7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
1/37
MP[Type the document title]
1
Methodist Pilley Institute
Pendidikan Moral
Tajuk : Pencemaran Alam Sekitar
Nama Pensyarah : Angelina Kong Siing Lin
Nama Ahli Kumpulan ID Murid
Doon Kwang Jie 930615-13-5907
Joyce Hii Ian Chyn 950720-13-5800
Kevin Sia Kee Hin 930123-13-6225
Samuel Ting Lik Diing 930928-13-5721
Sharon Wong Jin Yee 950811-13-6120
Sherri Goh Siew Ling 930306-13-6404
Ting Jing Jing 950913-13-5882
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
2/37
MP[Type the document title]
2
Senarai Kandungan :
Tajuk Mukasurat
1.0 Pengenalan 3-5
2.0 Objektif Kajian 6
3.0
3.1
3.2
3.3
3.4
JenisJenis pencemaran
Pencemaran Udara
Pencemaran Air
Pencemaran Bunyi
Pencemaran Tanah
7-13
14-18
19-25
26-31
4.0 Kesimpulan 32
5.0 Lampiran
6.0 Rujukan
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
3/37
MP[Type the document title]
3
1.0 Pengenalan:
Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi semua
negara.Kesedaran tentang kemerosotan kualiti alam sekitar bermula sejak awal
tahun 1910-an , apabila persidangan pertama dunia yang diadakan di Stockhlom ,
Sweden membincangkan tentang pencemaran alam sekitar .
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup
penduduk , kegiatan ekonomi dan projek projek pembangunan sesebuah
negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah masalah
alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek
pembangunan . Kesan kesan negatif akibat proses pembangunan dan
modernisasi secara terburu buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan
kesan pencemaran .
Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia sumber
sumber ekonomi dan kemandirian bumi . Untuk mengurangkan kesan kesan
negatif pembangunan ke atas alam sekitar , setiap aktiviti ekonomi dan
pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan
pemeliharaan alam . Umumnya pencemaran alam sekitar boleh ditangani dengan
proses semula jadi tetapi apabila berada di tahap yang serius pencemaran sukar
untuk diatasi .
Oleh itu , camput tangan semua pihak amatlah penting . Pencemaran
alam sekitar berbeza antara sebuah negara dengan negara lain mengikut taraf
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
4/37
MP[Type the document title]
4
sosio ekonomi . Di negara negara maju , pencemaran lebih banyak berlaku
kesan daripada pembuangan bahan bahan kimia . Bagi negara membangun
pula , pencemaran lebih menjurus kepada bahan bahan organik lain seperti
sampah , najis dan sisa sisa makanan . Hanya sedikit sahaja pencemaran
daripada bahan kimia dihasilkan.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda benda atau
bahan bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan
terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan .
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat
fizik , kimia , biologi atau aras aras radiasi mana mana bahagian alam
sekeliling dengan melepaskan , mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga
menjejaskan kegunaan kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu
keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan , keselamatan
atau kebajikan awam atau organisma organism lain , tumbuhan dan haiwan .
Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk
pencemaran alam:
Pencemaran udara Pencemaran air
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
5/37
MP[Type the document title]
5
Pencemaran bunyi Pencemaran tanah
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
6/37
MP[Type the document title]
6
2.0 Objektif Kajian :
Menjelaskan definisi dan maksud pencemaran Menghuraikan jenis jenis pencemaran utama Menerangkan dengan lebih lanjut tentang punca punca pencemaran Menerangkan faktor faktor pencemaran serta kesan kesannya Menerangkan seba sedikit tentang penguatkuasa undang undang
terhadap pencemar alam sekitar melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Menghubung kaitkan gambar ( yang dapat dalam lampiran ) sebagai buktiberlakunya pencemaran di negara kita .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
7/37
MP[Type the document title]
7
3.1 Pencemaran udara :
Pencemaran udara adalah kehadiran satu atau lebih substansi fizik , kimia , atau
biologi di atmosfera dalam jumlah yang dapat membahayakan kesihatan
manusia , haiwan dan tumbuhan , mengganggu estetika dan keamanam , atau
merosakan properti . Pencemaran udara dapat ditimbulkan oleh sumber
sumber alam mahupun kegiatan manusia . Beberapa definisi gangguan fizik
seperti polusi suara , panas ,radiasi atau polusi chaya dianggap sebagai polusi
udara . Sifat alam udara mengakibatkan dampak pencemaran udara dapat
bersifat langsung dan local , regional , mahupun global .
