Download - Ingatla neraka!!

Transcript
Page 1: Ingatla neraka!!

Aduh, Panasnya

Api Neraka!!!Artikel ini hendak mengingatkan

penulis dan pembaca betapa pedihnya seksa neraka. Mudah-mudahan setelah ini tercipta rasa takut dalam hati setiap kali tersedik keinginan bermaksiat, malah terdorong untuk segera bertaubat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian daripda api nerak. Disiramkan air mendidih air mendidih yang sangat panas ke atas kepala mereka. Kerana air itu, hancur luluh segala apa yang ada dalam perut dan kulit mereka.” (Surah al-Hajj 22:19-20)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya, maka mereka itulah oran yang merugikan dirinya sendiri. Mereka kekal di dalam neraka jahannam. Muka mereka dibakar api nerak, dan mereka berada di dalamnya dalam keadaan murung.” (Surah al-Mukminun 23:103-104)

Tempat Kemarahan

Jika keindahan syurga terlalu tinggi untuk dicapai akal manusia, maka kepedihan seksa nerak juga tidak terjangkau imaginasi manusia. Bagaimana tidak, nerak ialah tempat Allah menuangkan seluruh kemarahan dan laknat ilhiah yang belum pernah ditampkkan sebelumnya. Tidak ada

yang memasukinya melainkan orang yang sengsara dan hina.

Sepedih apa pun kesakitan yang pernah kita rasakan di dunia, ia terlalu kecil dibandingkan kepedihan yang dirasakan ahli neraka di nerka. Allah berfirman yang bermaksud: “Pada hari itu tiada seorang pun yang menyeksa seprti seksaan-Nya. Dan tiada seorang pun yang mengikat seperti ikatan-NYa.” (Surah al-Fajr 89:25-26)

Seksa neraka ini bukan hanya menimpa jasad sahaja, namun ia juga termasuk pelbagai seksaan psikologi yang sangat pedih. Sehingga sesaat sberada di neraka melupakan seseorang seluruh kenikmatan dunia yang ia rasakan seumur hidup.

Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat nanti akan didatangkan seorang penduduk dunia yang paling bahagia. Ia lalu dicelup ke dalam neraka beberapa saat, lalu dikeluarkan dan ditanya: ‘Pernahkah engkau m,erasakan kenikmatan walau sedikit?’ Ia menjawab, “Tidak pernah Tuhan.”

Panas Api Neraka

Api yang digunakan untuk membakar musuh-musuh Allah di dalam

Page 2: Ingatla neraka!!

neraka bukan api yang kita lihat di dunia. Panasnya api neraka melebihi api dunia berpuluh-puluh kali ganda.

Dalam hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Api neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga berwarna merah. Kemudian dinyalakan seribu tahun berikutnya sehingga berwarna putih. Dan dinyalakan seribu tahun berikutnya sehingga berwarna hitam.”

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersbda yang bermaksud: “Sesungguhnya api yang kita saksikan di dunia adalah satu bahagia daripada 70 bahagian daripada api neraka jahannam.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, api dunia pun telah cukup (panas).” Baginda bersbda lagi : “Api neraka melebihinya dengan 69 kali ganda.”

Dalam hadis yang lain, diberitakan bahawa api dunia adalah secebis daripada api neraka yang telah mengalami proses pendinginan sebelum diturunkan ke bumi. Iamam Ahmad meriwayatkan daripada Nabi SAW, mafhum sabda Baginda: “Api kamu ini adalah satu bahagian daripada 70 bahagian daripada api neraka jahanam. Ia telah direndam dalam lautan dua kali. Jika tidak, maka tiada satu makhluk pun yang dapat memanfaatkannya.”

Hadis ini menggambarkan panasnya api neraka dibandingkan dengan api dunia agar dapat difahami oleh akal manusia yang terbatas.

Sesuai Amalan

Api yang sangat panas ini akan membakar tubuh manusia sesuai dengan amalan mereka di dunia. Rasulullah SAW memberitakan, mafhum sabda Baginda: “Sebahagian daripada mereka terbakar hingga ke buku lalinya. Sebhagian yang lain hingga ke pinggangnya. Sebahagian yang lain hingga ke lehernya.” (Riwayat Muslim daripada Samurah)

Antara seluruh ahli neraka, iblis yang paling berat seksaanya kerana ia makhluk pertama yang menentang perintah Allah dan meletakkan garis panduan melakukan kemusyrikan dan kemaksiatan bagi makhluk yang lain.

Bersama iblis, semua pemimpin yang menganjurkan projek-projek kezaliman dan kerosakan di muka bumi. Mereka akan diring ke neraka bersama-sama para pengikutnya. Allah SWT berfirman tentang Firaun:” IA akan berjalan berjalan di hadapan kaumnya pada hari kiamat lalu dimasukkan mereka ke dalam neraka. Nereka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi.” (Surah Hu 11:98)

Dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ‘Amr bin Luhay al-Khuza’I sedang menyeret isi perutnya di neraka. Dialah orang pertama yang melakukan sa’ibah (persembahan unta untuk berhala).”

Begitu juga, pelbagai tokoh seni yang merosakkan pemuda dengan karya-

Page 3: Ingatla neraka!!

karya lucah dan tidak bermoral. Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka bersama Imrail-Qays, sebagaimana sabda Nabi SAW yang bemaksud: “Imrail-Qays pemegang panji penyair jahiliah ke dalam neraka.”(Riwayat Ahmad)

Sementara ahli naraka yang paling ringan seksaannya ialah seseorang yang dipakaikan selipar api di kakinya, namun pansnya mampu membuatkan otak mendidih. Dalam hadis riwayat Muslim, orang ini ialah Abu Talib, bapa saudara Nabi SAW yang selalu membela Baginda namun enggan bersyahadat pada akhir hayatnya. Meskipun berada di dalam neraka, namun Abu Talib mendapat keringanan azab akibat syafaat Rasulullah SAW.

Ketakutan Ulama

Orang yang celik mat hati selalu melihat api neraka setiap saat. Setiap kali ia menyalakan api untuk memasak, ia teringat seksa neraka. Setiap kali menyaksikan letusan gunung berapi yang mengeluarkan asap hitam ke angkasa, diikuti aliran lahar yang membakar setiap benda yang dilaluinya, hati orang ini serta merta dipenuhi ketakutan.

Matanya menyaksikan api dunia, namun hatinya melihat api akhirat. Itulah yang berlaku kepada diri para ulama terdahulu.

Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Sa’Ad bin Akhram: “Suatu hari aku berjalan bersama Ibn Mas’ud. Apabila kami lalu di hadapan kedai tukang besi, beliau

melihat seorang tukang besi sedang mengeluarkan besi daripada api. Ibn Mas’ud berhenti dan menangis.”

Al Ahnaf bin Qais pernah memasukkan jarinya ke dalam api lentera sambil berkata: “Rasakanlah, rasakanlah.” Ia lalu berkata kepada diri sendiri: “Wahai Ahnaf, apa yang memberanikanmu melakukan dosa ini pada hari ini? Juga dosa ini pada hari ini?” Beliau terus menyebut dosa-dosanya.

Demi Allah, kita benar-benar buta mata hati. Dosa-dosa dan kesibukan di dunia telah membutakan hati kita daripada melihat tanda-tanda yang tampilkan di muka kita.