FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN BAHASA
DISEDIAKAN OLEH,
MOHAMAD YAZID B IN MOHAMAD
P73684
SARJANA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
UKM
Faktor-faktor
mempengaruhi
pembelajaran bahasa
Kematangan fisiologikal Persekitaran / Sosial Kognitif Kendiri Motivasi
2
KEMATANGAN FISIOLOGIKAL
3
Faktor kematangan fisiologikal merujuk kepada
kematangan fungsi-fungsi otak yang sempurna.
Individu yang mengalami kecederaan pada sel-sel otak
akan terjejas pemerolehan bahasanya.
Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan
yang berlainan. (matang & kurang matang)
Perkembangan yang berlaku pada satu tahap juga akan
mempengaruhi tahap seterusnya. Ibu bapa perlu
mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak untuk
menyediakan persekitaran, kegiatan dan rangsangan
yang sesuai dengan kebolehan dan kesediaan anak
mereka. 4
Bahagian-bahagian otak yang berperanan penting
dalam proses pemerolehan bahasa ialah
kawasan broca dan kawasan wernickle.
Kawasan broca terletak di tengah hemisfera
cerebral kiri iaitu tempat pertemuan antara
frontal, parietal dan temporal lobes.
Kawasan ini juga merupakan bahagian otak yang
bertangungjawab terhadap pembentukan urutan
bahasa.
5
Kecederaan pada kawasan ini boleh mengakibatkan
masalah artikulasi, penghasilan ujaran yang pendek
atau tanpa tatabahasa serta kesilapan dalam ejaan.
Masalah yang lazim berlaku ialah bahasa ekspresif iaitu
pertuturan atau penulisan terjejas.(Broca’s Aphasia).
Kawasan wernicke pula terletak di bahagian belakang
hemisfera cerebral kiri dalam temporal lobe.
Kawasan ini merupakan bahagian otak yang
bertanggungjawab terhadap kefahaman bahasa.
6
Kecederaan di kawasan ini menjejaskan pemahaman
bahasa iaitu bahasa reseptif (Wernickle’s Aphasia).
Kecederaan di kawasan wernickle boleh menyebabkan
individu menghasilkan sebutan atau yang panjang
dan bertatabahasa tetapi kurang membawa maksud
seperti kata nama dan kata kerja.
Kecederaan serius pada kedua-dua kawasan otak ini
akan mengakibatkan masalah bahasa yang teruk
sama ada bahasa reseptif mahupun bahasa
ekspresif (Global Aphasia)
7
PERSEKITARAN / SOSIAL
Faktor-faktor persekitaran merangkumi keluarga dan sekolah
yang mempengaruhi pemerolehan bahasa.
Keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama yang
memberikan landasan dasar bagi proses belajar pada
lingkungan sekolah dan masyarakat.
8
Lingkungan keluarga yang berpengaruh terhadap
perkembangan pembelajaran anak berupa fisik
dan sosial psikologis.
Lingkungan fisik dalam keluarga adalah keadaan
rumah, tempat belajar, prasarana di rumah dan
suasana dalam rumah atau disekitar rumah.
9
Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu
anak mereka dalam pemerolehan bahasa.
Ibu bapa perlu sering mengajar dan melatih anak mereka
bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu kanak-
kanak menguasai kemahiran bahasa dengan baik.
10
Lingkungan sekolah juga memegang peranan
penting bagi perkembangan belajar kanak-kanak
(kanak-kanak mendapatkan pengetahuan lebih
banyak di sekolah berbanding dengan keluarga).
Keadaan belajar di sekolah akan mempengaruhi
pemerolehan bahasa kanak-kanak. Untuk
meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak,
pihak sekolah mestilah menyediakan suatu
persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa
dan baik.11
KOGNITIF
Perkembangan otak yang tidak sempurna akan menyebabkan
kognitif kanak-kanak terjejas. Perkembangan otak yang lambat
akan menyebabkan pemerolehan bahasa kanak-kanak kurang
memuaskan.
Hal ini biasanya disebabkan kelahiran yang tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang
amat sukar.
12
Menurut penemuan psikolinguistik kognitif,
pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca
seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan
malah kanak-kanak sememangnya telah mula
belajar menulis sejak dari peringkat awal
perkembangan mereka.
Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh
diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat
(gesture), perbualan, cara mereka bermain dan
contengan yang mereka lakukan membentukkan
makna yang tertentu (Vygotsky, 1978).
13
Menurut aliran ini, dapat membuktikan bahawa apabila seseorang
individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari
dunia di persekitarannya melalui pancainderanya.
Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti
akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa
dan bacaannya.
