Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

download Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

of 23

Transcript of Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    1/23

      P e r l a n s k a p a n  | 46

    UNIT 3

    PEMILIHAN DAN ATURAN TANAMAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda dapat:

      Menerangkan maksud landskap dan perlandskapan.

      Mengetahui kepentingan landskap dan senibina landskap.

      Membincangkan isu-isu semasa dan teknologi terkini yang berkaitan dengan bidang

    perlandskapan.

     

    Menyedari kepentingan senibina landskap terhadap persekitaran dan kehidupan.

    KANDUNGAN MODUL

    Untuk membolehkan pelajar mencapai objektif di atas dan mengikuti modul ini dengan mudah, kandungan modul ini

    dibahagikan kepada:

    Unit 3.0 Pengenalan

    Unit 3.1 Pelaksanaan Landskap lembut

    Unit 3.2 Aturan Tanaman

    Unit 3.3 Tumbuhan Landskap dan Nurseri

    Unit 3.4 Rumusan

    Unit 3.5 Rujukan 

    3.0 PENGENALAN

    Ciri-ciri pemilihan tanaman landskap:

    •  Memilih tanaman yang tahan terhadap serangan penyakit atau serangga.

    •  Mempunyai bentuk yang tersendiri dan ukurannya sesuai.

    • 

    Tumbuhan di kawasan rata –

     bentuk bulat dan mengembang.

    •  Tumbuhan di kawasan gunung / bukit – bentuk piramid dan bujur.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    2/23

      P e r l a n s k a p a n  | 47

    3.1 PELAKSANAAN LANDSKAP LEMBUT

    •  Landskap lembut merujuk kepada unsur tumbuhan atau tanaman di dalam landskap iaitu pokok

    naungan, renek, penutup bumi dan rumput turf, memanjat, menjalar dan herba.

    •  Pelaksanaan landskap lembut adalah penanaman tumbuhan landskap di kawasan pelandskapan.

    •  Kaedah penanaman memainkan peranan yang penting dalam menentukan tumbuhan landskap

    dapat tumbuh dengan subur.

    •  Beberapa perkara perlu diberi perhatian sebelum dan semasa penanaman dilakukan.

    •  Penanaman yang sempurna dapat menjamin tumbuhan landskap hidup dan membesar dengan

    baik.

    Panduan Untuk Memilih Pokok Hiasan:-

    i.  Pilih pokok yang sesuai dengan tanah, bentuk, ukuran dan luas kawasan.

    ii.  Pilih pokok yang tidak mengeluarkan buah yang mudah gugur atau lembik atau mempunyai akar

    yang boleh merosakkan permukaan turapan, tembok dan konkrit.

    iii.  Pilih pokok yang lambat pertumbuhan kerana pokok jenis cepat membesar rapuh dan cepat mati.

    iv.  Pilih pokok yang sihat dan mempunyai bentuk tersendiri.

      POKOK MENJALAR

      Digunakan untuk memberi warna dan teduhan jika kawasan rumah sempit.

      Boleh digunakan untuk memberi warna dan teduhan jika ditanam atas pergola atau gazebo.

      Melembutkan struktur keras

      Untuk daya tarikan dan tumpuan.

      POKOK PENUTUP BUMI

    Tujuan:

      untuk kawal rumpai, elak hakisan serta mencantikkan kawasan.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    3/23

      P e r l a n s k a p a n  | 48

      Boleh ditanam bersama pokok renek untuk mereka bentuk kawasan yang menarik.

     

     POKOK BUNGA

      Sejenis tanaman yang mempunyai kitaran hayat kurang daripada setahun

      Lokasinya mesti mendapat cahaya matahari sepenuhnya

      Tidak dijadikan tumpuan lebih daripada elemen lain

      Ditanam sebagai elemen untuk mencantikkan bangunan rumah.

      Ditanam dalam satu kumpulan satu warna supaya kelihatan lebih berkesan.

     

     Apabila menanam pokok bunga, tentukan lebar batas tidak lebih drpd 1.5m untuk memudahkankerja penjagaan

      Tidak digalakkan ditanam terlalu dekat dengan rumah – boleh sesakkan keadaan rumah.

    3.2 ATURAN TANAMAN

    •  Sebelum menanam pokok:-

    garisan senibina dan bentuk rumah keseluruhannya perlu dianalisiskan.

    •  Beri perhatian pada:

    i. Pemandangan keseluruhan depan rumah

    ii. Ikut kedudukan pintu rumah, tingkap dan struktur lain.

