7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
1/58
ISI KANDUNGAN M/S
1.0 PENGENALAN 4-6
2.0 PEMBANDARAN 7-8
2.1 KONSEP URBANISASI ATAU PEMBANDARAN 9
3.0 TUJUAN DASAR PEMBANDARAN NEGARA 10
3.1RASIONAL 10
3.2 FALSAFAH 11
4.0 PERKEMBANGAN SISTEM PEMBANDARAN DI MALAYSIA 12-14
5.0 FAKTOR PEMBANDARAN 15
5.1 Kepelbagaian Peluang Pekerjaan 15
5.2 Perindustrian 16
5.3 Corak Hidup 16
5.4 Migrasi 17
5.5 Taraf Ekonomi Yang Rendah Di Negara Sendiri 17-18
5.6 Sosiobudaya 18
5.7 Politik 18-19
6.0 ISU DAN CABARAN 20
6.1 Kadar Pembangunan Yang Pesat 20-21
1
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
2/58
6.2 Penurunan Kualiti Alam Sekitar 21
6.3 Ekonomi Bandar Yang Kurang Berdaya Saing 22-23
6.4 Sistem Pengangkutan Yang Tidak Cekap 23-24
6.5 Kemerosotan Kualiti Penduduk Bandar 25-26
6.6 Kurang Penekanan Terhadap Reka Bentuk Bandar 27-28
Dan Pemuliharaan Warisan
7.0 ISU PEMBANDARAN DAN KUALITI HIDUP SOSIAL 29
7.1 Isu Kesesakan Lalulintas 29-30
7.2 Isu Penyediaan Kemudahan Asas 31
7.3 Isu Penghijrahan Penduduk 31
7.4 Isu Kemiskinan 32
7.5 Isu Perumahan 32
8.0 TERAS DASAR PEMBANDARAN NEGARA 33
8.1 Pembangunan Pembandaran Yang Efisien Dan Mampan 33-34
8.2 Pembangunan Ekonomi Bandar yang Kukuh, Dinamik dan Berdaya Saing 34-36
8.3 Sistem Pengangkutan Bandar yang Bersepadu dan Efisien 36
8.4 Penyediaan Perkhidmatan Bandar, Infrastruktur dan Utiliti yang Berkualiti 37
8.5 Pewujudan Persekitaran Kehidupan Bandar yang Sejahtera dan Beridentiti 38-39
8.6 Tadbir Urus Bandar yang Efektif 40
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN 41-42
10.0 PENCAPAIAN 43
2
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
3/58
10.1 PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990 44-47
11.0 PELAN TINDAKAN DAN PERLAKSANAAN 48
12.0 KESAN PEMBANDARAN 49
12.1 Kesesakan Lalulintas 49
12.2 Kualiti Hidup Bandar Terjejas 49
12.3 Kadar Pengangguran Dan Kemiskinan Bandar 50
12.4 Kemudahan Prasarana Dan Kemudahan Bandar 50
12.5 Masalah Pencemaran Udara Dan Jerebu 51
12.6 Kesan Kenaikan Suhu Mikro Atau Pulau Haba Bandar 51
12.7 Pencemaran Air 51-52
13.0 PENYELESAIAN ISU-ISU PERBANDARAN DAN KUALITI HIDUP 53
SOSIAL DALAM ARUS PEMBANGUNAN NEGARA
13.1 Pengkuasaan Secara Berkesan Dasar Perbandaran Negara 53-54
13.2 Penguatkuasaan Secara Berkesan Dasar Pengangkutan Negara 54-55
13.3 Pembentukan Bandar Selamat 55-56
14.0 RUMUSAN 57
15.0 RUJUKAN 58
3
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
4/58
1.0 PENGENALAN
Pembangunan negara dipandu oleh misi nasional iaitu wawasan 2020 yang
memanifestasikan dan mengaspirasikan sebuah negara Malaysia yang maju sepenuhnya dari segi
ekonomi, sosial, politik dan kerohanian menjelang tahun 2020. Negara kini telah memasuki fasa
kedua ke arah pencapaian Wawasan 2020. Proses globalisasi yang pesat, kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi serta keperluan untuk menguasai ekonomi yang berasaskan pengetahuan
memerlukan negara berada di landasan yang kukuh untuk kekal kompetitif dan berdaya saing
agar seiring dengan negara-negara lain. Dalam konteks ini, arah tuju pembangunan Negara perlu
dirancang dan diurus dengan sistematik serta komprehensif bagi merangsang keupayaan Negara
untuk bersaing di peringkat global. Bandar merupakan salah satu sektor pemangkin kepada
pertumbuhan ekonomi dan pusat pelaburan terpenting bagi negara. Sektor bandar berperanan
dalam menarik pelabur-pelabur asing dan tempatan untuk menjalankan kegiatan ekonomi selain
menjadi tempat tumpuan untuk aktiviti rekreasi dan sosial. Dalam hal ini, bandar perlu berupaya
menawarkan persekitaran kawasan yang kompetitif, berdaya saing serta terbaik bagi menyokong
segala bentuk aktiviti di dalamnya. Semenanjung Malaysia dijangka mengalami proses
perbandaran yang pesat menjelang tahun 2020, di mana kebanyakan penduduknya akan
bertumpu di kawasan-kawasan bandar. Penduduk yang ramai ini memerlukan lebih banyak ruang
bagi penyediaan kawasan perumahan, kemudahan awam, dan infrastruktur. Justeru itu, sumber
jaya negara perlu digunakan secara optimum dan seimbang dengan memastikan pembangunan
yang dilaksanakan menghasilkan pulangan yang baik dan pada masa yang sama kepentingan
aspek pemeliharaan alam sekitar perlu terus menjadi keutamaan. Dasar Perbandaran Negara
(DPN) disediakan bertujuan memastikan bandar-bandar dapat berperanan secara optimum
sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara dan mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi
4
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
5/58
melalui proses perbandaran yang lebih terancang dan sistematik. Aspirasi DPN adalah selari
dengan misi nasional untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Saya berharap dengan terlaksananya kesemua dasar ini, bandar-bandar kita akan dapat
dimajukan secara efisyen, efektif dan diurustadbir secara seimbang, seterusnya berupaya menjadi
bandar bertaraf dunia yang setanding dengan negara-negara lain.
Urbanisasi di Malaysia berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui pertambahan
bilangan bandar-bandar baru. Kawasan yang sebelum ini merupakan luar bandar akan
berkembang membentuk sebuah bandar. Selain itu program pembangunan wilayah yang bermula
pada tahun 1970 dan penubuhan bandar-bandar satelit di pingir bandar juga dianggap sebagai
bandar-bandar baru. Pada tahun 1990-an konsep bandar baru industri telah diperkenalkan melalui
rancangan estet perindustrian. Bandar-bandar industri ini mula dirancang dan diwujudkan antara
nya adalah Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan dan Bandar Baru Senawang di Selangor.
Urbanisasi di Era 1990-an dan abad ke-21 perindustrian tidak dapat dipisahkan daripada
urbanisasi ianya kerana kedua-dua aspek ini saling berkaitan dalam perkembangan sesebuah
bandar. Kepadatan dan ketepuan bandar raya Kuala Lumpur telah mewujudkan beberapa
fenomena urbanisasi seperti rebakan bandar, konurbasi, masalah kesesakan, masalah
pembentungan masalah penempatan setingan. Pelbagai alternatif telah dilaksaankan oleh
kerajaan dalam mengatasi fenomena-fenomena ini. Pinggir bandar yang berpontensi akan
dimajukan dan dibangunkan menjadi bandar satelit atau bandar baru yang lengkap dan moden.
Kawasa di sekitar kuala Lumpur seperti Selayang, Sungai Way, Cheras telah membentuk bandar
satelit dan kawasan-kawasan seperti Bandar Baru Nilai dan Senawang pula muncul sebagai
bandar industri. Melalui dasar penyelerakkan industri ke desa, bandar-bandar baru yang
berasaskan industri turut dirancang dan dibina seperti bandar baru Kertih di Kemamam,
5
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
6/58
Terengganu terbentuk hasil daripada industri gas asli dan MEC City di Gambang Kuantan,
Pahang dirancang sebagai bandar industri yang berasaskan eletronik. Abad ke-21 Malaysia mula
memasuki era teknologi maklumat (IT). Perkembangan sesebuah bandar di Malaysia pada ketika
ini ditentukan oleh jaringan internet, e-mel, sistem komputer, dan sistem telekomunikasi canggih
yang menjadi medium utama untuk menyebarkan inovasi-inovasi baru berkaitan dengan
urbanisasi. Projek Koridor Raya Multi Media ( MSC) menjadi model dan pemangkin utama
untuk mewujudkan bandar-bandar baru seperti Cyber Jaya di Selangor.
6
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
7/58
2.0PEMBANDARAN
Bandar sebagai enjin pertumbuhan ekonomi mempunyai peranan yang amat penting
dalam pencapaian wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sepanjang
dua dekad yang lalu tahap perbandaran telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dan
dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang. Bagi menangani dan mengurus
peningkatan ini dengan baik, wujud keperluan terhadap perancangan, pembangunan dan
pengurusan perkhidmatan perbandaran yang lebih sistematik dan efisien supaya kualiti hidup
yang lebih baik dapat dinikmati oleh komuniti bandar. Potensi perkembangan bandar perlu
dirancang dengan sebaik mungkin selaras dengan perubahan teknologi dan cabaran globalisasi
supaya dapat memberi sumbangan yang maksimum kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Namun demikian, pembangunan bandar sedia ada menghadapi pelbagai masalah fizikal dan
sosial ekoran daripada pembangunan yang tidak dilaksanakan dengan seimbang. Sehubungan itu,
satu rangka asas yang lebih menyeluruh dan bersepadu untuk memandu proses perbandaran di
negara ini perlulah diwujudkan melalui penggubalan Dasar Perbandaran Negara (DPN).
Keperluan penyediaan DPN telah ditekankan di dalam RMK-8 dan RMK-9 di mana DPN perlu
digubal untuk meningkatkan keberkesanan kualiti perkhidmatan bandar ke arah mewujudkan
bandar yang selamat, bersistematik, moden dan menarik. Peruntukan di bawah Bahagian IIB,
Seksyen 6B (3), Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) yang dipinda pada tahun 2001
(Akta A1129), juga menyatakan keperluan bagi Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa
menimbangkan dasar perbandaran negara atau dasar lain yang serupa dalam menyediakan draf
Rancangan fizikal Negara.
Urbanisasi adalah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada
bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang
7
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
8/58
lebih besar dan kompleks. Sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana akhirnya
menjadi bandaraya. Pembandaran juga merujuk kepada satu proses pembinaan dan pertumbuhan
sesebuah bandar. Ini merujuk kepada pertambahan penduduk hasil daripada perkembangan
dalaman dan migrasi dan juga perkembangan ruang bandar. Urbanisasi juga merujuk kepada
peningkatan pengeluaran bandar dari aspek industri samaada perindustrian atau pertanian hasil
dari kemasukkan ramai penduduk ke bandar yang memberi peluang kepada peningkatan
produktiviti bandar. Hasil daripada pembandaran ini, sesebuah bandar itu menjadi pusat tumpuan
pelbagai aktiviti seperti pusat pentadbiran, komersial, perbankan dan perumahan. Keadaan ini
menyebabkan pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi bagi
menampung pemintaan terhadap aktiviti yang dijalankan di bandar. Keadaan ini menyebakan
kawasan bandar menerima pelbagai kemudahan berbanding keadaan di luar bandar.
