Integrasi Spiritual Intelligence Islam dan Barat di dalam SPIES

15
Human Development 33 INTEGRASI SPIRITUAL INTELLIGENCE ISLAM DAN BARAT DI DALAM SPIRITUAL PHYSICAL INTELEKTUAL EMOSI SOSIAL (SPIES) Faizatul Najihah binti Mohd Azaman 1 Abstrak Spiritual Intelligence hebat diperbincangkan kini, melalui latihan kepimpinan dan turut menyerap di dalam buku-buku motivasi. Sejak kemunculan hasil tulisan Danah Zohar dan Ian Marshall, SQ The Ultimate Intelligence, ramai pengkaji dan konsultansi mula menginterpretasi dan mengaplikasi terminologi spiritual intelligence mengikut kaedah masing-masing. Penubuhan model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang menggunakan terminologi spiritual antara salah satu konsultansi yang menggunakan spiritual intelligence sebagai mekanisme perubahan sikap, minda dan hati. Persoalannya, apakah tiada spiritual intelligence di dalam Islam sehingga menggunakan terminologi Barat sebagai medium? Kajian kualitatif ini menggunakan metodologi analisis kandungan yang dirujuk daripada buku-buku dan jurnal yang membincangkan mengenai spiritual intelligence, selain model kerangka Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang diperolehi daripada temu bual bersama Dr Ruziah binti Ghazali, penyelaras Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES). Analisis kandungan modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) pula didapati daripada partipasi ikut serta pengkaji ke program Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di bawah konsultansi Dreamteam Resources pada 5, 6 Ogos 2012 dan 20, 21 Julai 2013. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti spiritual intelligence di dalam Islam dan bagaimana model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) mengaplikasikannya. Dapatan kajian kemudiannya mendapati terdapatnya integrasi antara spiritual intelligence Barat dengan Islam melalui kaedahnya tersendiri. Kata kunci: Spiritual Intelligence, Islam, Barat, Model dan Modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) 1 Pelajar Sarjana Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.[email protected] (019-2318560).

Transcript of Integrasi Spiritual Intelligence Islam dan Barat di dalam SPIES

Human Development

33

INTEGRASI SPIRITUAL INTELLIGENCE ISLAM DAN BARAT DI DALAM

SPIRITUAL PHYSICAL INTELEKTUAL EMOSI SOSIAL (SPIES)

Faizatul Najihah binti Mohd Azaman1

Abstrak

Spiritual Intelligence hebat diperbincangkan kini, melalui latihan kepimpinan dan turut

menyerap di dalam buku-buku motivasi. Sejak kemunculan hasil tulisan Danah Zohar dan

Ian Marshall, SQ The Ultimate Intelligence, ramai pengkaji dan konsultansi mula

menginterpretasi dan mengaplikasi terminologi spiritual intelligence mengikut kaedah

masing-masing. Penubuhan model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang

menggunakan terminologi spiritual antara salah satu konsultansi yang menggunakan

spiritual intelligence sebagai mekanisme perubahan sikap, minda dan hati. Persoalannya,

apakah tiada spiritual intelligence di dalam Islam sehingga menggunakan terminologi Barat

sebagai medium? Kajian kualitatif ini menggunakan metodologi analisis kandungan yang

dirujuk daripada buku-buku dan jurnal yang membincangkan mengenai spiritual

intelligence, selain model kerangka Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang

diperolehi daripada temu bual bersama Dr Ruziah binti Ghazali, penyelaras Spiritual

Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES). Analisis kandungan modul Spiritual Physical

Intelektual Emosi Sosial (SPIES) pula didapati daripada partipasi ikut serta pengkaji ke

program Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di bawah konsultansi

Dreamteam Resources pada 5, 6 Ogos 2012 dan 20, 21 Julai 2013. Objektif kajian ini adalah

mengenalpasti spiritual intelligence di dalam Islam dan bagaimana model Spiritual Physical

Intelektual Emosi Sosial (SPIES) mengaplikasikannya. Dapatan kajian kemudiannya

mendapati terdapatnya integrasi antara spiritual intelligence Barat dengan Islam melalui

kaedahnya tersendiri.

Kata kunci: Spiritual Intelligence, Islam, Barat, Model dan Modul Spiritual Physical

Intelektual Emosi Sosial (SPIES)

1Pelajar Sarjana Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan

[email protected] (019-2318560).

Human Development

34

LATAR BELAKANG KAJIAN

Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) adalah model yang dirangka oleh

YB Dr Halimah binti Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

di Selangor. Model ini adalah bertujuan salah satunya untuk menangani masalah sosial di

Selangor khususnya. Di dalam konvensyen Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial

(SPIES) di Selangor pada 19 Februari 2013, usaha membudayakan model ini sedang giat

dilakukan di dalam masyarakat. Objektif umum Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial

(SPIES) adalah melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat yang akan menjadi

aset pada negeri. Insan yang kamil ini akan melahirkan Selangor sebagai hub-ilmuan yang

maju, selamat, aman makmur dan berdaya saing.

Kemunculan Spiritual Intelligence di Barat adalah rentetan daripada Intelligent Quotient (IQ)

sekitar tahun 1990-an. Menyedari bahawa memiliki IQ sahaja tidak cukup untuk survival

hidup di dalam meladeni masalah dan cabaran, emotional quotient atau EQ diperkenalkan

oleh Goleman untuk mendepani secara bijak emosi dan perasaan. Kemudiannya, spiritual

quotient atau spiritual intelligence dicetuskan kerana merasakan kelompangan dan

kekosongan jiwa di dalam mencari erti makna kehidupan. Justeru, banyak hasil karya yang

bukan sahaja dari Danah Zohar dan Ian Marshall tetapi dari pengkaji Barat yang lain yang

telah mengimplementasi spiritual intelligence di dalam kepimpinan, pendidikan dan lain-lain.

Di Indonesia, Ary Ginanjar memperkenalkan gabungan spiritual quotient dengan emotional

quotient yang digabungkan menjadi ESQ. Malah, ESQ turut muncul di Malaysia melalui

latihan-latihan kepimpinan dan program TV seperti Halaqah Qalbu di TV 9.