    •  Jika kawasan rumah mempunyai ruang yang besar:-

    a. Pokok hiasan boleh ditanam untuk membingkai pemandangan bahagian depan rumah

    b. Landskap boleh dijadikan lebih harmoni dan menarik jika bentuk struktur seni bina diulangi

    dengan memilih tanaman yang sama.

    Fikirkan bagaimana aturan tanaman di bahagian depan boleh menambahkan nilai estetik

    dan bagaimana hadangan boleh diadakan untuk mengurangkan tumpuan kepada rekaan

    seni yang kurang menarik.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    4/23

      P e r l a n s k a p a n  | 49

    •  Bagi rumah dua tingkat:-

    - pilih pokok yang tinggi berdahan dan tentukan dahan-dahan tidak melindungi rumah.

    - Elak tanam pokok kecil – rumah kelihatan tinggi dan tidak seimbang dengan landskap.

    •  Bagi rumah yang terdedah kepada kepanasan petang atau pagi:-

    - Pilih pokok yang mempunyai bentuk dan tekstur yang boleh memberi perlindungandaripada kepanasan cahaya matahari.

    •  Untuk menambahkan pemandangan yang menarik dari arah jalan:-

    - tanaman ditanam dengan sudut 30-45 darjah untuk membingkai rumah.

    - Jarak dan sudut ini selalu dilihat oleh orang yang lalu lalang.

     Aturan tanaman untuk membingkai pemandangan rumah

    •  Pemilihan tanaman berdasarkan kpd bentuk rumah:

    a. Rumah kelihatan tinggi –

     pokok yg mempunyai ciri-ciri menegak

    b. Rumah mendatar  – pokok yg berdahan lebar atau pokok yang berbentuk

    mendatar atau bulat.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    5/23

      P e r l a n s k a p a n  | 50

    1. Persediaan Sebelum Menanam

    •  Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum penanaman:

    1. Pemilihan bahan penanaman,

    2. Pengendalian bahan tanaman,

    3. Pembersihan dan Penyediaan tapak

    4. Penyediaan lubang dan batas penanaman

    5. Penyediaan tanah campuran

    6. Penanaman tumbuhan landskap.

    2. Pemilihan bahan tanaman

    a. Bahan tanaman dalam beg politena

     –    Anak pokok yang digunakan di kawasan pelandskapan biasanya didapati dalam beg

    politena dari nurseri.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    6/23

      P e r l a n s k a p a n  | 51

     –   Pokok naungan dan palma dalam beg politena yang lebih besar.

     –   Tumbuhan renek dalam beg politena bersaiz sederhana besar

     –   Tanaman penutup bumi dalam beg politena yang lebih kecil.

    b. Bungkusan guni

    •  Bungkusan guni selalunya digunakan untuk pokok segera (instant tree) yang dipindahkan dari satu

    kawasan ke tapak landskap yang baru.

    •  Kebanyakan pokok segera terdiri daripada jenis pokok naungan dan pokok palma yang

    mempunyai akar yang besar dan banyak.

    •  Pokok yang bahagian akarnya dibungkus dengan guni boleh ditanam terus ke dalam lubang

    penanaman kerana guni cepat reput di dalam tanah.

    •  Penanaman terus juga dapat mengurangkan kejutan akar semasa menanam di tempat baru.

    c. Tanaman akar terdedah

    •  Tanaman akar terdedah boleh digunakan untuk tanaman yang mudah mengeluarkan akar.

    •  Jenis tanaman yang boleh disediakan dalam bentuk akar terdedah biasanya terciri daripada

    tanaman jenis penutup bumi dan herba seperti Alternanthera amoena, Pandanus pygmeus,

    Bambusa sp., Helicornia psittacorum dan sebagainya.

    •  la boleh cipisahkan menjadi bahagian yang lebih kecil daripada induk untuk ditanam terus ke batas

    penanaman.

    •  Bagaimanapun, tanaman yang ditanam dengan mengunakan bahan akar terdedah perlu diberi

    penjagaan rapi sebelum ia mengeluarkan akar yang banyak.

    d. Biji benih

    •  Biji benih selalunya digunakan untuk tanaman rumput bagi kawasan yang luas.

    •   Antara jenis rumput yang biasa ditanam dengan menggunakan biji benih adalah seperti Axonupus

    compressus, Zoysia matrella dan Digitaria didactyla. 

    3. Pengendalian bahan tanaman

    a. Pengerasan Tanaman

    •  Pengerasan adalah mendedahkan tanaman ke persekitaran terbuka dan cahaya matahari penuh

    secara beransur-ansur sebelum ditanam di tapak landskap.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    7/23

      P e r l a n s k a p a n  | 52

    •  Pengerasan adalah perlu untuk mengurangkan kejutan tanaman apabila ditanam terus di tapaklandskap.

