Imam Al-Nasa'I

39
1 IMAM AL-NASAI DISEDIAKAN OLEH: Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah Universiti Pendidikan Sultan Idris Sesi 2009/2010 Hasil Kerja Ini Hanyalah Untuk Sekadar Pengkongsian Ilmu Semata-Mata, Tidak Dibenarkan Untuk Mengedarkan atau Menjual Kepada Umum.

Transcript of Imam Al-Nasa'I

1

IMAM AL-NASA’I

DISEDIAKAN OLEH:

Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan

Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sesi 2009/2010

Hasil Kerja Ini Hanyalah Untuk Sekadar Pengkongsian Ilmu Semata-Mata,

Tidak Dibenarkan Untuk Mengedarkan atau Menjual Kepada Umum.

2

1.0 Pendahuluan

Faktor suasana komunikasi memaksa mereka merantau jauh untuk mencari

nilai setitik ilmu yang bermakna. Hal ini berlaku ketika zaman para ulama

silam khususnya dalam bidang hadith. Amalan ini menjadi kebiasaan untuk

mendapat ilmu secara langsung, disamping dapat bersemuka dengan guru

yang dipelajarinya dan menjadi satu amalan tradisi dalam pengajian ilmu-

ilmu Islam. Dengan pegembaraan ilmu ( Rehlah ‘Ilmiyah ) yang dilakukan ini

mempunyai kekuatan dam kelebihan yang tersendiri untuk memastikan

penyebaran Islam sentiasa berlaku.

Jika melihat disiplin ilmu hadith, amalan rehlah ‘ilmiyah ini merupakan

satu amalan atau aktiviti yang sangat penting dalam kalangan penuntut dan

ulama berbanding ilmu-ilmu Islam yang lain seperti Fiqh dan sebagainya.

Amalan ini juga pernah dilalui oleh para Imam-imam hadith dalam usaha

mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w untuk dijadikan panduan bagi

umat yang terkemudian. Ketika itu banyak hadith masih lagi dalam keadaan

bercampur diantara hadith shahih dengan hadith yang tidak shahih.

Oleh itu, para ulama mula bertanggungjawab untuk menyusun semula

hadith-hadith yang shahih, seperti Imam al-Bukhari dalam shahih al-Bukhari,

disamping pelapor kepada pengumpulan hadith-hadith yang shahih ketika

itu.

3

Walaupun demikian, selepas Imam al-Bukhari maka lahirlah imam-

imam hadith yang lain yang turut mengumpul hadith-hadith yang dikira

shahih disisi mereka seperti Imam Muslim dengan Shahih Muslim, al-Nasa’I

dengan Sunan al-Nasa’i, Abu Daud dengan Sunan Abu Daud, al-Tirmidzi

dengan Sunan al-Tirmidzi dan Ibnu Majah dengan Sunan Ibnu Majah.

Pada ruangan ini, tugasan hanya berfokus kepada salah seorang

Imam al-Hadith Imam Nasa’i. yang merupakan pengarang asal kepada kitab

Sunan al-Nasa’I, disamping rehlah ‘ilmiyah beliau, tugasan ini juga

menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan hidup beliau dalam

usaha mengumpul hadith dan pahit gentir dalam kehidupan sebagai seorang

Imam al-Hadith.

4

2.0 Riwayat Hidup

2.1 Biodata Imam Nasa’i

Nama penuh Imam Nasa’i ialah Abu Abd Rahman Ahmad bin Syuaib bin Ali

bin Sinan bin Bahr bin Dinar al-Khurasani al-Nasa’I yang juga dikenali

sebagai al-Nasai dan Abu Abd Rahman. Dilahirkan pada 215 H di sebuah

desa yang terkenal di Khurasan1 yang bernama Nasa dan meninggal dunia

pada hari Isnin 13 Safar tahun 303 H di kota al-Ramalah, Palestin ketika

berusia 88 tahun. Beliau lebih terkenal dengan panggilan al-Nasa’i adalah

berdasarkan kepada nisbah tempat beliau dilahirkan iaitu Nasa.

Al-Nasa’i ini merupakan seorang yang kacak, segak dan berkulit cerah

serta memiliki wajah yang bercahaya. Beliau amat mementingkan kesihatan

badan, cara pemakanan serta tatacara berpakaian. Oleh sebab itu, beliau

lebih suka memakai pakaian yang berwarna hijau muda sebagai

menggantikan warna tumbuhan hijau yang baik untuk kesihatan mata.2

Selain itu, beliau seorang yang warak, zuhud, amanah serta tekun

beribadah.Beliau berpuasa seperti puasa Nabi Daud, iaitu puasa sehari dan

berbuka sehari disamping gigih melakukan ibadah haji serta berjuang di

jalan Allah.

1Merupakan sebuah daerah di Timur Laut Iran.

2Rosmawati Ali@Mat Zain. 2010. Siri tokoh hadith :Imam an-Nasa’i. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka. Hlm. 2.

5

Dari segi akidah pula, beliau berpegang pada aliran Salaf Ahli Hadith

dan menolak sebarang unsur bid’ah.Manakala dalam persoalan ibadah haji,

beliau banyak berpegang pada mazhab Syafi’i. Ini dapat dapat dilihat melalui

hadith-hadith yang terkandung dalam Sunan al-Nasa’i. Beliau sanggup

menghasilkan buku untuk membetulkan fahaman golongan yang

memandang rendah serta menghina sahabat, seperti Ali bin Abu Talib dan

membawa mereka keluar daripada kesesatan dan kembali ke pangkal jalan.

Beliau juga salah seorang penghafaz al-Quran yang baik.Lantaran

kepakaran al-Nasai dalam ilmu Fiqah, beliau dilantik sebagai Qadi di Mesir

dan Hims (sebuah bandar di barat Syria).

2.2 Pendidikan

Semenjak kecil lagi, al-Nasa’i sudah mencintai ilmu.Pengembaraan beliau

untuk menuntut ilmu bermula ketika berusia 15 tahun iaitu pada tahun 230

Hijrah. Sebagai permulaan, beliau berguru dengan Qutaibah bin Sa’id al-

Balkhi selama setahun dua bulan yang juga guru Imam Abu Daud. Hasilnya,

beliau memperoleh ilmu yang banyak daripada gurunya itu yang menetap di

Balkh (Wilayah Balkh, Afghanistan).Selepas itu beliau meneruskan

penjelajahan ke serata daerah dan negeri untuk menimba ilmu daripada

ulama pada waktu itu.

6

Antara negara yang menjadi destinasi persinggahan beliau ialah

Khurasan, Baghdad, Kufah, (merupakan sebuah kota di Iraq yang terletak 10

kilometer di timur laut Najaf dan 170 kilometer di selatan Baghdad) Basrah

merupakan bandar kedua terbesar di Iraq. Bandar ini merupakan pelabuhan

utama Iraq serta ibu negeri kegabenoran Basra, Harran ( sebuah Bandar

Utama Kuno yang berhampiran perkampungan moden Altinbasak, Turki.

Semenanjung Tanah Arab, Mesir, Syam, al-Thughur, dan Hijaz (merupakan

sebuah wilayah di sebelah barat laut Arab Saudi). Kemudiannya al-Nasa’I

menetap di Mesir sehingga tahun 302 Hijrah.

Ketika di Mesir, beliau sempat menerbitkan hasil-hasil karyanya dan

menyampaikan ilmu kepada penduduk di sana. Ramai yang sempat berguru

dan menimba ilmu daripadanya.Beliau juga pernah memegang jawatan Qadi

di Mesir.Tidak lama kemudin beliau berpindah ke Damsyik setelah

dilantiksebagai Qadi di Hims sehingga beliau meninggal dunia.

2.3 Guru Imam Nasa’i

Imam Nasa’i memulakan pengajian semasa berusia 15 tahun iaitu dengan

berguru bernama Qutaibah bin Said pada tahun 230 H. Kemudian, beliau

telah mengembara ke negeri-negeri Islam yang terletak di barat dan timur

semenanjung Arab seperti Khurasan, Iraq (Baghdad, Kufah, Basrah), al-

Jazirah (Hiran), Syam, Tharwar (sempadan antara negeri Islam dengan

Rom), Hijaz dan Mesir.

