8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
1/25
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
2/25
TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
PETA MINDA
1.1 PENGENALAN KONSEP
Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-
kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga
jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.
Kenapa mata pelajaran seni dalam pendidikan ini diperkenalkan?
Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan
memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripadatokoh-tokoh:
(a) Teori konstruktivismemenyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan
secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara
aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di
mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah
2OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
3/25
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
objek atau bahan. Oleh itu Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah
untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa
terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan dikalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya
kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan linguistik dan matematik
logik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan
Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam
matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan ini dapat menangani masalah
penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu dapat menjanakecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Terutamanya apabila strategi
pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan
berkesan.
(c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam
pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini
disebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan
yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
(d) Hermann(1991) di dalam Quadrant Conceptyang mengkaji perkembangan otak
kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif
seseorang individu.
(e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untukmemahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan
dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan
yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal, praktik dan
estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
(f) Leonardo da Vincimerupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan.
Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri
dalam kehidupannya.
Seni Dalam Pendidikan akan:
Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah menjadilebih seronok.
Membantu anda memahami diri sendiri.
Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.
Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yangseimbang, berketrampilan dan profesional.
Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.
3OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
4/25
TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
1.1.1 Matlamat
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,
imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantumurid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan
pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah
perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Rajah 1.1: Matlamat seni dalam pendidikan
1.1.2 Objektif
Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk:
menghargai keindahan ciptaan Tuhan.
mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.
meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan
pembelajaran.
4OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
5/25
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mengekspresikan hasilan kerja.
membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang
dibuat.
mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain.
menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan.
menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.
menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan
keselesaan hidup.
membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti
yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.
membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual,seni muzik dan seni pergerakan.
1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh HowardGardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini
amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu
guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi
keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik
yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.
Teori Kecerdasan Manusia
Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori
pembelajaran.
Hermann (1991) menghasilkan Quadrant Concept yang membentuk peranan otak
kanan dan otak kiri yang sama.
Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak
seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.
Seni Muzik
Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki,
Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan
otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar
belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada
penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa
murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara
berperingkat atau sequential.
5OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
6/25
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
7/25
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
8/25
TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya
proses inkuiri akan terhasil.
PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secara
konstruktisme.
Rujuk dan imbas kembali topik ini dalam Seni Dalam Pendidikan dan cuba
terapkan dalam proses pembelajaran anda.
Huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh Mc Brien dan Brandt, (1997),
Briner, M (1999) dan Brooks dan Brooks (1993)
Ciri pembelajaran secara konstruktivisme
Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme
Peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis
Perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme
Rajah 1.3: Implikasi daripada pembelajaran konstruktivisme
8OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
9/25
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru
2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasilpembelajaran
3. Menyokong pembelajaran secara koperatif
4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar
6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya
sebagai panduan merancang pengguna
7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Dalam teori konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan membina ilmu yang
didapati bermakna kepada dirinya
(actively construct knowledge that they find personally meaningful )
Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teorikonstruktivisme?
Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada
Menyusun atur maklumat dan pengetahuan
Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru
Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk
Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan
Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan
Aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat membina konsep pembelajaran
kanak-kanak melalui:
9OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
10/25
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
11/25
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Latihan 1.2
Nyatakan jenis teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di bawah ini .
Bil Aktiviti Murid Jenis TKP yangDigunakan
1. Murid mengira dan menjumlahkan buah kuini
yang dikutip di dusunnya
2. Murid meniru nyanyian Mawi di televisyen
3. Murid bermonolog, merafak syahdu kepada
Tuhannya
4. Murid mengikut sebutan pensyarah dalam
sebutan terminologi dalam sesi kuliahnya
5. Murid menggunakan pensel untuk mendapatkan
skema ukuran dalam kerja melukis perspektif
6. Murid berborak di bawah pohon mengkudu
selepas tamat sesi kuliahnya7. Murid mengambil daun puding untuk ditiru
dalam mata pelajaran Pendidikan Seninya.
8. Murid membuat regangan otot sebelum mendaki
Gunung Arong dalam sesi Bina Insan Guru
11OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
12/25
TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.4:Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983) dalam bukunya Frames of
Mind: Theory of Multiple Inlleigence
Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?
1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai
3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai
4. Wujudkan suasana kolaboratif
5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalampengejaran dan pembelajaran
6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri
7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya
meningkatkan potensi diri
12OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
13/25
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.5: Kecerdasan pelbagai yang dikuasai oleh murid
(c) Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku
dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini juga
menekankan konsep peniruan. Ia berlaku dalam tiga bentuk yang berikut:
(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, muridmeniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model
baru yang ditirunya. Di peringkat permulaan menghasil sesuatu karya,
kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan berkesan sehinggamurid dapat berdikari dengan pengkaryaannya.