    •  Ini adalah kerana tanaman landskap biasanya berada di nurseri dalam keadaan yang lebihsempurna dengan perlindungan dan penjagaan yang rapi.

    •  Tanaman yang dibuat pengerasan akan lebih bersedia mengalami perubahan terhadappersekitaran yang baru selepas menanam.

    b. Pengangkutan Bahan Tanaman

    •  Pengangkutan bahan tanaman daripada nurseri ke tapak landskap untuk penanaman perlu diberiperhatian.

    •  Semasa mengangkut, pengawasan perlu untuk mengelakkan bahan tanaman mengalamikerosakan sebelum menanam di tapak landskap.

    • 

     Antara kerosakan fizikal yang mudah berlaku semasa pengangkutan adalah seperti patah dahanatau ranting, calar kulit dan daun, akar atau bebola akar terkeluar dan sebagainya.

    •  Bagi mengelakkan kerosakan ini, beberapa langkah perlu diberi perhatian:

    i. Berhati-hati ketika mengangkat bahan tanaman.

    ii. Menggunakan kenderaan yang sesuai dengan saiz dan kuantiti bahan tanaman.

    iii. Memberi perlindungan semasa pengangkutan.

    iv. Mengangkut pada waktu yang sesuai seperti pagi atau lewat petang untuk mengelakkan

    kekeringan semasa cuaca panas.c. Perlindungan Semasa di Tapak

    •  Selepas pengangkutan, perlindungan bahan tanaman perlu diberikan sebaik sahaja tiba di tapaklandskap.

    •  Perlindungan di tapak adalah untuk mengelakkan daripada cuaca keterlaluan seperti panas terikdan angin kuat, haiwan seperti lembu dan kambing, air bertakung dan sebagainya.

    •  Bagi tujuan perlindungan, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi:

    i. Bahan tanaman hendaklah diletakkan di atas tanah yang rata dan bersaliran baik.

    ii. Letakkan di tempat yang teduh seperti di bawah pokok besar atau tempat berbumbung.

    iii. Memberi sokongan kepada pokok besar dan tinggi.

    iv. Menyusun secara tegak dan rapat.

    v. Membuat siraman dari semasa ke semasa.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    8/23

      P e r l a n s k a p a n  | 53

    vi. Membuat penanaman dengan segera. Jangan biarkan bahan tanaman di tapak

    landskap tanpa ditanam lebih daripada 2 hari.

    4. Pembersihan dan Penyediaan tapak

    •  Pembersihan tapak adalah membuang sampah dan rumpai yang tidak dikehendaki di kawasanyang akan dibuat penanaman.

    •  Membuang sampah dan rumpai bertujuan untuk memudahkan kerja penanaman sertamengelakkan persaingan di antara rumpai dan tanaman.

    •  Persaingan adalah seperti mendapatkan nutrien dan ruang di antara tanaman yang dikehendakidengan tumbuhan yang tidak dikehendaki.

    •  Pembersihan juga untuk menampakkan kawasan lebih kemas dan cantik.

    5. Penandaan

    •  Selepas kawasan dibersihkan, kerja penandaan dilakukan.

    •  Penandaan adalah menanda tempat atau lokasi rnenanam berdasarkan daripada pelanpenanaman.

    •  Tempat yang akan dibuat lubang penanaman bagi pokok naungan, pokok palma dan pokok renekditandakan.

    •  Kawasan yang akan dirata dan digembur untuk penanaman penutup bumi dan rumput turf jugaditandakan mengikut keluasannya.

    • 

    Tempat yang akan digali untuk lubang penanaman akan ditandakan dengan kayu penandaberukuran 45-60 cm panjang.

    •  Kayu penanda akan diwarnakan atau dicat mengikut spesis tanaman yang akan ditanam.

    •  Kawasan yang akan dirata dan digemburkan untuk penanaman penutup bumi atau rumput turfditandakan dengan tali dan kayu penanda sepanjang 45-60 cm panjang.

    •  Tali diikat mengelilingi kawasan bagi menentukan sempadan kawasan yang akan ditanam.

    6. Penyediaan lubang dan batas penanaman

    a. Penyediaan Lubang Penanaman

    •  Lubang penanaman merupakan ruang yang penting untuk pertumbuhan akar.

    •  Digali di tempat yang telah ditandakan mengikut pelan penanaman.