Di Malaysia, kebanyakan pengkaji mulai sedar mengenai kepentingan spiritual intelligence di

dalam kehidupan. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kajian yang mengkaji mengenai

spiritual intelligence namun diislamisasikan menurut konsep Islam yang merujuk kepada

dimensi kerohanian individu Muslim atau tasawuf.Sebagai contoh pengkaji dan juga

konsultansi yang mengambil spiritual quotient sebagai unsur di dalam latihan

pembangunannya adalah Fazrul Ismail dan Mohd Syamil yang juga menghubungkan empat

unsur lain seperti physical quotient, emotional quotient dan intelligent quotient di dalam

kajian seperti yang terdapat di dalam buku Transformasi P.I.E.S2 dan Master P.I.E.S

3.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian kualitatif ini melibatkan analisis kandungan yang menggunakan buku-buku dan jurnal

yang membincangkan mengenai spiritual intelligence. Selain itu, pengkaji juga turut menemu

bual separa struktur serta mendapatkan model dan kertas kerja Spiritual Physical Intelektual

Emosi Sosial (SPIES) daripada Dr. Ruziah binti Ghazali selaku penyelaras model ini.Analisis

kandungan modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) pula didapati daripada

partipasi ikut serta pengkaji ke program Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES)

di bawah konsultansi Dreamteam Resources pada 15, 16 Ogos 2012 dan 20, 21 Julai 2013.

Pengkaji menggunakan analisis kandungan melalui deskriptif iaitu memberikan gambaran

secara umum dan analisis komparatif dengan membuat perbandingan antara kedua penjuru,

Islam dan Barat.

2Syamil. (2009). Transformasi P.I.E.S. Kuala Lumpur : Must Read Sdn. Bhd. 3 Fazrul Ismail. (2012). Master P.I.E.S : Lonjakkan Prestasi Diri. Kuala Lumpur : PTS Millenia Sdn. Bhd.

Human Development

35

OBJEKTIF KAJIAN

Terminologi spiritual intelligence yang kini mendapat sambutan dari kalangan penulis dan

konsultansi menemukan pengkaji dengan objektif kajian iaitu :

i. Mengenalpasti spiritual intelligence di dalam Islam dan Barat.

ii. Mengkaji terminologi dan penggunaan spiritual intelligence yang digunakan di dalam

model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).

SPIRITUAL INTELLIGENCE DALAM ISLAM

Menurut Mohd Sabri & Salmiah (2010)4 kecerdasan spiritual atau spiritual intelligence

dikaitkan dengan konsep ketuhanan sebagaimana Saemah & Zarin (2005) yang menyatakan

bahawa perkembangan kerohanian tidak dapat dipisahkan dengan ketuhanan dan penciptaan

manusia oleh Tuhan. Malah, sememangnya manusia diciptakan dengan nilai murni yang

universal sebagaimana manusia itu mempunyai roh atau etimologi Inggerisnya adalah

acreature with spirit.

Apabila disebut pembangunan rohani, atau kerohanian Islam, Mostafa (2003)5 pula

menggambarkan ianya spiritual intelligence sebagai tasawuf. Beliau membawakan pengertian

manusia sebagai nafs iaitu gabungan roh dan jasad sebagai pandangan dualisme.

Menurut Mohamed Asin Dollah (1998)6, perlaksanaan tiga hubungan iaitu antara manusia

dengan dirinya sendiri, dengan Allah SWT, dan sesama makhluk lain akan menghasilkan

unsur kerohanian di dalam islam. Sebagai contoh, hubungan pertama dimana manusia perlu

menjaga diri sendiri dari segi rohani dan jasmani iaitu memelihara keperluan jasmani,

jasadiah seperti makan minum dan sebagainya. Dari segi kerohanian pula manusia mestilah

memenuhi tuntutan yang telah diperintah oleh-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.

Hubungan kedua pula adalah keperluan manusia menjaga hubungan dengan Allah SWT

melalui kepercayaan kepada rukun Iman, dan beramal dengan rukun Islam. Hubungan ketiga

pula menuntut manusia memelihara hubungan dengan makhluk-makhluk Allah SWT yang

lainnya seperti yang dididik syariat. Contohnya, manusia diajar untuk mengamalkan sifat

yang baik, bercakap benar, ikhlas, jujur, syukur, tawakal, amanah dan sebagainya. Konsep

kerohanian di dalam Islam ini adalah bertujuan memelihara status manusia sebagai khalifah

Allah di muka bumi ini dengan sentiasa mencari keredhaan Allah SWT sebagai matlamat

hidup.

Bagaimanapun, (Khatijah et al 20097, Fatimah 2012

8) memetik pernyataan Imam Ghazali

yang mengatakan terdapat tiga konsep asas dalam spiritual individu Muslim, iaitu Islam,

Iman dan Ihsan. Mawdudi juga merumuskan konsep ini dengan berpendapat bahawa iman

4Mohd Sabri & Salmiah.2010. Kecerdasan Spiritual Menurut Islam dan Barat. dlm. Isu-isu dalam Pengajian

Islam Siri 2. Johor : Penerbit UTHM. Hlmn 35. 5Mostafa. 2003. 2003. Pembangunan Rohani menurut Persepektif Tasawuf dan Psikologi Moden. dlm Jurnal

Islamiyyat 24 : 21-35. Hlmn 30. 6Mohamed Asin Dollah. 1998. Antara Psikologi Islam dan Ilmu Kerohanian Islam. dlm. Islam Akidah dan

Kerohanian. Bangi : Penerbit UKM. Hlmn 99-100. 7Khatijah et al. 2009.Asas Pembangunan Spiritual dalam Pembentukan Modal Insan. dlm. Prosiding Seminar

Kebangsaan Ketamadunan Islam 2009 (NASIC ‘09). Hotel Impiana, Ipoh 8-9 Disember 2009. 8 Fatimah. 2013. 2012. Teaching Islamic Ethics and Ethical Training : Benefiting from Emotional and Spiritual

Intelligence. dlm. International Journal of Humanities and Social Science 2(3): Hlmn 224-232.

Human Development

36

itu percaya kepada Tuhan, Islam sebagai sebuah penyaksian dan penyerahan diri kepada

Tuhan, Ihsan sebagai nilai murni dalam agama serta menambah taqwa sebagai nilai

kesedaran individu kepada Tuhan. Oleh itu, perbincangan secara terperinci akan menyentuh

keempat-empat konsep ini:

Iman

Iman adalah tunjang utama kerangka spiritual. Perkataan iman adalah merupakan daripada

kalimah Bahasa Arab, amana yang bermaksud berada dalam keamanan atau merasa

wujudnya aman. Di dalam terminologi Islam, iman bermaksud membawa kepercayaan dan

keimanan kepada Tuhan. Sebagaimana yang telah dipercayai oleh masyarakat Islam, iman

mempunyai enam peringkat rukun kesemuanya, iaitu (i) kepercayaan dan keimanan kepada

Allah SWT, (ii) kepercayaan kepada Rasul-rasul-Nya, (iii) kepercayaan kepada kewujudan

malaikat, (iv) kepercayaan kepada empat kitab iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Quran, (v)

kepercayaan kepada hari kebangkitan dan (vi) keimanan kepada qada’ dan qadar. Keenam-

enam prinsip ini adalah saling berkaitan dan sangat penting dalam diri individu Muslim. 910

Islam

Islam berasal daripada 3 huruf, iaitu sin, lam, dan mim yang membawa maksud selamat.

