7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
1/18
1
PEMBANGUNAN DAN APLIKASI BLOG DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN DI SEKOLAH RENDAH
PENDAHULUAN
Era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan.
Berikutan dengan itu, perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan
teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan
konvensional demi memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan juga sebagai satu usaha
melahirkan modal insan gemilang. Dunia yang mengecapi perubahan seiring dengan
perkembangan teknologi membawa kepada anjakan paradigma yang mengubah corak, konsep
dan gaya penghidupan manusia. Perubahan yang amat pesat dalam sistem pendidikan serta arus
perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspek. Pelbagai kaedah terbaru
telah diperkenalkan serta digunakan untuk menjadikan pengajaran guru menjadi lebih berkesan.
Justeru itulah sistem pengkomputeran dan bahan multimedia dilihat begitu sesuai sebagai wadah
baru dalam usaha ke arah transformasi pendidikan dan penyebaran ilmu, ditambah pula dengan
fenomena pelajar kini yang lebih terpengaruh serta memperlihatkan minat yang begitu tinggi
terhadap bahan-bahan ini.
MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Perkembangan terkini
menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk
menyebar dan menyimpan maklumat sejajar dengan dasar dan polisi pembangunan negara
menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan ICT dalam pendidikan (Robiah et.al
2007).
Buktinya, dalam bidang pendidikan kini, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi celik computer
dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa (Abd Wahab et.al 2006). Selain itu
juga, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, didapati respon atau tindak balas pelajar
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
2/18
2
serta guru-guru terhadap ICT begitu positif, namun dari segi penggunaannya pula perlu
diperbaiki dan dipertingkatkan lagi (Siti Fatimah 2010).
Menurut Lamb (1992), multimedia didefinisikan sebagai capaian yang terancang untuk
elemen-elemen teks (perkataan dan nombor), pendengaran (kesan bunyi, muzik dan pertuturan)
dan penglihatan (imej,video dan animasi) yang disintesiskan ke dalam suatu sistem penyampaian
bersepadu yang dikawal oleh komputer (Elfa Yuliana 2008).
Penggunaan bahan berasaskan multimedia pula bermaksud perihal menggunakan sesuatu,
iaitu perbuatan atau kegiatan (DBP 1993). Oleh itu, penggunaan bahan-bahan yang berasaskan
multimedia bermaksud perbuatan menggunakan perkakasan atau perisian ICT untuk membantu
tugas-tugas harian guru khususnya dalam pengajaran guru-guru Pendidikan Islam.
Pada masa kini penggunaan peralatan berasaskan teknologi begitu meluas dalam semua
bidang kehidupan. Dalam era globalisasi yang berpaksikan kepada perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan dalam bidang pendidikan begitu mementingkan
pembudayaan serta penguasaan ICT dalam kalangan pelajar (Robiah et.al 2007; Habib Mat Som
& Megat A. Kamaluddin 2008). Komputer merupakan satu alat yang mampu menggabungkan
media audio dan video serta sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan belajar (Abdul
Razak Habib & Jamaludin Badusah 1998).
Menurut Sulaiman & Zoraini (1994) lagi, komputer mula digunakan dalam dunia
pendidikan di peringkat sekolah menengah. Sebelum kehadiran komputer ini, guru lebih banyak
memberikan syarahan secara konvensional tanpa bantuan kemudahan ICT, berbanding pada hari
ini ia sebagai penjana ilmu di dalam bilik darjah. Justeru, dengan menggunakan komputer di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru dapat membantu pelajar-pelajar
dalam mengembangkan potensi mereka (Hasyim Yaacob & Abd Jalil Othman 2007; Norazah &
Ngau Chai Hong 2009).
ICT DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Penggunaan teknologi sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus akan menyumbang kepada kelancaran dalam
pendidikan (Norazah & Ngau Chai Hong 2009) yang melibatkan semua subjek termasuklah
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
3/18
3
bidang Pendidikan Islam. Kenyataan ini selari dengan pandangan Norasikin et.al (2005) yang
menyebut tentang Perisian Multimedia Tajwid dalam pengajaran Tilawah al-Quran sebagai satu
inovasi dalam bidang Pendidikan Islam. Menurut beliau, kelebihan perisian yang berasaskan
multimedia ini telah menjimatkan masa, tenaga dan juga kos.
