Penyata Pengerusi - cagamas.com.my Report/ar03corp_part2... · pinjaman perumahan dan kelas aset...
Transcript of Penyata Pengerusi - cagamas.com.my Report/ar03corp_part2... · pinjaman perumahan dan kelas aset...
24 CAGAMAS BERHAD 157931-A
Mendapatkan pinjamanperumahan tidak pernahsemudah ini. Modelpendanaan kami yangunik telah menggalakkanindustri pinjamanperumahan denganbilangan tertinggi bagikeluarga yang memilikirumah pada hari ini. Iniadalah disebabkan olehketersediaan pelbagaipilihan pinjamanperumahan pada kosyang lebih bersaing.
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 25
26 CAGAMAS BERHAD 157931-A
Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanyamembentangkan Laporan Tahunan Ketujuh Belas dan PenyataKewangan Cagamas Berhad, Perbadanan Cagaran Malaysia,untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003.
Tahun 2003 merupakan tahun yang agak sukar dan mencabarbuat Syarikat ini. Berlatar belakangkan lebihan mudah tunaiyang berterusan di dalam sistem perbankan dan persekitarankadar faedah yang stabil, institusi kewangan secara amnyakeberatan untuk menjual pinjaman dan hutang mereka kepadaCagamas. Walau bagaimanapun, dengan perubahan besar didalam kadar hasil bon semenjak bulan Julai 2003, institusikewangan mula melindung nilai kedudukan mereka denganlebih giat. Oleh itu, sebanyak RM7,797 juta atau 70.2%daripada jumlah pembelian Syarikat ini pada tahun 2003 telahdikumpulkan pada sepanjang bulan Julai hingga Disember2003.
Cagamas memastikan bahawa kadar pembelian yangditetapkan oleh Syarikat ini mencerminkan keadaan pasaran.Oleh itu, Syarikat ini terpaksa bertindak dengan lebih pantasuntuk sentiasa mengemas kini kadar pembeliannya agarselaras dengan perubahan besar di dalam kadar hasil bonterutamanya pada setengah tahun kedua.
Walaupun terdapat kemudahubahan yang lebih besar dalampasaran bon, kadar pembelian disebut Cagamas yang sah bagiurus niaga pada sebarang jumlah mengikut dasar sedia, sesuaidengan peranannya sebagai penggerak pasaran. Bagimelaksanakan peranan ini dengan berkesan, Syarikat initerpaksa melihat di sebalik keadaan turun naik jangka pendekdan menaksir dasar asas keadaan permintaan dan penawaran.Ianya juga terpaksa mengambil risiko terhitung dalammenentukan kadar pembelian dan ini merupakan ciri sesebuahpenggerak pasaran. Sebagai sebahagian daripada usaha-usahanya untuk meredakan kemudahubahan dalam pasaranbon, Syarikat ini melaksanakan suatu strategi menerbitkansekuriti hutang secara berperingkat-peringkat bagi membiayaipembeliannya.
KEMUNCAK PENTING
Syarikat ini telah mencatat satu lagi peristiwa penting padatahun 2003 dengan pembelian pinjaman dan hutang sebanyakRM11,112 juta. Ini merupakan jumlah pembelian tertinggi padasesuatu tahun semenjak Syarikat ini ditubuhkan. Pada 31Disember 2003, Cagamas telah membeli 15.8% daripada
Penyata Pengerusi
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 27
pinjaman perumahan dan 19.3% daripada hutangsewa beli dan pemajakan belum lunas di dalamsistem perbankan. Ini menunjukkan bahawaterdapat peluang yang besar bagi Cagamas untukberkembang lebih jauh. Di dalam proses tersebut,Cagamas bukan hanya membantu pemberipinjaman primer dengan kaedah kecairan danlindung nilai, malah memperdalam sertamemperluaskan lagi pasaran sekuriti hutang swastayang sedia ada.
Di samping itu, Cagamas terus menjadi pemainpenting dalam pasaran sekuriti hutang swasta. Pada31 Disember 2003, bon Cagamas belum tebusberjumlah RM25,628 juta mewakili 15.6% daripadapasaran sekuriti hutang swasta dan 7.6% daripadajumlah bon dalam pasaran modal.
Pada tahun 2003, bon dan nota yang diterbitkan olehCagamas terus diberi penarafan tertinggi iaitu AAAdan P1 oleh Rating Agency Malaysia Berhad danAAA dan MARC-1 oleh Malaysian Rating CorporationBerhad. Penarafan tersebut mencerminkan pematuhanpihak pengurusan kepada garis panduan berhematyang mentadbir operasi pembelian pinjaman danpelaburan, serta aset Cagamas yang bermutu tinggi.
PRESTASI KEWANGAN
Jumlah perniagaan tertinggi yang dicatatkan padasepanjang tahun di dalam tinjauan membolehkanSyarikat ini mencapai tahap untung sebelum cukaiyang tinggi sebanyak RM193 juta. Walaupun jumlahpembelian pinjaman dan hutang adalah lebih besarpada tahun ini, untung sebelum cukai untuk tahun2003 adalah lebih rendah berbanding denganRM208 juta pada tahun 2002. Ini adalah disebabkanoleh dasar penentuan harga yang lebih baik yangdiamalkan oleh Syarikat ini serta tamatnya tempohpinjaman dan hutang berkadar hasil tinggi.
Sehubungan dengan itu, pulangan selepas cukaisesyer menyusut daripada 100 sen pada tahun 2002kepada 92 sen pada tahun 2003. Ini memberikanpulangan selepas cukai sebanyak 12% ke ataspurata dana pemegang syer, berbanding dengan13.6% pada tahun sebelumnya. Pada tahun ini, dana
pemegang syer Syarikat ini telah menyusut sebanyak2.4% daripada RM1,164 juta pada tahun 2002kepada RM1,136 juta pada tahun 2003. Ini adalahdisebabkan oleh pembayaran dividen khas sebanyak93 sen sesyer (dikecualikan cukai) untuk tahunkewangan berakhir 31 Disember 2002. Aset ketarabersih sesyer menyusut sedikit daripada RM7.76pada akhir 2002 kepada RM7.57 pada akhir 2003.
Jumlah pembelian yang lebih besar pada tahun 2003mengatasi pembayaran balik dan pembelian balikpinjaman dan hutang oleh pemberi pinjaman primer.Ini menyebabkan jumlah aset Syarikat ini meningkatsebanyak 5.6% daripada RM26,383 juta pada akhir2002 kepada RM27,853 juta pada akhir 2003.Sebagai mencerminkan sifat perniagaan Syarikat ini,jumlah pinjaman dan hutang belum lunas sebanyakRM27,339 juta pada akhir 2003 mewakili 98.2%daripada jumlah aset Syarikat ini manakala sekuritihutang belum tebus berjumlah RM26,433 juta pulamewakili 98.9% daripada liabiliti Syarikat ini.
