BULETIN universiti yang berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia. Kedudukan UKM yang...

2
UKM adalah universiti kita, universiti yang ditubuhkan atas hasrat rakyat sejak hampir setengah abad lalu sememangnya tidak pernah lupa tanggungjawabnya kepada masyarakat. Pelbagai program untuk mendidik dan membangunkan masyarakat terus dilaksanakan atas rasa tanggung jawab melalui beberapa inisiatif besar seperti UKM4State, Sekolah@UKM, UKM4Bangi dan banyak lagi yang telah menyediakan platform untuk warga UKM menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing demi membangunkan negara. Pelbagai usaha jaringan strategik turut dilaksanakan di peringkat antarabangsa untuk memastikan UKM terpahat di persada dunia. ‘Ranking’ mungkin tidak meletakkan fokus ke atas usaha ini, namun UKM terus komited untuk melaksanakannya sebagai sebuah universiti kebangsaan di pentas antarabangsa. Walaupun ‘ranking’ bukanlah segala-galanya, kedudukan UKM dalam penarafan di peringkat dunia tidak dinafikan ada kepentingannya. Umpamanya, kedudukan UKM yang melonjak naik dalam QS World University Rankings 2019 untuk berada dalam kumpulan 200 universiti terbaik dunia merupakan refleksi terhadap kecemerlangan universiti ini. Ini meletakkan UKM sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia. Kedudukan ini sudah tentu berupaya menjadi daya tarikan kepada para pelajar untuk memilih UKM sebagai tempat mereka menimba ilmu, termasuklah dalam kalangan pelajar antarabangsa. Malah kedudukan ini turut menjadi pemangkin kepada pakar penyelidik dari UKM untuk menjalin kerjasama strategik dengan universiti ternama dunia dalam bidang masing-masing. Pengambilan pelajar Sesi 2018/2019 menyaksikan seramai 38,115 calon memilih UKM, dan dari jumlah ini sekitar 8,649 meletakkan UKM sebagai pilihan pertama untuk merebut 4,248 tempat yang ditawarkan. Peratusan pelajar antarabangsa juga turut menunjukkan peningkatan kepada 10 peratus. Penarafan universiti sedikit sebanyak merupakan cerminan atau refleksi kepada kecemerlangan sesebuah universiti yang menarik perhatian pelbagai pihak. Malah, UKM sendiri meletakkan syarat kepada warganya yang ingin melanjutkan pengajian hanya di universiti yang berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia. Kedudukan UKM yang semakin baik dalam penarafan dunia dalam usia yang masih muda boleh dianggap suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Ini adalah hasil kerjasama semua pihak melibatkan pengurusan tertinggi sehinggalah kepada staf sokongan. Strategi-UKM mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya YBhg Naib Canselor, Tan Sri Datuk Seri Prof. Dr. Noor Azlan Ghazali yang telah berjaya membawa UKM sehingga ke tahap ini dalam tempoh lima tahun menerajui UKM. Ucapan yang sama turut ditujukan kepada rakan dan warga UKM seluruhnya yang telah menyumbang kepada kecemerlangan UKM. Saya bagi pihak warga UKM turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan YBhg Prof. Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor yang memulakan tugas sebagai Naib Canselor UKM yang kesebelas mulai 1 Januari 2019. Prof. Dr. Ishak Yussof Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) University Ranking - Cerminan Kebitaraan Universiti? University Ranking atau penarafan universiti adalah sesuatu yang penting, walaupun ia belum boleh dianggap sebagai cerminan ke atas kecemerlangan yang dicapai oleh sesebuah universiti secara menyeluruh. Ini kerana lazimnya komponen penilaian dalam proses memberi penarafan tersebut adalah tidak menyeluruh dan adakalanya memberi penekanan yang berbeza mengikut kepentingan badan yang memberi penarafan berkenaan. UKM sebagai sebuah universiti awam yang kini berusia menjangkau 50 tahun, tidak terkecuali dari penarafan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Oleh itu, UKM turut memberi perhatian dan merangka strategi bagi tujuan ‘ranking’ kerana penarafan ini ada impak tersendiri, terutama dalam konteks BULETIN KEBERHASILAN STRATEGIK BILANGAN 13 DISEMBER 2018 HUBUNGI SIDANG PENGARANG Penasihat Prof. Dr. Ishak Yussof Ketua Editor Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin @ Wan Ibrahim Editor Prof. Dr. Mohd. Zaidi Omar Prof. Dr. Fariza Md. Sham Encik Saidi Bin Ismail Puan Zaimi Makhtar Puan Nor Saribon Ramli Reka Bentuk Encik Barudin Baharin Urus Setia Encik Ahmad Hazreen Wagiman Puan Nur Hazimah Abd. Kadir Pusat Strategi UKM Aras 3, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan Tel: 03-89213856 Faks : 03-89214590 www.ukm.my/strategi-ukm Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada berbentuk artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat majukan bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected] 1. Jerayawara KRA & TEKAD 18 UKM bersama Timbalan Naib Canselor Hal- Ehwal Akademik & Antarabangsa di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM - 31 Julai 2018 2. Retreat Ketua Bidang Keberhasilan Strategik UKM 2018 di Royale Chulan Seremban - 6 Oktober 2018 3. Majlis Anugerah Bitara & Perkhidmatan UKM 2018 di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain UKM - 23 Oktober 2018 4. Jerayawara KRA & TEKAD 18 UKM bersama Timbalan Naib Canselor Hal- Ehwal Akademik & Antarabangsa di UKM GSB - Graduate School of Business - 19 Oktober 2018 5. Bengkel Pemurnian Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan Pusat Strategi UKM - 16 November 2018 6. QS Apple 2018 Asia Pacific di Chung-Ang University Korea - 21 - 23 November 2018 7. Bengkel Penambahbaikan dan Penyelarasan Data Strategik UKM 2019 di Bangi Resort Hotel - 13 Disember 2018 8. QS Subject Summit Focus, Humanities and Social Sciences Research di Ca’ Foscari University of Venice - 29 - 31 Ogos 2018 AKTIVITI KRA DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN 4 Mesej Pengurusan Pencapaian & Kejayaan KRA 2018 Pencapaian Ranking 2018 Aktiviti KRA dengan Pihak Berkepentingan KANDUNGAN 1