Ini dapat dibuktikan apabila penggunaan Perisian Multimedia Tajwid tersebut mampu
menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan selain dapat membantu pelajar memahami
pembelajaran dengan lebih cepat lagi. Seterusnya, secara tidak langsung juga kajian dan ujian ini
telah menunjukkan perisian yang dibangunkan tersebut membawa kepada satu inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran.
Walaupun demikian, terdapat juga dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam yang
tidak mahu menggunakan teknologi maklumat atau ICT berasaskan komputer sebagai bahan
bantu belajar apatah lagi menggunakan internet. Menurut Wan Khairuddin & Ab.Halim (2008),
persepsi guru pendidikan Islam terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P adalah
pada tahap sederhana. Kajian lain juga mendapati terdapat guru pendidikan Islam yang masih
belum mampu menguasai penggunaan BBM seperti bahan mengajar berasaskan internet,
penggunaan slaid dan komputer, grafik, video, kaset dan penggunaan gambar rajah (Siti Fatimah
Ahmad & Ab.Halim 2010).
Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar yang berasaskan teknologi masih kurang
digunakan dalam kalangan guru Bahasa Arab, fenomena ini dilihat boleh menjejaskan daya
tarikan pelajar terhadap pengajaran guru (Azhar Ahmad et.al 2008). Kenyataan lain mendapati
GPI kurang kreatif dalam pengurusan kelas seperti kurang mahir dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran Najmuddin et.al (2008).
Berdasarkan fenomena-fenomena yang dinyatakan di atas, penulis merasakan perlunya
diwujudkan lebih banyak lagi bahan-bahan yang berasaskan multimedia dalam bidang
Pendidikan Islam supaya pengajaran dan pembelajaran guru-guru Pendidikan Islam menjadi
lebih menarik dan berkesan lagi. Justeru, penulis memilih untuk membangunkan laman blog
sebagai salah satu bahan inovasi dalam Pendidikan Islam pada kali ini. Penulis telah memilih
tajukModul Khatam al-Quran sebagai bahan interaktif pengajaran berasaskan blog.
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
4/18
4
PEMBANGUNAN LAMAN BLOG DALAM P & P SATU INOVASI
Pembinaan atau pembangunan laman blog merupakan salah satu bahan yang membantu tugas
guru dalam usaha menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Namun, harus
diingat bahawa penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan
untuk menggantikan tugas guru, tetapi untuk memenimbulkan suasana pengajaran yang lebih
menyoronokkan, berkesan dan lebih bermakna (Isham & M.Arif 2008). Kelebihan dan
keistimewaan aplikasi multimedia berbanding pengajaran tradisional harus diambil kesempatan
oleh Guru Pendidikan Islam juga kerana ia mampu untuk meningkatkan keberkesanan proses P
& P Pendidikan Islam itu sendiri (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2007).
Oleh itu, inovasi dalam bidang ICT ini perlu dimanfaatkan oleh semua warga pendidik
supaya budaya pembelajaran berasaskan teknologi ini dapat diterapkan dalam pengajaran mereka
supaya P & P menjadi lebih menarik dan berkesan selaras dengan aspirasi Teori Resapan Inovasi
yang mengharapkan suatu pembaharuan itu dapat diterima pakai oleh khalayak umum. Menurut
Abd Wahab et.al (2006), Teori Resapan Inovasi ialah sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk
idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik yang berkembang dalam pelbagai khalayak sehingga
ianya dapat diterima dan diamalkan oleh masyarakat.
Selain itu, penulis juga mendapati terdapat kajian lain yang menggunakan Teori Resapan
Inovasi untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran, di mana hasil
kajiannya mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Ini kerana didapati majoriti responden memahami
keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus dimainkan dalam melaksanakan e-
pembelajaran (Rubiah Omar & Jamilah Ahmad 2009).
Pembangunan laman blog yang dihasilkan pada kali telah melalui beberapa proses dan
peringkat. Ia dijadikan sebagai panduan dan kayu pengukur terhadap keberkesanannya
berdasarkan kepada model reka bentuk Hannafin & Peck (1988).