Kebanyakan bandar di sesebuah negara akan mengalami dua tahap iaitu pembangunan
dan mengalami proses pembandaran. Di peringkat awal, sesebuah kawasan itu akan mengalami
proses pembangunan yang mana peringkat ini sesebuah kawasan itu cuba meningkatkan
ekonomi dan struktur sosial. Jika dilihat dari sejarah awal perkembangan sesebuah bandar, faktor
perdagangan dan perindustrian banyak memainkan peranan di dalam pembangunan sesebuah
bandar.Pelbagai faktor yang membawa kepada perkembangan pembadaran bandar ini. Keadaan
ini lebih merujuk kepada fenomena globalisasi yang melanda dunia abad ini. Globalisasi
merujuk kepada pergerakkan bebas modal, buruh, maklumat dan teknologi. Di dalam proses
pembandaran, perkara-perkara yang perlu dipertingkatkan dan dibangunkan dari segi
infrastruktur, pengangkutan, telekomunikasi dan perumahan untuk menampung aktiviti ekonomi
yang dijalankan. Kemudahan-kemudahan perlu disediakan bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pelaburan. Bandar di sesebuah negara akan menjadi pusat aktiviti kepada segala
8
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
9/58
aktiviti perniagaan dan perkhidmatan bukan sahaja bagi negara tersebut malah diperingkat
global. Fenomena globalisasi memain peranan yang kuat didalam proses peningkatan
pembandaran sesebuah bandar didalam memenuhi keperluan dan kehendak kemudahan semasa
baik dari segi pelaburan dan masyarakat bandar itu sendiri.
2.1 KONSEP URBANISASI ATAU PEMBANDARAN
1. Pertambahan jumlah dan peratus penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Contoh di
Malaysia sebuah petempatan dikelaskan sebagai bandar jika mempunyai jumlah
penduduk melebihi 10,000 orang.
2. Peluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang, perniagaan, kawasan
tempatan bandar, peningkatan sistem dan jaringan pengangkutan dan pertambahan fungsi
bandar
3. Pembandaran ditakrifkan sebagai pembangunan struktur dan tradisional (pertanian)
kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan dan perkhidmatan.
4. Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang
lebih moden.
9
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
10/58
3.0 TUJUAN DASAR PEMBANDARAN NEGARA
Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan
dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi
mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap
keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar. Ia juga akan dijadikan
asas untuk menggalakkan integrasi dan perpaduan kaum yang akan tinggal dalam kawasan
bandar. Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan
dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancangan-rancangan
pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras,
dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus
perbandaran negara.Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti
perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan
rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan.
3.1 Rasional
Pembangunan bandar yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi
yang penting untuk memupuk satu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai melalui
pengurangan jurang perbezaan antara wilayah supaya faedah daripada pembangunan ekonomi
dan perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara meluas dan saksama di seluruh negara.
Dalam hal ini pembentukan dasar urbanisasi negara akan dapat mewujudkan pembangunan
pusat-pusat bandar yang lebih teratur dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar yang lebih padat
dan yang mengandungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan peranannya. Rantaian
10
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
11/58
perhubungan antara bandar dengan luar bandar yang lebih berkesan bukan sahaja membolehkan
lebih ramai isi rumah luar bandar menyertai kegiatan-kegiatan berasaskan bandar yang
mempunyai daya pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapat mempercepatkan proses pemodenan
kawasan-kawasan luarbandar.
3.2Falsafah
Pembentukan dasar-dasar perbandaran perlu berasaskan kepada falsafah bandar yang sejahtera
merangkumi perkara-perkara berikut:
Menjana pembangunan ekonomi bagi kemakmuran negara yang boleh dikongsi dan dinikmati
bersama.
Menyediakan perkhidmatan bandar, kemudahan awam, infrastruktur dan utiliti yang
berkualiti untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk.
Menekankan aspek keselamatan di dalam bandar.
Memastikan keindahan rekabentuk dan kualiti fabrik bandar berasaskan kebudayaan tempatan
negara.
Memberi fokus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Menggalakkan pembangunan sosial dan perpaduan nasional.
Menggalakkan penduduk untuk melibatkan diri dalam membangunkan komuniti masing-
masing dengan peningkatan tadbir urus yang lebih efisien dan berkesan.
Membasmi kemiskinan bandar.
11
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
12/58
Sensitif dan inovatif kepada perkembangan dan kemajuan teknologi
4.0 PERKEMBANGAN SISTEM PEMBANDARAN DI MALAYSIA
Sistem perbandaran di Malaysia jika ditinjau secara mendalam, ianya tidak berlaku secara
tradisi yang sebenar (Lim Heng Kow: 1972) sebelum kedatangan zaman penjajah. Namun
sebelum kedatangan zaman penjajahan, telah pun wujud pekan-pekan dan pelabuhan-pelabuhan
kecil sebagai pusat pertumbuhan yang terletak di sepanjang pantai, sungai dan tasik dengan
menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan melalui pengangkutan air sebagai laluan utama
sama ada di kalangan penduduk tempatan ataupun dari kawasan luar. Keadaan di pekan-pekan
dan pelabuhan telah mula berubah setelah kemasukan zaman penjajahan. Pulau Pinang yang
dikatakan mula dijejak kaki penjajah pada tahun 1786 dan Singapura pada 1816 merupakan
`pintu kepada terbukanya evolusi perbandaran dan di Malaysia. Kedua-dua pelabuhan ini
merupakan pilihan utama penjajah untuk dijadikan pelabuhan kolonial disebabkan lokasinya
yang strategik dan seterusnya dapat dikembangkan struktur ruangan ekonomi penjajah ke
kawasan-kawasan di sekitarnya.
Perkara utama yang diusahakan oleh pihak penjajah ketika itu ialah dengan menghubungi
bandar-bandar kolonial dengan pusat-pusat pertumbuhan lain bagi mendapatkan bekalan sumber
bahan mentah terutamanya bijih timah. Secara beransur-ansur, pusat-pusat pertumbuhan
berkaitan berkembang dengan pesatnya disebabkan pertambahan bilangan penduduk, penyediaan
kemudahan asas termasuk jaringan pengangkutan dan berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan
penyebaran hasil barangan. Di samping itu aktiviti perlombongan dipergiatkan dan penggalakan
pendatang dari negara China diperhebatkan untuk dijadikan buruh perlombongan di bandar-
bandar bijh timah seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Dalam tempoh tersebut
12
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
13/58
rangkaian pengangkutan keretapi diperhebatkan di samping rangkaian jalan raya yang
menghubungi bandar-bandar dari utara ke selatan, dari barat ke timur sehingga terbentuknya satu
sistem rangkaian jalan-jalan utama di seluruh Semenanjung Malaysia. Proses ini merupakan satu
petanda yang menonjol dalam proses perbandaran yang berperanan sebagai penggerak ekonomi
yang lebih pesat dan merupakan pelaburan yang menguntungkan dalam tempoh jangka panjang.
Kini Malaysia mengamalkan sistem pengangkutan jalan raya yang lebih moden dan berteknologi
tinggi di bawah `Sistem Lebuh Raya Malaysia melalui pengawasan Lembaga Lebuh Raya
Malaysia. Justeru itu proses Malaysia semakin pesat membangun yang bertindak sebagai
penggerak ekonomi negara. Antara yang utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh
Raya Timur-Barat, Kuala Lumpur-Karak, Kuala Lumpur- Air Hitam, Lebuh Raya Pan-Borneo
dan Lebuh Raya Pantai Barat, Sabah. Kesemua rangkaian lebuh raya yang siap dan sedang dalam
pembinaan merupakan penghubung utama dengan semua rangkaian jalan raya dan bandar-bandar
sedia ada di seluruh negara. Laluan Lebuh Raya Utara-Selatan di antara Pantai Barat
Semenanjung Malaysia menghubungi kawasan utara dari sempadan Malaysia-Thailand di Bukit
Kayu Hitam ke Johor Bahru di selatan melalui bandar-bandar utama bermula dari Alor Setar,
Butterworh, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Bagi rangkaian Lebuh Raya
Timur-Barat pula menghubungi Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dengan menghubungi Grik, Perak dan Jeli di Kelantan. Manakala Lebuh Raya Gua
Musang pula menghubungi Kota Bharu, Gua Musang, Bentong dan Kuala Lumpur. Di bahagian
Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Jerangau-Jabor menghubungi Kuala
Terengganu, Kuantan, Bentong dan Kuala Lumpur atau terus melalui Lebuh Raya Segamat dari
Kuantan, Segamat dan Johor Bahru. Di Sarawak, Lebuh Raya Pan-Borneo menghubungi
Bandaraya Kuching, Sibu dan Miri. Seterusnya dapat merentasi hingga ke Sabah melalui Lebuh
13
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
14/58
Raya Pantai Barat yang menghubungi Miri, Kota Kinabalu dan terus ke Sandakan dan Tawau
melalui hubungan rangkaian jalan raya sedia ada. Dengan ini pada keseluruhannya rangkaian
lebuh raya di Malaysia mempunyai pengaruh dan pertalian dengan bandar-bandar yang sedang
meningkat proses perbandarannya. Antaranya termasuk bandar Jitra, Sungai Petani, Taiping,
Kuala Kangsar, Kota Tinggi dan Segamat, Johor.
Proses ini dijangka berterusan dan akan menggalakkan lagi pertumbuhan bandar-bandar
kecil di seluruh negara dalam tempoh jangka panjang. Dengan ini proses pebandaran melalui
prinsip-prinsip yang telah dibincangkan di dalam model-model yang berkaitan di atas dan
hubungannya dengan pelbagai faktor lain termasuk pengangkutan dengan jelas menjadi faktor
penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat meningkatkan
kualiti hidup sosial. Sejarah telah membuktikan bahawa proses perbandara telah banyak
membawa kesan positif kepada pembangunan negara.. Dari awal lagi pusat bandar telah
memainkan peranan yang penting sebagai pusat pengumpul, pertukaran barangan melalui
aktiviti perniagaan dan perdagangan serta menjadi pusat pengedaran hasil pengeluaran ke
kawasan-kawasan lain atau di peringkat tempatan. Proses ini berterusan sehingga fungsi bandar
merebak keluar ke kawasan-kawasan di sekitarnya setelah wujudnya kawasan-kawasan
perindustrian, perdagangan, pejabat-pejabat pentadbiran, pasaraya dan kawasan kediaman yang
memerlukan kawasan yang lebih luas. Akibatnya wujud pula bandar-bandar lain di pinggir
bandar atau di sepanjang jalan pengangkutan utama mengikut fungsinya yang tertentu seperti
bandar satelit, bandar baru, bandar peranginan, bandar universiti dan suburb yang tediri daripada
pelbagai jenis seperti suburb perumahan eksklusif, campuran dan suburb perindustrian ringan
yang merangkumi kawasan bandar yang lebih luas dan kompleks seperti yang dialami pada masa
kini. Justeru itu kesannya tidak dapat dinafikan di kalangan sebahagian penduduknya dalam
14
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
15/58
memperoleh kualiti hidup sosial pada peringkat minimum disebabkan kepesatan proses
perbandaran yang tidak terkawal.
