ULU MUDA: TERIMA KASIH ATAS LARANGAN PEMBALAKAN …...Ulu Muda: Terima Kasih Atas Larangan...

3
Ulu Muda: Terima Kasih Atas Larangan Pembalakan Dan Berharap Ia Disertai Perlindungan Perundangan Sewajarnya / Page 1 of 3 6/9/2018 KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) ULU MUDA: TERIMA KASIH ATAS LARANGAN PEMBALAKAN DAN BERHARAP IA DISERTAI PERLINDUNGAN PERUNDANGAN SEWAJARNYA Pengharaman pembalakan di Ulu Muda adalah berita baik. Walau bagaimanapun, hutan hujan mesti dilindungi oleh undang-undang sebagai “Kawasan Tadahan Air Wilayah Utara” bagi manfaat negeri-negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. PULAU PINANG, Khamis, 6/9/2018: Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mengalu-alukan pengumuman bahawa pembalakan kini diharamkan di hutan hujan Ulu Muda di Kedah. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YB Dr. Xavier Jayakumar, dipetik oleh media massa online dan cetak pada 4/9/2018 dan 5/9/2018 sebagai berkata bahawa Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju untuk larangan pembalakan di Ulu Muda. Dalam konteks ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz Mahathir, kerana keputusan penting ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Xavier kerana memudahkan tindakan yang ditunggu-tunggu ini. Untuk rekod, larangan pembalakan di Ulu Muda ini melindungi kawasan tadahan air yang paling penting untuk 3 negeri utara: Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, langkah untuk melindungi Ulu Muda perlu disokong oleh undang-undang. Kerajaan Negeri Kedah dan/atau Kerajaan Persekutuan mesti: Mewartakan undang-undang untuk melindungi Ulu Muda

Transcript of ULU MUDA: TERIMA KASIH ATAS LARANGAN PEMBALAKAN …...Ulu Muda: Terima Kasih Atas Larangan...

Page 1: ULU MUDA: TERIMA KASIH ATAS LARANGAN PEMBALAKAN …...Ulu Muda: Terima Kasih Atas Larangan Pembalakan Dan Berharap Ia Disertai Perlindungan Perundangan Sewajarnya / Page 2 of 3 sebagai

Ulu Muda: Terima Kasih Atas Larangan Pembalakan Dan Berharap Ia Disertai Perlindungan Perundangan Sewajarnya / Page 1 of 3

6/9/2018 KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) ULU MUDA: TERIMA KASIH ATAS LARANGAN PEMBALAKAN DAN BERHARAP IA DISERTAI PERLINDUNGAN PERUNDANGAN SEWAJARNYA • Pengharaman pembalakan di Ulu Muda adalah berita baik.

Walau bagaimanapun, hutan hujan mesti dilindungi oleh undang-undang sebagai “Kawasan Tadahan Air Wilayah Utara” bagi manfaat negeri-negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

PULAU PINANG, Khamis, 6/9/2018: Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mengalu-alukan pengumuman bahawa pembalakan kini diharamkan di hutan hujan Ulu Muda di Kedah. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YB Dr. Xavier Jayakumar, dipetik oleh media massa online dan cetak pada 4/9/2018 dan 5/9/2018 sebagai berkata bahawa Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju untuk larangan pembalakan di Ulu Muda. Dalam konteks ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz Mahathir, kerana keputusan penting ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Xavier kerana memudahkan tindakan yang ditunggu-tunggu ini. Untuk rekod, larangan pembalakan di Ulu Muda ini melindungi kawasan tadahan air yang paling penting untuk 3 negeri utara: Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, langkah untuk melindungi Ulu Muda perlu disokong oleh undang-undang. Kerajaan Negeri Kedah dan/atau Kerajaan Persekutuan mesti: • Mewartakan undang-undang untuk melindungi Ulu Muda

Page 2: ULU MUDA: TERIMA KASIH ATAS LARANGAN PEMBALAKAN …...Ulu Muda: Terima Kasih Atas Larangan Pembalakan Dan Berharap Ia Disertai Perlindungan Perundangan Sewajarnya / Page 2 of 3 sebagai

Ulu Muda: Terima Kasih Atas Larangan Pembalakan Dan Berharap Ia Disertai Perlindungan Perundangan Sewajarnya / Page 2 of 3

sebagai kawasan tadahan air.

• Memastikan perlindungan undang-undang meliputi keseluruhan kawasan hutan hujan Ulu Muda yang merangkumi 163,103 hektar.

• Mewujudkan agensi penguatkuasaan untuk menguatkuasakan undang-undang.

Tindakan tegas dan segera yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Kedah dan Kerajaan Persekutuan yang baru ini adalah pernyataan yang positif yang berniat baik. Berita baik itu telah kami nanti untuk sekian lama. Apabila ia benar-benar diumumkan, perlindungan Ulu Muda harus dibuat “secara rasmi” dengan prosiding undang-undang dan peruntukan yang sewajarnya untuk memastikan hutan hujan dilindungi secukupnya sebagai kawasan tadahan air bagi kita semua, anak-anak dan cucu-cicit kita. Sementara itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP berhasrat untuk bekerjasama dengan KATS untuk memastikan penyerahan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) dilakukan dengan jayanya dan perbincangan dengan Perak mengenai penjualan air mentah ke Pulau Pinang. Terima kasih. Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) ____________________________________________________________ Dikeluarkan oleh : Puan Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah

Unit Komunikasi Korporat Tel : 04-200 6607 Email : [email protected]

Page 3: ULU MUDA: TERIMA KASIH ATAS LARANGAN PEMBALAKAN …...Ulu Muda: Terima Kasih Atas Larangan Pembalakan Dan Berharap Ia Disertai Perlindungan Perundangan Sewajarnya / Page 2 of 3 sebagai

Ulu Muda: Terima Kasih Atas Larangan Pembalakan Dan Berharap Ia Disertai Perlindungan Perundangan Sewajarnya / Page 3 of 3