingga 22

Disember 2021, sebanyak 4,717,084 dos penggalak COVID-19 telah

berjaya diberikan.

5. Bagi golongan kanak-kanak berusia 17 tahun dan ke bawah,

bukti-bukti saintifik bagi menyokong pelaksanaan dos penggalak

atau dos tambahan masih belum mencukupi. Oleh yang demikian,

KKM akan terus memantau perkembangan terkini dari semasa ke

semasa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 104

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH

Puan Nuridah Binti Mohd Salleh mohon MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mekanisme yang dirangka oleh

Kementerian bagi mengukur tahap pematuhan pemaju terhadap

penyediaan prasarana dan kemudahan asas bagi unit perumahan

bertingkat tinggi (high-rise).

NO SOALAN: 104

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di antara mekanisme dan

kaedah yang dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) bagi memastikan pematuhan pemaju terhadap cadangan

penyediaan prasarana dan kemudahan asas di unit perumahan

bertingkat (high-rise) adalah seperti berikut:

(i) proses mendapatkan Kebenaran Merancang (KM)

mensyaratkan perancangan penyediaan kemudahan asas di

unit perumahan bertingkat (high-rise) haruslah dinyatakan

dengan jelas sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

seksyen 21A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta

172).

(ii) KPKT melalui PLANMalaysia telah mengeluarkan Garis

Panduan Perancangan Perumahan 2016 dan Garis Panduan

Perancangan Kemudahan Masyarakat 2020 bagi membantu

Pihak Berkuasa Negeri (PBN), PBT dan agensi-agensi

teknikal di dalam merancang dan mengawal pembangunan

semua jenis perumahan semasa penyediaan rancangan

pemajuan dan memproses permohonan KM. Ia juga bertujuan

untuk memudah cara pihak pemaju di dalam mereka bentuk

susun atur dan menyedia kemudahan awam dan infrastruktur

bagi setiap pemajuan perumahan yang dibangunkan.

Pematuhan kepada garis panduan perancangan ini adalah

NO SOALAN: 104

penting bagi memastikan pembangunan perumahan

menepati matlamat dan prinsip-prinsip perancangan; dan

(i) sekiranya pihak pemaju tidak mematuhi cadangan untuk

menyediakan kemudahan asas dalam KM, Perakuan

Penyiapan dan Pematuhan (CCC) tidak boleh diluluskan. Ini

adalah kerana CCC diluluskan berdasarkan pelan

pembangunan meliputi KM, Pelan Infrastruktur, Pelan

Bangunan dan Pelan Landskap. Pemaju wajib mematuhi

peraturan/ garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT dan

mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL)

dan akta-akta yang berkaitan bagi memastikan keselamatan

dan sekali gus membolehkan CCC dikeluarkan oleh pihak

berwajib.

2. Pematuhan pemaju kepada syarat-syarat yang dinyatakan di atas

dapat memastikan cadangan penyediaan kemudahan dan

prasarana asas dipenuhi dan dipatuhi.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN: 105

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI TENAGA DAN

SUMBER ASLI menyatakan sejauh mana program pendidikan kesedaran

orang awam dilaksanakan bagi mengelakkan lebih ramai masyarakat

tertipu dalam urusan jual beli tanah yang berstatus "lot lidi".

NO. SOALAN: 105

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Secara umumnya, pemahaman masyarakat berkenaan ‘lot lidi’ ialah,

tanah lot yang masih berstatus pertanian dan belum mempunyai

geran individu tetapi dijual sebagai lot bangunan berdasarkan pelan

lakaran yang belum diluluskan Pihak Berkuasa Negeri. Namun, isu

lot lidi ini perlu dilihat dalam beberapa aspek kerana jual beli lot lidi

tidak semestinya bermaksud penipuan oleh penjual atau pemilik

tanah.

2. Tafsiran lot lidi merujuk kepada kategori seperti berikut:

(i) tanah-tanah berimilik kategori pertanian yang kebanyakannya

mempunyai bukaan atau lebar yang kecil atau terhad dan

memanjang. Disebabkan bentuk dan saiznya ini, maka tanah ini

agak sukar atau kurang ekonomik untuk dibangunkan;

(ii) tanah berimilik yang kebanyakannya kategori pertanian dan

terdapat juga sebahagiannya kategori bangunan yang dimiliki

oleh beberapa orang sebagai tuan punya bersama dengan syer-

syer atau bahagian-bahagian yang tidak dipecahkan (undivided

shares) dan kebanyakannya disebabkan oleh proses turun milik

akibat kematian tuan punya asal; dan

(iii) tanah pertanian dengan keluasan yang kecil di antara 1-2 ekar

yang diracik atau dipecahkan kepada sejumlah plot-plot

kediaman di antara 3,000-5,000 kaki persegi setiap satu, tanpa

proses pemajuan tanah yang sewajarnya sama ada pecah

NO. SOALAN: 105

sempadan dan tukar kategori/syarat atau serah balik dan beri

milik semula.

