FOUNDER OF THE WORLD'S MOST INTOLERANT RELIGION

12
620 ROBERT SPENCER DAN MANIPULASI FAKTA DALAM THE TRUTH ABOUT MUHAMMAD: FOUNDER OF THE WORLD’S MOST INTOLERANT RELIGION: SUATU ULASAN RINGKAS Nor Zuhairah binti Zulkiflee i & Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali ii i Calon Sarjana Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected] ii Pengarah, Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected] Abstrak Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh dan ikutan terbaik umat manusia. Sifat dan peribadi baginda menjadi ikutan sehingga kini. Namun mutakhir ini, terdapat beberapa penulis bukan Muslim yang mendakwa bahawa ajaran, perlakuan dan perkataan Nabi Muhammad s.a.w membawa kepada keganasan dan menjadi ancaman kepada kehidupan manusia terutamanya kepada mereka yang bukan Muslim. Mereka ini tidak dapat menerima realiti bahawa perbuatan dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w tersebut boleh membawa kepada keganasan dek melihat kepada implikasinya yang begitu menakutkan sekarang. Masalah keganasan didakwa berlaku akibat daripada mempelajari elemen-elemen Islam dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, makalah ini ditulis adalah untuk mengulas dan membuat analisis ringkas berkenaan inti pati kandungan buku The Truth about Muhammad: Founder of the World’s Most Intolerant Religion oleh Robert Spencer. Buku ini menurut Robert Spencer ini ditujukan khas kepada mereka yang masih bertahan dengan penindasan dan kezaliman hasil daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Dengan menggunakan kaedah analisis teks ke atas karya The Truth about Muhammad: Founder of the World’s Most Intolerant Religion, makalah ini mengetengahkan beberapa kepincangan dan manipulasi fakta yang telah dibuat oleh Spencer. Makalah ini mencadangkan agar lebih banyak analisis dan ulasan dibuat ke atas pelbagai buku yang ditulis oleh penulis Robert Spencer khususnya dan penulis-penulis Barat yang lain mengenai sifat dan peribadi Nabi Muhammad yang syumul (sempurna), terutamanya yang mengandungi kritikan dan kenyataan yang salah mengenai agama Islam. Kata kunci: Orientalis, Barat, Nabi Muhammad, Islam, Keganasan, Jihad PENDAHULUAN Penglibatan orientalis Barat dalam mengkaji ilmu-ilmu dunia terutamanya mengenai Islam memberi banyak manfaat terutama kepada dunia akademik sehingga kini. Terdapat ramai sarjana Muslim yang berpandangan bahawa kajian Barat yang

Transcript of FOUNDER OF THE WORLD'S MOST INTOLERANT RELIGION

620

ROBERT SPENCER DAN MANIPULASI FAKTA DALAM THE TRUTH ABOUT

MUHAMMAD: FOUNDER OF THE WORLD’S MOST INTOLERANT RELIGION:

SUATU ULASAN RINGKAS

Nor Zuhairah binti Zulkifleei & Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razaliii

i Calon Sarjana Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains

Islam Malaysia. [email protected] ii Pengarah, Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]

Abstrak

Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh dan ikutan terbaik umat manusia. Sifat dan peribadi baginda

menjadi ikutan sehingga kini. Namun mutakhir ini, terdapat beberapa penulis bukan Muslim yang

mendakwa bahawa ajaran, perlakuan dan perkataan Nabi Muhammad s.a.w membawa kepada

keganasan dan menjadi ancaman kepada kehidupan manusia terutamanya kepada mereka yang

bukan Muslim. Mereka ini tidak dapat menerima realiti bahawa perbuatan dan ajaran Nabi

Muhammad s.a.w tersebut boleh membawa kepada keganasan dek melihat kepada implikasinya yang

begitu menakutkan sekarang. Masalah keganasan didakwa berlaku akibat daripada mempelajari

elemen-elemen Islam dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, makalah ini ditulis adalah untuk

mengulas dan membuat analisis ringkas berkenaan inti pati kandungan buku The Truth about