7

Antara guru beliau yang terkenal mendidik beliau ialah Yahya bin Musa

(230H), Muhamad bin Abdullah bin Amar al-Mausili al-Hafiz Imam Sheikh al-

Mausili (242H), Ahmad bin Muni al-Hafiz al-Hujjah Sahib al-Musnad (244 H),

Uthman bin Abi syaibah al-Hafiz Sohib (239 H), Mahmud bin Ghailan al-

Marwazi al-Hafiz (239 H), Sa’ad bin Yaakub al-Taliqani al Hafiz al-Hujjah al-

Jiwal (244 H), Isa bin Hamad Zughbah al-Hafiz al-Misr (248 H), Duhaim Abd.

Rahman bin Ibrahim al-Hafiz al-Kabir al-Faqih Muhaddith al-Syam (245 H),

Ibrahim bin Yusof (239 H), Hanad al-Siri Sheikh al-Kufah (234 H) dan

Qutaibah bin Said al-Balkhi, Ishaq bin Rahawaih, Hisyam bin ‘Ammar, Abu

Daud as-Sajistani, Al-Tirmizi, Ishaq bin Syahin, Suwaid bin Nasr, Ali bin

Khasran, Ahmad bin Abdatul al-Dhabi, Abi al-Thohir al-Sirah, Basyir bin Hilal

al-Sawwaf, Muhammad bin Aban al-Balkhi, Muhammad bin Muthanna,

Utbah bin Abdullah al-Marwazi, Ziyad bin Ayyub, Ishaq bin Musa al-Ansari,

Ibrahim bin Sa’id al-Jawhari, Muhammad bin Hasyim al-Ba’labaki,

Muhammad bin Ismail bin ‘Aliyyah ( Qadi Damsyik), Muhammad bin Abd al-

Malik bin Abu al-Syawarib, Mujahid bin Musa, Ishak bin Habib, Sulaiman bin

Al-Ash’ath, Abd Rahman bin Abdillah al-Halbi, Ali bin Hijar, Muhammad bin

Basyir dan ramai lagi.

Selain itu, beliau juga banyak bergaul dengan para hafiz dan ulama’

besar termasuk Abdullah Ibn Ahmad al-Tursusi dan Abu Basyar al-Dulabi.

Antara ilmu yang dikuasai oleh Imam al-Nasai ialah ilmu Hadith, ilmu Jarh

wa al-Taadil wa makrifah al-Rijal, ilmu Ilal al-Hadith dan ilmu Fiqh.

8

2.4 Murid-murid Imam Nasa’i

Kebanyakan murid-murid Imam Nasa’i adalah daripada kalangan perawi-

perawi hadith dan para ulama’ seperti Imam Abu Qasim al-Tabarani, Abu Ali

al-Hussien Ibn Ali al-Hafiz al-Niyamuzi al-Tabarani, Ahmad Ibn Umair Ibnu

Juhsan, Muhammad Abu Ja’far al-Tahawi, Abdul Maimun Ibn Rasyid, Abu

Hasan Ibn Kazlam, Abu Said al-Arabi, Imam Abu Jaafar al-Tahawi,

Muhamad Ibn Harun Ibn Syuib, Ibrahim Ibn Muhamad Ibn Salleh Ibn Sinan

dan Abu Bakar Ahmad Ibn Ishaq al-Sunni al-Hafiz.Abu Basyar al-Dulabi, Abu

Ali al-Naisaburi, Hamzah bin Ahmad al-Kannani,3 Sulaiman bin Ahamad al-

Tabarani, Abd Karim bin Abd al-Rahman al-Nasa’I ( Anak Beliau ), Abu Bakr

Muhammad bin Ahmad bin al-Haddad al-Syafi’I, Al-Hasan bin Rasyiq,

Muhammad bin Musa al-Ma’muni, Abyad bin Muhammad bin Abyad, Ad-

Dailami,Abu al-Qasim Ibn Abi al-Aqab dan ramai lagi. 4

2.5 Kitab-Kitab Karangan Imam Nasa’i

Imam Nasa’i menghasilkan banyak kitab dan kitab-kitabnya boleh

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang dicetak dan yang tidak dicetak.

Antara kitab karangan beliau yang dicetak ialah Al-Sunan al-Sughra (al-

Mujtaba atau al-Mujtana), al-Sunan al-Kubra, al-Kuna, Khasais Ali, al-Tafsir,

dan al-Duafa’ wa al-Matrikun. Antara kitab karangan beliau yang belum

3 Ibid. Siri Tokoh Hadith: Imam al-Nasa’I. Hlm 10.

4 Ibid. Tarjamah Sunan An-Nasa’iy Jilid 1. Hlm.xii.

9

dijumpai atau tidak dicetak pula ialah Musnad Ali bin Abi Talib, Musnad

Hadith Malik, Asma’ al-Ruwad wa al-Tamyiz Baynahun, al-Ikhwah, al-Ighrab,

Musnad Mansur bin Zazan, dan al-Jarh wa al-Taadil. Lain-lain penulisan

beliau ialah Kitab ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, Kitab al-Tamyiz, Tasmiah

Fuqaha’ al-Amsar. Tasmiah Man Lam Yarw ‘Anhu, Manasik al-Haj dan Kitab

al-Jumaah.5

Kitab as-Sunan as-Sughra (السنن الصغرى‎), juga dikenali sebagai Sunan

al-Nasa'i (سنن النسائي) atau Al-Mujtaba (المجتبى) ialah salah satu dari enam kitab

hadith utama ahli sunnah wal jamaah dan mereka menganggap kitab ini

sebagai kitab ketiga paling kuat dalam enam kitab hadith utama mereka.

Kitab al-Sunan al-Sughra ini mempunyai sekitar 5270 hadith (mengira

Mukarrar, iaitu, riwayat berulang) yang dipilih al-Nasa'i dari karya utamanya

al-Sunan al-Kubra.Bagaimanapun, kitab pertamanya ini turut memasukkan

hadith hasan di samping hadith shahih.

Selain itu, kitab Sunan al-Kubra juga merupakan pilihan atau

pengumpulan daripada kitab Sunan milik al-Nasa’i yang asal iaitu Sunan al-

Kubra.Ia memuatkan hadith-hadith shahih dan sedikit sahaja Hadith yang

bertaraf dhaif. Sunannya diberikan beberapa nama lain seperti al-Mujtaba

iaitu dipilih daripadaSunan al-Kubra, al-Khatib al-Baghdadi dan Sunan al-

Nasa’i. tujuan utama penulisannya adalah untuk mencatat Hadith-hadith

5 Ibid. Siri Tokoh Hadith: Imam al-Nasa’I. Hlm 16

10

yang berhubung dengan doa-doa ketika dalam sembahyang dan juga doa-

doa untuk menolong pertolongan daripada Allah S.W.T.6

2.6 Sejarah Perkembangan

Sunan al-Nasa’i merupakan saringan dan ringkasan daripada kitabnya yang

berjudul “al-Sunan al-Kubra”. Kitab yang lengkap dan padat ini

menghimpunkan semua jalan periwayatan sesebuah hadith disertai dengan

takhrij dan penjelasan tentang kedudukan matan dan sanad hadith tersebut.

Selepas karya ini diringkaskan dan disaring dengan membuang sejumlah

hadith yang cacat, beliau menamai kitab tersebut dengan judul “al-Mujtaba”.

Namun kitab ini lebih dikenali sebagai “al-Mujtaba”.7

Imam Nasa’I menyusun sunannya ini berdasarkan tajuk dalam ilmu

Fiqah. Beliau membahagikannya kepada 51 kitab dan dipecahkan kepada

beberapa bahagian kecil yang dinamakan bab. Sunannya ini mengandungi

5762 buah hadith mengikut susunan yang dibuat oleh ‘Abd al-Fatah Abu

Ghuddah.

Antara kaedah yang digunakan oleh al-Nasa’i sewaktu menyusun

sunannya ialah memasukkan hadith yang yang diriwayatkan oleh para

perawi berdasarkan ijtima’ Fuqaha’.Beliau juga menyenaraikan semua

rangkaian sanad yang sanadnya yang berlainan kedudukan dan nilai bagi

6Asmawi Haji Ehsan. 2003. Ilmu Hadith: Hadith Sebagai Sumber Hukum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka. Hlm. 173 7Ibid . Siri tokoh hadith :Imam an-Nasa’i. Hlm. 17.

