facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini roketkini ... Rocket BM... · berkuasa tinggi dan...

8
facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.dapmalaysia.org MEI 2014 PULAU PINANG: “Karpal Singh! Karpal Singh!” laung rakyat ketika jenazah tokoh itu diangkat dari pintu utama Dewan Sri Pinang, George Town, untuk membuat perjalanan terakhir ke Kremato- rium Batu Gantung pada Ahad, 20 April lalu. Mereka kemudian melambai tan- gan dan memberikan tepukan ge- muruh – isyarat paling sesuai bagi sebuah pengakhiran hidup penuh ‘warna’ individu bernama Karpal Singh yang juga dikenali sebagai ‘Harimau Jelutong’. Malah, tidak sedikit orang yang mengesat air mata sepanjang majlis itu. Perasaan bercampur- baur antara hiba mengenangkan perginya seorang negarawan dan bangga menyaksikan penghorma- tan yang diberikan. Jenazah Karpal tiba dengan iringan kereta dan motorsikal berkuasa tinggi dan disambut persembahan pancaragam St. Xa- vier Institution – tempat beliau mendapat pendidikan awal. Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum dari seluruh negara me- menuhi Dewan Sri Pinang dan ka- wasan sekitar Padang Kota Lama untuk memberikan penghorma- tan terakhir kepadanya. Mereka berkumpul seawal jam 8 pagi. Keadaan yang bertambah sesak dan matahari yang semak- in meninggi tidak menghalang mereka untuk terus berada di sana. Sepanjang hampir empat jam, rakyat tidak putus-putus berbaris panjang bagi memberikan peng- hormatan terakhir kepada wira mereka. Sekitar jam 12 tengah hari, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan ucapan penghormatan terakhir, sebelum pimpinan Pakatan Rakyat mem- berikan tunduk hormat kepada jenazah. Antara yang hadir adalah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ket- ua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, serta seba- hagian besar pemimpin DAP. Jenazah kemudian dibawa ke Krematorium Batu Gantung, juga diiringi kereta dan motorsikal berkuasa tinggi serta ahli keluarga dan pimpinan Pakatan Rakyat. Sekali lagi, laungan ‘Karpal Sin- gh!’ oleh orang ramai yang men- giringi jenazah memecah sua- sana. Jenazah tiba di Krematorium kira-kira jam 1.30 tengah hari dan dibakar sejam kemudian, diikuti dengan bacaan doa oleh keluarga. Abu jenazah dilepaskan ke laut sehari kemudian berhampiran Tanjung Tokong. “Keadaan laut amat tenang se- malam ketika abu dilepaskan dari Straits Quay ke arah Jalan Green- hall...Seolah-olah laut tahu ia se- dang membawa abu beliau,” kata anak sulung Karpal, Jagdeep Sin- gh Deo, seperti dilaporkan dalam portal The Malaysian Insider. Bermula Jumaat sehingga malam sebelum pengebumian, kediaman Karpal di Jalan Utama di sini tidak putus-putus men- erima kunjungan pemimpin ne- gara, tokoh masyarakat dan orang ramai yang ingin melahirkan rasa simpati terhadap keluarga. Bekas Pengerusi DAP Kebang- saan itu terkorban dalam satu kemalangan jalan raya bersama- sama pembantu peribadi Michael Cornelius berhampiran susur ke- luar Gopeng Lebuh Raya Utara Selatan, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Khamis, 17 April lalu. Mendiang meninggalkan balu, Gurmit Kaur, lima anak dan sepu- luh cucu. TIADA GANTI KARPAL SINGH 1940 -2014

Transcript of facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini roketkini ... Rocket BM... · berkuasa tinggi dan...

Page 1: facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini roketkini ... Rocket BM... · berkuasa tinggi dan disambut persembahan pancaragam St. Xa- ... Sekitar jam 12 tengah hari, ... bekas Pengerusi

facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.dapmalaysia.org

MEI 2014

PULAU PINANG: “Karpal Singh! Karpal Singh!” laung rakyat ketika jenazah tokoh itu diangkat dari pintu utama Dewan Sri Pinang, George Town, untuk membuat perjalanan terakhir ke Kremato-rium Batu Gantung pada Ahad, 20 April lalu. Mereka kemudian melambai tan-gan dan memberikan tepukan ge-muruh – isyarat paling sesuai bagi sebuah pengakhiran hidup penuh ‘warna’ individu bernama Karpal Singh yang juga dikenali sebagai ‘Harimau Jelutong’.

Malah, tidak sedikit orang yang mengesat air mata sepanjang majlis itu. Perasaan bercampur-baur antara hiba mengenangkan perginya seorang negarawan dan bangga menyaksikan penghorma-tan yang diberikan.

Jenazah Karpal tiba dengan iringan kereta dan motorsikal berkuasa tinggi dan disambut persembahan pancaragam St. Xa-vier Institution – tempat beliau mendapat pendidikan awal.

Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum dari seluruh negara me-menuhi Dewan Sri Pinang dan ka-wasan sekitar Padang Kota Lama untuk memberikan penghorma-tan terakhir kepadanya.

Mereka berkumpul seawal jam 8 pagi. Keadaan yang bertambah sesak dan matahari yang semak-in meninggi tidak menghalang mereka untuk terus berada di sana.

Sepanjang hampir empat jam, rakyat tidak putus-putus berbaris panjang bagi memberikan peng-hormatan terakhir kepada wira mereka.

Sekitar jam 12 tengah hari, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan ucapan penghormatan terakhir, sebelum pimpinan Pakatan Rakyat mem-berikan tunduk hormat kepada

jenazah. Antara yang hadir adalah Ketua

Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ket-ua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, serta seba-hagian besar pemimpin DAP.

Jenazah kemudian dibawa ke Krematorium Batu Gantung, juga diiringi kereta dan motorsikal berkuasa tinggi serta ahli keluarga dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sekali lagi, laungan ‘Karpal Sin-gh!’ oleh orang ramai yang men-giringi jenazah memecah sua-sana.

