Napoleon Bonaparte di Perancis.

28
1 BERI PENDAPAT ANDA TENTANG FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA KEJAYAAN DAN KEJATUHAN NAPOLEON BONAPARTE DI PERANCIS. 1.0 PENGENALAN Persoalan mengenai kejayaan dan kejatuhan pemerintahan Napoleon Bonaparte di Perancis banyak sebenarnya. Walaupun sebelum zaman beliau Perancis tidak lah berada dalam keadaan yang baik, namun beliau telah membawa Perancis lari daripada pergolakan yang berlaku iaitu dipanggil Revolusi Perancis pada tahun 1789. Sebelum ini Perancis sebagai sebuah pemerintahan beraja despotic yang boleh dikatakan agung telah mengalami kemerosotan yang hebat semasa abad ke-18. Muncul Napoleon Bonaparte telah menjadi Perancis ‘hidup semula’ di mata negara Eropah lain untuk menjadikan Perancis sebuah negara yang berpengaruh. Napoleon Bonaparte dilahirkan di Ajaccio, Corsica iaitu pada tarikh 15 Ogos 1769. 1 Perawakan beliau pendek dan sederhana, seorang pendiam, dan kelihatan bersungguh- sungguh. Beliau meninggal dunia pada tanggal 15 Mei 1821 di Longwood, iaitu di Pulau St. Helena. 2 Napoleon Bonaparte mulai memasuki pendidikannya di Militer Perancis pada tahun 1779 di Brienne dan seterusnya di Paris pada tahun 1784.Berkaitan dengan fizikal, matanya berwarna kelabu, dan pergerakannya agak kaku. Berasal daripada beberapa keluarga Itali yang terkenal, pada mulanya namanya ditulis sebagai Napoleon Buonaparte. Ia telah terpilih bersama-sama dengan anak-anak orang Corsica yang lain untuk diberi pendidikan oleh kerajaan Perancis. Dengan jalan ini, beliau telah menerima didekan tentera yang baik di Brienne dan di Paris. Pada masa mudanya beliau bercita-cita untuk menjadi pemimpin kepada satu pergerakan bagi mendapatkan kemerdekaan Corsica, tetapi apabila pecah perang Revolusi Perancis nampak kepadanya bahawa ia dapat meluaskan lagi bidang cita-citanya. Sebagai seorang jurutera dan anggota pasukan meriam, beliau telah menggantungkan nasibnya kepada 1 H. Hart, Michael, The 100 A Ranking of The Most Influential Person In History, Golden Books Centre Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1989, hlm. 199. 2 Major Drs. Arief Iskandar, Sedjarah Perkembangan Perang Dari Zaman Klasik-Modern, Departemen Pertahanan-Keamanan Pusat Sedjarah Abri, 1971, hlm. 89.

Transcript of Napoleon Bonaparte di Perancis.

1

BERI PENDAPAT ANDA TENTANG FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA

KEPADA KEJAYAAN DAN KEJATUHAN NAPOLEON BONAPARTE DI

PERANCIS.

1.0 PENGENALAN

Persoalan mengenai kejayaan dan kejatuhan pemerintahan Napoleon Bonaparte di Perancis

banyak sebenarnya. Walaupun sebelum zaman beliau Perancis tidak lah berada dalam

keadaan yang baik, namun beliau telah membawa Perancis lari daripada pergolakan yang

berlaku iaitu dipanggil Revolusi Perancis pada tahun 1789. Sebelum ini Perancis sebagai

sebuah pemerintahan beraja despotic yang boleh dikatakan agung telah mengalami

kemerosotan yang hebat semasa abad ke-18. Muncul Napoleon Bonaparte telah menjadi

Perancis ‘hidup semula’ di mata negara Eropah lain untuk menjadikan Perancis sebuah

negara yang berpengaruh.

Napoleon Bonaparte dilahirkan di Ajaccio, Corsica iaitu pada tarikh 15 Ogos 1769.1

Perawakan beliau pendek dan sederhana, seorang pendiam, dan kelihatan bersungguh-

sungguh. Beliau meninggal dunia pada tanggal 15 Mei 1821 di Longwood, iaitu di Pulau St.

Helena.2 Napoleon Bonaparte mulai memasuki pendidikannya di Militer Perancis pada tahun

1779 di Brienne dan seterusnya di Paris pada tahun 1784.Berkaitan dengan fizikal, matanya

berwarna kelabu, dan pergerakannya agak kaku. Berasal daripada beberapa keluarga Itali

yang terkenal, pada mulanya namanya ditulis sebagai Napoleon Buonaparte. Ia telah terpilih

bersama-sama dengan anak-anak orang Corsica yang lain untuk diberi pendidikan oleh

kerajaan Perancis. Dengan jalan ini, beliau telah menerima didekan tentera yang baik di

Brienne dan di Paris.

Pada masa mudanya beliau bercita-cita untuk menjadi pemimpin kepada satu

pergerakan bagi mendapatkan kemerdekaan Corsica, tetapi apabila pecah perang Revolusi

Perancis nampak kepadanya bahawa ia dapat meluaskan lagi bidang cita-citanya. Sebagai

seorang jurutera dan anggota pasukan meriam, beliau telah menggantungkan nasibnya kepada

1 H. Hart, Michael, The 100 A Ranking of The Most Influential Person In History, Golden Books

Centre Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1989, hlm. 199. 2 Major Drs. Arief Iskandar, Sedjarah Perkembangan Perang Dari Zaman Klasik-Modern, Departemen

Pertahanan-Keamanan Pusat Sedjarah Abri, 1971, hlm. 89.

2

Jacobin bersimpati, sekurang-kurangnya pada zahirnya kepada revolusi, dan beroleh daripada

kempennya di Itali pada tahun 1796, satu gelaran sebagai seorang jeneral yang paling bijak

dalam Republik Perancis.3

Peri atau sifat bagaimana Napoleon Bonaparte menggunakan nama baiknya bagi

menjadikan diri nya ‘tuan’ kepada negeri yang ditumpanginya itu telah pun diterangkan.

Sebab kejayaannya yang terpenting sekali ialah peluang yang diberikan kepadanya oleh

keadaan politik Perancis yang luar biasa pada ketika itu. Selain itu juga sebab sifat-sifat baik

yang dimiliki oleh jeneral Napoleon Bonaparte itu. Pertama sekali beliau mempercayai

sepenuhnya akan kebolehannya. Beliau juga bercita-cita tinggi, tamak, dan ego pada diri

sendiri menyebabkan beliau selalu memikirkan dan merancangkan cara-cara bagaimana

beliau menonjolkan atau memperkenalkan di mata rakyat Perancis.

Napoleon Bonaparte sebelum ini tidak begitu dikenali sama ada dalam kancah politik

mahupun lapangan dalam perang. Beliau sangat bersimpati dengan Revolusi yang berlaku di

Perancis. Walaupun ia selepas kejatuhan Robespierre4, bersungguh-sungguh menafikan

sebarang pertalian dengan puak-puak radikal pelampau. Napoleon Bonaparte dikenali

masyarakat Perancis apabila beliau dengan bijaksana nya dapat menghalau British dari

bandar Toulon pada tahun 1793. Selain itu, beliau juga berjaya mempertahankan Majlis

Perhimpunan Kebangsaan daripada serangan orang-orang Paris pada tahun 1795 yang

menjadikan dan menganggapnya sebagai sahabat kepada undang-undang dan ketenteraan.5

3 Hayes, Carlton Joseph Huntley, Sejarah Eropah Moden hingga 1870, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1971, hlm. 625. 4 Kejatuhan Robespierre atau dipanggil Reaksi Thermidor bermaksud sebagaimana yang telah dilihat

tamatnya pemerintahan ganas yang bermaharajalela. Selain itu, ia juga bererti merosotnya pengaruh orang-

orang Paris ke atas Perhimpunan Kebangsaan dan menyebabkan kebolehan golongan pertengahan yang

menjadi ahli perhimpunan mengarahkan peringkat akhir kegiatan mereka mengikut kepentingan ekonomi

mereka sendiri. Lihat Hayes, Carlton Joseph Huntley, Sejarah Eropah Moden hingga 1870, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 616. 5 Ibid., hlm. 619.

3

Mengenai perkahwinan Napoleon Bonaparte, akhirnya pada tahun 1796 beliau

berkahwin dengan Josephine Beauharnais iaitu janda seorang jeneral revolusi serta

perempuan simpanan kepada seorang anggota Badan Pengarah. Oleh itu, memberinya

peluang baik untuk berjuang dalam bidang politik dan kancah perang.

Secara umumnya, pemerintahan Napoleon Bonaparte di Perancis telah banyak

membawa kepada perubahan iaitu dari segi politik, ekonomi, sosial, dan juga undang-undang

di Perancis. Pembaharuan serta perubahan yang di usaha telah meletakkan Perancis daripada

zaman Revolusi Perancis itu kepada pemodenan yang baru untuk keseluruhan rakyatnya.

Oleh itu, perbincangan dalam esei ini pada mulanya akan membincangkan tentang kejayaan-

kejayaan Napoleon yang menjadi persoalan pertama dalam esei ini, manakala seterusnya

akan membincangkan tentang faktor-faktor kejatuhannya.

