SULIT* 1
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(Malaysia Higher School Certificate)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN
BERBUAT DEMIKIAN.
Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.
Anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan menandakan jawapan itu pada Borang
Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.
Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.
Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah. Jumlah markah
anda dalam peperiksaan kertas ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.
Kertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak.
© Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR
STPM 2012
(Peperiksaan Percubaan)
910/1
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
(Dua jam)
SULIT* 2
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Soalan 1 hingga 3 berdasarkan carta alir di bawah ini.
*Haiwan yang memamah kembali makanannya seperti lembu.
1 Apakah fokus utama carta di atas ?
A Faedah ruminan kepada bidang pertanian.
B Penggunaan semula bahan ruminan.
C Penghasilan semula bahan ruminan.
D Faedah ruminan kepada manusia.
Baja Bahan
api
Makanan haiwan
yang dituai.
Padang ragut dan
padang ragut
tetap Binatang
penarik
Makanan
untuk ruminan Bulu, kulit Ruminan* Sisa tanaman
Tanah
MANUSIA Hasil
utama
tanaman Daging,
susu Bijiran, bijiran
berminyak, ubi-ubian,
buah-buahan,
kekacang, sayur-
sayuran, tanaman gula
Memproses
bahan buangan
Hasil sampingan
industri pertanian Makanan
SULIT* 3
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
2 Manfaat daripada fungsi ruminan sebagai agen pemproses bahan buangan seperti dalam carta
ialah
A mengurangkan pencemaran.
B menjadi makanan manusia.
C mempelbagaikan hasil buangan.
D mewujudkan kepelbagaian sumber.
3 Pernyataan yang benar tentang carta ialah
I tanaman menghasilkan makanan
II industri sampingan menghasilkan baja
III sisa tanaman terus menghasilkan bahan api
IV hasil pengeluaran langsung ialah daging dan susu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SULIT* 4
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Soalan 4 hingga 7 berdasarkan petikan di bawah ini.
Senario seperti kekangan masa kerana sibuk bekerja, menguruskan keluarga dan tuntutan harian
yang memenatkan, sudah menjadi asam garam kehidupan masyarakat kota hari ini. Hal itu
ditambah lagi dengan masalah kesesakan jalan raya, kesukaran mencari parkir, atau berbaris di
kaunter yang terlalu panjang. Rentetan daripada perkara itu, tidaklah menghairankan kita apabila
budaya membeli-belah barangan runcit dalam kalangan warga kota hari ini semakin berubah.
Sambil duduk di rumah dan melayan anak-anak atau menonton televisyen, pengguna boleh
membeli barang dengan hanya satu klik di internet. Selepas beberapa jam kemudian, barangan
yang dibeli akan tiba di depan pintu rumah. Perkara ini sudah mula menjadi trend kehidupan
dalam kalangan masyarakat dalam era globalisasi pada hari ini. Di samping itu, trend perniagaan
internet ini dijangka akan terus berkembang dan menjadi budaya kehidupan masyarakat pada
masa akan datang.
Kebanyakan masyarakat pada hari ini dikatakan mempunyai gaya hidup yang agak sibuk
dan tidak mempunyai masa berkualiti untuk membeli barangan keperluan harian mereka. Oleh
itu, laman web tertentu akan dapat membantu pengguna dan memudahkan mereka kerana
mereka tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mendapatkan produk, sebaliknya dengan hanya
melayari alam maya, produk akan dihantar ke rumah ataupun ke pejabat. Produk-produk yang
terdapat dalam laman web tersebut akan sentiasa dikemas kini secara berperingkat-peringkat
untuk memenuhi permintaan pengguna. Di samping itu, sesetengah pembangunan laman web
dapat membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan untuk mengembangkan
perniagaan mereka. Hal ini demikian kerana melalui laman web sesuatu produk yang dihasilkan
oleh mereka dapat diperluas dengan lebih mudah dan berkesan ke serata dunia.