Menurut Abdu Jalil (1991) Islam bermaksud salima yang membawa pengertian (i) ikhlas

semata-mata kerana Allah, (ii) aman dan sejahtera dan (iii) tunduk atau patuh kepada perintah

Allah SWT.11

Islam adalah praktikaliti kepada rukun iman yang disebutkan di atas. Terdapat

lima rukun Islam yang bersifat secara praktikal iaitu (i) mengucap dua kalimah syahadah, (ii)

mendirikan solat lima waktu, (iii) menunaikan zakat, (iv) berpuasa pada bulan Ramadhan,

dan (v) mengerjakan haji di Baitullah.12

Taqwa

Kalimah taqwa adalah berasal daripada kata waw, qaf dan ya yang bermaksud melindungi

serta menjaga. Menurut Ataullah Siddiqui (1997), taqwa adalah bermaksud melindungi

individu daripada segala bentuk bahaya, ancaman dan malapetaka. Di dalam konteks

spiritual, ia dimaksudkan dengan sikap berjaga-jaga dan berhati-hati dengan setiap tindakan

yang dilakukan. Taqwa juga mampu menjadikan individu dapat menilai dan berfikir dahulu

sebelum bertindak membuat keputusan atau berkata-kata. Bagaimanapun, Mawdudi

menegaskan bahawa taqwa adalah menyeluruh kepada dalaman iaitu dengan merasai takut

kepada Tuhan dan taat di dalam menunaikan ibadah kepada Allah SWT.13

Menyoroti spiritual

intelligence dalam aspek taqwa ia adalah proses mengembangkan mengenai kesedaran(self

awareness) dan ia adalah asas kepada spiritual intelligence dan emotional intelligence. Ia

melibatkan tentang pengetahuan mengenai diri sendiri, mengenali perasaan yang berkembang

di dalam diri, mengenali kelemahan dan kelebihan diri sendiri dan melihat diri sendiri di

dalam dimensi positif. 14

9Khatijah et al 2009. Hlmn 356. 10Abdul Jalil. 1991. Rukun Iman: Huraian & Pecahannya. Kuala Lumpur : Mahir Publications Sdn. Bhd. Hlmn

15-30. 11 Abdul Jalil. 1991. Hlmn 10. 12 Khatijah et al 2009. Hlmn 357. 13Khatijah et al 2009. Hlmn 358. 14Fatimah 2012. Hlmn 229.

Human Development

37

Ihsan

Ihsan adalah berasal daripada perkataan Arab hasana yang bermaksud paling baik, sesuai,

munasabah dan selari. Ihsan adalah merupakan tahap tertinggi di dalam Islam sebagaimana

konsepnya yang membawa kepada perasaan kasih dan sayang hamba kepada Pencipta. 15

Ihsan adalah nilai agama yang dilakukan sebagai kawalan kepada diri supaya tidak

menyeleweng kepada Allah SWT. Sebagaimana yang telah diceritakan di dalam hadis,16

:

....Apakah ihsan itu? Nabi menjawab : “iaitu hendaklah engkau menyembah Allah yang

seolah-olah engkau melihat Allah, sekalipun engkau tidak boleh melihat-Nya tetapi Dia boleh

melihat engkau...” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Fatimah (2012)17

pula menambah empat aspek spiritual intelligence di dalam Islam, satu

daripadanya bersamaan dengan Khatijah (2009) iaitu nilai taqwa yang diperincikan di atas.

Menelusuri tiga konsep ini dengan perincian di bawah:

Self Control Or Emotions

Spiritual intelligence adalah pembaikan watak yang bergantung kepada kemampuan untuk

mengawal diri. Bagaimanapun, untuk mengawal diri ia memerlukan kematangan spiritual dan

disiplin sebagaimana yang disebut di dalam terminologi tasawuf sebagai tazkiyah dan

riyadah.

Self Control And Personal Strenght

Self control atau mengawal diri adalah asas bagi manusia. Salah satu nilainya adalah

kesabaran. Kesabaran mampu memajukan manusia dengan cara yang banyak dan salah

satunya adalah memperolehi moral yang unggul dengan mendapat ketenangan jiwa dan hidup

yang lebih daripada mereka yang jauh daripada Allah SWT. Personal strenght atau

terjemahannya kekuatan kendiri adalah penjanaan prinsip yang jelas dan teguh untuk melalui

kehidupan yang penuh mencabar. Individu yang memiliki sikap ini akan mampu untuk

memilih tindakan yang sesuai dengan prinsip hidupnya.

Mercy (Rahima) And Interpersonal Power

Spiritual intelligence, menurut Fatimah adalah penting kerana mampu membina hubungan

interpersonal yang positif seperti kasih sayang, cinta, kesabaran dan kemaafan semata-mata

untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Individu yang mencapai tahap spiritual yang tinggi

akan mampu mencapai kualiti yang tidak pentingkan diri sendiri. Memberi maaf dan

meminta maaf adalah sebahagian daripada sikap yang tidak pentingkan diri sendiri. Malah, di

dalam konteks dengan Pencipta, bertaubat, dengan mengaku segala kesalahan, berazam tidak

melakukannya, dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Spiritual bukanlah termaktub

kepada hubungan dengan Pencipta sahaja, tetapi termasuk dalam hubungan sesama komuniti.

Bagaimanapun, hubungan yang baik antara Pencipta adalah akar dan asas kepada hubungan

sesama manusia. Spiritual intelligence di dalam Islam adalah lebih kepada pembangunan

15Khatijah et al 2009. Hlmn 358. 16 Abu Sangkan. 2006. Berguru kepada Allah. Jakarta : Yayasan Solat Khusu’. 17Fatimah. 2012. Hlmn 228-230.

Human Development

38

kerohanian dalaman manusia dan bagaimana manusia menggerakkan dalamannya di dalam

kehidupan.