11

sesebuah hadith, kemudian menjelaskan rangkaian yang paling benar

antara kesemua rangkaian tersebut.Bagi rangkaian sanad yang tidak benar,

al-Nasa’i menjelaskan rangkaian sanad sebab dan punca keacatannya.Oleh

sebab itu, dalam kitab Sunan al-Nasa’i terdapat hadith shahih, hasan dan

daif. Walaupun dalam kitab Sunan al-Nasa’i terdapat hadith da’if, namun

hanya segelintir hadith himpunannya yang bertaraf da’if.

2.7 Kewafatan Imam Nasa’i

Pada tahun 302 Hijrah,Imam Nasa’i telah berpindah dari Mesir ke kota

Damsyiq, Syria. Pada ketika itu, pengikut Muawiyah telah bertanya kepada

Imam Nasa’i yang lebih mengutamakan Saidina Ali berbanding Muawiyah,

lalu Imam Nasa’i menjawab. : “Ali lebih afdhal dalam segala segi daripada

Muawiyah”.

Ketika penyokong Muawiyah menanyakan soalan mengenai hadith

yang menyatakan keutamaan Muawiyah, maka Imam Nasa’I menjawab :

“Aku tidak pernah mendengar adanya hadith tentang keutamaan Muawiyah

selain hadith yang menyatakan: “Laa asyba allahu bathnahu” (semoga Allah

tidak pernah memberinya rasa kenyang di perutnya).”8

8 Bey Ariffin, Yunus Ali Al-Muhdhor, Dra. Ummu Maslamah Rayes, 2002: Tarjamah Sunan An-Nasa’iy Jilid 1

: Asy-Syifa’ Darul Fikri. Hlm. 85.

12

Mendengar ucapan Imam Nasa’i tersebut, maka penduduk negeri

Syam telah menghalau beliau, sehingga beliau keluar dari masjid dalam

keadaan cedera parah. Kemudian beliau berpindah ke kota al-Ramalah di

Palestin pada bulan Zulkaedah tahun 302 H dan wafat di sana pada hari

Isnin 13 Safar tahun 303H. Menurut al-Hafiz Abu Hasan Dar al-Qutni:

“Setelah Imam Nasa’i mendapat tekanan di Kota Damsyik, maka beliau

minta segera dipindahkan ke Kota Makkah. Beliau wafat sebaik sahaja tiba

di kota tersebut dan dikebumikan antara Safar dan Marwah ketika berusia 88

tahun.

3.0 Metodologi Imam Nasa’I

Penghasilan sesebuah kitab yang penuh dengan fakta dan menarik untuk

dibaca. Metodologi adalah suatu pendekatan ataupun suatu kaedah yang

digunakan oleh para penyelidik ilmiah untuk mengumpul data-data berkaitan

dengan apa yang sedang dikaji. Ia adalah satu prosedur sistematik yang

menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data yang

sealiran dengan peraturan tersendiri bagi memastikan prestasi penyelidik

dicapai dengan baik dan sempurna.

13

Metodologi kajian dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu kaedah

kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kualitatif merupakan satu kaedah kajian

atau rujukan perpustakaan yang dijalankan terhadap buku-buku ilmiah yang

ditulis oleh penulis lain. Manakala kuantitatif pula merupakan bahan atau

sumber yang didapati melalui sesi temubual atau kaji selidik.

Manakala Imam Nasa’i banyak menggunakan kaedah kuantitatif sebagai

kaedah utama beliau untuk menghasilkan kitabnya seperti banyak

mengadakan sesi pengajian bersama guru, temubual serta rehlah ’ilmiyah.

Disamping kaedah kualitatif sebagai kaedah tambahan seperti merujuk

kitab-kitab hadith ulama terdahulu. Secara kesimpulan dalam bab ini, Imam

Nasa’i banyak menggunakan metodologi kaedah kuantitatif sebagai kaedah

yang banyak digunapakai oleh ulama-ulama terdahulu untuk menghasilkan

karya agung mereka.

3.1 Metodologi Penulisan

Kitab sunan kecuali (Sunan Ibnu Majah) ialah kitab-kitab yang di dalamnya

tidak terdapat di dalamnya hadith-hadith mungkar atau setaraf dengannya.

Adapun hadith-hadith dhaif yang mungkar dan tidak mungkar dan tidak

terlalu lemah masih terdapat dalamnya. Pengarang biasanya akan

14

menerangkan kelemahan hadith-hadith tersebut. Disebabkan inilah

kedudukan kitab-kitab sunan adalah selepas dari kitab shahih9.

Nama sebenar kitab ini ialah : Al- Mujtaba Min al-Sunan al-Kubra yang

bermaksud pilihan daripada al-Sunan al-Kubra. Menurut Ibnu al-Athir , beliau

berpendapat al-Nasa’i telah meringkaskan kitab Sunan al-Kubra dan memilih

darinya hadith-hadith untuk kitab al-Sunan al-Sughra. Manakala Imam ad-

Dhahabi pula berpendapat bahawa ringkasan itu dibuat oleh anak murid al-

Nasa’i iaitu Abu Bakar Ibn al-Sunni. Oleh itu, Kitab Sunan Nasa’i yang ada

pada kita sekarang ini mengandungi hadith-hadith pilihan dari kitab asalnya

iaitu al-Sunan al-Kubra atau juga boleh juga dikatakan sebagai ringkasan

dari kitab Sunan al-Kubra.

Tambahan pula, kitab Sunan al-Sughra inilah yang ada pada kita

sekarang dan menjadi pegangan para Muhaddithin ketika meriwayatkan

hadith-hadith dari Imam Nasa’i. Dengan itu, apabila disebut Imam Nasa’i

meriwayatkan sesuatu hadith maka ia bermaksud hadith tersebut adalah

hadith yang terdapat dalam sunan al-Sughra10.

Dalam penulisan sunannya, al-Nasa’i mempunyai metod tersendiri

bagi menjamin kekuatan hadith serta menekankan hadith-hadith hukum.

Selain itu, corak penyusunannya juga kemas, teratur dan mengikut urutan

yang sesuai dari sudut Syariah Islam. Seterusnya beliau juga

9T.M. Hasbi Ash-Siddieay . 1974. Sejarah dan Pengantar Ilmu Hadis. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang. Hlm.

104. 10

Al-Dhahabi . 1983 . Syiar A’alam al-Nubala. Beirut: Penerbit Muassasah al-Risalah. Hlm. 131.

15

membentangkan beberapa kaedah digunakan sekaligus merupakan metod

yang digariskan dalam kitab sunannya.

3.2 Syarat-Syarat Memilih Perawi Hadith

Al-Nasa’i adalah seorang yang sangat kritikal terhadap kedudukan rijal

(perawi) hadith. Beliau sangat teliti dan menjalankan pengkajian yang

mendalam dalam menerima sesuatu riwayat sehingga dikatakan beliau

mempunyai syarat terhadap perawi-perawi hadith lebih ketat daripada syarat

yang diletakkan oleh Imam Bukhari dan Muslim11. Menurut Muhamad al-

Sa’ad al-Barudi sebagaimana dipetik oleh al-kanwi mengatakan bahawa

dasar al-Nasa’i meriwayatkan hadith yang tidak diijtima’kan oleh Ulama’

untuk menolak hadith daripadanya. Selain itu, beliau juga menerangkan

perawi-perawi yang mempunyai kelemahan (al-Jarh) dengan menjelaskan

pelbagai bentuk kesalahan yang ada pada mereka.

Malahan, beliau turut mencatatkan hadith yang ada kesilapan yang

dilakukan oleh periwayat,maka beliau akan menjelaskan kesilapan yang

dilakukan oleh perawi tersebut. Seterusnya al-Nasa’i juga menulis hadith-

hadith yang lemah untuk menerangkan kesilapan hadith tersebut serta

beliau juga tidak menerima hadith dari perawi yang diterima oleh Imam

11

Ahmad Umar Hasyim . Al-Sunah al-Nabawiyah wa Ulumuha, Kaherah: Penerbit Maktabah Gharib, hlm 278

16

Bukhari dan Muslim sekiranya ada kelemahan pada perawi12. Perkara ini

menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang sangat teliti.