Di samping itu, pengguna boleh menentukan slot masa penghantaran ataupun mengikut
jadual yang dikeluarkan oleh pihak penjual untuk memudahkan pengguna dalam urusan
pembelian barangan secara dalam talian. Penghantaran produk kepada pengguna akan dilakukan
dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Penghantaran barangan korporat pula dilakukan dari
pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Pengguna boleh membuat bayaran dengan menggunakan
beberapa kaedah termasuk pembayaran secara tunai, kad kredit, kad debit atau melalui
perbankan internet. Laman web yang mesra pengguna itu hanya memerlukan mereka mendaftar
secara percuma dan memilih produk serta masa penghantaran yang diingini. Setiap kali
tempahan dan penghantaran produk dilakukan, e-mel akan dihantar secara automatik untuk
memudahkan semakan dilakukan oleh mereka.
(Disesuaikan daripada , Kosmo, 1 Jun 2011)
4 Yang berikut ialah faktor yang menyebabkan trend pembelian barangan melalui internet
semakin popular dalam kalangan masyarakat kota kecuali
A kesesakan lalu lintas yang teruk.
B sikap rambang mata untuk memilih barang.
C perlu beratur panjang di kaunter pembayaran.
D sukar untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan.
SULIT* 5
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5 Maksud frasa sudah menjadi asam garam dalam petikan di atas ialah
A telah menjadi budaya.
B telah berubah rasanya.
C telah menjadi suatu kebiasaan.
D telah berubah akibat kesusahan hidup.
6 Fokus perbincangan dalam petikan tersebut ialah
A kemudahan yang didapati oleh pengguna di mana-mana sahaja melalui perniagaan
internet.
B pemilihan barangan yang lebih mudah melalui perniagaan internet dalam kalangan
warga kota.
C perniagaan internet yang semakin mendapat sambutan hangat dalam kalangan
pengguna di bandar.
D perubahan corak pembelian barangan melalui internet yang semakin meningkat
dalam kalangan masyarakat di bandar.
7 Apakah jangkaan penulis terhadap perniagaan internet pada masa hadapan?
A Perkembangannya semakin pesat dan menjadi amalan anggota masyarakat.
B Kemajuannya semakin meningkat seiring dengan kemajuan masyarakat.
C Peningkatannya tidak dapat dihalang oleh masyarakat era globalisasi.
D Kepesatannya bergantung pada kemajuan teknologi internet.
SULIT* 6
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Soalan 8 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah ini.
UNTUK BANGSA MERDEKA
Untuk sebuah bangsa merdeka
jauhilah daripada rendah diri dan hipokrasi
sejarah penjajahan silam yang ngeri
keluh-kesah hak asasi
menghilang identiti diri.
Untuk sebuah bangsa merdeka
luas dalam horizon perjuangan
tiada lupa akar bangsa
serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya
tiada lupa akan perjuangan bahasa.
Untuk sebuah bangsa merdeka
teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul
semakin kuat ditekan makin kemas berpegang pada ikatan
bukan nama simbol keris merdeka
tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.
Seperti sebuah jarak padang terbuka
tetap berani dengan kewujudan dirinya
seorang yang memahami tangis bangsa
bermonolog pada dirinya sendiri
bersyukur kepada hari-hari lalunya.
(Disesuaikan daripada karya Mohd Fadzil Yusof, www.ipuisi.com)
8 Yang manakah pernyataan yang benar tentang pesanan penyajak terhadap bangsa merdeka ?
I Tidak meninggi diri
II Jangan bersikap kepura-puraan
III Mengabaikan hak asasi rakyat
IV Mementingkan pengenalan diri
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
SULIT* 7
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
9 Yang berikut merupakan maksud frasa tiada lupa akar bangsa , kecuali
A semangat perjuangan yang kuat.
B rasa cinta terhadap negara.
C kerjasama yang erat.
D jati diri yang kental.
10 Dalam rangkap ketiga sajak di atas, penyajak menyeru rakyat negara ini agar
A meningkatkan perpaduan apabila berhadapan dengan cabaran yang hebat.
B mengelakkan berlakunya dilema di dalam negara yang aman.
