8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
1/21
Pengenalan
Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an
dengan kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasankepada pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
melancarkan program Malaysia Cergas pada tahun 1985.
Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan
dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku
ialah 1998-Senaman dan Kecergasan, 2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001-
Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat.
Setelah kita memutuskan bahawa kita perlu bersenam, maka kita seharusnyamenilai tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang
dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam.
Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping
mengelak kecederaan.
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
2/21
S ejarah Instrumen
Penilaian merupakan satu proses yang dijalankan dari semasa ke semasa, di
sekolah, untuk menentukan keberkesanan pengajaran pembelajaran sesuatu mata
pelajaran. Penilaian telah dijalankan untuk semua mata pelajaran kecuali Pendidikan
Jasmani secara rasmi dari dulu hingga 1987. Pada tahun 1989, dalam kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), penilaian formal telah diperkenalkan untuk
mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Buat pertamanya,
markah atau gred Pendidikan Jasmani di masukkan dalam buku laporan pelajar.
Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian
pelajar diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA).
Latar belakang Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA)
Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) telah dijalankan buat pertama kali di sekolah
pada awal tahun 70an. Ujian tersebut pada masa itu mengandungi 6 aktiviti iaitu :
a) Ujian Kelembutan
b) Baling bola sofbol
c) Lompat Sargent ( Lompatan Menegak)
d) Mendagu
e) Lari ulang-alik
f) 600 ela lari/jalan
Pada awal tahun 80an, Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah,
telah ditugaskan mengkaji semula Ujian Daya Tenaga Asas kerana didapati bahawa
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
3/21
ujian yang dijalankan pada masa itu kurang sesuai dan agak bermasalah.
Jawatankuasa yang dilantik telah menjalankan beberapa percubaan dengan
kerjasama sekolah-sekolah di negeri. Ia telah memutuskan bahawa ujian baru hanya
akan menguji aspek-aspek kecergasan yang berdasarkan kesihatan sahaja.
Jawatankuasa ini juga memilih aktiviti yang dianggapkan lebih bermakna, mudahdiurus dan tidak memerlukan banyak alat. Hasil keputusan jawatankuasa ini ilah
Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) yang sedang dijalankan di sekolah telah diperoleh.
Ujian ini mengandungi empat aktiviti sahaja iaitu :
a) Bangkit Tubi
b) Tekan tubi
c) Jangkauan melunjur
d) Larian 1500m
Untuk memastikan bahawa ujian ini dijalankan di semua sekolah menengah,
Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar Surat
Pekeliling Ikhtisa Bil 2/1988, iaitu pindaan kepada Surat Pekeliling Ikhtisa Bil 3/79
kepada semua negeri untuk edaran ke sekolah-sekolah.
Untuk menentukan bahawa ujian yang sedang dijalankan masih sesuai mengikut
perkembangan terbaru dalam bidang penilaian kecergasan, dan untuk mengemaskini markah-markah yang terdapat dalam buku panduan UDTA, satu seminar
penilaian kecergasan telah diadakan pada 5 hingga 7 Oktober di Port Dickson. Pada
waktu itu, Penyelia Pendidikan negeri dan wakil bahagian-bahagian di Kementerian
Pendidikan yang terlibat dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
telah dijemput menghadiri seminar ini.
Dalam seminar tersebut, beberapa cadangan pengubahsuaian telah dibuat dan
persetujuan telah diperoleh untuk sekali lagi melantik satu jawatankuasa kecil bagi
mengkaji cadangan seminar dengan lebih mendalam. Jawatankuasa kecil yang
dilantik telah bermesyuarat di Ipoh pada 5 dan 6 November 1992. Setakat ini,
jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan
pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan.