5.0 FAKTOR PEMBANDARAN
Pembangunan bandar, jika dirancang dan dikawal dengan baik dapat membantu dalam
meningkatkan tahap pembangunan ekonomi sesebuah negara. Begitu juga negara Malaysia yang
turut berlaku proses perbandaran walaupun Malaysia merupakan sebuah negara membangun.
Apabila wujudnya proses perbandaran, akan menimbulkan pelbagai masalah kepada ekonomi,
politik dan sosial. Secara amnya, proses perbandaran berlaku dikawasan bandar yang terdapat
aktiviti ekonomi yang berkembang pesat. Oleh itu, timbulnya pelbagai masalah yang terpaksa
ditanggung oleh masyarakat sekitar. Masalah tersebut wujud disebabkan faktor-faktor ketika
proses perbandaran berlaku. Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti berlakunya proses
perbandaran.
5.1 Kepelbagaian Peluang Pekerjaan
Faktor utama yang telah dikenal pasti adalah kepelbagaian peluang pekerjaan. Kawasan
bandar-bandar besar yang pesat dengan aktiviti ekonomi seperti perkilangan, perindustrian,
perkhidmatan menjadi tumpuan orang ramai untuk bertumpu di kawasan tersebut. Lantaran itu,
lebih ramai penduduk akan berhijrah ke bandar untuk merebut peluang kerjaya tersebut. Hal ini
kerana untuk memenuhi keperluan dan kehendak pseseorang. Contohnya, seseorang yang
mendapat pekerjaan akan mendapat hasil daripada pekerjaan yang dilakukan. Hasil yang
diperolehi akan digunakan untuk memeuhi keperluan dan kehendak harian seperti makanan,
minuman, kawasan perlindungan yang lebih selesa, oksigen dan lain-lain. Namun, penghijrahan
15
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
16/58
penduduk yang melebihi had daya tampungan akan mendatangkan pelbagai jenis masyarakat
yang ingin meningkatkan taraf kehiudpan mereka.
5.2 Perindustrian
Faktor kepesatan industri merupakan pendorong berlakunya proses perbandaran di negara
membangun. Kebiasaannya, perindustrian sering berlaku di kawasan bandar kerana kawasan
bandar sudah memiliki kemudahan awam yang cukup. Contohnya, sistem pengangkutan jalan
yang baik. Sistem pengangkutan yang baik akan mempengaruhi darjah ketersampaian. Darjah
ketersampaian yang positif mempengaruhi aktiviti perindustrian di kawasan tersebut iaitu
menjadi semakin pesat. Pada pandangan masyarakat, semakin banyak industri di bandar semakin
besar peranan bandar itu kepada mereka.
5.3 Corak Hidup
Faktor seterusnya ialah corak hidup di bandar. Corak hidup di kawasan bandar dan
kampung terlalu banyak perbezaan. Kehidupan di bandar yang pesat membangun memberi
keseronokan dan keceriaan kepada penduduk. Hal ini kerana kepesatan sesebuah bandar
merangkumi kemudahan sosial yang dapat dinikmati oleh penduduk. Berbeza pula keadaan di
kampung yang mempunyai ekonomi mundur dan kekurangan kemudahan sosial. Bagi generasi
muda, mereka lebih suka tertumpu kawasan bandar kerana mentaliti generasi muda untuk
bersosial tidak dapat dielakkan. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kawasan bandar dipenuhi
oleh generasi muda. Malahan, kawasan bandar menyediakan kemudahan teknologi yang pantas
untuk menarik generasi muda berhijrah ke bandar. Semakin moden dunia, semakin moden
pemikiran generasi muda. Contohnya, kini merupakan zaman era globalisasi yang menekankan
16
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
17/58
aspek e-dagang, e-teknologi, e-pintar dan lain-lain yang meransang pemikiran generasi muda.
Melaui proses perbandaran sahaja generasi muda dapat menikmati keseronakan, glamour dan
bersosial.
5.4 Migrasi
Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya proses
migrasi ini. Kedudukan ekonomi yang mantap dan kukuh menyebabkan wujudnya banyak sektor
pertanian, pembinaan dan perkilangan. Kepelbagaian sektor ini telah membuka peluang kepada
penduduk sekitar untuk memenuhi kekosongan kerjaya dalam sektor tersebut. Di samping itu,
Kepesatan sektor ini telah membuka mata pendatang asing untuk datang mencari rezeki di
negara Malaysia. Peluang pekerjaan yang wujud dari sektor tersebut bagaikan cendawan selepas
hujan disebabkan sikap penduduk setempat yang terlalu memilih untuk mengisi kekosongan
kerjaya yang telah disediakan. Hal ini telah member peluang kepada pendatang asing untuk
berkecimpung dalam sektor tersebut. Contohnya, sektor perladangan kelapa sawit yang utama di
Johor telah diusahakan oleh pendatang dari Bagladesh, Nyammar, Indonesia dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, kedatangan pekerja asing telah meberi keuntungan kepada pengusaha
sektor tersebut kerana mereka tidak memerlukan pembayaran gaji yang mahal berbanding
pembayaran gaji bagi penduduk tempatan. Malahan, kedatangan pendatang asing turut
menjejaskan pembandaran di kawasan sekitar kesan daripada penghijrahan pendatang asing
beramai-ramai. Lombokan pendatang asing telah memberi imej negative kepada pembangunan
negara kerana berkemungkinan negara Malaysia mengalami masalah sosial.
5.5 Taraf Ekonomi Yang Rendah Di Negara Sendiri
17
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
18/58
Bagi negara Malaysia khususnya, kemakmuran ekonomi seringkali dijadikan alasan
untuk menjelaskan mengapa negara ini menarik perhatian ramai pekerja asing dari Indonesia dan
Bangladesh, malah termasuk juga negara-negara yang mengalami taraf ekonomi yang rendah.
Sejak berlakunya kegawatan ekonomi di rantau Asia ini menyebabkan jatuhnya nilai mata wang
negara-negara dunia ketiga, secara tidak langsung harga-harga barangan di pasaran meningkat
dengan mendadak. Hal ini merupakan salah satu faktor migrasi berlaku. Taraf kehidupan
semakin tinggi menjadi sebagai alternative kepada mereka untuk mencari rezeki bagi
menampung perbelanjaan keluarga masing-masing, memandangkan taraf ekonomi negara yang
rendah. Bilangan penduduk yang ramai dengan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang di
negara asal mereka, menyebabkan golongan ini terpaksa mencari alternative untuk meneruskan
kehidupan. Oleh itu jalan yang paling mudah ialah merebut kesempatan yang terdapat di negara
yang menjanjikan pendapatan yang lumayan seperti di Malaysia.
5.6 Sosiobudaya
Sosiobudaya memainkan peranan utama menyebabkan pendatang Indonesia semakin
bertambah dari hari ke hari ke negara kita. Bahkan boleh dikatakan faktor sosiobudaya ini
memainkan peranan yang sama pentingnya dengan faktor ekonomi dan menjadi daya tarikan
kepada pendatang Indonesia. Faktor persamaan sosiobudaya antara kedua-dua negara akan kekal
selamanya serta menjadi daya tarikan untuk mereka datang ke negara ini. Persamaan ciri-ciri ini
membolehkan mereka menyesuaikan diri di negara kita. Pendatang Indonesia yang berupaya
menyesuaikan diri akan berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan masalah. Hal ini kerana
wujud keserasian kesan daripada persamaan cirri-ciri tersebut. Malahan, keupayaan mereka
menyesuaikan diri dengan kehidupan di negara ini merupakan passport atau tiket utama
membolehkan mereka mengekalkan dan mempertahankan kedudukan mereka di negara ini.
18
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
19/58
5.7 Politik
Politik memainkan peranan yang penting di setiap negara. Negara Malaysia merupakan
negara membangun hendaklah mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik di sesebuah
Negara bersandarkan kepada corak kepemimpinan yang terdapat pada pemimpin untuk
memimpin keadaan rakyatnya. Kestabilan politik turut memberi kesan kepada ekonomi negara.
Sebuah negara yang aman dan makmur secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya
migrasi penduduk dari negara ke negara lain, sebaliknya menyebabkan penduduk negara lain
berhijrah ke negara tersebut. Demikian kerana keamanan sesebuah negara mempengaruhi aktiviti
ekonomi di kawasan tersebut sama ada pesat atau mundur. Sesebuah negara yang mengalami
kepesatan ekonomi dan kestabilan politik mempengaruhi kedatangan penduduk luar bertumpu ke
kawasan tersebut. Hal ini kerana negara mereka berlaku keidakstabilan politik dan kemunduran
ekonomi seperti Bangladesh, Thailand, Filipina dan Thailand yang berhijrah ke Malaysia secara
haram melalui penyeludupan.
19
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
20/58
6.0 ISU DAN CABARAN
Dalam menghadapi proses perbandaran, terdapat beberapa isu utama yang dihadapi oleh
Bandar bandar di seluruh negara. Antara isu-isu tersebut adalah:
6.1 Kadar Pembangunan Yang Pesat
Pembangunan perbandaran di Semenanjung Malaysia telah berkembang dengan pesatnya
terutama sejak dua dekad yang lalu di mana kadar perbandaran telah meningkat daripada 54.3%
kepada 65.4% dalam tempoh antara tahun 1991 ke tahun 2000. Adalah dijangkakan kadar ini
akan meningkat kepada 75% menjelang tahun 2020. Pertambahan penduduk ini kebanyakannya
bertumpu di konurbasi-konurbasi utama seperti Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan
Kuantan. Peningkatan penduduk yang tinggi ini memerlukan pertambahan kawasan-kawasan
baru bagi pembangunan kawasan perumahan, kemudahan awam, perniagaan dan gunatanah
bandar yang lain. Ketiadaan had pembangunan bandar yang jelas telah mewujudkan urban
sprawl yang menyebabkan pembangunan telah menjangkau ke kawasan sensitive alam sekitar,
kawasan pertanian utama dan lain-lain kawasan yang tidak sesuai untuk dibangunkan. Selain itu,
ketidakpatuhan kepada rancangan pemajuan yang telah disediakan telah menyumbangkan
kepada kewujudan masalah ini. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai masalah perbandaran
seperti pencemaran alam sekitar, kesesakan lalulintas, kewujudan kawasan-kawasan
brownfield, kehilangan daya tarikan dalam kawasan bandar, kemerosotan kualiti infrastruktur,
20
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
21/58
kekurangan kawasan hijau dan kemudahan awam yang lain; hingga menyebabkan penurunan
kualiti hidup bandar. Masalah percanggahan gunatanah masih wujud terutamanya di bandar-
bandar yang mengalami pembangunan yang pesat memandangkan permintaan gunatanah di
kawasan-kawasan strategik adalah tinggi. Kewujudan kilang-kilang haram di kawasan bandar
telah menimbulkan banyak masalah pencemaran alam sekitar. Ini kerana kilangkilang haram
tidak dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang sepatutnya. Banyak aktiviti
industri terutamanya kemudahan-kemudahan perusahaan kecil dan sederhana (SME) dibina
secara bertaburan di lokasi-lokasi yang tidak sesuai serta tidak diurus dengan baik. Situasi ini
perlu diatasi melalui perancangan, pemantauan dan pengurusan yang lebih baik terhadap
kemudahan aktiviti ekonomi di kawasan bandar.
