JAMAL ALBANNA

28
1 1.0. PENDAHULUAN Liberalisme be rmaksud falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai politik tertinggi.. Fahaman liberalisme moden ini berakar umbi dari zaman kesedaran barat . Perkataan liberal dikaitkan dengan perkataan inggeris liberty dan konsep kebebasan. Selain juga bermaksud ‘bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan’ seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas untuk bersuara. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal(ahli liberal). Antara yang berfahaman liberalisme ini ialah Jamal al-Banna. Beliau merupakan tokoh liberal arab yang juga dikenali sebagai pemikir Islam. Walau bagaimanapun pemikiran beliau adalah lebih kepada menentang syariat Islam itu sendiri. Yang mana beliau bukan sahaja menolak sunnah malah mengkritik dengan menyatakan bahawa sunnah itu tidak benar. Pada permulaan kami akan menyatakan berkenaan kehidupan beliau, pemikiran yang terdapat dalam diri Jamal al-Banna itu sendiri, yang mana lebih kepada fahaman liberal sekualrisme dan lain-lain lagi. Banyak isu yang telah beliau timbulkan adalah bertentangan dengan Islam , antaranya isu membenarkan murtad , tidak menyekat wanita dalam pemakaian hijab (tudung) dan lain- lain lagi.

Transcript of JAMAL ALBANNA

1

1.0. PENDAHULUAN

Liberalisme be rmaksud falsafah yang meletakkan kebebasan

individu sebagai politik tertinggi.. Fahaman liberalisme moden

ini berakar umbi dari zaman kesedaran barat . Perkataan liberal

dikaitkan dengan perkataan inggeris liberty dan konsep kebebasan.

Selain juga bermaksud ‘bebas dari sekatan bersuara atau

perlakuan’ seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas untuk

bersuara. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil

seorang liberal(ahli liberal).

Antara yang berfahaman liberalisme ini ialah Jamal al-Banna.

Beliau merupakan tokoh liberal arab yang juga dikenali sebagai

pemikir Islam. Walau bagaimanapun pemikiran beliau adalah lebih

kepada menentang syariat Islam itu sendiri. Yang mana beliau

bukan sahaja menolak sunnah malah mengkritik dengan menyatakan

bahawa sunnah itu tidak benar.

Pada permulaan kami akan menyatakan berkenaan kehidupan

beliau, pemikiran yang terdapat dalam diri Jamal al-Banna itu

sendiri, yang mana lebih kepada fahaman liberal sekualrisme dan

lain-lain lagi. Banyak isu yang telah beliau timbulkan adalah

bertentangan dengan Islam , antaranya isu membenarkan murtad ,

tidak menyekat wanita dalam pemakaian hijab (tudung) dan lain-

lain lagi.

2

Pada kali ini kami akan membincangkan isu berkaitan dengan

membenarkan seseorang itu murtad, yang mana Jamal al-Banna

mempertikaikan berkenaan dengan isu ini. Beliau menolak syariat

islam yang melarang seseorang keluar dari agama Islam, menurutnya

setiap seseorang itu ada hak kebebasan memilih agama yang

seseorang itu suka. Keterangan lebih lanjut akan kami jelaskan

nanti.

Kesimpulannya, bukan sahaja para ulama yang menyanggah

pandangan Jamal al-Banna ,malah kami sebagai umat islam sendiri

juga turut menyanggah pandangan yang dikemukan oleh Jamal al-

Banna ini. Kerana sudah jelas disebutkan didalam al-Quran dan

hadis bahawa murtad itu adalah sesuatu yang dimurka oleh Allah.

Sebagaimana firmanNya yang bermaksud “Barangsiapa yang murtad diantara

kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia

amalanya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di

dalamnya.”(Al-quran: 2 :217)

2.0. BIOGRAFI JAMAL AL-BANNA

2.1. Kehidupan Dan Karya-Karya Tokoh

Jamal al-Banna dilahirkan pada 15 Disember 1920 dalam keluarga

yang baik. Beliau berasal dari mesir. Jamal al-Banna merupakan

putera ahli hadith Mesir, iaitu Syaikh Ahmad Abdurrahman al-

Banna, penulis ensiklopedia hadith al-Fath al-Rabbany Fi Tashnif

wa syarh Musnad al-Imam Ahmad al-Syaibany, dalam 24 volume.

Sejak 1989 Jamal al-Banna hidup menduda. Selain itu, Jamal al-

3

Banna adalah adik bongsu kepada Hassan al-Banna, pengasas Ikhwan

Muslimin. (http://en.wikipedia.org/wiki/Gamal_al-Banna )

Jamal al-Banna merupakan seorang yang adil dalam aspek

sosial. Yang mana beliau mewujudkan kesatuan buruh dan

perdagangan berdekad-dekad lamanya. Jamal al-Banna merupakan

seorang pegawai kesatuan buruh dalam industri tekstil dan pada

tahun 1953 ,beliau mengasaskan persatuan mesir untuk penjagaan

tahanan dan keluarga. Jamal al-Banna juga pernah mengajar di

institut perdagangan di Kaherah selama 30 tahun. Pada tahun 1981,

beliau telah mengasaskan Persekutuan Islam Antarabangsa Buruh di

Geneva dan menjadi presiden pertama pada masa itu.