    •  Tunggul kayu, batu dan sisa buangan hendaklah dibuang supaya tidak menghalang pertumbuhan

    akar yang sempurna.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    9/23

      P e r l a n s k a p a n  | 54

    •  Kerja penggalian boleh dibuat dengan menggunakan cangkul atau jentera penggali terutamanya

    untuk lubang yang besar.

    •  Lubang yang digali sebaik-baiknya didedahkan kepada matahari selama seminggu untuk

    memusnahkan kulat dan parasit yang terdapat dalam tanah atau lubang tersebut.

    •  Selepas seminggu, barulah penanaman dibuat.

    Penyediaan Lubang Penanaman

    b. Penyediaan batas penanaman

    •  Batas penanaman perlu disediakan untuk tanaman jenis renek bersaiz kecil, penutup bumi dan

    rumput turf.

    •  Kawasan dibersihkan dan ditandakan dengan tali dan kayu penanda untuk menunjukkan

    sempadan kawasan yang akan ditanam.

    •  Seterusnya pecah dan gemburkan tanah sedalam 15 cm di dalam kawasan bertanda untuk

    memudahkan pembiakan dan pengeluaran akar tanaman di dalam tanah yang gembur.

    •  Tanah yang digembur akan didedahkan kepada cahaya matahari untuk pengudaraan dan

    memusnahkan kulat serta parasit dalam tanah.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    10/23

      P e r l a n s k a p a n  | 55

    7. Penyediaan batas penanaman

    •  Selepas seminggu, taburkan campuran tanah 3:1 (3 bahagian bahan tanah loam dan 1 bahagian

    bahan organik) yang telah disediakan sehingga ia membentuk batas setinggi 15 - 20cm daripada

    permukaan tanah asal disekelilingnya.

    •  Baja asas seperti baja fosforus boleh taburkan untuk menambah kesuburan tanah.

    •  Gembur dan ratakan permukaan batas tersebut untuk penanaman

    8. Penyediaan tanah campuran 

    •  Tanaman memerlukan tanah yang gembur dan subur supaya sistem akar tanaman dapat

    berkembang dengan baik dan sempurna.

    •  Perkembangan akar adalah penting bagi menyerap air dan nutrien dari dalam tanah untuk

    tumbesaran tanaman.

    •  Nisbah campuran tanah yang biasa digunakan untuk tanaman landskap di tapak landskap adalah

    3 bahagian tanah loam dan I bahagian bahan organik (3:1).

    •  Baja asas seperti baja Fosforus dan Kapur boleh dicampurkan dalam kuantiti yang disyorkan.

    •  Tanah loam dapat memberikan saliran yang baik serta banyak ruang-ruang rongga untuk

    pengudaraan dan pernafasan akar.

    •  Penggunaan bahan organik dapat menambahkan kandungan nutrien dalam tanah serta dapat

    mengekalkan kelembapan tanah.

    •  Baja fosforus dapat mempercepatkan perkembangan akar manakala kapur dapat meninggikan pH

    tanah yang masam.

    •  Campuran tanah yang telah disediakan akan digunakan semasa penanaman di tapak landskap.

    9. Penanaman tumbuhan landskap.

    •  Penanaman tumbuhan landskap merupakan kerja menanam di tapak landskap.

    Rajah keratan rentas batas penanaman

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    11/23

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    12/23

      P e r l a n s k a p a n  | 57

    b. Penyiraman

     –   Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik sahaja selepas menanam.

     –   Semua tanaman yang ditanam mestilah disiram dengan air secukupnya.

     –   Penyiraman dapat membekalkan air dengan segera kepada akar-akar tanaman yang mula

    hidup di tempat baru.

    c. Sungkupan

     –   Sungkupan adalah meletakkan bahan-bahan tertentu di sekeliling pangkal tanaman

    setebal 10-15 cm supaya menutup permukaan tanah yang terdedah.

     –   Sungkupan bertujuan untuk mengekalkan kelembapan tanah dengan mengurangkan

    pemeruwapan selepas hujan atau siraman serta dapat mengurangkan pertumbuhan

    rumpai yang tidak dikehendaki.

     –   Bahan-sungkupan yang boleh digunakan adalah seperti rumput, daun kering, tanah

    gambut dan cebisan sabut kelapa.

     –   Bahan sungkupan yang baik adalah daripada bahan organik kerana mudah reput dan

    boleh menambahkan kandungan organik dalam tanah.

    d. Pemancangan

     –    Adalah meletakkan kayu pancang di tepi tanaman yang baru ditanam dan diikat kepada

    batang tanaman tersebut.

     –   Dapat mengelakkan tanaman daripada tumbang serta membantu tanaman tumbuh tegak.

