Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran
Matematik
Pengenalan
DEFINISI ICT
Information Communication &
Technology (ICT) meliputi semua
teknologi yang membantu penyampaian
maklumat seperti radio, televisyen,
internet, komputer dan sebagainya
(Irfan Naufal & Nurullizam, 2011)
DEFINISI ICT
ICT juga merujuk kepada teknologi
hardware, software, telecommunication
dan network (Ward & Peppard, 2003).
Secara ringkasnya, teknologi maklumat (IT) atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan alat dan bahan yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.
Dasar ICT dalam Pendidikan Malaysia
Pelbagai dasar telah dirancang dan dilaksanakan untuk
menerapkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Dasar ICT dalam Pendidikan Malaysia
Dasar ICT dalam Pendidikan
Malaysia
Dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin (12 Oktober 2010)
Pembangunan modal insan secara berterusan
Penggunaan teknologi ICT yang bersesuaian dalam
pendidikan
Transformasi proses pendidikan melalui teknologi
Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-
2014) juga telah menggariskan penggunaan teknologi untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam 11 Anjakan
yang telah ditetapkan.
11 Anjakan Utama
Setiap tindakan
yang diambil perlu
menyumbang kepada aspirasi
sistem dan murid
Kementerian menggunaka
n bukti antarabangsa
bagi mengenal pasti dan memberi
keutamaan kepada faktor
yang membawa perbezaan
ketara dalam penambahbai
kan sistem murid.
Cadangan perlu relevan dengan tahap
permulaan sistem dan
kemampuan kementerian
untuk melaksanaka
nnya
Faedah pelaksanaan
cadangan perlu
memberi pulangan yang lebih
besar berbanding
dengan kekangan
perbelanjaan dan operasi
Menyediakan akses internet dan
persekitaran pembelajaran maya melalui 1
Bestari Net bagi kesemua 10, 000 buah
sekolah.
Menambahkan kandungan dalam talian
untuk perkongsian amalan terbaik bermula
dengan video guru terbaik menyampaikan
pengajaran Sains, Matematik, Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Memaksimumkan penggunaan ICT bagi
pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
kadar kendiri untuk memperluas akses
kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa
mengira lokasi atau tahap kemahiran murid.
Namun begitu…
Alat ICT Sekolah Terabai (23/08/2012)
KUALA LUMPUR: Kurang penyelenggaraan dan
kelemahan pentadbiran menyebabkan banyak peralatan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
dibekalkan ke sekolah tidak dapat dimanfaatkan pelajar.
Akibatnya, kira-kira 25 hingga 50 peratus daripada
peralatan bernilai lebih RM500 juta untuk projek
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di antara 2003 dan 2008
tidak dapat digunakan lagi.
Kajian Lepas
Imran Ismet (2000), menyatakan bahawa 81%
guru membuat pengakuan bahawa mereka tidak
memanfaatkan kelebihan ICT dalam Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, begitu juga
dengan guru-guru yang telah mendapat kursus
Sekolah Bestari yang telah mencatatkan kurang
50% guru yang menggunakan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer.
Kenapa isu tersebut berlaku?
Isu-isu Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik
Sekolah: Kurang
prasarana dan bahan
sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran
Guru: kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan ICT
Murid: Sikap terhadap
penggunaan ICT
Kurang Pengetahuan
dan Kemahiran dalam
Penggunaan Teknologi
Guru
Kurang Pengeta
huan dan
Kemahiran
dalam Penggu
naan Teknolo
gi
Guru menggunakan kaedah chalk and
talk
Kurang keyakinan
diri
Guru lebih cenderung menggunakan kaedah tradisional
berbanding menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana:
Penggunaan ICT akan mengambil masa yang panjang.
Tidak dapat menghabiskan silibus.
Memerlukan pengawalan kelas yang baik supaya murid
dapat mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran tanpa merosakkan atau menyalahgunakan
ICT tersebut untuk perkara selain pembelajaran.
Guru tidak dapat menilai perisian yang sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu topik.
Guru kurang berkeyakinan untuk mengaplikasikan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Balakishnan (2002), pengetahuan dan kemahiran yang
baik dalam ICT dapat meningkatkan keyakinan guru
semasa mengajar.