(http://en.wikipedia.org/wiki/Gamal_al-Banna)

Jamal al-Banna adalah seorang pemikir dan penulis yang

produktif, yang mana beliau telah menerbitkan banyak karya-karya,

samada dari bentuk penulisannya sendiri mahupun penterjemahan

(kepada buku lain) yang telah dibukukan beliau. Antara karya-

karya beliau iaitu, Din al-islam wa ummah wa laisa din wa daulah (Islam

adalah Agama dan masyarakat, 

yang tidak Agamadan Negeri),dakwah al-ihya `al-islami (Rayuan kepada

Kebangkitan Islam).  Ikhwani al-aqbat (Adik-beradik Koptik saya),al-

Mar `a al-Muslima baina tahrir al-Qur` wa taqjid alfuqaha`(Wanita Islam antara 

dibebaskan oleh AlQuran dan Enchained oleh UlamaSyariah).

tathwir al-Qur `an (Revolutionization Al-Quran).  matlabuna huwa al-

Awwal: al-hurriyya (Permintaan Pertama kami Apakah:Kebebasan). 

Dakwah tafnid hadd ar-ridda 

4

(Refutasi Permintaan Hukumanuntuk murtad),al-hejab (tudung).

(http://en.wikipedia.org/wiki/Gamal_al-Banna)

Walau bagaimanapun kebanyakan buku yang diterbitkan telah

mendapat tentangan dari pihak lain, antara buku  yang berjudul,

“Al Mar'ah Al Muslimah baina Tahrir Al Qur'an wa Taqyid Al Fuqaha.” (Wanita

Muslimah, antara Pembebasan al-Quran dan Pengekangan Fuqaha).

Dalam buku itu, Jamal menyebutkan bahawa menutup dada sudah

termasuk wilayah hijab yang diperintahkan Islam, dan tidak perlu

bagi wanita untuk mengenakan hijab. Selain itu, buku Jamal al-

Banna yang berjudul “Mas'uliyah Fashl Ad Daulah Al Islamiyah” (Tanggung

Jawab Atas Gagalnya Daulah Islamiyah), juga termasuk buku yang

dilarang oleh Ma'jma Al Buhuts Al Islamiyah. (http://www.voa-

islam.com)

2.2. Pemikiran Jamal Al-Banna

Jamal al-Banna merupakan seorang yang rasionalis, humanis,

berasaskan kesaksamaan, feminis, anti-autoritarian, liberal dan

sekular. Sebagai pemikir politik dan reformis sosial selain

mengamalkan kedudukan anti-kapitalis, beliau boleh dianggap

sebagai seorang sosialis demokratik. Pemikiran Jamal al-Banna

lebih menggalakkan umat islam tidak bergantung pada pendapat

tradisional, tetapi membentuk pendapat sendiri dengan bantuan al-

Quran dan sebab. (http://en.wikipedia.org/wiki/Gamal_al-Banna)

Menurut Jamal al-Banna lagi pemikiran agama tidak mungkin

disekat dengan apa-apa cara. Kebebasan mesti memerintah,

kebebasan bersuara, selain kepercayaan kebebasan mutlak

5

sebagaimana menurut Jamal al-Banna bahawa murtad (penukaran

seseorang muslim kepada agama lain) itu dibenarkan dan tiada

sesiapa yang boleh menghalang mahupun mencederakan orang itu.(

http://en.wikipedia.org/wiki/Gamal_al-Banna)

Selain itu juga Jamal al-Banna menuntut pembebasan kepada

wanita daripada rantaian ulama syariah. Yang mana Jamal al-Banna

yakin bahawa memakai tudung(hijab) itu bukan kewajipan agama bagi

seorang wanita, dan berkali-kali menyatakan beliau tidak mahu

menyekat wanita dalam pemakaian hijab dan inilah amalan agama

yang betul bagi Jamal al-Banna.

(http://en.wikipedia.org/wiki/Gamal_al-Banna)

2.3. Pandangan Serta Kritikan Jamal Al-Banna Terhadap Agama

Islam

Walaupun Jamal al-Banna menganggap al-Quran menjadi perkataan

sahih daripada tuhan ,beliau telah mengkritik bahawa kebanyakan

hadis yang didakwa (mengenai kenyataan dan perbuatan Rasulullah

saw) yang jelas dipalsukan dan bahawa umat islam perlu amanah

hanya pada sebahagian hadis yang bertepatan dengan al-Quran.

