Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PPBK) DENGAN APLIKASI CANVA
ABSTRAK
Proses pembelajaran dalam konteks pendidikan yang efektif seharusnya menggunakan
bantuan teknologi supaya lebih menarik dan berkesan. Dalam konteks pengajaran menurut
Giesert dan Futrell (1990), seorang guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai bakat dan kebolehan
tambahan. Perkara ini tidak lagi membabitkan guru sahaja malah pelajar juga boleh dilihat
sebagai mempunyai kebolehan dan berbakat jika ingin menyampaikan maklumat dengan
menggunakan alat elektronik. Penggunaan komputer digunakan di sekolah bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran makanya pengkaji melihat kepada model Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) untuk melihat hubungan di antara aplikasi dan
model tersebut. Pengkaji telah memilih aplikasi Canva sebagai bahan kajian atas faktor
penggunaanya yang mudah, senang dan berkesan.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK), pendidikan,
Canva.
1.0 PENGENALAN
Komputer merupakan satu perkara yang boleh dikatakan penting pada masa
kini. Komputer beserta sambungan internet adalah satu tambahan yang paling penting
kerana hanya mempunyai komputer tanpa sambungan internet ibarat pokok yang tidak
berbuah, tidak mampu digunakan segala yang ada secara maksimum. Ilmu tentang
perkomputeran perlu diajar sejak sekolah rendah lagi. Pendedahan awal merupakan
perkara yang perlu bagi sesuatu perkara yang sentiasa ada penambahbaikan dari masa
ke masa. Hal ini mampu menjadikan seseorang itu sentiasa cakna akan perubahan yang
telah dilakukan. Bidang pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam
mengikuti arus kemodenan ini. Proses Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan
konsep ‘Chalk and Talk’ telah disulami dengan penggunaan komputer agar
menjadikannya lebih interaktif serta dapat meransang dan menarik minat pelajar
terhadap sesuatu topik. Hal ini bertepatan dengan Jamaluddin Badusah & Hashimah
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
Haji Hashim (2005) yang menyatakan bahawa penggunaan aplikasi internet
memberikan wadah atau inovasi baru untuk menarik minat pelajar membaca dan
mengumpul maklumat.
Pada zaman yang serba canggih, terdapat banyak aplikasi yang mampu
menyelesaikan sebarang masalah dengan kewujudan ruang tutorial dan laman web yang
memaparkan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini bertepatan dengan pandangan
Heinich (1993) yang berpendapat bahawa komputer dapat memperkayakan teknik
pengajaran. Atas faktor manfaat menggunakan komputer dalam memudahkan proses
pembelajaran, makanya model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) digunakan pengkaji bagi melihat kerelevanan di antara aplikasi dan proses
pembelajaran yang efektif.
Dalam melihat hubungan model ini dengan penggunaan komputer, pengkaji
telah memilih aplikasi Canva yang merupakan satu laman web reka bentuk grafik yang
percuma. Kini, aplikasi Canva boleh didapati dalam peranti telefon pintar dan tablet.
Perkara ini amat memudahkan para guru dalam menyediakan slaid pembentangan
untuk digunakan di dalam kelas. Keterbatasan capaian wifi di sekolah memaksa para
guru menggunakan alternatif ini untuk menyediakan slaid pembentangan bagi menarik
minat pelajar. Dengan menggunakan aplikasi Canva di dalam peranti telefon pintar dan
tablet, para guru mampu melaksanakannya di mana-mana sahaja. Kajian ini juga
memfokuskan kepada cara membuat slaid pembentangan menggunakan Tablet.
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
2.0 LATAR BELAKANG PPBK
Model ini telah diadaptasi daripada Projek PLATO (Programme Logic
Automatic Teaching Operation) di Amerika Syarikat. Program ini bertujuan untuk
membangunkan perisian pembelajaran. Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mula mengadakan projek rintis literasi komputer di 20 buah sekolah di
seluruh negara yang melibatkan pembelajaran subjek Pengenalan Kepada Komputer.
Pada tahun 1990, projek ini telah ditukar nama kepada Pembelajaran dan Pengajaran
Berbantukan Komputer (PPBK). Negara-negara lain juga mempunyai kaedah seperti
ini yang dikenali sebagai Computer-Assisted Instruction (CAI) di Amerika Syarikat,
Computer-Aided Learning (CAL) di United Kingdom dan Computer-Based Learning
(CBL) di kebanyakan negara. Projek ini menjadikan komputer sebagai alat
pembelajaran dan membantu guru-guru menjalankan tugas harian khususnya dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran. PPBK ini bertujuan untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar melalui penggunaan komputer dalam pembelajaran dan
pengajaran. Di samping itu, teknik pembelajaran dan pengajaran juga dapat dipelbagai
bagi meningkatkan mutu pendidikan. PPBK juga dapat mendedahkan pelajar kepada
penggunaan komputer.