3.1.1 Punca punca pencemaran udara :
Aktiviti pembangunan dan perindustrianPerkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri industri yang
menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan
domestik . Namun , ini telah menambah buruk keadaan pencemaran
udara dunia . Pelepasan nitrogen , sulfur dioksida hidrokarbon dan karbon
dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu , bukan sahaja gas gas pencemar dilepaskan oleh industri ,
manakala habuk habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas
manusia juga dilepaskan .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
8/37
MP[Type the document title]
8
Kenderaan motorKenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia .
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor
seperti kereta , motor , lori , kapal terbang dan sebagainya . Setiap
kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini
perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya .
Akibatnya , gas karbon monoksida , nitrus oksida , hydrocarbon dan
habuk habuk . Pada tahun 2004 . 14 juta kenderaan telah berdaftar
digunakan di Malaysia . Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan
sedekad lalu . Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka
akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020 , namum dijangka juga
akan mencapai angka itu lebih awal .
Pembakaran terbukaPembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah ,
sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan , sisa perladangan ,
sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan . Akibatnya partikel jelaga
yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan .
Akhirnya ,keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat . Keadaan tersebut
akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut
menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
9/37
MP[Type the document title]
9
kesihatan awam dan mengurangkan jarak pengelihatan . Contohnya ,
masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan
hamper seluruh negara seolah olah diselubungi (asap) .
Aktiviti harian manusiaIsi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan
tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan
penyaman udara . Apabila cecair penyejuk digunakan , gas
Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu
menipiskan lapisan ozon . Selain itu , penggunaan peralatan rumah
seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan
pencemaran udara .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
10/37
MP[Type the document title]
10
3.1.2 Kesan kesan pencemaran udara :
Hujan asid :Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid
nitric . Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat
tempat lain . Asid tersebut akan turut bersama sama dengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia . Kesanya , ia membunuh tumbuh
tumbuhan dan juga hidupan air . Ia juga boleh menghakis pakaian , kertas
dan bahan binaan bangunan . Selain itu , asid tersebut juga meresap ke
dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya
tidak subur .
Haiwan :Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara . Ini
disebabkan dari udara yang memasuki paru paru haiwan dan makanan dari
sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
11/37
MP[Type the document title]
11
Tumbuhan :Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti
nekrosis ( keguguran daun ) , Klorosis ( pertukaran warna ) dan
pertumbuhan terbantut . kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan
sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga
terganggu .
Kesihatan manusia :Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan .
Gas gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan
oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan
seterusnya menyebabkan mengantuk , penyakit lelah dan mengurangkan
fungsi paru paru . Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan
kerengsaan menyebabkan inflamasi paru paru dan keupayaan bergerak .
Habuk , asap , kabus , wap atau bahan bahan lain juga menghalang
penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia . Kajian Pertubuhan
Kesihatan Sedunia ( WHO ) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati
setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara . Ia adalah tiga kali lebih
tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
12/37
MP[Type the document title]
12
3.1.3 Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara :
Penampalan ozon
Bahagian ozon yang berlubang ditampai dengan mengionkan oksigen di
atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu , penampalan
ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan
menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun
begitu , penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara
untuk jangka masa pendek sahaja .
Memperkenalkan undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentabdir nagara telah
mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar
pencemaran . Sebagai contoh , industri besar dan kecil diwajib
menapiskan asap yang dikeluarkan . Wet scrubber merupakan penapis
asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap . Proses ini
dapata mengurangkann sulfur dioksida sampai 90% .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
13/37
MP[Type the document title]
13
Penggunaan teknologi
Dengan adanya teknologi moden , penggunaan kenderaan menggunakan
kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat .
Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara
malah pencemaran bunyi . Walau bagaimanapun , tenaga eletrik adalah
mahal dan kesannya terdapat alam sekitar mungkin bergantung kepada
cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan .
Kitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula
bahan buangan seperti plastic , kertas , tin aluminium dan sebagainya .
Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar
kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran . Pembakaran sampah -
sarap turut dapat dikurangkan .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
14/37
MP[Type the document title]
14
3.2 Pencemaran air
Pencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan
air seperti sungai , lautan dan air tanah akibat aktiviti manusia . Walaupun
fenomena alam seperti gunung berapi , badai , gempa bumi juga mengakibatkan
perubahan yang besar terhadap kualitas air , hal ini tidak dianggap sebagai
pencemaran . Pencemaran air dapat disebabkan oleh berbagai hal dan memiliki
karakteristik yang berbeda beda . Meningkatnya kandungan nutrien dapat
mengaruh pada eutrofikasi . Sampah organik seperti air comberan (sewage)
menyebabkan peningkatan kebutuhan oksigen pada air yang menerimanya yang
mengarah pada berkurangnya oksigen yang dapat berdampak parah terhadap
seluruh ekosistem . Industri membuang berbagai macam polutan ke dalam air
limbahnya seperti logam berat , toksin organik , minyak , nutrien dan padatan .
Air limbah tersebut memiliki efek termal , terutama yang dikeluarkan oleh
pembangkit listrik yang dapat juga mengurangi oksigen dalam air .
Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan
keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan member kesan apabila digunakan .
Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi , kimia dan fizik . Pencemaran air
bukan hanya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara
sengaja atau tidak . Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
15/37
MP[Type the document title]
15
3.2.1 Punca punca pencemaran air :
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan
perumahan di sepanjang sungai , tepi tasik dan laut . Pembuangan bahan
buangan seperti sampah , minyak , dan najis secara tidak terkawal akan
menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada penoemaran .
Contohnya , Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh
najis babi sekitar tahun 1980 an .Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke
laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut .
Selain itu , segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab
membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada
pencemaran air . Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos
pelupusan . Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai
tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai .
Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa
radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut .
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal
turut mendorong kepada pencemaran air . Minyak yang mengalir ke laut akibat
kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan
berlakunya pencemaran laut . Contohnya , pelanggaran kapal MV Waily dengan
kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61858 tan mentrik minyak mentah
telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung
Ayam .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
16/37
MP[Type the document title]
16
3.2.2 Kesan Kesan pencemaran air :
Pencemaran air akan member kesan kepada kesihatan manusia . Air yang
tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium , nitrat , merkuri dan
sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia . Contohnya , sodium
member implikasi kepada jangtung manakala merkuri dan plumbum pula boleh
menyebabkan masalah saraf . terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui
air minuman dan air mandian seperti disentri , salmonella , cryptosporidium dan
hepatitis .
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk
lapisan minyak yang boleh mengancam organism laut . Tumpahan tersebut akan
menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton . Hidupan laut seperti ikan ,
siput , udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan
sisa toksik yang telah mengakibat pencemaran air yang merupakan habitat
hidupan laut . Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut .
Pencemaran air juga menberi kesan kepada tanah basah . Tanah basah
menyediakan habitat kepada banyak organism hidup dan spesies tumbuhan .
Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air ,
rumpai air akan tumbuh dengan banyak . Dengan peningkatan fosforus , ianya
akan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
17/37
MP[Type the document title]
17
3.2.3 Langkah langkah mengatasi pencemaran air :
Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk
meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen
kesedaran perlu diadakan melalui televisyen , akhbar dan sebagainya untuk
member kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam
kehidupan seharian . Dengan penganjuran kempen kempen ini diharap dapat
memupuk sikap cintakan alam sekitar .
Selain itu , pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan
undang undang . Manakala , Undang undang sedia ada perlu diperketatkan
lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya .
Contohnya , pihak pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai ,
sekiranya disabit kesalahan , boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3)
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 , iaitu denda tidak lebih daripada RM
100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua
duanya sekali .
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem
perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan
sekitar satu atau dua kali sebulan . Dengan cara ini , maka sampah sarap tidak
akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem
saliran utama di sungai .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
18/37
MP[Type the document title]
18
Kesimpulannya , sebagai makhluk Allah yang dikumiakan akal fikiran , kita
tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong
segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi
memastikan harapan dan impian negara dapat di capai .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
19/37
MP[Type the document title]
19
3.3 Pencemaran bunyi :
Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi
bagi pencemaran bunyi . Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat
atau kawasan yang tidak bersesuaian . Contohnya ,kilang kilang yang
mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni penghuni rumah .
Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dP) .
3.3.1 Punca punca pencemaran bunyi
Pembangunan IndustriBunyi yang dikeluarkan dari kilang kilang seperti jentera , mesin kilang
serta pemprosesan dan pembuatan material boleh menggangu
ketenteraman masyarakat setampat yang berhampiran kilang tersebut .
Kawasan PetempatanBunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk cerucuk besi ( Jack Hammer ) di
tanam dalam tanah akibat pembinaan bangunan tinggi . Ini boleh
merosakkan suasana masyarakat di kawasan tersebut .
Kenderaan
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
20/37
MP[Type the document title]
20
Kenderaan di jalan raya mengeluarkan bunyi Hon boleh memekakkan
pendengaran terutamanya di jalan sesak . Sejurus itu boleh menggangu
ketenteraman masyarakat .
Aktiviti Manusia
Masyarakat memasang radio dan televisyen dengan volume yang kuat .
KuariPemecahan batu batu mengakibatkan penghasilan bunyi yang kuat
menyebabkan pencemaran bunyi .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
21/37
MP[Type the document title]
21
3.3.2 Kesan kesan pencemaran bunyi :
Kesan pencemaran bunyi terhadap manusia :Bunyi yang tidak dikehendaki mampu membawa kesan negatif secara
physiological . Pencemaran bunyi mampu merimaskan , memberi tekanan ,
menghilangkan pendegaran , gangguan tidur serta kesan buruk lain .
Tekanan dan hipertansi adalah punca utama masalah kesihatan di mana
telinga berdengung menyebabkan mengalami masalah daya ingatan ,
serta serangan panik .
Selain itu , kesan lain pula pencemaran bunyi mampu menyumbang
kepada kesan kardio vaksular. Di mana boleh menyebabkan peningkatan
statisik pada tekanan darah serta peningkatan kejadian arteri koronari .
Pencemaran bunyi menyebabkan menjejaskan produktiviti . Dimana
pekerja tidak dapat menjana idea untuk organisasi apabila pencemaran
bunyi berleluasa sehingga menjejaskan pemikira seseorang .
Kesan pencemaran bunyi terhadap alam sekitar :Bunyi bising memberi kesan buruk kepada haiwan . Ia menyebabkan
tekanan serta meningkat risiko kematian dan menganggu haiwan
berhubung terutamannya berkaitan dengan pembiakan dan navigasi .
Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan
pendengaran sementara atau kekal .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
22/37
MP[Type the document title]
22
Selain itu , kesan bunyi boleh memusnahkan habitat yang
disebabkan bunyi bising . Contohnya , pencemara bunyi menyebabkan
kematian speseis paus tertentu akibat terdedah kepada sonar tentera
yang kuat .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
23/37
MP[Type the document title]
23
3.3.3 Langkah langkah mengatasi Pencemaran bunyi :
Penggunaan teknologi:
Terdapat pelbagai strategi mengurangkan pencemaran bunyi antaranya
ialah penggunaan halangan bunyi , menghadkan kelajuan kenderaan ,
menukar tekstur permukaan jalan raya , menghadkan berat kenderaan ,
mengunakan kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan brek dan
pecutan bagi kenderaan .
Selain itu , pelaksaan model computer bagi bunyi jalan mampu
menangani topografi dan operasi trafik serta pengurangan hipotesis
tempatan . Kos pembinaan pengurangan bina adalah sederhana tertakluk
pada penyelesaian pada tahap perancangan projek laluan jalan .
Pengeluaran bunyi dari kapal terbang dengan menghasilkan enjin jet yang
lebih senyap yang dilakukan pada 1970-an dan 1980-an . Strategi ini
membawa pengurangan terhad . Bagi pihak pengurusan operasi seperti
menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan
telah membuktikan memberi kebaikan penduduk berhampiran lapangan
terbang .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
24/37
MP[Type the document title]
24
Pendidikan :
Melalui pendidikan member kesedaran serta membentuk sikap positif
terhadap alam sekitar terutamanya dari peringkat rendah lagi . Melalui
pendidikan mereka dapat mengetahui pencemar alam dari segi kesan
kesan negative terhadap alam sekitar dan manusia . Pendidikan alam
sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui
Kurikulum bersepadu sekolah rendah KBSR dalam mata pelajaran alam
dan manusia .