(http://en.wikipedia.org/wiki/Gamal_al-Banna)

Pelbagai pandangan ( liberal) menurut Jamal al-Banna yang

kebanyakan bertentangan dengan agama Islam. Antaranya, menurut

Jamal al-Banna Islam adalah anti-kapitalis, yang mana bukan

sahaja menentang perhambaan sejarah, iaitu perhambaan sosial

manusia malah juga kepada perhambaan ekonomi mereka, selain

eksploitasi. Ciri-ciri kemanusian menurut al-Banna boleh dilihat

6

dalam pandangan beliau sebagai contoh menegenai hukuman mati

bagi orang yang murtad ,selain juga menentang diskriminasi

terhadap wanita,mahupun agama minoriti orang-orang kristian

Koptik di Mesir. (http://en.wikipedia.org/wiki/Gamal_al-Banna)

Jamal al-Banna mengatakan bahwa kerosakan Islam itu

disebabkan oleh Sunnah. Dan pembaharuan dalam Islam itu pertama

kali muncul dari Sunnah dengan tolak ukurnya dari al-Qur’an.

Jamal al-Banna memang terkenal dengan pemikirannya yang sering

kali bertentangan dengan syari’at Islam. (http://www.voa-

islam.com)

Menurut Dr. Ali Salus, wakil dari Majlis Fuqaha di Amerika

dan juga seorang profesor di bidang Fikih dan Ushul, melontarkan

kritikannya yang tajam kepada Jamal al-Banna yang mengaku dirinya

sebagai pemikir Islam. Ia juga menuduh Jamal al-Banna dengan

sengaja membuat kontroversi yang telah disepakati oleh para

ulama, untuk meruntuhkan hal-hal yang thabit dalam Islam.

(http://www.voa-islam.com)

Namun begitu, Jamal al-Banna telah menyerang kembali orang-

orang yang mengkritiknya dengan mengatakan bahwa mereka belum

belajar al-Qur’an, belum membaca kitab-kitab tafsir dan belum

berhak untuk berbicara mengenai hal ini. Menurut Jamal al-Banna

lagi, yang menyatakan bahawa al-Qur’an tidak memerlukan

penafsiran. Walau bagaimanapun terdapat banyak pihak yang

menyanggah pemikiran menurut Jamal al-Banna, yang mana jelas

terdapat banyak kesalahan yang bertentangan ajaran islam

terutamanya. (http://www.voa-islam.com)

7

3.0. MURTAD MENURUT PERSPEKTIF JAMAL AL-BANNA

Jamal al-Banna meletakkan isu murtad ini termasuk di antara isu-

isu yang beliau kupas di dalam buku karangannya yang bertajuk

Tafnif Da’wa Had al-Riddah (2008) yang mengupas mengenai penyangkalan

hukuman ke atas golongan murtad. Dalam buku tersebut, beliau

mengatakan bahawa perkataan riddah ini khusus digunakan dalam

memberi erti kembali kepada kekafiran manakala individu yang

kembali kepada kekafiran disebut murtad. Menurut beliau lagi,

konsep hukuman kepada golongan murtad ini telah disalahfahami

oleh sebilangan besar umat Islam dengan menghukumkan kepada

mereka hukuman mati, kerana menurut beliau Islam tidak

mengizinkan pembunuhan ke atas sesiapa walau atas dasar agama

kerana ianya dianggap sebagai asas prinsip Islam dan prinsip ini

merangkum kepada umat Islam dan bukan Islam.

3.1 Jamal al-Banna: Persoalan Hukum Hudud Atas Kesalahan Murtad.

Jamal al-Banna mendakwa bahawa, di dalam kitab al-Quran yang suci

dan menjadi rujukan utama agama Islam tidak ada satu ayat pun

yang membicarakan persoalan murtad secara menyeluruh. Menurut

beliau, perbuatan atau kenyataan seseorang itu yang menyatakan

dirinya sebagai orang kafir atau terang-terangan mendustakan

Islam tidak dapat dijadikan indikator untuk menuduh individu

tersebut sebagai murtad. Tambahan lagi, di dalam bukunya, beliau

mengatakan perbuatan mencaci dan menghina Nabi atau al-Quran

acapkali dijadikan alasan untuk memperlakukan seseorang itu

8

sebagai murtad, walaupun tertuduh bersungguh-sungguh mengaku

keimanan dan keislamannya.

Berdasarkan tulisan beliau lagi, dinyatakan bahawa tiada

dalil di dalam al-Quran yang mengatakan bahawa hukuman mati

adalah dijatuhkan ke atas golongan yang murtad. Ini kerana beliau

mengatakan bahawa, setiap manusia bebas melakukan pilihan dalam

berfikir dan beragama, dan dalam Islam tiada menghukumkan hukuman

dunia kepada golongan murtad. Malah beliau mendatangkan lima

hujah mengenainya yang mana hujah-hujah ini beliau berdalilkan

kepada al-Quran sebagai sumber rujukan utama. Di sini dinyatakan

hujah-hujah yang telah beliau ketengahkan dan dalil-dalil yang

dikatakan menyokong pandangan beliau:

i) Hujah pertama: Sesungguhnya persoalan keimanan dan

pemikiran adalah masalah dan hak individu, tiada paksaan

boleh dikenakan ke atas keduanya.

