8/10/2019 [3]DISKUSI KEEMPAT
1/5
1
OBJEKTIF
i. Melatih diri menjadi seorang muslim yang kuat bukan sahaja dari aspek jasmani
malahan rohani dengan mempraktikan bangun di waktu sepertiga malam walaupun
sekejap tetapi istiqamah dengan amalan tersebut.
ii. Membentuk individu muslim yang sabar dan tabah dalam menghadapi ujian dan
cabaran dalam perjuangan dakwah sebagai seorang daie.
1. 0 MUQADIMAH
Dinamakan Surah al-Muzammil yang bermaksud orang yang berselimut. Kerana surah ini
menceritakan keadaan Rasulullah S.A.W ketika mula-mula menerima wahyu daripada Allah
S.W.T. Di sinilah bermulanya perintah Allah agar Rasulullah keluar daripada selimut
(bersembunyi pada waktu malam) sebaliknya bangun dan menyampaikan risalah (dakwah)
Allah S.W.T.
2. 0 AL-QURAN DAN TERJEMAHAN
DISKUSI 4 :
TAHAJJUD SANG FAQIR
8/10/2019 [3]DISKUSI KEEMPAT
2/5
2
1. Hai orang yang berselimut (Muhammad),
2. Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari,kecuali sedikit (daripadanya),
3. (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.
4. Atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.
5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.
6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di
waktu itu lebih berkesan.
7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
8. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.
9. (Dialah) Tuhan masyrik dan maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
maka ambillah Dia sebagai Pelindung.
10. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara
yang baik.
11. Dan biarkanlah aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu,
orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar.
8/10/2019 [3]DISKUSI KEEMPAT
3/5
3
12. Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka
yang menyala-nyala.
13. Dan makanan yang menyumbat di kerongkong dan azab yang pedih.
14. Pada hari bumi dan gunung-gunung bergoncangan, dan menjadilah gunung-gunung itu
tompokan-tompokan pasir yang berterbangan.
15. Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (hai orang kafir Makkah) seorang
Rasul, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus (dahulu) seorang
Rasul kepada Fir'aun.
16. Maka Fir'aun mendurhakai Rasul itu, lalu Kami seksa dia dengan seksaan yang berat.
17. Maka bagaimanakah kamu akan dapat memelihara dirimu jika kamu tetap kafir kepada
hari yang menjadikan anak-anak beruban.
18. Langit (pun) menjadi pecah belah pada hari itu adalah janji-Nya itu pasti terlaksana.
19.Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan. Maka barangsiapa yang menghendaki
nescaya ia menempuh jalan (yang menyampaikannya) kepada Tuhannya.
20. Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang
dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula)
segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam
dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan bataswaktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang
mudah (bagimu) dari al-Quran.
Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang
yang berjalan di muka bumi mencari sebagian kurnia Allah, dan orang yang lain lagi
berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Quran dan
dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman
yang baik. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu
memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang palingbesar pahalanya dan mohonlah ampunan kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
8/10/2019 [3]DISKUSI KEEMPAT
4/5
4
3. 0 PENGENALAN
Surah Al-Muzammil diturunkan di Makkah al-Mukarramah
Terdiri daripada 20 ayat, surah ke-73 daripada 114.
Surah ini diturunkan secara dua peringkat. Peringkat pertama diturunkan 19 ayat,
dan peringkat kedua sebanyak satu ayat.
4. 0 SEBAB DITURUNKAN
Menurut satu riwayat, turunnya surah ini disebabkan pemimpin-pemimpin Quraisy telah
berkumpul di Dar an-Nadwah (dewan persidangan) membuat perancangan dan strategi
jahat untuk menentang dakwah Rasulullah S.A.W yang dibawa kepada mereka.
Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, Baginda pun berdukacita dan berselimut serta
tidur dalam keadaan runsing. Pada masa inilah, turunnya Jibrail membawa bahagian
pertama surah ini iaitu ayat 1-19.