14
KENDIRI
15
PERIBADI POSITIF
Kanak-kanak lebih mempunyai keyakinan diri dalammenonjolkan diri dalam sesuatu aktiviti di dalam atau di luar sekolah
kanak-kanak dihargai dan mendapat pujian terhadap perkarayang dilakukan , ini dapat memberi keyakinan dalam dirikanak-kanak.
Kanak-kanak akan bersifat terbuka iaitu bersedia menerimapendapat orang lain dan bertimbang rasa
PERIBADI NEGATIF
Mempunyai pandangan negatif atau rendah diri terhadap diriiaitu kurang keyakinan diri
Tidak suka menerima pendapat orang lain dan suka
menyinggung perasaan orang lain
Mementingkan diri sendiri dan suka menyalahkan orang lain.
Selalu bersifat murung,tidak ceria dan bermasam muka.
16
Motivasi atau pergerakan ialah dorongan tingkah laku organisma yang berterusan untuk menjalankan aktiviti yang dirangsangkan oleh sesuatu insentif. Tingkah laku seperti ini wujud kerana tegangan fisiologi ( keperluan minuman) atau psikologi, ( penghargaan) adalah menuju ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Apabila merasa dahaga iaitu memerlukan minuman anda bermotivasi (terdorong) untuk berusaha mencari minuman. Tingkah laku anda ( iaitu berusaha mencari minuman) mempunyai suatu matlamat, iaitu untuk memenuhi keperluan dahaga. Insentif atau kepuasan yang anda peroleh kerana usaha itu ialah minuman. Setelah pencapaian matlamat motivasi organisma itu akan berkurangan.
Secara amnya, motivasi melibatkan tiga keadaan iaitu:-
(i) Motivasi mewujudkan sesuatu situasi.
(ii) Situasi mewujudkan sesuatu tingkah laku
(iii) Tingkah laku itu menuju ke sesuatu matlamat
17
Motivasi-
Motivasi adalah untuk menginspirasikanseseorang untuk bekerja secara individu ataupun,sesuatu yang terbaik (N. Malik 2010).
Motivasi Pembelajaran-
motivasi pembelajaran ini merujuk kepada perkara yang memdorong kepada seseorang pelajar ituuntuk melalui proses pembelajaran
Minat/ Instrinstik-
Minat adalah sesuatu yang disukai olehseseorang. Menurut Noraini Omar (2008)minat adalah seseuatu an diminati olehseseorang yang berbentuk positif.
18
Perkara yang menggerak dan menentukan tingkah laku seseorang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi iaitu keinginan (drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals), tekanan sosial (social pressure), kepercayan diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations), dan berbagai lagi.
Motivasi juga dirangsang oleh dua aspek iaitu motif dan insentif. Insentif ialah galakan yang mendesak seorang individu supaya bertindak untuk mendapat ganjaran. Manakala motif ialah unsur yang lebih penting daripada insentif untuk merangsang murid dalam pembelajaran. Motif yang berasal daripada dalaman seorang dapat menggerakkan individu untuk mencapai pembelajaran sempurna.
19
MOTIVASI INSTRINSIK (DALAMAN)
otivasi intrinsik (dalaman) melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.
Melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari.
Bertujuan untuk keperluan penghargaan kendiri.
Dorongan dalaman ialah kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya berasa seronok dan puas hati.
20
Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.
Terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran.
Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi.
Motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya.
Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran.
Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. 21
MOTIVASI EKSTRINSIK (LUARAN)
Motivasi ekstrinsik berbentuk ganjaran yang jelas dan nyata seperti memberi markah, gred, agregat, keistimewaan, penghargaan, pujian, persaingan dan sebagainya yang diberi untuk sesuatu pencapaian prestasi yang baik.
Tujuan motivasi ektrinsik ini ialah menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang akan membawa faedah kepadanya.
Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya.
Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar belajar.
22
Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap.
Hukuman ataupun deraan adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak diberikan.
Hukuman lazimnya digunakan oleh guru bagi menghapuskan kelakuan pelajar yang tidak baik. Hukuman ini mungkin sebagai kerja tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis hukuman lagi.
Guru juga menggunakan sindiran, kemarahan dan kritikan bagi mengawal kelakuan pelajar. Hampir semua jenis hukuman memberikan kesan buruk kepada pelajar. Oleh itu, peneguhan jenis ini lebih baik dielakkan.
23
24
Berke
jar-k
ejar
an o
mbak
dila
ut,
Menye
ntuh p
anta
i pas
ir nan
bersih
,
Budi pro
f. Dr.
Amin
dise
but-
sebut,
Kerja
sele
sai d
an te
rima
kasih
.
SEK IAN
, TER IM
A KAS IH
Top Related