Imam Nasa’I dan Abu Daud kebiasaannya memilih perawi yang berada di

tabaqat pertama, kedua dan ketiga. Manakala tabaqat keempat akan

ditinggalkannya. Dijelaskan bahawa perawi yang dipilih oleh Nasa’I pada

tabaqat ketiga ini masih mempunyai kelemahan, kedudukannya antara

diterima atau ditolak. Antara nama yang berada di tabaqat ketiga ialah

Muawiyah bin al-Yahya al-Sadfi, Ishaq bin Yahya al-Kalbi dan al-Muthanna

bin al-Saban. Oleh itu, atas dasar ini tertolak dakwaan bahawa syarat yang

diletakkan oleh al-Nasa’i lebih ketat daripada Imam Bukhari dan Muslim.

Menurut Hafiz Khurasan Abu Ali al-Naisabu, Imam yang tidak ada

tandingannya ialah Abu Abdul Rahman telah meriwayatkan Imam Nasa’i

mempunyai syarat perawi yang lebih ketat dan keras daripada Muslim bin

Hajjaj. Ibnu Kathir pula berpandangan bahawa al-Nasa’i melakukan kajian

yang mendalam terhadap keadaan para perawi, namun dalam kitabnya

masih terdapat perawi yang lemah dari sudut al-Jarh, terdapat hadith

dhaif,muallal dan mungkar.

12

Qurrotul Aien bt Fatah Yasin .2006. Ilmu Mustolah Hadis, Kuala Lumpur : Penerbit ISP Shabab Trading,. Hlm. 218

17

3.3 Corak Penyusunan Sunan Nasa’i

Dalam penyusunan kitabnya, al-Nasa’i memberi penumpuan kepada hadith-

hadith hukum iaitu penyusunan mengikut topik di dalam ilmu fiqh. Dari sudut

kandungannya pula kitab ini mirip dengan Sunan Abu Daud dan berbeza

dengan Shahih Bukhari dan Muslim. Terdapat 51 bab yang disusun secara

menarik,kemas dan mengikut urutan kepentingan dari sudut Syariah Islam.

Selain itu, setiap bab yang terdapat dalam sunan ini pula dibahagikan

secara detail dan terperinci yang mana penyusunan ini tidak dilakukan oleh

pengarang lain. Sebagai contohnya, dalam bab Istia’zah beliau

membahagikan kepada 65 tajuk kecil seperti Istiazah dari kebakhilan,

Istia’zah dari sifat penakut, Istia’zah dari kejahatan pendengaran dan

penglihatan dan seterusnya13.Di dalam sunannya mengandungi sejumlah

5761 buah hadith mengikut susunan Abd al-Fatah Abu Ghuddah14.

Imam Nasa’I memulakan penyusunan kitabnya dengan meletakkan

bab Taharah (bersuci) yang mana bab pertama ini dimulai ayat al-Quran

yang membayangkan bahawa wahyu adalah asas kepada agama ini. Begitu

juga dalam sesetengah bab lain juga dimulai ayat al-Quran. Sebagai

seorang Kadi dan Ulama’’ Fiqh, maka terserlahlah melalui pembahagian

tajuk dalam kitab ini dalam bab (اداب القضاء ). Di dalam bab ini beliau

13

Nor Hashimah Hussain. 1994 . Metode penulisan an-Nasa’i: suatu kajian khusus terhadap sunan an-Nasa’i. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 14

Rosmawati Ali@Mat Zin . 2005. Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Hlm 313.

18

membahagikan 37 tajuk-tajuk kecil yang memperlihatkan kesenian dan

kepakarannya dalam bidang ini15.

Selain itu, al-Nasa’i juga mengulangi sesebuah hadith beberapa kali

dan beliau membawa setiap riwayat itu untuk menyesuaikan dengan tajuk

yang ada dalam sesuatu bab. Pengulangan hadith ini hampir sama dengan

metod yang digunakan oleh Bukhari dan Muslim tetapi cuma berbeza dari

segi uslubnya. Beliau juga turut mengulangi hadith yang sama secara

keseluruhan tetapi tidak akan mengulangi hadith yang mempunyai sanad

yang sama manakala Imam Bukhari kebiasaannya membawa sebahagian

saja matan hadith yang berulang itu.

Terdapat tiga bahagian yang terdapat dalam Sunan Nasa’I . Bahagian

pertama, hadith yang dikeluarkan daripada kitab Bukhari dan Muslim.

Bahagian kedua pula, hadith-hadith shahih yang diriwayatkan menurut

syarat-syarat yang diletakkan oleh Bukhari dan Muslim. Menurut Abu

Abdullah, Abu Daud, al-Nasa’i mempunyai syarat yang ketat dalam

mengeluarkan hadith. Mereka tidak akan meninggalkan sesuatu hadith jika

hadith tersebut mempunyai sanad yang bersambung dan bukannya hadith

Maqtu’ ataupun mursal. Maka bahagian ini juga mengandungi hadith-hadith

shahih, cuma tidak diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.Bahagian terakhir

15

Muhammad Nashiruddin al-Albani.2006 Shahih Sunan Nasa’i jilid 1, penterjemah Fathurahman & Zuhdi. Jakarta: Pustaka Azzam.

19

pula iaitu bahagian ketiga pula, mengandungi hadith-hadith yang tidak

mempunyai salah satu syarat dari Imam Bukhari dan Muslim16.

Selain itu, al-Nasa’i juga mempunyai metod tersendiri dalam

menentukan darjah sesebuah hadith. Pertamanya, beliau akan membawa

sesebuah hadith berserta riwayat-riwayat berbeza tentang hadith tersebut

seterusnya melakukan perbandingan di antara riwayat-riwayat ini untuk

menentukan riwayat manakah yang mempunyai kecacatan (illah) shahih,

lebih shahih dan lebih dhaif. Metod ini digunakan oleh para pelajar yang

ambil bidang hadith.Tambahan pula, dalam menentukan darjah sesebuah

hadith, beliau juga tidak lakukan seperti Imam Bukhari dan Muslim yang

mana meriwayatkan hasil sebenar tentang sesuatu hadith. Sebagai contoh

metod yang digunakan oleh Imam Bukhari dan Muslim adalah ibarat seperti

tukang emas mempamerkan karya buatannya di tempat pameran. Manakala

al-Nasa’i pula, ibaratnya seperti kita dibawa tukang emas ke tempat

pertukangan dan dapat melihat emas tersebut dalam bentuk yang asal.

Imam Nasa’I juga adalah seorang yang sangat teliti menentukan lafaz-

lafaz hadith. Beliau tidak akan mempermudahkan satu kalimat walaupun

maksudnya sama. Sebagai contohnya, beliau tidak akan meletakkan “ حدثنا “

di tempat “ أخبرنا ” dan begitulah sebaliknya. Hal ini dapat dibuktikan lagi

bahawa telah berlaku satu pertelingkahan antara Nasa’i dengan al-Harith

yang merupakan Qadi di Mesir. Al-Nasa’i telah bersembunyi di suatu tempat

dan beliau mendengar hadith daripada Harith tanpa melihatnya. Lalu beliau

16

Al-Maqdisi . 1984. Syurut al-Aimmahh al-Sittah. Beirut : Dar al-Kuttub al Ilmiah. Hlm 12

20

tidak menyatakan dalam riwayatnya daripada Harith dengan perkataan “ حدثنا

“ atau “ أخبرنا " sebaliknya beliau berkata: Saya belajar hadith ini semasa

diberikan kepada al-Harith bin Miskin.

3.4 Keistimewaan Sunan Nasa’i

Sunan al-Nasa’I menduduki tempat ketiga selepas Shahih Bukhari dan

Muslim dari sudut kurangnya bilangan hadith dhaif. Namun, secara

keseluruhannya Sunan Nasa’I berada pada tempat kelima daripada Kitab

Sunan yang enam (Kutubus Sittah). Sunan al-Nasa’I juga dianggap istimewa

kerana bab haji yang terdapat dalam ini adalah dalam mazhab Syafi’i

disebabkan beliau merupakan seorang yang berpegang kepada mazhab

Syafi’i.17 Imam al-Subki berpendapat bahawa Imam Nasa’I lebih banyak

menghafaz hadith-hadith berbanding imam Muslim. Sunannya menduduki

tempat ketiga selepas Shahih Bukhari dan Muslim dari segi kurangnya

bilangan Hadith Shahih. Menurut pendapat al-Hakim dan al-Khatib, syarat

perawi hadith di dalam Sunan al-Nasa’i lebih kuat berbanding dengan syarat

perawi hadith dalam Shahih Muslim18.