Muhammad: Founder of the World’s Most Intolerant Religion oleh Robert Spencer. Buku ini

menurut Robert Spencer ini ditujukan khas kepada mereka yang masih bertahan dengan penindasan

dan kezaliman hasil daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Dengan menggunakan kaedah analisis

teks ke atas karya The Truth about Muhammad: Founder of the World’s Most Intolerant Religion,

makalah ini mengetengahkan beberapa kepincangan dan manipulasi fakta yang telah dibuat oleh

Spencer. Makalah ini mencadangkan agar lebih banyak analisis dan ulasan dibuat ke atas pelbagai

buku yang ditulis oleh penulis Robert Spencer khususnya dan penulis-penulis Barat yang lain

mengenai sifat dan peribadi Nabi Muhammad yang syumul (sempurna), terutamanya yang

mengandungi kritikan dan kenyataan yang salah mengenai agama Islam.

Kata kunci: Orientalis, Barat, Nabi Muhammad, Islam, Keganasan, Jihad

PENDAHULUAN

Penglibatan orientalis Barat dalam mengkaji ilmu-ilmu dunia terutamanya mengenai

Islam memberi banyak manfaat terutama kepada dunia akademik sehingga kini.

Terdapat ramai sarjana Muslim yang berpandangan bahawa kajian Barat yang

621

mencakupi seluruh aspek agama Islam termasuklah perihal Akidah, Syariʿat,

kebudayaan, peradaban, sejarah dan sebagainya mempunyai tujuan yang negatif supaya

umat Islam menyimpang dari landasan agama yang lurus dan menjauh darinya (Teng,

2016). Ianya memberi kesan negatif yang mempengaruhi masyarakat awam yang

dahagakan ilmu tanpa menyelidiki kesahihan sesuatu hujah dan fakta yang dibawakan

oleh orientalis tersebut.

Seiring dengan peredaran masa, tidak semua orientalis Barat masih bersikap

double standard, anti-Islam dan prejudis terhadap agama lain terutamanya terhadap

agama Islam. Ada dalam kalangan orientalis ini yang telah berubah dan memilih untuk

bersikap neutral dan positif mengenai Islam, mengakui kebenaran ajaran Islam dan

mengambil manfaat darinya (Rahimin Affandi, Muhammad Kamil, Ruzman et al, 2010)

Agama Islam disebarkan ke seluruh alam melalui nabi terakhir iaitu Nabi

Muhammad s.a.w. Ajaran dan perintah Islam wajib diamalkan oleh semua umat Islam,

tanpa mengganggu hak-hak sivil masyarakat bukan Islam. Meskipun perbuatan

terorisme atas nama agama ini telah lama berlaku namun akibat daripada tragedi 9/11

yang telah mengorbankan ribuan mangsa di Amerika, telah menambahkan lagi

ketegangan yang sedia ada. Ketegangan menentang terorisme dan jihad agama ini

berterusan sehingga kini terutamanya di negara Timur Tengah dan Eropah sehingga

menjadi tumpuan dan kebimbangan masyarakat dunia. Perbincangan dan diskusi

mengenai isu keganasan yang berlaku ini semakin hangat dibincangkan oleh banyak

pihak termasuklah di peringkat antarabangsa bagi mencari solusi untuk menangani isu

terorisme.

Bertitik tolak daripada konflik peperangan dan keganasan yang berlaku, seorang

orientalis Barat yang prolifik dalam penulisan dan gerakan Anti Islamisasi Amerika,

Robert Spencer telah menghasilkan pelbagai karya yang kebanyakannya menyentuh isu

jihad, terorisme dan kaitannya dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Penulis Barat ini

telah dinobatkan sebagai New York Times Best Selling Author melalui buku The Truth about

Muhammad: Founder of the World’s Most Intolerant Religion. Buku yang penuh kontroversi

ini dengan cetusan tajuk yang polemikal, berupaya menarik minat pembaca yang sedang

mencari punca di sebalik berlakunya keganasan dan perbuatan yang dianggap jihad

Islam di dunia.