3. Urusan jual beli bagi kategori (iii) ini kebiasaannya melibatkan

penjualan plot-plot melalui perjanjian jual beli sahaja, tanpa proses

pindah milik yang sempurna. Sebagai contoh, urusan pecah

sempadan dan tukar kategori/syarat, memerlukan perbelanjaan yang

besar disamping penyediaan infrastruktur yang disyaratkan oleh

Pihak Berkuasa Tempatan.

4. Melalui tawaran harga yang murah, orang ramai mudah tertarik dan

tertipu untuk membeli tanah lot lidi kategori ini tanpa menyedari

urusan tanah yang sebenarnya tidak dilakukan dan akibatnya, tiada

hak milik individu (individual titles) dihasilkan. Jual beli tanah lot lidi

kategori ini yang sebenarnya mendatangkan pelbagai masalah bukan

sahaja kepada pembeli, malahan juga kepada pihak-pihak berkuasa.

5. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)

pada tahun 2020 telah menganjurkan satu seminar atas talian

bertajuk Lot Lidi: Apa Yang Anda Perlu Tahu? dengan kerjasama

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan pihak berkuasa

tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah. Selain itu, JKPTG juga

dijemput untuk memberikan ceramah atau sebagai panel dalam siri-

siri seminar atau ceramah yang dianjurkan oleh pihak-pihak luar.

6. Kempen pendidikan bertujuan memberikan kesedaran kepada rakyat

ini perlu diteruskan oleh pihak-pihak berkuasa di peringkat

persekutuan, Pejabat-pejabat Tanah dan Galian Negeri, Pejabat-

pejabat Tanah Daerah dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dalam

NO. SOALAN: 105

mendidik masyarakat mengenai isu atau masalah jual beli lot lidi yang

tidak sah ini.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 106

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memperluaskan

penyediaan lorong khas motosikal di sepanjang jalan dan lebuh raya sedia

ada bagi mengelakkan kemalangan maut serta kecederaan parah melibatkan

penunggang motosikal di negara ini.

NO SOALAN: 106

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian telah

menyediakan fasiliti lorong khas motosikal seperti di Lebuhraya

Persekutuan (FT002), Lebuhraya Guthrie, Lebuhraya Shah Alam dan

Lebuhraya Butterworth-Kulim. Penyediaan laluan khas motosikal di

sepanjang jalan dan lebuh raya sedia ada bukan sahaja memerlukan

peruntukan yang besar tetapi juga perlu dikaji kesesuaiannya berdasarkan

kriteria-kriteria teknikal serta kesesuaian di tapak. Penyediaan laluan

tambahan iaitu laluan khas motosikal juga memerlukan ruangan tambahan

bersebelahan laluan utama sedia ada di sepanjang jalan dan lebuh raya

dan akan mengakibatkan kos pengambilan tanah yang tinggi. Oleh

demikian, perluasan lorong khas motosikal di sepanjang jalan dan lebuh

raya sedia ada belum menjadi keutamaan Kementerian buat masa ini.

Namun demikian, sebagai tindakan jangka pendek, Kementerian telah

mengambil inisiatif bagi menambah baik laluan sedia ada dengan membina

bahu jalan berturap.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian amat prihatin dengan

isu keselamatan melibatkan penunggang motosikal. Dalam usaha untuk

mengurangkan kadar kemalangan dan kematian melibatkan penunggang

motosikal ini, pihak Kementerian bersama pihak JKR sentiasa bekerjasama

dengan pihak Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dalam

mengenal pasti lokasi–lokasi kemalangan tinggi melibatkan penunggang

motosikal.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO: 107

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ JUHANIS ABD AZIZ

Dato’ Juhanis Binti Abd Aziz minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan statistik kemasukan ke hospital bagi penyakit bukan COVID-

19 sejak tahun 2019 hingga sekarang.

SOALAN NO: 107

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Statistik kemasukan ke hospital kerajaan bagi penyakit bukan COVID-19

dari tahun 2019 hingga 22 Disember 2021 adalah seperti berikut:

Tahun 2019 2020

2021

(Hingga 22

Disember)

Jumlah

Kemasukan 2,678,245 2,225,695 1,550,611

Sumber Data: Pusat Informatik Kesihatan, KKM

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 108

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ JUHANIS BINTI ABD AZIZ

Dato' Juhanis Binti Abd Aziz minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan statistik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(KWSP) di bawah RM10,000 mengikut kumpulan umur dan jantina.