SPIRITUAL INTELLIGENCE OLEH BARAT

Pada awal abad ke 20, IQ (Intelligent Quotient) pernah menjadi isu besar.Kecerdasan

intelektual berfungsi sebagai penyelesaian masalah logik. Pakar psikologi telah pun

mengadakan ujian untuk mengujinya dan ujian tersebut akan menentukan manusia ke dalam

pelbagai tingkatan kecerdasan. Menurut teori ini kecerdasan seseorang itu berdasarkan

ketinggian tahap IQnya.

Daniel Goleman telah menemukan pada tahun 1990-an menerusi bukunya, Emotional

Intelligence yang telah terbit pada 1996 menunjukkan bahawa EQ adalah sama pentingnya

dengan IQ dimana EQ member kesedaran tentang perasaan diri sendiri dan orang lain. EQ

memberi rasa empati, cinta, motivasi, dan kemampuan untuk menanggapi kesedihan atau

kegembiraan dengan tepat. Menurut Goleman, EQ adalah asas kepada penggunaan IQ secara

berkesan.

Awal abad ke 21 pula menunjukkan bahawa adanya Q jenis ketiga.SQ telah melengkapkan

gambaran sepenuhnya kecerdasan individu.Ia berfungsi untuk menghadapi dan memecahkan

persoalan makna dan nilai, iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup di dalam

konteks makna yang lebih luas dan kaya, dimana kecerdasan itu adalah menilai tindakan

seseorang itu lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain.

Penemuan Danah Zohar seorang pakar fizik dan falsafah Massachussets Institute of

Technology dan suaminya, Ian Marshall seorang pakar psikologi dan falsafah di Universiti

Oxford melalui buku popular, Spiritual Intelligence : The Ultimate Intelligence pada tahun

2000 telah mencetuskan fenomena baharu di dalam dunia penyelidikan mengenai kecerdasan.

Sebagaimana dijelaskan oleh Goleman kecerdasan emosi memungkinkan “saya” memutuskan

dalam situasi apa “saya” berada lalu bersikap tepat dengannya. Dalam keadaan begitu, “saya”

bekerja dalam situasi terbatas dan membiarkan situasi tersebut mengarahkan “saya”.Akan

tetapi kecerdasan spiritual memungkinkan “saya” bertanya apakah “saya” memang ingin

berada di dalam situasi tersebut.Apakah “saya” lebih suka mengubah situasi tersebut dan

memperbaikinya? Hal ini bermakna “saya” bekerja dalam batasan situasi, tetapi “saya” yang

mengarahkan situasi tersebut dan bukan situasi yang mengarah saya sebagaimana peranan

kecerdasan emosi (Zohar & Marshall 200018

, TM Sulaiman 2002).19

Spiritual didefinisikan di dalam Webster, sebagai “the animating or vital principle ; that

which gives life to the physical organism in contrast to its material elements ; the breath of

life.”Iaitu konsepnya yang membawa kepada kehidupan dan kecergasan sistem. Definisi ini

dapat digambarkan melalui fitrah manusia yang secara asasnya adalah makhluk spiritual yang

mempunyai beberapa persoalan dalaman iaitu:

a) Kenapa saya dilahirkan?

b) Apa makna kehidupan saya?

c) Kemana saya patut pergi apabila penat, tertekan dan terpukul?

18Zohar & Marshall. 2000 SQ : Spiritual Intelligence The Ultimate Intelligence. United States. Bloomsbury

Publishing. Hlmn 6-7. 19 TM Sulaiman. 2002. Terorisme Global dan pengganas : Cabaran Hidup beragama pada Alaf Baru. Kuala

Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Hlmn 138-144.

Human Development

39

d) Apa yang membuatkan semua yang sementara bernilai?

SQ adalah kecerdasan untuk menghadapi dan memecahkan persoalan makna dan nilai iaitu

kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas

dan kaya : kecerdasan untuk menilai sesuatu perbuatan ataupun tingkah laku lebih bermakna

berbanding yang lain. SQ adalah puncak kecerdasan tertinggi atau ditakrifkan sebagai Zohar

dan Marshall sebagai ultimate intelligence.20

“Man’s search for meaning is the primary motivation in his life and not “secondary

rationalization” of instinctual drives. This meaning is unique and specific in that it

must and can be fulfilled by him alone; only then does it achieve a significance which

will satisfy his own will do meaning.” – Victor Frankl, Man’s Search for Meaning.

Sains telah membantu kita memahami apa itu spiritual iaitu untuk berpengalaman merasai

spiritual yang bermaksud untuk disentuh menjadi lebih besar, dalam, kaya dan meletakkan

diri kita di dalam situasi yang terbatas kepada satu perspektif baharu. Spiritual ini

memaksudkan something more iaitu yang lebih mendalam realiti sosial atau jaringan

pemaknaan sosial.Sebagaimana yang dikatakan oleh Victor Frankl, pencarian kita terhadap

makna adalah sebagai motivasi utama di dalam hidup. Pencarian menjadikan kita sebagai

makhluk spiritual sebagaimana kita dan apabila semakin mendalam keperluan pencarian, kita

akan terasa cetek dan kosong21

.

Pencarian makna adalah banyak berkait dengan kehidupan kita sendiri. Tentang apa

kehidupan saya ini? Apa pengertian kerja saya? Syarikat ini saya pengasasnya atau saya

bekerja untuknya?Hubungan ini?Kenapa saya belajar sampai ijazah ini?Apa pengertiannya

terhadap saya? Apa ertinya sekiranya saya mati satu hari nanti. Kenapa saya

bertanggungjawab terhadap diri saya kepada sesuatu atau yang lain, atau kepada seseorang

atau orang lain? Dua antara sepuluh tertinggi penyebab kematian di dunia Barat adalah bunuh

diri dan ketagihan alkohol, kebiasaannya berhubung kait dengan krisis makna.

Pada awal masyarakat, manusia ketika itu hidup di dalam masyarakat yang tidak dikelilingi

dengan apa-apa persoalan.Mereka hidup secara budaya di dalam lingkungan kerja masing-

masing. Mereka menghidupkan budaya, agama, komuniti, moral, masalah dan matlamat.

Bagaimanapun pada masa moden ini, kita kekurangan sesuatu yang dikatakan oleh ahli

falsafah “taken for grantedness of life” iaitu tidak mengambil peluang di dalam kehidupan.