Selain itu, hadith-hadith yang terdapat dalam Sunan Nasa’I boleh

diklafikasikan kepada beberapa jenis iaitu: Pertama hadith-hadith yang

dipersetujui oleh Bukhari dan Muslim. Kedua yang bersambung dengan

perawi thiqah, namun tidak diriwayatkan dalam sahih Bukhari dan Muslim.

17

Ibid . Ilmu Mustolah Hadis. Hlm. 218 18

Ibid. Pengantar Ulum Hadis. Hlm 312.

21

Ketiga, hadith-hadith yang menduduki darjat yang lebih rendah daripada

darjat shahih, seperti hasan. Keempat, hadith da’if, namun tidak dijadikan

sebagai dalil utama tetapi hanya berfungsi sebagai tabi’ atau syahid kepada

hadith-hadith yang lebih kuat daripadanya. Kelima, hadith da’if dijelaskan

sebab kecacatannya, namun jumlah hadith da’if yang tidak bergabung

dengan haditth lain adalah amat sedikit. Keenam, tidak terdapat hadith

maudhu’ dalam sunannya. Tambahan pula terdapat juga ulama dan ahli

hadith membuat ulasan terhadap Sunan Nasa’I, antaranya ialah Jalal al-Din

al-Suyuti (M.911 H ) dalam kitabnya Zahr al-Ruba ‘ala al- Mujtaba, Syeikh al-

Albani ( M.999H ) dalam karangannya Shahih wa daif dan Muhammad

Syadiq bin ‘Abd al-Hadi al-Madani al-Hanafi dalam karyanya Syarh al-Sanadi

.19

4.0 Pendapat Ulama’ Tentang Hadith Dalam Sunan Nasa’i

Ketelitian al-Nasa’i dalam memilih riwayat hadith ini menyebabkan

sesetengah ulama’ mengatakan bahawa kedudukan Sunan Nasa’I ini adalah

selepas Kitab Shahih Bukhari dan Muslim.Hal ini kerana, di dalam sunan ini

paling sedikit hadith dhaif di dalamnya. Pendapat pertama, Abu Ali al-

Naisaburi, Abu Ahmad bin Adi, Abu Hasan al-Daruqatni, Abu Abdullah al-

Hakim,Ibnu Mundah Abu Ya’ala al-Khalili dan lain-lain menyatakan bahawa

19

Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2010. Siri Tokoh Hadis Imam al-Nasa’I. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 25.

22

lafaz shahih pada Sunan Nasa’i20. Pendapat ini ada hubungannya dengan

apa yang pernah mereka meriwayatkan daripada al-Nasa’i mengatakan

bahawa hadith-hadith yang dipilih daripada al-Sunan al-Kubra semuanya

shahih21.

Pandangan kedua pula, Ibnu Kathir dan sebahagian Ulama’ yang lain

mengatakan bahawa di dalam kitab sunan ini masih mengandungi perawi

yang tidak diketahui latar belakang dan masih ada yang lemah ( الجرح )

manakala hadith yang terdapat di dalamnya juga masih terdapat hadith

dhaif, mu’allal dan mungkar.

5.0 Penekanan Hadith

Kitab Sunan Nasa’i22 merupakan salah satu daripada 4 Kitab Sunan yang

dijadikan rujukan utama umat Islam selepas kitab Shahih Bukhari dan

Muslim. Sunan Nasa’i23 juga adalah kitab yang bersih daripada hadith-hadith

palsu sehingga darjatnya lebih tinggi daripada kitab sunan yang lain.

Walaubagaimanapun, kitab ini tidak terlepas daripada hadith-hadith yang

bertaraf dhaif yang mana penulisnya telah membahagikan kepada dua

bahagian iaitu Shahih Sunan Nasa’i dan Dhaif Sunan Nasa’i.

20

Hadi Muhsin . 1985 . Pengenalan Kitab-kitab Hadis Sunan al-Sittah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Hlm 55 21

Al-Uthmani . 1971. Qawa’id fi Ulum al-Hadis. Beirut: Idarah al-Quran wa al-Ulum al-Islamiyyah. Hlm. 75 22

Ibid. Pengantar Ulum Hadis. Hlm. 314. 23

Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib.1967. Usul al-Hadis Ulumuhu wa Mustalahuhu. Beirut: Dar al-Fikr al Hadis. Hlm. 325.

23

Sunan Nasa’i24 mempunyai 4 jilid besar yang mana setiap jilid

membahaskan bab-bab fiqh seperti kitab Thaharah, Kitab Haidh, Kitab Solat,

Kitab Jum’at, Kitab Jihad, Kitab Nikah, Kitab Hibah, Kitab Puasa, Kitab

Zakat, Kitab Manasik Haji dan sebagainya. Namun begitu, Imam Nasa’i25

lebih banyak memberi penekanan terhadap manasik haji yang mana

terdapat 231 hadith di dalam bab tersebut berbanding bab-bab yang lain.

Rentetan daripada itu, beliau telah menghasilkan karya berjudul Kitab

Manasik Haji berdasarkan Mazhab Syafi’i. Menurut pengarang terjemahan

Shahih Sunan Nasa’i26, Imam Nasa’i merupakan seorang yang berpegang

teguh kepada Mazhab Syafi’i berbanding mazhab-mazhab lain kerana Imam

Syafi’i lebih mengamalkan sikap berhati-hati dan teliti di dalam sesuatu

perkara terutamanya apabila melibatkan hukum-hakam.

Kitab Manasik Haji27 mengandungi hadith yang berkaitan kewajipan

dan perlaksanaan haji, syarat-syarat haji, rukun haji, miqat, tawaf di Kaabah,

Hari Arafah dan Muzdalifah, larangan ketika berihram dan

sebagainya.Walaubagaimanapun, beliau lebih banyak mengeluarkan hadith-

hadith berkaitan larangan-larangan ketika berihram. Antaranya ialah hadith:

24

Ibid. Siri Tokoh: Imam an-Nasa’i. Hlm. 18. 25

Subhi as-Shalih.1995. Membahas Ilmu-ilmu Hadis. Jakarta: Penerbit Pustaka Firdaus. Hlm. 231. 26

Ibid. Shahih Sunan Nasa’i jilid 1. Hlm. 2. 27

M. Hasbi Ash Shidieqy.2006.Sejarah Hadis dari Tokoh-tokoh Ulama’ dalam Hadis.Kuala Lumpur: Pustaka al-Shafa. Hlm. 205.

24

i. Larangan memakai penutup kepala ketika berihram,28

ما يلبس : عن عبد هللا بن عمر، أن رجال سأل رسول هللا صلى هللا عليه وسلم

ال تلبس القمص، وال : من الثياب؟ فقال رسول هللا صلى هللا عليه وسلمالمحرم

العمائم، وال السراويالت، وال البرانس، وال الخفاف، اال أحد ال يجد نعلين،

فليلبس خفين، وليقطعهما أسفل من الكعبين، وال تلبسوا شيئا مسه الزعفران وال

.الورس

Maksunya: Dari Abdullah bin Umar bahawa ada seseorang bertanya

kepada Rasulullah SAW: “Pakaian apa yang dipakai oleh orang yang

berihram?” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian memakai

baju, serban, celana, penutup kepala dan sepatu kecuali seseorang yang

tidak mendapatkan dua sandal, Maka hendaklah ia memakai sepatu dan

memotongnya di bawah kedua jari kaki (sehingga terlihat jari kakinya) dan

janganlah kalian memakai sesuatu yang tersentuh minyak zafran dan juga

wars.

( Shahih: Muttafaq alaih )

28

Ibid . Shahih Sunan Nasa’i jilid 1,.. Hlm. 398.