Jenazah tiba di Krematorium kira-kira jam 1.30 tengah hari dan dibakar sejam kemudian, diikuti dengan bacaan doa oleh keluarga.

Abu jenazah dilepaskan ke laut sehari kemudian berhampiran Tanjung Tokong.

“Keadaan laut amat tenang se-malam ketika abu dilepaskan dari Straits Quay ke arah Jalan Green-hall...Seolah-olah laut tahu ia se-dang membawa abu beliau,” kata anak sulung Karpal, Jagdeep Sin-gh Deo, seperti dilaporkan dalam portal The Malaysian Insider.

Bermula Jumaat sehingga malam sebelum pengebumian, kediaman Karpal di Jalan Utama di sini tidak putus-putus men-erima kunjungan pemimpin ne-gara, tokoh masyarakat dan orang ramai yang ingin melahirkan rasa simpati terhadap keluarga.

Bekas Pengerusi DAP Kebang-saan itu terkorban dalam satu kemalangan jalan raya bersama-sama pembantu peribadi Michael Cornelius berhampiran susur ke-luar Gopeng Lebuh Raya Utara Selatan, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Khamis, 17 April lalu.

Mendiang meninggalkan balu, Gurmit Kaur, lima anak dan sepu-luh cucu.

TIADAGANTIKARPAL SINGH 1940 -2014

Page 2: facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini roketkini ... Rocket BM... · berkuasa tinggi dan disambut persembahan pancaragam St. Xa- ... Sekitar jam 12 tengah hari, ... bekas Pengerusi

2MEI 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAMENGENANG KARPAL

Hilangnya satu cahaya di Malaysia

KUALA LUMPUR: “Dengan pemer-gian Karpal, hilang satu cahaya di Malaysia,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung rakan seperjuangannya mendiang Karpal Singh.

Namun, katanya lagi, cara terbaik mengenang tokoh veteran itu ada-lah dengan munculnya lebih ramai pejuang untuk mengisi kekosongan dalam perjuangan ke arah Malay-sia yang lebih baik.

“Cara terbaik mengenang Kar-pal adalah dengan munculnya lebih banyak ‘cahaya’ untuk men-erangi Malaysia, terutama dalam soal keadilan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang percaya perjuangan bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu telah berjaya menyentuh ramai orang berdasarkan ucapan-ucapan takziah yang mengalir tanpa henti sejak berita pemergiannya.

“Seluruh Malaysia bersama-sa-ma keluarga Karpal berduka den-gan pemergian seorang pahlawan. Rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan majoriti yang tidak per-nah bertemu dengan Karpal terke-jut dan dengan pemergian tidak dijangka ‘Harimau Jelutong’ dan menganggapnya sebagai kehilan-gan peribadi.

“Inilah bukti bagaimana perjuan-gannya demi keadilan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi lebih empat dekad telah menyen-tuh kehidupan mereka,” katanya lagi.

Mengenang bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu, beliau menyi-fatkan Karpal sebagai seorang yang tidak pernah terpengaruh den-gan kedudukan, serta menjadikan cabaran sebagai penghalang dalam perjuangan menegakkan keadilan.

“Beliau tidak pernah membiar-kan kuasa dan kedudukan, atau kesusahan peribadi menjejaskan komitmennya dalam perjuangan.

“Semoga beliau bersemadi den-gan aman,” kata Ahli Parlimen Gel-ang Patah itu lagi.

Karpal meninggal dalam satu ke-malangan jalanraya ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah.

Oleh LIM GUAN ENG

Ketika saya di rumah, di Pulau Pinang, pada jam empat pagi 17 April

2014, menunggu pemandu untuk membawa saya ke Hos-pital Ipoh, saya masih dalam keadaan bingung ekoran berita mengejutkan yang disampai-kan adik perempuan saya Hui Ying kepada isteri saya Betty sejam sebelumnya. Saya tidur awal semalam kerana kurang sihat, dan masih pening-pening lalat ketika kata-kata isteri saya masuk ke telinga.

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal, tokoh yang amat ber-makna buat kita, sudah tiada. Lelaki hebat yang sentiasa ber-semangat dan bertenaga itu telah tiada. Pemimpin yang me-nyuntik cukup banyak kekua-tan, wawasan, dan panduan sudah pergi meninggalkan kita. Sahabat sejati di hari-hari pal-ing gelap buat kita, sama ada sewaktu kita terperosok dalam penjara atau sedang berduka dengan kekalahan pilihanraya telah pergi. Seorang bapa yang penyayang, lebih-lebih lagi se-orang suami yang pengasih, tanpa dijangka meninggal du-nia pada awal pagi 17 April 2014 yang diiringi hujan.

Ketika pesanan dan kicauan twitter mencurah masuk ke telefon, fikiran saya bersera-kan dan saya gagal mencari kata-kata untuk menggambar-kan rasa kehilangan yang amat sangat. Pimpinan DAP tersen-tak kerana ia berlaku secara mengejut dan tidak dijangka. Karpal pergi sebelum waktu-nya, ketika masih banyak yang boleh beliau sumbangkan.

LGE KSSaya akan merindui keceriaan suara Karpal, sikap optimisme yang hadir dari-pada melakukan perkara yang betul dan semangat melawan tanpa mengira betapa sukarnya halangan. Namun saya masih dapat mendengar suaranya – tidak tergugat dan berterus-terang, dengan rasa kemanu-siaan yang mendalam.