     –   Tali pengikat hendaklah mempunyai ketahanan cuaca dan tidak mudah merosakan batang

    tanaman.

     –   Diikat longgar untuk memberi ruang kepada tumbesaran tanaman serta pergerakan kecil.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    13/23

      P e r l a n s k a p a n  | 58

     –   Kayu diletakkan sekurang-kurangnya 20 cm daripada pokok untuk mengelakkan

    pergeseran di antara batang tanaman dan kayu pancang dan mengelakkan kerosakan

    akar pokok.

     –  

    Ikatkan pokok kepada kayu pancang dengan menggunakan tali rafia.

    3.3 TUMBUHAN LANDSKAP DAN NURSERI

    Definisi Nurseri :

    - Tempat di mana anak benih pokok dihasilkan dan ditempatkan sebelum ditanam di tempatyang kekal atau dipasarkan.

    - Pemilihan pokok Penjagaan rapi dilakukan di nurseri.

    JENIS NURSERI

    i. Nurseri Runcit

    -Merupakan tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan. Biasanya nurseri runcit dilakukan

    secara kecil-kecilan. Di samping itu, bahan lain seperti pasu, baja dan racun kadang kala anak pokok

    buah-buahan turut dijual.

    ii. Nurseri Borong

    Nurseri jenis ini memerlukan kawasan yang luas bagi mengeluarkan bahan tanaman hiasan dalam kuantiti

    yang banyak. Terdapat juga nurseri borong yang memberi subkontrak kepada beberapa buah nurseri kecil

    untuk menampung pengeluaran bahan tanaman hiasan. Nurseri ini biasanya memasarkan tanaman hiasan

    secara besar-besaran atau pukal kepada nurseri runcit dan kepada kontraktor landskap.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    14/23

      P e r l a n s k a p a n  | 59

    iii. Nurseri Landskap

    Kebanyakan nurseri ini tidak mengeluarkan tanaman hiasan sendiri tetapi mendapat bekalan daripada

    nurseri borong atau nurseri runcit. Nurseri ini lebih memberikan perkhidmatan kepada pelanggan seperti

    menyediakan pelan landskap, menjalankan kerja pelandskapan termasuk pembinaan kolam, air pancut, airterjun dan kerja penyenggaraan kawasan.

    STRUKTUR DALAM NURSERI

    1.  Rumah tumbuhan

    Rumah tumbuhan ialah tempat untuk menyimpan tumbuh-tumbuhan yang tidak tahan dengan

    pancaran cahaya matahari terik. Rumah tumbuhan boleh dibina daripada kayu atau keluli.Ia

    adalah struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25% - 75% mengikut

    keperluan jenis tumbuhan dan spesies pokok hiasan.

    2.  Pejabat dan tempat jualan

    Pejabat dan tempat juaian ialah tempat pentadbiran serta tempat kawalan aktiviti dalam dan luar

    kawasan nurseri. Kelengkapan asas seperti perabot adalah perlu untuk mengendalikan urus niaga.

    Di samping itu tempat jualan juga disediakan untuk urusan jual beli.

    3.  Setor

    Setor ialah tempat menyimpan peralatan dan bahan kimia pertanian. Biasanya setor bahan kimia

    diasingkan dengan setor peralatan. Setor bahan kimia seperti racun dan baja dibina jauh dari

    kawasan orang ramai atau pelanggan kerana ianya berbahaya. Setor peralatan atau kelengkapandibina untuk menyimpan peralatan seperti cangkul, sabit, beg politena, tajak, kereta sorong dan

    pasu. Peralatan dalam setor perlu disusun rapi untuk mengelakkan kemalangan dan memudahkan

    mendapat alatan dan bahan. Peralatan yang telah digunakan perlu dibersihkan sebelum disimpan.

    4.  Tempat penyediaan medium dan pemasuan (Potting Shed)

    Tempat penyediaan medium dan pemasuan ialah ruang berbumbung bagi menempatkabahan

    medium seperti tanah, pasir dan bahan organik. Bahan tersebut diletakkan dalam sekatan atau

    blok khas yang dibuat daripada konkrit atau kayu. Ruang ini juga digunakan untuk menyediakan

    medium, mengisi bekas semaian atau pasu.Ruang ini memerlukan lantai konkrit atau lantaiberturap untuk memudahkan kerja pembersihan.