Seterusnya pada peringkat menengah melalui dalam kurikulum
bersepadu sekolah menengah KBSM khususnya dalam mata pelajaran
sains . Masyarakat juga mengetahui mengenai alam sekitar melalui
penyiaran media serta kempen .
Tanggungjawab bersama :
Kerajaan patutlah memainkan peranan seperti mengetat undang
undang untuk melindungi alam sekitar . Rondaan oleh pegawai alam
sekitar perlu diperbanyakkan . Pengusaha kilang haruslah mendapatkan
nasihat mengenai alam sekitar sebelum memulakan operasi . Selain itu ,
pengguna perlu mementau persekitaran sekiranya terdapat pihak tidak
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
25/37
MP[Type the document title]
25
bertanggungjawab terhadap alam sekitar perlu segera membuat aduab
agar pencemaran bunyi diatasi .
Pameran , pertandingan dan kempen alam sekitar :
Pameran perlulah diadakan secara berkala disetiap kawasan tertentu
dengan mengedar risalah tentang punca dan kesan pencemaran bunyi
terhadap alam sekitar serta manusia . Selain itu , kerajaan perlulah
mempamerkan slaid slaid berkaitan pencemaran bunyi agar dapat
menyedarkan masyarakat serta mengajar masyarakat melindungi alam
sekitar . Mengadakan pertandingan kuiz tentang pencemaran untuk
meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai alam sekitar
terutamanya di peringkat sekolah .
Pendedahan media massa :
Penyiaran isu isu berkaitan alam sekitar supaya masyarakat peka dan
berhati hati untuk melindungi alam sekitar daripada tercemar . Pihak
media turut menyiarkan isu isu terkini di akhbar dan majalah untuk
meningkatkan pengetahuan masyarakat .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
26/37
MP[Type the document title]
26
3.4 Pencemaran tanah :
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna , kesuburan dan hakisan .
Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau
pepejal . Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organic , kiia atau fizik .
Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan . Jadi
penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang . Tanah
yang diteroka ini selalunya lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakan
sebagai kawasan kilang . Masalah yang timbul atau kesannya kawasan yang
berlebihan ini akan terbiar dan mengakibatkan ketidakseimbangan ekosistem .
Bagi industri air mineral , air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu
mengakibatkan adanya ronga-ronga kosong dibawah tanah dan ini mendorong
kepada kejadian subsidence . Selain itu sampah yang dihasilkan oleh sisa
perindustrian terutamanya carbon dioksida , nitrogen dioksida dan sulfur boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran tanih seperti ketidaksuburan tanih akibat
peningkatan kekonduksian tanih yang mana tanih ini tidak sesuai untuk
tumbuhan hidup . Rumah hijau juga memberi kesan kepada tanih dimana ia
menyebabkan kenaikan penguraian guna tanih sekaligus meninggikan hasil
tanaman . Pada zaman dulu pula antara punca pencemaran kepada alam sekitar
oleh kegiatan industri adalah disebabkan oleh kegiatan melombong
menggunakan kapal korek. Kapal korek ini biasanya dilakukan di kawasan yang
lapang. Jadi selepas bijih timah habis di lombong , kawasan tersebut akan
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
27/37
MP[Type the document title]
27
ditinggalkan dan menjadi kawasan mati kerana sebarang aktiviti biologi tidak
dapat dilakukan kerana kawansan tersebut tercemar dengan pelbagai sisa
daripada industri perlombongan .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
28/37
MP[Type the document title]
28
3.4.1 Punca - Punca Pencemaran Tanah:
Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal
merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku .
Terdapat dua kaedah pembuangan sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah
penimbusan dan kaedah pembakaran . Walaupun sampah sarap dapat
dilenyapan dari pandangan mata dan hiduan hidung dengan kaedah ini namun
tanpa pengawalan yang rapi , keduadua teknik ini juga boleh member masalah
yang serius kepada alam sekitar .