C berjuang untuk mempertahankan negara dengan senjata.
D berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara.
11 Bahasa yang termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia Barat ialah
I Halmahera
II New Guinea
III Bima-Samba
IV Halmahera Selatan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
12 Yang manakah padanan yang betul antara golongan bahasa dengan contohnya?
Golongan Contoh
I Jawa P Melanau, Iban
II Sumatera Q Bikul, Bisaya
III Kalimantan R Sunda, Madura
IV Filipina S Batak, Lampung
I II III IV
A S R P Q
B Q S P R
C S Q R P
D R S P Q
SULIT* 8
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
13 Yang manakah ciri bahasa Melayu kuno?
I Bunyi [w] digunakan sebagai bunyi [b]
II Awalan mar- digunakan untuk awalan men-
III Perkataan diperbuat berubah menjadi niparwuat
IV Bunyi e-pepet tidak terdapat dalam bahasa Melayu kuno
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
14 Batu bersurat yang manakah yang tidak menggambarkan penggunaan bahasa
Melayu pada abad ke-7?
A Kota Kapur
B Karang Brahi
C Talang Tuwo
D Minye Tujuh
15 Pernyataan di atas mewakili batu bersurat yang ditemukan di
A Gandasuli, Jawa Tengah
B Talang Tuwo, Palembang
C Kuala Berang, Terengganu
D Pagar Ruyung, Minangkabau
Ditulis dalam tulisan Jawi
Mengandungi banyak perkataan Arab
Membuktikan kedatangan agama Islam di Nusantara
SULIT* 9
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
16 Yang manakah ciri yang menepati Bahasa Melayu klasik?
I Partikel ‘-lah’ kerap digunakan.
II Banyak menggunakan ayat tunggal.
III Banyak menerima kosa kata Sanskrit.
IV Kebanyakan ayat mengalami pendepanan predikat.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
17 Yang manakah usaha yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas?
I Mencipta istilah
II Menerbitkan kamus
III Mencetak karya kreatif
IV Menterjemahkan karya asing
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
18 Usaha-usaha kodifikasi dalam perancangan bahasa melibatkan…
I penyeragaman tatabahasa
II penciptaan istilah teknikal
III pemilihan variasi yang standard
IV penyeragaman semula perancangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Tugas utama Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk
merancang korpus bahasa Melayu.
SULIT* 10
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
19 Yang manakah padanan yang betul antara sumber bahasa dengan contoh katanya
yang digunakan dalam bahasa Melayu?
I II III IV
A S P Q R
B Q S P R
C S R P Q
D R Q S P
20 Yang manakah ayat yang menunjukkan penggunaan bahasa tidak
formal?
I Kakak saya hamil lima bulan.
II Saya tidak pasti siapa wanita itu.
III Majlis akan dimulakan tak lama lagi.
IV Pak Busu terangkat batu yang berat itu.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
21 Yang manakah yang benar tentang laras undang-undang?
I Terbuka kepada tafsiran.
II Mengandungi unsur simbolik.
III Mementingkan unsur kepersisan.
IV Bersifat imaginatif dan kreatif.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Sumber Bahasa Contoh
I Arab P Koyok
II Cina Q Tulen
III Jawa R Bahaya
IV Sanskrit S Wajah
SULIT* 11
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
22 Yang manakah contoh laras iklan?
I Melaburlah dengan kami demi masa depan anda.
II Kerjaya anda dalam bidang perubatan bermula di sini.
III Setiap bilik di hotel ini dilengkapi pelbagai kemudahan.
IV UNIKL mengalu-alukan kedatangan lebih 1000 orang pelajar baharu.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
23 Yang manakah padanan yang kesemuanya betul antara fungsi penanda wacana dengan
contohnya?