2.0 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PEMERINTAHAN NAPOLEON BONAPARTE.

2.1 KEADAAN POLITIK

2.1.1 Konsul dan Maharaja

Pada tahun 1802, Napoleon Bonaparte telah dilantik menjadi Konsul seumur hidup dengan

pungutan suara terbanyak. Kemudian, dua tahun berikutnya Senat yang hanya sebagai alat

ketika itu, mencadangkan supaya jawatan Konsul yang dipegang oleh Napoleon itu dijadikan

jawatan keturunan dan gelaran Konsul itu ditukar kepada gelaran Maharaja.6 Lantas,

cadangan ini telah diakui oleh satu pungutan suara terbanyak. Pada 2hb Disember 1804,

dengan adat istiadat secara besar-besaran yang dilangsungkan di Gereja besar Notre Dame,

serta dihadiri oleh Paus Pius VII yang telah datang dari Rom kerana menyerikan peristiwa

itu, Jeneral Napoleon Bonaparte telah meletakkan mahkota di atas kepalanya sendiri dan

sekali gus menggelar dirinya sebagai Napoleon I iaitu Maharaja Perancis.7 Setelah berjaya

menakluki Perancis, tugas Napoleon Bonaparte yang pertama dalam peranannya ialah

mengadakan satu perlembagaan kerajaan untuk menggantikan Perlembagaan III8. Perbuatan

6 Ibid., hlm. 634.

7 Ibid.,

8 Perlembagaan Tahun III memberi kuasa perundangan kepada dua buah dewan yang dipilih oleh

pilihan raya secara tidak langsung dan terhad. Satu dewan rendah seramai 500 ahli untuk mencadangkan

4

beliau ini telah menyembunyikan sifat diktator ketenteraan nya di sebalik topeng bentuk-

bentuk yang disukai ramai. Beliau telah melantik tiga orang Konsul, di mana yang pertama

ialah Jeneral Bonaparte dan yang lain-lainnya ialah orang-orang pilihannya sendiri. Konsul-

konsul ini akan memilih Senat yang akan memikirkan masalah perlembagaan yang juga akan

melantik dari satu daftar nama-nama yang telah dipilih mengikut kesukaan orang ramai,

sebuah Badan Mahkamah dan sebuah Badan Undangan.

Badan Mahkamah membincangkan perihal undang-undang yang telah dicadangkan

dengan tidak mengambil apa-apa undian terhadapnya. Manakala Badan Undangan pula

mengundi di atas undang-undang yang telah dicadangkan tadi dengan tidak perlu

membincangkannya. Hanya Konsul Pertama yang boleh mencadangkan perundangan.

Perlembagaan Bonaparte untuk Konsul disetujui oleh satu pungutan suara ramai dan dikenali

sebagai Perlembagaan Republik Tahun VIII.9

Satu sebab mengapa bangsa Perancis begitu bersedia menyetujui perbuatan merampas

kuasa yang tidak sah secara terang-terangan itu ialah disebabkan negeri itu masih lagi

diancam oleh satu kuasa luar yang akan menggugat negeri itu. Seperti yang kita lihat

dahulunya pada tahun 179910

askar-askar campuran yang kedua telah merosakkan

penyelesaian Campo Formio, dan setelah menduduki Itali dan daerah di lembah Rhine,

mereka sedang berura-ura atau berbincang hendak menyerang negeri Perancis. Oleh itu,

Badan Konsul terpaksa menghadapi kondusi yang sama seperti yang dihadapi oleh Badan

Pengarah pada tahun 1796.

undang-undang dan sebuah majlis Purba seramai 250 orang untuk mengkaji dan menjadikannya sebuah

undang-undang. Kuasa Kerja telah diserahkan kepada satu Badan Pengarah seramai 50 orang yang akan

dipilih oleh Badan Perundangan dan yang akan melantik Menteri-menteri negara atau kabinet, dan mengawasi

pelaksanaan undang-undang itu. 9 Ibid., hlm.627.

10 Di mana keadaan di Perancis semakin buruk. Komplot-komplot baru muncul, masalah kewangan

kemasyarakatan semakin meruncing, dan akhirnya semakin bermula semula perang kuasa-kuasa luar secara-

besar-besaran. Lihat Ibid., hlm. 622.

5

Dalam masa yang singkat, Napoleon Bonaparte berjaya dengan menggunakan pujian

dan diplomasi, bukan sahaja menyebabkan Rusia menarik diri, tetapi juga menyebabkan Tsar

Paul11

yang kurang sihat itu mengambil tindakan berpaling tadah terhadap Great Britain dan

bersikap berkecuali dalam segala hal mengenai peralatan senjata di bahagian Utara Eropah,

termasuk Rusia, Prussia Sweden, dan Denmark. Sementara itu, Konsul Pertama telah

menyiapkan kempen Itali nya menentang Austria. Namun, tiba-tiba dalam perjalanannya

mengetuai tentera Perancis melalui jalan yang buruk dan bersalji di pergunungan Alps, ia

telah menuruni lembah Po yang subur itu di Marengo, dalam bulan Jun 1800, ia telah

menyebabkan kekalahan yang teruk ke atas pihak musuh. Kemenangannya di Itali ini telah

ditambah pula beberapa bulan kemudian dengan satu lagi kemenangan bagi pihak askar-askar

Perancis, di bawah pemerintahan Moreau, di Hohenlinden, di Selatan Jerman. Hasilnya,

Austria telah meminta perdamaian dan berjaya mewujudkan Perjanjian Luneville (1801) yang

menegaskan dan menguatkan lagi syarat Perdamaian Campo Formio.

Pejabat Konsul bermaksud mewujudkan satu perdamaian yang berfaedah bagi

Perancis. Dengan keadaan bahawa semua musuh luar negerinya ditewaskan, dengan wilayah-

wilayah kepunyaannya meluas hingga ke Rhine, dan dengan sahabat-sahabatnya di negeri

Sepanyol dan kerajaan boneka seperti republik-republik Batavia, Helvetise, Ligura, dan

Cisalpine, Konsul Pertama mendapati dirinya bebas untuk menumpukan daya kebolehannya

bagi memerintah dan menjalankan tugas-tugas di dalam negeri. Penubuhan Konsul pada

tahun 1799 hingga 1804 adalah satu masa di mana Napoleon Bonaparte memberikan

khidmatnya yang paling berguna dan paling kekal bagi kemajuan Perancis dan institusinya.

11

Tsar Paul merupakan anak lelaki Catherine Yang Agung, memerintah dari tahun 1796-1801.

6

2.1.2 Penaklukan Perancis di Mesir oleh Napoleon Bonaparte

Perancis merupakan negara Eropah yang terawal menduduki Mesir selepas berlaku

kemerosotan politik dalam pemerintahan ‘Uthmaniyah di Mesir pada penghujung abad ke-18.

Penaklukan Perancis hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang tiga tahun sahaja iaitu

dari tahun 1798 hingga 1801. Dalam penaklukan ini, Napoleon Bonaparte merupakan salah

seorang Jeneral Perancis yang mengetuai ekspedisi penaklukan tersebut. Meskipun

penaklukan berlangsung dalam masa yang singkat, tetapi majoriti sarjana Barat mendakwa

bahawa peristiwa ini telah mendorong banyak kesan positif kepada Mesir sehingga dikatakan

kemasukan Perancis ke Mesir merupakan ‘zaman moden’ di negara itu. Hal ini boleh dilihat

dengan kenyataan mereka yang mengatakan:

‘… without Bonaparte, modern Egypt is inconceivable…’12

Penyataan ini menggambarkan bahawa Perancis telah membawa kemodenan serta

kemajuan kepada Mesir dan penaklukan kuasa Eropah ini telah meninggalkan kesan positif

yang besar dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Keadaan politik di Mesir yang tidak stabil

di bawah pentadbiran Bey-bey (bermaksud ketua atau pemimpin) Mamluk yang saling

bermusuhan antara satu sama lain juga mendorong Perancis untuk menamatkan kekuasaan

golongan itu di Mesir. Penaklukan Mesir juga didorong oleh cita-cita tinggi Napoleon

Bonaparte untuk meluaskan Empayar Perancis ke Timur seperti yang pernah dilakukan oleh

Iskandar Zulkarnain iaitu seorang tokoh Greek pada zaman kegemilangan Yunani. Napoleon

Bonaparte telah memenangi beberapa siri peperangan yang melibatkan Perancis menentang

musuh-musuh di sekitar negaranya setelah mengimpikan penubuhan sebuah Empayar Timur

sekali gus berharap dapat menyekat hubungan antara British dan India. Selain itu, penguasaan

ke atas Mesir juga dapat meneruskan hasrat beliau untuk meluaskan kekuasaan ke atas

Palestin, Iran, Afghanistan, dan Pakistan.13

12

Wan Kamal Mujani & Napisah Karimah Hj. Ismail, Akademika 79 (Mei-Ogos): 2010: 87-103, The

Impact of French Occupation on Egypt (1798-1801): A Reassesment, hlm. 88. 13

Wan Kamal Mujani & Napisah Karimah Hj. Ismail, Akademika 79 (Mei-Ogos): 2010: 87-103, The

Impact of French Occupation on Egypt (1798-1801): A Reassesment, hlm. 89.