Karpal adalah seorang dari-pada segelintir manusia yang berani menyatakan apa yang difikirkannya, dihormati baik oleh rakan mahu pun musuh. Beliau seperti tidak kenal erti takut. Malah, Timbalan Per-dana Menteri Tan Sri Muhy-iddin Yassin secara peribadi memberitahu isteri Karpal, Puan Gurmit Kaur, ketika mem-berikan penghormatan terakhir bahawa “tolak ke tepi politik, Karpal adalah seorang manusia

hebat dan sangat berani.” Me-mang, Karpal tidak takut untuk menyinggung sesiapa, tidak kira betapa tinggi dan kuat, betapa kaya dan berkuasa sese-orang itu, jika dia yakin bahawa dia berada di pihak yang benar. Karpal juga mudah memaafkan sesiapa yang tidak dapat men-capai piawaiannya yang tinggi dan ketat, namun beliau tidak pernah lupa.

Beliau adalah contoh pe-guam yang berpegang teguh dengan prinsip asas bahawa semua orang mempunyai hak untuk mendapat perbicaraan yang adil dan pembelaan. Sebab itulah beliau lebih dari-pada sanggup untuk menjadi peguam bela kepada bekas musuhnya sendiri yang men-jadi mangsa ketidakadilan. Me-mang benar, tiada musuh atau kawan yang tetap dalam politik, yang tetap hanya prinsip.

Ketika kami berkongsi bilik dalam Kem Tahanan Kamunt-ing pada tahun 1987-88, se-waktu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ketika melawat saya di Penjara Kajang yang suram pada 1998-99 ekoran hukuman di bawah Akta Hasutan, Karpal berpesan kepada saya tentang kepentingan membezakan antara golongan yang benar-benar yakin dengan perjuan-gan dan golongan yang tidak ikhlas.

Golongan yang benar-benar

yakin dengan perjuangan akan mempasakkan keyakinan di atas asas “benar” dan “salah”. Golongan ini tidak mungkin dapat dipesongkan dan akan terus melawan walaupun su-dah tiada harapan – kerana bagi mereka perlawanan itu adalah satu kewajipan. Mereka meneruskan perjuangan ker-ana, sebagai manusia, mereka tiada pilihan lain selain melak-sanakannya. Tiada makna un-tuk hidup sambil membiarkan ketidakadilan dan kerosakan berlaku.

Beliau tidak pernah takut akan kekalahan. Karpal per-nah memberitahu saya bahawa bagus untuk sesekali kalah, kerana ia akan menguatkan jiwa anda seperti besi waja dan anda akan belajar untuk bangkit kembali dengan bing-kas. “Saya pernah kalah dalam pertembungan pilihanraya, be-gitu juga dengan Kit Siang, dan kami masih lagi di sini,” pesan-nya kepada saya dengan mata yang mengerdipkan sinar. Bagi Karpal, kekalahan hanyalah ujian terhadap kecekalan anda, untuk melihat setangkas mana anda akan bangun semula.

Karpal enggan mengaku kalah, meski pun tubuh menja-di penghalang ekoran kemalan-gan jalanraya di luar rumahnya di Pulau Pinang, pada tahun 2005. Beliau tidak membiar-kan tubuh yang lumpuh mem-bekukan suaranya, sebaliknya

mengerah minda perundan-gannya yang cerdas itu untuk memperbaiki undang-undang dan membetulkan kecacatan.

Seperti yang biasanya diala-mi oleh orang lain yang pernah sama-sama mendekam dalam penjara, hubungan kami men-jadi rapat ketika menghuni Kem Tahanan Kamunting, selain pada tahun-tahun berikutnya. Saya belajar daripadanya, di-pandu oleh kebijaksanaannya dan disegarkan oleh seman-gat wajanya. Kami berkongsi dugaan yang sama, sama ada dakwaan di bawah ISA atau Akta Hasutan. Dan memang, itu hanya menjadikan kami leb-ih kuat dan bersemangat.

Seperti bapa saya yang be-liau anggap sebagai saudara-nya sendiri dan seperti teman-teman setia seperti Dr Chen Man Hin, mendiang P Patto, dan Datuk Chian Heng Kai, Karpal amat sayang pada DAP. Keyakinan dan kepercayaan-nya terhadap Kit Siang dan Dr. Chen menjadi asas untuk parti ini kembali bangkit dari abu kekalahan.

Tiga serangkai DAP, iaitu Kit Siang, Karpal, dan Chen tidak akan sesekali tunduk dan me-nyerah kepada regim kuku besi dan korup. Mereka sanggup re-bah selaku manusia yang ber-maruah; mereka memilih ke-hidupan yang susah di atas kaki sendiri daripada kehidupan yang senang dalam keadaan menyembah.

Saya akan merindui anda, Karpal. Saya berbesar hati untuk menjadi sekutu anda. Malaysia juga akan merindui Karpal, menyanjung seorang pahlawan unggul yang telah membuatkan setiap rakyat bangga dengan negaranya, serta memberikan harapan ke-pada mereka yang terpinggir, kurang bernasib baik, lemah, tidak terbela dan tiada suara.

Warisan anda yang teragung bukanlah penghormatan yang dicurahkan oleh para pem-impin atau personaliti terkenal dari dalam dan luar negara. Kami lebih tersentuh dengan sekian banyak air mata yang ditumpahkan rakyat biasa yang tidak mengenali anda se-cara peribadi dan tidak pula pernah anda temui, namun tetap mereka tersentuh dengan segala pengorbanan yang telah anda lakukan.

Bersemadilah dengan aman – itu yang layak buat anda sete-lah segala yang telah anda sum-bangkan kepada parti, rakyat dan negara.

Eulogi untuk Karpal

“Karpal adalah seorang daripada

segelintir manusia yang

berani menyatakan apa yang

difikirkannya, dihormati baik

oleh rakan mahu pun musuh”

Page 3: facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini roketkini ... Rocket BM... · berkuasa tinggi dan disambut persembahan pancaragam St. Xa- ... Sekitar jam 12 tengah hari, ... bekas Pengerusi

3MEI 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAMENGENANG KARPAL

GEORGE TOWN: Walaupun su-dah meninggal dunia, nama Kar-pal Singh akan terus dikenang oleh generasi akan datang – sama ada kehebatannya di mahkamah mahu pun keteguhannya di are-na politik.