Kita meninggalkan eksistensial atau masalah kerohanian dan menggunakan kecerdasan untuk

menyelesaikannya. Penggunaan IQ atau rasional tidak mencukupi. Dengan bertanya dengan

lebih banyak mengenai bagaimana untuk menikmati hidup dan mencari nilai baru, mereka

akan menemukan perlunya menggunakan spiritual intelligence. 22

Di dalam buku Multiple Intelligence, Horward Gardner menghujahkan sekurang-kurangnya

terdapat tujuh macam kecerdasan termasuk muzik, ruang dan sukan sebaik rasional dan

emosional. Bagaimanapun, Zohar menghujahkan di dalam bukunya, Spiritual Intelligence:

The Ultimate Intelligence sebagai kemungkinan kecerdasan yang tak berkesudahan yang

boleh dihubungkan dengan satu daripada tiga asas sistem neural di dalam otak. Gardner telah

20Zohar& Marshall. 2000. Hlmn 3-4. 21Zohar & Marshall. 2000. Hlmn 18-19. 22Zohar & Marshall. 2000. Hlmn 21.

Human Development

40

menjelaskan kecerdasan adalah sebenarnya mempunyai kepelbagaiannya dan asasnya IQ,

EQ, dan SQ adalah berkaitan dengan pengaturan sistem neural.

Ciri-ciri Spiritual Intelligence Barat

SQ tidak mampu berkembang baik apabila individu tidak memiliki hal-hal seperti (Zohar &

Marshall, 2000 : 15) iaitu (a)kemampuan bersikap fleksibel, (b) mempunyai kesedaran diri

yang tinggi, (c) berkemampuan untuk menghadapi dan memanfaatkan penderitaan, (d)

mampu untuk menghadapi rasa sakit dan derita, (e) hidup secara kualiti yang diperoleh

daripada visi dan nilai, (f) tidak melakukan sesuatu yang tidak perlu, (g) kecenderungan

untuk bertanya mengapa, dan (h) sikap berdikari.

Individu yang tinggi SQnya akan menjadi seorang pemimpin iaitu yang bertanggungjawab

untuk membawa visi yang tinggi dan nilai kepada orang lain dan menunjukkan kepada orang

lain tentang bagaimana untuk menggunakannya ataupun dengan kata lain, individu yang

tinggi SQnya mampu menginspirasikan orang lain.

Dalam kehidupan moden masa kini, kita hidup dalam keadaan spiritual yang lembap kerana

dikuasai oleh materialisme iaitu segala sesuatu yang bersifat kebendaan, sikap pentingkan diri

sendiri, kurang pemaknaan dan komitmen. Bagaimanapun setiap individu mampu

mengangkat peribadi SQ tersendiri bergantung kepada keperluannya sendiri.Secara umum,

seseorang boleh meraih SQnya tersendiri melalui beberapa sikap iaitu (Zohar & Marshall

2000)23

, (Mohd Sabri & Salmiah 2010)24

melalui sembilan tingkah laku iaitu, (a) kesedaran

kendiri atau bahasa Inggerisnya adalah self awarenessyang bermaksud mengetahui siapa diri

sendiri dan hubungannya dengan seluruh alam, (b) visi dan nilai teladan yang merupakan

sesuatu yang pasti untuk manusia sejagat, (c) kebolehan untuk menghadapi dan menggunakan

kesusahan dan mengeksploitasi tragedi untuk belajar dari kesilapan, (d) bersifat holistik

dengan melihat dari segi aspek yang menyeluruh, (e) mempunyai kepelbagaian dan kelainan

untuk bertambah maju serta meraikan perbezaan sesama manusia, (f) cenderung untuk

bertanya kenapa, (g) kebolehan untuk mengklasifikasikan sesuatu atau meletakkan sesuatu di

dalam makna yang luas, dan (h) bersikap spontan.

Penyelidik Barat lain turut mengemukakan 10 cara mewujudkan kecerdasan spiritual seperti

yang dilakukan oleh Gottfried iaitu antaranya (a) baik hati, (b) pemaaf, (c) ketawa, (d)

menjadikannya semua baik untuk mendalami perasaan, (e) menjadikan rasa baik untuk

melepaskan perasaan, (f) mengelak untuk menghukum, (g) mengkritik dan menyalahkan, (h)

membiarkan sahaja keperluan sekiranya tidak dapat disempurnakan, (i) menarik nafas

sedalam-dalamnya dengan menangguhkan pemikiran untuk seketika dan (j) belajar untuk

menghubungkan ketenangan dalaman, kemudian berkongsi dengan orang lain. 25

ANALISIS KAJIAN

Hasil kajian mendapati terdapat beberapa aspek spiritual intelligence menurut Islam dan

Barat di dalam model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di Selangor. Oleh

23Zohar & Marshall. 2000. Hlmn 16. 24Mohd Sabri & Salmiah 2010.Hlmn 39. 25Mohd Sabri & Salmiah 2010.Hlmn 40.

Human Development

41

itu, pengkaji mengemukakan aspek tersebut melalui terminologi dan ciri-ciri penggunaan

spiritual intelligence di dalam modul.

Terminologi Spiritual Intelligence Di Dalam Model Spiritual Physical Intelektual Emosi

Sosial (SPIES)

Berdasarkan terminologi spiritual intelligence, pengkaji melihat penyerapan spiritual

intelligence Islam di dalam istilah spiritual yang dibawakan oleh model Spiritual Physical

Intelektual Emosi Sosial (SPIES).

Di dalam kertas kerja yang didapati daripada temu bual bersama Dr Ruziah binti Ghazali,

elemen spiritual adalah meliputi beberapa aspek, (i) elemen spiritual yang terbentuk akan

menentukan sikap dan tindakan yang tidak melampaui dari apa yang digariskan oleh Tuhan,

(ii) spiritual adalah membersihkan jiwa melalui muhasabah dan kesedaran diri yang

merangkumi kesedaran dalaman, yang diperolehi daripada kesedaran bertuhan, (iii)

mempunyai kekuatan mata hati, disiplin yang kuat, ain al yakin iaitu yakin apabila melihat,

ilmu al yakin iaitu yakin dengan ilmu yang dipelajari serta haq al yaqin iaitu yakin kepada

hakikat sebenar. Spiritual yang diterapkan adalah usaha meningkatkan kerohanian, jiwa dan

minda ke arah yang diredhai oleh Allah SWT, terutamanya.26

Dr. Ruziah juga menambah

pengertian spiritual intelligence yang diterapkan di dalam model dan modul adalah, “God-

Consciousness iaitu kesedaran kepada Tuhan. Spiritual ditekankan, hati yang bersih akan

melahirkan amalan integriti. Itulah yang ditekankan di dalam spiritual.”