NO SOALAN: 108

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengeluaran i-Lestari, i-

Sinar dan i-Citra telah memberikan impak secara langsung ke atas

simpanan KWSP ahli di mana dijangkakan pada penghujung tahun 2021,

bilangan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang mempunyai simpanan

RM10,000 dan kurang ialah seramai 6.1 juta atau 48% daripada ahli

berumur di bawah 55 tahun. Pecahan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun

mengikut lingkungan simpanan adalah seperti di Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Pecahan Ahli KWSP di Bawah Umur 55 Tahun Mengikut

Lingkungan Simpanan (Jangkaan Disember 2021)

Julat Simpanan Bilangan Ahli Peratus

RM1,000 dan kurang 3.6 juta 28.5

RM1,001 – RM10,000 2.5 juta 19.7

Jumlah Kecil (RM10,000 dan kurang) 6.1 juta 48.2

Lebih RM10,000 6.6 juta 51.8

Jumlah 12.7 juta 100

2. Pecahan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang mempunyai

simpanan sebanyak RM10,000 dan kurang mengikut lingkungan umur

bagi jangkaan pada Disember 2021 adalah seperti berikut.

NO SOALAN: 108

Jadual 2: Pecahan Ahli KWSP di bawah umur 55 tahun dengan

Simpanan RM10,000 dan kurang mengikut Lingkungan Umur

(Jangkaan Disember 2021)

Lingkungan Umur

(tahun) Bilangan Ahli

Peratusan berdasarkan

lingkungan umur masing-

masing (%)

Belum mencapai 25 1.7 juta 91.0

25 – 34 2.1 juta 50.1

35 – 44 1.3 juta 36.7

45 - 54 1.0 juta 32.3

Jumlah Keseluruhan 6.1 juta 48.2

3. Seramai 954,244 ahli, iaitu 32.3% daripada 3.0 juta ahli KWSP yang

berumur dalam lingkungan 45 hingga 54 tahun bakal mempunyai

RM10,000 atau kurang. Golongan ini adalah paling berisiko menghadapi

masalah ketidakcukupan simpanan persaraan memandangkan mereka

akan mencapai umur persaraan dalam tempoh kurang daripada 15 tahun.

4. Manakala, pecahan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang

mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 dan kurang mengikut jantina

bagi jangkaan pada Disember 2021 adalah seperti berikut:

NO SOALAN: 108

Jadual 3: Pecahan Ahli KWSP di bawah umur 55 tahun dengan

Simpanan RM10,000 dan kurang mengikut Jantina

(Jangkaan Disember 2021)

Jantina

Bilangan

Pencarum Bilangan Ahli Dengan

Simpanan Kurang

RM10,000

Peratusan

berdasarkan

jantina masing-

masing (%)

Lelaki 6.75 juta 3.2 juta 47.4

Perempuan 5.96 juta 2.9 juta 48.6

Jumlah

Keseluruhan

12.7 juta 6.1 juta 48.2

5. Peratusan ahli yang mempunyai simpanan RM10,000 dan kurang

adalah 47.4% bagi ahli lelaki dan 48.6% bagi ahli perempuan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 109

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ JUHANIS BINTI ABD AZIZ

Dato' Juhanis Binti Abd Aziz minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan kenaikan pencen penakat yang dibayar oleh PERKESO kepada

balu dan keluarga mangsa (penerima) pada setiap bulan berdasarkan

jumlah caruman. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah disalurkan

kepada penerima tersebut.

NO SOALAN: 109

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kali terakhir PERKESO membuat pelarasan faedah berkala atau

pencen di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] adalah pada 1 September 2017.

Ia melibatkan bayaran bagi penerima Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah

Orang Tanggungan, Pencen Ilat dan Pencen Penakat. Peratus kenaikan

pencen adalah antara 1.2% hingga 10.4% yang melibatkan pencen pada

atau sebelum tahun 2014.

Kerajaan mengambil maklum saranan Yang Berhormat Senator untuk

meningkatkan kadar Pencen Ilat seiring dengan peningkatan kos sara hidup

yang dihadapi rakyat bagi meringankan bebanan perbelanjaan. Kajian

Penilaian Aktuari Ke-11 telah dilaksanakan oleh International Labour

Organization (ILO) bagi mengkaji penyelarasan faedah-faedah PERKESO

dengan mengambil kira kos sara hidup dan kadar inflasi semasa serta

kemampanan dana PERKESO. Kajian ini dijadualkan akan selesai pada

akhir tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 110

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ JUHANIS BINTI ABD AZIZ

Dato’ Juhanis Binti Abd Aziz minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

menyatakan jumlah pusat-pusat pengajian tinggi mengikut kawasan

Parlimen. Apakah tindakan Kerajaan dalam memastikan setiap kawasan

Parlimen mempunyai satu pusat pengajian tinggi.