Ia dapat dilihat melalui ribuan anak muda yang hadir ke Dewan Sri Pinang di sini untuk mem-berikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Bagi Muhammad Suhaib, man-tan Pengerusi DAP Kebangsaan itu adalah model terbaik untuk dicontohi anak muda yang ingin melibatkan diri dalam politik.

“Karpal ahli politik yang san-gat dihormati kerana kuat ber-pegang pada prinsip. Sikap itu perlu diikuti oleh politikus muda sekarang,” kata penuntut jurusan Komunikasi di Universiti Sains Malaysia itu.

Beliau juga menyifatkan pemergian Karpal sebagai ke-hilangan besar kepada negara, khususnya Pulau Pinang.

“Ini kehilangan besar buat Pu-lau Pinang. Perjuangannya san-gat memberi kesan kepada orang

di sini, seperti seorang ayah,” ka-tanya lagi.

Bagi penuntut jurusan un-dang-undang Jespreet Kaur pula, Karpal menjadi idola ke-pada anak-anak muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang itu.

“Beliau sememangnya sumber inspirasi yang sangat besar. Kami belajar kes-kes yang ditanganin-ya di dalam kelas.

“Apa yang paling saya kagumi adalah kesungguhannya mem-pertahankan Perlembagaan Ne-gara. Tidak banyak peguam yang sanggup menggalas tugas itu,” katanya penuh semangat.

Atas sebab itu, beliau dan ke-luarga sanggup hadir ke sini dari Kuala Lumpur, hanya untuk mengucapkan ‘selamat jalan’ ke-pada tokoh itu.

Kekaguman yang sama turut terlihat pada penuntut jurusan undang-undang Law Jia Yang.

“Dirinya cukup luar biasa. Be-liau seorang ahli politik yang berkarisma dan peguam yang dihormati,” kata anak jati Pulau Pinang itu.

Katanya lagi, beliau mula mengikuti berita dan per-jalanan kerjaya ‘Harimau Jelutong’ pada Pilihan Raya Umum lalu, walaupun sudah lama mendengar nama tokoh itu.

Nama Karpal Singh s e m e m a n g n y a cukup sinonim dalam politik dan p e r u n d a n g a n , apabila menjadi Ahli Parlimen se-lama lebih 30 ta-hun.

Sebagai pe-guam, beliau dikenali terlibat dalam kes ber-profil tinggi, antaranya kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibra-him dan kes pembunuhan model Mon-golia, Altan-tuya Shaari-ibuu.

Namanya meniti di bibir anak muda

SEBERANG JAYA: Hadirin Himpunan Reformasi 2.0 di Pulau Pinang berta-fakur selama seminit bagi memper-ingati mendiang Karpal Singh yang terkorban dalam kemalangan jalan-raya awal pagi semalam.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang berucap juga tidak ketinggalan men-genang dan menyatakan penghar-gaan kepada negarawan itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri An-war Ibrahim mengimbas kembali ke-gigihan Karpal yang menjadi peguam bela dalam kes fitnah liwat 2.

“Karpal cuba hubungi saya empat kali pada 6.30 petang (Rabu lalu). Saya hubunginya semula dan beliau beritahu kami hanya ada sepuluh hari untuk hantar rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

“Beliau kata akan membuat per-mohonan dan lakukan yang terbaik

untuk memenangi kes ini,” katanya, seperti dipetik The Malaysian Insider.

Kata Anwar lagi, Karpal benar-be-nar bimbang akan hukuman penjara lima tahun dalam rayuan kes itu.

“Pemergiannya satu kehilangan peribadi kepada saya, (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan kelu-arga,” katanya yang menyifatkan ‘Ha-rimau Jelutong’ itu sudah seperti ahli

keluarga sendiri.Malah, kata Anwar lagi, Karpal

tidak pernah mengambil sebarang bayaran sepanjang menjadi peguam bela dalam kes itu.

“Ketika saya dalam perbicaraan, wang dikumpul untuk membayarnya tetapi beliau tidak ambil. Katanya, khidmat guaman bagi pertahankan saya adalah sumbangan kecil,” ka-tanya lagi kepada hadirin.

Antara pimpinan lain yang turut berucap adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dan Penga-rah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Karpal sememangnya sekian lama menjadi peguam bela Ketua Pem-bangkang itu, sejak kes fitnah liwat pertama yang menjadi pencetus kebangkitan rakyat dalam gerakan reformasi pada 1998.

Tidak pernah ambil bayaran

“Beliau adalah negarawan yang menjadi ikon

keadilan dan keberanian untuk perjuangan

menuntut kebenaran”

AZMIN ALITimbalan Presiden KEADILAN

“Karpal kawan politik saya. Saya datang sini (majlis

pengebumian beliau) sebagai penghormatan kepada

kawan”

BAJURI TAHIRAhli DAP

“Karpal ahli politik yang sangat dihormati kerana

kuat berpegang pada prinsip. Sikap itu perlu diikuti oleh politikus

muda sekarang”

MUHAMMAD SUHAIBPelajar USM

“Seorang pemimpin yang melihat dirinya, dan

dilihat oleh masyarakat, bukan dari segi

latarbelakang kaum dan agamanya tetapi sebagai seorang anak bangsa

Malaysia”

ANTHONY LOKESetiausaha Organisasi DAP

“Apa yang paling saya kagumi adalah kesungguhannya mempertahankan Perlembagaan

Negara. Tidak banyak peguam yang sanggup

menggalas tugas itu”

JESPREET KAURPelajar undang-undang

Page 4: facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini roketkini ... Rocket BM... · berkuasa tinggi dan disambut persembahan pancaragam St. Xa- ... Sekitar jam 12 tengah hari, ... bekas Pengerusi

4MEI 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAMENGENANG KARPAL

‘Karpal Singh di mata saya’