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
5/18
5
Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) di atas menunjukkan perisian berasaskan
multimedia yang dibangunkan perlu melalui tiga fasa iaitu; fasa keperluan perisian kursus, fasa
mereka bentuk dan fasa pembangunan dan implementasi. Penilaian dan pembaikan perisian
kursus akan dijalankan semasa ketiga-tiga fasa tersebut dilaksanakan (Isham & M.Arif 2008).
Berasaskan kepada reka bentuk ini, penulis membangunkan satu laman blog yang berkaitan
dengan model khatam al-Quran di sekolah rendah di alamat http://modulkhatamal-
quran.blogspot.com/
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA MODEL KHATAM AL-QURAN
http://modulkhatamal-quran.blogspot.com/http://modulkhatamal-quran.blogspot.com/http://modulkhatamal-quran.blogspot.com/http://modulkhatamal-quran.blogspot.com/7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
6/18
6
Pembangunan perisian multimedia Model Khatam al-Quran adalah berdasarkan Model
Konseptual yang memberikan gambaran minda, meningkatkan pemahaman reka bentuk, dan
rangka program secara keseluruhannya (Norasikin Fabil et.al 2005). Model tersebut merangkumi
beberapa komponen yang utama seperti Takrif, Sukatan pelajaran Pendidikan Islam j-QAF,
Strategi Pelaksanaan, Peringkat Kemahiran Membaca al-Quran, Pendidikan Al-Quran, Objektif,Kaedah Bacaan al-Quran dan Info Al-Quran.
Komponen skop menggambarkan skop perisian yang dibangunkan seperti perisian
Hukum Tajwid, Surah-surah pilihan,latihan pengukuhan dan bahanbahan pengajaran dan
pembelajaran .
Komponen objektif menyenaraikan empat objektif pembangunan iaitu kognitif, afektif,
psikomotor dan rohaniah. Objektif kognitif melihat kepada perkembangan potensi pelajar dari
segi intelek, objektif ini mengandungi unsur pengetahuan yang berguna memperkembangkan
pemikiran dan penyelesaian masalah. Penggunaan perisian Model Khatam al-Quran ini
membolehkan pelajar memperkemaskan tahap membaca al-Quran, mempelajari hukum tajwid
serta memperbaiki tajwid dalam bacaan al-Quran, pengulangan pembelajaran boleh dilakukan
untuk meningkatkan hukum tajwid.
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
7/18
7
Blog Model Khatam al-Quran yang dibangunkan ini mengandungi pautan Takrif, Sukatan
pelajaran Pendidikan Islam j-QAF, Strategi Pelaksanaan, Peringkat Kemahiran Membaca al-
Quran, Pendidikan Al-Quran, Objektif, Kaedah Bacaan al-Quran dan Info Al-Quran sebagai
panduan kepada para guru, murid dan pengguna yang melayari blog ini sebagai panduan untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Khatam al-Quran.
Murid dapat mengaplikasi pembelajaran secara kendiri tanpa bantuan guru setelah
memahami cara mengakses perisian yang dibangunkan dan mengira masa dan tempat.
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
8/18
8
Perisian ini menyediakan pautan pada Latihan Tilawah al-Quran yang merangkumi komponen
pengukuhan dan latihan hukum tajwid, Surah al-Qariah, Surah al-Asr, Surah al-Humazah, Surah
an-Nas, latihan mencerakinkan huruf, latihan surah al-Fatihah, surah al-Masad,al-Fiil dan latihan
menyusun ayat dari surah al-Falaq seperti yang tertera di dalam rajah di atas.
Menerusi Slot Latihan ini murid akan mengaplikasikan Teori Pembelajaran Tingkah laku,
di mana terdapat tiga prinsip utama iaitu ransangan, gerak balas dan peneguhan. Teori ini dilihat
sebagai satu kaedah yang berobjektif. Murid akan bertindak balas kepada apa yang diberikan
kepada mereka. Kebanyakan proses pembelajaran akan tertumpu pada guru. Teori ini juga
bergantung kepada tanggapan bahawa murid akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan
yang bersesuaian diberikan kepadanya ( Thorndike 1913). Sebagai contoh, apabila seorang
murid diberikan ganjaran markah yang sesuai selepas ujian diberikan, ia akan mengulangi tindak
balas tersebut setiap kali ransangan yang sama diberikan.