DIVIDEN
Untuk setengah tahun berakhir 30 Jun 2003,Lembaga Pengarah mengisytiharkan pembayarandividen interim sebanyak 10 sen sesyer (ditolakcukai pendapatan). Walaupun kedudukan kewanganSyarikat ini adalah memberangsangkan, LembagaPengarah telah mencadangkan pembayaransebanyak 5 sen sesyer (ditolak cukai pendapatan).Ini setelah mengambil kira keperluan Syarikat iniuntuk memelihara modal bagi memudahkanpenjanaan jumlah perniagaan yang lebih tinggi, danpenglibatan Syarikat ini dalam pensekuritianpinjaman perumahan dan kelas aset yang lain padatahun 2004. Jumlah dividen untuk tahun kewanganberakhir 31 Disember 2003 adalah sebanyak 15 sensesyer (ditolak cukai pendapatan).
INISIATIF DALAM TAHUN 2003
Menyedari tentang pentingnya keperluan untuk terusmenyemak dan melaksanakan proses yang lebihberkesan dan cekap bagi mempertingkatkanpengeluaran, Syarikat ini berusaha sedaya upaya
28 CAGAMAS BERHAD 157931-A
untuk menggunakan pengaruh teknologi bagimenyokong operasi dan strategi perniagaannya.Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Pelan IndukTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Syarikatini terus menunjukkan perkembangan yangmenggalakkan. Sistem Pengurusan Perbendaharaandan Pemprosesan Pinjaman dijangka akanberoperasi dengan sepenuhnya pada bulan Mei2004. Dengan adanya sistem-sistem tersebut,Syarikat ini akan berada pada kedudukan yang baikuntuk memenuhi permintaan yang lebih mencabardaripada para pelanggannya. Pada tahun 2004,Syarikat ini akan menyemak Pelan Induk ICT danmemulakan rancangan-rancangan lain yang akanmenyokong keseluruhan strategi perniagaannya.
Sebagai lanjutan daripada rancangan Syarikat iniuntuk mewujudkan pendekatan menyeluruh dalampengurusan risiko dan setelah mengenal pasti risikopasaran sebagai risiko utama yang dihadapi olehSyarikat ini, Lembaga Pengarah telah meluluskanpenubuhan Jawatankuasa Risiko LembagaPengarah. Jawatankuasa ini bertanggungjawabuntuk mengawasi pengurusan risiko yang berkaitandengan operasi Syarikat ini. Pada bulan Ogos 2003,Lembaga Pengarah telah meluluskan Dasar RisikoPasaran yang menyatakan, antara lainnya, takrif danjenis risiko pasaran, strategi dan dasar dalammenguruskan risiko pasaran, serta peranan dantanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalampengurusan risiko pasaran.
Pembangunan pasaran modal Islam dan jumlahpembiayaan secara Islam merupakan suatufenomena. Pada akhir 2003, sekuriti hutang secaraIslam berjumlah RM84,195 juta manakalapembiayaan secara Islam adalah sebanyakRM49,408 juta. Walaupun 55.4% (RM27,369 juta)daripada jumlah pembiayaan secara Islam terdiridaripada hutang pembiayaan perumahan secaraIslam dan hutang sewa beli secara Islam, jumlahhutang secara Islam di dalam pegangan Syarikat inihanyalah sebanyak RM908 juta. Secara umuminstitusi Islam tidak berminat untuk menjual hutangsecara Islam mereka kepada Cagamas disebabkanoleh perbezaan kadar hasil di antara bonkonvensional Cagamas dan Sanadat MudharabahCagamas (SMC) yang digunakan untuk membiayai
pembelian hutang secara Islam. Ini terutamanyadisebabkan oleh kekurangan mudah tunai danketakpastian pulangan SMC. Oleh itu, Syarikat inisedang di dalam proses untuk merumuskan suatukaedah pendanaan secara Islam yang baru yangboleh diterima oleh para pelabur.
Dalam usahanya untuk membangunkan pasaranbon berkadar tetap dalam negeri, Syarikat ini telahmemperkenalkan suatu kaedah penggunaan swapkadar faedah (IRS) sebagai alat pelindung nilaisemenjak tahun 2000. Syarikat ini telahmenggunakan IRS untuk membantu rancanganpembelian pinjaman perumahan dengan rekursaberdasarkan kadar terapung dan penerbitan bonberkadar tetap. Berikutan keadaan pasaran bonmudah ubah, terutamanya pada separuh keduatahun 2003, Syarikat ini terpaksa menerbitkansekuriti hutang secara berperingkat-peringkat bagimembiayai pembeliannya. Ini adalah keranapenerbitan besar sekuriti hutang pada sesuatu masamungkin akan mengganggu pasaran bon.Memandangkan strategi ini meningkatkan risikosaluran, Syarikat ini telah memasuki swap kadarfaedah untuk melindung nilai terbitan sekuriti hutangbuat pertama kalinya pada bulan Disember 2003.
PROSPEK
Perjalanan Cagamas akan menjadi lebih mencabarpada masa akan datang. Cagamas akanmenghadapi ujian-ujian baru daripada perubahanstruktur yang sedang berlaku dalam ekonomi, sektorkewangan dan pasaran modal. Liberalisasi pasarankewangan dan modal serta meningkatnyakecanggihan di kalangan penerbit sekuriti danpelabur memerlukan pendekatan yang inovatifterhadap pensekuritian. Tambahan pula, penerbitanGaris Panduan Sekuriti Bersandarkan Aset (ABS)oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Piawaian Berhematuntuk Urus Niaga Pensekuritian Bersandarkan Asetoleh Bank Negara Malaysia telah menimbulkan lebihbanyak minat di kalangan institusi kewangan untukmelaksanakan pensekuritian.
Untuk menghadapi cabaran-cabaran ini dan terusberada di hadapan dalam persaingan, Syarikat ini
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 29
akan bertukar menjadi sebuah organisasi yangberlainan dengan profil perniagaan dan risiko yangbegitu berbeza. Ini memerlukan kecekapan dankemahiran baru untuk menghasilkan produk baruyang lebih rumit dan harga yang berdaya saing, danmenguruskan profil risiko yang lebih tinggi di dalamkunci kira-kira Syarikat ini.
Pada masa ini, Syarikat ini sedang giat mengejarbeberapa urus janji pensekuritian. Selain pembelianaset dengan rekursa, Syarikat ini bercadang untukmensekuritikan pinjaman perumahan dan kelas asetyang lain bagi memenuhi permintaan pasaran yangsemakin berubah. ABS yang bakal diterbitkan dijangkaakan menarik perhatian para pelabur yang mencariinstrumen yang berkadar hasil lebih baik danmempunyai mutu kredit yang lebih tinggi.