PPBK adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat daripada
pelajar mahupun pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinisikan PPBK sebagai perisian
pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan
(programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia
authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek. Alensi dan
Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk
menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar. Kajian ini melihat
kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan
hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva.
Unsur-unsur dalam PPBK seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk
membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklum balas
daripadanya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang
lebih moden, ia dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menggalakkan dan produktif. Bostock (1996) juga menekankan bahawa tujuan utama
perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran.
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
3.0 KERELEVENAN PPBK PADA ABAD KE-21
Semua maklum bahawa PPBK adalah satu model yang lahir pada tengah tahun
90an. Model yang menggunakan pengantaraan komputer sebagai medium
pembelajaran dan pengajaran ini telah digunakan hampir 20 tahun di Malaysia dengan
melalui beberapa fasa penambahbaikan. PPBK juga melalui fasa peralihan teknologi
daripada Web 1.0 kepada Web 2.0. Ketika Web 1.0, pengguna hanya boleh membaca
maklumat di laman sesawang. Maklumat yang dipaparkan di laman sesawang juga
tidak boleh ditulis oleh orang selain pemilik laman sesawang tersebut.
Hal ini membuatkan maklumat terbatas dan komunikasi dua hala ketika
menggunakan internet tidak terjadi. PPBK yang tidak terlepas melalui fasa ini juga
mempunyai beberapa perisisan yang tidak boleh diubah oleh guru di sekolah. Perisian
cakera padat mengenai subjek hanya boleh digunakan untuk mengajar pelajar tanpa
boleh terus melakukan latih tubi menggunakan perisian tersebut. Hal ini membuatkan
pelajar kurang memahami secara total segala ilmu yang hendak diajarkan.
Peralihan kepada Web 2.0 pada akhir 2004 oleh Darcy DiNucci yang
dipopularkan oleh Tim O’Reilly telah membawa satu inovasi baru kepada internet. Web
2.0 dianggap menggunakan kerana ia adalah mudah bagi pengguna untuk menerbitkan
karya mereka, berhubung dengan pengguna lain serta berkongsi dan bertukar-tukar
maklumat. Antara contoh aplikasi yang berteraskan Web 2.0 adalah Canva.
Menggunakan Canva mampu menjana pendapatan bagi mereka yang mempunyai
kemahiran mereka bentuk corak.
Aplikasi Canva telah menawarkan peluang kepada mereka yang berkemahiran
untuk meletakkan templat mereka di dalam aplikasi itu. Mereka akan memperoleh
pendapatan jika ada pengguna lain yang menggunakan templat mereka. Hal ini
bertepatan dengan konsep Web 2.0 yang mampu memberikan pengguna peluang untuk
mengedit dan memuat naik semula templat mereka sendiri di dalam aplikasi.
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
Bagi model PPBK pula, KPM tidak terlepas peluang dalam menelusuri
perubahan ini. Aplikasi yang betepatan dengan PPBK telah dicipta seperti laman
sesawang Frog. Laman sesawang ini boleh digunakan oleh guru dan pelajar sebagai
medium unutk latih tubi, tutorial, simulasi dan pembelajaran. Hal ini membuatkan
PPBK jelas masih releven sehingga kini kerana KPM sentiasa menyesuaikan model
tersebut dengan perkembangan teknologi internet dan maklumat pada masa kini. Jelas,
walaupun kita sudah berada pada abad ke-21, model PPBK ini masih lagi boleh
digunakan dalam pendidikan di Malaysia.
4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN APLIKASI CANVA
Aplikasi Canva lebih senang, mudah dan berkesan berbanding aplikasi lain
yang lebih kompleks. Selain daripada percuma, Canva juga menyediakan pelbagai reka
bentuk yang sesuai dengan tema yang diingini oleh pengguna. Reka bentuk yang
disediakan juga megikut citarasa yang terkini. Pengguna juga mampu menggunakan
gambar sendiri sebagai templat. Aplikasi ini juga ada menyediakan jenis tulisan yang
pelbagai dan sesuai dengan pemilihan reka bentuk. Selain daripada itu, aplikasi ini telah
tersedia beberapa templat yang biasa digunakan oleh pengguna masa kini seperti
Instagram photo, headline, facebook photo dan sebagainya.
Aplikasi Canva juga boleh dimuat turun setelah selesai diedit dan dapat
digunakan secara luar talian selepas dimuat turun. Percampuran kesemua elemen
seperti pemilihan warna reka bentuk, latar belakang, saiz fon dan warna fon mampu
menjadikan sesebuah slaid pembentangan cantik dan menarik. Lumrah manusia akan
tertarik dengan perkara yang menarik dan hal ini secara tidak langsung mampu
membuatkan proses penyampaian maklumat tersebut berjaya. Semua kelebihan Canva
ini diperkukuhkan lagi dengan wujudnya aplikasi Canva di Play Store yang
membolehkan Canva digunakan di mana-mana sahaja. Atas faktor ini, ia mampu
menyelesaikan isu keterbatasan capaian wifi di dalam kawasan sekolah membantutkan
PPBK.