25

Selain itu, terdapat juga

ii. Larangan wanita yang berihram memakai kain penutup muka29:

ماذا تأمرن أن نلبس من ! يا رسول هللا: قام رجل، فقال: عن ابن عمر، قال

ال تلبسوا : الثياب في االحرام؟ فقال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم

القميص، وال السراويالت، وال العمائم، وال البرانس، وال الخفاف، اال ألن

أحد ليست له نعالن، فليلبس الخفين ما أسفل من الكعبين، وال تلبس يكون

شيئا من الثياب مسه الزعفران، وال الورس، وال تنتقب المرأة الحرام، وال

.تلبس القفازين

Maksudnya: Dari Ibnu Umar, ia berkata: Ada seseorang berdiri lalu

berkata: “Wahai Rasulullah s.a.w! Pakaian apa yang engkau perintahkan

kepada kami agar kami pakai dalam ihram? “Maka Rasulullah s.a.w

bersabda, “Janganlah kalian memakai baju, celana, serban, penutup

kepala dan sepatu kecuali seseorang yang tidak mendapatkan dua

sandal, Maka hendaklah ia memakai sepatu dan memotongnya di bawah

kedua jari kaki.Janganlah kalian memakai pakaian yang tersentuh minyak

zafran dan juga wars dan janganlah seseorang wanita yang berihram

memakai kain penutup muka dan jangan memakai sarung tangan.”

( Shahih: Muttafaq alaih )

Di dalam riwayat Muslim, tidak ada kalimah “memakai kain penutup muka”30.

Ada pun contoh hadith yang lain ialah:

29

Ibid. Shahih Sunan Nasa’i jilid 1. Hlm. 397. 30

Imam Jalaluddin as-Suyuti. 1997. Al-Hadis, Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa. Hlm. 170.

26

iii. Larangan memakai celana ketika ihram ialah,31

: ما نلبس من الثياب اذا أحرمنا؟ قال! يا رسول هللا: عن ابن عمر، أن رجال قال

وال العمائم، وال السراويالت، وال -القمص: يةوفي روا -ال تلبس القميص

الخفين، اال أن ال يكون ألحدكم نعالن، فليقطعهما أسفل من الكعبين، وال ثوبا

.مسه ورس وال زعفران

Maksudnya: Dari Ibn Umar bahawa seseorang bertanya, “Wahai

Rasulullah SAW! Pakaian apa yang kita pakai ketika berihram?” Maka

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian memakai baju- di dalam

suatu riwayat disebutkan dengan kalimah, “baju-baju”- serban, celana dan

dua sepatu kecuali jika salah seorang di antara kalian tidak memiliki dua

sandal maka hendaklah ia memotong di bawah kedua jari kaki dan tidak

bolah memakai pakaian yang tersentuh wars dan minyak zafran.

( Shahih: Muttafaq alaih )

31

Ibid. Shahih Sunan Nasa’i jilid . Hlm. 396.

27

6.0 Isu-Isu Yang Timbul

Setiap manusia tidak akan lari daripada masalah, masalah merupakan

lumrah hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah kepada khalifahnya.

Jarang sekali manusia tidak ditimpa dengan masalah, bahkan manusia

seperti kita, rasul-rasul terdahulu pun juga tidak terlepas dengan masalah

walaupun mereka merupakan kekasih Allah dan manusia terpilih. Berbalik

kepada topik yang ingin dibincangkan adalah masalah yang terjadi kepada

seorang Imam al-Hadith Imam Nasa’i. Perbincangan masalah yang ingin

dibincangkankan dari topik ini ialah dari sudut peribadi beliau dan

pengumpulan hadith yang dilakukan olehnya.

6.1 Penulisan

Ketika beliau menulis hadith, antara metodologi penulisan beliau gunakan

untuk menjadikan sebuah kitab sunan ialah berhati-hati dalam pemilihan

hadith yang lemah. Sebagai contoh yang berlaku terhadap periwayat-

periwayat pada hadith Ibn Lahi’ah, yang sedia maklum bahawa ketika itu

hadith-hadith Ibn Lahi’ah amat penting untuk dijadikan bahan rujukan.

Sehingga hadith Ibn Lahi’ah tidak tercatat dalam sunan Nasa’I walaupun

beliau pernah bergantung pada hadith tersebut.

Oleh yang demikian, maka lahirlah karya yang masyhur dari Imam

Nasa’i yang diberi judul al-Sunan al-Mujtaba, kitab ini merupakan rintitan

daripada Sunan al-Kubra. Setelah karya Sunan al-Kubra siap, beliau telah

28

mempersembahkan pada gabenor daerah Ramlah ketika itu, lalu ditanyakan

kepada Imam Nasa’i, adakah hadith-hadith di dalamnya adalah hadith-hadith

shahih? Lalu beliau menjawab : ” tidak ”. Maka Sunan al-Mujtaba disusun,

sebenarnya di dalam sunan beliau terdapat juga hadith-hadith dhaif,32

Menurut Ibn al-Jauzy menyatakan bahawa hadith-hadith yang terdapat

di dalam sunan al-Kubra tidak semua shahih, malah terdapat juga hadith

maudhu’ ( palsu). Di samping beliau menemukan sepuluh hadith bertaraf

maudhu’ di dalamnya. Hal ini menyebabkan sunan al-Kubra dikritik habis-

habisan oleh ulama hadith ketika itu, akan tetapi ini hanya sekadar kritikan

dari sudut taraf hadith sahaja. Mungkin Imam Nasa’i mempunyai kaedah

berbeza dengan orang lain dalam menentukan taraf sesebuah hadith. Malah

amat berbeza dengan kaedah yang digunakan oleh Ibn al-Jauzy.

Ibn al-Jauzy telah mendapat bantahan dari pakar hadith abad ke

sembilan iaitu Imam Jalal al-Din al-Suyuti terhadap kritikan Sunan Nasa’I.

Imam al-Suyuti berpendapat bahawa memang di dalam sunan Nasa’I

terdapat hadith shahih, hasan dan dhaif. Walaupun demikian bilangan

hanyalah sedikit dan tidak pula menilai sehingga terdapat hadith maudhu’.

Terdapat juga ulama menyatakan Sunan Nasa’I hadithnya semua bertaraf

shahih, ini hanyalah pandangan menurut Muhammad Abu Syahbah yang

tidak dikaji dengan penelitian yang mendalam dan tepat.

32

Engku Ibrahim Engku Ismail.1989.Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 139

29

Secara kesimpulannya, Hal demikian berlaku disebabkan beliau ingin

menceritakan dan menyatakan perbezaan diantara hadith yang shahih

dengan hadith yang lemah berdasarkan kepada isnad-isnad yang berlainan,

ini memudahkan pembaca dan pengkaji hadith mengetahui perbezaan dan

kecacatan hadith yang dianggap sama.

6.2 Tuduhan Syiah

Tatkala ilmu hadith sedang berkembang dan dikaji oleh para ulama, masih

ramai lagi manusia yang berada dalam keadaan yang tidak mengertahui dan

perlu bergantung harap kepada ulama untuk menerima ilmu-ilmu hadith.

Oleh demikian, mereka yang tidak berpuas hati dengan apa yang dinyatakan

oleh para pencinta ilmu hadith ini, berusaha sedaya upaya untuk

menjatuhkan ulama tersebut agar ilmu yang disampaikan akan diragui oleh

masyarakat setempat. Sebagai halnya yang berlaku kepada ulama besar

hadith Imam Nasai.Jika tuduhan itu berbentuk ajaran sesat mungkin hal ini

boleh bertahan dan dapat dielakkan. Tidak sebaliknya yang terjadi kepada

Imam Nasai, beliau dituduh sebagai syiah. Catatan berkaitan mampu

memburukkan lagi nama baik Imam Nasa’i sebagai seorang Salaf Ahli

Hadith.33Antara kisah ilmiah yang menuduh beliau sebagai syiah, apabila

Imam Nasa’i tiba di Damsyik34 ketika itu penduduk Damsyik terlalu

mengagungkan Saidina Muawiyah dan membelakangi Saidina Ali k.w.

33

Ibid. Siri Tokoh Hadis: Imam an-Nasa’i. Hlm. 2 34

Ibu Negara Syria ( Damascus)

30

sehingga suasana pengamatan agama Islam terlanjur terlalu jauh daripada

kebenaran yang sebenar.

Keadaan demikian menyebabkan beliau telah menulis sebuah kitab

yang menceritakan peribadi saidina Ali k.w kelebihan dan tingkah lakunya.