T ugasan
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
4/21
So alan 1
a. Anda dikehendaki menyediakan bateri ujian untuk Lima (5) komponen yang
hendak diuji. Instrumen tersebut terdiri daripada :
i. Dua instrument untuk mengukur kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan
ii. Dua instrument untuk mengukur kecergasan fizikal berlandaskan
lakuan motor
iii. Satu instrument untuk mengukur kemahiran
b. Setiap intrument hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut :
i. Pengenalan, pendahuluan
ii. Nama ujian
iii. Objektif pengujian
iv. Fungsi ujian
v. Sejarah instrumen
vi. Korelasi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektiviti (jika ada)
vii. Prosedur pelaksanaan ujian
viii. Alatan yang diperlukan
ix. Limitasi pelaksanaan
x. Organisasi pentadbiran ujian
c. Instrumen yang lengkap disediakan hendaklah ditadbirkan untukmendapatkan data dan maklumat. Oleh itu, anda dikehendaki melaksanakan
pengujian dan pengukuran dengan memilih subjek daripada murid Tahap Dua
di sekolah yang di pilih dalam kapasiti sebuah kelas dengan melaksanakan
proses yang sewajarnya.
So alan 2
a. Berdasarkan data dan maklumat hasil pengujian, pengukuran yangtelah dilaksanakan, anda dikehendaki membuta rumusan, penilaian
dan analisis hasil daripada pengujian tersebut.
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
5/21
B erdasarkan s o alan 1, kami telah menjalankan ujian pengukuran dan penilaian
pada butiran-butiran yang berikut :
Tempat : Sek. Keb. Pida Tiga, Jitra, Kedah
Sampel : Murid Tahun 4 Dedikasi iaitu Tahap Dua
Bilangan responden : 30 orang (11 lelaki dan 19 perempuan)
Bateri ujian :
- Berasaskan Kesihatan : Indeks jisim badan ( BMI )
- Berasaskan Kesihatan : Jangkauan Melunjur
- Berasaskan Lakuan Motor : Lari Pecut 30m
- Berasaskan Lakuan Motor : Lompat Jauh Berdiri
- Berasaskan Kemahiran : permainan bola sepak
Tarikh : 7 julai 2011
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
AJK ujian penilaian dan pengukuran :
- Zulkiflee bin Salleh
- Nor Ahmad Shabaruzaman bin Mohd Nor
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
6/21
L imitasi Pelaksanaan Ujian
1. Ujian ini hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja iaitu S.K. Pida
Tiga.
2. Hanya satu kelas sahaja iaitu murid dari tahun 4 Dedikasi yang diuji.
3. Bilangan sampel hanya 30 orang iaitu 11 lelaki dan 19 perempuan.
4. Bateri ujian hanya melibatkan 5 instrument sahaja.
5. Masa yang terhad iaitu selama 1 hari dan pada sebelah pagi sahaja
ujian ini dilaksanakan.
6. Masa yang dilaksanakan hanya lebih kurang 2 jam dari jam 8 pagi
hingga pukul 10 pagi.
7. Ada responden yang tidak membawa pakaian pendidikan jasmani
ketika sesi ujian dijalankan.
8. Murid yang kurang sihat dikecualikan daripada melakukan ujian ini.
9. Murid yang tidak berpakaian sukan (perempuan) juga dikecualikan
bagi menitikberatkan aspek keselamatan.
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
7/21
Instrumen S atu
Nama Ujian : Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)
Tujuan : Menilai komposisi badan
Tahap : Murid Tahun 4
Responden : Murid tahun 4 Dedikasi
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang skor
Pengurusan dan organisasi:
- Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan
bermula.
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
8/21
Prosedur:
1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan
mengukur ketinggian dalam meter.
2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:
Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.
Lelaki
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
9/21
Umur (Tahun) Kurang berat Normal
Berisiko BeratBerlebihan
Beratberlebihan
9 18.6 - 21.0 >21.0
10 19.4 - 22.2 >22.2
11 20.2 - 23.2 >23.2
12 21.0 - 24.2 >24.2
13 21.8 - 25.2 >25.2
14 22.6 - 26.0 >26.0
15 23.4 - 26.8 >26.8
16 24.2 - 27.6 >27.6
17 24.8 - 28.2 >28.2
Perempuan
Umur (Tahun) Kurang berat Normal
Berisiko BeratBerlebihan
Beratberlebihan
9 19.2 - 21.8 >21.8
10 19.9 - 22.9 >22.911 20.8 - 24.0 >24.0
12 21.6 - 25.2 >25.2
13 22.5 - 26.2 >26.2
14 23.2 - 27.2 >27.2
15 24.0 - 28.0 >28.0
16 24.5 - 28.8 >28.8
17 25.2 - 29.6 >29.6
Instrumen Dua
Nama ujian : Jangkaun melunjur
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
10/21
Objektif ujian : Menguji kelenturan bahagian belakang badan dan hamstring
Responden : Murid tahun 4 Dedikasi
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Kesahan : Kesahan logikal digunakan Jarak koefisien adalah di antara 0.8
dan 0.9
Kebolehpercayaan : 70 atau lebih.