Bahagian kedua surah ini diturunkan genap setahun kemudian iaitu ketika Rasulullah
bersama-sama dengan sekumpulan pengikutnya bangkit di waktu malam kerana mendirikan
solat sehingga kaki mereka bengkak, lalu turunlah ayat yang meringankan mereka di
bahagian yang kedua selepas setahun. Ayat 20 akhirnya melengkapkan surah al- Muzammil.
5. 0 INTIPATI SURAH DAN AYAT
Dalam masa mengharungi semua perjuangan ini, maka perjuangan pertama iaitu
perjuangan melawan nafsu tidak pernah tamat, kerana syaitan tidak akan pernah berputus
asa untuk menggoda kita. Ia tidak pernah lalai sedetik pun melakukan kegiatan-kegiatan
jahat di lubuk hati manusia.
Nabi Muhammad S.A.W telah memperjuangkan agama Allah dan mengharungi perjuangan
yang tidak pernah putus, sanggup hidup dalam kesulitan walaupun kesenangan hidup dunia
berada di hadapannya,manakala orang-orang Islam menikmati kesenangan hidup berada di
bawah naungan keamanan dan kesejahteraan di sekeliling Baginda. Baginda
menghadapinya dengan penuh tabah dan sabar. Baginda bangkit di tengah malam
mengerjakan solat dan membaca al-Quran dengan teliti sebagaimana yang telah
diperintahkan Allah bermula dari ayat pertama sehingga ke-10.
Demikianlah Nabi Muhammad S.A.W bangun daripada tidurnya dan terus hidup dalam
perjuangan yang berterusan selama lebih daripada dua puluh tahun dan tidak pernah lalai
sejak Baginda dilantik oleh Allah untuk memikul tugas yang amat berat itu.
8/10/2019 [3]DISKUSI KEEMPAT
5/5
5
Seterusnya diturunkan penjelasan al-Quran seperti firman yang berat berbentuk ancaman
dan ugutan yang menakutkan iaitu bermula daripada ayat ke-11 hinggan ayat ke-19.
Adapun ayat terakhir yang panjang merupakan bahagian kedua surah ini diturunkan untuk
mententeramkan dan meringankan mereka bahawa semuanya ini telah dipilih Allah
mengikut ilmu dan hikmahNya. Ayat ini mempunyai susunannya yang tersendiri.
Surah ini dengan dua bahagiannya merakamkan selembar sejarah dakwah Islam. Ia bermula
dengan seruan Allah yang menyerahkan tugas dakwah yang amat besar kepada Rasulullah
S.A.W beserta persediaan diri untuk memikul tugas ini iaitu bangun di waktu malam
mengerjakan ibadat seperti solat, berzikir dengan khusyuk dan menumpukan ingatannya
kepada Allah S.W.T semata-mata, bertawakkal kepada Allah yang tunggal, sabar
menghadapi pelbagai tentangan, menjauhi golongan pendusta dengan cara yang baik dan
menyerahkan urusan bertindak ke atas mereka kepada Allah Yang Maha Kuasa yang
memegang teraju dakwah dan perjuangan dakwah.
6. 0 NILAI DAN PENGAJARAN
Dalam menghadapi perjuangan dakwah, kita tidak akan dapat melarikan diri daripada
menerima pelbagai cubaan dan ujian yang diberikan Allah melalui perantaraan orang-orang
yang sememangnya tidak suka dengan apa yang dibawa oleh seorang daie.
Namun, kita lihat kembali bagaimana perjuangan Rasullulah dan orang-orang yang
terdahulu yang sangat tabah dan kental menghadapai pelbagai ugutan dan ancaman
daripada kafir Musyrikin. Seorang pendakwah haruslah melengkapkan diri dengan beribadat
kepada Allah sebagai senjata memperkuat rohani seperti bangun di waktu sepertiga malam
bermunajat dengan tuhannya di malam yang sunyi sepi untuk memohon segala petunjuk di
atas perjuangan yang sedang digalas ke atas mereka.
RUJUKAN
1. Tafsir Munir Fi Aqidah, Syariah wa Manhaj, Al-Ustaz Dr Wahbat az-Zuhaili, Jilid 15,
Juz 29- 30.
2.
Tafsir Fi Zilalil Quran, Syed Qutb.
Top Related