Semasa mempertimbangkan usaha niaga atauproduk baru, Syarikat ini akan menimbang risikoserta pulangannya bagi memastikan pulangan yangsetara dengan risiko yang diambil. Denganbertambahnya kerumitan urus niaga pensekuritianaset, adalah perlu bagi Syarikat ini untukmenguruskan risiko dengan lebih baik. Untukmemastikan Cagamas tidak terdedah kepada risikoberlebihan, Syarikat ini perlu menyediakanpenaksiran nilai dan langkah-langkah pengurusanrisiko. Memandangkan Cagamas akan melibatkandiri dalam pensekuritian yang melibatkan risikokredit yang lebih besar, Syarikat ini akanmendapatkan khidmat seorang perunding untukmenyediakan sebuah rangka kerja pengurusanrisiko untuk membantu Syarikat ini dalammenguruskan risiko yang berkaitan denganpensekuritian aset.
Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan percayabahawa pelaburan dalam modal manusia akanmewujudkan suatu tenaga kerja yangberpengetahuan luas, mahir dan cekap. Ini akanmembawa manfaat jangka panjang yang besarkepada kakitangan dan juga Syarikat ini.Memandangkan Cagamas melibatkan diri dalambidang pensekuritian yang baru, Syarikat ini akanmemperhebatkan lagi latihan kakitangan danpemerolehan pengetahuan baru bagi memastikankakitangannya memiliki kemahiran yang diperlukan
untuk mengendalikan perniagaan yang baru danlebih rumit.
PENGHARGAAN
Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya inginmengambil kesempatan ini untuk merakamkanpenghargaan kepada para pelanggan dan parapemegang syer di atas sokongan berterusanmereka. Lembaga Pengarah juga inginmengucapkan penghargaan kepada pihak berkuasa,terutamanya Kementerian Kewangan, SuruhanjayaSekuriti, Bank Negara Malaysia dan SuruhanjayaSyarikat Malaysia di atas sokongan dan bantuanyang berterusan dan berharga yang mereka berikan.
Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya inginmengucapkan selamat datang kepada Dato’ AlbertYeoh Beow Tit dan Encik Zarir Jal Cama yangmenyertai Lembaga Pengarah pada bulanSeptember 2003, dan Encik Shayne Keith Nelsonyang menyertai Lembaga Pengarah pada bulanOktober 2003. Saya juga ingin merakamkanpenghargaan Lembaga Pengarah di atassumbangan Encik Michael Andrew Hague yang telahbersara daripada Lembaga Pengarah pada bulanFebruari 2004.
Dato’ Ooi Sang KuangPengerusi
30 CAGAMAS BERHAD 157931-A
AKTIVITI PEMBELIAN
Syarikat ini telah mencatat satu lagi kejayaan yang
membanggakan pada tahun 2003 dengan
pembelian pinjaman perumahan dan hutang sewa
beli dan pemajakan (secara ringkasnya dikenali
sebagai pinjaman dan hutang) sebanyak RM11,112
juta pada tahun 2003 berbanding dengan RM10,992
juta pada tahun 2002. Ini merupakan tahap
pembelian tertinggi yang dicapai semenjak
Cagamas ditubuhkan. Memandangkan 95%
daripada keuntungan Cagamas diperolehi daripada
pegangan portfolio pinjaman dan hutang tertahan,
Syarikat ini mesti terus mempertingkatkan
pembelian pinjaman dan hutang bagi menjana
pendapatan.
Sepanjang separuh pertama tahun 2003, pembelian
pinjaman dan hutang hanya berjumlah RM3,315 juta
walaupun terdapat penurunan kadar Cagamas
kepada tahap yang paling rendah pernah dicatatkan
pada bulan Jun 2003. Ini adalah disebabkan oleh
lebihan mudah tunai yang berterusan di dalam
sistem perbankan dan keadaan kadar faedah yang
stabil. Walau bagaimanapun, pada separuh kedua
tahun 2003, peningkatan kadar hasil bon ekoran dari
prospek ekonomi yang positif telah mendorong
institusi kewangan untuk melindung nilai portfolio
mereka dengan lebih giat. Oleh itu, pembelian
pinjaman dan hutang pada separuh kedua tahun
2003 adalah sebanyak RM7,797 juta iaitu 70.2%
daripada jumlah pembelian pada tahun 2003. Pada
sepanjang tahun di dalam tinjauan, pembelian pada
bulan September sebanyak RM2,030 juta
merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibeli oleh
Cagamas pada sesuatu bulan.
Seperti dua tahun sebelumnya, institusi kewangan
terus menjual pinjaman mereka untuk tempoh yang
lebih panjang. Sebanyak RM6,980 juta atau 62.8%
daripada jumlah pembelian adalah diikat untuk
tempoh empat hingga 10 tahun. Untuk separuh
pertama tahun 2003, institusi kewangan telah
mengambil peluang terhadap kadar Cagamas yang
rendah dan menjual 78.7% daripada jumlah
pinjaman dan hutang yang dibeli untuk tempoh
empat hingga 10 tahun. Untuk separuh kedua tahun
2003 pula, institusi kewangan telah menjual 56.1%
daripada pinjaman dan hutang yang dibeli untuk
tempoh empat hingga 10 tahun ekoran dari
peningkatan kadar hasil bon.
Jumlah hutang pembiayaan rumah secara Islam di
dalam industri telah meningkat sebanyak 33.3%
daripada RM10,763 juta pada akhir Disember 2002
kepada RM14,344 juta pada akhir Disember 2003.
Walaupun terdapat peningkatan yang menggalakkan
di dalam industri bagi pembiayaan secara Islam,
Syarikat ini hanya membeli sebanyak RM320 juta
hutang secara Islam yang terdiri daripada RM200
juta hutang sewa beli secara Islam daripada sebuah
syarikat kewangan dan pembelian pertama RM120
juta hutang pembiayaan rumah kakitangan secara
Islam daripada sebuah perbadanan. Institusi Islam
enggan menjual hutang secara Islam mereka
kepada Cagamas disebabkan oleh perbezaan kadar
hasil di antara bon konvensional Cagamas dan
Sanadat Mudharabah Cagamas (SMC) yang
digunakan untuk membiayai pembelian hutang
secara Islam. Disebabkan oleh keadaan pasaran
bon mudah ubah terutamanya pada separuh kedua
tahun 2003 dan ketakpastian pulangan SMC, para
pelabur telah menentukan harga SMC kira-kira 15
hingga 200 mata asas lebih tinggi daripada bon
konvensional yang sama tempoh matangnya.