    5.  Tempat pembiakan

    Tempat pembiakan ialah ruang yang digunakan untuk menjalankan proses pembiakan dan tempat

    sementara bagi bahan yang telah disemai sebelum diubah ke tempat pengerasan. Tanaman

    hiasan dalaman juga ditempatkan di sini. Tempat ini berbumbungkan jaring hitam atau hijau yang

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    15/23

      P e r l a n s k a p a n  | 60

    boleh memberikan sehingga 80% naungan. Penggunaan sistem siraman jenis renjisan kabus

    sangat sesuai di kawasan ini.

    6.  Tempat Pengerasan

    Tempat pengerasan ialah ruang terbuka supaya mudah untuk mendapat cahaya matahari

    sepenuhnya. Lantai tempat pengerasan diperbuat daripada konkrit, berturap atau batu kelikir bagi

    memudahkan kerja penyenggaraan.Ruang ini menempatkan tanaman hiasan untuk proses

    pengerasan bagi menyesuaikan tanaman hiasan dengan keadaan persekitaran yang baru.

    Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan 

    1.  Orientasi

    Rumah tumbuhan yang baik dibina pada kedudukan utara selatan. Kedudukan ini bagi

    membolehkan cahaya matahari sampai kepada tumbuh-tumbuhan dengan sekata.

    2.  Peratus dan bahan teduh

    3.  Bahan binaan

    4.  Sistem penyiraman

    Bagi kawasan yang kecil, biasanya penyiraman dilakukan secara manual iaitu dengan

    menggunakan tong penyiraman atau hos getah yang disambung kepada paip air. Bagi kawasan

    yang besar, sistem penyiraman seperti sistem renjisan dan sistem pengairan titis samada secara

    manual atau automatik lebih sesuai digunakan. Sistem ini memudahkan penyiraman danberkesan

    5.  Susunan tumbuhan

    Susunan tumbuhan bergantung kepada saiz dan bentuk rumah tumbuhan. Tanaman boleh

    disusun secara bertingkat atau di dalam barisan untuk memudahkan penyenggaraan dan

    pergerakan.

    Tujuan susunan tumbuhan yang baik:

    i. Memudahkan pengiraan stok atau sistem rekod

    ii. Mengasingkan tanaman mengikut jenis, saiz dan harga

    iii. Memudahkan kerja penyenggaraan seperti merumput dan membaja

    iv. Memudahkan pergerakan kerana lorong telah diatur dengan baik

    v. Menggunakan kawasan yang ada dengan bilangan pokok yang maksimum.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    16/23

      P e r l a n s k a p a n  | 61

    PENUBUHAN NURSERI 

    •  Nurseri semaian bunga-bungaan adalah suatu tempat di mana benih tanaman landskap dan

    hiasan dibiakkan dan dibesarkan sebelum ia dijadikan sebagai tanaman landskap.

    PEMBINAAN NURSERI

    Pemilihan tapak

    •  Pemilihan tapak nurseri bagi mendirikan nurseri adalah salah satu faktor yang penting dalam

    menentukan kejayaan perusahaan nurseri tersebut.

    •  Terdapat dua faktor yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan tapak:

      Faktor ekonomi

    i. Penentuan harga pasaran pokok hiasan bergantung kepada kos input. Sekiranya koskemudahan asas dan kos tanah tinggi, faktor ini akan meningkatkan harga pokok dan ini akan

    mengurangkan keuntungan.

    ii. Lokasi tapak

    Lokasi sesebuah nurseri hendaklah berdekatan dengan kawasan pasaran seperti pusat bandar

    dan kawasan perumahan. Ini akan memudahkan serta mempercepatkan penghantaran pokok.

    iii. Kemudahan asas

    Penjimatan kos boleh dibuat sekiranya kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik dan telefontelah pun sedia ada di tempat semaian. Kedapatan sumber air yang mudah dan murah daripada

    sungai, kolam atau pun telaga akan menjimatkan kos berbanding dengan penggunaan air paip.

      Faktor fizikal

    i. Keadaan muka bumi

    Keadaan tanah yang datar dan tidak ditakungi air adalah paling sesuai untuk dijadikan tapak

    nurser kerana keadaan ini:

     –   Memudahkan pergerakan kerja harian

     –   Mempunyai pengairan dan saliran yang baik

     –   Memudahkan infrastruktur didirikan.