6.2 Penurunan Kualiti Alam Sekitar
Masalah yang timbul daripada proses perbandaran yang pesat telah menyebabkan
penurunan kualiti alam sekitar terutamanya kualiti air, udara dan bunyi. Banyak sungai yang
menjadi sumber utama air telah mengalami kemerosotan kualiti air disebabkan oleh sisa buangan
isi rumah, efluen dari sector perindustrian, pepejal terampai dari hakisan tanah dan sisa logam
berat dari kilang. Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar, terdapat sebanyak 9 lembangan
sungai dalam keadaan tercemar pada tahun 2004 dan antaranya adalah Sungai Klang dan Sungai
Buloh di Selangor, Sungai Juru di Pulau Pinang serta Sungai Segget di Johor. Pencemaran udara
pula meningkat disebabkan oleh pelepasan (emission) daripada kenderaan, pembangunan
industri dan penggunaan bahan api yang tidak mesra alam. Status kualiti udara pada tahap tidak
sihat dicatatkan di kawasan bandar disebabkan oleh kepekatan habuk halus di bawah saiz 10
mikron (PM10) yang tinggi iaitu pada bacaan 52 ug/m3 berbanding 50ug/m3 yang dibenarkan
21
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
22/58
didalam Garis Panduan Kualiti Udara Persekitaran Malaysia. Selain itu, aktiviti manusia yang
bertambah dengan kepadatan yang tinggi juga telah menjana paras bunyi hingar di kawasan
bandar. Laporan Tahunan Kualiti Alam Sekeliling tahun 2002 menunjukkan paras bunyi di
kawasan perumahan (di dalam bandar) kebanyakannya melebihi paras yang disyorkan oleh
World Health Organisation (melebihi 65dBA). Lebih kurang 90% daripada punca pencemaran
bunyi ini adalah daripada kenderaan. Bilangan penduduk yang meningkat dalam kawasan bandar
telah menjana kuantiti buangan sisa pepejal yang sangat tinggi dan memberi tekanan kepada
keperluan penyediaan tapak pelupusan di dalam kawasan bandar. Mengikut RMK-9, jumlah sisa
pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada
tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada tahun 2005 dan sekiranya tidak diuruskan
dengan baik ia akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kualiti hidup penduduk
bandar.
6.3 Ekonomi Bandar Yang Kurang Berdaya Saing
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan 60 peratus penduduk dunia
bersamaan lima bilion orang akan bermastautin di kawasan bandar menjelang tahun 2030.
Dengan lebih tigaperempat populasi tinggal di kawasan bandar di Malaysia menjelang tahun
2020, permintaan untuk pekerjaan di pusat-pusat bandar akan meningkat dengan signifikan. Ini
akan memberi tekanan untuk mewujudkan bilangan pekerjaan yang mencukupi di kawasan
bandar bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan pada masa yang sama
mengurangkan kadar pengangguran di tahap yang boleh diterima. Kadar pengangguran yang
tinggi mengakibatkan pelbagai isu sosial yang bersabit dengan kemiskinan, jenayah dan kacau
ganggu. Tekanan untuk mewujudkan pekerjaan akan menjadi lebih intensif dalam konurbasi
22
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
23/58
Bandar yang dijangka akan berhadapan dengan persaingan daripada bandaraya-bandaraya lain di
serata dunia hasil daripada globalisasi dan proses meliberalisasi perdagangan. Ini disebabkan
konurbasi bandar dijangka akan menerajui negara dalam pencarian pelaburan asing dan dengan
itu menjadi pusat-pusat yang kompetitif dalam menarik pelabur. Oleh itu, satu daripada cabaran
ekonomi bandar adalah menjadikan kawasan bandar sebagai pusatpusat pelaburan dan
perniagaan. Kawasan bandar ini perlu berupaya menarik pelaburan dan perniagaan tempatan dan
asing untuk memiliki ekonomi yang berdaya maju dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan
yang mencukupi.
Dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan bandar, tumpuan yang perlu
diberi adalah pewujudan kekayaan yang diagihkan secara saksama di kalangan penduduk untuk
mengurangkan masalah kemiskinan dalam bandar. Walaupun kadar kemiskinan bandar
menunjukkan penurunan dan berada pada paras 2.0% pada tahun 2002, tetapi beberapa kajian
telah membuktikan wujudnya masalah kekurangan perumahan dan kemudahan asas serta
penurunan kualiti hidup di kalangan penduduk bandar. Dari segi profil miskin bandar
berdasarkan Laporan RMK-9, pada tahun 2004 didapati insiden miskin bandar menunjukkan
peratusan yang tertinggi di kalangan Bumiputera iaitu 4.1% dibandingkan dengan kumpulan
etnik Cina 0.4 % dan India 2.4%. Oleh kerana golongan Bumiputera kurang kemahiran dan
pendidikan yang bersesuaian, kebanyakannya telah melibatkan diri dalam sektor tidak formal
sebagai sumber pekerjaan. Oleh sebab pekerjaan di sektor tidak formal adalah tidak terjamin dan
berpendapatan lebih rendah mereka mudah terjerat ke dalam lingkungan kemiskinan. Oleh itu,
perancangan jangka panjang perlu dibuat untuk mengadakan program-program yang dapat
meningkatkan peluang-peluang pekerjaan dan pendapatan bagi golongan miskin bandar yang
kebanyakannya adalah golongan bumiputera.
23
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
24/58
6.4 Sistem Pengangkutan Yang Tidak Cekap
Berdasarkan maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, bilangan pendaftaran
kenderaan untuk seluruh Malaysia adalah 14.8 juta kenderaan pada tahun 2005. Daripada jumlah
ini 47% adalah motosikal dan 44% adalah kereta persendirian dan selebihnya adalah kenderaan
perdagangan, kenderaan perkhidmatan awam dan lain-lain. Bilangan pemilikan kenderaan
persendirian yang tinggi telah memberi tekanan kepada kapasiti rangkaian jalanraya sedia ada
terutamanya di bandar-bandar besar seperti konurbasi Kuala Lumpur dan konurbasi Georgetown.
Di samping itu, ketidakcekapan kemudahan pengangkutan awam menyebabkan penduduk bandar
lebih cenderung menggunakan kenderaan persendirian daripada menggunakan perkhidmatan
pengangkutan awam. Mengikut Kajian Integrasi Pembangunan Pengangkutan Awam dan Guna
Tanah Lembah Klang pada tahun 2003, nisbah penggunaan kenderaan persendirian berbanding
pengangkutan awam adalah 89:11. Kedua-dua faktor ini telah menyumbangkan kepada masalah
kesesakan yang teruk di bandar-bandar tersebut. Keadaan ini pada jangka panjang akan memberi
kesan negatif kepada daya saing dan tarikan bandar-bandar untuk menarik pelabur luar dan
dalam negara. Pada dasarnya, sistem pengangkutan semasa tidak mampu menangani masalah
kesesakan jalan dan memberi perkhidmatan yang menerapkan prinsip-prinsip keselamatan dan
mesra pengguna kepada penduduk bandar. Kemudahan-kemudahan pengangkutan disediakan
tanpa mengambilkira keperluan integrasi antara mod-mod pengangkutan yang berlainan yang
menyebabkan kesukaran kepada pengguna dalam membuat pertukaran mod pengangkutan.
Penyediaan infrastruktur fizikal bagi sistem pengangkutan awam seperti laluan pejalan kaki
berbumbung dan perhentian bas yang dapat meningkatkan keselesaan pengguna masih kurang
diberi penekanan. Rangkaian jalan di kawasan bandar-bandar bersaiz sederhana dan kecil juga
24
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
25/58
masih belum dibangunkan ke tahap optimum. Kebanyakan jalan-jalan utama di bandar-bandar
ini menjadi laluan terus kepada trafik yang melalui kawasan bandar kerana kekurangan jalan-
jalan alternatif dan seterusnya menimbulkan kesesakan pada waktu-waktu tertentu. Lebih banyak
rangkaian jalan diperlukan bagi meningkatkan aksesibiliti ke kawasan bandar dan pergerakan di
dalam bandar itu sendiri.
6.5 Kemerosotan Kualiti Penduduk Bandar
Isu penurunan kualiti hidup di dalam Bandar merupakan antara isu utama kesan daripada
pembangunan bandar yang tidak diuruskan dengan baik. Untuk menjadi sebuah bandar yang
maju dan mampan ciri yang perlu adalah kualiti infrastrukur sokongan dan kualiti hidup yang
tinggi yang dihasilkan melalui penyediaan perumahan, pendidikan, rekreasi dan kemudahan-
kemudahan kesihatan yang mencukupi. Dari aspek penyediaan perumahan, isu utamanya adalah
kekurangan penyediaan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah. Walaupun secara
amnya kemudahan perumahan telah disediakan melebihi dari keperluan sebenar, bekalan
perumahan untuk golongan miskin bandar sentiasa tidak mencukupi kerana harga rumah adalah
diluar kemampuan mereka. Di bawah RMK-8, banyak program perumahan kos rendah seperti
Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) telah
dilaksanakan di kawasan bandar-bandar, namun ia masih belum dapat menangani isu kekurangan
rumah kos rendah sehingga kini. Dalam tempoh RMK-8, jumlah pencapaian penyediaan rumah
kos rendah adalah sebanyak 200,519 unit rumah berbanding dengan sasarannya iaitu sebanyak
232,000 unit rumah. Kekurangan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah telah
menyebabkan wujudnya petempatan-petempatan setinggan di kawasan-kawasan bandar utama di
dalam negara. Kewujudan kawasan-kawasan setinggan yang tidak mempunyai kemudahan
25
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
26/58
infrastruktur yang sempurna telah menimbulkan banyak masalah kepada persekitaran kawasan
bandar dan kesan sampingan seperti gejala sosial termasuklah masala pendidikan anak-anak,
jenayah, dadah, salah laku dan lain-lain. Dari segi penyediaan kemudahan awam, didapati
penyediaan kawasan-kawasan rekreasi adalah tidak mencukupi bagi keseluruhan bandar di
Malaysia. Selain itu penyediaan kemudahan awam di kawasan bandar menghadapi masalah
penyelenggaraan dan juga didapati tidak mesra pengguna terutamanya dari segi lokasi dan
rekabentuk di mana kebanyakannya masih tidak mengambilkira keperluan pengguna golongan
istimewa, kanak-kanak dan warga tua. Perbuatan merosakkan harta awam (vandalisme) juga
wujud dan menjadikan kemudahan awam yang disediakan tidak dapat digunakan sebaiknya.
Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat juga telah meningkatkan keperluan terhadap
kemudahan infrastruktur dan utiliti yang mana tidak dapat ditampung oleh kemudahan sedia ada.
