Perspektif Teori Tentang Keluarga 26 Febuari 2013
©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013) 1
Teori Struktur Kefungsian SKPW 2163
2 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Struktur Kefungsian
Talcott Parsons (1950) & George Peter Murdock (1949)
Perhubungan antara keluarga dengan
unit sosial yang lebih luas
Subsistem
Personaliti
Menganalisis
struktur keluarga
Bagaimana ahli keluarga bekerjasama memenuhi fungsi dan tugas untuk mnegekalkan sebuah keluarga
Perspektif terhadap keluarga
Mikrososial – keluarga sebagai satu unit sosial yang asas alam masyarakat
makrososial- - keluarga sebagai sebahagian daripada sstem sosial
3 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Konsep dalam Teori Struktur Kefungsian
Struktur
Peranan
Aktiviti
Instrumental
Ekspresif
Peranan & aktiviti instrumental - suami/bapa – membekalkan makanan dan tempat tinggal keluarga
Peranan & aktiviti ekspresif – isteri/ibu – memberi sokongan emosi bagi mengekalkan kestabilan keluarga/menyokong peranan suami/bapa
4 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Struktur Kefungsian
Andaian - Semua sistem sosial perlu berfungsi untuk mengekalkan persekitaran
Kelemahan
Terlalu menekankan kepada kestabilan dan turutan
Mengabaikan perubahan sosial
Tidak dapat diukur secara empirikal
Sangat subjektif dan abstrak
Sukar disesuaikan dengan konsep perubahan
5 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Konflik
Mengkaji bagaimana satu kumpulan tidak bersetuju antara satu sama lain, berebut kuasa dan bersaing untuk mendapatkan sumber yang terhad seperti kekayaan dan kemasyhuran.
Terdapat beberapa darjah konflik dalam perhubungan
Punca konflik
Manusia berorientasikan diri sendiri dan cenderung melindungi kepentingan diri sendiri
Masalah sosial
7 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Konsep dalam Teori Konflik
Konflik
Ketidakpersetujuan dan pertentangan idea dan kepentingan antara satu sama lain
Satu proses dan merupakan pertemuan antara individu bertentangan kepentingan, tujuan dan harapan terhadapa sumber yang terhad (1979)
Persaingan
Bukan proses
Struktur bagaimana sumber yang terhad disusun bagi mewujudkan persaiangan tersebut
Persetujuan
Hasil yang diperolehi daripada perbincangan antara ahli yang teribat dalam konflik
8 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Konflik
Aplikasi
Perhubungan dalam perkahwinan
Tingkahlaku keibubapaan
Keganasan rumah tangga
Kelemahan
Terlalu menekankan konflik
Terlalu menonjolkan sifat negatif manusia
Mengabaikan kepentingan kasih-sayang dan pengorbanan diri untuk mengekalkan hubungan dalam keluarga
Nota Kuliah Dinamika Keluarga, 26 Febuari 2013, Jamiah Manap Ph.D 9
Teori Interaksi Simbolik SKPW 2163
10 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Interaksi Simbolik
George Herbert Mead (1934) dan Arnold Rose (1962)
Fokus kepada interaksi antara ahli keluarga yang berasaskan komunikasi simbolik mengenai pengetahuan, sikap, perasaan dan tingkah laku.
Melihat interaksi antara individu dari segi proses psikososial dan pengaruh serta kesannya ke atas perkembangan sosialisasi dan personaliti
Proses sosialisasi - melihat bagaimana manusia memperolehi dan mendalam pola bertingkah-laku dan cara pemikiran sesama individu.
Personaliti - cara, sikap, nilai dan tingkah-laku disusun-atur dalam kalangan ahli keluarga
11 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Interaksi Simbolik
Perkaitan antara simbol dan interaksi
Tingkahlaku manusia dipandu oleh gerak hati atau reaksi manusia terhadp pelbagai rangsangan
Manusia berinteraksi menggunakan simbol yang kompleks bagi mewakili makna
Perkataan
Lenggok tubuh
Gambar
12 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Konsep Asas dalam Teori Interaksi Simbolik Rangsangan
Sebarang tindakan yang boleh menyebabkan perubahan kepada aktiviti
Peranan
Setiap ahli keluarga mempunyai peranan tertentu, sama ada satu peranan atau lebih
Peranan berkait rapat dengan tingkah laku yang disesuaikan dengan situasi atau status dalam masyarakat
Suami, bapa, datuk atau adik mempunyai tingkahlaku yang berlainan untuk disesuaikan dengan situasi dan peranan yang berbeza
13 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Konsep Asas dalam Teori Interaksi Simbolik
Interaksi
Pusat kepada interaksi simbolik
Simbol sosial yang penting disalurkan kepada minda dan pemikiran bagi merangsang perkembangan ahi keluarga yang lain
Situasi
Bagaimana seseorang mempersepsi , melihat dan bertindak balas terhadap suatu kenyataan
Definisi terhadap sesuatu situasi diperoleh melalui interaksi dengan orang yang penting dalam perkembangan sosialisasi dan emosi seperti ibu bapa, kawan, saudara mara dan guru.