Ciri-Ciri Spiritual Intelligence Di Dalam Model Spiritual Physical Intelektual Emosi

Sosial (SPIES)

Pengkaji menghimpunkan ciri-ciri spiritual intelligence dan telah melakukan analisis

perbandingan dengan spiritual intelligence Islam dan Barat di dalam modul Spiritual Physical

Intelektual Emosi Sosial (SPIES). Pengkaji telah mengklasifikasikan dua bahagian iaitu

spiritual intelligence Islam dan spiritual intelligence Barat di dalam model.

Spiritual Intelligence Islam Di Dalam Modul Bil. Ciri-ciri spiritual intelligence Islam Model Spiritual Physical Intelektual Emosi

Sosial (SPIES).27

1. Mohammed Asin Dollah (1998) mengatakan asas kerohanian Islam mempunyai tiga hubungan iaitu

manusia dengan diri sendiri, manusia dengan

Pencipta, Allah SWT dan akhir sekali manusia

dengan makhluk lain yang dicipta oleh Allah SWT.

26Dr Ruziah binti Ghazali. 2013. Kertas kerja Pembangunan Modal Insan (PMI) Selangor Program S.P.I.E.S.

Temu bual dan kertas kerja pada 24 September 2013. Hlmn 7. 27Model kertas kerja yang didapati daripada temu bual bersama Dr Ruziah binti Ghazali.2013. Pembangunan

Modal Insan (PMI) Selangor Program S.P.I.E.S. & Mengehsankan Insan Selangor Darul Ehsan.

Manusia

Tuhan

Alam

Human Development

42

Rajah 1 Rajah 1 menunjukkan hubungan vertikal dan

horizontal antara tiga hubungan.

Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial

(SPIES) membawakan tiga hubungan penting di dalam setiap kerangka modelnya bagi mencapai

keharmonian di dalam masyarakat. Sekiranya

manusia menjaga dirinya sendiri, memelihara hubungan dengan Pencipta-Nya, maka

hubungannya dengan sesama manusia atau

makhluk lainnya akan baik.

2. Khatijah et al (2009) mencirikan empat konsep penting di dalam spiritual Islam, iaitu Iman,

Islam, Taqwa (Fatimah 2012), dan Ihsan.

Di dalam model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) menegaskan bahawa

keimanan adalah penting berdasarkan konsep

keyakinan terhadap kewujudan Tuhan sebagai Pencipta Alam dan Makhluk serta hari akhirat.

Penekanan Islam pula diberi secara praktikal

iaitu melalui zikir mengingati Allah pada

permulaan modul, serta mengingatkan kembali tujuan penciptaan manusia di dunia. Elemen

taqwa yang diterapkan adalah istiqamah di dalam

melakukan perkara kebaikan, serta menjaga diri dari perbuatan yang menyusahkan orang lain dan

diri sendiri. Ihsan atau ehsan dalam definisi

model adalah manifestasi tahap paling tinggi amalan dan perbuatan individu yang lahir dari

kekuatan spiritual. Slogan yang dibawa dalam

model, “mengehsankan insan Selangor Darul

Ehsan” menginginkan keberhasilan yang meliputi lima aspek, iaitu; elemen spiritual

mampu menghasilkan sifat integriti, hati yang

terbuka, berjiwa besar dan berkeyakinan. Physical pula menjadikan individu berdisiplin

mengusahakan sesuatu secara berterusan,

berdikari, berani dan jelas dengan apa yang mahu

dilakukan. Intelektual melahirkan golongan yang pandai, dan berpendidikan serta kreatif. Keempat

elemen ini akhirnya akan menghasilkan sosial

yang baik iaitu berbuat kebajikan dan kebaikan dan saling membantu antara satu sama lain.

3. Fatimah (2012) menambah tiga ciri spiritual

Islam iaitu self control, self control and personal

strenght, dan mercy (Rahima) and interpersonal power.

Dari segi self control,model ini mendidik

manusia untuk mengawal diri daripada perkara

negatif melalui elemen Pyhsical yang diterapkan dengan menjaga kesihatan diri dan memelihara

daripada melakukan perbuatan yang mudharat

dan tidak sihat. Self control and personal strenght pula didapati daripada amalan Spiritual

yang kuat dengan Allah SWT akan menghasilkan

kekuatan dalaman dan kemampuan mengawal diri daripada melakukan perkara yang

merosakkan diri. Mercy

(rahima)andinterpersonal power diterapkan di

dalam aspek Sosial iaitu menyemai keprihatinan,

Human Development

43

saling hormat menghormati, dan menghargai manusia serta makhluk lain.

Spiritual Intelligence Barat Di Dalam Modul

Di dalam perbincangan ini, pengkaji membahagikan dua perbincangan iaitu pertama

penggunaan spiritual quotient (SQ) dan indikasi atau kriteria spiritual quotient (SQ) di dalam

model.

1. Penggunaan spiritual quotient (SQ) di dalam modul. Bil. Penggunaan Spiritual Intelligence

Barat

Modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).28

1. Menggunakan SQ untuk menjadi

lebih kreatif, berwawasan luas,

atau spontan secara kreatif.

Modul SPIES dibentangkan oleh Puan Mastura dan Cik Zuraida

Zakaria. Fasilitator yang turut terlibat adalah Siti Shazwani,

Muhammad Ikhsan, dan Muhammad Munzir. Untuk menjelaskan modul yang telah dibentangkan, Puan Mastura dan

fasilitator yang lain akan berlakon secara spontan dan kreatif

untuk memberi gambaran yang jelas kepada peserta. Untuk

menjana SQ yang lebih berwawasan kajian Al-Fatih membuka kota Konstantinople telah dibentangkan oleh penulis buku,

Muhammad Sya’ari Ab.Rahman. Hubungan SQ dihubungkan

dengan bagaimana wawasan (impossible vision) Sultan Muhammad Al-Fatih untuk menakluki Konstantinaple yang

mempunyai keutuhan bangunan yang teguh disamping

ketenteraan yang kuat. Namun, hal itu tidak menjadi masalah kerana ketaqwaan Sultan Muhammad al-Fatih kepada Allah

SWT melebihi segala-galanya.

2.

Menggunakan SQ untuk berhadapan dengan masalah yang

wujud, dimana apabila ketika

individu merasa tersekat dengan masalah dan terperangkap dengan

kebiasaan lampau akibat penyakit

dan kekecewaan.