622

METODOLOGI KAJIAN

Makalah ini menggunakan kaedah kualitatif, deskriptif dan kajian teks di mana kajian

perpustakaan dan teks asal digunakan. Ini melibatkan penggunaan sumber rujukan

primer sebagai rujukan utama iaitu al-Qur’ān dan buku Robert Spencer; The Truth about

Muhammad: Founder of the World’s Most Intolerant Religion serta beberapa sumber

sekunder lain sebagai bahan rujukan kajian ini. Antara bahan sekunder yang menjadi

rujukan ialah buku-buku, jurnal akademik dan artikel yang berkaitan dengan isu

orientalis Barat, keganasan dan keterlibatan Nabi Muhammad s.a.w sebagai teladan.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Biografi Robert Spencer Penulis The Truth About Muhammad: Founder of the World’s

Most Intolerant Religion

Robert Bruce Spencer atau lebih dikenali dengan nama Robert Spencer, merupakan

seorang penulis kontemporari Amerika yang anti-Islam dan dikenali ramai kerana

kritikannya terhadap Islam dan penelitiannya tentang terorisme dan jihad. Spencer

sangat aktif dan agresif dalam mendedahkan gerakan jihad yang muncul di Barat dan

antarabangsa. Bersama-sama Pamela Geller, Spencer bergerak aktif dalam gerakan Stop

Islamaization of America (SIOA) dan American Freedom Defence Initiative (AFDI) (t.p, 2013).

Sejak muda sehingga sekarang beliau banyak menumpukan perhatian dalam

gerakan menentang gerakan jihad keganasan dan Islam radikal di United States. Pelbagai

cara digunakan Spencer dalam menarik perhatian dan memberi penerangan kepada

masyarakat awam di Eropah berkenaan bahaya jihadisme dan Islam radikal yang

berlaku di sekeliling mereka sehingga tindakannya itu mengundang ketakutan dan

kebencian kepada Muslim dan agama Islam di kalangan bukan Muslim. Menurut salah

seorang pengikut di laman sesawang Jihad Watch, penglibatan Spencer sebagai suara

utama dalam mempertahankan rakyat Amerika daripada gerakan Islamisasi, beliau

dianggap sebagai rakyat Amerika yang tidak gerun dan yakin dalam menyuarakan isu

jihad moden (https://www.jihadwatch.org/about-robert).

Jihad Watch menurut Spencer adalah laman sesawang yang beliau kendalikan

dengan tujuan untuk membetulkan semula salah faham awam akan konsep jihad dan

agama Islam dalam konflik moden hari ini. Jihad Watch diwujudkan kerana bukan

Muslim di Barat dan di negara lain sedang berhadapan dengan gerakan jihadis Islam

yang ingin melaksanakan undang-undang Islam dan menghapuskan komuniti bukan

Muslim. Oleh itu, Jihad Watch ini diwujudkan untuk meraih sebanyak mungkin perhatian

623

awam akan ideologi dan peranan jihad yang semakin membimbangkan di Barat

(https://www.jihadwatch.org/why-jihad-watch). Berita-berita keganasan yang berlaku di

Barat akan di dedahkan di laman Jihad Watch ini untuk perhatian dan kesedaran umum.

Menurut laman sesawang Jihad Watch yang dikendalikan Robert Spencer ini,

beliau dilahirkan pada 27 Februari 1962 dan berlatar belakang agama Kristian Katolik

setelah sekian lama dibaptis sebagai penganut Ortodok Greek. Beliau kemudiannya

berdaftar sebagai ahli Gereja Katolik Malkite, sebuah cabang gereja Rom di Timur yang

menyerupai gereja Ortodok dan kebanyakannya tertumpu di kawasan Lebanon, Syria,

Jordan dan Palestin (https://www.jihadwatch.org/about-robert).

Penganut aliran Katolik ini mula menunjukkan minat mendalami agama Islam

dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w ketika di usia muda lagi. Spencer mengambil peluang

membaca buku-buku agama terutamanya berkaitan dengan Islam semasa beliau bekerja

di sebuah kedai buku; Revolution Books dalam era Perang Dingin di New York. Beliau

mula membaca al-Qur’an apabila telah mendaftar diri di kolej dan mula mempelajari

sejarah, undang-undang dan teologi Islam di University North Carolina di Chapel Hill

pada 1980 dan bergraduasi pada 1983. Kemudian memegang ijazah Sarjana dalam

bidang agama pada 1986 dengan tajuk kajian yang fokus kepada sejarah Katolik (Lamb,

2006).