Selain itu , pembuangan sisa toksik dan nuclear juga akan
menyebabkan pencemaran tanah berlaku . Apabila sisa toksik dan nuclear telah
mencemari permukaan tanah , maka ia akan menyebabkan kualiti tanah
merosot . Hal ini akan member impak yang besar kepada manusia serta alam
sekitar .
Tambahan pula , penebangan hutan juga akan menyebabkan
pencemaran tanah berlaku . Kawasan hutan diterbang untuk mendapatkan hasil
balak yang menpunyai keuntungan lumayan . Penebangan hutan ini akan
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar . Hal ini disebabkan ketiadaan akar
pokok untuk mencengkam tanah . Kesannya , tanah runtuh akan terjadi dan
akan membahayakan nyawa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan itu .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
29/37
MP[Type the document title]
29
3.4.2 Kesan kesan pencemaran tanah :
Penyebaran kuman kuman penyakit merupakan salah kesan yang
akan timbul kesan daripada pencemaran tanah . Haiwan haiwan perosak
seperti tikus , lipas dan lalat akan tertumpu di kawasan itu dan menyebarkan
kuman kuman penyakit ketempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau
dimakan lipas , seterusnya di makan oleh manusia tanpa sengaja maka manusia
akan mudah diserang keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit
yang serius.
Selain itu , kerosakan tanah dan kualitinya juga merupakan kesan
yang akan timbul apabila terjadinya pencemaran tanah . Sisa sisa industry dan
hasil tumpahan dari kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang
kualiti . Tanah yang kurang kualiti menyebabkan tumbuh tumbuhan atau sayur
- sayuran yang ditanam hidup dengan tidak sempurna dan kurang subur .
Hakisan tanahjuga akan turut terjadi jika pencemaran tanah berlaku .
Hakisan tanah adalah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh Negara .
Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga
mengancam keselamatan dan nyawa manusia , misalnya tanah runtuh dan
gempa bumi . Terdapat banyak yang sedang diancam hakisan tanah . Antara
aktiviti aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan tanah adalah
pembersihan dan pembajakkan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
30/37
MP[Type the document title]
30
yang dapat menahan tanah daripada runtuh .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
31/37
MP[Type the document title]
31
3.4.3 Langkah mengatasi pencemaran tanah :
Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang boleh
dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanah . Pendidikan alam
sekitar dapat membentuk sikap positif diri terdapat alam sekitar . Dengan adanya
kesedaran pada seseorang individu , dia akan sedar tentang berapa pentingnya
kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan .
Selain itu , kempen kesedaran juga boleh dilakukan untuk
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar . Antara kempen-kempen alam
sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen cintailah sungai kita , kita
semula , dan sahabat alam . Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya .
Pendedahan media masa juga merupakan salah satu cara yang boleh
di ambil untuk menangani ise pencemaran tanah . Pada hari ini , media masa
memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemkiran semua
pengguna . Oleh itu , dengan adanya pendedahan media masa tentang ise
pencemaran alam , masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani
masalah pencemaran .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
32/37
MP[Type the document title]
32
4.0 Kesimpulan:
Malaysia sememangnya sebuah Negara yang berkembang pesat serta
maju dalam pelbagai bidang . Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu ,
ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan
terhadap alam sekitar . Kegiatan kegiatan perusahan atau perkilangan asap
asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan
pencemaran air . Selain itu , kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah
mengganggu system ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah . Oleh itu ,
kita hendaklah bersama sama menjaga alam sekitar agar kita dapat hidup
secara aman dan selesa dengan alam sekeliling yang bersih .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
33/37
MP[Type the document title]
33
Lampiran :
Pencemaran bunyi :
Gambar ini menunjukkan kerja kerja pembinaan yang memberi
impak pencemaran bunyi .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
34/37
MP[Type the document title]
34
Pencemaran udara :
Gambar ini menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara
tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
35/37
MP[Type the document title]
35
Pencemaran Tanah :
Gambar ini menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah .
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
36/37
MP[Type the document title]
36
Pencemaran air / sungai :
7/29/2019 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar
37/37
MP[Type the document title]
Gambar ini menunjukkan pencemaran air / sungai .
Top Related