14 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Interaksi Simbolik
Andaian – manusia hidup dalam persekitaran yang simbolik dan dirangsang oleh situasi sosial untuk bertindak
Kelemahan-
terlalu individualistik
Perhubungan secara mikro
Tidak fokus kepada faktor sosial yang makro seperti faktor ekonomi terhdap perhubungan keluarga
15 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Interaksi Simbolik
Aplikasi
menganalisis pola tingah-laku
Sosialisasi anak
Interaksi keluarga
Perpecahan keluarga
Kekangan dan tekanan peranan
Perhubungan interpesonal
16 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Perkembangan
Reuben Hill (1964) dan Evelyn Duvall (1957)
Fokus kepada tugas perkembangan dan transisi hdup keluarga
Menekankan kepada proses dan perubahan yang berlaku dalam keluarga sepanjang kitaran hidup keluarga
Andaian – ahli keluarga perlu menyempurnakan pelbagai tugas perkembangan di sepanjang kitaran hidup mereka
Mempelajari peranan dan tanggungjawab yang dijangkakan oleh masyarakat seperti memberikan kasih sayang dan sokongan kepada ahli keluarga dan bersosialisasi dengan ahli lain di luar sistem keluarga.
Kejayaan dalam hubungan di antara ahli keluarga bergantung kepada interaksi kompleks yang berlaku antara ahli keluarga terutamanya semasa ahli keluarga berurusan dengan tugas perkembangan.
18 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Perkembangan
Aplikasi
Dinamik dalaman
Interaksi dan komunikasi dalam perkahwinan dan keluarga
Kelemahan
Kitaran hidup di dalam teori perkembangan terlalu sempurna iaitu tidak semulajadi kerana kerana bukan bukan semua proses dalam kehidupan dapat disusun-atur dan dibahagikan dengan teliti (Winston, 1959)
Terbatas kepada keluarga nuklear dan stabil dengan mengabaikan keluarga bentuk lain seperti keluarga induk tunggal, keluarga ramai anak dan keluarga tanpa anak
Hanya menumpukan kepada umur anak sulung
19 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Pertukaran Sosial
George Simmei (1950) ; Thibaut dan Kelly (1959)
Fokus
Bagaimana perhubungan antara ahli keluarga dikembangkan dan dialami sesama ahli keluarga
Pola dan dinamik yang terhasil dari perhubungan antara ahli keluarga dan faktor penyumbang kepada kestabilan perhubungan antara ahli keluarga
Menyarankan bahawa seseorang individu akan meneruskan sesuatu perhubungan selagi perhubungan tersebut memberikan pulangan yang maksimum dengan kos minimum melalui pertukaran yang adil dan seimbang.
21 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Pertukaran Sosial
Konsep asas
Sumber
Kos
Ganjaran
Keuntungan
Pertukaran
Paras perbandingan
Andaian
Individu berinteraksi dengan orang lain atau membuat pilihan. Ia cenderung memaksimumkan ganjaran di samping menimumkan kos
22 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Contoh
Ganjaran yang boleh diberikan oleh seseorang dalam perhubungan adalah seperti kewangan, tenaga, kebendaan , kuasa, kemudahan dan kasih sayang.