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
5.0 CARA MEMBUAT SLAID PEMBENTANGAN MENGGUNAKAN TABLET
1. Muat turun aplikasi Canva di App Store atau Google Play Store dalam
peranti telefon anda.
2. Baca terma dan syarat yang tertera dan tekan "Terima".
3. Selepas membuka aplikasi Canva, anda boleh mencari templates
pembentangan atau menggunakan ruang carian untuk mendapatkan hasil
yang lebih pantas.
4. Masukkan perkataan presentations pada ruangan carian dan tekan cari.
5. Tekan simbol '+' yang berada di bahagian kanan bawah, menu akan
keluar dan anda boleh pilih sama ada text, image, graphic, template atau
page.
6. Dalam menu text, anda boleh menulis input yang ingin disampaikan.
Pelbagai jenis tulisan yang menarik disediakan secara percuma. Saiz
tulisan juga boleh dilaraskan bertepatan dengan kehendak anda. Pelarasan
tulisan sama ada ingin diletakkan di tengah, kanan atau kiri juga boleh
dilakukan. Fungsi gelapkan(bold) dan condong(italic) juga disediakan.
Jarak huruf dan ketinggian juga boleh dilaraskan di dalam menu ini.
7. Dalam menu menu image, anda boleh memasukkan gambar bagi
menjadikan pembentangan lebih menarik. Anda boleh memasukkan
gambar daripada galeri telefon anda ataupun mencari secara atas talian.
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
8. Dalam menu graphic, terdapat banyak jenis grafik yang menarik. Corak
yang disediakan mampu menjadikan pembentangan lebih cantik.
9. Dalam menu templates, terdapat banyak acuan yang mempunyai reka
bentuk yang cantik dan menarik. Jika ingin cepat, anda boleh terus
menggunakan carian untuk mencari acuan yang bersesuaian.
10. Dalam menu page, anda boleh menambah slaid. Paparan akan
menunjukkan jenis reka bentuk yang boleh dipilih oleh anda. Setiap slaid
boleh menggunakan acuan yang berlainan bertepatan dengan cita rasa
anda.
11. Selepas semuanya selesai, anda boleh menyimpan segala data.
perlu ditekan untuk menyimpan pembentangan yang telah siap.
12. Anda boleh memilih untuk menyimpan fail tersebut pada mana-mana
medium yang bersesuaian dengan keperluan anda.
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
6.0 KEBAIKAN PENGGUNAAN APLIKASI CANVA
Aplikasi Canva merupakan salah satu medium yang diterima umum kini. Selain
daripada kebanyakan isiannya percuma, Canva juga menyediakan ruang kepada pereka
reka bentuk untuk mendapat duit sampingan. Canva telah cuba menjual reka bentuk
mereka kepada yang berminat. Duit yang diperoleh akan diberikan kepada pereka reka
bentuk tersebut. Selain itu, pelbagai reka bentuk templat yang menarik membuatkan
ramai pengguna gemar menggunakan aplikasi ini. Tema juga digunakan bagi
mengkategorikan jenis templat dan memudahkan carian. Canva juga menyediakan
pelbagai pilihan warna, tulisan dan saiz. Perkara ini menjadikan Canva sentiasa di
fikiran apabila ingin membuat sesuatu slaid pembentangan ataupun reka bentuk.
Penggunaan Canva juga fleksibel sama ada di komputer riba mahupun peranti telefon
bimbit. Hal ini menjadikan penggunaannya lebih berkesan dan menyeluruh. Selain itu,
kepakaran dalam reka bentuk juga tidak diperlukan memandangkan Canva
menyediakan segalanya. Canva menggunakan konsep “ambil dan letak” yang
membuatkan semua orang mampu menggunakannya. Perkara yang paling disukai
apabila menggunakan Canva adalah templat yang banyak melebihi 60,000 jenis
templat. Pengguna juga mudah unutk menggunakan templat yang bertepatan dengan
tema yang mereka inginkan kerana hanya perlu menuliah di ruangan carian sahaja tanpa
perlu membelek setiap satu templat.
7.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa dalam proses
Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK) amat diperlukan.
Tambahan pula pada zaman yang serba canggih dan teknologi ini, kebanyakan pelajar
sekarang lebih cenderung dan tertarik dengan penggunaan imej yang menarik dan
penggunaan warna yang betul. Disebabkan itu, aplikasi Canva ini diajdikan piihan
supaya proses pembelajaran dan pengajaran itu menjadi lebih senang, mudah dan
berkesan.
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
8.0 LAMPIRAN
Gambar 1: Brosur Tajuk Kajian (Depan)
Gambar 2: Brosur Tajuk Kajian (Belakang)
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
Gambar 3: Brosur Aplikasi Canva (Depan)
Gambar 4: Brosur Aplikasi Canva (Belakang)
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah
Gambar 5: Poster