7

Aspek ekonomi dalam penaklukan Mesir, boleh dilihat dengan permusuhan antara

Perancis dan British bertambah sengit setelah berlakunya Revolusi Perancis pada tahun 1789

dan munculnya Napoleon Bonaparte yang bercita-cita tinggi, Penguasaan Tanjung Harapan

(Cape of Good Hope) oleh British juga menyebabkan Perancis semakin tertekan. Hal ini

demikian kerana perdagangan British di Timur dan India semakin bertambah lancar dan hal

ini akan menjejaskan perdagangan Perancis di Timur. Bagi memastikan hubungan British

dengan jajahannya di India selamat ketika menjalinkan hubungan dengan pemimpin Mamluk

yang memerintah Mesir pada tahun 1798 dan secara langsung berjaya menguasai laluan

perdagangan di Laut Merah. Kedudukan Mesir yang strategik iaitu di antara Laut

Mediterranean di sebelah utara dan Laut Merah di barat telah menjadikan negara yang paling

dekat untuk menghubungkan Eropah dengan negara-negara Timur. Penguasaan kedua-dua

laut tersebut adalah penting untuk menguasai perdagangan antara Timur dan Barat. Oleh itu,

sekiranya Perancis dapat menguasai Mesir, maka mereka dapat menguasai seluruh

perdagangan yang menggunakan kedua-dua laluan tersebut. Dengan penguasaan Lautan

Mediterranean, Perancis dapat mengatasi kekuatan armada British dan mengganggu

perdagangannya di Levant, Parsi, dan India. Di samping itu, Mesir mempunyai bahan-bahan

mentah yang boleh digunakan bagi keperluan industri dan juga merupakan tempat berpotensi

untuk memasarkan barang-barang siap keluaran industri Perancis. Selain itu, keupayaan

Mesir dalam pengeluaran bijirin boleh dijadikan sebagai pusat utama penghasilan makanan

untuk Perancis kerana sejak tahun 1780-an berlaku kemerosotan hasil pertanian dan bijirin di

Perancis. Hal ini telah menjadikan Mesir sebagai pembekal bijirin kepada Perancis.14

Dalam aspek politik, penaklukan Perancis di Mesir dapat dilihat dalam pentadbiran

yang mana melibatkan pembentukan ‘Diwan’, penglibatan ulama dalam pentadbiran,

perlantikan Kadi Besar dalam kalangan ulama tempatan serta perubahan dalam undang-

undang. Kesemua perubahan ini adalah disebabkan pendudukan Perancis di Mesir. Kejayaan

Napoleon Bonaparte menakluki Kaherah menyebabkan Gabenor Mesir iaitu Bakr Pasha dan

pimpinan Mamluk seperti Ibrahim Bey serta pegawai-pegawai ‘Uthmaniyah yang lain

termasuk Kadi Besar yang dilantik oleh Sultan Uthmaniyah melarikan diri menuju ke Syria.

Sementara Murad Bey yang juga salah seorang pemimpin Mamluk bersama pengikutnya

melarikan diri menuju ke selatan Mesir. Oleh itu, yang tinggal di Mesir hanyalah golongan

14

Ibid.,

8

lemah dan mereka yang tidak mahu melarikan diri antaranya ialah sebilangan ketua penduduk

tempatan, pedagang-pedagang luar dan para petani. Napoleon Bonaparte telah mengadakan

rundingan dengan ulama al-Azhar untuk mencapai persetujuan dengan penubuhan sebuah

majlis dinamakan ‘Diwan’ dengan anggotanya terdiri daripada golongan ulama yang digelar ‘

Shaykh’. Diwan yang dinamakan oleh Perancis sebagai ‘Diwan Kaherah’ yang telah

ditubuhkan pada 25 Julai 1798.Diwan Kaherah ini merupakan sebuah majlis perwakilan yang

dianggotai oleh sepuluh orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada golongan ulama.15

Tambahan lagi, kedatangan Perancis juga dilaporkan bertujuan menjana semula

kegemilangan tamadun yang pernah dicapai pada zaman Mesir Purba dan zaman sebelumnya

di samping mengaut hasil peninggalannya. Napoleon menyedari bahawa Mesir pada suatu

ketika dahulu mempunyai sejarah kegemilangan dan bertamadun tinggi. Ini dapat dilihat

daripada ucapan beliau dalam pengisytiharannya yang berbunyi: "Bumi Mesir pada satu

ketika dahulu, terdapat bandar-bandar yang terkenal, terusan yang baik dan perdagangan

yang maju.16

2.1.3 Ketenteraan

Pada tahun 1785 beliau diangkat menjadi perwira artileri (tentera). Beliau pernah memegang

sebahagian dari tentera pendudukan di Teulon dan sejurus itu pada tahun 1795 beliau menjadi

komandan tentera pemerintah Paris, setahun kemudian iaitu tahun 1786 beliau diangkat

menjadi Panglima Tentera di Itali.17

Pada tahun 1796 juga, ketika jeneral-jeneral Perancis

yang lebih tua dan lebih berpengalaman merasa sukar untuk menyerang bahagian selatan

negeri Jerman, Panglima Muda yang baru berumur 27 tahun telah menakluki orang-orang

Austria dari negeri Itali. Dengan semangat yang berjangkit, kaedah yang bijak, dan

keberanian yang tersendiri, dia menyeberangi Banjaran Alps, menundukkan orang-orang

Sardinia, dan dalam masa setahun telah dapat menghapuskan lima buah pasukan tentera

Austria dan menduduki setiap kota pertahanan di utara Itali. Sardinia telah dipaksa

15

Ibid., hlm. 92. 16

Cherfils, Christian, Napoleon and Islam from French and Arab Documents, Terj.

James Gibb-Stuart, 1999, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, hlm. 6. 17

Major Drs. Arief Iskandar, Sedjarah Perkembangan Perang Dari Zaman Klasik-Modern,

Departemen Pertahanan-Keamanan Pusat Sedjarah Abri, 1971, hlm. 89.

9

menyerahkan Savoy dan Nice kepada Republik Perancis. Apabila tentera Napoleon

Bonaparte mara ke Vienna, Austria telah minta berdamai. Dengan Persetiaan Campo Formio

(1797), Perancis telah mendapat negeri Belanda yang pada ketika itu di bawah kuasa

Venetian, tetapi bersetuju tidak akan masuk campur tangan dalam bahagian-bahagian lain di

negeri-negeri Itali. Suatu kongres akan berhimpun di Rastatt untuk menyusun semula peta

Empayar Rom Suchi dengan bertujuan untuk membayar ganti rugi tanah putera-putera Raja

Jerman di tebing Sungai Rhine yang telah dimiliki oleh Perancis.

Kempen tahun 1796 hingga 1797 iaitu dikenali dalam sejarah sebagai kempen Itali

pertama. Hal ini menjadi permulaan satu siri kejayaan tentera yang cemerlang yang mana

mengharumkan nama Napoleon Bonaparte sebagai tentera yang paling terkemuka dalam

zaman moden.18

Hasilnya yang cepat ialah untuk membubarkan Pakatan Pertama dengan

memaksa Austria dan Sardinia supaya mengikut contoh Sepanyol, Prussia, dan Belanda. Hal

ini kerana supaya membuat perjanjian perdamaian yang akan menguntungkan Republik

Perancis. Hanya Great Britain sahaja yang masih berjuang menentang Lembaga Pengarah.

Satu lagi hasil kempen Itali, pertama, yang hampir-hampir sama juga segera nya dan

sesungguhnya yang lebih bererti ialah kemasyhuran diri Napoleon Bonaparte dengan tiba-tiba

atau secara mendadak. Beliau menjadi bahan perbualan orang yang paling ramai di negeri

Perancis. Sememangnya orang ramai menyanjung beliau. Dalam pada masa yang sama juga

kerajaan takut tetapi memuji-muji nya. Selain itu, perancang-perancang dari pelbagai

fahaman politik meminta sokongan beliau. Beliau pandai mengambil kesempatan yang mana

merosotnya penghargaan masyarakat Perancis kepada kerajaan ketika itu, malah

bertambahnya kepercayaan mereka terhadap Napoleon Bonaparte.

Selain itu, pada tahun 1798, para Pengarah merasa lega dan bersetuju dengan

rancangan yang dicadangkan oleh wirawan yang di sukai ramai (Napoleon Bonaparte) itu

untuk menghantar ke Mesir satu angkatan Perancis dengan bertujuan mengganggu hubungan

di antara Great Britain dan India. Kempen Mesir pada tahun 1798 itu adalah lebih menarik

18

Ibid., hlm. 620.

10

perhatian daripada beroleh kejayaan. Napoleon Bonaparte membuat ucapan yang berapi-api

atau bersemangat kepada soldadu-soldadu nya (angkatan tentera). Beliau meminta Piramid

menjadi saksi tentang keberanian orang-orang Perancis. Beliau juga menjadikan anak negeri

yang beragama Islam itu berasa bersyukur dengan memuji-muji agama mereka. Apa yang

penting, beliau telah menggalakkan pengkajian zaman purba.19

Jeneral Bonaparte sendiri bernasib baik dapat mengelakkan kapal-kapal perang

British dan balik ke Perancis. Orang-orang Perancis mempercayai bahawa angkatan

tenteranya yang terakhir itu telah beroleh kejayaan, tetapi sementara itu kerja-kerja Lembaga

Pengarah telah menjadi begitu kucar-kacir atau tidak teratur. Semasa Napoleon Bonaparte

berada di luar negeri, keadaan di Perancis tidak lah baik, malah menjadi semakin buruk.