Menggunakan SQ untuk

berhadapan dengan masalah baik

dan jahat, hidup dan mati, dan asal-usul sejati penderitaan dan

putus asa manusia.

SPIES menggunakan SQ di dalam mendepani masalah di Malaysia seperti kadar bunuh diri, kes buang anak, sumbang

mahram dan pelbagai gejala sosial yang lain. Oleh itu, elemen

SPIES seperti yang dijelaskan di dalam definisi di atas adalah konklusi dan solusi untuk masalah dan gejala sosial di Malaysia,

khususnya di Selangor.

3. Menggunakan SQ untuk lebih

cerdas di dalam beragama. SQ

membawa kepada jantung segala sesuatu, dan mampu

menghubungkan makna dan roh

di dalam agama.

SQ adalah secara ringkasnya mencari makna di dalam

kehidupan, begitu juga dengan modul SPIES yang turut

menekankan bahawa asasnya adalah kembali kepada agama selain, menjadikan agama sebagai jalan atau cara hidup di dalam

kehidupan. Sebagai contoh, mengingati Allah SWT setiap masa,

pertuturan, dan perbuatan.

28Modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) didapati daripada partipasi ikut serta oleh pengkaji

di Hotel Quality Shah Alam di bawah konsultansi Dreamteam Resources Sdn Bhd pada 5, 6 Ogos 2012 dan 20,

21 Julai 2013.

Human Development

44

4. SQ memungkinkan untuk menyatukan intrapersonal dan

interpersonal dan

menyambungkan kembali jurang

antara individu dan orang lain.

SPIES mengutarakan 12 misi untuk menjadi orang bermagnet. Antaranya adalah :

5S – senyum, salam (salam semut), sapa, sopan, dan

santun.

5M – membaca, mengira, menulis, memikir, mengamal

Think Others (fikir tentang orang lain)

Be a good listener (menjadi pendengar yang baik)

Sifat suka memberi bukan tunggu untuk menerima

Menolong, memudahkan dan meraikan orang

Make everybody feel wanted (membuat semua orang

rasa dihargai)

Lebih sabar (menahan perasaan – buahkan pahala)

Tidak rasa diri hebat untuk mengelakkan rasa riak.

Melihat kekuatan sahabat bukan kelemahan

Berjiwa besar dan berlapang dada- sentiasa menuntut

ilmu

Berfikiran positif dan sangka baik dgn Allah.

Dua belas misi ini membabitkan hubungan antara manusia, tidak

kira berbeza personaliti sekalipun.

2. Indikasi dan kriteria Spiritual Intelligence dan Spiritual Quotient (SQ) di dalam

model. Bil. Indikasi dan kriteria Spiritual

Intelligence atau Spiritual

Quotient (SQ).

Modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).29

1.

Kemampuan untuk bersikap

fleksibel spontan dan aktif.30

Konsultan SPIES menggunakan visualisasi dengan

mengetengahkan lakonan di dalam setiap kupasan modul di

samping mempersembahkan pembentangan dengan intonasi suara yang sederhana bersama iringan muzik.

2.

Tingkat kesedaran diri yang tinggi

31.Kesedaran yang tinggi

adalah untuk tentang pertanyaan

kepada diri, “di manakah

berakhirnya saya?” Persoalan itu sesungguhnya dapat adalah

sebenar titik pertumbuhan dan

titik perubahan dalam diri manusia.

32

SPIES membangkitkan rasa kesedaran yang tinggi apabila ia mengingatkan mengenai ‘spiritual life’ iaitu apabila bangun

tidur, sentiasa bersyukur kepada Allah dan berfikiran positif.

Selain itu, SPIES juga menekankan dunia adalah sekadar pentas

lakonan, dan ladang amalan untuk dihitung di tuaian akhirat nanti. Oleh sebab itu, sabda Nabi SAW :

“Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa

mengingati mati.” (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya).

Individu yang sentiasa mengingati mati akan bersedia ke arah itu

seperti memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik, menjaga hubungan dengan Allah SWT dan menjaga hubungan antara

sesama manusia.

3.

Kemampuan untuk menghadapi dan memanfaatkan penderitaan

Cool and crisis di dalam menghadapi masalah adalah jalan yang terbaik di samping back to basic iaitu kembali kepada agama.

29Hlmn 11. 30Zohar & Marshall 2000.Hlmn 15. 31Zohar & Marshall 2000.Hlmn 15. 32Zohar & Marshall 2000.Hlmn 286.

Human Development

45

dan kemampuan untuk menghadapi dan melampaui rasa

sakit.

4.

Kualiti hidup yang diilhamkan oleh visi dan nilai-nilai.

Walk the talk. Buat seperti apa yang diperkatakan.

5.

Enggan untuk menyebabkan

kerugian yang tidak perlu .SQ menganggap bahawa kebudayaan

pada masa kini telah

mengasingkan manusia dari manusia lainnya mengikut kaum.

Selain itu, menurut Freud, “we

can never love our neighbour as

we love ourselves.”SQ yang tinggi akan membawa manusia

merasakan sekiranya dia

merugikan orang lain, maka dia akan merugikan dirinya sendiri.

Sekiranya kita mencemari

atmosfera dengan sampah kemarahan, maka ia akan

mencemarkan paru-paru dan jiwa

kita sendiri (Zohar & Marshall

2000).

Cubaan membebaskan daripada belenggu dosa, seperti :

Salah sangka (persepsi negatif)

Rasa marah

Rasa sombong

Rasa jauh hati / kecil hati

Rasa dengki / iri hati

Rasa malas

Rasa susah hati kerana masalah.

“Jadikan masalah sebagai pengajaran hidup”.

SPIES menganggap bahawa belenggu ini adalah suatu kerugian kepada individu, kerana ia akan menjauhkan hubungan

antara dengan Tuhan dan sesama manusia. Justeru, belenggu ini

perlu dibuang supaya dapat meningkatkan rasa taqwa kepada Allah dan kasih sayang antara sesama manusia. Malah, di dalam

SPIES sering diingatkan bahawa, “life is cycle”, sekiranya pada

hari ini kita berbuat kerosakan, maka suatu hari nanti, ia akan

kembali kepada kita.

6.

Kecenderungan untuk melihat

kaitan hal yang pelbagai (berpandangan holistik) (Zohar &

Marshall 2000).