Prosedur ujian :
1. Murid dikehendaki melakukan regangan untuk memanaskan badan. Murid
perlu menanggalkan kasut.
2. Lekatkan kotak dan pembaris rapat ke dinding.
3. Murid duduk berlunjur menghadap dinding dengan kedua-dua belah kaki
rapat dan menyentuh kotak dan pembaris dengan kedudukan tangan
lurus kehadapan.
4. Tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri.
Kedua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak tolok dan
bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak.
5. Jangkauan perlu bertahan selama dua saat (no bouncing).6. Ujian dilakukan sebanyak 3 kali secara berturut-turut dan bacaan terbaik
direkodkan dalam unit cm.
Alatan ujian :
i. Kotak pengukur dan pembaris
N o rm ujian
Lelaki berumur 10 tahun :
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
11/21
Perempuan berumur 10 tahun :
Skor 1 2 3 4 5
cm17 ke bawah 18 - 23 24 - 29 30 - 34 35 ke atas
Instrumen T iga
Nama ujian : Lari pecut 30 meter
Skor 1 2 3 4 5
cm18 ke bawah 19 - 24 25 - 31 32 - 36 37 ke atas
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
12/21
Pendahuluan :
i. Larian pecut adalah satu pergerakan dari satu titik ke satu titik.
ii. Larian pecut ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,
kelajuan angin, permukaan balapan.
iii. Masa larian juga dicatatkan
iv. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor
kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.
v. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi,
kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan
semasa berlari.
vi. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki,
kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai
jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh
ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan
pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.
Objektif Ujian : Mengukur kepantasan murid memecut sejauh 30 meter dan
kedudukan berdiri
Responden : Murid tahun 4 Dedikasi
Jantina : Lelaki dan perempuan
Kesahan dan Kebolehpercayaan : Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan
jumlah pengambilan oksigen yang maksimum.
Prosedur ujian :
1. Murid bersedia dalam kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan.
2. Penguji memberi isyarat sedia dan lari di samping meniup wisel.
3. Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada di garisanpenamat dan berhenti apabila murid melepasi garisan penamat.
4. Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil.
Alatan yang digunakan :
i. Pita ukur
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
13/21
ii. Jam randik
iii. Wisel
iv. Skitel
Organisasi perlaksanaan :
Instrumen Empat
Nama ujian : Lompat Jauh Berdiri
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
14/21
Objektif Ujian : Menguji kuasa eksplosif kaki secara mendatar
Alatan Ujian :
i. Pita Pengukur (2 meter),
ii. Penanda Jarakiii. Masking Tape
iv. Pembaris
v. Kapur
Kesahan : Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini.
Kebolehpercayaan : Koefisien di antara .83 hingga .99 telah dilaporkan.
Prosedur :
1. Murid hendaklah berdiri di belakang garisan lompatan.
2. Kedudukan kedua-dua kaki hendaklah selari dan dibuka seluas bahu.
3. Murid membengkokkan lutut hampir kepada 90 darjah. Kemudian murid
perlu mengayunkan tangan dengan kuat agar jarak lompatan lebih jauh.
4. Murid membuat lompatan sebaik sahaja bersedia tanpa perlu diberi
arahan.
5. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (3) kali dan di selang seli
dengan masa rehat dan dilakukan di atas permukaan rata.
6. Sekiranya bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki mengulangi
ujian sehingga bacaan yang tepat dapat diambil.
7. Penggunaan padang rumput sebagai kawasan ujian tidak dibenarkan
kerana ia boleh menyebabkan data yang diperoleh tidak tepat.