(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan
merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak
sesuai pada situasi yang lain. Contohnya: murid boleh membuat peniruan
atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut
13OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
14/25
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
15/25
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
16/25
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
17/25
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Berdasarkan Model Proses Gagne (1974), fasa-fasa proses pembelajaran dapat
dibahagikan kepada lapan fasa. Proses pembelajaran ini bermula daripada penerimaan
rangsangan melalui organ deria manusia, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri
dengan perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi. Setiap fasa dalam proses
pembelajaran mempunyai tindakan dalam atau pun luaran yang tersendiri danmempengaruhi fasa yang berikutnya. Di antaranya kesediaan, motivasi, pengamatan,
penaggapan, ingatan, lupaan dan pemindahan. Aspek-aspek utama ini berkait rapat
dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
Kesediaan Belajar
Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia danberupaya untuk memuridi sesuatu dengan tujuan memperoleh pengalaman pembelajaran
yang baru.
Kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor, emosi
dan kematangan murid untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktiviti
pembelajaran yang berkesan. Seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk belajar
sesuatu sekiranya individu itu belum mempunyai kesediaan belajar. Hal paksaan ini tidak
akan menghasilkan keberkesanan dalam pembelajarannya.
Pengamatan
Pengamatan boleh diertikan sebagai persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati
atau fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada
rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan
kulit. Rangsangan yang dikesan kemudian menghasilkan impuls yang dihantar ke otak
melalui sistem saraf yang menghubungkan deria tertentu dengan otaknya. Otak mentafsir
maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang berkaitan, menginterpretasi
dan membentuk makna, bayangan, gambaran atau konsep rangsangan tersebut.
Jenis-jenis Organisasi Pengamatan
1. Persepsi ruang - mengandungi ruang dimensi dan tiga dimensi. Contoh: persepsi
ruang dua dimensi terdapat pada satah gambar yang sifatnya rata (flat) atau
mendatar. Ruang seperti ini bersifat illusi iaitu hanya dapat dilihat dalam bentuk
gambar. Manakala ruang tiga dimensi merujuk kepada objek yang sebenar yang
bersifat konkrit. Ia merujuk kepada objek dan persekitaran yang sebenar, boleh
disentuh dan dilihat dengan mata kita.
2. Persepsi gerakan - persepsi ini berkait kepada objek-objek bergerak dimana
pergerakan objek mempengaruhi retina mata kita. Contoh: kapal terbang yang
bergerak di udara, burung terbang, kereta api bergerak dan lain-lain lagi.
3. Persepsi masa - ditafsir oleh individu berdasarkan pengalaman atau apa yang
dirasai. Contohnya: Masa berlalu terlalu laju, tahu-tahu umur sudah menjangkau 50tahun. Seronok menjawab soalan peperiksaan terasa masa berjalan begitu cepat.
Menunggu itu suatu penyeksaan ketika menunggu kekasih untuk berdating.
17OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
18/25
TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.8:Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat
1.2.3 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran
Mengaktifkan pembelajaran bermakna mewujudkan suasana yang responsif dan bersifat
dua hala. Manakala pemindahan pembelajaran bermaksud kebolehan dan kecekapan
menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran sedia ada ingatan untuk
diaplikasikan kepada proses pembelajaran dalam situasi baru.
Proses mengkategori, generalisasi dan gangguan proaktif adalah pembelajaran lama yang
mempengaruhi pembelajaran baru. Fenomena kesan pembelajaran yang baru berlaku
dikenali sebagi pemindahan pembelajaran atau pemindahan latihan.
Proses pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara aktif dan negatif. Pemindahan
pembelajaran positif berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A dapat membawa
pembelajaran dalam situasi B. Sifat keluwesan ini ternyata bahawa penerimaan berlaku
tanpa kongkongan. Contoh: Kebolehan Idris dalam melukis pemandangan menggunakan
kertas dan cat air dapat dipindahkan menggunakan kanvas dan cat minyak.
Proses pemindahan negatif berlaku sebaliknya. Contoh: Mukhtar telah melakukan bahawa
selepas menghasilkan catan air, berus mesti dicuci dengan air. Mukhtar membuat
18OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
19/25
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
kesilapan apabila beliau membuat catan minyak, beliau maseh menggunakan air untuk
mencuci berusnya.
Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah:
Kefahaman Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah dimuridi sebelumdia boleh menggunakan dalam situasi baru.
Kesamaan Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep yang
dimuridi perlu mempunyai persamaan
Kemahiran Murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia
memindahkannya kepada situasi baru.
Celik akal Murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalamsesuatu untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain.