Berdasarkan teori pembelajaran ini, peneguhan amat penting untuk meneruskan minat
kepada blog Model Khatam al-Quran yang dipelajari ini.
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
9/18
9
Melalui latihan yang disediakan pelajar dapat mengaplikasikan pembelajaran di dalam latihan
bagi menguji pengukuhan dan keupayaan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar perlu berinteraksi
semasa membuat latihan yang diberikan. Setelah murid menyusun ayat murid perlu menekan
butang semak sekiranya, semua jawapan betul perkataan tahniah akan dipaparkan. Sekiranya
murid menyusun ayat dengan salah paparan maaf, sila cuba lagi akan muncul, murid bolehmencuba sekali lagi agar jawapan yang diberikan betul.
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
10/18
10
Peneguhan positif seperti syabas dan tahniah setiap kali murid berjaya memberi jawapan yang
betul ini akan menimbulkan motivasi dan peransang untuk menguasai lagi aktiviti seterusnya.
Menurut Hartley & Davies (1978), beberapa prinsip teori tingkah laku diterapkan di dalam
pendidikan meliputi proses belajar dapat berlaku dengan baik apabila murid mengambil bahagian
secara aktif dalam pembelajaran, bahan pengajaran disusun dalam urutan yang logik supaya
murid mengakses dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan tindak balas tertentu,
setiap tindakan harus diberi maklum balas secara langsung supaya murid dapat mengetahui
apakah tindak balas yang diberikan benar dan setiap kali murid memberikan tindak balas yang
tepat, ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.
Dalam Islam, teknik peneguhan ini telah terdapat di dalam al-Quran dan diamalkan oleh
Rasulullah S.A.W. Menurut al-Najati (1987) dan Nasir (2002), Rasullullah telah menggunakan
pelbagai pendekatan dalam memberikan motivasi pendidikan rohani kepada orang-orang
beriman seperti membangkitkan semangat, memberikan harapan ,janji ganjaran ( tarhib) dan
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
11/18
11
ancaman siksaan (targhib), bercerita serta mengambil manfaat dan pengajaran dari peristiwa
yang berlaku.
Dalam mereka bentuk perisisan pengajaran Pendidikan Islam melalui blog ini, pendekatan
menggunakan teori tingkah laku di atas dapat diaplikasikan seperti berikut :
a) Pembangunan yang dibangunkan oleh pengkaji mesti menarik perhatian murid. Bagi
mewujudkan suasana ini, pembangunan perisian ini dimasukkan beberapa unsur grafik
yang bersesuaian dengan persembahan multimedia yang bertujuan menarik perhatian
pengguna. Menjadi lumrah manusia suka melihat kepada persembahan yang menarik
yang berorientasikan penglihatan.
Penampilan permulaan yang menarik dengan memasukkan unsur-unsur grafik,warna dan animasi dalam perisian ini akan memberikan daya tarikan kepada pengguna
untuk terus menggunakan perisian ini dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Rasululllah S.A.W. juga telah menggunakan unsur grafik ketika mengajar umat Islam
tentang penafsiran ayat al-Quran. Baginda telah menggunakan ranting kayu untuk
membuat lakaran di atas tanah dalam menafsirkan ayat al-Quran. Firman Allah dalam
surah al-Anam ayat 153 yang bermaksud:
dan bahawa yang Kami perintahkan ini adalah jalanku yang lurus, maka ikutilah dia,
dan janganlah kamu mengikuti jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan
kamu daripada jalan-Nya. Yang demikian itu, diperintahkan Allah kepadamu agar kamu
bertakwa.
b) Pernyataan objektif pengajaran dan pembelajaran yang harus dicapai. Matlamat dan
objektif daripada penggunaan blog ini diakhir nanti akan dinyatakan.
c) Persembahan dalam blog ini juga boleh meningkatkan ransangan kepada murid untukterus menggunakannya. Oleh demikian, dimasukkan juga elemen-elemen yang boleh
mewujudkan suasana menarik dalam perisian ini antaranya penggunaan ikon-ikon
tertentu yang berfungsi untuk memberikan maklumat dan bantuan serta menyediakan
panduan kepada pengguna mengenai perkara tertentu yang diperlukan semasa
menggunakannya.