8. Ukuran diambil dari garisan lompatan hingga bahagian belakang kasut
iaitu kaki yang paling hampir dengan garisan permulaan.
9. 3 percubaan akan dicatat dan jarak lompatan yang terbaik akan diambil
kira.
NORM UJIA N
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
15/21
Instrumen L ima
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
16/21
Nama ujian : Kemahiran Permainan Bola Sepak (Ujian tendangan leret 5 meter)
Tujuan : Untuk mengukur kemahiran tendangan leret secara tepat ke arah
sasaran
Alatan : Bola sepak, Skital, tali pengukur, borang skor, tape
Responden : Murid tahun 4 Dedikasi
Prosedur ujian :
1. Satu skital diletakkan di kawasan responden berdiri untuk membuattendangan dan dua skital lagi di letak di bahagian hadapan seperti gol kecil
berukuran 1 meter lebar dengan jarak di antara responden sejauh 5 meter.
2. Responden perlu berdiri dengan mencondongkan badan ke hadapan.
3. Bukaan kaki mestilah seluas bahu dengan satu kaki di hadapan dan kaki
tendangan di bahgian belakang mengikut keselesaan.
4. Mata melihat ke arah sasaran, tendangan di lakukan menggunakan bahagian
dalam kaki dan ikut lajak.
5. Responden hanya dibenarkan membuat tendangan dibelakang garisanyang
telah di tanda dan diberi percubaan sebanyak sepuluh kali.
6. Kiraan dibuat berdasarkan jumlah bilangan bola yang masuk ke dalam gol
dan kemahiran tendangan dilaksanakan mengikut kriteria yang telah
ditetapkan
NORM UJIA N
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
17/21
BOR ANG SK OR
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
18/21
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
19/21
Perbandingan kelima-lima bateri ujian berdasarkan objektif, sampel, prosedur dan
alatan
Bateri ujian Objektif Sampel Prosedur Alatan
Indeks jisim
badan
Mengukur
komposisi
lemak
30 orang.
11 = lelaki
19 =
perempuan
Mudah
dijalankan.
Penimbang,
pengukur
ketinggian
Jangkauan
melunjur
Mengukur
kelenturan otot
di bahagian
bawahbelakang dan
di bahagian
atas peha
30 orang.
11 = lelaki
19 =
perempuan
Mudah
dijalankan.
Ujian dapat
diselesaikandengan masa
yang singkat.
Pembaris dan
kotak
Lompat jauh
berdiri
Mengukur
kuasa kaki
30 orang.
11 = lelaki
19 =
perempuan
Mudah
dijalankan.
Pita ukur,
pembaris dan
pita pelekat.
Lari Pecut 30
meter
Mengukur
kelajuan murid
memecut 30
meter dari
kedudukan
berdiri.
30 orang
11 = lelaki
19 =
perempuan
Mudah
dijalankan.
Terdapat 2
orang murid
tidak
melakukan
ujian keranatidak memakai
pakaian sukan
Wisel, jam
randik, skitel.
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
20/21
Permainanan
bola sepak
(Tendangan
leret 5 meter )
Mengukur
kemahiran
tendangan
leret sejauh
lima meter tepat ke arah
sasaran
dengan teknik
yang betul
30 orang
11 = lelaki
19 =
perempuan
Sukar untuk
ditadbir kerana
murid masih
lemah dalam
membuattendangan
dengan tepat.
Bola sepak,
skital, pita
pengukur dan
tape.
8/3/2019 Kertas Kerja Pengukuran Dan Penilaian
21/21
Bibliografi
Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat . Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan . Shah Alam :Karisma Publications.
Borhan Yusof, Hasbullah Ismail ect. 2008. HBPE2203 Ujian, Pengukuran danPenilaian dalam Pendidikan Jasmani . Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.
Mohd Talib dan Norlena Salamuddin. 2007. HBPE1203 Kecergasan Fizikal .Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.
http://www.topendsports.com/testing/tests.htm
http://www.fitness.gov/getfit.pdf
http://www.sport-fitness-advisor.com/fitnesstests.html
http://www.brianmac.co.uk
http://www.peworld.org/fitnesstesting/physicalfitness.htm
http://www.bodpod.com
http://www.1st4sport.com
Top Related