Menurut hujah ini, beliau berdalilkan kepada beberapa ayat al-

Quran yang menurutnya telah thabit secara qat’ie. Antara ayat

tersebut ialah:

Firman Allah SWT:

9

Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana

sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan

(kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan

ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah

berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh; tidak akan

putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha

mengetahui. (Al-Quran: Al-

Baqarah, 2: 256)

Selain itu, firman Allah lagi:

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian

manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari

Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk

(beriman kepadaNya), maka faedah hidayah petunjuk itu

terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat

(mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas

dirinya sendiri dan Aku pula bukanlah menjadi wakil yang

menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".

(Al-

Quran: Yunus, 10: 108)

10

Firman Allah Ta’ala lagi yang dijadikan hujah oleh Jamal al-

Banna:

Maksudnya: Sesiapa yang kufur ingkar maka dialah sahaja yang

menanggung bencana kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal

soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang

yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-

masing.

(Al-Quran: al-Rum, 30: 44)

ii) Hujah Kedua: Sesungguhnya Para Rasul yang diutuskan

hanyalah sebagai seorang penyampai khabar dan tiada kuasa

untuk memaksa.

Manakala dalil-dalil yang menyokong pandangan ini antaranya

firman Allah Ta’ala:

Maksudnya: Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada

Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah

Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu

lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

(Al-Quran: Al-Maidah, 5: 99)

11

Firman Allah SWT lagi di dalam al-Quran yang mulia:

Maksudnya: Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari

berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau

bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-

masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran

ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.

(Al-Quran: Qaff, 50: 45)

Lagi firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan tidaklah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad)

melainkan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang

yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang

ingkar). (Al-Quran: al-

Furqan, 25: 58)

iii) Hujah ketiga: Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan

hanya menurut kemahuan Allah.

12

Banyak ayat menurut Jamal al-Banna di dalam al-Quran yang

menerangkan dengan jelas mnegenai hidayah adalah milik Allah

SWT. Antaranya firman Allah SWT:

Maksudnya: Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad)

menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana

kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah

jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada

sesiapayYang dikehendakiNya (menurut undang-undang

peraturanNya). (Al-Quran: al-Baqarah, 2: 272)

Firman Allah lagi:

Maksudnya: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa

memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi

(supaya menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa

memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya

(menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang

lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk)

mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

(Al-Quran: al-Baqarah, 2: 59)

13

iv) Hujah keempat: Sesungguhnya perbezaan iktiqad di antara

manusia adalah kehendak Allah SWT dan atas dasar inilah

perpisahan di hari kiamat nanti.

Beliau berdalilkan ayat al-Quran, firman Allah Ta’ala:

Maksudnya: Dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki,

tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama

yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana

itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang

yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di

Dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah

Allah menjadikan manusia dan dengan yang demikian sempurnalah

janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam

Dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".

(Al-Quran: Hud, 11: 118-119)

v) Hujah kelima: Tiada had hukuman (hudud) ke atas mereka

yang murtad di dunia.

14

Maksudnya: Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling

tadah) dari agamanya (Islam), lalu ia mati sedang ia tetap

kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal

usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka

itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

(Al-Quran: al-Baqarah, 2: 217)

Firman Allah lagi yang semakin menguatkan hujah beliau:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian

mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka

kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi

dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun

kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada

mereka ke jalan yang benar.

(Al-Quran: al-Nisa’, 4: 137)

Demikianlah lima hujah beliau mengenai ketiadaan hukuman di dunia

kepada golongan murtad di dalam Islam dengan alasan-alasan

15

tersebut. (Al-Banna, 2008: 10-14). Selain itu, di dalam buku

Freedom of Religion, Apostasy and Islam pula, ada dinyatakan

pendapat Jamal al-Banna mengenai ketiadaan hukuman hudud ke atas

pesalah murtad. Di sini Jamal al-Bannad berpaksikan empat hujah.

i) Di dalam al-Quran tiada menyebut hukuman mati ke atas

kesalahan murtad walaupun pada ayat-ayat di dalamnya

banyak menyebut mengenai murtad.

ii) Al-Quran merupakan kitab yang memberi kebebasan berfikir

dan beragama dan ia menjelaskan lagi asas ajaran Islam

yang sememangnya selari dengan logik dan akal.

iii) Tiada bukti bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menjalankan

hukuman ke atas golongan murtad atas kesalahan murtad.

iv) Beliau juga berhujah, dalam menggunakan hadith sebagai

hujah, perlu kepada kepastian terhadap kesahihan hadith

tersebut secara berhati-hati. Sebagai contoh hadis

mengenai hukuman murtad bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa

yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia.” Menurut

beliau, hukuman yang dilaksanakan ke atas sekumpulan

murtad pada zaman Nabi yang dijadikan bukti dakwaan

bahawa itu hukuman yang dikenakan ke atas golongan murtad

adalah satu kesilapan kerana hukuman itu dilaksanakan

atas kesalahan lain dan bukan atas kesalahan murtad. (A.