Transcript of BULETIN universiti yang berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia. Kedudukan UKM yang...

UKM adalah universiti kita, universiti yang ditubuhkan atas hasrat rakyat sejak hampir setengah abad lalu sememangnya tidak pernah lupa tanggungjawabnya kepada masyarakat. Pelbagai program untuk mendidik dan membangunkan masyarakat terus dilaksanakan atas rasa tanggung jawab melalui beberapa inisiatif besar seperti UKM4State, Sekolah@UKM, UKM4Bangi dan banyak lagi yang telah menyediakan platform untuk warga UKM menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing demi membangunkan negara. Pelbagai usaha jaringan strategik turut dilaksanakan di peringkat antarabangsa untuk memastikan UKM terpahat di persada dunia. ‘Ranking’ mungkin tidak meletakkan fokus ke atas usaha ini, namun UKM terus komited untuk melaksanakannya sebagai sebuah universiti kebangsaan di pentas antarabangsa. Walaupun ‘ranking’ bukanlah segala-galanya, kedudukan UKM dalam penarafan di peringkat dunia tidak dinafikan ada kepentingannya. Umpamanya, kedudukan UKM yang melonjak naik dalam QS World University Rankings 2019 untuk berada dalam kumpulan 200 universiti terbaik dunia merupakan refleksi terhadap kecemerlangan universiti ini. Ini meletakkan UKM sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia. Kedudukan ini sudah tentu berupaya menjadi daya tarikan kepada para pelajar untuk memilih UKM sebagai tempat mereka menimba ilmu, termasuklah dalam kalangan pelajar antarabangsa. Malah kedudukan ini turut menjadi pemangkin kepada pakar penyelidik dari UKM untuk menjalin kerjasama strategik dengan universiti ternama dunia dalam bidang masing-masing. Pengambilan pelajar Sesi 2018/2019 menyaksikan seramai 38,115 calon memilih UKM, dan dari jumlah ini sekitar 8,649 meletakkan UKM sebagai pilihan pertama untuk merebut 4,248 tempat yang ditawarkan. Peratusan pelajar antarabangsa juga turut menunjukkan peningkatan kepada 10 peratus. Penarafan universiti sedikit sebanyak merupakan cerminan atau refleksi kepada kecemerlangan sesebuah universiti yang menarik perhatian pelbagai pihak. Malah, UKM sendiri meletakkan syarat kepada warganya yang ingin melanjutkan pengajian hanya di universiti yang berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia. Kedudukan UKM yang semakin baik dalam penarafan dunia dalam usia yang masih muda boleh dianggap suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Ini adalah hasil kerjasama semua pihak melibatkan pengurusan tertinggi sehinggalah kepada staf sokongan. Strategi-UKM mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya YBhg Naib Canselor, Tan Sri Datuk Seri Prof. Dr. Noor Azlan Ghazali yang telah berjaya membawa UKM sehingga ke tahap ini dalam tempoh lima tahun menerajui UKM. Ucapan yang sama turut ditujukan kepada rakan dan warga UKM seluruhnya yang telah menyumbang kepada kecemerlangan UKM. Saya bagi pihak warga UKM turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan YBhg Prof. Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor yang memulakan tugas sebagai Naib Canselor UKM yang kesebelas mulai 1 Januari 2019. Prof. Dr. Ishak Yussof Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat)