NO SOALAN: 110

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan kepada senarai pelaksanaan projek/program yang

dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian

Tinggi (KPT), jumlah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang

merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada

di bawah KPT adalah sebanyak 219 buah institusi termasuk cawangan

sedia ada di 136 Parlimen. Jumlah institusi ini adalah tidak termasuk

institusi-institusi di bawah Kementerian lain seperti MARA, Institut Latihan

Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan lain-lain.

Bagi tahun 2022 akan datang, KPT telah mendapat kelulusan tambahan

bagi dua (2) lagi projek baharu melibatkan perolehan tanah bagi satu (1)

Politeknik dan satu (1) Kolej Komuniti di dua (2) Parlimen. Secara

dasarnya, penubuhan IPTA adalah dibuat berdasarkan keperluan

strategik negara dengan mengambil kira kemampuan pembiayaan

Kerajaan, kepentingan bidang tujahan tertentu terhadap pembangunan

sosio-ekonomi negara, sumber manusia yang mencukupi serta keperluan

sumber tenaga yang diperlukan dalam pasaran kerja. Sebagai contoh,

perancangan untuk membina IPT seperti Kolej Komuniti bagi sesuatu

kawasan Parlimen akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Pendidikan

Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan cadangan tersebut tertakluk

kepada penilaian dan keputusan pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan

Perdana Menteri (EPU, JPM).

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 111

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2021, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ JUHANIS BINTI ABD AZIZ

Dato' Juhanis binti Abd Aziz minta MENTERI PERTANIAN DAN

INDUSTRI MAKANAN menyatakan Kementerian Pertanian telahpun

menyalurkan geran melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), geran

pembelian peralatan pertanian kepada pemohon melalui Pertubuhan

Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negara. Apakah syarat-syarat

permohonan bagi mendapatkan geran pembelian peralatan pertanian

melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negara dan berapa

jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan diluluskan mengikut negeri-

negeri.

NO SOALAN: 111

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan

Industri Makanan (MAFI) sentiasa komited dalam mentransformasi sektor

agromakanan menjadi lebih moden, maju dan berdaya saing disamping

mengurangkan kos pengeluaran para peladang melalui galakan

meningkatkan pemilikan jentera dan peralatan kecil dalam kalangan

peladang. Oleh itu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui Program

Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana Secara Geran Padanan telah

diperuntukkan sebanyak RM1,500,000.00 di bawah Peruntukan

Pembangunan Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2021 Rancangan

Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi membekalkan jentera dan peralatan

kecil yang diperlukan oleh peladang berkaitan dengan aktiviti pertanian yang

diusahakan.

Antara syarat-syarat permohonan bagi mendapatkan geran pembelian

peralatan pertanian tersebut ialah:

i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun;

ii. Permohonan hendaklah terdiri daripada Ahli Pertubuhan Peladang

dan Pertubuhan Peladang;

iii. Jentera dan peralatan yang dipohon mestilah baharu dan

bersesuaian dengan bidang pertanian yang diusahakan.

Permohonan daripada ahli adalah dibenarkan bagi pembelian

jentera berstatus recondition;

NO SOALAN: 111

iv. Pemohon mestilah mengusahakan aktiviti yang berkaitan pertanian

secara langsung;

v. Pembiayaan bantuan di bawah program ini adalah secara geran

padanan dimana kerajaan akan membiayai pada atau kurang

daripada 50% dari harga jentera/peralatan (termasuk kelengkapan/

perkhidmatan/cukai dan lain-lain) atau maksima RM20,000 untuk

ahli peladang. Baki 50% lagi dibiayai oleh ahli peladang secara

sekaligus;

vi. Pemohon mestilah bersetuju untuk membiayai baki 50% harga

belian jentera/peralatan yang telah diluluskan melalui skim ini

dengan membuat pembayaran tunai bernilai 50% sebelum proses

perolehan dilaksanakan dan bayaran kepada pembekal oleh

Agensi Pelaksana; dan

vii. Setiap pemohon yang berjaya hanya dibenarkan memohon semula

setelah genap lima tahun dari permohonan terdahulu.

NO SOALAN: 111

Jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan diluluskan di bawah

Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana Secara Geran Padanan

mengikut negeri-negeri bagi Tahun 2021 adalah seperti berikut:

Sekian, terima kasih.

BIL LPP NEGERI JUMLAH AGIHAN

PERUNTUKAN

(RM)

BIL

PESERTA

(ORANG)

1 Perlis 100,000.00 37

2 Kedah 147,262.85 56

3 Pulau Pinang 145,872.00 68

4 Perak 149,969.50 88

5 Selangor 182,494.40 23

6 Negeri Sembilan 63,798.50 17

7 Melaka 88,170.50 36

8 Johor 156,541.00 10

9 Pahang 147,932.75 90

10 Kelantan 133,218.00 80

11 Terengganu 97,871.00 105

12 Sabah 80,249.50 73

13 W.P. Labuan 6,620.00 3

JUMLAH 1,500,000.00 686