Komplot-komplot(pakatan) baru timbul, masalah kewangan kemasyarakatan semakin

meruncing, dan akhirnya semakin bermula semula perang kuasa-kuasa luar secara besar-

besaran.

2.1.4 Merampas Kuasa

Dalam masa sebulan daripada sekembalinya beliau dari Mesir, pendapat umum

membolehkan Napoleon Bonaparte dapat menggulingkan kerajaan Badan Pengarah. Beliau

berpakat dengan Sieyes iaitu salah seorang daripada Pengarah, Napoleon Bonaparte

mengepung Dewan Perhimpunan bersama-sama dengan pasukan askar yang taat kepadanya.

Pada 9hb dan 10hb November 1799, beliau berjaya mengalahkan kerajaan dan melantik

dirinya sendiri menjadi pemerintah tertinggi tentera. Ekoran dengan itu, rampasan kuasa ini

telah diikuti pula dengan pengisytiharan satu Perlembagaan baru yang mana Jeneral

Napoleon Bonaparte dilantik menjadi Konsul pertama bagi Republik Perancis. Oleh hal

demikian, dalam tempoh sepuluh tahun setengah daripada tarikh Perhimpunan Dewan Rakyat

di Versailles, kerajaan berparlimen yang popular di Perancis telah musnah di hujung pedang.

Ramalan-ramalan Marat dan Robespierre telah menjadi kenyataan di mana mereka

menganggap seorang diktator tentera telah lahir.

19

Disinilah seorang pegawai tentera dalam angkatan ini menjumpai Batu Rosetta yang terkenal itu, dan

dengan bantuan hiroglifa purba Mesir boleh di baca.

11

Pada tahun 1799, Napoleon Bonaparte hanya berumur 30 tahun, namun telah berjaya

merampas kuasa dan menjadikan dirinya berkuasa di Perancis. Jadi, hal ini menunjukkan

betapa bijak dan berkuasa nya Napoleon Bonaparte pada ketika itu yang masih muda lagi.

Walaupun begitu, timbulnya pemerintahan diktator tentera tidak melindungi erti atau

kepentingan pemberontakan Perancis yang mendalam. Pelawat-pelawat di Paris sekarang

masih lagi dapat melihat di sekeliling mereka dengan perkataan ‘Liberte, Egalite, dan

Fraternite’20

yang bererti Kebebasan, Persamaan, dan Persaudaraan. Perkataan-perkataan

inilah yang ditulis oleh pendukung-pendukung Revolusi di bangunan umum mereka, dan

mereka anggap mengandungi pengertian dasar Revolusi itu. Apa yang penting, perkataan-

perkataan ini lah yang tidak di padam oleh Napoleon Bonaparte.

‘Kebebasan’ membayangkan suatu cita-cita politik. Rakyat merupakan berkuasa

penuh yang berdaulat, dan bukannya raja. Rakyat hendaklah mempunyai kebebasan berfikir,

beragama, mengeluarkan pendapat, menerbitkan sesuatu, dan berharta. ‘Persamaan’

membawa erti tamatnya hak-hak istimewa, hapusnya perhambaan, dan runtuhnya sistem

feudal. Hal ini membawa maksud bahawa semua manusia adalah sama sahaja dari segi

undang-undang dan bahawa setiap orang haruslah mempunyai peluang yang sama dengan

orang lain dalam menjalani hidup dan mengejar kesenangan. Yang ketiga pula ialah

‘Persaudaraan’ di mana membawa erti lambang perasaan bersaudara bagi mereka yang

berazam menjadikan dunia ini lebih baik, lebih gembira, dan lebih adil. Dalam pada itu,

perkataan ini menjadi simbol nasionalisme baharu. Akhirnya, kebebasan politik, persamaan

sosial, dan semangat patriotik perlu kekal menjadi cita-cita atau harapan mereka yang

mencari ilham daripada Pemberontakan Perancis sehinggalah ke hari ini.

20

Ibid., hlm. 624.

12

2.1.5 Menyelesaikan Revolusioner Di Perancis

Sepanjang perkhidmatan Napoleon Bonaparte, beliau mengakui dirinya sebagai ‘Anak

Revolusi’, iaitu jaguh keunggulan kebebasan, persamaan, dan persaudaraan. Kepada revolusi

lah ia terhutang budi terhadap kedudukannya di Perancis, dan kepada Perancis sahaja ia

mengekalkan hasil revolusinya. Namun begitu, Napoleon Bonaparte mengamalkan

revolusinya dengan memberatkan persamaan lebih daripada kebebasan, dan ia mentafsirkan

persaudaraan dari segi pengertian kebangsaan dan bukan antarabangsa. ‘Apa yang

dikehendaki oleh rakyat Perancis’, tegas beliau, ‘ialah persamaan, bukan kebebasan’. Dalam

kedudukan sosialnya, ia mematuhi hasil-hasil revolusi, dan tidak mengakui sebarang

perbezaan kelas. Pangkat kehormatan yang ditaja dan diikutinya -the Legion of Honour- itu

dikurniakan kepada sesiapa juga rakyat yang telah memberi khidmat yang terpuji, tanpa

mengira keturunan mahupun agama. Namun, dalam kedudukan politiknya, Diktator

Bonaparte merupakan lebih bermaharajalela lagi daripada pemerintahan diraja Louis XIV.

Napoleon Bonaparte telah menukarkan kerajaan Tempatan dan daerah-daerah yang

lebih kecil (arrondisements) daripada pegawai-pegawai yang dipilih ramai kepada ketua dan

ketua kecil yang dipilih sendiri. Ahli-ahli majlis tempatan yang dipilih oleh orang ramai

diadakan terus, tetapi mereka hanya menghadiri mesyuarat dua minggu sahaja dalam setahun,

dan mereka hanya mengendalikan pentafsiran cukai. Dalam pada masa yang sama, mereka

boleh minta berunding dengan ketua, tetapi mereka tidak ada kuasa terhadap ketua. Ini.

Semua Datuk Bandar kota-kota dan desa adalah diangkat oleh ketua tadi atau dilantik secara

langsung oleh kerajaan pusat.

Pemusatan pentadbiran yang demikian ini tidak memberi peluang kepada rakyat untuk

bersuara terhadap hal ehwal orang ramai, tetapi kebaikannya ialah menyelaraskan langkah

yang cepat dan cekap dalam menjalankan undang-undang kerajaan. Pada dasarnya ini adalah

pengembalian dan penyempurnaan sistem yang dijalankan oleh Cardinal Richelieu dan yang

kan digunakan oleh Louis XIV. Cara ini adalah dibantu oleh satu pasukan polis yang cekap,

pasukan tentera yang taat setia dan juga penapisan persuratkhabaran yang ketat.

13

Sebagaimana di dalam pentadbiran, keadaan dalam dasar negerinya, Napoleon

Bonaparte mewujudkan kecenderungan kepada pemusatan kebangsaan dan kediktatoran

tentera yang mengetepikan kebebasan perseorangan. Pembaharuan-pembaharuannya yang

pelbagai itu iaitu kewangan, keagamaan, kehakiman, pendidikan, dan sehinggalah kerja-kerja

raya telah menunjukkan mantan-mantan tangan kediktatoran jeneral lebih daripada revolusi

yang meyakinkan. Perlu diingat bahawa keadaan kewangan yang tidak menentu arah itu

adalah menjadi sebab yang penting kejatuhan pemerintahan diraja yang mutlak (monarki)

dalam tahun 1789, dan kerajaan di bawah Pengarah 1799. Dari awal-awal lagi Napoleon

Bonaparte menjaga supaya perkara ini tidak akan berulang lagi atau boleh dikatakan tidak

mahu pisang berbuah dua kali. Dengan pemungutan hasil yang cermat, beliau telah

menambahkan hasil negara. Dengan pemeliharaan ekonomi negaranya, dengan menghukum

pegawai-pegawai yang rasuah dengan beratnya, serta memaksa orang-orang yang negeri-

negeri mereka ditawan supaya menyokong tentera-tenteranya, ia telah dapat menjimatkan

perbelanjaan negara. Kemuncak kejayaannya dalam usaha memperbaiki keadaan kewangan

negeri ialah penubuhan Bank Perancis pada tahun 1800.21

2.2 KEADAAN EKONOMI

2.2.1 Bank Perancis

Dalam perkembangan Perancis di bawah pimpinan Napoleon Bonaparte telah mencapai

pelbagai kejayaan dari pelbagai bidang terutama dalam bidang ekonomi yang mana telah

banyak memberi sumbangan kepada Perancis. Pencapaian Napoleon Bonaparte dalam bidang

ekonomi ialah beliau berjaya menubuhkan Bank Perancis pada tahun 1800. Hal ini kerana,

kekacauan kewangan pernah berlaku di Perancis dan ianya merupakan sebagai satu peristiwa

teruk yang akan sentiasa diingati kerana masalah kewangan ini telah menyebabkan sistem

monarki runtuh sepenuhnya pada tahun 1789 dan Direktori dalam tahun 1799.22

Ekonomi

domestik yang teruk juga berlaku akibat masalah rasuah dalam kalangan para pegawai.