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
12/18
12
Paparan surah-surah pilihan disediakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan
kepada pengguna untuk mengpalikasikan gaya bacaan daripada tokoh-tokoh pembaca al-Quran
yang terkemuka sebagai panduan pengguna khusus bagi guru dan murid.
STRATEGI PEMBELAJARAN
Kepentingan memilih strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi faktor penting
kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan. Keperluan kepada kepelbagaian strategi,
kaedah atau pendekatan boleh menarik minat murid terhadap sesuatu pelajaran yang boleh
mendorong pencapaian mereka. Dalam blog Model Khatam al-Quran ini beberapa strategipengajaran dan pembelajaran digunakan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan
bermakna. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang menjadi dasar kajian ini ialah
pembelajaran waktu anjal dan pembelajaran kendiri.
Pembelajaran Waktu Anjal
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
13/18
13
Rusdina (1993) menjelaskan bahawa pembelajaran anjal adalah proses yang menyediakan satu
keadaan dimana murid dapat belajar konsep dan pelajarannya mengikut kesesuaian masa murid
itu memenuhi keperluan murid yang pelbagai. Murid tidak semestinya belajar secara rasmi,
namun diluar waktu persekolahan mereka juga boleh belajar sama ada di rumah atau di makmal
komputer. Pembelajaran waktu anjal menimbulkan keseronokan kerana murid dapat melakukan
pembelajaran kendiri dan mengawal sendiri proses pembelajaran tersebut( Lambourne 2000).
Pembelajaran Kendiri
Kaedah Pembelajaran Kendiri ialah kaedah yang memberikan kuasa autonomi atau kebebasan
kepada murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa kawalan berterusan daripada guru. Murid
mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan berkenaan dengan pembelajaran yang
diikutinya dan melaksanakan keputusan tersebut ( Dickinson 1987). Kaedah pembelajaran ini
berpusatkan murid, murid akan lebih berdikari dalam mendapatkan ilmu terhadap sesuatu tajuk.
Murid ini juga menjadi tunggak ke atas pembelajaran yang menyumbang ke arah perkembangan
dirinya ( Rozhan et.al. 1991)
Di samping itu, murid boleh mengulang-ulang tajuk yang mereka sukar untuk
mengingatinya seperti hukum-hukum tajwid, cara bacaan al-Quran tersebut. Berdasarkan al-
Quran dan al-Sunnah turut menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran pengulangan
kefahaman dan ingatan terhadap konsep-konsep utama seperti akidah, tentang keimanan kepada
Allah, keimanan kepada perkara-perkara ghaib, hari kiamat dan balasan dosa dan pahala (al-
Najati 1987).
METODOLOGI PENGAJARAN
Metodologi pedagogi merupakan kaedah pengajaran yang digunakan dalam reka bentuk sesuatupengajaran. Menurut Alessi & Trollip (2001), terdapat sembilan jenis pendekatan pengajaran
yang berbantukan komputer iaitu latih tubi, tutorial, permainan, simulasi, penyelesaian masalah,
ujian, hypermedia, tools, dan persekitaran pembelajaran berasaskan web. Dalam kajian ini
pengkaji menggunakan kaedah tutorial dan ujian/latihan.
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
14/18
14
Kaedah Tutorial
Pendekatan Tutorial digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan
pemulihan kepada murid yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada murid yang
berpencapaian tinggi bagi tajuk-tajuk lanjutan ( Alessi & Trollip 2001).
Norhashim et.al.(1996) berpendapat bahawa tutorial merupakan satu proses pengajaran
dan pembelajaran yang komprehensif kerana ia bukan sahaja boleh menyampaikan maklumat
tetapi juga boleh menilai tahap kefahaman murid. Melalui pendekatan tutorial juga murid diberi
peluang untuk menilai diri sendiri sama ada telah mencapai objektif seperti mana yang
dikehendaki. Sekiranya objektif yang ditetapkan masih belum dicapai, murid berpeluang
meneruskan sesi pembelajaran sehingga menguasai sesuatu kemahiran ataupun konsep yang
disampaikan.