Memandangkan sambutan yang kurang
menggalakkan terhadap kemudahan secara Islam
Cagamas, Syarikat ini telah mengendalikan dua
buah bengkel yang dihadiri oleh para peserta
pasaran Islam untuk mendapatkan maklum balas
tentang langkah-langkah bagi mengurangkan
perbezaan kadar hasil di antara bon konvensional
Operasi
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 31
Cagamas dengan SMC. Walaupun usaha-usaha
telah dijalankan untuk memperbaik SMC, para
pelabur masih kurang berminat dengan produk
tersebut memandangkan kepada ketakpastian
pulangannya. Oleh itu, Syarikat ini sedang di dalam
proses untuk merumuskan satu kaedah pendanaan
baru bagi pembelian hutang secara Islam supaya
instrumen yang bakal ditawarkan kepada pasaran
dapat memberi kadar hasil yang sekurang-
kurangnya sama seperti bon konvensional
Cagamas.
Portfolio Cagamas daripada institusi bukan
kewangan telah meningkat semenjak Syarikat ini
memperkenalkan pengaturan sandar-menyandar
bagi pembelian pinjaman perumahan dan hutang
sewa beli dan pemajakan, masing-masing pada
tahun 1992 dan 2000. Pada tahun 2003, Syarikat ini
telah membeli sebanyak RM213 juta pinjaman dan
hutang daripada dua buah syarikat kredit
perumahan dan sebuah pengedar kereta (masing-
masing RM95 juta pinjaman perumahan dan RM118
juta hutang sewa beli dan pemajakan) di bawah
pengaturan sandar-menyandar tersebut.
Pengaturan sandar-menyandar berkenaan
membolehkan para penjual yang tidak dibenarkan
menjual secara terus kepada Cagamas
mendapatkan dana pada kos yang rendah daripada
Cagamas melalui institusi kewangan pengantara.
Sebagai ganjaran, institusi kewangan pengantara
tersebut akan menerima fi perkhidmatan dan fi
rekursa bagi peranannya. Sebelum ini, hanya bank-
bank saudagar yang berminat untuk memainkan
peranan sebagai institusi kewangan pengantara
2003 2002RM juta % RM juta %
Jenis Pinjaman
• Pinjaman Perumahan 7,036 63.3 4,085 37.2– Konvensional-Utama 983 8.8 1,645 15.0– Konvensional-Biasa 5,933 53.4 2,330 21.2– Secara Islam 120 1.1 110 1.0
• Hutang Sewa Beli dan Pemajakan 4,076 36.7 6,907 62.8– Konvensional 3,876 34.9 6,407 58.3– Secara Islam 200 1.8 500 4.5
• Pinjaman Harta Perindustrian – – – –Jumlah 11,112 100 10,992 100
Penjual
• Bank Perdagangan 6,738 60.6 2,839 25.9• Syarikat Kewangan 4,159 37.4 7,853 71.4• Bank Saudagar 95 0.9 65 0.6• Kerajaan – – – –• Perbadanan 120 1.1 235 2.1
Jumlah 11,112 100 10,992 100
Jenis Opsyen
• Pada Kadar Tetap 10,962 98.7 10,792 98.2• Pada Kadar Terapung 150 1.3 100 0.9• Pada Kadar Boleh Tukar – – 100 0.9
Jumlah 11,112 100 10,992 100
JADUAL 1Pembelian Pinjaman dan Hutang
32 CAGAMAS BERHAD 157931-A
JADUAL 2Pinjaman Perumahan Konvensional dan Hutang Pembiayaan Rumah Secara Islam mengikutAgihan Geografi
Nilai Belian % Bilangan %Negeri RM juta Pinjaman
Kuala Lumpur 2,096 29.7 22,642 28.0Johor 1,005 14.3 10,586 13.0Selangor 1,500 21.3 14,959 18.5Pulau Pinang 754 10.7 9,323 11.5Kedah 266 3.8 3,950 4.9Negeri Sembilan 130 1.8 1,939 2.4Perlis 11 0.2 214 0.3Melaka 133 1.9 1,726 2.1Sarawak 328 4.7 3,074 3.8Perak 338 4.8 5,271 6.5Sabah 307 4.4 4,359 5.4Pahang 117 1.7 2,143 2.7Kelantan 15 0.2 214 0.3Terengganu 27 0.4 375 0.5Labuan 9 0.1 58 0.1
Jumlah 7,036 100.0 80,833 100.0
disebabkan oleh pengalaman mereka sebagai
pengatur. Walau bagaimanapun, untuk pertama
kalinya pada tahun 2003, dua buah bank
perdagangan telah memainkan peranan sebagai
pengantara di bawah pengaturan sandar-
menyandar. Dengan berbuat demikian, bank-bank
perdagangan tersebut telah menggunakan suatu
cara untuk meningkatkan lagi pendapatan
berasaskan fi mereka.
Analisis ke atas Jadual 1 menunjukkan bahawa:
(a) Terdapat perubahan yang nyata dalam jenis
pembelian pada tahun 2003 berbanding dengan
2002.
(b) Pinjaman perumahan yang dijual kepada
Cagamas meningkat sebanyak 72.2% daripada
RM4,085 juta pada tahun 2002 kepada
RM7,036 juta pada tahun 2003. Oleh itu, jumlah
pembelian pinjaman perumahan mewakili
63.3% daripada jumlah pembelian pada tahun
2003 berbanding dengan 37.2% pada tahun
2002. Sebaliknya, hutang sewa beli dan
pemajakan menyumbang hanya sebanyak
36.7% daripada jumlah pembelian.
(c) Dari segi penjual pula, bahagian jualan daripada
bank perdagangan meningkat sebanyak
137.3% daripada RM2,839 juta pada tahun
2002 kepada RM6,738 juta pada tahun 2003.
Oleh itu, bahagian jualan daripada bank
perdagangan kepada Cagamas menyumbang
sebanyak 60.6% berbanding dengan 25.9%
pada tahun 2002. Bahagian jualan untuk
pinjaman dan hutang daripada syarikat
kewangan pula telah menurun dengan
mendadak daripada 71.4% kepada 37.4%
memandangkan syarikat kewangan telahpun
melindung nilai kedudukan mereka dengan
menjual sejumlah besar hutang sewa beli dan
pemajakan (RM6,907 juta) pada tahun 2002.
Pada tahun 2003, sebanyak 12 bank
perdagangan telah menjual pinjaman
perumahan mereka kepada Cagamas dan
daripada jumlah tersebut, tujuh bank tempatan
menyumbang sebanyak 66.4% daripada jumlah
jualan keseluruhan.
