PROSES PEMBANDARAN
(URBANISASI)WAN AMIRAH & NURUL
NAJIHAH
KONSEP PEMBANDARAN(URBANISASI)
Proses perubahan sesuatu kawasan yang berkeadaan luar bandar kepada bandar atau bandar yang
berkembang menjadi bandar yang lebih besar & kompleks.
Konsep urbanisasi meliputi 4 aspek iaitu~ Pertambahan jumlah atau peratus penduduk.
Sebagai contoh, di Malaysia sesebuah petempatan dikelaskan sebagai bandar jika berpenduduk
melebihi 10000 orang. Perluasan saiz bandar dengan penambahan
bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistem dan jaringan
pengangkutan, & pertambahan fungsi bandar. Perubahan struktur & kegiatan ekonomi penduduk di
sesebuah kawasan, iaitu daripada ekonomi primer kepada ekonomi sekunder & tertier.
Perubahan cara hidup penduduk daripada tradisional kepada nilai & gaya hidup bandar yang lebih moden.
Urbanisasi juga berlaku apabila pekan atau bandar yang sedia ada mengalami~ Pertambahan penduduk
Pertambahan fungsi & kepentingan Saiz & lingkungan pengaruh menjadi semakin luas. Keadaan ini menjadikan pekan & bandar berkenaan
lebih moden & maju serta layak untuk dinaikkan taraf.
Proses perubahan bandar melibatkan~ Pekan > bandar kecil
Bandar kecil > bandar sederhana Bandar sederhana > bandar besar
Bandar besar > metropolis Proses urbanisasi juga berlaku melalui pertambahan
bandar-bandar baru~ Membuatkan kawasan yang sebelum ini tidak
mempunyai bandar yang akan berkembang membentuk sesebuah bandar.
Bandar-bandar baru dapat diwujudkan~
Program pembangunan wilayah di Malaysia seperti~
Bandar Jengka > Wilayah Jengka Bandar Muadzam Shah > Wilayah DARA Bandar Al-Muktafi Billah Shah > Wilayah
KETENGAH Penubuhan bandar-bandar satelit (bandar
yang bergantung pada industri tempatan, tetapi ada perkaitan ekonomi & struktur jaringan perhubungan dan pentadbiran
dengan sesebuah bandar raya yang berhampiran) di pinggir bandar utama, contoh
bandar satelit Petaling Jaya. Bandar baru di rancangan estet perindustrian,
misalnya Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan.
PERKEMBANGAN PROSESURBANISASI DI MALAYSIA
Proses pembandaran di Malaysia berlaku selari dengan peredaran masa. Kadar urbanisasi di Malaysia merupakan yang terpantas di Asia
Tenggara walaupun perkembangannya mengambil masa yang agak lama.
Berdasarkan laporan Banci Penduduk Malaysia pada tahun 2010, kadar penduduk bandar
meningkat daripada 62% pada tahun 2000 kepada 71% pada tahun 2010.
Negeri yang mencapai 100% paras urbanisasi ialah W.P Kuala Lumpur & W.P Putrajaya, manakala
negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor & Pulau Pinang.
Negeri-negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah ialah Kelantan, Pahang, & Perlis.
SEKIAN
Top Related