Semua tindakan yang berkaitan dengan ekonomi akan dilakukan dengan lebih berhati-hati

oleh Napoleon Bonaparte agar tidak ada sebarang masalah yang wujud dan memastikan

masalah yang sama tidak akan berulang lagi. Sebagai contoh, beliau telah berhati-hati

21

Ibid., hlm. 630. 22

Carlton, J. H. Hayes., Modern Evrope to 1870, The MacMillan Company, America, 1953, hlm. 538.

14

mengumpul cukai kepada masyarakat Perancis dalam meningkatkan hasil negara, membantu

masyarakat yang mana tanah mereka diserang untuk menyokong tenteranya dan sebagainya.

Perancangan untuk mengatasi masalah ekonomi di Perancis telah dilakukan sebelum

1800 lagi. Hal ini dapat dilihat, pada tahun 1796, sekumpulan jurubank telah membuat

perancangan untuk menubuhkan sebuah bank, namun begitu, tiada apa-apa yang dilakukan

sehinggalah Napoleon yang mengambil alih untuk menyelesaikan masalah kewangan selepas

peristiwa 18 Brumaire. Oleh itu, masalah-masalah kewangan ini telah mendorong Napoleon

untuk menubuhkan sebuah Institusi Bank Perancis. Institusi Bank Perancis tersebut telah

ditubuhkan dengan menggunakan modal sebanyak 30,000 Franch, dan 30,000 Franch lagi

dengan jualan syer saham. Institusi Bank Perancis ini telah berjaya memulihkan keadaan

ekonomi yang berlaku. Kebanyakan masalah kewangan dilakukan dengan membayar anuiti

kerajaan, membiayai loteri kerajaan dan pembiayaan tertentu telah diambil alih oleh kerajaan.

Kemudian, pada tahun 1803, untuk meluaskan lagi Bank Perancis, modal telah ditingkatkan

lagi pada 45,000,000 Franc. Selepas tahun 1803, pengaruh Bank Perancis telah meluas ke

seluruh Perancis melalui cawangan-cawangannya serta menjadi institusi kewangan yang

paling berkuasa dan kuat dalam negara Perancis.

Selanjutnya, pihak Konsul Kerajaan juga turut memainkan peranan penting dalam

mengatasi masalah ekonomi Perancis. Antara perkara-perkara yang dilakukan adalah seperti

melakukan kerja-kerja membaik pulih kewangan kebangsaan. Segala hutang negara telah

dikukuhkan dengan selamat dari segala bahaya, kewajaran faedah tunggakan, baucer, draf

bank, perbendaharaan bayaran dan sebagainya. Tambahan pula, pembahagian dan

pengumpulan cukai pula diamanahkan kepada agen yang telah dilantik oleh kerajaan pusat,

perubahan cukai yang berlaku akibat penyingkiran banyak rasuah dan lebih bayaran tertentu

kepada kerajaan. Di samping itu, bajet kerajaan juga menjadi lebih seimbang yang mana

penyusunan semula sistem cukai dan pelaksanaan ekonomi yang lebih ketat dalam

perbelanjaan kerajaan telah dilakukan. Oleh itu, jelaslah bahawa dari aspek ekonomi juga

Napoleon Bonaparte telah berjaya mengatasi segala masalah yang berlaku dan hal ini

15

merupakan satu kejayaan yang besar dalam negara Perancis.23

Penubuhan bank yang

ditubuhkan oleh beliau sangat memberi kelebihan kepadanya kerana kawalan ekonomi di

Perancis begitu baik untuk dibandingkan dengan negara Eropah yang lain.

2.3 KEADAAN SOSIAL

2.3.1 Pelajaran Kebangsaan

Pendidikan di Perancis amat dititikberatkan supaya lahirnya cendekiawan-cendekiawan. Oleh

itu, dengan tujuan dan minat yang sama menyebabkan Konsul Pertama menggesa supaya satu

rancangan berkaitan pendidikan kebangsaan perlu diwujudkan. Di atas dasar yang telah

dibuat beberapa tahun dahulu oleh barisan-barisan revolusioner, satu sistem pendidikan yang

agung bagi negara Perancis telah dibuat. Hal ini supaya satu sistem pendidikan perlu

diperkemaskan untuk menjadikan rakyat Perancis ke arah yang lebih moden.

Pertamanya, sekolah permulaan atau sekolah rendah mesti diadakan oleh setiap

masyarakat di bawah pengawasan am prefect (ketua-ketua) atau sub-prefect (ketua-ketua

kecil). Kedua, sekolah menengah atau sekolah grammar harus memberikan satu latihan

istimewa dalam Bahasa Perancis, Latin, dan sains permulaan, dan sama ada sekolah itu

sekolah bantuan orang ramai mahupun sekolah swasta, ia haruslah di bawah kawalan

kerajaan kebangsaan. Ketiga, Lycess atau sekolah tinggi perlulah diadakan pada setiap bandar

yang penting dan pengajaran dalam cabang ilmu yang tinggi-tinggi harus diberikan oleh

guru-guru yang dilantik oleh kerajaan. Keempat, sekolah khusus, seperti sekolah teknik,

sekolah perkhidmatan awam, dan sekolah tentera merupakan di bawah ketentuan orang

ramai. Kelima, Universiti Perancis ditubuhkan untuk mengekalkan keseragaman di seluruh

sistem pendidikan. Pegawai-pegawai penting akan dilantik oleh Konsul Pertama, dan seorang

pun tidak dibenarkan membuka sekolah baharu atau mengajar di khalayak umum kecuali dia

mendapat kebenaran Universiti. Keenam, pusat pengambilan guru-guru bagi sekolah-sekolah

orang ramai adalah disediakan di sekolah-sekolah biasa yang didirikan di Paris, Perancis.

Sekolah-sekolah ini adalah diarahkan supaya mengambil dasar-dasar pengajarannya daripada

prinsip-prinsip tatatertib agama Kristian dan kesetiaan terhadap ketua negara. Walaupun

23

Robert Ergang, Europe : From the Renaissance to Waterloo, D.C. Health and Company, America,

1967, hlm. 719.

16

Napoleon Bonaparte berusaha banyak kali di dalam hal ini, namun sistem baharu ini agak

mengalami kesukaran disebabkan kekurangan perbelanjaan dan guru-guru biasa. hal ini

berlanjutan yang mana apabila berakhirnya zaman pemerintahan Napoleon Bonaparte, lebih

setengah daripada jumlah kanak-kanak Perancis masih lagi belajar di sekolah-sekolah swasta,

yang kebanyakannya dikendalikan oleh Gereja Katolik.24

2.3.2 Kerja Raya

Napoleon Bonaparte telah membuktikan dirinya sebagai seorang yang memberi manfaat dan

kebaikan kepada perkhidmatan kerja raya. Dalam bidang ini beliau telah menunjukkan

kejayaannya sebagai pemerintah di Perancis yang berjaya. Dengan perbelanjaan kerajaan

Perancis yang sederhana, kerana orang-orang tahanan perang disuruh bekerja di dalam bidang

ini, beliau memperbaiki cara perhubungan dan perniagaan di dalam negeri dan meninggikan

taraf ekonomi kebajikan penduduk-penduduk yang ramai. Pada tahun 1811, beliau telah

dapat mengira sebanyak 229 batang jalan tentera yang luas telah dibinanya, yang agak

penting, sebanyak 30 batang dari Paris ke segala pelosok negara Perancis. Banyak jambatan

telah didirikan. Jalan-jalan air dan terusan-terusan air telah diperbaiki lagi.

Selain itu, pelabuhan-pelabuhan laut yang penting untuk angkatan laut dan juga untuk

perdagangan telah diperbesarkan dan dibentengi terutama sekali pelabuhan-pelabuhan di

Cherbourg dan Toulon.25

Di samping itu juga, usaha-usaha yang perlu dijalankan tadi

terdapat juga usaha-usaha untuk membaiki penghidupan (cara hidup). Istana-istana negara

dibina semula dan diperindahkan. Tugu-tugu didirikan. Kota Paris diperindahkan lagi.

Bangunan Muzium (The Louvre) telah disiapkan dan diisi dengan karya-karya seni yang

dirampas oleh Napoleon Bonaparte sebagai sebuah hasil kemenangannya dari Itali, Sepanyol,

dan Belanda. Pada masa pemerintahan Konsul, Paris mula menjadi sebuah kota hiburan di

Eropah. Bilangan penduduknya menjadi berlipat kali ganda pada zaman beliau. Oleh itu,

dengan pertumbuhan kemudahan-kemudahan semua ini, pertumbuhan ekonomi Perancis

semakin meningkat.

24

Ibid., hlm. 632. 25

Ibid.,

17

2.4 KEADAAN PERUNDANGAN

2.4.1 Concordat

Politik di Perancis semakin kukuh akibat pembentukan Concordat oleh Napoleon Bonaparte.