GARIS MASA1940 - Dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang, pada 28 Jun1948 -1960 - Bersekolah di sekolah rendah dan menengah St Xavier, Pulau Pinang1961 - Mendalami undang-undang di University of Singapore1969 - Menjalani Bar pada 15 Januari1970 - Menyertai firma Raja Ridzuan and Co. di Alor Setar, Kedah1970 - Mengahwini Gurmit Kaur pada 30 Julai1970 - Menyertai DAP1971- Menubuhkan Karpal Singh & co.1971 - Anak sulung, Jagdeep Singh Deo, lahir pada 3 Mei1973 - Anak kedua, Gobind Singh Deo, lahir pada 19 Jun1974 - Bertanding dalam pilihanraya buat kali pertama - memenangi kerusi bandar Alor Setar dalam PRU1976 - Anak ketiga, Ramkarpal, lahir pada April1978 - Bertanding untuk kerusi Parlimen Jelutong dan DUN Bukit Gelugor. Memenangi kedua-dua kerusi1979 - Anak keempat, satu-satunya anak perempuan, Sangeet, lahir pada 29 November1982 - Mengekalkan kubu, Parlimen Jelutong dan DUN Bukit Gelugor dalam PRU1987 - Anak kelima, Mankarpal, lahir pada 28 Jun1987 - Ditahan tanpa bicara di bawah ISA1988 - Dibebaskan seketika daripada ISA sebelum ditahan semula di bawah akta drakonian sama1989 - Dibebaskan daripada ISA1990 - Mengekalkan kerusi Parlimen Jelutong tetapi gagal merebut kerusi DUN Sungai Pinang1995 - Mengekalkan kerusi Parlimen Jelutong tetapi gagal di kerusi DUN Padang Kota2004 - Bertanding untuk kerusi yang baru diwujudkan, Parlimen Bukit Gelugor dan menang2008 - Mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor2010 - Merayakan hari kelahiran ke-70 dan bertekad untuk terus perjuang kebebasan dan demokrasi2013 - Mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor2014 - Didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di bawah Akta Hasutan dan didenda RM4,000, bakal hilang kelayakan kerusi Parlimen17 April 2014 - Meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Perak

Oleh NIK AZIZ NIK MAT

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parli-men Bukit Gelugor yang telah meninggal

dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilan-gan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya.

Beliau juga merupakan pendokong kuat ke-pada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat ber-beza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambu-tan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan be-liau menghantar saya pulang rapat ke pintu ken-deraan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang ter-kandung di dalam Perlembagaan, Kelantan past-inya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya memb-elakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.

Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelan-tan untuk memfailkan bil persendirian di Parli-men bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana indi-vidu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk di-berikan pemahaman tentang hudud. Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan ke-fahaman yang sebenarnya tentang undang-un-dang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.

Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enak-men Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bu-kan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.

Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada kelu-arga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.

PULUHAN RIBU HADIR BERI PENGHORMATAN

ORANG ramai mula memenuhi Dewan Sri Pinang dan kawasan sekitar Padang Kota Lama seawal jam 8 pagi bagi memberikan penghormatan terakhir ke-pada mendiang Karpal Singh.

Mereka berpusu-pusu mendekati van yang mem-bawa jenazah Karpal sebaik ia tiba di pintu pagar dewan tepat pada jam 8.11 pagi.

Van jenazah diarak ke Krematorium Batu Gantung pada jam 11 pagi melewati empat tempat penting dalam hidup Karpal, iaitu Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Dewan Undangan Negeri Pu-lau Pinang, pejabatnya di Green Hall dan sekolahn-ya di St. Xavier Instution.

Page 5: facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini roketkini ... Rocket BM... · berkuasa tinggi dan disambut persembahan pancaragam St. Xa- ... Sekitar jam 12 tengah hari, ... bekas Pengerusi

5MEI 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAMENGENANG KARPAL

Oleh AEDI ASRI

Sukar menggambarkan pengorbanan pembantu peribadi Karpal Singh, mendiang Michael Cor-nelius Selvam Vellu, 39, yang turut terkorban bersama-sama bekas Pengerusi DAP Kebangsaan dalam kemalangan tragis tersebut.

Beliau setia bersama ‘Harimau Jelutong’ itu – ketika di mahkamah menghadiri perbicaraan, di Dewan Rakyat semasa Parlimen bersidang, se-hinggalah di pejabat guamannya yang sederhana di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pia-sau Alan Ling Sie Kiong mengimbas kembali pen-galamannya mengenali Michael ketika latihan dalam kamar di firma guaman Karpal sekitar 2009.

“Peranan Michael sangat penting kepada Kar-pal. Tugasnya tidak mudah, perlu ada di sisi ‘bos’ 24/7,” kata Alan.

“Mendiang sentiasa di pejabat sehingga 11 malam bersama-sama ‘bos’,” tambahnya. “Malah, dia juga perlu berjaga beberapa kali pada tengah malam untuk ubah kedudukan mengiring ‘bos’ ketika tidur.”

Ekoran kesibukan itu, katanya lagi, Michael san-gat jarang pulang ke kampung halamannya di In-dia. Kalau pun pulang, ia untuk tempoh yang seke-jap – sekitar dua minggu. Sehinggalah kemalangan yang meragut nyawanya itu.

Tidak lupa kirim wang kepada keluarga

Michael mula menjadi pembantu Karpal se-lepas Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu lumpuh aki-bat terlibat dalam kemalangan pada 2005.

Berasal dari Vellore, Tamil Nadu di selatan India, beliau meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan perempuan. Jenazahnya akan diter-bangkan untuk disemadikan di sana.

Dengan nada hiba, Alan memberitahu, “Kesibu-kannya itu sehingga beliau pernah meminta saya mengirimkan wangnya kepada keluarga di sana. Masa berehat untuknya adalah di dalam kereta ke-tika dalam perjalanan.”