Fungsi Penanda wacana Contoh Penanda Wacana
A Menunjukkan pertentangan sementara itu, sungguhpun,
namun
B Menunjukkan perkaitan dalam hal ini, dengan
demikian, dari segi
C Menyatakan semula dengan perkataan lain, yakni,
begitu juga
D Menyatakan penegasan sewajarnya, tidak dapat
disangkal, nyatakan
24 Pernyataan yang berikut berkaitan dengan analisis wacana, kecuali
A gaya sebutan
B konteks situasi
C huraian struktur
D hubungan semantik
Berprinsipkan logik akliah
Bersandarkan fakta kukuh
Bertujuan untuk mengubah pendirian khalayak
25 Penyataan di atas adalah berkaitan dengan retorik
A pemerian
B pemujukan
C pendedahan
D penghujahan
SULIT* 12
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Orang tua itu menghidap penyakit diabetes. Dia terlantar di
hospital sejak beberapa minggu yang lalu dan telah diziarahi
oleh ahli keluarganya. Keadaannya begitu uzur dan dia
memerlukan alat bantuan hayat.
26 Petikan di atas memperlihatkan ciri-ciri retorik
I pemerian
II penceritaan
III pendedahan
IV penghujahan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
27 Yang manakah ayat yang mengandungi kata panggilan hormat yang salah bagi
penjawat jawatannya?
A Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi dari negara-negara Asean hadir
ke majlis itu.
B Yang Berhormat Ketua Menteri mengingatkan orang ramai tentang bahaya demam
denggi.
C Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi IKIM
yang baharu.
D Yang Amat Setia Ketua Polis Negara telah menyampaikan hadiah kepada anak-anak
anggota polis yang cemerlang.
T
28 Bunyi vokal yang ditandai oleh huruf T dalam rajah di atas terdapat pada pasangan
perkataan
A boleh, peluk
B pekat, telek
C telus, empuk
D rempuh, tempoh
SULIT* 13
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
29 Vokal yang terhasil berdasarkan pernyataan di atas terdapat dalam perkataan
A tayar
B jilid
C renek
D bubur
30 Bagaimanakah bunyi konsonan [l] dihasilkan?
I Pita suara bergetar.
II Hujung lidah dinaikkan ke lelangit keras.
III Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan.
IV Udara dari rongga mulut keluar melalui kedua-dua tepian lidah.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
31 Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi bunyi konsonan
letupan gusi bersuara?
A udang , ulat
B bedak, katak
C kelat, duduk
D tedung, kandang
Semasa menghasilkan vokal ini, depan lidah diturunkan rendah-rendahnya. Udara dari paru-paru dikeluarkan dan pita suara bergetar.
SULIT* 14
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
32 Yang manakah padanan yang betul bagi jenis konsonan sengauan dengan kedua-dua contoh
perkataannya?
Jenis konsonan sengauan Contoh dalam perkataan
I Lelangit lembut Rumah, rempah
II Dua bibir Marah, jarum
III Gusi Moyang, kenyang
IV Lelangit keras Nyonya, kunyit
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
33 Antara gambar rajah berikut, yang manakah yang menunjukkan penghasilan bunyi [m]?
SULIT* 15
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
34 Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman?
I Suspens
II Khidmat
III Disiplin
IV Syumul
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
35 I Letupan gigi gusi tak bersuara
II Vokal tengah
III Letupan gusi bersuara
IV Geseran glotis
Perkataan yang menepati susunan bunyi di atas ialah
A Pecah
B Bedah
C Teduh
D Megah
36 Yang berikut merupakan pasangan kata yang kedua-duanya tidak menepati pola keselarasan
vokal, kecuali
A korum, tulen
B calon, keraton
C pekung, sompek
D fokus, pelancong
37 Yang manakah ayat yang mengandungi kata yang betul penggunaan tanda sempangnya?
I Mereka dikatakan bersifat pro-Barat.
II Ibu-bapa perlu memantau pergerakan anak mereka.
III Kempen anti-dadah itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
IV Pelajar itu menerangkan cara membunyikan geseran gigi-gusi tak bersuara.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SULIT* 16
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
38 Pilih padanan yang betul antara X dengan Y.
X Akhiran ‘-i’ dengan maksud kausatif.
Y Akhiran ‘-i’ dengan maksud lokatif.