1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni Dalam Pendidikan
Penyerapan tiga dalam satu. Adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa selama ini
telah wujud mata pelajaran Seni Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani secara
sebagai satu subjek. Mengapa kontemporari ini ketiga-tiga mata pelajaran ini
digabungkan? Apakah selama ini ketiga-tiga mata pelajaran ini telah mantap, perkasa dan
dominan sehingga akhirnya lahir satu integrasi ketiga-tiga subjek tadi? Bagi orang yang
tidak berminat dengan ketiga-tiga subjek ini tentulah menjangkakan bahawa ia menjadi
suatu mimpi ngeri semata-mata.
Penerimaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah. Konsep pembelajaran di sekolah hari
ini berkait rapat dengan peperiksaan rasmi di peringkat kebangsaan. Kalau subjek ini
sekadar pelengkap atau suatu pengisian tambahan, adalah sukar untuk merealisasikan
penerimaannya secara total. Agak malang jika ia diajar di tahun enam, subjek ini mungkindigunakan untuk memulihkan (recover) subjek peperiksaan kerana pihak sekolah inginkan
pencapaian UPSR yang cemerlang.
Perlaksanaan di sekolah. Sebagai subjek yang diintergrasikan, guru cenderung untuk
mengajar kepakaran seni sahaja. Contoh: Jika cikgu Habsah adalah guru Seni Visual,tenensi pengajarannya tentulah kepada Seni Visual. Bagaimana dengan Seni Muzik dan
Pendidikan Jasmani? Untuk mewujudkan tiga guru seni tadi dalam satu masa tentunya
agak sukar. Kalau ada pun soalan keselarasan menjadi persoalannya.
Kekaburan matlamat dan objektif. Seperti biasa, apabila disebut sebagai baru, ia maseh
dalam pemerhatian, tilikan dan renungan. Secara ubah ansur, penelitian matlamat dan
objektif ditanggap tetapi tidaklah sepantas saranan pihak pentadbir. Terminologi dan laras
bahasa Seni Dalam Pendidikan maseh dalam kontek ingat-ingat lupa.
Pertindihan subjek seni yang sedia ada. Pada masa ini kita telah maklum bahawa Seni
Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani diajar di sekolah. Kedatangan Seni Dalam
Pendidikan seolah-oleh membawa suatu pertindihan aktiviti dan bidang yang diajar.
Konsep 3 + 1 sebenarnya telah bertindan dengan 1 + 1 + 1.
Masa interaksi guru bertambah. Bebanan kerja adalah suatu fobia kepada guru. Bukanguru hendak mengelak kerja tetapi dalam waktu yang sama guru mendapat tambahan
19OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
20/25
TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
waktu mengajar sedangkan sekarang ini mereka mempunyai jumlah interaksi mengajar
yang maksimum. Lebih kritikal lagi kepada sekolah kurang murid (SKM) di mana guru
selalunya mengambil satu standard untuk setiap tahap dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Mata pelajaran yang rileks tiada peperiksaan. Lain pula bagi sikap guru yang
meletakkan mata pelajaran bukan peperiksaan sebagai mata pelajaran tidak penting.
Boleh dijadikan mata pelajaran rileks. Kepada guru yang mengajar dalam jumlah interaksi
maksimum mahukan subjek ini untuk waktu rehatnya. Jika pernyataan ini benar, tentulah
implikasinya negatif.
1.2.5 Pendapat Tokoh-tokoh
1. Fox and Diffily (2000)Golongan profesional mengenalpasti akan kepentingan memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk perkembangan dalam semua bidang, sosio-emosi-psikomotor dan
kembangan kognatif. Seni Kreatif, Seni Muzik, drama, Seni Pergerakan dan SeniVisual adalah penting sebagai penyemai perkembangan di peringkat pendidikan awal
kanak-kanak.
2. Gibson, Rex (1996)
Pembelajaran kecerdasan emosi berkait rapat dengan cara penyampaian idea-idea
dan perasaan masing-masing. Seni membantu dalam meluahkan perasaan dan
emosi secara mendalam. Perasaan adalah subjektif seperti perasaan bahagia dan
tidak bahagia. Perasaan merupakan satu cara untuk merangsang minda untuk
mengenali fakta. Ini bermakna perasaan boleh ada makna suatu yang
mempengaruhi kita.
3. JOHN DEWEYFungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni
sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk
mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanakkebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk
melatih kecerdasan fikiran melalui seni.
4. WALTER GROPIUS
Seni seharusnya berfungsi dan memberi faedah kepada kehidupan seharian bukan
untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Gropius telah memberi kepentingan prinsip
asas reka bentuk ke barangan seharian keluaran industri dengan menyatukan seni,
pertukangan, sains dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetika telah dibawa ke
barangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas letrik, kenderaan,
bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi pertimbangan khas terhadap bentuk danbahan. Konsep seni ini memperkembangkan seni reka, seni komersial dan seni
dalam kehidupan seharian.