(d) Kerajaan Malaysia tidak menjual sebarang
pinjaman perumahan kakitangan kepada
Cagamas pada tahun 2003. Walau
bagaimanapun, sebuah perbadanan telah
menjual sebanyak RM120 juta hutang
pembiayaan rumah kakitangan secara Islam
pada tahun 2003.
(e) Hanya sebuah bank perdagangan menjual
sebanyak RM150 juta daripada pinjaman
perumahannya pada kadar terapung. Oleh itu,
pembelian pada kadar tetap menyumbang
sebanyak 98.7% daripada jumlah pembelian
untuk tahun 2003.
PEMBELIAN PINJAMAN PERUMAHAN DANHUTANG PEMBIAYAAN RUMAH SECARA ISLAMMENGIKUT NEGERI
Jadual 2 menunjukkan pembelian pinjaman
perumahan konvensional dan hutang pembiayaan
rumah secara Islam yang dibeli oleh Syarikat ini
pada tahun 2003 mengikut agihan geografi. Seperti
tahun-tahun sebelumnya, hampir tiga perempat
daripada jumlah bilangan dan nilai pinjaman
perumahan konvensional dan hutang pembiayaan
rumah secara Islam yang dibeli daripada institusi
kewangan diterbitkan di Kuala Lumpur, Johor,
Selangor dan Pulau Pinang.
BELIAN BALIK PINJAMAN DAN HUTANG
Di bawah syarat-syarat penjualan dengan rekursa,institusi penjual berjanji untuk membeli balikpinjaman dan hutang daripada Cagamas sekiranyapinjaman dan hutang tersebut ditebus oleh para
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 33
JADUAL 3Portfolio Pinjaman dan Hutang Belum Lunas
Pada Pada %31 Disember 2003 31 Disember 2002 Perubahan
Jenis RM juta % RM juta %
Pinjaman Perumahan 15,485 56.6 14,823 56.9 4.5
– Konvensional 15,140 55.4 14,579 56.0 3.8
– Secara Islam 345 1.2 244 0.9 41.4
Hutang Sewa Beli dan Pemajakan 11,799 43.2 10,972 42.2 7.5
– Konvensional 11,236 41.1 10,513 40.4 6.9
– Secara Islam 563 2.1 459 1.8 22.7
Pinjaman Harta Perindustrian 55 0.2 238 0.9 - 76.9
Jumlah 27,339 100 26,033 100 5.0
34 CAGAMAS BERHAD 157931-A
peminjam atau didapati tidak lagi menepati syarat-syarat kelayakan untuk terus dijual kepadaCagamas. Institusi penjual juga dikehendakimembeli balik pinjaman dan hutang tersebut padatarikh kajian semula harga sekiranya mereka tidakbersetuju dengan harga baru yang ditawarkan olehCagamas bagi penyambungan semula kontrakpembelian tersebut. Kecuali belian balik pada tarikhkajian semula, pinjaman yang dibeli balik mestilahdigantikan dengan pinjaman dan hutang lain yangsama nilainya. Semua produk adalah tertaklukkepada penggantian wajib, kecuali pinjamanperumahan yang diberi pilihan penggantian. Padatahun 2003, sejumlah RM6,562 juta pinjaman danhutang telah dibeli balik oleh institusi kewangan danperbadanan terpilih. Daripada jumlah ini, RM5,517juta terdiri daripada pinjaman perumahan danpinjaman harta perindustrian, manakala bakinyasebanyak RM1,045 juta merupakan hutang sewabeli dan pemajakan.
PORTFOLIO BELUM LUNAS
Jadual 3 menunjukkan komposisi pinjaman danhutang belum lunas di dalam pegangan Syarikat inipada 31 Disember 2003. Pada 31 Disember 2003,jumlah pinjaman dan hutang belum lunas di dalampegangan Syarikat ini adalah sebanyak RM27,339juta iaitu peningkatan sebanyak 5% daripadapegangan pinjaman dan hutang pada 31 Disember2002. Peningkatan portfolio pinjaman dan hutang iniadalah disebabkan oleh pembelian baru tertinggisebanyak RM11,112 juta berbanding denganpembelian balik dan pembayaran balik yang lebihrendah berjumlah RM9,806 juta.
Sebahagian besar daripada portfolio pinjaman danhutang belum lunas di dalam pegangan pada 31Disember 2003 adalah merupakan pinjamanperumahan konvensional (RM15,140 juta atau55.4%). Ini diikuti oleh hutang sewa beli danpemajakan konvensional (RM11,236 juta atau41.1%), hutang pembiayaan rumah dan hutangsewa beli secara Islam (RM908 juta atau 3.3%) danpinjaman harta perindustrian (RM55 juta atau 0.2%).
KADAR CAGAMAS
Kadar Cagamas telah disemak sebanyak 24 kalipada tahun 2003 berbanding dengan 17 semakanpada tahun 2002. Daripada jumlah tersebut,sebanyak 17 semakan telah dibuat pada separuhkedua tahun 2003 ekoran dari pasaran bon yangmudah ubah.
Walau bagaimanapun, hanya terdapat 17 semakanke atas Kadar Cagamas Utama 3 Tahun ukur rujuk,seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4,berbanding dengan 12 semakan pada tahun 2002.Jualan pinjaman dan hutang kepada Cagamasadalah lembap pada separuh pertama tahun 2003disebabkan oleh lebihan mudah tunai yangberterusan di dalam sistem perbankan. Untukmenggalakkan penjualan, Syarikat ini telahmenurunkan Kadar Cagamas Utama 3 Tahun secaraberperingkat-peringkat sebanyak 15 mata asasdaripada 3.30% setahun pada bulan Januari kepadatahap terendah di dalam sejarah iaitu 3.15% setahunpada bulan Jun 2003. Selaras dengan kenaikankadar hasil bon, Kadar Cagamas Utama 3 Tahuntelah dinaikkan sebanyak 145 mata asas dari tahapterendah iaitu 3.15% setahun pada bulan Jun 2003kepada 4.60% setahun pada bulan November 2003.Pada bulan Disember 2003, Kadar Cagamas Utama3 Tahun telah diturunkan sebanyak 10 mata asaskepada 4.50% setahun disebabkan oleh kadar hasilyang memuaskan yang diperolehi daripada tenderbon Cagamas 3 tahun.