I Jelajahi hutan lipur itu sejauh yang mungkin.
II Sinari bilik itu dengan lampu neon.
III Dekati mereka untuk menangani masalah mereka.
IV Jauhi diri kamu daripada kegiatan negatif.
X Y
A I dan II III dan IV
B II dan IV I dan III
C I dan IV II dan III
D III dan IV I dan II
39 Yang manakah ayat yang menggunakan perkataan ’langsung’ yang membawa maksud
’terus’?
I Dia langsung tidak peduli akan masalah adik-beradiknya.
II Secara langsung tindakannya itu akan mengundang kontroversi.
III Faiqah dan Akma tidak ada kena-mengena langsung dalam hal itu.
IV Selepas mendengar arahan saya, dia langsung beredar dari tempat itu.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
40 Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya merupakan kata tunggal ?
A Kelupas, geletar
B Belajar, gelojoh
C Gapena, akidah
D Proton, rupawan
SULIT* 17
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
41 Yang manakah padanan yang betul antara jenis kata bilangan dengan contoh kata dalam
ayat?
Jenis kata bilangan Ayat
I Pisahan P Ketiga-tiga orang pelarian itu
ditahan oleh polis.
II Himpunan Q Jarak dari rumahnya ke sekolah
ialah setengah kilometer.
III Tidak tentu R Selepas banjir surut, penduduk
pulang ke rumah masing-masing.
IV Pecahan S Para peserta bengkel diminta
berdiri ketika pengarah tiba.
I II III IV
A R S P Q
B P S Q R
C R P S Q
D P Q R S
42 Yang manakah ayat yang mengandungi kata penegas?
I Keretanya sedang dibaiki oleh mekanik.
II Para pelajar diminta untuk membentangkan laporan dengan lantangnya.
III Pak Mail sejak awal-awal lagi tidak berkenan dengan pemuda yang merisik
anaknya.
IV Pokok durian yang ditanam oleh ayah nampaknya akan mengeluarkan buah pada
musim ini.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SULIT* 18
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
43 Yang manakah ayat yang mengandungi kata berimbuhan memper-…-kan yang
betul?
A Pekerja itu mempercepatkan kerjanya agar dia dibenarkan pulang awal.
B Ibu memperisterikan anak terunanya yang baru pulang dari luar negara.
C Usaha memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu di rantau Asia
Tenggara perlu dilipatgandakan.
D Majlis Perbandaran Shah Alam telah memperindahkan kawasan itu sempena
lawatan Timbalan Perdana Menteri.
44 Yang manakah ayat yang mengandungi kata hubung keterangan?
A Para tetamu duduk bersila sambil membaca doa.
B Adik-adik saya sedang tidur dengan nyenyak.
C Dia bangun kemudian memberikan ucapan.
D Oleh sebab takut kalah, dia menarik diri.
Sambil mendengar radio, dia menggosok baju di ruang tamu.
45 Apakah jenis kata hubung yang digunakan dalam ayat majmuk di atas?
A Kata hubung majmuk
B Kata hubung gabungan
C Kata hubung keterangan
D Kata hubung komplemen
46 Antara yang berikut, yang manakah kata praklausa?
I Kata penegas
II Kata perintah
III Kata bilangan
IV Kata pembenar
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
SULIT* 19
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
47 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa yang memperlihatkan unsur
keserasian makna?
I Warna baju Puan Sofia hijau muda.
II Kepulangan pahlawan itu disambut dengan riang gembira.
III Dato’ Bahaman merupakan pahlawan Melayu yang gagah berani.
IV Dalam tempoh sepuluh tahun berkhidmat, beliau banyak mengalami
peristiwa pahit manis.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
48 Yang manakah ayat yang mengandungi dua objek?
I Semua pemain mengikuti arahan jurulatih.
II Pertunjukan itu mengagumkan orang ramai.
III Ayah membelikannya jam tangan berjenama.
IV Ibu membacakan anak bongsunya buku cerita.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
49 Yang manakah ayat yang menepati binaan pola FN + FK?
I Anak sulung sasterawan itu baru pulang dari Paris.