Saeed, H.Saeed, 2004: 96).

Hujah Jamal al-Banna ini disokong oleh ramai tokoh liberal

seperti Maulana Muhammad Ali yang mana pernah beliau juga

16

berpendapat bahawa hukuman hudud ke atas kesalahan murtad tiada

dalam Islam dengan menyatakan di dalam bukunya; The Religion of Islam

bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan di akhirat. Penulis buku

Apostasy in Islam juga berhujah mengenai hukuman ini dengan

memberikan dalil yang hampir sama dan mempersoalkan keshahihan

hadith mengenai murtad ini. Selain itu termasuklah Syeikh

Muhammad Sayyid Tantawi, Sisters in Islam (SIS), Hasan al-Turabi

dan ramai lagi yang dapat diketahui pandangan mereka dalam buku

Freedom of Religion, Apostasy and Islam.

4.0. SANGGAHAN HUJAH TERHADAP PANDANGAN JAMAL AL-BANNA

Isu murtad yang dihujahkan perlaksanaan hukumannya oleh golongan

liberalis Islam ini telah menjadi satu perkara yang penting dan

perlu dianggap serius kerana ianya melibatkan akidah umat Islam

yang secara tidak langsungnya mereka seolah-olah bertindak

menafikan sebahagian hukum Allah. Maka, ramai daripada kalangan

ulama’ Islam dan para pemikir Islam bertindak mengeluarkan buku

dan hasil tulisan mereka bagi menjawab isu ini dengan merujuk

kepada rujukan muktabar daripada ulama’ terdahulu dan pandangan

ahli mufassirin dan mujtahidin kontemporari.

4.1 Kebebasan Beragama dan Berfikir Dalam Islam.

Apabila sesorang itu telah memilih Islam kemudian ingin mengambil

keputusan murtad(terkeluar dari islam) adakah dibolehkan dalam

17

Islam..? Sudah tentu tidak boleh kerana Islam adalah satu-satunya

agama yang ada maruah. Maruah Islam dipelihara dengan kedaulatan

undang-undangnya. Antara undang-undangnya adalah melarang umatnya

dari keluar dari agamanya.

Islam boleh dikatakan sebagai agama yang mempunyai

ketamadunan yang progresif dan bersesuaian pada setiap perubahan

masa, zaman dan peristiwa. Konsep kebebasan merupakan skop yang

sangat meluas. Seperti manusia bebas menentukan corak hidup bebas

untuk berfikir, bersuara dan bertindak, bebas mempertahankan

diri, harta dan menjaga maruah dan sebagainya. Kebebasan

beragama, walau ada yang menyalah ertikan maksud sebagaimana ayat

al-quran nyatakan iaitu ‘tiadapaksaan dalam agama’ , yang mana

bukanlah membenarkan sesuka hati untuk seorang itu memilih untuk

murtad. (Mohd Nasir Omar.2005. 89)

Bahkan tenyata bagaimana Allah memuliakan manusia dan

menghormati kemahuannya, fikirannya, perasaannya.

Allahmenyerahkan kepada mereka kebebasan membuat keputuan

terhadap perkara aqidah yang menentukan hidayat dan kesesatan dan

menyerahkan kepadanya tanggungjawab amalan-amalannya dan hisab

dirinya.(Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah.2000.70)

Selain itu ada juga yang berpendapat bahawa ayat suci ini

boleh dijadikan sebagai hujah untuk mereka memilih murtad dan

menyatakan bahawa Islam tidak menyediakan hukuman duniawi ke

atas orang ynag murtad. Menurut al-Qardawi ,ayat ini tidak boleh

dijadikan hujah untuk seseorang itu menetapkan hokum dengan

member kebenaran untuk murtad. Sebagai alan yang dikemukakan oleh

18

Yusuf al-Qardawi iaitu manusia akan menjadikan agama sebagai

suatu permainan, sebagai contoh semalam beragama islam dan keluar

daripada islam keesokan harinya. Ini jelas menunjukkan seseorang

itu sedang mempermainkan ajaran agama islam ,sebagaimana

diketahui bahawa perbuatan ini adalah dicegah oleh agama Islam

itu sendiri.(Ann Wan Seng.2009.76)

Boleh juga dihujahkan bahawa hak kebebasa beragama dalam

islam tidak boleh dilihat dari sudut kebebasan semata-mata tetapi

lihatlah kepada sudut tanggungjawab terhadap agama , yang mana

tanggungjawab seorang muslim dalam menjaga agama supaya tidak

dipandang rendah dan remeh.(Ann Wan Seng.2009.76)

Apa yang perlu diperhatikan yang diberikan oleh islam itu

bukanlah beerti individu muslim bebas melakukan keburukan demi

keburukan dalam liku-liku perjalanan mereka menerokai kebenaran.