Kristian yang warak

Menurut Alan, Michael berasal daripada kelu-arga miskin dan mula berkhidmat dengan Karpal selepas bertemu dengannya ketika menerima rawatan di India.

Beliau juga mengenali mendiang sebagai pen-ganut Kristian yang warak dan sentiasa membawa kitab Bible bersama-sama.

“Michael sentiasa membawa Bible bersama ke mana-mana sahaja. Ketika perkahwinan saya dan menang Pilihan Raya Negeri Sarawak (pada 2011), beliau menghantar hadiah dan kad kepada saya yang tertulis petikan-petikan daripada Bible yang boleh memberi semangat.

“Saya akan sentiasa mengenangnya.”

Michael Cornelius: Pejuang setia bersama Karpal

PULUHAN RIBU HADIR BERI PENGHORMATAN

Page 6: facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini roketkini ... Rocket BM... · berkuasa tinggi dan disambut persembahan pancaragam St. Xa- ... Sekitar jam 12 tengah hari, ... bekas Pengerusi

6MEI 2014

EDISI BAHASA MALAYSIABUDAYA

Oleh AEDI ASRI

i

‘Beri aku lidahaku mau berkata-kataseperti laut yang menghempasdi pantai merdeka’

Berikut adalah bait sajak bertajuk “Pidato”, yang ditulis Kassim Ah-mad sekitar tahun 60-an. Pada usia

muda ketika itu, dia tentulah tidak ber-maksud untuk meminta-minta daripada sesiapa, apatah lagi ‘lidah’ itu adalah mi-liknya sendiri.

Permintaan itu mungkin hanyalah satu amaran kepada semua yang mem-baca, bahawa dia akan menggunakan ‘lidah’ itu untuk menyuarakan fikirannya, walau pun ia akan menghempas tiang, lantai, dinding dan bumbung tempat masyarakatnya bertapak.

Betapa Kassim tidak pernah berkira-kira untuk menggunakan lidahnya. Sejak mula bergiat dalam Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), menyertai Umno pada 1980an, hinggalah ketika seminar pe-mikirannya Februari lalu.

Melalui kritik sastera ke atas Hikayat Sejarah Melayu, lidahnya mengubah tanggapan masyarakat terhadap watak Hang Tuah dan Hang Jebat yang sekian lama tertanam dalam diri orang Melayu. Melalui Hadis: Satu Penilaian Semula pula, lidahnya menggoncang tradisi be-ragama yang dipegang beratus tahun lamanya.

Secara peribadi, saya bukanlah pemi-nat pemikiran Kassim, sama ada tentang agama, politik atau isu antarabangsa. Lebih kepada kurang mengamati, sebe-narnya, daripada tidak bersetuju. Tetapi bagi saya, Kassim adalah antara penyair paling ‘kuat’ yang dilahirkan Malaysia pada abad lalu.

Tolak ketepi baris “Tuhan sudah mati” dalam sajak “Sidang Roh”, yang entah kenapa menjadi peluru untuk men-uduhnya menolak Tuhan, walau pun sudah diterangkan awal-awal lagi su-paya “kau jangan mengatheis.” Baca sa-haja sajak “Dialog (kepada ibu)” – baris “kian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam durhaka” sudah cukup untuk memijak-mijak sajak-sajak poyo-pseudo-proletar yang ditulis hari ini.

Tetapi itulah, orang lebih mengenalin-ya sebagai ‘anti-hadis’. Pada masa sama, pendapat Kassim juga banyak yang sukar diterima – misalnya pujaan dan pan-dangan mengenai Saddam Hussein dan Lyndon Larouche yang amat semberono (rujuk bab 20 memoirnya, Mencari Jalan Pulang).

Daripada apa yang saya kutip daripada memoir itu, Kassim sangat mencintai ke-manusiaan. Masa dan usianya dihabis-kan untuk tindakan dan aksi yang lahir daripada rasa itu. Malangnya, tiada se-siapa yang menyedarkannya, bahawa dia pertama-tamanya adalah sasterawan, dan lebih berkesan sebagai sasterawan. Bayangkan manfaatnya kepada dunia, sastera, dan bahasa jika dia lebih banyak duduk di meja dan mengarang karya sas-tera dan kritik sastera.

Kini, karya-karyanya yang tidak ban-yak itu terpinggir daripada arus sastera. Sajaknya tidak dibaca dan dibincangkan. Yang tinggal hanya “Tuhan sudah mati…”

Pengarang, sebelum hal-hal yang lain

ii

Nama Kassim yang tenggelam sejak sekian lama muncul semula ketika samb-utan ulang tahun kelahirannya yang ke-80. Lidahnya kembali berkata dan kali ini ia tidak begitu bernasib baik lagi. Pen-guasa agama abad ke-21 lebih gila dari-pada sebelumnya.

Petang 26 Mac lalu, Kassim ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah. Keesokan-nya, Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya mendakwanya mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dengan dua pertuduhan – menghina Islam dan meng-ingkari penguasa agama kerana memetik kandungan buku yang diharamkan.

“Hah, perbezaan pendapat salah? Ini tamadun apa?” latah Kassim pada hari itu. “Ini hutan rimba punya undang-un-dang! Gila! Cakap kepada mereka, gila, gila, kamu gila!” Lidah yang merupakan senjata utama bagi seorang pemikir telah disekat. Tidak susah untuk memahami amuknya.

Namun, sejauh saya meyakini tindakan menahannya salah dan ingin membelan-ya, saya tidak dapat mengelak daripada melihat peristiwa itu sebagai ironi yang kejam dan menyedihkan.

Kassim Ahmad berpegang dengan prinsip “mudarat kecil bagi menghalang mudarat besar,” asasnya untuk setuju dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia menerangkan hal ini dalam mem-oirnya dengan memetik kisah Nabi Musa yang berguru dengan Nabi Khidir.

Secara ringkas, ia tentang Musa yang ingin berguru dengan Khidir. Khidir setu-ju, dengan syarat Musa tidak memper-soalkan tindakannya.

