Tips Menghadapi Peperiksaan Primary & Secondary School

16
TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN Anak-Anak Ahli Kariah Apartment Nuri Dr. Mokmin Basri Dekan FSTM, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) 8 September 2013

Transcript of Tips Menghadapi Peperiksaan Primary & Secondary School

TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Anak-Anak Ahli Kariah Apartment Nuri

Dr. Mokmin Basri

Dekan FSTM,

Kolej Universiti Islam

Selangor (KUIS)

8 September 2013

•Betulkan niat, menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

•Peperiksaan tidak perlu ditakuti.

•Jika segala pesediaan untuk peperiksaan telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.

•Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.

•Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan

TENTANG PEPERIKSAAN

Minta Ampun & Doa dari Ibu Bapa & Guru

"Doa tiga orang yang pasti dikabulkan oleh Allah ialah doa orang yang tertindas, doa

orang yang sedang dalam musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis

riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah)

TIPS UMUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Mendoakan Sahabat

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya

(sesama muslim) tanpa pengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR.

Muslim no. 4912)

TIPS UMUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Mulakan setiap usaha dengan Basmallah

بسم هللا الر حمن الر حيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

TIPS UMUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

•Pastikan FERI dalam keadaan seimbang dan cukup

•Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek

TIPS UMUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.

Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat “IN SHAA ALLAH SAYA BOLEH LAKUKAN!"

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

Sediakan peralatan Peperiksaan

• pensil 2B - 2 batang

• pemadam – 2 butir,

• peraut pensil - 1 & pastikan tajam

• pembaris –pendek & panjang,

• pen - 2 batang, warna kayu - satu set

• set geometri – jika perlu.dan lain-lain.

Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

Bangun awal. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat Bersiap sedia ke sekolah

Bersarapan. Jangan terlalu berat.

Membawa:- a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam. b) Surat lahir / kad pengenalan c) Slip angka giliran anda.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan :

•Baca Surah Al-Fatihah - 3X

•Takbir - 7X

•Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W - 3X

Salam & cium tangan ibu bapa. Mohon restu & doa dari mereka

Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.

Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

Sampai di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.

Tarik nafas dalam2 dan releks.

Membaca

•Surah Al-Fatihah - 3X

•Takbir - 7X

•Doa Penerang Hati - 1X

•Selawat Ke atas Nabi Muhammad

TIBA DI SEKOLAH

أللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن

رحمتك يا أرحم الراحمين

Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu

kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

DOA PENERANG HATI

Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini

Membaca

•Surah Al-Fatihah - 3X

•Takbir - 7X

•Doa Penerang Hati - 1X

•Selawat Ke atas Nabi Muhammad

DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula menjawab.

Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa, jangan panik. Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW., insya'Allah boleh ingat semula.

DALAM DEWAN PEERIKSAAN

Jangan Bincang Kertas Soalan Atau Jawapan Dengan Sesiapa Pun Sehinggalah Hari Peperiksaan Berakhir.

Perbanyakkan doa & beristigfar

Tawakal & menyedikan diri untuk redha dengan keputusan yang bakal diperolehi.

SELEPAS PEPERIKSAAN

Rujukan

http://www.freewebs.com/alaurad/peperiksaan.htm

http://www.tipspeperiksaan.info/

http://hidayatimohamed.blogspot.com