Menurut perspektif Islam, nilai-nilai kebaikan dan keburukan

telah pun dijelaskan oleh Allah melalui wahyuNya(al-Quran dan

Hadis). Perbuatan zina,minum arak,judi,curi,dan sifat-sifat yang

tercela telah jelas keburukannya dan tidak perlu lagi dicuba

sebagai pengalaman. (Mohd Nasir Omar.2005. 89)

Jelas, isu murtad ini bukanlah sesuatu yang membawa kepada

kebaikan tetapi lebih membawa kepada keburukan ,selain menggugat

ketenteraman awam, maka ulama bersepakat bahawa amalan tersebut

perlu disekat dan dibendung. Sebagaimana menurut Muhammad Umar

Chapra menyimpulkan, bahawa batas kebebasan individu dalam

perspektif akhlak islam adalah selagi mana kebebasan tersebut

tidak mencabul hak orang lain. (Mohd Nasir Omar.2005. 90)

19

Berkaitan pula hujah mereka yang menggunakan dalil al-Quran pada

firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah

petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya menerima Islam), tetapi Allah

jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang

dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang

lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat

hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

(Al-Quran: al-Baqarah, 2: 59)

Abdul Muta’al al-Sha’idi mengatakan bahawa sememangnya ayat

tersebut ditujukan kepada Nabi SAW dan semua yang berkaitan

bahawa sesungguhnya manusia ini tiada baginya kuasa dalam

menentukan hidayah kepada seseorang yang disukainya sama ada

dengan hukuman di dunia atau dengan memalingkan hatinya kepada

Islam, namun kepada Allah jualah yang memberikan kepada mereka

hidayah dengan pilihannya sendiri dan bukan dengan paksaan

sesiapa. Ini kerana sememangnya agama itu bukanlah satu

paksaan kepada sesiapa untuk menerima Islam. ( Al-Sha’idi,

t.th: 21).

4.2 Dalil Sanggahan Berkaitan Hukum Murtad.

Sesungguhnya telah thabit di dalam al-Quran dan dihuraikan di

dalam hadith dan disepakati oleh jumhur ulama’ bahawa hukuman ke

atas kesalahan murtad adalah dibunuh. Di sini dinyatakan hujah-

20

hujah yang menyangkal pandangan golongan liberalis khasnya Jamal

al-Banna yang menolak hukuman tersebut. Di dalam buku karangan

Dr. Yusuf al-Qardhawi; Jarimah al-Riddah wa ‘Uqubah al-Murtad, (1996) dan

karangan Dr. Halimah S.H; Hukum Pidana Syariat Islam, (1970)

didapati beberapa hadith yang shahih daripada riwayat yang benar

mengenai pewartaan hukuman murtad ini yang diriwayatkan oleh

beberapa sahabat seperti Ibn ‘Abbas, Abi Musa, Ma’adh, ‘Ali,

‘Uthman, Ibn Mas’ud, ‘Aisyah, Anas, Abi Hurairah dan Mu’awiyah

bin Haidah r.ahum. Antara hadith tersebut adalah:

i) Daripada Ibn Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak halal darah seorang muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan

selain Allah dan aku adalah Rasulullah melainkan dengan dengan salah satu

daripada tiga perkara: Jiwa dengan jiwa, penzina yang sudah berkahwin,

mereka yang keluar dari agamanya, dan yang meninggalkan jemaah.

(Shahih Muslim, hadith no. 1676, martabat shahih).

ii) Sesungguhnya Ali r.a. didatangi oleh Anas r.a. bersama

Kaum Zith yang menyembah berhala lalu mereka dibakar.

Maka berkatalah Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW

pernah bersabda: Barangsiapa yang menukar agamanya, maka

bunuhlah dia. (Musnad Ahmad, halaman 4, hadith no. 439,

martabat sanadnya shahih).

iii) Daripada ‘Abdullah bin ‘Utbah, Ibn Mas’ud r.a. membawa

satu kaum yang telah keluar daripada agama Allah (Islam)

daripada ahli Iraq dan telah berkata: Maka dibawakan

kepada ‘Uthman bin ‘Affan r.a. untuk ditulis ke atas

mereka dan ditulis bahawa sesungguhnya telah datang

21

kepada mereka agama yang haq, dan kesaksian bahawa tiada

Tuhan melainkan Allah, maka jika mereka menerimanya maka

lepaskanlah mereka, dan jika mereka menolaknya bunuhlah

mereka. Maka sebahagian daripada mereka yang menerima

dilepaskan dan yang menolaknya dibunuh. (al-Sharim al-

Maslul, halaman 3, hadith no. 305, martabat sanadnya

shahih).