Concordat merupakan satu perjanjian di antara Napoleon Bonaparte dengan Paus di Kota

Vatacian yang mana boleh dilihat satu tindakan yang bijak. Dengan perjanjian ini Napoleon

Bonaparte berharap akan dapat membawa semula unsur-unsur penyatuan ke dalam

masyarakat Perancis yang telah berpecah-belah akibat dari penggubalan Perlembagaan Sivil

Gereja.26

Beliau mula sesi perbincangan dengan Paus VII pada bulan Jun 1800 iaitu selepas

kemenangannya dalam pertempuran di Marengo. Rundingan dengan Paus diadakan secara

sulit kerana langkah ini diambil bagi mengelakkan kemungkinan timbulnya kritik secara

terang-terangan ke atas dasar perdamaian dengan Paus di Kota Vatican .Concordat telah

disahkan oleh Paus pada bulan Disember 1801 yang juga disahkan oleh Dewan Perundangan.

Pada keseluruhannya, Napoleon Bonaparte berjaya menenangkan konflik agama di Perancis.

Dengan itu, pengisian Concordat ialah mengesahkan mazhab Katholik sebagai mazhab

anutan ketiga-tiga orang konsul dan majoriti rakyat Perancis. Perlantikan Biskop akan dibuat

oleh Konsul I, tetapi akan dirasmikan oleh Paus. Kakitangan rendah Gereja dipilih oleh

Biskop dan tidak lagi menerusi pilihan raya umum seperti pada masa revolusi.

Selain itu, rakyat yang membeli tanah Gereja yang dimiliknegarakan tidak disuruh

menyerahkan kembali tanah itu ke pihak Gereja. Pembayaran cukai agama terus

dimansuhkan dan kerajaan terus bertanggungjawab menggaji para pegawai Gereja.

Kebebasan beragama (bagi para penganut Protestant dan kepercayaan lain) adalah dijamin.

Kandungan Concordat dalam fasal satu, Napoleon Bonaparte berjaya memperlihatkan yang

tampuk kuasanya tidak tergugat. Fasal ini ialah fasal yang memberikan kuasa kepada

kerajaan, menerusi polis, untuk menentukan cara-cara pengamalan agama. 27

26

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 62. 27

Ibid., hlm. 64.

18

2.4.2 Kanun Napoleon

Usaha yang dilakukan oleh Napoleon Bonaparte juga boleh dilihat dalam kanun yang

diciptanya iaitu Kanun Napoleon. Kanun ini yang merangkumi undang-undang dalam

pelbagai aspek seperti kekeluargaan, ekonomi dan penghakiman ini cuba mengimbangkan

hak, dan kebebasan rakyat dengan kepentingan kuasa kerajaan.

Sebagai contoh, Kanun Napoleon merangkumi kesamaan taraf rakyat di sisi undang-

undang. Selain itu, memberikan kebebasan kepercayaan, kebebasan bercerai bagi suami isteri

yang sama bersetuju dan kebebasan individu memilih pekerjaan. Kuasa politik atau negara

juga terus ditempatkan sebagai lebih utama dari segi kuasa Gereja. Tambahan dalam bidang

kekeluargaan contohnya, kuasa suami ke atas isteri dan ayah ke atas anaknya diperketatkan

lagi. Anak luar nikah tidak dibenarkan mewarisi harta pusaka melainkan sekiranya mereka

sudah diakui oleh ibu bapa yang berkenaan menerusi proses undang-undang; dan itu pun taraf

mereka tidaklah sama dengan taraf anak sebenar. Hal ini menampakkan bahawa Napoleon

Bonaparte ingin mengimbangkan prinsip kebebasan individu dengan kepentingan peraturan

tradisional dalam masyarakat.28

Aspek ekonomi, undang-undang mengenai jual beli, gadai-menggadai, dan lain-lain

telah diperincikan walaupun undang-undang mengenai urusan industri tidaklah begitu

lengkap. Perincian ini memudahkan lagi kegiatan ekonomi kaum menengah. Tetapi kaum

pekerja tidak pula mendapat pembelaan secara langsung dan tegas. Mereka diharamkan

bergabung untuk tujuan menuntut gaji lebih, dan dalam sengketa gaji bukti atau kes yang

dikemukakan oleh pihak majikan lebih diberatkan dari bukti atau kes yang diutarakan oleh

pihak pekerja.

28

Ibid., hlm. 65.

19

2.4.3 Sistem Prefect

Semasa pemerintahan Napoleon Bonaparte, beliau berusaha memperkenalkan sistem Prefect

untuk memperkukuhkan Perancis. Sistem ini mengenai semua daerah lama, iaitu kawasan

yang dibahagikan menurut kepentingan seseorang ketua, kewangan dan lain-lain telah

dimansuhkan. Semua ini digantikan dengan penubuhan kerajaan tempatan. Ketua pentadbiran

kerajaan tempatan ini digelar Prefect. Semasa pemerintahan Napoleon, terdapat lebih kurang

100 Prefect. Menurut McManners, dari jumlah ini terdapat 30 Prefect yang sudah pernah

menjadi ahli di dalam majlis perwakilan pada masa revolusi, 12 orang soldadu, 12 orang

diplomat dan sejumlah kecil bekas émigré dan ahli Gereja. Pemilihan untuk jawatan ini

dilakukan berdasarkan bakat tiap seseorang calon itu.29

2.4.4 Kanun Undang-undang Lain

Kejayaan yang diperoleh dan dibawa oleh Napoleon Bonaparte yang agak penting juga ialah

dari segi undang-undang. Satu daripada impian yang benar-benar diharapkan oleh Revolusi

Perancis ialah menghapuskan keadaan yang kacau-bilau serta kekeliruan hasil sistem undang-

undang rejim (sistem kerajaan) lama dan menjadikan undang-undang tanah sebagai satu kod

kebangsaan yang mudah dan seragam. Hal ini demikian kerana supaya setiap rakyat yang

boleh membaca dapat mengenali apa yang sah (betul) dan apa yang salah. Perlembagaan pada

tahun 1791 ada menunjukkan keinginan terhadap kerja-kerja ini. Namun, Perhimpunan

Kebangsaan sebenarnya telah dimulakan, tetapi kesibukan yang dialami oleh angkatan-

angkatan revolusioner yang penting serta dengan kelambatan dan sikap berhati-hati peguam-

peguam yang kepada mereka diamanahkan kerja-kerja di atas tadi menyebabkan tertangguh

nya persiapan.

Konsul Pertama dengan dibantu oleh penasihat-penasihat undang-undang yang handal

disuruhnya betul-betul bekerja, dan telah mengeluarkan satu Kanun Awam (1804), ini diikuti

pula dengan kanun tatacara awam dan tatacara jenayah, kanun hukuman, dan kanun

perdagangan. Kondusi undang-undang di Perancis yang mudah di faham ini bukan sahaja

mendapat pujian dari seluruh Perancis, malah juga sebahagian besar Benua Eropah yang lain.

29

Ibid., hlm. 66.

20

Apa yang lebih penting, kanun-kanun ini memelihara kejayaan sosial yang penting Revolusi

seperti persamaan awam, toleransi beragama, persamaan pemberian pusaka, pembebasan

hamba, pembasmian fahaman feudal, dan hak istimewa.30

Memang benar banyak hukuman

yang keras masih dikekalkan dan kedudukan kaum wanita lebih rendah daripada kaum lelaki,

tetapi pada keseluruhannya undang-undang Perancis ini tetap sebagai satu undang-undang

yang paling mudah difahami. Tidak hairanlah bahawa Napoleon Bonaparte disanjung sebagai

Justinian kedua kerana beliau ada hak terhadapnya.

3.0 FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN PEMERINTAHAN NAPOLEON

BONAPARTE.

3.1 KEADAAN POLITIK

3.1.1 Perang Rusia 1812

Sebelum berperang dengan Rusia, angkatan tentera Napoleon Bonaparte telah menang ke atas

Austria di Wagram pada tahun 1809.31

Lanjutan itu, Napoleon Bonaparte memulakan

kempen tenteranya terhadap Rusia pada bulan Jun 1812 menyeberangi Sungai Niemen.32

Ia

merupakan satu gerakan secara besar-besaran. Pada 24 dan 25 Jun, tenteranya iaitu Grand

Armee telah menyeberangi Sungai Niemen yang memisahkan daerah Grand Duchy of

Warsaw dengan Rusia. Grand Armee Napoleon Bonaparte dianggotai oleh 700,000 orang

tentera. Dari jumlah ini 611,000 orang telah berturut-turut menyeberang sempadan masuk ke

Rusia semasa peperangan melawan Rusia dulu. Pada mulanya, beliau menjangkakan

peperangannya melawan Rusia akan mengambil masa yang singkat sahaja. Sehingga ke

tarikh 20 Jun 1812 ia masih mengharapkan pertempuran akan hanya terbatas di kawasan

Poland (Grand Duchy of Warsaw) sahaja. Tetapi tentera Rusia tidak menyerangnya di

Poland, maka terpaksalah tenteranya menyeberangi Sungai Niemen dan mara ke Rusia. Para

tenteranya hanya membawa bekalan roti untuk empat hari dan konvoi yang mengiringi

mereka membawa bekalan gandum untuk menampung keperluan makanan selama tiga

minggu sahaja.