Apabila buku yang dikarang oleh Imam Nasai itu siap, maka tercetuslah

pertelingkahan dan salah faham dalam kalangan masyarakat Damsyik ketika

itu. Di sebabkan oleh terlalu taksub dengan Saidina Muawiyah, masyarakat

Damsyik sanggup untuk membunuh ulama hadith yang agung ketika itu,

berpunca oleh kehadiran buku yang menceritakan perihal Saidina Ali k.w

yang dikarang oleh Imam Nasai. Perjuangan yang dilakukan Imam Nasai

untuk mencari keredhaan Allah ini telah pun tercatat di dalam ayat al-Quran,

Firman Allah S.W.T:

إنما يخشى هللا من عباده العلمــؤا إن هللا عزيز غفور

Maksudnya: Sesungguhnya golongan yang paling takut kepada Allah di

antara hamba-hambaNya ialah para ulama’. Sesungguhya Allah Maha

Perkasa lagi Maha Pengampun.35

( Surah al-Fathir: 28)

Catatan ini juga banyak diceritakan oleh ulama terdahulu antaranya seperti

Ibnu Hinzabah dalam kitabnya ‘al-Wafiyat’36 menyatakan:

35

Al-Quran: Surah al-Fathir: 28 36

Abi Abas Ahmad bin Hasan bin Ali bin Khatib, 1978, Al-Wafiyat, Beirut: Dar al-Iqamah al-Jadidah. Jilid 1, Hlm 198.

31

“ Aku mendengar Muhammad bin Musa al-Mamunie, sahabat Imam

Nasa’i berkata: Aku telah mendengar satu kelompok yang mengingkari

Abu Abdul Rahman al-Nasa’I melalui kitabnya ‘ al-Khasais Amirul

Mukminin Ali bin Abi Talib’ untuk Saidina Ali r.a dan beliau meninggalkan

penulisan Syeikhin.Maka aku menyatakan perkara tersebut kepadanya.

Beliau berkata: Aku telah masuk Damsyik dan aku dapati mereka telah

menyeleweng terhadap Saidina Ali terlalu banyak. Maka aku tuliskan

sebuah kitab ‘ al-Khasais’37 yang mana aku berharap semoga Allah

memberi hidayah kepada mereka. Kemudian aku menulis selepas itu,

kelebihan-kelebihan para sahabat dan aku bacakannya kepada manusia

yang lain. Maka ditanya kepadanya dan aku mendengar: Apakah engkau

tidak mengeluarkan hadith pada kelebihan-kelebihan Muawiyah? Maka

beliau menjawab: Yang mana satu yang dikeluarkan? Hadith: Ya Allah!

Janganlah kau kenyangkan perutnya-Mengambarkan kelahapan

Muawiyah ketika makan- Maka diamlah orang yang bertanya tadi. ”

Dan juga dinyatakan dalam kitab Tarikh oleh Ibnu Kathir “

Sesungguhnya ketika mana beliau menulis kitab “al-Khasois” pada melebih-

lebihkan Saidina Ali dan ahlul Bayt, kerana beliau melihat masyarakat

Damsyik ketika beliau sampai pada tahun 303, mereka itu melarikan diri dari

Saidina Ali. Mereka telah bertanya mengenai Muawiyah. Maka beliau

menjawab apa yang beliau jawabkan.

Antara riwayat yang menyatakan Imam Nasa’i seorang syiah dapat

dilihat pada beberapa pendapat dari kalangan ilmuwan Islam yang lain

dalam karangan mereka, antaranya ialah “al-Wafayat al-A’yan” yang

37

Ahmad bin Syuaib al-Nasa’I Abu Abdul Rahman, 1406 ,al-Khasais Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, Kuwait: Maktabah al-Muala.

32

dikarang oleh Ibn Khalikan yang menyatakan bahawa Imam Nasai itu

syiah.38 Manakala Ibn Taimiyyah turut menyatakan di dalam karanganya

bahawa segelintir ahli ilmu seperti ahli ilmu hadith terdiri daripada golongan

syiah, seperti Imam Nasai dan Ibn Abdul Bar. Menurut Imam Hafiz

Syamsudin Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-Zahabie dalam kitab

tulisannya “ Siyar a’lam al-Nubala” menyatakan bahawa pada Imam Nasai

ada sedikit pengaruh syiah pada diri beliau.39

Di samping penulisan-penulisan lain yang mencatatkan Imam Nasai itu

merupakan syiah, tokoh tafsir yang terkenal Ibn Kathir juga tidak terlepas

dalam karangan beliau menyatakan bahawa terdapat generasi syiah pada

diri Imam Nasai.40

6.3 Tangkisan Syiah

Walapun demikian, terdapat beberapa tokoh ilmuwan yang

mempertahankan Imam Nasai daripada tohmahan yang menghina dan

menuduh beliau sebagai seorang syiah, antaranya ialah Syeikh Abu Ishaq

al-Huwainie Hijazie dalam karangan beliau “ al-Khasois” menyatakan

bahawa tuduhan yang dilemparkan terhadap Imam Nasai itu sebagai

seorang syiah dapat di lihat kepada dua perkara iaitu ketika mana Imam al-

38

Abi Abas Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim bin Abi Bakr bin Khalikan. 1998. al-Wafayat al-A’yan.Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah. Hlm.77, Jilid 1. 39

Syamsudin Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-Zahabie. 2004. Siyar a’lam al-Nubala. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.Jilid 14, Hlm. 133 40

Abi Fida’ al-Hafiz Ibn Kathir al-Dimsyik.2001.al-Bidayah wa al-Nihayah. Beirut: Dar al-Fikr. Jilid 11, Hlm. 124.

33

Nasai sampai ke Damsyik dan melihat suasana masyarakatnya terlalu

mengangungkan Saidina Muawiyah sehingga membelakangi Saidina Ali,

lantaran itu Imam Nasai menulis dalam karangan beliau tentang

keperibadian Saidina Ali sehingga melebih-lebihkan, menyebabkan

masyarakat ketika itu marah terhadap Imam Nasai.41 Hal ini kerana,

masyarakat ketika itu banyak menentang Saidina Ali disebabkan oleh

tuntutan mereka terhadap pembunuh Saidina Uthman yang tidak

dipedulikan oleh Saidina Ali, ketika itu sebagai khalifah Mukmin.

Manakala perkara yang kedua ialah memandu masyarakat Damsyik

kearah jalan kebenaran. Imam Nasa’i menulis dalam karangan beliau bukan

bertujuan untuk menentang Muawiyah, akan tetapi untuk menyedarkan

masyarakat supaya tidak terlalu fanatik terhadap golongan yang dikatakan

baik di sisi mereka. Sedangkan ketika itu, khalifah Mukmin yang keempat

masih bersama mereka. Imam Nasa’I cuba untuk menyeleraikan masalah ini

agar masyarakat dapat berfikir yang mana lebih baik dari apa yang mereka

sangkakan.

Pendapat lain yang menyokong Imam Nasa’i bukan seorang syiah

ialah melalui tulisan Syamsudin Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-

Zahabie dalam karangnya “ Siyar a’lam al-Nubala” menyatakan Imam Nasa’i

terlalu benci dengan masyarakat Damsyik yang terlalu fanatik terhadap

41

Ibid. al-Khasais Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib. Hlm. 11.

34

Muawiyah sehingga beliau menulis kelebihan Saidina Ali dan tidak menulis

kelebihan pada Muawiyah.42

Perlu diingatkan, Imam Nasa’I juga menulis kelebihan Syaikhain yang

lain seperti Saidina Abu Bakr, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali

dalam karangan beliau “ Fadha’il al-Sahabah”. Jika dilihat kepada catatan

kitab-kitab terdahulu yang menyatakan Imam Nasa’i itu seorang Syiah

adalah tidak begitu menghairankan, ini kerana ketika itu dan sebelumnya

ramai berfahaman syiah yang mana menjadi ikutan arus perdana ketika itu.

Berbeza dengan fahaman syiah seperti hari ini.43

Oleh demikian, banyak kesan yang berlaku dalam ilmu Islam

khususnya yang berkaitan dengan ilmu hadith, ramai rijal yang dibuang

hanya kerana menyokong pemerintahan Saidina Ali, Sedangkan I’tiqad

mereka adalah benar, dan mereka tergolong dalam kalangan orang-orang

yang benar ( sidq). Mereka tidak pernah berbohong tetapi telah dijarah

dalam ilmu rijal.Oleh sebab itu, kajian terhadap rijal perlu sehingga seiap

tohmah perlu Mufassar.