Minat yang mendalam terhadap gerakan radikal yang berlaku di seantero dunia

terutamanya di Eropah dan Amerika membuatkannya lebih bersemangat untuk

mengendalikan gerakan menentang ekstremis radikal atas nama Islam yang memberi

ancaman kepada dunia Barat. Penglibatan Spencer dalam menyuarakan kebencian,

kekerasan dan fanatisme golongan Islam radikal melalui tulisannya di laman sesawang

Jihad Watch dan menjadi rakan kongsi dalam gerakan Stop Islamization of America

dianggap sebagai suatu usaha yang berani. Spencer juga merupakan seorang watak yang

berani dalam membahas permasalahan agama Islam kepada masyarakat awam dan

melontarkan pertanyaan disaat orang Barat lain tidak mampu mengutarakannya (Asep,

2005).

Selain penulisan secara maya, Spencer telah menerbitkan 20 buku sejak tahun 2002

sehingga yang terbaharu pada tahun 2020 yang bertajuk Rating America’s Presidents: An

America-First Look at Who Is Best, Who Is Overrated, and Who was an Absolute Disaster (2020).

Beliau mempunyai 2 buku New York Times BestSeller; The Politically Incorrect Guide to Islam

(and the Crusades), (2005) dan The Truth about Muhammad: Founder of the World’s Most

Intolerent Religion (2006). Buku The Truth about Muhammad: Founder of the World’s Most

Intolerent Religion inilah yang akan diulas di dalam makalah ini secara ringkas isi

624

kandungan buku ini, tujuan Spencer menulisnya dan inti pati yang difokuskan oleh

Spencer di dalam bukunya ini.

Di samping menulis buku, beliau turut diundang sebagai speaker di agensi

pertahanan Amerika seperti FBI, United States Central Command, Joint Terrorisme, Joint

Terrorisme Task Force (JTT) dan beberapa lagi agensi kerajaan yang lain. Beliau juga turut

menerima tawaran sebagai panel jemputan di beberapa kolej dan universiti di Amerika

dalam membincangkan isu keganasan dan jihad yang dimainkan oleh jihadis Islam.

Beliau berkhidmat sebagai konsultan di Pusat Polisi Keselamatan (Centre for Security

Policy) dalam menyumbang kepada Projek Kajian Terorisme (Investigative Project on

Terrorisme). Spencer juga dilantik sebagai Shillman Felo di David Horowitz Freedom Centre

dan kolumnis mingguan untuk majalah-majalah dan pelbagai artikel yang berkisar isu

jihad dan terorisme dalam Islam yang terbit dalam Los Angles Times, Fox News Opinion,

New York Post, Journal of International Security Affairs, UK’s Guardian, WorldNet Daily dan

jurnal-jurnal lain lagi (https://www.jihadwatch.org/about-robert).

Pelbagai kontroversi dan ancaman yang dihadapi Spencer dalam usahanya

membawa ideologi anti-Islam dan keganasan yang berlaku berkaitan dengan ajaran,

sejarah Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Malah pada Disember 2006, kerajaan Pakistan

telah menghalang kemasukan buku Robert Spencer The Truth about Muhammad yang

termasuk di dalam senarai bahan yang dilarang (De Russy, Pakistan: Book Closed on

Muhammad, 2007). Kemudian pada April 2010, Spencer membuat permohonan untuk

mendaftarkan tanda dagangan “Stop Islamization of America” tetapi telah ditolak

permohonan itu oleh pejabat US Trademark & Patent. Protes dan tentangan daripada

mahasiswa juga tidak terkecuali yang jelas menolak beliau sebagai speaker di kolej dan

universiti mereka (Tokasz, 2017).

Pada 2013, Spencer dan Pamela Geller telah dicegah daripada memasuki United

Kingdom (UK) ekoran daripada kenyataan Spencer bahawa Islam adalah satu

kepercayaan yang memerintah pengikutnya untuk memerangi orang kafir dengan

tujuan untuk mewujudkan satu masyarakat contoh (t.p, 2013). Susulan daripada hujah

ini UK anti-extremisme telah mengumpulkan petisyen dan sokongan daripada orang

ramai untuk menghalang kemasukan Robert Spencer dan Pamela Giller di UK yang

boleh menggugat keamanan awam di UK. Selain dari itu, Spencer juga pernah di tahan

di hospital akibat di racun di Iceland dalam siri lawatannya ke Iceland pada tahun 2017

(t.p, 2018).