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 35
JADUAL 4Kadar Tetap Cagamas 3 Tahun untuk Pembelian dengan Rekursa
Kadar Utama Kadar BiasaTarikh Berkuat Kuasa % setahun % setahun
3 Disember 2002 3.30 3.35
17 Januari 2003 3.30 3.35
6 Februari 2003 3.30 3.35
20 Februari 2003 3.30 3.35
19 Mac 2003 3.25 3.30
17 April 2003 3.20 3.25
3 Jun 2003 3.15 3.20
17 Jun 2003 3.15 3.20
21 Julai 2003 3.25 3.30
23 Julai 2003 3.40 3.45
30 Julai 2003 3.60 3.65
8 Ogos 2003 3.65 3.70
12 Ogos 2003 3.65 3.70
18 Ogos 2003 3.90 3.95
2 September 2003 3.95 4.00
8 September 2003 4.05 4.10
25 September 2003 3.95 4.00
2 Oktober 2003 3.85 3.90
9 Oktober 2003 3.90 3.95
16 Oktober 2003 3.90 3.95
21 Oktober 2003 4.00 4.05
6 November 2003 4.30 4.35
13 November 2003 4.60 4.65
21 November 2003 4.60 4.65
22 Disember 2003 4.50 4.55
36 CAGAMAS BERHAD 157931-A
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 37
Peranan kami dalam pembelianhutang sewa beli dan pemajakandaripada institusi kewangan telah
menyumbang kepada peningkatanpemilikan kenderaan di kalanganpelbagai lapisan rakyat Malaysia.
38 CAGAMAS BERHAD 157931-A
PENGENALAN
Pensekuritian bermula di Amerika Syarikat pada
sekitar tahun 1970-an apabila Kerajaan memulakan
rancangan pendanaan bagi gadai janji kediaman. Ini
diikuti pula dengan pembiayaan persendirian untuk
lain-lain gadai janji dan kad kredit. Semenjak awal
tahun 1980-an, pensekuritian telah menjadi suatu
alat pembiayaan sejagat. Sebagai salah satu bentuk
pembiayaan yang berkembang dengan pantas,
pensekuritian kini merupakan salah satu ciri penting
dalam kebanyakan pasaran kewangan.
Di Malaysia, Cagamas Berhad memulakan
perniagaannya pada bulan Oktober 1987 dengan
membeli pinjaman dan hutang dan menerbitkan
sekuriti hutang pada peringkat sekunder. Walau
bagaimanapun, sekuriti berkenaan tidaklah benar-
benar bersandarkan aliran tunai daripada pinjaman
dan hutang. Proses tersebut telah diubah suai untuk
mengikut keadaan pasaran tempatan pada waktu itu
memandangkan institusi kewangan dan pasaran
modal belum bersedia untuk pensekuritian.
Penerbitan Garis Panduan Sekuriti Bersandarkan
Aset (ABS) pada bulan April 2001 oleh Suruhanjaya
Sekuriti dan Piawaian Berhemat untuk Urus Niaga
Pensekuritian Bersandarkan Aset oleh Bank Negara
Malaysia pada bulan Mac 2003 menunjukkan
bahawa institusi kewangan dan pasaran modal kini
bersedia untuk menjalankan pensekuritian.
Semenjak bulan Ogos 2001, beberapa urus niaga
ABS telah dijalankan di Malaysia. Berdasarkan
pengalamannya dalam separa pensekuritian,
Cagamas berada dalam kedudukan yang kukuh
untuk menawarkan urus niaga pensekuritian kepada
institusi kewangan pada kos keseluruhan yang
rendah. Selain pinjaman perumahan, Cagamas juga
bercadang untuk mensekuritikan kelas aset yang
lain bagi memenuhi permintaan para pelanggannya.
PENSEKURITIAN
Pensekuritian adalah penukaran sekumpulan aset
tak cair kepada sekuriti. Ianya merupakan proses
menukar aliran masuk tunai yang sedia ada dan
masa depan daripada seseorang atau sesuatu pihak
kepada sekuriti boleh pasar. Secara dasarnya, ianya
merupakan pinjaman ke atas aliran tunai masa
depan. Aliran tunai ini serta lain-lain faedah ekonomi
yang dijana oleh sekumpulan aset tersebut menjadi
cagaran terhadap pinjaman yang dibuat.
Terdapat pelbagai bentuk sekuriti yang dihasilkan
oleh pensekuritian, termasuklah sekuriti
bersandarkan gadai janji (MBS), ABS dan kewajipan
hutang bercagaran (CDO).
MBS adalah instrumen dengan aliran tunai daripada
sekumpulan pinjaman gadai janji perumahan atau
harta perdagangan.
ABS adalah sekuriti yang diterbitkan daripada
sekumpulan aset kewangan selain daripada
pinjaman gadai janji, contohnya pinjaman
kenderaan, terimaan kad kredit dan terimaan
perdagangan.
CDO adalah sekuriti pendapatan tetap berstruktur
dengan aliran tunai yang dikaitkan dengan prestasi
instrumen hutang. Cagaran yang menyokong CDO
terdiri daripada satu atau pelbagai jenis hutang,
termasuk pinjaman bank, bon berkadar hasil tinggi,
hutang korporat dan hutang berdaulat dalam
pasaran membangun, dan sekuriti subordinat dari
urus niaga berstruktur. Terbitan dengan pinjaman
bercagar primer dikenali sebagai kewajipan
pinjaman bercagaran manakala terbitan dengan
cagaran bon dikenali sebagai kewajipan bon
bercagaran.
Hala Tuju Masa Hadapan– Pensekuritian dengan Cagamas
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 39
PROSES PENSEKURITIAN CAGAMAS
Ringkasan proses pensekuritian adalah seperti di bawah:
CARTA 1Pandangan Keseluruhan Proses Pensekuritian
Peminjam
Mem
beri
Pin
jam
an
Pen
gutip
an
Aliran Tunai
Penjualan Aset
Melanggan Sekuriti
Pelabur
Kontrak
Aliran Tunai Permulaan
Aliran Tunai Berterusan
Bayaran bagi Pembelian
PenyelenggaraanSekuriti
Penerbitan Sekuriti
AgensiPenarafan
Pengatur PeningkatanKredit
PemegangAmanah
PerundingUndang-undang, Cukai
dan Perakaunan
Di dalam Carta 1, pemberi pinjaman memberikan
pinjaman/hutang kepada para peminjam/pelanggan.
Pemberi pinjaman seterusnya menjual aset tersebut
kepada Cagamas dan menerima wang tunai
daripada hasil jualan atau pun memegang sekuriti
boleh niaga. Sebagai alat tujuan khas (SPV) untuk
pensekuritian pinjaman perumahan, Cagamas boleh
membeli sekumpulan aset daripada pemberi
pinjaman dan mendapatkan dana daripada pasaran
untuk membiayai pembelian tersebut dengan
menerbitkan sekuriti boleh niaga kepada para
pelabur. Para pelabur terdiri daripada institusi
kewangan, syarikat pengurusan aset, perbadanan,
kumpulan wang simpanan dan pencen, dan syarikat
insurans. Pemberi pinjaman dikekalkan sebagai
pentadbir/penyelenggara supaya para
peminjam/pelanggan dapat terus berurusan dengan
pihak yang sama. Penyelenggara juga turut
menguruskan prestasi aset yang disekuritikan
termasuk mengutip ansuran bulanan dan mengambil
tindakan undang-undang yang perlu untuk
mendapatkan semula pinjaman yang tidak berbayar.