30

Hayes, Carlton Joseph Huntley, Sejarah Eropah Moden hingga 1870, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1971, hlm. 631. 31

Gay, Peter, R. K. Webb, Modern Europe To 1815, New York : Harper & Row, 1973, hlm. 528. 32

Ibid., hlm. 660.

21

Pada 5 September, tentera Perancis telah berhadapan dengan tentera Rusia

berhampiran dengan Sungai Moskva. Dalam pertempuran hebat pada 7 September pihak

Perancis kehilangan 30,000 orang sementara pihak Rusia kehilangan 50,000 orang

tenteranya. Pada 14 September tentera Napoleon telah masuk ke Moscow. Dari 15 hingga 18

September, Moscow telah dibakar oleh pihak Rusia dalam gerakan hangus ekoran untuk

memastikan tentera Perancis akan menghadapi kesusahan mendapatkan bekalan makanan dan

bantuan lain.

Pengunduran Napoleon dan tenteranya dari Moscow merupakan satu daripada

peristiwa yang paling dahsyat dalam sejarah. Selain daripada serangan yang bertubi-tubi

daripada askar-askar Rusia dari barisan belakang, ditambah pula keadaan musim sejuk yang

dahsyat, juga keadaan bumi yang gondol. Pada 9 Disember 1812 hanya 12,000 orang sahaja

yang tinggal. Apabila tentera ini berundur ke Konigsberg, 40,000 orang askar yang tercicir

telah bergabung dengannya. Di dalam satu ketumbukan lain yang telah berundur dengan

selamat terdapat 55,000 orang askar. Napoleon Bonaparte telah kehilangan 400,000 orang

askar sementara 100,000 orang lagi telah menjadi tawanan perang Rusia. Maka, Grand

Armee Napoleon Bonaparte telah hancur.33

3.1.2 Kelemahan Angkatan Laut

Sebelum ini, Angkatan Laut Perancis merupakan jentera kuat untuk mengawal laut dalam

urusan perdagangan. Namun, apabila kesan dasar Sistem Kebenuaan semakin teruk, akibat itu

perdagangan telah merosot dan pengangguran menjadi-jadi terutama di German Barat. Dasar

Napoleon ini membawa kepada penentangan yang bertambah kuat dari golongan saudagar

Eropah dan kelas pertengahan yang memainkan peranan besar dalam gerakan kebangsaan

baru yang timbul, menentang Napoleon dan membantu menjatuhkannya. Rentetan itu,

Angkatan Laut Perancis tidak kuat bagi menembusi kepungan balas Britain secara berkesan.

Napoleon Bonaparte merancangkan mahu mengguna Angkatan Laut Denmark bagi tujuan

ini, tetapi pada tahun 1807 angkatan ini diserang dan dihancurkan oleh Angkatan Laut British

di pelabuhan Copenhagen sebelum Napoleon menjalankan projeknya. Pedagang Inggeris

33

Lefebvre, Georges, Napoleon from Tilsit to Waterloo 1807-1815, New York Columbia University

Press, 1969, hlm. 311.

22

menyeludupkan barang-barang ke Eropah melalui kawasan, yang tidak dikawal dipinggir laut

yang panjang seperti di Heligoland, Portugal, Sicily, dan Salonica.34

Boleh dikatakan dalam

faktor ini, Napoleon tidak pernah memiliki kekuatan angkatan laut yang cukup untuk

berjuang dan mempertahankan angkatan tentera khususnya. Jadi boleh dikatakan kelemahan

yang begitu teruk oleh beliau.

3.2 KEADAAN EKONOMI

3.2.1 Kelemahan Sistem Kebenuaan

Sistem kebenuaan telah dirancangkan dalam kuasa Badan Pengarah di bawah pemerintahan

Konsul. Sistem Kebenuaan ini telah diperintah oleh Napoleon Bonaparte untuk membuat

suatu pengepungan terhadap kepulauan British, dan menutup pelabuhan-pelabuhan Perancis

dan pelabuhan-pelabuhan negeri-negeri yang bersahabat dengannya kepada kapal-kapal yang

datang dari Great Britain atau tanah jajahannya.

Dalam hal ini juga, hanya Great Britain sahaja yang tinggal sebagai masalah yang

merumitkan Napoleon Bonaparte. Oleh itu, beliau memikirkan hanya perang sahaja yang

dapat menentukan kedudukan kedua-duanya. Dalam sistem kebenuaan ini, usaha yang

dilakukan oleh beliau berdasarkan kemajuan ekonomi di Perancis yang mana pada dasarnya

kekayaan England hasil daripada Revolusi Perusahaan dan perkembangan perdagangan dunia

sudah mencukupi baginya membantu ahli-ahli campuran dengan wang yang diperlukan untuk

meneruskan peperangan. Oleh itu, Napoleon mulai sedar bahawa Britain akan berusaha bagi

menubuhkan campuran lain bagi menentang beliau. Beliau telah merancang untuk

memusnahkan perkembangan ekonomi di Britain untuk menghancurkan perdagangan

seberang laut Britain dan dengan ini berharap akan mewujudkan pengangguran dan

kepincangan kewangan yang teruk. Malah, beliau berharap juga akan berlaku penderitaan

yang menyeluruh di England sehingga rakyat Britain akan memaksa kerajaannya

mengadakan perdamaian.

34

Peacock. Helbert L, Terj: Amri Hasbullah dan Zaidah Othman, Sejarah Eropah Moden, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1976. hlm. 81.

23

Untuk memastikan Napoleon Bonaparte ini berkuasa dalam bidang ekonomi, beliau

telah mengeluarkan Dikri Berlin pada bulan November 1806. Beliau juga melancarkan

pengepungan Kepulauan British dan melarang negara-negara sekutu Perancis berdagang

dengan British atau tanah jajahan Britain. Tambahan lagi, beliau mengumumkan perampasan

segera barang-barang British di benua. Manakala Britain pula membalas dengan mengadakan

Peraturan Majlis pada tahun 1807, yang mengisytiharkan pengepungan semua pelabuhan di

benua Eropah yang menuruti dikri Napoleon. Dengan perkataan lain, England dengan

angkatan lautnya menghalang negara-negara lain mengadakan perdagangan dengan negara-

negara yang menerima Dikri Berlin. Pada tahun 1807 bulan Disember, Napoleon Bonaparte

menambahkan Dikri Milan kepada Sistem Kebenuaan sementara itu Kerajaan British

mengeluarkan banyak lagi Peraturan Majlis.35

Contoh lain mengenai Sistem Kebenuaan ini ialah Napoleon Bonaparte menumpukan

perhatiannya menahan kemasukan barang-barang British dari Portugal dan Sepanyol. Kalau

dilihat sebelum ini, selama lebih daripada seratus tahun Portugal telah mempunyai hubungan

yang erat dengan Britain dalam bidang perniagaan. Namun, Napoleon berjaya memutuskan

hubungan ini demi mencapai matlamatnya. Kemudiannya, beliau berjaya dengan rasminya

menuntut Portugal supaya mematuhi Sistem Kebenuaan ini serta merampas semua barang-

barang British dan rakyat British di negeri itu. 36

Walaupun pada asalnya Sistem Kebenuaan untuk memperluaskan perkembangan

ekonomi Perancis, namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan sistem ini

yang dibawa oleh Napoleon Bonaparte. Faktor tersebut ialah kekukuhan serta perkembangan

ekonomi Inggeris itu sendiri, tiada permuafakatan dalam kalangan Perancis, daerah taklukan

dan sekutu-sekutunya dalam melaksanakan Sistem Kebenuaan itu, dan ketiadaan jangka masa

panjang dalam pelaksanaannya.

35

L. Peacock. Helbert, pent: Amri Hasbullah dan Zaidah Othman, Sejarah Eropah Moden, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1979, hlm. 80. 36

Hayes, Carlton Joseph Huntley, Sejarah Eropah Moden hingga 1870, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1971, hlm. 649.

24

Kekukuhan sistem ekonomi British atau Inggeris adalah di luar jangkaan Napoleon

Bonaparte. Sebenarnya Britain telah mempunyai sistem bank dan kredit lebih awal dari

Perancis. Jadi, Revolusi Industri di Britain telah berkembang jauh lebih besar dari Perancis.

Pada tahun 1785, taraf Britain dan Perancis dalam karier ekonomi boleh dianggap sama

setanding. Pada tahun 1785 hingga 1800, semasa Perancis berada dalam revolusinya,

sebenarnya Britain terus maju dengan pesatnya. Muncul tahun 1800, ratusan jentera kuasa

wap telah dihasilkan di Britain untuk kegunaan dalam bidang industri tenunan kain.