Pembangunan kawasan-kawasan perumahan dan perindustrian sering tidak dikaitkan dengan
daya tampung utiliti terutamanya bekalan air. Bandar-bandar terutama dalam konurbasi Kuala
Lumpur sering menghadapi masalah gangguan bekalan air yang tidak mencukupi. Masalah banjir
kilat juga sering terjadi disebabkan sistem perparitan yang tidak dapat menampung kuantiti air
larian yang semakin tinggi akibat peningkatan aktiviti perbandaran. Terdapat kemudahan yang
tidak dapat disediakan dengan sempurna disebabkan ianya perlu dirancang secara menyeluruh
pada tahap wilayah dan tidak dapat diselesaikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan secara individu
contohnya penyediaan tapak-tapak pelupusan sisa pepejal dan bahan toksik. Infrastruktur dan
utiliti yang tidak diselenggarakan dengan baik dan masalah penyelarasan agensi-agensi yang
terlibat dalam penyediaan kemudahan-kemudahan ini telah menambahkan kerumitan masalah
tersebut. Dari segi kualiti perkhidmatan bandar yang disediakan secara amnya masih terdapat
isu-isu mengenai kualiti perkhidmatan yang rendah dan tidak dapat memenuhi keperluan
26
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
27/58
penduduk. Penyelenggaraan perkhidmatan bandar yang tidak efisien seperti penyelenggaraan
perparitan dan pemungutan sampah telah menimbulkan pelbagai masalah seperti banjir kilat dan
masalah kesihatan awam. Bagaimanapun, kualiti perkhidmatanbandar seperti penyelenggaran
sistem perparitan, pungutan sampah, pembersihan kawasan dan penyelenggaraan tempat-tempat
awam adalah berbeza bergantung kepada keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan yang mentadbir
Bandar berkenaan. Bandar-bandar yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan
yang besar dan mempunyai kewangan yang kukuh akan mendapat perkhidmatan yang lebih
berkualiti dibandingkan dengan bandar-bandar yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan
yang lebih kecil. Bandar-bandar di Malaysia juga telah mengalami kemerosotan kualiti hidup
dari aspek keselamatan. Laporan Kualiti Hidup Malaysia 2004 menunjukkan dalam tempoh 1990
2002 indeks keselamatan awam telah menurun sebanyak 19.9 mata. Purata kes jenayah telah
meningkat daripada 3.8 kes pada tahun 1990 kepada 6.2 kes pada tahun 2002. Komponen
keselamatan menjadi semakin penting kerana kebelakangan ini jenayah yang melibatkan kes
ragut, pecah rumah dan kecurian semakin kerap berlaku. Aspek keselamatan adalah berkait
dengan kesejahteraan sosial dan kedua-duanya merupakan prasyarat kepada pembangunan
mampan dan stabil. Oleh itu ia perlu ditangani untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di
kawasan bandar.
6.6 Kurang Penekanan Terhadap Reka Bentuk Bandar Dan Pemuliharaan Warisan
Implikasi yang dibawa oleh proses perbandaran mahupun globalisasi telah membawa
perubahan yang drastik khususnya kepada imej bandar-bandar utama. Kebanyakan bandar di
Malaysia masih lemah dalam memberi satu identiti yang jelas dan karakter yang tersendiri.
Kemasukan pengaruh dari luar telah mewujudkan lebih banyak bandar bersifat global seperti
27
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
28/58
Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Bandar-bandar ini dengan penonjolan imej
kosmopolitan, mempunyai kecenderungan menjadi homogeneous dan risiko kehilangan identiti.
Pembangunan yang terlalu pesat dan polisi laissez faire telah menghasilkan pembangunan yang
kurang menarik dan susun atur yang kurang kreatif. Pembangunan sedia ada lebih
mengutamakan penggunaan tanah optima dan mendapat keuntungan dalam jangka pendek. Ini
telah menyebabkan kepentingan rekabentuk bandar telah diabaikan dalam mewujudkan satu
persekitaran bandar yang lebih selesa dan berkarakter. Pada masa yang sama, pembangunan yang
pesat juga telah memberi tekanan kepada persekitaran kawasan warisan. Usaha-usaha
pengekalan dan pemuliharaan warisan terutamanya dalam kawasan bandar menjadi sukar
bilamana pemilik-pemilik bangunan dan pihak pemaju lebih berminat untuk membangunkan
pusat-pusat perniagaan baru yang lebih menguntungkan.
28
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
29/58
7.0 ISU PEMBANDARAN DAN KUALITI HIDUP SOSIAL
Malaysia mengalami proses perbandaran yang pesat sejak tahun 1970-an lagi dan malah
menjadi negara yang terpesat membangun di Asia Tenggara dalam tahun 1980-an. Pertumbuhan
yang pesat ini disebabkan perkembangan sektor ekonomi bandar di bawah dasar dan strategi
pembangunan negara selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (Malaysia; 1971). Dengan kepesatan
proses perbandaran yang sebelum ini berlaku di negara-negara barat tetapi kini sedang berulang
di negara-negara membangun (Leonard Reissman: 1964) walaupun mengikut tempoh dan tempat
yang berbeza, tetapi di Malaysia ternyata kesannya amat mendadak dalam perolehan kualiti
hidup sosial yang seimbang di kalangan masyarakat bandar, khasnya bandar-bandar utama
seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan Georgetown. Tidak mustahil dalam beberapa
tahun yang mendatang, isu perbandaran dan kualiti hidup sosial akan menjalar dan merebak
dengan cepatnya di bandar-bandar lain seperti Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu,
Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu jika langkah-langkah pengawalan dan pengurusan kualiti
hidup masyarakat bandar tidak dirancang dengan baik dan bersepadu. Antara isu-isu perbandaran
dan kualiti hidup sosial yang dihadapi di kalangan penduduk bandar sejak kebelakangan ini
diringkasnya sebagaimana berikut:
7.1 Isu Kesesakan Lalulintas
Bandar-bandar di Malaysia kini sedang mengalami proses perbandaran yang pesat
dengan melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia serta jalinan
29
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
30/58
rangkaian pengangkutan jalan raya yang bertambah kompleks. Tumpuan pembangunan dan
proses perbandaran yang tidak terkawal serta keadaan sistem perbandaran yang tidak tersusun
pada peringkat awalnya telah menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan dan isu
pengangkutan di kebanyakan bandar utama dewasa ini. Pembangunan yang pesat bererti
keluasan kawasan bandar menjadi bertambah sempit. Ditambah pula dengan sebahagian
daripada kawasan pusat bandar yang kebanyakannya dijadikan kawasan kediaman, terutama di
rumah-rumah kedai dua tingkat yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua dengan dihubungi
oleh lorong-lorong sempit telah menyebabkan laluan kenderaan bertambah sesak dan padat. Bagi
setengah kawasan yang lain pula terdapat percanggahan penggunaan tanah dengan ditempatkan
kawasan-kawasan industri di kawasan kediaman dan perniagaan di pusat-pusat bandar.
Kedudukan bangunan-bangunan peninggalan sejarah sebelum perang yang berdekatan dengan
laluan lorong-lorong yang sempit menyebabkan kerja-kerja untuk melebarkan jalan raya tidak
dapat dilaksanakan. Keadaan ini dijangka menjadi bertambah buruk lagi pada masa akan datang
dengan bertambahnya jumlah kenderaan sama ada persendirian, awam atau pengangkutan
barangan dengan melibatkan pelbagai mod pengangkutan yang akhirnya membawa banyak
masalah kesesakan lalu lintas bukan saja di pusat bandar, tetapi juga di jalan-jalan utama yang
sudah melebihi had isipadunya terutama pada waktu-waktu kemuncak.
Di samping itu, terdapat juga masalah ketidakcukupan ruang meletak kenderaan dan
ketidakcukupan rangkaian jalan raya disebabkan peningkatan yang pesat dalam pemilikan
kenderaan persendirian. Selain daripada itu, terdapat pelbagai isu pengangkutan yang lain
terutama kemalangan jalan raya, kelewatan, ketidakselesaan perjalanan, jarak perjalanan yang
jauh, konflik dan kekurangan dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam akibat
daripada ketidaksempurnaan perkhidmatannya. Keperluan terhadap pelbagai perkhidmatan dan
30
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
31/58
pekerjaan telah menarik ramai pekerja dan orang ramai berulang alik dan berkunjung ke pusat
bandar dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan. Dengan ini secara tidak langsung,
masalah kesesakan lalu lintas tidak dapat dihindarkan di pusat bandar dan di jalan-jalan utama
yang menghala ke pusat bandar terutama pada waktu-waktu kemuncak di samping kesibukan
waktu masuk dan pulang dari sekolah yang pada keseluruhannya tidak memberi keselesaan dan
jaminan kualiti penghidupan yang baik di kalangan penghuni bandar.
7.2 Isu Penyediaan Kemudahan Asas
Proses perbandaran yang pesat secara langsungnya membawa kepada peningkatan
bilangan penduduk disebabkan penghijrahan dan pertumbuhan semula jadi (Mc Gee: 1970)
terutama di bandar-bandar utama di Malaysia. Dengan ini permintaan terhadap keperluan
kemudahan asas turut meningkat terutama keperluan kediaman, bekalan air bersih, bekalan
elektrik, sistem pembuangan najis, sampah sarap, perparitan, kemudahan kesihatan, ibadah,
pendidikan, rekreasi dan sebagainya. Walaupun disediakan peruntukan yang besar, tetapi
keperluan masih belum mencukupi. Dalam banyak kes di kawasan-kawasan yang padat dengan
penduduk sering terputus bekalan elektrik, terputus bekalan air bersih yang kemudiannya
terpaksa menggunakan pili bomba, sering berlaku banjir kilat, tempat air bertakung, sistem
perparitan, pembuangan najis dan sampah sarap yang tidak efisien menyebabkan keadaan
persekitaran yang daif, tidak selesa dan tidak selamat untuk didiami.
7.3 Isu Penghijrahan Penduduk
Masalah dan isu penghijrahan penduduk di negara ini merupakan isu yang berterusan
sejak dahulu hingga sekarang. Penghijrahan penduduk di Malaysia bukan saja melibatkan dari
31
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
32/58
desa ke bandar tetapi sejak kebelakangan ini melibatkan penghijrahan di peringkat antarabangsa
sama ada secara sah ataupun sebagai pendatang haram. Kehadiran para penghijrah ke bandar
dalam pelbagai bangsa, budaya, adat resam dan status pendidikan akan menambahkan lagi
bebanan dengan kesulitan yang ada di kawasan-kawasan bandar yang akhirnya terdedah pula
kepada pelbagai gejala sosial yang lain. Ini akan menimbulkan masalah keselamatan dan
ketenteraman awam di kalangan penduduk setempat.
7.4 Isu Kemiskinan
Isu kemiskinan masyarakat bandar mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan isu
penyediaan kemudahan asas dan juga isu penghijrahan penduduk. Rata-rata penduduk miskin
berada di kawasan yang kurang selesa dan tidak mendapat kemudahan asas yang cukup dan
kebanyakannya merupakan penghijrah yang datang dari pelbagai destinasi. Isu ini akan
menimbulkan pelbagai gejala lain termasuk penyakit berjangkit, kebakaran, banjir dan kekotoran
yang melampau.
7.5 Isu Perumahan
Isu perumahan juga merupakan masalah yang berterusan tanpa penyelesaian yang konkrit
di kawasan-kawasan bandar. Disebabkan faktor kemiskinan, sesetengah penghuni bandar tidak
mampu dan tidak berupaya untuk memiliki rumah walaupun ditawarkan dengan harga yang
termurah. Pilihan terakhir bagi mereka adalah untuk kekal menetap di kawasan setinggan
walaupun terpaksa berpindah berkali-kali disebabkan kawasan yang didiami mereka diambilalih
oleh pihak berkuasa.