Melalui kecenderungan ini, SPIES melihat bahawa apa yang

manusia lakukan di dunia ini adalah berkait dengan apa yang akan dapat di akhirat. Pepatah Inggeris menyebut, “what we

give, we get back”. Justeru, setiap apa yang dilakukan adalah

baik, maka dapatannya juga baik, begitu juga dengan sebaliknya.

7. Kecenderungan untuk bertanya

mengapa atau bagaimana jika dan

mencari jawapan dasar (Zohar & Marshall 2000).

SQ yang tinggi juga menuntut

individu untuk jujur terhadap diri

mereka dan benar-benar sedar terhadap diri sendiri. Malah, ia

menuntut supaya menerima

pengalaman, agar dapat menangkap cara baru. Zohar

sekali lagi menekankan bahawa

“we live the questions rather than

the answers”.

Walaupun SPIES mengutamakan konsep kembali kepada Tuhan,

namun ia juga sentiasa mengingatkan bahawa usaha itu juga

perlu diutamakan dan doa itu adalah selepas berikhtiar. Sebagaimana kisah lelaki cina yang bermain judi menanam

tanaman, beliau sentiasa menjaga tanamannya cukup air, baja

dan keperluan matahari. Selepas melihat tanamannya, beliau

pergi berjudi. Lain dengan seorang muslim yang juga mempunyai tanaman, namun beliau tidak mempedulikan

keperluan tanaman, sebaliknya mengutamakan ibadahnya.

Dalam konteks ini, tentulah tanaman lelaki cina yang menjadi dan subur, hal ini kerana beliau telah berusaha untuk menjaga

keperluan tanamannya. Berbanding dengan lelaki Muslim tadi

yang tidak berusaha ke arah itu dan mengharapkan keajaiban

yang berlaku apabila beliau mengutamakan ibadah. Kejayaan hanyalah milik orang yang berusaha.

8.

Menjadi apa yang disebut oleh ahli psikologi – field independent

atau menjadi inspirasi kepada

orang lain (Zohar & Marshall

Asasnya SPIES adalah ‘believe in God, if you believe on it, you will get what you need.’Dalam Islam, suruhan untuk berbuat baik

sesama manusia adalah sangat dituntut. Hal ini tentulah

bertepatan dengan hadis Nabi SAW :

Human Development

46

2000). Ciri utama untuk SQ yang tinggi

adalah apa yang disebut di dalam

psikologi “field-independent”

iaitu mampu berhadapan dengan khalayak, bertegas dengan hujah

yang sangat diyakini. Oleh sebab

itu, harus munculnya kesedaran dalam diri yang kuat terlebih

dahulu. Ciri SQ ini lebih

mengarah kepada fungsi ego

sebagai contoh, berada di luar dari garisan kumpulan, tetapi

masih mampu memberi

sumbangan dari segi pandangan - I know who I am, and what I

believe - adalah satu

individualisasi bukanlah egoisme.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman

seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana

dia mengasihi dirinya sendiri."

(Hadis riwayat Muslim).

Oleh sebab itu, untuk memiliki iman yang sempurna, individu mestilah yang sentiasa baik terhadap orang lain. Ukuran baik ini

adalah berdasarkan sabda Nabi SAW,

“sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

(Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sahih al-Jami' al-Shaghir wa Ziyadatihi, al-Maktab al-Islami, cetakan ke-3, Beirut, 1408H,

no:3289). Selain itu, individu mestilah memikirkan orang lain ‘think

others’ di dalam setiap pertuturannya serta melakukan kebaikan kecil ‘small kindness’ di dalam setiap perbuatan supaya ia bukan

sahaja memudahkan orang lain tetapi mampu memberi contoh

terbaik di dalam kalangan masyarakat juga.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, spiritual intelligence bukanlah perkara yang baru di dalam Islam.

Ianya telah ada pada zaman Rasulullah SAW, namun tidak pernah diistilahkan atau

dibentukkan menjadi disiplin ilmu. Kecerdasan spiritual sebenarnya adalah asas kepada apa

yang di dalam Islam, namun golongan Barat sebahagiannya tidak memasukkan unsur

keagamaan di dalamnya, walaupun terdapat nilai-nilai dan unsurnya terdapat di dalam agama.

Oleh yang demikian integrasi yang terdapat di dalam model dan modul Spiritual Physical

Intelektual Emosi Sosial dilihat dapat membangunkan kerohanian di dalam masyarakat secara

komprehensif dan efektif seiring dengan dunia globalisasi pada masa kini.

RUJUKAN

Abd. Jalil. 1991. Rukun Iman : Huraian dan Pecahannya. Kuala Lumpur : Mahir Publications

Sdn. Bhd.

Abu Sangkan. 2006. Berguru kepada Allah. Jakarta : Yayasan Solat Khusyu’.

Fatimah. 2012. Teaching Islamic Ethics and Ethical Training : Benefiting from Emotional

and Spiritual Intelligence. dlm. International Journal of Humanities and Social

Science 2(3): 224-232.

Khatijah et al. 2009. Asas Pembangunan Spiritual dalam Pembentukan Modal Insan. dlm.

Prosiding Seminar Kebangsaan Ketamadunan Islam 2009 (NASIC ‘09). Hotel

Impiana, Ipoh 8-9 Disember 2009.

Mastura Mohammad & Zuraida Zakaria. 2012, 2013. Modul SPIES Pemantapan Belia. Hotel

Quality, Shah Alam.

Mohamed Asin Dollah. 1998. Antara Psikologi Islam dan Ilmu Kerohanian Islam. dlm. Islam

Akidah dan Kerohanian. Bangi : Penerbit UKM.

Mohd Sabri & Salmiah. 2010. Kecerdasan Spiritual Menurut Islam dan Barat. dlm. Isu-isu

dalam Pengajian Islam Siri 2. Johor : Penerbit UTHM.

Human Development

47

Mostafa. 2003. Pembangunan Rohani menurut Persepektif Tasawuf dan Psikologi Moden.

dlm Jurnal Islamiyyat 24 : 21-35.

Ruziah binti Ghazali. 2013. Temu bual pada 24 September 2013.

Ruziah binti Ghazali. 2013. Kertas Kerja Pembangunan Modal Insan (PMI) Selangor

Program S.P.I.E.S.

Ruziah binti Ghazali. 2013. Kertas kerja Mengehsankan Insan Selangor Darul Ehsan.

TM Sulaiman. 2002. Terorisme Global dan pengganas : Cabaran Hidup beragama pada Alaf

Baru. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Zohar & Marshall. 2000. SQ Spiritual Intelligence The Ultimate Intelligence. United States.

Bloomsbury Publishing.