Menerusi blog Model Khatam al-Quran ini, pengkaji menyediakan urutan pengajaran
yang membina konsep langkah demi langkah mencakupi isi pelajaran yang perlu difahami oleh
murid. Isi pelajaran dibentuk secara linear dan bukan linear. Menurut Norhashim et.al. ( 1996),
susunan linear digunakan jika murid perlu menguasai pengetahuan asas sebelum pergi
kebahagian-bahagian yang lebih sukar manakala, kaedah bukan linear pula boleh digunakan
sekiranya konsep-konsep yang diajar tidak bersandar ataupun kurang bersandar antara satu sama
lain. Kaedah tak linear membolehkan pengguna memilih urutan pembelajarannya sendiri dengan
membuat pilihan pada menu.
Latih Tubi
Penilaian dalam bentuk latihan merupakan asas untuk memperoleh maklumat bagi membuat
tafsiran penilaian tentang pencapaian murid. Rashidi (1993) menjelaskan kaedah ujian dijalankan
sebagai alat mengukur pencapaian murid. Dalam blog ini ujian akan diberikan setelah murid
tamat mempelajari setiap tajuk. Kaedah latih tubi adalah sebagai peneguhan setelah mempelajari
sesuatu konsep. Kebaikan kaedah ini ialah pelbagai pengetahuan dan kemahiran murid dapat
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
15/18
15
ditingkatkan. Ia sangat berguna kepada murid yang mempunyai masalah daya ingatan yang
lemah dan mereka ini memerlukan masa yang banyak untuk mengingat maklumat. Motivasi
murid juga bertambah apabila mereka memberikan jawapan yang betul. Peneguhan serta merta
diberikan sekiranya jawapan yang diberikan kurang tepat seperti mendapat peratusan yang
sedikit. Pengguna diberi masa untuk membetulkan jawapan mereka ( Pantiel & Peterson 1984).
Kaedah latih tubi dikenali sebagai kaedah ulangan atau al-mulazimah dan merupakan
salah satu cara pengajaran dan pembelajaran dalam Islam ( Ahmad Mohd Salleh 1990). Sebuah
hadis daripada Aisyah r.a. meriwayatkan Rasulullah suka mengulang-ulang sesuatu perkara
kepada para sahabat sehingga mereka mula mendapat kefahaman yang sebenar.
Hadis di atas menerangkan tentang penggunaan kaedah ulangan, yang mendatangkan kesan yang
baik. Ulangan yang digunakan hendaklah tidak menimbulkan kebosanan kepada murid dan
menjadi satu aktiviti yang membuang masa ( Salihan Sias 1993).
Kaedah ini sesuai dimasukkan di dalam pembelajaran menerusi media blog ini, kerana
perkara-perkata penting seperti hukum-hukum tajwid, cara bacaan, ayat hafazan dan fakta-fakta
penting yang perlu diingat dan diulang-ulang. Peirisian yang dibangunkan ini membolehkan
murid mengulang-ulang tajuk-tajuk yang dikehendaki . Pendekatan ini juga telah digunakan oleh
Ibnu Khaldun, dimana guru diminta mengulang-ulang semula pelajaran tersebut sehingga
muridnya dapat memahaminya ( al-Namiy Abdullah Al-Amin 1994).
KESIMPULAN
Penggunaan blog dalam pendidikan adalah satu inovasi yang begitu penting masa kini.
Penggunaannya banyak diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
kemampuannya diintegrasikan dengan pelbagai media dan juga ciri interaktifnya. Keberkesananpenggunaannya telah dibuktikan oleh para sarjana melalui kajian dan penyelidikan yang telah
dijalankan. Justeru, proses pembinaan perisian perlulah dilakukan dengan sistematik dan
berkesan agar hasilnya dapat dimanfaatkan untuk pengguna khasnya untuk para murid dan guru.
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
16/18
16
RUJUKAN
Abdul Razak Habib & Jamaludin Badusah. 1998. Penggunaan Komputer untuk Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan. Fakulti Pendidikan UKM. Jilid
23 ISSN 0126-6020.
Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Siarap & Hasrina Mustafa. 2006. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Pembelajaran dalam kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian
Kes di Pulau Pinang.Kajian Malaysia 24(1&2), 203-225.
Al-Namy, Abdullah al-Amin.1994. Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan
al-Qabisi. Terj. Mohd Ramzi Omar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alessi, S.M. & Trollip, R.S. 1985. Computer Based Instuctions : Methods and development.