     –   Tidak mudah ditenggelami air

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    17/23

      P e r l a n s k a p a n  | 62

    ii. Terlindung daripada pukulan angin kencang

     –   Kawasan yang sering dilanda angin kencang boleh merosakkan struktur

    serta pokok dalam nurseri.

    iii. Jauh daripada pencemaran

    Nurseri hendaklah terletak jauh daripada sumber pencemaran seperti asap pencemar terutama

    daripada kilang dan juga kenderaan

    SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERI

    Struktur penting tapak nurseri

    • 

     Antara struktur asas yang akan memudahkan pengendalian dan pengurusan semaian ialah:

    i. Pejabat atau tempat jualan

     –   Pejabat ini penting untuk mengendalikan urusan perniagaan serta penyenggaraan nurseri.

    la juga perlu mempunyai tempat jualan iaitu bagi urusan jual beli. Bangunan ini perlu

    berada di satu lokasi yang strategik kerana ia merupakan tempat kawalan untuk kesemua

    aktiviti nurseri.

    ii. Setor

     –  

    Setor adalah satu bangunan khas untuk menyimpan bahan kimia seperti baja dan racundan juga alat kelengkapan perkebunan.

    iii. Tempat penyediaan medium dan pemasuan

     –   la merupakan sebuah struktur berbumbung untuk menyimpan dan menyediakan medium

    pemasuan.

     –   Tempat ini perlu mempunyai ruang bagi menyimpan bahan medium tanaman seperti pasir,

    tanah, pasu dan sebagainya.

    iv. Rumah pembiakan

     –   Rumah ini perlu ditutupi dengan jaring hitam yang dapat memberikan 80% lindungan

    daripada cahaya matahari.

     –   Tempat ini juga perlu dilengkapi dengan sistem renjisan kabus ('mist'). 

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    18/23

      P e r l a n s k a p a n  | 63

     –   Kotak atau petak semaian yang diperbuat daripada kayu atau simen perlu juga diadakan

    di dalam rumah pembiakan.

    v. Rumah tumbuhan

     –   Rumah ini adalah satu struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25% -

    75% di mana lindungan adalah mengikut keperluan jenis tumbuhan atau spesis pokok

    hiasan.

    vi. Kawasan pengerasan

     –   Tempat ini adalah untuk memantapkan pokok yang baru ditanam di dalam pasu atau beg

    politena supaya menjadi keras dan tahan kepada keadaan di ladang atau di tapak

    landskap.

     – 

     

    la juga adalah kawasan untuk menempatkan pokok hiasan yang gemar cahaya matahari.

     –   Lantai kawasan pengerasan biasanya diturap dengan simen, ditabur batu kelikir ataupun

    mempunyai hamparan plastik hitam yang berlubang.

     –  

    PENYENGGARAAN NURSERI 

    •  Terbahagi kepada dua:

    1. Penyenggaraan kawasan

    2. Penyenggaraan tumbuhan

     A. Penyenggaraan kawasan

    i. Perlu diselenggara dengan baik untuk mendapatkan pokok yang bermutu tinggi.

    ii. Aktiviti yang biasa dilakukan:

    a. merumput, menggembur, membaja

    b. pembersihan kawasan sistem perparitan

    c. pembaikan struktur

    B.  Penyenggaraan tumbuhan

    i.Penyiraman secara manual

    ii.Penyiraman sistem renjisan air

    iii.Pembajaan

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    19/23

      P e r l a n s k a p a n  | 64

    iv. Pemangkasan

    v. Pemancangan

    vi.Pengawalan penyakit dan perosak

    •  Peralatan dan perkakasan penyenggaraan

    i. Sudip tangan

    ii. Serampang tangan

    iii. Sekateur

    iv. Parang atau pisau

    v. Pungkis

    vi. Cangkul

    vii. Gunting dahan dan pagar

    viii. Penyembur

    ix. Baldi

    x. Kereta sorong

    PENYIMPANAN REKOD NURSERI

    •   Aktiviti yang dilakukan di nurseri hendaklah direkodkan. Antara rekod yang perlu disediakan dan

    diikuti adalah seperti berikut:

    a. Jadual kerja penyenggaraan tumbuhan dan nurseri.

    b. Bilangan pekerja dan masa bekerja.

    c. Senarai bahan dan peralatan yang ada dan disimpan di nurseri.

    d. Senarai spesis tanaman yang terdapat di nurseri.

    e. Rekod jualan tanaman dan projek landskap yang terlibat.

    f. Belanjawan iaitu sumber pendapatan dan perbelanjaan nurseri.

    BEKAS TANAMAN DAN MEDIUM PENANAMAN

    -   Anak pokok tumbuhan hiasan boleh ditanam terus ke tanah atau di dalam bekas tanaman.

    -  Pemilihan bekas tanaman yang sesuai amat penting dalam pertumbuhan anak pokok

    Ciri-ciri pemilihan bekas tanaman hendaklah:

    i.  Saiz yang bersesuaian dengan jenis tanaman.