Ini merupakan sebahagian hadith dan athar sahabat yang dapat

dijadikan hujah ke atas pandangan Jamal al-Banna berkenaan

tiadanya hukuman bunuh kepada pesalah murtad. Kesemua hadith ini

bertaraf shahih dan wajib beramal dengan kandungannya.

Sesungguhnya telah disepakati bahawa hadith merupakan sumber

rujukan selepas al-Quran sebagai penerang dan penjelas hukum di

dalam al-Quran. (Al-Qardhawi, 1996: 46-49).

Maka telah benarlah hadith yang diriwaytkan mengenai warta

hukuman bunuh ke atas golongan murtad ini dan telah dilaksanakan

oleh para sahabat pada zaman Khulafa’ al-Rashidin. Sesungguhnya

golongan liberalis mengatakan bahawa hadith akan tertolak jika

bertentangan dengan ayat al-Quran, iaitu hadith berkenaan hukuman

bunuh ke atas kesalahan murtad tertolak kerana tiadanya dalam al-

Quran yang mengatakan tentang hukuman tersebut, bahkan hanya

mengatakan hukuman di akhirat sahja buat mereka. Maka al-Qardhawi

menjawab bahawa telah berfirman Allah SWT di dalam al-Quran:

22

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu

kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada

"Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam

sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada

(Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya, jika kamu

benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian

adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula

kesudahannya.

(Al-Quran: al-

Nisa’, 4: 59)

Maka jelas di sini bahawa, Allah memerintahkan kepada kita untuk

merujuk kembali kepada RasulNya yaitu hadith baginda SAW ketika

mana berlaku kesalahfahaman dalam hal urusan agama. Dan merujuk

kepada hadith dalam menerangkan isu hukuman bunuh ke atas

golongan murtad ini, para ulama’ telah mendatangkan hadith-hadith

bertaraf shahih untuk menjelaskan ayat al-Quran mengenai murtad

ini. (Al-Qardhawi, 1996: 61).

Namun terdapat beberapa pandangan yang juga menolak beberapa

hadith di atas dengan mengatakan hadith tersebut adalah hadith

ahad yang tidak mempunyai hujah yang kuat. Maka dinyatakan bahawa

al-Qaradhawi mengatakan bahawa kebanyakan hukum jenayah

23

disandarkan kepada hadith ahad. Maka tidaklah menjadi kesalahan

bersandarkan hadith ahad juga dalam menentukan hukuman murtad.

Ini kerana, jika hadith tersebut tidak terdapat percanggahan

dalam penafsirannya maka hadith tersebut memberikan kesan qat’i.

Ada juga yang mengatakan bahawa hhadith ahad boleh menjadi

sandaran hukum jika berada pada status masyhur. (Ann Wan Seng,

2009:75)

Selain daripada itu, Jamal al-Banna juga mengatakan bahawa

hukuman murtad yang dikenakan pada zaman Baginda SAW adalah bukan

disebabkan murtad, akan tetapi di atas sebab yang lain. Hadith

yang berkaitan tersebut yang menyatakan seorang Islam yang

memerangi Allah dan RasulNya dibunuh dengan cara bunuh, salib

atau buang negeri sememangnya berkaitan dengan kesalahan yang

lain, namun begitu ia tidak menolak hadith-hadith lain yang

menunjukkan perlaksanaan hukum bunuh kepada yang murtad.

4.3. Hukuman Ke Atas Golongan Murtad.

Sememangnya Islam telah menggariskan satu undang-undang yang

sempurna untuk memelihara lima prinsip utama iaitu agama, nyawa,

akal, keturunan dan harta benda. Maka hukuman ke atas golongan

murtad ini khususnya untuk memelihara kesejahteraan agama.

Ditetapkan ke atas kesalahan murtad ini hukuman bunuh sebagai

hukuman asal dan telah qat’i untuk wajib dilaksanakan ke atas

sesiapa sahaja yang murtad samada lelaki atau wanita, tua atau

muda tanpa perbezaan. Namun begitu, jika didapati kesamaran

24

padanya untuk dijalankan hukuman, maka Islam telah menetapkan

hukuman ganti ke atasnya.

Hukuman ganti ialah apabila hukuman asal iaitu bunuh ke atas

mereka tidak boleh dilaksanakan di atas sebab tertentu, maka

hukuman ganti dijalankan. Sebab-sebab tersebut adalah:

i) Hukuman bunuh digugurkan jika orang murtad tersebut telah

bertaubat. Maka dalam kes ini, hakim hakim boleh

menggantikan hukuman asal dengan hukuman penjara.

ii) Digugurkan jika didapati kesamaran padanya. Keputusan

hukuman seperti tersebut telah dijalankan oleh Abu

Hanifah rah. ke atas wanita dan kanak-kanak yang murtad.