Perkembangan ini terus berlanjutan menjelang tahun 1850-an Revolusi Industri Britain sudah

mencapai tahap yang agak mantap. Dilihat di sini Perancis tercicir dengan teknologi Britain.37

Ketiadaan perpaduan dalam kalangan Perancis, daerah takluk dan sekutu-sekutunya

dalam melaksanakan Sistem Kebenuaan menjadi ketara yang boleh dilihat dengan sikap

Rusia. Rusia merupakan negara yang paling besar di Eropah dan ia mampu untuk bertindak

tegas terhadap Britain. Tetapi Maharaja Rusia iaitu Alexander I telah berazam untuk

memikirkan kepentingan negaranya sendiri dahulu dalam sebarang perhubungannya dengan

negara lain. Hubungan Rusia dengan Perancis sebenarnya tidak segan silu untuk mengenakan

bayaran bagi sokongannya terhadap Sistem Kebenuaan Perancis. Hal ini telah menimbulkan

kemarahan Napoleon Bonaparte. Jadi, rentetan hal tersebut membuatkan Napoleon Bonaparte

berusaha untuk menakluk Rusia. Objektif beliau ialah supaya memperkukuhkan Sistem

Kebenuaan yang diusahanya. Beliau telah memulakan kempen tenteranya terhadap Moscow

pada tahun 1812. Kempen ini memakan masa yang berlanjutan. Setelah pertempuran demi

pertempuran, askar-askar Perancis akhirnya tumpas semasa kesejukan salji Rusia pada bulan

Disember 1812. Kegagalan ini membawa kepada bukan sahaja hanya kehancuran Sistem

Kebenuaan, malah Empayar Napoleon Bonaparte juga telah hancur di Rusia.38

Menurut Lefebvre dan Markham, Sistem Kebenuaan boleh mencapai kejayaan

sekiranya ia dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang dan dikendalikan dengan kemas

tanpa sabotaj. Mereka beranggapan begitu kerana melihatkan akibat awal tekanan Sistem

37

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 73. 38

Ibid., hlm. 74.

25

Kebenuaan ke atas ekonomi Britain. Kemelesetan ekonomi Britain pada tahun 1808

merupakan kemuncak kepada tekanan ini. Tetapi Sistem Kebenuaan telah tidak dilaksanakan

dengan rapi dan berterusan.

3.2.2 Sistem Cukai dan Kerahan Tentera

Kegagalan yang menyebabkan jatuhnya Napoleon Bonaparte di Perancis ialah kerana Sistem

Cukai dan Kerahan Tentera yang dilakukan. Beliau telah memaksa negara yang ditaklukinya

menanggung segala perbelanjaan peperangan yang dikendalikannya. Negara berkenaan juga

terpaksa membekalkan tentera Perancis dengan makanan. Westphalia contohnya dikenakan

bayaran 10 juta livres bagi 12,500 orang askar Perancis yang menjadi 50 peratus dari

tenteranya. Manakala Itali pula terpaksa memperuntukkan lebih 30 juta untuk Perancis pada

tahun 1809 dari perbelanjaan negaranya yang berjumlah 127 juta. Ia hanya membelanjakan

42 juta sahaja untuk tenteranya. Seterusnya negara yang ditakluki Perancis dikenakan

membiayai ekonominya sendiri meskipun negara itu miskin seperti Ilyria. Dalam masa yang

sama juga, negara Eropah terpaksa menanggung perbelanjaan bagi tentera sendiri yang

semakin meningkat dari 49,000 orang pada tahun 1810 ke 91,000 orang pada tahun 1812, dan

jumlah askar Duchy of Berg meningkat dari 5,000 orang pada tahun 1806 ke 9,400 orang

pada tahun 1811.39

Perkara ini telah memberi kesan yang buruk kepada Napoleon Bonaparte

kerana tidak ada usaha untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dan tidak ada unsur timbang

rasa juga.

39

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 76.

26

3.3 KEADAAN SOSIAL

3.3.1 Golongan Intelektual

Kejatuhan Napoleon Bonaparte seterusnya ialah ketidakpuasan hati para intelektual. Dalam

hal ini, golongan intelektual telah memusatkan, atau menyalurkan rasa tidak puas hati kepada

usaha membangkitkan semangat kebangsaan. Kebangkitan semangat kebangsaan bermula di

Jerman yang mana terdapat dua orang cendekiawan yang turut mempelopori kebangkitan

awal nasionalisme di Jerman. Cendekiawan itu adalah Johann Gottfried Herder dan Johann

Gottlieb Fitche. Herder telah berpaling dari konsep kosmopolitanisme yang popular pada

abad ke-18 dan mengagungkan semangat kebangsaan. Hal ini terdorong daripada saranan

Rousseau di mana individu hanya boleh mengembangkan potensi dirinya dan mengutarakan

nilainya sendiri apabila terdapat keadaan bebas, telah dipadankan olehnya dengan nasib

sesebuah negara. Jadi, Jerman perlu dibebaskan dari tekanan dan pengaruh asing. Oleh itu

dengan sendirinya Perancis menjadi sasaran nasionalisme Jerman.

Selain itu, seorang pelopor nasionalisme di Prusia iaitu Herdenberg menegaskan

bahawa Perancis hanya dapat dikalahkan dengan menjalankan reformasi di Prusia iaitu

reformasi yang lebih hebat lagi dari apa yang pernah dilakukan di Perancis.40

Malah, turut

membangkitkan semangat anti-Perancis dalam kalangan golongan intelektual ialah di

Belanda. Contohnya, tindakan menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa yang dimestikan

di sekolah telah tidak disambut baik oleh rakyat Belanda.

Oleh hal yang demikian, golongan intelektual memainkan peranan yang penting untuk

menjatuhkan kejayaan Napoleon Bonaparte yang mana telah menyebabkan beliau kehilangan

kuasa di Perancis. Golongan ini bijak mengambil peluang ketika era Napoleon Bonaparte

tidak lagi relevan dan semakin teruk, malah lebih menonjol untuk menentang beliau.

40

Ibid., hlm. 77.

27

4.0 KESIMPULAN

Apa yang dapat dirumuskan sepanjang perbincangan di atas mengenai pemerintahan

Napoleon Bonaparte ialah sangat menarik dan satu pemerintahan yang boleh dikatakan

berjaya pada mulanya. Menurut Lefebvre, kerajaan berbentuk ‘autoritarian’ iaitu kerajaan

yang mempunyai kuasa ketat dan luas di pusat, tidaklah dapat dielakkan kiranya Revolusi

Perancis mahu diselamatkan. Pada ketika itu, musuh revolusi masih bergabung dengan kuasa-

kuasa asing. Menurutnya lagi, kaum menengah di Perancis mahukan Napoleon Bonaparte

mengendalikan tugas menentang musuh revolusi.

Walaupun pada awal pimpinannya membawa keseganan rakyat Perancis kepadanya,

namun sikap negatif yang ditonjol telah membawa kepada kejatuhannya demi kepentingan

tertentu yang telah dibincangkan sebelum ini. Kegagalan memimpin negara Perancis ke arah

kemajuan telah memberi kesedaran oleh rakyat untuk menentangnya.

Kediktatoran militer Napoleon Bonaparte tidak semestinya memerlukan pembentukan

semula kerajaan berupa secara warisan. Pada pandangan Lefebvre lagi, satu aristokrasi

golongan atasan pula sudah tentu jelas tidak diperlukan. Beliau menyangkal dakwaan yang

mengatakan sempadan Perancis dapat dikawal dengan baik menerusi peperangan. Kalau

diperhatikan dan diperincikan, zaman Napoleon agak baik dari segi politiknya yang mana

beliau telah banyak menyumbangkan pelbagai usaha-usahanya demi mencapai cita-cita yang

dibincangkan di atas. Oleh itu, dari segi kejayaan, beliau telah banyak berusaha keras

manakala dari segi kejatuhan beliau banyak berlaku disebabkan ketidakprihatin dan perasaan

takbur serta keengganan beliau untuk bertolak ansur bukan sahaja memastikan kejatuhannya,

tetapi juga telah mendorong kepada kemenangan besar musuh-musuh ketatnya.41

41

Kennedy, Paul, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan Ekonomi & Konflik

Ketenteraan dari Tahun 1500-2000, Terj, Mohd Nor Long, Mohamad Diah Isa, dan Abdul Razak Ator, 1994,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 185.

28

4.0 RUJUKAN

Carlton, J. H. Hayes., 1953, Modern Evrope to 1870, The MacMillan Company, America.

Cherfils, Christian, 1999, Napoleon and Islam from French and Arab Documents, Terj,

James Gibb-Stuart, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Gay, Peter, R. K. Webb, 1973, Modern Europe To 1815, New York : Harper & Row.

H. Hart, Michael, 1989, The 100 A Ranking of The Most Influential Person In History, Kuala

Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Hayes, Carlton Joseph Huntley, 1971, Sejarah Eropah Moden hingga 1870, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kennedy, Paul, 1994, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan Ekonomi

& Konflik Ketenteraan dari Tahun 1500-2000, Terj, Mohd Nor Long, Mohamad Diah

Isa, dan Abdul Razak Ator, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

L. Peacock. Helbert, 1979, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah dan Zaidah

Othman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lefebvre, Georges, 1969, Napoleon from Tilsit to Waterloo 1807-1815, New York Columbia

University Press.

Major Drs. Arief Iskandar, 1971, Sedjarah Perkembangan Perang Dari Zaman Klasik-

Modern, Departemen Pertahanan-Keamanan Pusat Sedjarah Abri.

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur

Robert Ergang, 1967, Europe : From the Renaissance to Waterloo, D.C. Health and

Company, America.

Wan Kamal Mujani & Napisah Karimah Hj. Ismail, Akademika 79 (Mei-Ogos): 2010: 87-

103, The Impact of French Occupation on Egypt (1798-1801): A Reassesment.