Perunding urus niaga memberikan pandangan
mereka tentang kesemua aspek undang-undang
urus niaga berkenaan. Ini termasuklah dalam
menyediakan dokumen-dokumen berkaitan untuk
memastikan penjualan sebenar aset telah
dilaksanakan dan aset berkenaan diasingkan
daripada yang lain. Ini adalah kritikal untuk
memastikan aset berkenaan tidak tergugat
sekiranya berlaku kemuflisan.
Perunding cukai dan perakaunan memberikan
pandangan mereka tentang isu-isu berperaturan,
cukai dan perakaunan untuk mencapai kos struktur
pensekuritian yang paling berkesan.
Agensi penarafan mengumpul dan menganalisis
maklumat kewangan, industri, pasaran dan
Penarafan
PemberiPinjaman/
Penyelenggara
SPV(Cagamas)
Sekuriti KananMezanin
40 CAGAMAS BERHAD 157931-A
Penilaianpermulaan
Pelantikan pihakurus niaga
Memilih danmenganalisis
sekumpulan data
Pemodelanaliran tunai
Penstrukturanurus niaga
Sasaranpasaran dana
Penaksiran nilai keatas sistem danproses operasi
Pemeriksaan dandokumentasi
undang-undang
Penarafan urus niaga
Penyediaan pemasarandan penerbitan
ekonomi, menaksir profil risiko kredit aset yang
disekuritikan yang akan mempengaruhi keputusan
berkaitan dengan penentuan harga sekuriti, dan
memberi penarafan kepada sekuriti yang akan
diterbitkan. Dari semasa ke semasa, agensi
penarafan akan mengagihkan segala maklumat
yang berkaitan kepada bakal pelabur dan pelabur
yang sedia ada dalam pasaran primer dan sekunder.
Agensi tersebut juga akan menjalankan semakan
penarafan tahunan ke atas sekuriti yang diterbitkan.
Pihak ketiga, yang pada kebiasaannya merupakan
sebuah bank pelaburan, akan dilantik sebagai
pengatur untuk memberi nasihat kepada penjual
tentang struktur urus niaga pensekuritian,
menghubungi pihak lain yang terlibat dalam urus
niaga tersebut, dan menyedia serta mengemukakan
semua dokumen yang diperlukan untuk penerbitan
sekuriti kepada pihak berkuasa untuk kelulusan.
Pengatur juga bertanggungjawab ke atas penentuan
harga dan pengagihan sekuriti kepada para pelabur.
Ia mengatur terbitan bon dengan memasarkan
cadangan terbitan dan menjemput para pelanggan
yang berpotensi untuk melanggan sekuriti
berkenaan, dan memastikan keseluruhan urus niaga
disempurnakan.
Akauntan pelapor menjalankan pematuhan audit
terhadap kriteria kelayakan bagi kumpulan aset yang
akan disekuritikan. Ia juga menaksir kemampuan
sistem teknologi maklumat dalam menyokong
penyelenggaraan dan pelaporan pinjaman yang
akan dijual serta kecukupan pelan sokongan dan
pemulihan malapetaka.
Perunding bebas mungkin diperlukan, sekiranya
dicadangkan oleh agensi penarafan, untuk
menjalankan analisis prestasi sejarah terhadap
pinjaman yang akan dijual. Ini merangkumi
stratifikasi portfolio dan analisis statik ke atas
kumpulan aset tersebut.
Pemegang amanah dilantik untuk menjaga
kepentingan para pelabur. Pemegang amanah ini
yang bebas daripada pemberi pinjaman, mempunyai
kuasa menyeluruh untuk menentukan urusan SPV.
Ini termasuklah keupayaan untuk mendapatkan
pemilikan aset dan menjualnya untuk membayar
balik para pelabur.
CARTA 2Langkah-langkah dalam Urus Niaga Pensekuritian
Kelulusan pihakberkuasa
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 41
Peningkatan kredit mungkin diperlukan untuk
mewujudkan sekuriti dengan penarafan tertinggi
yang boleh diterima oleh para pelabur yang peka
terhadap risiko. Peningkatan kredit boleh
memperbaik mutu kredit aset yang disandarkan
dengan meningkatkan kemampuan struktur
berkenaan untuk menyerap kerugian cagaran. Untuk
sesebuah urus niaga, peningkatan kredit tersebut
boleh diadakan sama ada secara luaran ataupun
dalaman.
LANGKAH-LANGKAH DALAM URUS NIAGA
PENSEKURITIAN
Carta 2 di bawah menunjukkan gambaran
keseluruhan tentang langkah-langkah yang terlibat
dalam urus niaga pensekuritian.
Sekiranya sebuah bank berminat untuk
mensekuritikan pinjaman perumahannya kepada
Cagamas, tugas-tugas yang terlibat adalah seperti
berikut:
• Cagamas menjalankan penilaian permulaan
tentang kebolehlaksanaan usaha pensekuritian
dan mengambil kira kemampuan pemberi
pinjaman untuk memberi maklumat sejarah dan
menyelenggara pinjaman yang akan
disekuritikan.
• Cagamas mengenal pasti dan melantik pihak-
pihak berkaitan yang terlibat dalam urus niaga
tersebut, dengan kebenaran pemberi pinjaman.
• Pemberi pinjaman memilih pinjaman
berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan
oleh Cagamas. Cagamas kemudiannya
menjalankan analisis terhadap pinjaman yang
akan disekuritikan oleh pemberi pinjaman. Pada
peringkat ini, pemberi pinjaman mestilah
bersedia untuk memberi maklumat sejarah
tentang pinjaman untuk pemodelan aliran tunai
dan analisis prestasi.
• Proses penaksiran nilai dijalankan untuk
memastikan kesemua dokumen pinjaman yang
akan disekuritikan adalah sah dan mematuhi
kriteria kelayakan. Penaksiran nilai ini
merangkumi semakan umum terhadap
kekukuhan kewangan pemberi pinjaman,
penaksiran sistem, dasar penajajaminan,
tatacara perniagaan dan kemampuan untuk
menyelenggara pinjaman.
• Cagamas, pengatur dan agensi penarafan akan
mengendalikan pemodelan aliran tunai dan
struktur urus niaga untuk menentukan
peningkatan kredit dan kelas instrumen hutang
yang akan diterbitkan mengikut keperluan para
pelabur.