Maka untuk menggantikan hukuman asal tersbut, Abu Hanifah

mengenakan hukuman penjara ke atas mereka selama mana

masa yang tidak dihadkan iaitu sehingga mereka kembali

bertaubat dan ingin menganut kembali agama Islam.

Selain itu, hukuman sampingan juga dikenakan ke atas golongan

murtad ini iaitu dihukum bersabit dengan pemilikan harta benda,

pengurusan, pewarisan dan perkahwinan mereka. (Sa’id Ibrahim,

1998: 64-66).

25

5.0. KESIMPULAN

Pandangan para liberalis terhadap isu-isu berkaitan penghukuman

di dalam Islam termasuklah hukuman hudud antaranya hukuman murtad

ini merupakan pandangan mereka yang berdasarkan kepada tafsiran

yang tidak muktabar daripada ulama’ terkemuka. Jamal al-Banna

bertindak mengketengahkah isu hukuman ke atas murtad ini dengan

menafikan kewujudan hukuman bunuh dengan menyerahkan hukuman

hanya kepada Allah dan bersifat ukhrawi semata hingga

mengelirukan umat Islam yang kurang asas pendidikan agama.

Maka menyedari bahawa ancaman liberal ke atas akidah umah

Islam, ramai pencinta agama mula menulis bagi menyanggah kembali

hujah liberalis terhadap isu-isu tertentu antaranya Dr. Yusuf al-

Qardhawi, Ann Wan Seng, Abdul Muta’al al-Sha’idi, para pensyarah,

pemikir-pemikir Islam dan lain-lain. Setelah dinyatakan di atas

jawapan-jawapan mereka terhadap hujah Jamal al-Banna, maka

jelaslah di sini bahawa hukuman hudud iaitu bunuh ke atas

26

golongan yang telah dipastikan murtad merupakan hukuman yang sah

dan shahih dalam hukum perundangan Islam berdasarkan hadith-

hadith shahih yang menyokong ayat al-Quran yang memerlukan

penjelasan daripada al-Sunnah yang sememangnya berfungsi

menjelaskan kesamaran dalam al-Quran.

Jelas di sini bahawa, pandangan daripada Jamal al-Banna

adalah pandangan yang tertolak sama sekali dan tidak boleh

digunapakai disebabkan dalil dan hujah yang digunakannya tidak

kuat, di samping hujah beliau tersebut juga yang disokong oleh

beberapa tokoh liberal Islam membuatkan hujah beliau

dikategorikan juga di antara pandangan liberal yang mana mereka

ini dikatakan banyak menggunakan akal dalam menafsirkan al-Quran

dan dalam memahami hal urusan agama. Maka perlu diingat bahawa,

pemahaman liberal ini bukanlah ajaran Islam yang sebenar

melainkan hanyalah antara isme-isme atau pemikiran yang wujud

pada masa kini bagi mengelirukan umat Islam dan melemahkan serta

merosakkan akidah mereka.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

27

Abdullah Saeed, Hassan Saeed. 2004. Freedom of Religion, Apostasy and

Islam. Ashgate

Publishing Company. Burlington, USA.

Al-Banna, Jamal. 2008. Tafnif Da’wa Had al-Riddah. Dar al-Syuruq.

Cairo.

Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah .Tafsir fi Zilalil

Quran.2000. Pustaka Aman Press SDN.BHD. Kota Bharu ,Kelantan.

Al-Qardhawi, Dr. Yusuf. 1996. Jarimah al-Riddah wa ‘Uqubah al-Murtad.

Maktabah Wahbah.

Qaherah, Mesir

Ann Wan Seng. 2009. Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata. Must Read Sdn.

Bhd. Kuala

Lumpur.

Al-Sha’idi, Abdul Muta’al. t.th. Al-Hurriyyah al-Diniyyah fi al-Islam. Dar

al-Fikr al-‘Arabi.

Dr. Halimah H.S. 1970. Hukum Pidana Syariat Islam. Penerbit Bulan

Bintang. Jakarta,

Indonesia.

M.E. Asad Subhani. 2005. Apostasy in Islam. Global Media Publications.

New Delhi, India.

28

Maulana Muhammad Ali. 2008. The Religion of Islam. Indiana University.

Lahore, India.Haji

Mohd Nasir Omar.2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Utusan Publications

& Distributions. Cheras, Kuala Lumpur.

Sa’id Haji Ibrahim. 1998. Jenayah Murtad Dari Sudut Hukum Syara’ dan

Perundangan

Islam. Dar al-Ma’rifah. Kuala Lumpur.

http://www.dorar.net/enc/hadith?skeys=&xclude=&degree_cat0=1

Http://en.wikipedia.org/wiki/Gamal_al-Banna

Http://www.voa-islam.com/lintasberita/hidayatullah/

2010/10/01/10532/jamal-albanna-serang-sunnah-dan-alquran/