625

Jadual 1.0. Senarai judul buku Robert Spencer

No. Judul Buku (Tahun Terbitan)

1. Islam Unveiled: Disturbing Questions About the World’s Fastest Growing Faith

(2002)

2. Onward Muslim Soldiers: How Jihad Still Threatens America and the West (2003)

3. Inside Islam (with Daniel Ali) (2003)

4. The Myth of Islamic Tolerance: How Islamic Law Treats Non-Muslims (2004)

5. The Politically Incorrect Guide to Islam (and the Crusades) (2005)

6. The Truth About Muhammad: Founder of the World’s Most Intolerant Religion (2006)

7. Religion of Peace? Why Christianity Is and Islam Isn’t (2007)

8. Stealth Jihad: How Radical Islam is Subverting America without Guns or Bombs (2008)

9. The Complete Infidel’s Guide to the Koran (2009)

10. The Post-American Presidency: The Obama Administration’s War on America (with

Pamela Geller) (2010)

11. Did Muhammad Exist? An Inquiry into Islam’s Obscure Origins (2011)

12. Not Peace but A Sword: The Great Chasm Between Christianity and Islam (2013)

13. Arab Winter Comes to America: The Truth About the War We’re in (2014)

14. The Complete Infidel’s Guide to ISIS (2015)

15. The Complete Infidel’s Guide to Iran (2016)

16. The Complete Infidel’s Guide to Free Speech (and Its Enemies) (2017)

17. Confessions of an Islamophobe (2017)

18. The History of Jihad from Muhammad to ISIS (2018)

19. The Palestinian Delusion: The Catastrophic History of the Middle East Peace Process

(2019)

20. Rating America’s Presidents: An America-First Look at Who Is Best, Who Is Overrated,

and Who was an Absolute Disaster (2020)

Ulasan Ringkas The Truth about Muhammad: Founder of the World’s Most Intolerant

Religion

Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi dan rasul terakhir yang diutuskan Allah kepada

umat manusia seluruhnya. Baginda merupakan cahaya yang menyinari kehidupan

seluruh manusia dalam semua aspek perbuatan dan keadaan (Ahmad Sanusi, 2018).

Pada diri Rasulullah itu ada contoh teladan yang baik dan sempurna bagi mereka yang

sentiasa mengharapkan redha Allah dan balasan baik pada hari Akhirat (al-Qur’ān. Al-

Ahzab 33:21).

626

Rasulullah s.a.w adalah seorang yang tiada cacat celanya berbanding manusia

biasa. Sifat inilah yang membuatkan para musuh tidak mampu untuk mencela dan

memburukkan Baginda s.a.w dalam semua aspek kehidupan (al-Taftazani, 2017). Semua

masyarakat di dunia amnya dan umat Islam khususnya perlu mengambil pelajaran dan

mencontohi akhlak perbuatan Rasulullah s.a.w yang boleh dihayati melalui Sirāh

Nabawiyyah yang dikarang oleh ulama-ulama Islam yang muktabar seperti Sirāh Ibn

Hisham, Tābaqāt Ibn Sa’d, tarikh al-Tabāri, kitab al-Rahīq al-Makhtum dan sebagainya.

Dengan perkembangan ilmu dan peredaran zaman, golongan orientalis Barat juga

turut menulis buku mengenai sejarah Rasulullah s.a.w. Buku The Truth about Muhammad:

Founder of the World’s Most Intolerant adalah sebuah buku yang mengandungi 10 bab

berkisar sejarah Nabi Muhammad s.a.w, kehidupan beliau dan peristiwa yang berlaku

di sepanjang hayat Baginda s.a.w. Dimulai dengan kronologi tahun-tahun penting dalam

kehidupan Nabi Muhammad s.a.w dari lahir sehingga Rasulullah s.a.w. wafat sebagai

permulaan buku. Kemudian Spencer sertakan pengenalan ringkas akan watak-watak

yang terlibat semasa hayat Rasulullah s.a.w seperti nama isteri-isteri, sahabat Baginda

s.a.w dan nama tempat bagi peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam bab akan datang.