32
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
33/58
8.0 TERAS DASAR PEMBANDARAN NEGARA
Dasar Perbandaran Negara digubal berdasarkan enam teras berikut:
i. Pembangunan Perbandaran yang Efisien dan Mampan
ii. Pembangunan Ekonomi Bandar yang Kukuh, Dinamik dan Berdaya Saing
iii. Sistem Pengangkutan Bandar yang Bersepadu dan Efisien
iv. Penyediaan Perkhidmatan Bandar, Infrastruktur dan Utiliti yang Berkualiti
v. Pewujudan Persekitaran Kehidupan Bandar yang Sejahtera dan Beridentiti
vi. Tadbir Urus Bandar yang Efektif
8.1 Pembangunan Pembandaran Yang Efisien Dan Mampan
Pembangunan perbandaran perlu mempunyai satu panduan yang jelas untuk memberi
arah tuju corak pembangunan bandar-bandar pada masa akan datang supaya perkembangan
bandar dapat berlaku dengan cara yang terurus dan teratur. Ia juga perlu berdasarkan kepada satu
sistem hierarki yang jelas supaya penyediaan dan pengagihan kemudahan infrastruktur dan
awam dapat disediakan dengan lebih efisien dan seterusnya dapat mengelakkan pembaziran
sumber-sumber negara. Pembangunan kawasan perbandaran perlulah dilaksanakan dalam
kawasan yang ditetapkan untuk memastikan tiada berlakunya urban sprawl. Untuk tujuan ini,
pembangunan gunatanah perlu dilaksanakan berdasarkan rancangan pemajuan yang diterima
pakai serta mematuhi segala dasar, program dan pelan tindakan yang dicadangkan oleh
33
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
34/58
rancangan tersebut. Had pembangunan bandar perlu ditentukan supaya pembangunan gunatanah
dapat dilaksanakan secara lebih efisien. Pembangunan bandar-bandar perlu dilaksanakan
mengikut prinsip-prinsip smart growth dengan memberi penekanan kepada daya tampungan
sesebuah bandar dan seterusnya memberi keutamaan kepada pembangunan semula kawasan-
kawasan yang sesuai bermula dengan pusat bandar dan kawasan brownfield, pengekalan
kawasan-kawasan hijau untuk tujuan rekreasi dan pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar.
Ini adalah untuk mengelakkan pembangunan yang menjangkau ke kawasan-kawasan pertanian
dan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar, menggalakkan penggunaan infrastruktur sedia ada
dengan lebih optima dan mengembalikan keceriaan dan daya tarikan kawasan-kawasan pusat
bandar. Kawasan kampung di dalam bandar juga akan dibangunkan supaya tidak tertinggal dan
terpinggir dari arus pembangunan di samping mengekalkan ciri-ciri keunikan kampung-kampung
tersebut. Kawasan-kawasan kampung ini juga akan dilengkapkan dengan kemudahan
infrastruktur dan kemudahan awam. Program pembangunan semula kawasan-kawasan strategik
yang sesuai merupakan salah satu cara meningkatkan tahap efficiency kawasan perbandaran.
Di samping itu, ia berupaya memenuhi keperluan setempat dari segi meningkatkan kualiti
kehidupan dan alam sekitar serta menjanakan aktiviti-aktiviti ekonomi dan peluang-peluang
pekerjaan.
8.2 Pembangunan Ekonomi Bandar yang Kukuh, Dinamik dan Berdaya Saing
Terdapat keperluan untuk mengenalpasti kekuatan ekonomi dan kelebihan setiap bandar
bagi membangun, mempromosi dan memperkukuhkan pertumbuhan dan pembangunannya pada
masa depan. Korelasi yang kuat antara pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan perbandaran
menjelaskan peranan yang dimainkan oleh asas ekonomi tempatan kepada pertumbuhan ekonomi
34
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
35/58
negara. Konurbasi utama akan menghadapi cabarancabaran daripada globalisasi dan kemajuan
teknologi antaranya kemunculan ekonomi berasaskan pengetahuan. Pertumbuhan ekonomi
berasaskan pengetahuan memerlukan tahap kompetensi yang tinggi di kalangan pentadbir,
pengendali perkhidmatan dan pengguna. Pertambahan kemahiran di kalangan penduduk bandar
akan menyebabkan pertumbuhan seterusnya dalam ekonomi, memperkembangkan ilmu dan
menyebabkan peningkatan yang lebih tinggi dalam guna tenaga mahir. Oleh itu, adalah penting
pusat-pusat bandar tanpa mengira saiz mewujudkan persekitaran ekonomi yang dinamik untuk
menyokong perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang bernilai tambah serta industri-industri
berasaskan pengetahuan. Di samping menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan pusat-pusat
bandar utama, pembangunan ekonomi bandar sederhana dan kecil juga perlu disokong kerana ia
menyediakan barangan pengguna bagi penduduk bandar. Bandar-bandar kecil turut memainkan
peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar kerana ia berfungsi
sebagai pusat perdagangan dan perniagaan khasnya dalam memasarkan produk pertanian.
Pertumbuhan bandar-bandar kecil mewujudkan permintaan terhadap produk-produk pertanian
dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan di luar bidang pertanian, kedua-duanya
menyebabkan asas ekonomi penduduk luar bandar sentiasa bertambah baik. Terdapat sebilangan
bandar yang memiliki cirri-ciri unik yang menyumbang dengan signifikan terhadap pertumbuhan
dan pembangunan asas ekonomi kawasan tersebut. Bandar-bandar seperti Melaka dan
Georgetown diiktiraf sebagai bandar pelancongan yang terkemuka di Malaysia. Selain itu, Kuah
di Langkawi dan Lumut adalah bandar kecil yang membangun pesat hasil daripada perhubungan
Bandar bandar ini dengan industri pelancongan yang aktif. Keunikan bandar-bandar seperti ini
perlu ditadbir dan dikekalkan supaya dapat terus menyumbang kepada sektor ekonomi.
Pengukuhan fungsi-fungsi unik bandar-bandar ini juga perlu digalakkan selain dari usaha untuk
35
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
36/58
mempelbagaikan asas ekonominya. Dalam usaha untuk membasmi kemiskinan bandar, program-
program pembasmian kemiskinan bandar akan dilaksanakan. Antara komponen program
termasuk penyediaan perumahan, penjanaan pendapatan dan kemudahan, pendidikan serta
latihan. Pelaksanaan program-program yang dapat meningkatkan penyertaan kaum bumiputera
dalam sektor ekonomi bandar juga perlu diberi perhatian terutama dalam sektor yang mempunyai
penglibatan bumiputera yang tinggi iaitu sektor tidak formal. Sektor ini perlu dibangunkan selari
dengan sektor formal dalam ekonomi bandar. Antara cadangan adalah untuk menyediakan ruang
tapak perniagaan secara terancang untuk sektor tidak formal seperti ruang pasar malam dan pasar
tani. Pada masa yang sama, kaum bumiputera di bandar juga perlu digalakkan untuk meraih
peluang-peluang perniagaan yang berbeza melalui kewujudan jaringan usahasama antara sektor
awam dan swasta.
8.3 Sistem Pengangkutan Bandar yang Bersepadu dan Efisien
Sistem pengangkutan yang komprehensif dan efisien adalah penting untuk meningkatkan
daya saing sesuatu bandar. Peningkatan jumlah penduduk dan pemilikan kenderaan persendirian
yang tinggi serta ketidakcekapan pengangkutan awam memerlukan satu strategi yang dapat
menyelesaikan isu-isu yang timbul hasil dari keadaan ini. Justeru itu, pembangunan sistem
pengangkutan bersepadu perlu dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri
multimodal dan mesra alam untuk menangani masalah kesesakan lalulintas di bandarbandar
besar seperti Konurbasi Kuala Lumpur, Konurbasi Georgetown dan Konurbasi Johor Bahru.
Dasar yang memberi galakan kepada penggunaan sistem pengangkutan awam yang bersepadu,
efektif, boleh diharap (reliable), mesra pengguna dan mampu dinikmati oleh semua golongan
penduduk hendaklah diwujudkan. Perancangan pengangkutan yang diintegrasikan dengan
36
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
37/58
perancangan gunatanah akan dijadikan teras utama untuk menjamin kejayaan dasar penggunaan
sistem pengangkutan awam. Selain itu, pengurusan lalulintas perlu dilaksanakan dengan lebih
komprehensif bagi memastikan masalah kesesakan di bandar-bandar dapat dikurangkan.
8.4 Penyediaan Perkhidmatan Bandar, Infrastruktur dan Utiliti yang Berkualiti
Penyediaan kemudahan infrastruktur dan utility perlu dilihat dari segi peranannya untuk
memenuhi permintaan penduduk dan kepentingannya menjadi penyokong kepada pertumbuhan
ekonomi bandar dan perbandaran yang lebih kompetitif. Kemudahan infrastruktur dan utiliti
perlu disediakan dengan mencukupi dari segi kuantiti, mempunyai pengagihan yang meluas serta
kualiti yang tinggi dan menggunakan teknologi yang terkini. Penyediaan kemudahan
infrastruktur dan utiliti perlu diselaraskan dengan tahap kepentingan hierarki dan fungsi sesuatu
bandar. Bagi kawasan-kawasan konurbasi, penyediaan kemudahan-kemudahan utiliti seperti
bekalan elektrik dan telekomunikasi perlu menepati tahap piawaian yang bersesuaian untuk
memenuhi keperluan aktiviti ekonomi yang bernilai tambah dan berintensifkan pengetahuan (K-
ekonomi). Selain itu, kemudahan-kemudahan ini perlu mempunyai tahap pengurusan dan
penyelenggaraan yang efisien dan mempunyai back-up services yang baik untuk
mengurangkan gangguan kepada perkhidmatan yang diberikan. Kemudahan infrastruktur lain
seperti tapak pelupusan sisa pepejal dan sistem pembetungan perlu disediakan secara berkongsi
bersama antara beberapa kawasan bandar bagi memastikan penyediaannya lebih cost effective
dan mengelakkan pembaziran sumber. Bagi memenuhi keperluan terhadap perkhidmatan bandar
yang baik, strategi utamanya adalah untuk memperluaskan dan mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan bandar dengan memastikan aspek kemampanan dan kos penyelenggaraan yang
efisien. Perkhidmatan-perkhidmatan bandar yang utama seperti perkhidmatan pungutan sampah,
37
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
38/58
penyelenggaraan pembetungan, penyelenggaraan sistem perparitan, pembersihan kawasan dan
pengurusan tempat-tempat awam perlulah disediakan secara lebih meluas dengan kualiti
perkhidmatan yang tinggi. Ini akan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat di samping
meningkatkan daya tarikan kawasan bandar. Untuk mengendalikan pengurusan air sisa domestic
yang lebih cekap dan cost effective, kemudahan system pembetungan yang sedia ada perlu
dibaikpulih.