New Jersey : Prentice Hall.
Al- Najati, Muhammad Uthman.1987. al-Quran wa lm al-nafs. Beirut : Dar al-Syuruq.
Dickinson,L. 1987. Self-Instruction in Language Learning. Cambridge Univercity Press.
Elfa Yuliana .2008. Tahap Penggunaan Multimedia dan Komputer di kalangan Guru-guru
Pendidikan Islam di Kajang. Kertas Projek Penyelidikan Ijazah Sarjana. UKM, Bangi.
Habib Mat Som & Megat A. Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi dan CabaranPendidikan Di Malaysia. Jurnal Masalah Pendidikan 31(1). Kuala Lumpur : Universiti
Malaya.
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
17/18
17
Hasyim Yaacob & Abd Jalil Othman .2007. Dunia Pendidikan dalam Era Globalisasi : Peranan
dan Cabaran.Jurnal Masalah Pendidikan jld 30 (1), 143-148.
Isham Shah Hassan & Mohd Arif.2008. Reka Bentuk Dan Penilaian Perisian Kursus Multimedia
Interaktif ACAD R14 Bagi Penghasilan Lukisan Persembahan Pelajar Politeknik. Dlm
(pnyt) Norazah Mohd Nordin & Mohamed Amin Embi. Pengintegrasian ICT dalamPendidikan : Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Shah Alam : Karisma Publications.
Jonassen, D.H. 2000. Computers as mindtools for school : engaging critical thinking Ed. Ke-2.
New Jersey : Merill Pretice-Hall.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab.Halim Tamuri.2007.Pendidikan Islam:Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Johor:Penerbit UTM.
Norasikin Fabil, Zawawi Ismail, Zarina Shukur, Siti Fadzillah Mat Noor & Khairuddin Omar.
2005.Aplikasi Pendekatan Talaqqi dan Musyafahah dalam Pembangunan PerisianMultimedia Tajwid.Al-Bayan Journal of al-Quran & al-Hadith 3, 83-108.
Norazah Mohd Nordin & Ngau Chai Hong .2009. Pembangunan dan Penilaian BahanPengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web Webquest bagi mata pelajaran ICT.
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 111-129.
Norasikin Fabil et.al. 2005. Aplikasi Perisian Talaqqi Musyafahah dalam Pembangunan perisian
Multimedia Tajwid.Al-Bayan Journal of al-Quran & al-Hadith. Hlm. 83-108.
Norhashim,A.B., Mazenah,Y., Rose, A.A. 1996. Pengajaran Bantuan Komputer. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad.2007.ICT dalam Pendidikan:Prospek dan Cabaran
dalam Pembaharuan Pedagogi.Jurnal Pendidikan 32, 139-152.
7/28/2019 Inovasi Dalam Pnp Pendidikan Islam1
18/18
18
Rozhan Hj Mohamad Idrul & Ahmad Hj Mohamad. Bentukan budaya pembelajaran arah kendiri,
peranan pengajar, pelajar dan teknologi. Forum 2 Kumpulan Kertas Kerja konvensyen
Teknologi Pendidikan Ketiga. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 5-7 Julai.
Rubiah Omar & Jamilah Ahmad .2009. Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajarandalam Kalangan Ahli Akademik (Awareness, Evaluation and Acceptance of e-Learning
Among The Universitys Academic Staff).Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 155-172.
Siti Fatimah Ahmad .2010. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berasaskan teknologi
multimedia (TMm) dalam Pengajaran Guru j-QAF. Tesis Sarjana UKM,Bangi.
Siti Fatimah Ahmad & Ab.Halim Tamuri. 2010. Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF.Journal of
Islamic and Arabic Education 2(2), 53-64.
Sulaiman Sarkawi & Zoraini Wati Abas. 1994. Pelaksanaan Projek Percubaan Komputer dalam
Pendidikan di Sekolah Menengah. DalamProsiding Educom 94, 14-16 Jun.
Thorndike, E. 1913. Educational phyhology. The psychologi of learning. New York. Teacher
college press.
Wan Khairuddin Wan Yahya & Ab Halim Tamuri. 2008. Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah dalam buku Pengintegrasian ICT dalamPendidikan Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Karisma Publications SDN. BHD, Shah
Alam hlm 63.
Top Related