The Truth about Muhammad: Founder of the World’s Most Intolerant Religion

merupakan sebuah buku di antara karya-karya kontroversi lain yang ditulis oleh Robert

Spencer. Buku ini penuh dengan kecaman, tuduhan dan interpretasi yang salah dengan

mengaitkan Baginda s.a.w dengan perbuatan ganas jihadis dan perkara-perkara yang

menyalahi sifat-sifat wajib seorang Rasul.

Buku yang menjejaki biografi Rasulullah s.a.w ini ditulis sebagai penilaian kepada

beberapa aspek kehidupan Nabi Muhammad s.a.w yang didapati bermasalah dan tidak

disenangi oleh bukan Muslim seperti isu perkahwinan Nabi, perundangan Islam yang

dianggap kejam oleh bukan Muslim, isu jihad, melebihkan kaum lelaki berbanding

wanita dan lain-lain. Hal ini tidak disenangi oleh bukan Muslim yang bertentangan

dengan hak kemanusiaan dan maruah manusia mengikut pengertian Barat (Spencer R.,

2006). Ketidakselesaan yang mereka hadapi ini berlaku kerana golongan jihadis hari ini

mendakwa perbuatan mereka ini dilakukan dalam mencontohi perbuatan yang pernah

dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Seperti mana yang terdapat di dalam jadual di bawah, berikut adalah senarai isi

kandungan buku Robert Spencer ini. Secara keseluruhannya kita boleh lihat bahawa

tema yang terdapat pada buku ini adalah mengenai keganasan dan jihad yang berlaku

pada zaman Rasulullah s.a.w.

627

Jadual 2.0. Senarai isi kandungan The Truth about Muhammad: Founder of the World’s

Most Intolerant Religion

Bab Isi kandungan

1. Why a biography of Muhammad is relevant today?

2. In search ofthe historic Muhammad

3. Muhammad becomes a prophet

4. Muhammad’s revelations and their sources

5. “A warner in the face of a terrific punishment”

6. Muhammad becomes a warlord

7. “War is deceit”

8. Casting terror into their hearts

9. Victorious through terror

10. Muhammad’s Legacy

Perbuatan Islamis jihadis yang berlaku di Barat dikatakan ada kaitannya dengan

ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun begitu, kenyataannya perbuatan mereka itu

amat tersasar dan tidak selaras dengan matlamat dan objektif ajaran Islam yang utama

untuk memberi kebaikan kepada umat manusia secara umum (Abdullah, 2016).

Menurut Spencer buku ini ditujukan khas kepada mereka yang masih bertahan

dengan penindasan dan keganasan hasil daripada ikutan ajaran Nabi Muhammad s.a.w

(Spencer R., 2006). Pendirian Robert Spencer dalam buku ini tidak menunjukkan beliau

tidak menolak atau bersetuju secara jelas akan perbuatan jihad keganasan yang berlaku

kini ada kaitannya dengan mencontohi perbuatan Rasulullah s.a.w. Namun hujah yang

dibawa oleh Spencer lebih terarah kepada bersetuju dan tidak adil terhadap isu

keganasan dalam Islam. Kerana itu, buku yang berbaur negatif dan anti Islam ini telah

ditahan percetakannya daripada memasuki Pakistan pada tahun 2006 yang lalu. (De

Russy. C, 2007)

Di dalam buku ini Spencer membangkitkan persoalan mengapa moderat Muslim

hari ini sangat lemah jika dibandingkan gerakan jihadis di dunia Islam. Mengapakah

Muslim mendapati teladan Nabi Muhammad s.a.w sangat memikat untuk dicontohi dan

mengapakah teladan tersebut digunakan untuk membenarkan tindakan keganasan yang

menyimpang ini dengan meluas? Dan menjadi satu tanda tanya oleh bukan Muslim

bagaimanakah peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang sebenarnya? Adakah benar Nabi

Muhammad ini seorang yang cintakan kedamaian? Mengapa Islamis jihadis yang

628

melakukan keganasan kepada manusia lain hari ini mengaku mencontohi Rasulullah

s.a.w?