8.5 Pewujudan Persekitaran Kehidupan Bandar yang Sejahtera dan Beridentiti
Masyarakat kini amat mengutamakan persekitaran kehidupan yang selesa, mesra
penduduk, mempunyai ruang untuk masyarakatnya berinteraksi dan juga dapat mewujudkan
perasaan sense of belonging di kalangan penduduknya. Teras ini akan memberi penekanan
kepada pewujudan kehidupan bandar yang sejahtera untuk dinikmati oleh semua penduduk
bandar secara saksama ke arah mencapai matlamat meningkatkan perpaduan sosial. Peningkatan
jumlah penduduk bandar memerlukan persekitaran bandar dirancang dan diuruskan dengan baik
supaya lebih menarik sebagai tempat untuk didiami, bekerja dan berekreasi. Untuk mewujudkan
persekitaran bandar yang sejahtera, adalah penting kemudahan asas penduduk disediakan dengan
mencukupi terutamanya kemudahan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah dan kepada
pekerja-pekerja asing. Program perumahan kos rendah perlu diadakan di kawasan bandar
bertujuan untuk menyediakan bilangan perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki oleh
golongan berpendapatan rendah dan untuk menempatkan semula setinggan. Kemudahan
perumahan perlu disediakan berdekatan dengan tempat-tempat kerja dan mempunyai aksesibiliti
yang baik kepada kemudahan pengangkutan awam dan kemudahan-kemudahan awam. Bagi
perumahan untuk pekerja asing, kemudahan perumahan yang lebih terancang di lokasi-lokasi
38
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
39/58
yang tertentu perlu dilaksanakan untuk memberi keselesaan kepada penghuninya dan
mengurangkan masalah-masalah kepada persekitaran bandar. Penyediaan kemudahan awam
yang utama seperti sekolah, kawasan riadah, kompleks sukan, tempat ibadat, kemudahan
kesihatan dan tanahtanah perkuburan perlulah disediakan dengan cukup di lokasi-lokasi yang
sesuai supaya dapat digunakan oleh semua golongan penduduk bandar. Bagaimanapun, nilai
tanah bandar yang tinggi mengurangkan peluang penyediaan kemudahan awam yang mencukupi
di sesetengah kawasan. Oleh itu dicadangkan supaya beberapa kemudahan tertentu disediakan
dan dikongsi bersama antara beberapa bandar atau pihak berkuasa tempatan contohnya seperti
penyediaan tapak perkuburan. Tahap penyediaan kemudahan-kemudahan awam perlu
berdasarkan kepada hierarki sesuatu bandar supaya kemudahan yang bersesuaian dapat
disediakan. Bagi kawasan-kawasan konurbasi utama, penyediaan kemudahan perlulah
mengambilkira keperluan komuniti perniagaan yang memerlukan kemudahan yang pelbagai dan
lebih bertaraf tinggi. Aspek penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam perlu diberi
penekanan supaya ia dapat digunakan dengan lebih efektif. Dalam konteks ini, penglibatan
masyarakat perlu digalakkan untuk mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk
menyedia dan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam. Budaya penyelenggaraan
(maintenance culture) perlu diperkenalkan melalui program-program kesedaran di kalangan
penduduk.
8.6 Tadbir Urus Bandar yang Efektif
Satu sistem tadbir urus perbandaran yang berkesan hendaklah diadakan untuk mengurus
pertumbuhan dan pembangunan bandar di pelbagai peringkat pentadbiran khususnya di peringkat
39
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
40/58
kerajaan tempatan. Ianya bagi memastikan nilai aset, ekonomi, sosial dan persekitarannya
dipelihara dan diberi nilai tambah ke arah menjadikan bandarbandar di Malaysia lebih mampan.
Pihak Berkuasa Tempatan sebagai agensi utama mengurus perbandaran perlu memperkemaskan
sistem pengurusan dan pentadbiran dengan mengoptimakan sumber kewangan termasuk sumber-
sumber baru, meningkatkan keupayaan bagi menjadikan bandar-bandar lebih kompetitif dan
berdaya maju, mengukuhkan sumber manusia dengan mempunyai kakitangan yang mahir dan
berpengalaman serta memperluaskan penggunaan teknologi.
40
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
41/58
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan negara melalui proses
pembangunan bandar yang dirancang dan dikenalpasti maka kerajaan telah merangka beberapa
strategi khusus. Di antaranya ialah:
(i) Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih seimbang dari segi pembangunan fizikal,
susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan bandar melalui pengurusan sumber yang
lebih cekap seperti tanah, pengangkutan, perumahan, tenaga manusia dan infrastruktur sosial.
(ii) Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan luarbandar dengan cara melibatkan
peneroka-peneroka di sekim pembangunan tanah dan penduduk-penduduk di kawasan in-situ
dalam kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui perkembangan perkhidmatan, perdagangan dan
runcit serta industri-industri kecil. Penyertaan tersebut adalah bertujuan untuk mengurangkan
pengaliran pendapatan kekawasan lain dan juga untuk menerapkan unsur-unsur pembangunan
bagi mempergiatkan ekonomi tempatan.
(iii) Mempastikan pembangunan secara teratur di pusat-pusat bandar yang sedia ada dengan
mengambilkira keadaan tempatan. Selaras dengan tujuan ini pelan-pelan struktur bagi pusat-
pusat utama dan pelan-pelan tempatan bagi umpulan-kumpulan pusat-pusat bandar kecil akan
disediakan. Pelan-pelan ini akan menjadi garispanduan bagi pembangunan dan pembaharuan
semula bandar di samping meningkatkan kecekapan dalam perancangan-perancangan kawasan-
kawasan bandar.
(iv) Mempercepatkan pembangunan bandar didalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan
Wilayah dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan memperluaskan liputan dan bidang
penglibatan sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan kegiatan-kegiatan
41
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
42/58
bandar terutamanya pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan dalam kawasan-kawasan
pembangunan wilayah berkenaan.
(v) Memperkenalkan konsep memperbandarkan kampung-kampung dengan cara pengelompokan
kampung-kampung kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan bandar kecil atau pusat
pembangunan desa di mana kegiatan-kegiatan perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian
secara komersial dapat diwujudkan
42
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
43/58
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
44/58
Sebagai satu usaha untuk membaiki keadaan ini kerajaan telah membentuk satu strategi
yang baru iaitu 'Halacara Baru Dalam pembangunan Kampong dan Luarbandar'. Usaha ini
melibatkan pembentukan pusat-pusat pembangunan desa melalui proses penyatuan kampung-
kampung yang berdekatan di samping menggalakkan penyatuan tanah-tanah pertanian yang tidak
ekonomik dari segi saiz dan pertumbuhan industri-industri kecil kampung. Setakat ini kerajaan
telah pun mengenalpasti sebanyak 27 kampong terutama di negeri-negeri kurang maju untuk
melaksanakan program ini.
Selaras dengan usaha untuk mempastikan wujud pembangunan secara teratur di bandar-
bandar yang sedia ada kerajaan telah mengenalkan konsep 'Pelan Struktur' dan 'Pelan Tempatan'
(Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976). Setakat ini banyak bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur,Ipoh, Johor Bharu, dan Kota Bharu telah mempunyai pelan strukturnya sendiri.
10.1 PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990
Oleh kerana Dasar Urbanisasi Negara tidak mempunyai program yang khusus dan menyeluruh
maka sukar untuk kita mengukur dengan tepat prestasi perlaksanaannya.Dalam mengukur
prestasi proses urbanisasi dua aspek di ambil kira iaitu :-
1. Penyusunan Semula Masyarakat
(i) Perlaksanaan pembangunan bandar masih lagi tertumpu di bandar-bandar utama sahaja di
mana banyak peluang-peluang pekerjaan diwujudkan. Akibatnya bumiputera ketinggalan dalam
persaingan dengan bukan bumiputera yang sememangnya telah menguasai kependudukan dan
ekonomi bandar-bandar utama. Dengan ini perseimbangan kaum dalam pembahagian ekonomi
dan penyusunan masyarakat tidak tercapai.
44
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
45/58
(ii) Peningkatan penduduk di kawasan bandar telah bertambah dari 28.6% pada tahun 1970
kepada 37.5% pada tahun 1980 dan dijangka akan meningkat 44.7% pada dekad 90. Dari peratus
pertambahan ini, bumiputera telah bertambah sebanyak 14%.
(iii) Hasil dari penghijrahan penduduk bandar dan perluasan pengkelasan semula sempadan
bandar saiz sederhana seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Taiping, penduduk bandar
telah meningkat 23% lebih cepat dari penduduk luar bandar.
(iv) Sehingga akhir tahun 1985, pelan-pelan struktur bagi Kuala Lumpur dan Johor telah
disediakan, sementara itu 12 lagi pelan-pelan struktur di antaranya pelan struktur Seberang Perai,
Seremban, Kuala Terengganu dalam peringkat penyediaan.
(v) Strategi pembangunan bandar baru di kawasan di Lembah Kemajuan Wilayah juga didapati
kurang berjaya. Peluang pekerjaan yang bukan pertanian hanya sedikit sahaja dapat diwujudkan
di kawasan-kawasan bandar baru. Begitu juga dengan pertumbuhan penduduk,hingga akhir tahun
1985 penduduk bandar baru kurang 1/3 daripada penduduk bandar keseluruhannya.
(vi) Dalam usaha UDA untuk menyusun semula masyarakat melalui program pembangunan
semula, UDA telah berjaya membangunkan semula beberapa kawasan bandar seperti kawasan
Bangsar Utama, kawasan Jalan Raja Abdullah dan juga kawasanTanjung Tokong dan Bukit
Jambul di Pulau Pinang.
2. Pengagihan dan Perseimbangan Ekonomi
(i) Sumbangan ekonomi bandar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah meningkat
dari 66% pada tahun 1970 kepada 70% pada tahun 1980. Pertumbuhan ini dijangka akan
45
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
46/58
meningkat melebihi 70% pada dekad 90. Jelas terbukti ekonomi bandar telah memberi
sumbangan besar kepada KDNK.
(ii) Sehingga akhir tahun 1988, hasil perangkaan dibuat menunjukkan bahawa hampir
keseluruhan ekonomi bandar tertumpu di beberapa kawasan bandar utama seperti Butterworth
dan Pasir Gudang. Ini menunjukkan pengagihan ekonomi bandar dan luar bandar tidak berlaku
secara seimbang.
(iii) Secara keseluruhannya, pendapatan di antara bumiputera dengan bukan bumiputera dalam
sektor pembuatan, pembinaan, perniagaan, kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan masih
kelihatan perbezaan yang ketara. Pendapatan min bumiputera adalah lebih rendah dari
pendapatan min bukan bumiputera
(iv) Ketidakseimbangan juga wujud di antara wilayah. Wilayah-wilayah yang sedia maju seperti
Wilayah Persekutuan dan Selangor masih mempunyai KDNK per kapita yang tinggi jika
dibandingkan dengan wilayah-wilayah lain seperti Wilayah Utara atau Wilayah Timur.
(v) Dalam hal mengseimbangkan ekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, proses
urbanisasi telah berjaya menambah pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor koporat dari tahun
1970 - 1988 sebanyak 17% sementara bukan bumiputera sebanyak 21.7%.
Pembangunan bandar yang ada dan yang akan diadakan selaras dengan usaha
pembentukan satu Dasar Urbanisasi Negara yang komprehensif amatlah penting bagi menjamin
pencapaian kepada matlamat pembangunan negara. Hasrat kerajaan ialah untuk mempastikan
supaya proses urbanisasi, corak dan tahap pembangunan matlamat DEB secara lebih berkesan
lagi.Setelah melihat perkembangan ekonomi dan pengaruh kependudukan membuktikan bahawa
satu dasar urbanisasi yang komprehensif haruslah dilaksanakan dengan segera untuk mencapai
46
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
47/58
matlamat pembangunan negara dan DEB.Tanpa dasar yang lengkap akan menyebabkan
pertumbuhan bandar yang tidak seimbang dan seterusnya tidak membantu pembangunan negara
sepenuhnya.