Maka dalam perjalanan mereka, Kh-idir merosakkan tongkang baru milik nelayan miskin, membunuh seorang pe-muda dan enggan meminta upah mem-baiki tembok di satu tempat, walau pun permintaannya untuk mendapatkan makanan ditolak penduduk di situ pada mulanya.

Khidir kemudian menjelaskan sebab-sebab tindakannya kepada Musa. Jawabnya, tongkang itu jika tidak diros-akkan akan dirampas oleh seorang raja, pemuda itu pula berkemungkinan mem-bawa kesusahan dan tidak menderhakai ibu-bapanya yang warak, dan dia mem-baiki tembok itu untuk melindungi harta milik dua anak yatim yang tersembunyi di bawahnya (Quran, 18: 60–82).

Tetapi kerajaan bukanlah nabi yang menerima wahyu Tuhan. Malah sangat mudah untuk menyalahgunakan kuasa, seperti yang Kassim lihat sendiri sepan-jang dia terlibat secara langsung dalam politik.

Lagi pun, tidakkah dia sedar, pengua-sa agama boleh sahaja menggunakan alasan sama berhubung penahanannya? (Alasan mereka, bagi mengelakkan idea Kassim tersebar kepada orang ramai. Tulisan ini tidak bertujuan membincang-kan alasan itu atau kebisuan pejuang-pejuang kebebasan yang seperti takut dikaitkan dengan Kassim.)

Sebagai seorang yang sepanjang hidupnya ‘mencari’, dia sepatutnya me-megang kebenaran (atau prinsip, ide-ologi) yang diyakini kuat-kuat, walaupun akhirnya menimpa batang tubuhnya. Sesuatu yang dianggap adil, kekal adil – meski pun berbalik dan menghenyak diri sendiri.

Malangnya, undang-undang yang dibenarkan Kassim untuk melakukan

mudarat kecil kini tiba-tiba berubah wajah menjadi “undang-undang rimba” dan “gila” apabila yang menjadi man-gsa adalah diri sendiri. Sukar menerima kontradiksi jenis ini.

Ia mengingatkan saya tentang idea bahawa kita menunjukkan reaksi sebe-nar apabila sesuatu hal itu menimpa diri sendiri. Tepat sekali, dan nampa-knya ia terpakai kepada semua, tanpa mengira sama ada kuli bawahan, pem-impin kerajaan, budak tidak tamat se-kolah atau pemikir besar. Selama mana namanya manusia.

iii

“Yang mengganggu pengarang itu ban-yak. Umpamanya, pada Pak Arenawati: bau belacan bakar di dapur. Pada Pak Asraf: alunan lagu keroncong di rumah jiran. Pada Pak Sako: rentak joget moden di radio. Dan pada Usman Awang: bunyi loceng penjual aiskrim di depan rumah. Namun, karangan mesti disiapkan juga.”

– Catatan (Latiff Mohidin, halaman 10)

Kassim pernah menyebut sebelum ini bahawa dia ada beberapa tulisan yang ingin disiap dan diterbitkan sebelum Tuhan memanggilnya. Dia juga pernah menulis tentang sebuah kumpulan sajak yang patut terbit pada 2008, serta novel yang ditulis sepanjang dalam tahanan ISA (1976–1981) bertajuk Zaman Pan-caroba.

Sudah terlalu banyak hal yang meng-ganggunya sebagai seorang pengarang. Semoga keinginannya untuk menyiapkan tulisan-tulisan itu tercapai dan dua kary-anya berjaya diterbitkan. Kassim Ahmad perlu dilihat kembali sebagai KASSIM AHMAD – kerana segala label dan kaitan seperti ‘anti-hadis’, PSRM, Umno, dan gerakan Larouche hadir selepas, malah duduknya di bawah, nama itu.

Kassim Ahmad:

Dialog(kepada ibu)

i

Tenteramlah anakwalaupun kebanjiran sawah kitahujan ini dari Tuhanyang mencurah-curah rahmatnya.Ada siang masakan tiada terangdengarlahsi katak sudah tiada memanggil lagibesok hari panaspadi kita akan lepas!

ii

Tidurlah ibukita manusia kerdilsiang membanting tulangmalam menanggung bimbang.Ada besok maka pasti ada suriaaku akan pergidengan seribu Jebat si anak tanikian lama kita mati dalam setiakali ini kita hidup dalam derhaka!

(Kassim Ahmad, Utusan Zaman, 26 Ogos 1958)

Page 7: facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini roketkini ... Rocket BM... · berkuasa tinggi dan disambut persembahan pancaragam St. Xa- ... Sekitar jam 12 tengah hari, ... bekas Pengerusi

7MEI 2014

EDISI BAHASA MALAYSIA

No. Barangan Harga(RM)

KTT Jumlah(RM)