II Pejabat syarikat ayahnya di bandar raya Georgetown.
III Murthy ialah tukang gunting yang terkenal di pekan itu.
IV Datuk Fatihi sedang bersandar di sebatang pokok jambu.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SULIT* 20
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
I Ayah membeli kereta baharu.
II Kereta itu berwarna hitam.
50 Apakah jenis ayat majmuk yang terhasil jika kedua-dua ayat di atas digabungkan?
A Ayat majmuk relatif
B Ayat majmuk gabungan
C Ayat majmuk keterangan
D Ayat majmuk komplemen
51 Yang manakah ayat dasar?
A Harap jangan bising.
B Dengan siapa kamu datang?
C Dia berpakaian baju Melayu.
D Amboi, manja sungguh adik kamu!
Anggota ekspedisi mendaki gunung itu tidur berbantalkan lengan
atau beg galas masing-masing.
52 Frasa berhuruf condong dalam ayat di atas berfungsi sebagai
A objek sipi
B pelengkap
C objek tepat
D penyambut
53 Yang manakah padanan ayat yang mengalami pengguguran?
I Adik saya memang pandai kerana dia rajin belajar.
II Kami mendaki bukit itu dengan berhati-hati agar tidak terjatuh.
III Kebanyakan pelajar di negara kita sangat rajin belajar.
IV Para pelajar menjelaskan bahawa mereka memahami pengajaran
guru itu.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
SULIT* 21
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Kata bantu ragam + kata kerja tak transitif + pelengkap
54 Yang manakah ayat yang mengandungi binaan di atas?
A Kami sekeluarga masih bercuti di Medan.
B Kumpulan itu masih menari di atas pentas.
C Kakak ingin menjadi usahawan yang berjaya.
D Mereka mesti bertolak sekarang sebelum terlambat.
55 Yang manakah ayat yang mempunyai satu klausa?
A Farid membeli buku rujukan di kedai buku itu.
B Pengalaman kamu yang lampau usahlah dikenang.
C Untuk dia lulus dalam ujian memandu itu amatlah senang.
D Pemuda itu mengatakan bahawa dia tidak bersalah dalam hal tersebut.
SULIT* 22
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
A
A1 A2
S P KH S P
FN FK FN FK
KB KK KB KK
Y1 Y2 Y3 Y4 Ø Ø Y5
56 Yang manakah ayat yang menepati rajah pohon di atas?
A Buah durian sudah masak lalu gugur
B Mereka masih berbual dan bersantai.
C Adik telah pergi ke padang untuk bermain.
D Keretapi belum bertolak kerana sedang dibaiki.
X
57 Istilah yang sesuai untuk X ialah
A hiponim
B polisemi
C homonim
D superordinat
HARUAN KELI SEPAT BAUNG
SULIT* 23
STPM 910/1 [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
58 Yang manakah ayat yang mengandungi kiasan halus?
I Mereka akan berbulan madu minggu hadapan.
II Mereka suka bercakap kosong pada waktu rehat.
III Orang yang banyak akal selalunya tidak dipercayai.
IV Dia telah kembali ke alam baqa pada minggu lepas.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
59 Peribahasa yang manakah yang mempunyai makna yang hampir serupa?
I Bagai cacing kepanasan
II Bagai duri dalam daging
III Bagai duduk di atas bara
IV Bagai tidur di atas miang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Puan Siti Khadijah ialah seorang ketua jabatan yang amat tegas, dan ditakuti oleh
pekerja bawahannya. Jika beliau berada di pejabat, semua kakitangannya
menjalankan tugas dengan penuh tekun, tetapi apabila beliau tidak lagi memegang
jawatan tersebut, kebanyakan pekerja tidak menjalankan tugas mereka dengan
sewajarnya.
60 Situasi di atas dapat diumpamakan dengan maksud peribahasa
A harapkan pagar, pagar makan padi.
B tikus menari apabila kucing tiada lagi.
C kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.
D ke mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
SOALAN TAMAT
Top Related