47
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
48/58
11.0 PELAN TINDAKAN DAN PERLAKSANAAN
Dasar Perbandaran Negara perlu mempunyai pelan tindakan bagi melaksanakan dasar-
dasar yang telah digubal. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia adalah bertanggungjawab menyediakan dan memastikan pelaksanaan Dasar
Perbandaran Negara. Tanggungjawab pelaksanaan dasar ini perlu dilaksanakan bersama oleh
pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang bertanggungjawab dalam perancangan,
pembangunan dan pengurusan perkhidmatan perbandaran. Terdapat keperluan untuk
mengadakan hubungan kerjasama bagi melaksanakan langkah-langkah yang menjadi
tanggungjawab bersama antara pelbagai kementerian, jabatan dan agensi terbabit. Agensi yang
dikenalpasti bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar dan langkah-langkah dalam
DPN perlu menterjemahkan dasar-dasar tersebut ke dalam program dan projek masingmasing.
Cadangan program dan projek ini akan memberi implikasi kewangan yang perlu diserap oleh
pelbagai agensi pelaksana dan dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan bajet tahunan dan
Rancangan Malaysia Lima Tahun. Pemantauan pelaksanaan dasar dan peruntukan yang
mencukupi perlu diadakan untuk memastikan DPN dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
6
48
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
49/58
12.0 KESAN PEMBANDARAN
Proses perbandaran yang berlaku di sesebuah negara akan memberi impak negatif dan positif
kepada penduduk bandar dan alam sekitar. Impak negatif akan mempengaruhi proses
pembangunan dan perbandaran di sesebuah negara tersebut.
12.1 Kesesakan Lalulintas
Proses perbandaran yang berlaku di sesebuah negara membangun memberi kesan negatif.
Antaranya ialah kesesakan lalu lintas yang berlaku di kawasan bandar. Kesesakan lalu lintas ini
berpunca daripada pertambahan kenderaan, sistem jalan bandar yang tidak dapat menampung
aliran trafik dan saiz jalan menjadi semakin sempit. Keadaan ini menyebabkan darjah
ketersampaian menjadi rendah walaupun pada jarak yang dekat, pergerakan penduduk bandar
menjadi lambat dan mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi. Hal ini akan
mengakibatkan kerugian kos dan masa, risiko kemalangan dan lain-lain. Selain itu, kesesakan
lalu lintas akan menjadi lebih ketara ketika waktu puncak iaitu ketika pergerakan keluar masuk
pekerja pada sebelah pagi dan petang, seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
12.2 Kualiti Hidup Bandar Terjejas
Seterusnya ialah kualiti hidup penduduk bandar terjejas.akibat pertambahan pencemaran
persekitaran seperti pencemaran udara, air, bau dan bunyi. Kualiti kesihatan penduduk terjejas
kerana terdedah kepada pelbagai penyakit kulit, penyakit mata dan lelah. Selain itu, penduduk
berasa ketidakselesaan hidup di bandar, terutama di kawasan yang mengalami fenomena pulau
haba dan banjir kilat. Contohnya, fenomena banjir kilat mengakibatkan kerosakan harta benda
dan memerlukan kos yang tinggi untuk mengatasinya. Manakala fenomena pulau haba
menyebabkan penduduk sentiasa kepanasan dan kerimasan.
49
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
50/58
12.3 Kadar Pengangguran Dan Kemiskinan Bandar
Peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan bandar merupakan kesan negatif
perbandaran. Proses perbandaran yang pesat menyebabkan aliran migrasi penduduk terarah ke
bandar berkenaan. Migran yang datang dari luar bandar memiliki kelulusan dan kemahiran yang
rendah untuk diserapkan dalam sektor ekonomi moden. Justeru itu, mereka hanya layak
melibatkan diri dalam sektor informal seperti buruh binaan dan penjaja. Pendapatan yang
diterima oleh mereka tidak meberi kepuasan dan tidak mencukupi untuk menampung kos hidup
yang tinggi di bandar. Oleh itu, wujudnya kemiskinan bandar. Selain itu, aliran migrasi yang
terlalu ramai menyebabkan peluang pekerjaan yang wujud tidak sepadan dan tidak dapat
menampung penawaran tenaga kerja yang ada. Kesannya, berlaku peningkatan kadar
pengangguran di bandar.
12.4 Kemudahan Prasarana Dan Kemudahan Bandar
Seterusnya kesan positif iaitu kemudahan prasarana dan kemudahan bandar. Kesan
positif seperti penyediaan kemudahan prasarana dan kemudahan bandar besar dan maju lazimnya
terdapat kemudahan bandar yang cukup dan moden seperti pusat membeli belah, kemudahan
pengangkutan awam yang canggih, kemudahan hospital yang moden, kemudahan riadah dan
sebagainya untuk menampung keperluan penduduk. Dengan adanya kemudahan ini, kualiti hidup
dan kesejahteraan penduduk akan meningkat.
50
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
51/58
12.5 Masalah Pencemaran Udara Dan Jerebu
Akibat pertambahan bilangan kenderaan yang seiringan dengan pertambahan penduduk
bandar serta pertambahan kawasan perindustrian dan kawasan pelupusan sampah menyebabkan
kualiti udara terjeas. Pencemaran udara berlaku dengan kehadiran satu atau lebih daripada bahan
cemar seperti gas-gas, bahan berbau, habuk, zarah dan sebagainya di dalam atmosfera yang
boleh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut.
12.6 Kesan Kenaikan Suhu Mikro Atau Pulau Haba Bandar
Suhu adalah salah satu unsur utama yang mengalami perubahan akibat aktiviti manusia di
bandar. Peningkatan beberapa darjah celcius suhu di bandar yang melebihi suhu di pinggir
bandar menghasilkan satu fenomena yang dikenali sebagai pulau haba. Hal ini kerana proses
pembandaran yang pesat berlaku di pusat bandar. Bnagunan-bangunan konkrit, jalan-jalan
berturap dan medan letak kereta berturap merupakan punca menggalakkan proses pengaliran dan
simpanan haba pada waktu siang hari sebagai haba pendam. Haba pendam ini dibebaskan pada
waktu malam bagi mengimbangi kehilangan haba di permukaan bumi pada waktu tersebut.
Pembebasan haba dari bumi ini tidak terus lesap ke angkasa kerana dihalang oleh bahan-bahan
pencemar di udara. Haba yang dibebaskan ini akan dipantulkan kembali ke bumi. Kesannya
tenaga haba terus berkitar pada ruang atmosfera bandar.
12.7 Pencemaran Air
Pencemaran air meliputi pencemaran sungai, muara, pelabuhan, air bawah tanah, air
hujan dan lain-lain berpunca daripada sisa domestic dari penduduk bandar, sisa kumbahan dan
sisa kilang yang menjejaskan kualiti air bersih dari sungai, tasik, kolam dan takungan semula
jadi. Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadar pencemaran air) dari pelbagai sumber ini
51
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
52/58
diukur ini diukur melalui pelbagai indicator seperti kandungan permintaan oksigen biological
(BOD), kandungan bacteria Escherichia Coli (E-coli), kandungan Amoniakal Nitrogen (NH3-
N), Kandungan pepejal terampai (ss), nilai keasidan (Ph) di samping perubahan warna dan bau
yang ada di dalam sesuatu sumber tersebut. Contoh-contoh pencemaran sumber air yang serius di
kawasan sumber bandar ialah kes pencemaran Sungai Gombak dan Sungai Gelang di bandar
raya Kuala Lumpur dan Sungai Pinang di Georgetown, Pulau Pinang.
52
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
53/58
13.0 PENYELESAIAN ISU-ISU PERBANDARAN DAN KUALITI HIDUP SOSIAL
DALAM ARUS PEMBANGUNAN NEGARA
Setiap isu dan masalah yang dihadapi pastinya mempunyai cara untuk mengatasinya. Tetapi
amat penting jika dirancang dan ditangani dengan baik dan berkesan. Untuk itu tidak mustahil
untuk mewujudkan satu perancangan yang lengkap dan komprehensif melalui pembentukan
dasar-dasar, strategi-strategi, tindakan dan langkah-langkah yang berkesan bagi mengurangkan
pelbagai isu dan masalah yang dihadapi. Akhirnya menjadi harapan dalam perbincangan ini
untuk memberi tahap keselesaan yang lebih baik dalam perolehan kualiti hidup sosial yang
terbaik di Malaysia.
13.1 Pengkuasaan Secara Berkesan Dasar Perbandaran Negara
Pembentukan dan penguatkuasaan Dasar Pembandaran Negara yang menyeluruh dan
komprehensif amat penting dalam mewujudkan pembangunan bandar yang seimbang bagi
mencapai satu tahap sistem ekonomi yang mantap dan bersepadu melalui proses pengagihan
faedah pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas bandaran yang saksama dan meluas di
seluruh negara. Melaui dasar pembandaran negara juga dapat mewujudkan pusat-pusat bandar
yang lebih sistematik dengan kepelbagaian pengguna tanah secara optimum dengan dihubungi
rangkaian pengangkutan bagi menghubungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan
peranannya.
Antara objektif dan strategi serta pelaksanaan menyeluruh DPN yang dicadangkan ialah:
A. Mewujudkan pusat-pusat bandaran dengan perancangan penggunaan tanah melalui Pelan
Tindakan di bawah Pelan Struktur dan Pelan Tempatan.
53
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
54/58
B. Mewujudkan penyebara pusat-pusat bandar dengan pelbagai kemudahan termasuk
rangkaian pengangkutan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
C. Meningkatkan usaha untuk merapatkan jurang ketidakseimbangan antara kwasan bandar
dengan kawasan luar bandar.
D. Meningkatkan perhubungan di antara kawasan bandar dan luar bandar dalam konteks
melibatkan penyertaan dalam daya pengeluaran dan mobility penduduk bagi
mempercepatkan proses pemodenan kawasan luar bnadar.
E. Menyusun semula pembangunan bandar tanpa menjejaskan hak kepentingan penduduk
setempat dengan mengambilkira pengagihan dan penyertaan penduduuk yang seimbang.
F. Membandarkan kawasan-kawasan luar bandar dan kawasan daif di pusat bandar dengan
mengambil kira faktor setempat bagi menggerakkan pembangunan ekonomi yang lebih
pesat
13.2 Penguatkuasaan Secara Berkesan Dasar Pengangkutan Negara
Dasar pengangkutan negara amat penting dalam menangani kepesatan pertumbuhan ekonomi
negara dan peningkatan kadar pemilikan kenderaan di kalangan penduduk di kawasan
tersebut. Hak ini bertujuan untuk dijadikan garis panduan bagi menyelesaikan masalah
kesesakan lalulintas, masalah kemalangan jalan raya yang tinggi, masalah penumpuan
aktiviti ekonomi di pusat bandar dan mengurangkan masalah ketidakseimbangan
pembangunan wilayah yang secara lansung akan meningkatkan kualiti hidup sosial di
kalangan penghuni bandar dan luar bandar.
54
7/28/2019 Dasar Perbandaran Sudah Siap
55/58
Antara objektif dasar pengangkutan negara adalah seperti berikut:
A.
Top Related