42

Syamsudin Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-Zahabie. 2004. Siyar a’lam al-Nubala. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.Jilid 14, Hlm. 133 43

Syiah telah mengalami perubahan dan perkembanganya. Menyokong Saidina Ali dalam kekhalifahannya adalah dituntut kerana ia adalah sah dalam perundangan ketika itu ( zamanImam an-Nasa’i ). Manakala mereka yang menentang pemerintahan Saidina Ali diisytiharkan sebagai bughah.Perkembangan Syiah bermula apabila berlakunya pertikaian politik dan akhirnya membentuk sebuah prinsip-prinsip yang membentuk perbezaan dari segi aqidah.Oleh demikian, Syiah telah dianggap sebagai kumpulan mazhab aqidah dan bukan lagi sebagai anggota politik.Jika diteliti dari keilmuwan yang telah ada pada kini, ramai di kalangan ulama’-ulama’ terdahulu kebanyakkan mereka berpengaruh Syiah seperti Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Ibn Abdul Bar dan lain-lain lagi.Mereka terdorang menyokong Saidina Ali disebabkan oleh kepimpinannya bukan prinsip aqidah yang terbentuk dalam mazhab Syiah pada hari ini.

35

Malah dengan tohmahan syiah ini, maka banyaklah terhasil hadith-

hadith Mursalat. Banyak juga hadith shahih akhirnya terpaksa menjadi

mursal kerana menyembunyikan perawi-perawi tertentu daripada hadith

tersebut dihukum dengan dhaif ataupun mardud.

Maka, hari ini perlu dikaji supaya penjernihan terhadap pemahaman

sejarah yang akan sekaligus akan membaiki banyak kesilapan yang berlaku

dalam pelbagai aspek ilmu pada hari ini. Jadikanlah, Imam Nasa’i sebagai

permulaan untuk membina nilai ilmiah yang sejernih pada zaman Rasulullah

s.a.w dahulu.

36

7.0 Cadangan

Hasil daripada penulisan yang di buat, pengkaji ingin mencadangkan kepada

mana-mana pihak sama ada badan kerajaan mahupun bukan kerajaan tidak

kira dari mana-mana agensi agar menghasilkan sebuah buku yang

membicarakan tentang Imam-imam Hadith dan sumbangan mereka terhadap

pengajian Islam.

Walaupun diketahui telah ada buku yang membicarakan tentang

Imam-imam al-hadith, tetapi kebanyakkannya hanya menyentuh Imam-imam

al-Hadith yang enam ( Sunan Sittah ) seperti al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah,

al-Nasa’I, Abu Daud dan Tirmizi.

Oleh demikian, pengkaji mengharap Imam-imam al-Hadith yang lain

seperti Ibn Hibban, Ahmad bin Hanbal, al-Baihaqi, Dar al-Qutni, al-Darimi,

Said bin Mansur, Ibn Khuzaimah, Abi Umainah, Abi Ya’la dan imam-imam al-

Hadith yang lain agar diketengahkan pengetahuan tentang mereka.

Di samping itu, pengkaji mengharap penulisan pengajian Islam perlu di

perbanyakkan dalam tulisan Bahasa Melayu ( Malaysia ), yang sedia

maklum bahawa kebanyakkan bahan bacaan pengajian Islam adalah

berbahasa Arab dan kebanyakkannya diterjemah dalam bahasa Indonesia.

Cadangan ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang menyarankan

mana-mana agensi banyak bergiat dalam penulisan ilmiah dalam bahasa

Melayu antaranya ialah pengajian Islam.

37

8.0 Penutup

Berdasarkan apa yang telah diteliti dalam kitab Sunan Nasa’i, kitab sunan

Nasa’I berjaya dihasilkan oleh Imam Nasa’I setelah menempuhi pelbagai

banyak cabaran dan halangansemasa mengumpul dan menyebarluaskan

sunnah Rasulullah saw. Selain itu, Imam Nasa’i juga sangat menitikberatkan

cara penyusunan, cara pengambilan hadith dan hadith yang hendak

dimuatkan di dalam kitabnya.Sehingga hari ini usaha beliau dinikmati oleh

para ilmuwan Islam untuk dijadikan rujukan dalam pengajian hadith.

Kewafatan Imam Nasa’I mempunyai pandangan yang berbeza.Antaranya

Makkah dan dikebumikan di antara Safa dan Marwah, suatu daerah di

Palestina, dan Bait al-Maqdis, Palestina.Semestinya kewafatan beliau

meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa orang-orang mukmin yang

cintakan ilmu dan ulama. Semoga jerih payahnya dalam mengembangkan

wasiat Rasullullah saw menyebarluaskan hadith mendapatkan balasan yang

setimpal di sisi Allah. Al-fatihah.

38

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Abi Abas Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim bin Abi Bakr bin Khalikan. 1998. Al

Wafayat al-A’yan.Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah. Jilid 1

Abi Abas Ahmad bin Hasan bin Ali bin Khatib, 1978, Al-Wafiyat, Beirut: Dar al

Iqamah al-Jadidah. Jilid 1

Abi Fida’ al-Hafiz Ibn Kathir al-Dimsyik. 2001. al-Bidayah wa al-Nihayah. Beirut:

Dar al-Fikr. Jilid 11

Ahmad bin Syuaib al-Nasa’I Abu Abdul Rahman, 1406 , al-Khasais Amirul

Mukminin Ali bin Abi Talib, Kuwait: Maktabah al-Muala.

Ahmad Umar Hasyim. Al-Sunah al-Nabawiyah wa Ulumuha. Kaherah: Penerbit

Maktabah Gharib.

Al-Dhahabi .1983. Syiar A’alam al-Nubala. Beirut: Penerbit Muassasah al

Risalah.

Al-Maqdisi .1984. Syurut al-Aimmahh al-Sittah. Beirut: Dar al-Kuttub al Ilmiah.

Al-Uthmani . 1971. Qawa’id fi Ulum al-Hadis. Beirut : Idarah al-Quran wa al-Ulum

al-Islamiyyah.

Asmawi Haji Ehsan. 2003. Ilmu Hadith: Hadith Sebagai Sumber Hukum. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Bey Ariffin, Yunus Ali Al-Muhdhor, Dra. Ummu Maslamah Rayes, 1999 :

Tarjamah Sunan An-Nasa’iy Jilid 1 : Kuala Lumpur: Asy-Syifa’ Darul Fikri.

Engku Ibrahim Engku Ismail.1989. Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

39

Hadi Muhsin. 1985. Pengenalan Kitab-Kitab Hadith al-Sunan Sittah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Imam Jalaluddin as-Suyuti. 1997. Al-Hadis, Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa.

M. Hasbi Ash Shidieqy. 2006 . Sejarah Hadis dari Tokoh-tokoh Ulama’ dalam

Hadis. Kuala Lumpur: Pustaka al-Shafa.

Muhammad Nashiruddin al-Albani. 2006. Shahih Sunan Nasa’i jilid 1,

penterjemah Fathurahman & Zuhdi. Jakarta: Pustaka Azzam.

Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib. 1967. Usul al-Hadis Ulumuhu wa Mustalahuhu.

Beirut: Dar al-Fikr al Hadis.

Nor Hashimah Hussain . 1994. Metode penulisan an-Nasa’i: suatu kajian khusus

terhadap sunan an-Nasa’i. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Qurrotul Aien bt Fatah Yasin . 2006 . Ilmu Mustolah Hadis. Batu Caves: Kuala

Lumpur.

Rosmawati Ali@ Mat Zin. 2010. Siri Tokoh Hadis: Imam an-Nasa’i. Kuala

Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Rosmawati Ali@Mat Zin . 2005. Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur: Pustaka

Salam.

Subhi as-Shalih.1995. Membahas Ilmu-ilmu Hadis. Jakarta: Penerbit Pustaka

Firdaus.

Syamsudin Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-Zahabie. 2004. Siyar a’lam al

Nubala. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah. Jilid 14

T.M. Hasbi Ash-Siddieay . 1974. Sejarah dan Pengantar Ilmu Hadis. Jakarta:

Penerbit Bulan Bintang.