University Ranking - Cerminan Kebitaraan Universiti? University Ranking atau penarafan universiti adalah sesuatu yang penting, walaupun ia belum boleh dianggap sebagai cerminan ke atas kecemerlangan yang dicapai oleh sesebuah universiti secara menyeluruh. Ini kerana lazimnya komponen penilaian dalam proses memberi penarafan tersebut adalah tidak menyeluruh dan adakalanya memberi penekanan yang berbeza mengikut kepentingan badan yang memberi penarafan berkenaan. UKM sebagai sebuah universiti awam yang kini berusia menjangkau 50 tahun, tidak terkecuali dari penarafan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Oleh itu, UKM turut memberi perhatian dan merangka strategi bagi tujuan ‘ranking’ kerana penarafan ini ada impak tersendiri, terutama dalam konteks

BULETIN KEBERHASILAN STRATEGIK

BILANGAN 13

DISEMBER 2018

HUBUNGI

SIDANG PENGARANG

Penasihat Prof. Dr. Ishak Yussof

Ketua Editor

Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin @ Wan Ibrahim

Editor

Prof. Dr. Mohd. Zaidi Omar Prof. Dr. Fariza Md. Sham

Encik Saidi Bin Ismail Puan Zaimi Makhtar

Puan Nor Saribon Ramli

Reka Bentuk Encik Barudin Baharin

Urus Setia

Encik Ahmad Hazreen Wagiman Puan Nur Hazimah Abd. Kadir

Pusat Strategi UKM Aras 3, Bangunan Canselori

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-89213856 Faks : 03-89214590

www.ukm.my/strategi-ukm

Sekiranya anda mempunyai sebarang

bahan sama ada berbentuk artikel ataupun gambar (resolusi tinggi),

mohon dapat majukan bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected]

1. Jerayawara KRA & TEKAD 18 UKM bersama Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik & Antarabangsa di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM - 31 Julai 2018

2. Retreat Ketua Bidang Keberhasilan Strategik UKM 2018 di Royale Chulan Seremban - 6 Oktober 2018

3. Majlis Anugerah Bitara & Perkhidmatan UKM 2018 di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain UKM - 23 Oktober 2018

4. Jerayawara KRA & TEKAD 18 UKM bersama Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik & Antarabangsa di UKM GSB - Graduate School of Business - 19 Oktober 2018

5. Bengkel Pemurnian Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan Pusat Strategi UKM - 16 November 2018

6. QS Apple 2018 Asia Pacific di Chung-Ang University Korea - 21 - 23 November 2018

7. Bengkel Penambahbaikan dan Penyelarasan Data Strategik UKM 2019 di Bangi Resort Hotel - 13 Disember 2018

8. QS Subject Summit Focus, Humanities and Social Sciences Research di Ca’ Foscari University of Venice - 29 - 31 Ogos 2018

AKTIVITI KRA DENGAN

PIHAK BERKEPENTINGAN

4

Mesej Pengurusan

Pencapaian & Kejayaan

KRA 2018

Pencapaian Ranking

2018

Aktiviti KRA dengan

Pihak Berkepentingan

KANDUNGAN

1

3

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN PENCAPAIAN RANKING 2018

Universiti Awam pertama yang terlibat dalam memperkenalkan

penggunaan aplikasi pintar untuk pelajar baru yang dinamakan

APLIKASI MESRA@UKM sempena pendaftaran pelajar baru

sesi Akademik 2018/2019

UKM dalam perancangan mewujudkan Makmal

Alami dan resort pertama di perkampungan Orang

Asli iaitu di Kampung Kachau Luar Semenyih.

Penubuhan ini adalah salah satu inisiatif untuk

membina peluang perniagaan dan pendapatan

kepada penduduk Orang Asli.

Muhammad Amiruddin

Ismail dari Fakulti Sains

Sosial dan Kemanusiaan

telah dinobatkan sebagai

Johan dalam

pertandingan Maxis Stars

of What’s Next

Fakulti Sains Kesihatan melalui Program Optometri

dan Sains Penglihatan membuat ujian saringan

penglihatan kepada 160,000 orang yang mengalami

masalah kebolehupayaan intelektual.

Prof. Dato' Dr.

Mazlin Mokhtar

menerima

Anugerah

Langkawi -

Kelestarian Alam

Sekitar 2018.

Pusat Perniagaan Global dan Ekonomi

Digital (GLoBDE), yang ditubuhkan di

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

adalah yang pertama di Asia,

diwujudkan untuk menjana dan

menggalakkan pengetahuan terkini

dalam meningkatkan teknologi baru dan

amalan terbaik dalam perniagaan

global dan ekonomi digital.

2