Ganjaran boleh ditukar dengan ganjaran yang lebih bagus dan lumayan
Pertukaran dikatakan adil dan seimbang selagi kos yang dikeluarkan adalah sama atau kurang dari ganjaran yang diperolehi
Penetapan yang digunakan untuk menilai ganjaran dan kos adalah berbeza mengikut individu dan masa
23 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Pertukaran Sosial
Aplikasi
Kajian pemilihan pasangan
Pembuatan keputusan untuk bercerai
Kritikan
Fokusnya terlalu materialistik
Menganggap manusia sentiasa rasional semasa membuat keputusan dan tidak dipengaruhi oleh faktor lain seperti budaya dan adat resam
24 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Sistem
Keluarga sebagai sebuah struktur yang terhasil dari gabungan bahagian-bahagian atau subsistem
Fokus kepada faktor yang mempengaruhi bagaimana sesuatu kumpulan membuat keputusan, membentuk dan mencapai matlamat serta pola untuk mengawal tingkah laku ahli keluarga
Menerangkan bagaimana proses yang berlaku dalam keluarga bertindak untuk mengekalkan keseimbangan sepanjang masa
Keluarga dilihat sebagai satu kumpulan di mana fungsi dan kesejahteraan ahli bergantung kepada saling tindak sesama ahli dan juga dengan sistem lain dalam persekitaran
26 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Sistem
Mengkaji pola interaksi , komunikasi dan peranan yang dimainkan oleh ahli keluarga
Andaian
keluarga tidak boleh wujud dengan sendirinya
Setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam menjalankan peranan dan rol mereka
Fungsi keluarga ditentukan oleh saling tindak sesama ahli dalam keluarga
Keluarga adalah satu sistem yang perlu dilihat secara keseluruhan
Perubahan yang berlaku pada individu dalam keluarga boleh membawa perubahan kepada keseluruhan sistem
27 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Konsep Asas
Keseluruhan
Saling bergantung
Pola (peraturan, peranan dan gaya komunikasi)
Interaksi timbal balik dan maklum balas
Sempadan
Entropi - kepupusan
Enquifinaliti – hasil/keputusan sama
Adaptasi
Seimbang
28 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Sistem Keluarga
Menerangkan situasi kompleks dalam keluarga
Kritikan
Terlalu banyak terminologi sehingga kurang melihat kepada fungsi keluarga (Holman & Burr, 1980)
Ciri asal teori agak klinikal dan menimbulkan persoalan dari segi kesesuaian untuk diaplikasikan kepada keluarga yang sihat dan tidak bermasalah
29 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Ekologi Manusia
Urie Brofenbrenner (1979)
Manusia sebagai organisma biologikal dan insan sosial yang berinteraksi dengan persekitaran
Segala perkara yang berlaku kepada individu mempunyai perkaitan rapat dengan perkara dan perubahan yang berlaku dalam persekitaran
Terdapat interaksi dan saling pergantungan di antara manusia sebagai individu, kumpulan dan komuniti dengan persekitaran
Penekanan kepada ciptaan, penggunaan dan pengurusan sumber untuk menghasilkan adaptasi kreatif, pembangunan manusia dan pengekalan alam sekitar.
31 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Ekologi Manusia
Melihat faktor sosio-budaya ke atas perkembangan individu
Faktor persekitaran merangkumi:
Mikrosistem – keadaan di mana individu berada (contoh: keluarga, sekolah, jiran dan rakan sebaya)
Mesosistem-hubungan antara mikrosistem dan kaitan antara konteks (contoh: seperti hubungan antara keluarga dengan jiran, pelajar dan sekolah)
Eksosistem-konteks sosial di mana individu tidak mempunyai peranan aktif tetpi elemen tersebut masih mempengaruhi kehidupannya (contoh: pekerjaan ibu bapa, sistem pendidikan negara dan sistem perundangan)
Makrosimtem – konteks budaya yang lebih luas termasuk sikap daan ideologi budaya serta bercirikan cara hidup seperti tingkahlaku dan kepercayaan yang diturunkan melalui generasi
Kronosistem – pola masa, peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran di sepanjang hidup manusia
32 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Ekologi Manusia
Meninjau dan mengkaji interaksi antara keluarga dari pelbagai perspektif
Andaian
Keluarga sebagai satu sistem yang separa terbuka, bermatlamat, dinamik dan boleh beradaptasi terhadap perubahan
Keluarga mebekalkan keperluan fizikal dan biologikal untuk perkembangan psikososial ahli untuk kebaikan fungsi individu, keluarga dan masyarakat.
Setiap bahagian dalam persekitaran adalah berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain
Kesejahteraan ekologi dunia dan saling bergantungan semua organisma di dunia dengan sumber alam azimnya bergantung kepada keputusan dan tindakan yang diambil oleh seseorang individu, keluarga dan negara.
33 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Teori Ekologi Manusia
Menggariskan ekosistem manusia sebagai meliputi hubungan timbal-balik antara manusia dan persekitaran
Interaksi yang berlaku merujuk kepada perubahan dalam tindakan pada salah satu bahagian dalam ekosistem yang mana akan membawa perubahan dalam bahagian yang lain
Fenomena saling pergantungan berlaku di mana komponen dalam ekosistem adalah saling berhubungan
Aplikasi- mengkaji pelbagai isu berkaitan keluarga seperti perhubungan keluarga dengan pelbagai elemen dalam persekitaran mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem.
34 ©Jamiah Manap. Nota Kuliah Dinamika Keluarga (26 Febuari 2013)
Top Related