5. PLATOSeni dan pendidikan perlu dipandu kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan,
kesejahteraan dan keindahan. Seni dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan,
akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan. Seni dapat mencipta sesuatu
persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan.
20OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
21/25
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
6. ARISTOTLE
Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang
universal kepada benda alam. Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari
dewa tetapi mencapai katarsis dengan struktur bentuk dalam cerita puisi itu. Pelukis
pokok tidak meniru pokok tetapi memberi struktur yang universal kepada pokok.Dengan struktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok. Maka seni itu
adalah baik. Menerusi struktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan
mengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya
yang baik.
1.3 KEPENTINGAN
Peranan EkspresiSeni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan
emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluanguntuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan
meningkatkan nilai estetik.
Rajah 1.9:Bentuk ekspresi
21OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
22/25
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
23/25
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Kecerdasan Emosi
Konsep IQ dan EQ
Intellegence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognatif seperti
membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfred Binet dan TheodoreSimonmemperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sampai waktu kini. IQ dikaitkan
dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup.
Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau neurology mendapati emosi dapat
mempengaruhi kecerdasan (EQ).
Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak tentang meramalkan masa depan seseorang.Menurut Coleman (Pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanya
menyumbang 20 % kejayaan seseorang manakala 80% lagui adalah faktor-faktor lain.
intellegence test really assess skill in assimilating new information insolving new problems. This bios toward crytallized rather than fluid
knowledge can be astounding consequences and individual can lose his
entire frontal lobes, in the process becoming redically different person
unable to displey any initiative or to solve new problem and yet may
continue to exibit an IQ closde to genius level ....Edward Gardner (1983)
Membina Emosi yang Sihat
Guru yang penyayang dan ceria
Tahap EQ guru yang membina EQ murid
Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau
peperiksaan
Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku
Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial.
Mereka lebih berkerjasama, suka menolong, boleh diharap dan berempeti
Lebih fokus, tekal boleh menangani kekecewaan dan sabar.
Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah
Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru murid
Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan
Menguasai kemahiran mengajar EQ
Menggunakan perkatan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan
Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan
Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita.
23OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
24/25
TOPIK 1KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Ada unsur kecindan
Menggunakan unsur biografi kepada perkara yang berkaitan
Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi.
Peranan ImaginasiProses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;
(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.
Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan
pembelajaraqn ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,
kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama.
Melalui aktiiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya,menggunakan lagu untuk memperkenalkan lagu lebah. Semasa akanak-kanak menyanyi
lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya,
kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk
tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam
kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.
Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta
sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti
dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.
RUMUSAN
Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan
Seni Dalam Pendidikan, matlamat dan objektif serta hubung kaitannya dengan
pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga penting sebagai persiapan
bakal guru yang mengajar mata muridan ini. Di samping itu anda juga didedahkan
beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara
global. Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi,persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan
bakal guru dalam mata muridan ini.
GLOSARI
Ekspresi Luahan perasaan, luahan gagasan, luahan pendapat, luahan berkarya
Emosi Perasaan yang kuat dari dalaman
Estetik Kecantikan, keindahan
Imaginasi Gambaran/kerangka imej
Intuisi Gerak hati, qalbu
Inventif Merekacipta, merekabentuk, dapatan baru
24OUM
8/11/2019 Topik 1 Konsep & Latarbelakang SDP
25/25
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Isme Aliran, fahaman
Representatif Penampilan semula, gambaran semula, penyatuan semula
Persepsi Tanggapan/pengertian yang tajam
UJIAN 1
1. Berdasarkan pengalaman anda, huraikan prinsip yang berkaitan dengan persepsi?
UJIAN 2
1. Setiap guru perlu memahami emosi muridnya semasa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?
(b) Bagaimanakah caranya guru dapat membina emosi murid yang sihat?
RUJUKAN
Al-Hurwitz & Michael Day (2001), Children and their Art, Harcourt College Publishers, USA
Anderson, W.M & Lawrence, J. E (1991), Intergrating music into the classroom, Belmont,
California, Wadsworth Publishing Co.
Bahagian Pendidikan Guru (2005) Seni dalam pendidikan untuk LPBS, Putrajaya.
Fogarty, R (1991) How to intergrate the curricula, Illinois, IRI. Skylight Publishing Inc.
Howard Gardner (1997), Multiple intellegences as a partner in school improvement, New
York, USA: University of Illinois Press
Isabel, R.T. & Raines, S.C. (2003), Creativity and the arts with young chidren, USA:
Thomson Learning Inc.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pembelajaran secara konstruktivisme
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Teori kecerdasan pelbagai, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Read, H (1977) Meaning of arts, Faber & Faber: London. Ltd.
Top Related