Persoalan-persoalan di atas dijawab dan disokong dengan fakta-fakta yang

bersumberkan al-Qur’ān, Hadith dan Sirāh sebagai sumber utama rujukan beliau.

Namun, tidak dapat dinafikan hujah yang dibawanya itu tidak tepat dan meragukan

sebagaimana yang dikritik oleh sarjana dan orientalis lain seperti Karen Armstrong.

Karen Armstrong berpandangan bahawa buku Spencer ini ditulis berdasarkan fakta

yang tidak tepat dan ditulis dengan rasa kebencian terhadap Islam dan Nabi Muhammad

s.a.w (https://peoplepill.com/people/robert-spencer-2/). Spencer turut memanipulasikan

ayat al-Qur’ān dan Hadith yang diambilnya dengan memetik teks yang tidak lengkap

konteks maknanya agar boleh disesuaikan dengan keadaan dan dapat menyokong hujah

beliau.

Status penulisan dan fakta dalam buku Robert Spencer ini amat membimbangkan

sebagai bahan bacaan awam yang terbuka kepada semua masyarakat. Mereka yang tidak

mengenal Islam boleh terpengaruh dan terpesong keyakinannya daripada kebenaran

dan merasakan bahawa Islam ini agama yang sulit dan menyusahkan. Sebagai contoh,

menurut Spencer untuk berdoa kepada Allah, seseorang itu mestilah berdoa dalam

bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa Allah dan Islam juga pada asasnya

muncul di benua Arab (Spencer R., 2006).

Bagi Muslim yang telah mengenal dan mempunyai pendedahan akan hakikat

ajaran Islam yang sebenar, tentulah mereka merasakan bahawa buku ini sangat tidak

sesuai sebagai bacaan awam dan tidak dikawal percetakannya. Fakta dan logik yang

dibawa Spencer mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang tidak

toleran, tidak berlemah-lembut, tidak mengutamakan kedamaian malah suka berperang,

keras terhadap penganut agama lain adalah salah sama sekali. Manakala Islam pula

dalam tafsiran Spencer adalah agama yang unggul yang tidak boleh berkongsi

kewujudannya dengan agama-agama lain. Maka dengan itu ditafsirkan ayat al-Qur’ān

untuk menggesa agar Yahudi dan Kristian diperangi. Tafsiran dan pemahaman yang

salah seperti ini secara tidak langsung mampu membentuk pemikiran dan kefahaman

yang buruk terhadap Islam dan Nabi Muhammad s.a.w di mata dunia terutamanya pada

pandangan bukan Muslim.

Selain daripada itu, apa yang menjadi fokus utama dalam buku ini adalah usaha

Spencer mengaitkan isu jihad dan keganasan dengan ajaran dan perbuatan Rasulullah

s.a.w. Spencer banyak membawa hujah daripada Sirāh Nabawiyyah yang melibatkan

urusan peperangan yang diketuai oleh Rasulullah sendiri sebagai ketua perang dan

mengaitkannya dengan jihadis yang cuba mencontohi perbuatan ini demi mewujudkan

629

Darul Islam baru dan menggunakan sistem Khilafah dalam pentadbiran (Mujahid Yusof

Rawa, 2016).

Realiti yang menakutkan ini boleh di atasi melalui beberapa cadangan yang di

utarakan Spencer seperti dengan berhenti menyatakan bahawa Islam adalah agama

damai, menilai semula dan memperbaharui polisi migrasi yang selaras dengan ideologi

jihad. Namun sekiranya hal ini masih terus diabaikan menurut Spencer, perbuatan Nabi

Muhammad s.a.w ini akan tetap memberi inspirasi kepada jihadis untuk mengangkat

pedang atas nama Islam dan atas nama Nabi Muhammad s.a.w.

KESIMPULAN

Robert Spencer adalah seorang penulis Barat yang jelas anti-islam dan berusaha

untuk meracuni pemikiran masyarakat dengan menanam kebencian di hati mereka yang

terkesan dengan perlakuan keganasan jihadis secara langsung atau tidak langsung.