Kajian Lepas Gan (2000), kekurangan latihan merupakan satu
faktor penghalang penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Abd. Rahman (2000) juga menyatakan bahawa
guru kurang menggunakan teknologi di dalam bilik
darjah disebabkan kurang pengetahuan dan
kemahiran menggunakan ICT. Ahmad (2008), terdapat perkaitan antara
kemahiran ICT guru dengan sikap menggunakan
kemudahan tersebut dalam pengajaran.
Kekurangan Prasarana dan
Bahan Sokongan
Sekolah
Kekurangan
Prasarana &
Bahan Sokong
an
Bilangan komputer yang tidak mencukup
i
Perisian komputer
yang terhad
Masalah penyelenggaran alat
ICT
Bilangan komputer yang disediakan di sekolah tidak
mencukupi menyebabkan guru mempunyai masalah untuk
menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Murid tidak dapat mengeksplor maklumat secara
individu dan terpaksa berkongsi dengan murid lain.
Guru pula perlu menempah makmal komputer dan
menunggu giliran untuk menggunakan komputer begitu
juga dengan LCD dan sebagainya.
Masalah penyelenggaraan alat ICT :
Sekolah tidak menempatkan seseorang yang pakar
dalam penyelenggaraan alatan ICT iaitu technician
pembantu makmal komputer.
Perisian komputer yang terhad juga menghalang guru
untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana:
Kos yang tinggi diperlukan untuk membeli sesuatu
perisian.
perisian yang disediakan oleh KPM adalah terhad.
Kajian Lepas
Harison Bakar (2008) dalam kajiannya
telah mendapati penggunaan kaedah
chalk and talk dianggap berkesan bagi
sesetengah guru kerana kandungan
perisian yang dibekalkan oleh KPM adalah
ringkas dan terhad.
Sikap Murid Terhadap
Penggunaan ICT
Murid
Sikap merupakan faktor penting yang mempengaruhi
seseorang menggunakan ICT (Liaw et. al., 2007)
Menurut Ajzen dan Fishben (2005), sikap positif atau
negatif akan mempengaruhi proses pembelajaran individu.
Sikap
Positif
Negatif
Murid yang bersikap positif akan menggunakan ICT
sebagai:
1) Tutorial
2) Penerokaan
3) Aplikasi
4) Komunikasi
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kajian Lepas Menurut Alessi dan Trollip (2001), pembelajaran
menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antaranya
adalah:
1) murid dapat mencapai bahan pembelajaran pada
bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.
2) Bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada
sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia.
3) Pengurusan dan mengemaskini bahan menjadi
semakin mudah dan pantas.
4) Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh
digunakan bagi kegunaan guru dan murid.
Murid yang bersikap negatif akan menggunakan ICT
untuk melayari facebook, mengakses maklumat-maklumat
yang tidak berkaitan dengan pembelajaran, bermain game
dan sebagainya.
Kajian Lepas Murid sekolah kini lebih berminat menggunakan ICT,
melayari internet untuk mengakses maklumat serta
mempunyai laman web mereka sendiri dengan mendaftar
dalam myspace, friendster, blogspot, facebook dan
sebagainya. Perkara ini merupkan fenomena yang sudah
menjadi trend dalam kalangan murid (Liaw Huang & Chen,
2007).Lankshear & Knobel (2003) dan Marsh (2004) menyatakan
bahawa komputer dan kemudahan ICT dapat memberi impak
yang baik atau sebaliknya bergantung kepada kemahiran dan
kecekapan bagaimana teknologi tersebut digunakan.
Kesimpulan
Pengaplikasian atau pengintegrasian ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu
inisiatif yang terbaik dalam memperkenalkan pembelajaran
secara kontekstual kepada murid-murid (Rosenberg, 2001).
Namun begitu, teknologi tidak boleh menggantikan tugas
hakiki guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.
Penggunaan ICT hanyalah merupakan satu alat yang
boleh membantu guru memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran (Burnett, 2010).
TERIMA KASIH
Top Related