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    20/23

      P e r l a n s k a p a n  | 65

    ii.  Ringan dan mudah dialihkan

    iii.  Mudah dibersihkan

    iv.  Tahan lasak dan tidak mudah pecah

    v.  Mempunyai lubang saliran kecuali bekas tanaman akuatik.

    vi.  Kemas dan menarik

    vii.  Mudah didapati dan harganya berpatutan

    Medium penanaman

    •  Komponen yang terdapat dalam medium penanaman:

    PELBAGAI JENIS BEKAS TANAMAN

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    21/23

      P e r l a n s k a p a n  | 66

    i. Tanah loam, tanah peroi atau tanah kebun berperanan menyerap air dan memegang akar

    tumbuhan.

    ii. Bahan organik seperti najis haiwan, kompos atau humus berperanan membekalkan nutrien

    kepada tumbuhan

    iii. Pasir sungai

    berperanan memberikan ruang pengudaraan dan memudahkan pengaliran air dalam tanah

    Campuran untuk medium penanaman 

    •  Nisbah campuran pemasuan John Innes Potting Mixture (JIP) iaitu:

    Tanah loam Bahan organik

    Pasir

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    22/23

      P e r l a n s k a p a n  | 67

    i. 7 bahagian tanah loam

    3 bahagian baja organik

    2 bahagian pasir

    atau ii. 3 bahagian tanah loam

    2 bahagian bahan organik

    1 bahagian pasir

    - Ketiga-tiga bahagian ini hendaklah disukat mengikut isipadu dan digaul dengan sekata

    - Bagi 1 meter 3 campuran, tambahkan 4.2 kg baja fosforus seperti Malameal, Gromeal atau CIRP

    serta 2.7 kg kapur untuk memperkayakan campuran dan meneutralkan pH campuran.

    LATIHAN LANJUTAN

    Bahagian A

    1.  Nyatakan dua (3) kepentingan pemilihan tanaman landskapi.   ________________________________________________________________________ii.   ________________________________________________________________________iii.   ________________________________________________________________________

    2. 

    Nyatakan apakah medium penanaman tanaman landskap.i. ________________________________________________________________________ii. ________________________________________________________________________

    3.  Berikan dua (2) perbezaan antara pembiakan markot dan tut lenturan.i. _______________________ii. _______________________

    4.  Senaraikan lima (5) faktor faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan

    i. _______________________

    ii. _______________________

    iv.   _____________________v.   _______________________vi.   _______________________

  • 8/18/2019 Unit 3-Pemilihan Dan Aturan Tanaman

    23/23

      P e r l a n s k a p a n  | 68

    5.  Senaraikan empat (4) kaedah pembiakan tumbuhan hiasan.i. _______________________

    ii. _______________________

    iii. _______________________

    i.   _______________________

    3.4 RUMUSAN

    Tumbuhan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembinaan sebuah taman atau landskap di

    sesebuah kawasan. Tanpa tumbuhan maka sesebuah taman itu menjadi kurang berseri dan kaku. Justeru

    itu kita perlu mengetahui jenis-jenis tumbuhan yang sesuai digunakan untuk taman kita. Sebelum kitamenanam tumbuhan di taman kita , Kita perlulah mengetahui jenis-jenis tumbuhan yang hendak kita

    tanam.

    3.5 RUJUKAN

    Kain, M. G. (2010). Propagation Of Plants - A Complete Guide for Professional and Amateur Growers ofPlants by Seeds, Layers, Grafting and Budding, with Chapters on Nursery and Greenhouse

    Management . United Kingdom: Wilding Press. 

    Bryant, G. (2009). Plant Propagation A to Z: Growing Plants for Free.

    Dumroese, R. K., Haase, D. L. & Landis, T. D. (2010). Container Tree Nursery Manual, Volume Seven:

    Seedling Processing, Storage, and Outplanting. Washington DC:  Agriculture Dept.

    Kester, D. E. & Davies, F. T. (2011) Hartmann & Kester's Plant Propagation: Principles and Practices. New

    Jersey:Prentice Hall.

    Marcel, N. E. (2013). Agrotechnology Manual: Including Nursery Management and Practices. New Delhi: 

    New India Publishing Agency.

    Ray, P. K. (2012). Plant Nursery Management: How to Start and Operate a Plant Nursery. Jodhpur  :

      Scientific Publishers (India). 

    http://www.amazon.com/Geoff-Bryant/e/B001HOKGTI/ref=ntt_athr_dp_pel_1http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.amazon.com/Geoff-Bryant/e/B001HOKGTI/ref=ntt_athr_dp_pel_1