Orientalis berhaluan kiri ini sangat aktif menarik perhatian ramai dengan membawakan

isu-isu keganasan yang berlaku di Eropah dan Amerika menerusi laman sesawang Jihad

Watch, majalah, di program-program yang dihadirinya dan juga menerusi karya

terbitannya yang kini menjangkau 20 buah buku. Buku The Truth about Muhammad:

Founder of the World’s Most Intolerat Religion ini telah memanipulasi sejarah kenabian Nabi

Muhammad s.a.w sebagai seorang yang sangat tidak bertoleran, tidak mengajar

kedamaian kepada pengikutnya dan menginginkan penghapusan bangsa lain di dunia

ini menerusi perbuatan jihad dan keganasan yang telah ditiru oleh golongan jihadis.

RUJUKAN

Buku

Al-Qur’ān.

Abdullah, M.. 2016. Jihad Dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Al-Taftazani, S.. 2017. Huraian al-Aqaid al-Nasafiyyah. (Marjunit, M. H., Yusof, A. &

Affandi, F. (Trans.) Selangor: Awal Nahdah Resources.

Rawa, M. Y.. 2016. Islam Bukan Agama Teroris. Selangor: ILHAM BOOKS.

Spencer, R.. 2006. The Truth about Muhammad: Founder of the World's Most Intolerant

Religion. Washington, DC.: Regnery Publishing.

630

Jurnal

Asep, M. I.. 2005. “Spencer, Islam di Barat & Ancaman Islam bagi Barat: Review atas Buku

Robert Spencer, Islam Ditelanjangi.” Jurnal Studi Agama dan Masyarakat. Januari.

pp. 115-121.

Azmi, A. S.. 2018. “The Luminous Child: A Critical Analysis of Qur'anic References in

Sira Nabawiyya”. Journal of Usuluddin. Vol. 46 (1). pp. 87-99.

Rahim, R. A., Majid, M. A., Nor, R. M., & Dahlal, N. M. 2010. “Impak Genre Orientalisme

Dalam Tamadun Islam: Analisis Terhadap Perkembangan Semasa”. Jurnal Sejarah.

Vol. 18. (118): pp. 156-178.

Teng, M. B.. 2016. “Orientalis dan Orientalisme Dalam Perspektif Sejarah”. Jurnal Ilmu

Budaya. Vol. 4. pp. 48-62.

Tokasz, J.. 2017. “No violence, but UB speaker greeted with tension, heckling”. The Buffalo

News: <https://buffalonews.com/news/local/no-violence-but-ub-speaker-greeted-

with-tension-heckling/article_cde0a0d8-4b59-5dfb-8e65-34d1f272b4c4.html>. 25

September 2020.

Internet

De Russy, C.. 2007. “Pakistan: Book Closed on Muhammad”. National Review:

<https://www.nationalreview.com/phi-beta-cons/pakistan-book-closed-

muhammad-candace-de-russy/>. Accessed 26 September.

Lamb, B.. 2006. “Q&A with Robert Spencer”. C-SPAN. <https://www.c-

span.org/video/?193778-1/qa-robert-spencer>. Accesses 25 September 2020.

t. p.. 2013. “US bloggers banned from entering UK”. BBC NEWS.

<https://www.bbc.com/news/uk-23064355>. Accessed 25 September 2020.

t. p.. 2018. “Leftist Privilege: Poison in Iceland One Year Ago, No One Arrested”.

FRONTPAGE MAG: https://archives.frontpagemag.com/fpm/leftist-privilege-

poisoned-iceland-year-ago-no-one-robert-spencer/>. Accessed 26 September 2020.

t. p.. “Why Jihad Watch?”. Jihad Watch. <https://www.jihadwatch.org/why-jihad-watch>.

Accessed 25 September 2020.

t. p.. “About Robert Spencer and Staff Writers”. Jihad Watch.

https://www.jihadwatch.org/about-robert. Accessed 25 September 2020.

t. p.. “About Robert Spencer and Staff Writers”. JIhad Watch.

<https://www.jihadwatch.org/about-robert>. Accessed 24 September 2020

631

t. p.. “Robert Spencer: American Journalist, Author and Blogger”. Peoplepill.com.

<https://peoplepill.com/people/robert-spencer-2/>. Accessed 24 September 2020.

t. p.. “Why Jihad Watch”. Jihad Watch. <https://www.jihadwatch.org/why-jihad-watch>.

Accessed 25 September 2020.