01 Kluang DVD 15.00

02 Patung Ubah 10.00

03 Belon Ubah (1 set 5 jenis) 4.00

04 Rocket Belon Panjang (1 set 2 batang) 3.00

05 Ubah Belon Panjang (1 set 2 batang) 3.00

06 Pelekat kereta (Stop Lynas) 10.00

07 Pelekat kereta (Himpunan Hijau) 10.00

08 Monopoli (mainan) 5.00

09 Kipas Ubah (Lelaki) 3.00

10 Kipas Ubah (Perempuan) 3.00

11 Kipas Ubah 3.00

12 Kemeja Ubah Sekarang (merah, kolar bulat) saiz: _____ 20.00

13 Kemeja Ubah (merah, berkolar) saiz: ______ 25.00

14 Kemeja Dari Kajang Ke Putrajaya saiz: ______ 20.00

15 Kemeja Himpunan Hijau Lestrari Pengerang (hijau, kolar bulat) saiz: XXL

20.00

16 Kemeja Stop Lynas (putih) saiz: _____ 20.00

17 Kemeja Roket (putih, berkolar) saiz: _____ 25.00

18 Kemeja LKS (hijau) saiz: _____ 20.00

19 Kemeja Ubah Batman (kuning) saiz: _____ 20.00

20 Kemeja Pakatan (lelaki) saiz: _____ 50.00

21 Kemeja Pakatan (perempuan) saiz: _____ 50.00

22 Kemeja Ubah 505 (hijau) saiz: _____ 20.00

23 Kemeja kanak-kanak Ubah 505 (merah) saiz: _____ 20.00

24 Kemeja Ubah 505 (merah) saiz: _____ 20.00

25 Bendera PKR 5.00

26 Pelekat Kerata A 3.00

27 Pelekat Kereta B 3.00

28 Pelekat Kereta C 3.00

29 Pelekat Kereta D 3.00

30 Guan Eng di mata Mereka (DVD) 10.00

31 Putrajaya Milik Siapa? / Liew Chin Tong 10.00

32 Kenangan Perjuangan PRU is KLUANG 25.00

33 Membongkar Rahsia DAP / Roketkini.com 9.90

34 Hak Untuk Berbeza Pendapat / Ooi Kee Beng 20.00

35 Karpal Singh-Pantang Undur / Melissa Loovi 20.00

36 Malayisa Milik Kita Bersama / Wan Hamidi Hamid 15.00

37 Dari Penjara Ke Tampuk Kuasa - Lim Guan Eng / Wan Hamidi Hamid

20.00

38 Yes, Jom Ubah! / Wong Ho Leng 8.00

39 Bajet / Teh Chi Chang 20.00

40 1 Black Malaysia / DAP 15.00

41 Tsunami Cina: Retorik atau Realiti? / Lim Hong Siang 15.00

42 Jangan Kelentong Lagi Kita Semua Orang Malaysia /Kee Thuan Chye

39.90

**BAYARAN POS (RM5 / RM10)Peninsular Malaysia RM5 Sarawak & Sabah RM10

Jumlah

BARU!

Nama: _________________________________________________________________

Alamat Emel: _______________________________________________________________________________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________________________________

Perhatian:Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama : Genta Media Sdn BhdAnda juga boleh membayar terus ke dalam akaun kami di Public Bank 3159 1216 32Sila fakskan bank-in-slip kepada kami.Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105

Sila kirim tempahan anda ke:Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL.Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: [email protected]

Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika

anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru kami, dan tawaran istimewa.

( )

No. Telefon: _________________________

01 02 03 04

05 06 07 08 09

10

11 12 13

14

15

16

17

18 19

20 21 22

23 24

25 27

28

26

3031 32 33 34

35

36

37 38 39 40

29

4241 BARU!

Page 8: facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini roketkini ... Rocket BM... · berkuasa tinggi dan disambut persembahan pancaragam St. Xa- ... Sekitar jam 12 tengah hari, ... bekas Pengerusi

8MEI 2014

EDISI BAHASA MALAYSIABERITA

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

Oleh ALIFF FIKRI

KUALA LUMPUR: DAP harus bertegas tidak bersetuju den-gan pelaksanaan hudud kerana ia bukan merupakan pendirian bersama yang disepakati dalam Pakatan Rakyat sejak dari dulu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, dasar ber-sama Pakatan serta manifesto pilihanraya 2008 dan 2013 jelas tidak memuatkan pelaksanaan hudud atau penubuhan negara Islam dan ia telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti.

“Mesti ada konsensus keti-ga-tiga parti dalam hal dasar. Memandangkan DAP tidak menyokong hudud, isu sokon-gan Pakatan terhadapnya tidak berbangkit,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, setiap parti dalam Pakatan berhak mem-perjuangkan matlamat mas-ing-masing menurut kerangka demokrasi.

Namun demikian katanya, “Keutamaan dan fokus harus diberikan kepada dasar ber-sama Pakatan yang telah dipersetujui ketiga-tiga parti seperti membanteras ras-uah, memastikan urus tadbir baik, mewujudkan kedaulatan undang-undang dan keadi-lan, memastikan kemakmuran ekonomi dikongsi secara sak-sama dan tidak hanya dinikma-ti kroni.”

Ahli Parlimen Bagan itu men-

yatakan bahawa beliau sendiri telah meminta penjelasan dari-pada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan kenyataan beliau yang dilaporkan oleh The Ma-laysian Insider dan Ketua Pem-bangkang itu menegaskan pen-dirian Pakatan adalah untuk memberi keutamaan kepada dasar-dasar yang telah diper-

setujui bersama.Laporan berkenaan memetik

Anwar sebagai berkata bahawa model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai kera-jaan negeri Kelantan perlu difa-hami terlebih dahulu sebelum Pakatan mengambil keputusan bersama untuk mempersetu-juinya.

Aku tak memilih untuk jadi manusia biasa,

Adalah hak ku untuk menjadi luar biasa;

Aku mencari peluang, bukan jaminan,

Aku tidak ingin menjadi warga peliharaan, sentiasa tunduk dan diam kerana ada kerajaan yang menjagaku;

Aku mahu mengambil risiko itu – untuk mengimpi dan membina, untuk gagal dan berjaya;

Aku memilih cabaran dalam kehidupan, bukan nyaman daripada jaminan,

Aku memilih kepuasan setelah mengharung rintangan, bukan ketenangan di tengah khayalan;

Takkan ku gadai kebebasan atau maruah, hanya untuk mengharap pemberian

Takkan ku tunduk di depan sebarang tuan atau ancaman;

Seperti nenek moyangku, berdiri ku tegak, bangga, tidak gentar untuk berfikir dan bertindak sendiri.

– Terjemahan bait yang tergantung di depan pintu pejabat Karpal Singh

DAP tidak menentang Islam, cuma hudud bukan agenda Pakatan

“Setiap parti dalam Pakatan berhak memperjuangkan matlamat masing-masing menurut kerangka demokrasi”

- LIM GUAN ENGSetiausaha Agung DAP