• Perunding undang-undang menyediakan
dokumen yang berkaitan dan memberi nasihat
undang-undang tentang sama ada pindahan
aset kepada Cagamas menepati ciri-ciri
penjualan sebenar. Penarafan akan diberikan
oleh agensi penarafan terhadap sekuriti yang
akan diterbitkan. Pengatur mengemukakan
permohonan kepada pihak berkuasa yang
berkaitan untuk kelulusan, menjemput pelabur
yang berpotensi, dan memasarkan terbitan yang
dicadangkan.
FAEDAH-FAEDAH PENSEKURITIAN
Kepada Pemberi Pinjaman
• Mengurangkan keperluan modal dan mudah
tunai pemberi pinjaman (sekiranya ianya
merupakan institusi kewangan) memandangkan
42 CAGAMAS BERHAD 157931-A
aset tersebut dikeluarkan daripada kunci kira-
kira pemberi pinjaman untuk tujuan perakaunan.
Pemberi pinjaman tidak perlu menyediakan
peruntukan am atau peruntukan khusus untuk
pinjaman yang telah disekuritikan. Di samping
itu, ianya juga membolehkan pemberi pinjaman
mendapatkan spread di sepanjang tempoh
pensekuritian.
• Mendapatkan kos pinjaman berkesan yang
rendah berbanding dengan pembiayaan
konvensional melalui penjimatan dalam kos
modal.
• Membolehkan pengurusan kunci kira-kira yang
lebih baik kerana pensekuritian mengurangkan
aset di dalam kunci kira-kira dan oleh itu,
memperbaik nisbah utama seperti pulangan ke
atas ekuiti dan pulangan ke atas aset, yang
mungkin akan memperbaik penarafan kredit.
• Mengurangkan risiko rakan niaga dan risiko
tumpuan sektor atau geografi dengan
memindahkan risiko-risiko tersebut kepada para
pelabur.
• Mengurangkan pergantungan terhadap
pembiayaan bank dan pembiayaan hutang
korporat kerana pensekuritian memberi suatu
punca pembiayaan tambahan.
• Menukarkan aset tak cair pemberi pinjaman
kepada dana cair yang boleh digunakan untuk
perniagaan baru atau peluang pelaburan dan
oleh itu menjana lebih banyak pendapatan dan
menambah keuntungan.
• Mendapatkan fi penyelenggaraan dan oleh itu
menaikkan pendapatan berdasarkan fi sekiranya
pemberi pinjaman kekal sebagai penyelenggara.
• Mengekalkan perhubungan dengan pelanggan
sekiranya pemberi pinjaman kekal sebagai
penyelenggara.
Kepada Pelabur
• Mendapatkan kadar hasil yang lebih baik
berbanding dengan instrumen kewangan lain
yang mempunyai penarafan dan tempoh matang
yang serupa.
• Memberikan keselesaan kepada para pelabur
tentang prestasi sekuriti. Ini adalah kerana
agensi penarafan menjalankan semakan yang
teliti dan pengawasan yang berterusan ke atas
sekumpulan aset yang disekuritikan.
• Terdapatnya sekuriti yang mempunyai kualiti
kredit yang tinggi disebabkan oleh kualiti aset
yang disandarkan dan reputasi baik pihak yang
terbabit dalam urus niaga tersebut.
• Struktur berekaan baru yang mungkin
memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada
para pelabur yang toleran terhadap risiko yang
lebih tinggi.
• Memberikan lebih pilihan untuk memadankan
tujuan pelaburan dan selera terhadap risiko.
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 43
TERBITAN SEKURITI HUTANG CAGAMAS
Cagamas terus menjadi penerbit sekuriti hutangswasta yang aktif pada tahun 2003. Terdapatsebanyak RM25,628 juta bon Cagamas belum tebuspada akhir tahun 2003 dan ini merupakan 15.6%daripada sekuriti hutang swasta belum tebus dalampasaran.
Syarikat ini mencatatkan 33 terbitan sekuriti hutangdengan nilai nominal sebanyak RM17,925 juta(termasuk sembilan pembukaan semula) sepanjangtahun 2003 berbanding dengan 37 terbitanberjumlah RM19,550 juta pada tahun 2002.Sebanyak 15 daripada jumlah terbitan tersebut yangmelibatkan nilai muka berjumlah RM9,740 jutaadalah dalam bentuk nota diskaun Cagamas jangkapendek dengan tempoh matang sehingga 12 bulan.Ini merupakan 54% daripada jumlah sekuriti hutangCagamas yang diterbitkan pada tahun 2003.Bakinya pula terdiri daripada 15 terbitan bonberkadar tetap berjumlah RM7,865 juta dan tigaterbitan Sanadat Mudharabah Cagamas (SMC)bernilai RM320 juta, yang masing-masing mewakili44% dan 2% daripada jumlah sekuriti hutang yangditerbitkan pada tahun berkenaan. Syarikat initerpaksa membatalkan dua terbitan SMC padatahun 2003 kerana kadar hasil yang dikehendakioleh para pelabur adalah jauh lebih tinggi daripadakadar pulangan diperlukan yang dinyatakan olehpara penjual hutang secara Islam.
Kesemua terbitan sekuriti hutang Cagamas padatahun 2003 telah ditawarkan melalui tender dikalangan Peniaga Utama. Peniaga Utama telahmengemukakan bida berjumlah RM35,182 juta yangmewakili kadar purata wajaran lebihan langganansebanyak 2.08 kali berbanding dengan jumlahsekuriti hutang Cagamas yang diterbitkan. Padatahun 2003, Cagamas telah membuka semulasembilan bon berkadar tetap yang sedia adaberjumlah RM4,055 juta yang mempunyai bakitempoh matang di antara dua hingga lima tahun.Pembukaan semula tersebut telah membolehkanSyarikat ini membesarkan saiz terbitan yang sediaada, seterusnya meningkatkan mudah tunai bagisekuriti hutang Cagamas dalam pasaran sekunder.
PENEBUSAN SEKURITI HUTANG CAGAMAS
Sejumlah RM16,392 juta sekuriti hutang Cagamasyang matang telah ditebus pada tahun 2003berbanding dengan jumlah penebusan sebanyakRM16,117 juta pada tahun 2002. Sekuriti hutangyang ditebus terdiri daripada RM5,152 juta bonberkadar tetap dan RM11,240 juta nota diskaunjangka pendek.
SEKURITI HUTANG CAGAMAS BELUM TEBUS
Pada akhir tahun 2003, nilai nominal sekuriti hutangCagamas belum tebus berjumlah RM26,503 jutaberbanding dengan RM24,970 juta pada akhir tahun2002. Sebahagian besar (92.7%) daripada jumlahsekuriti hutang belum tebus adalah merupakan bonberkadar tetap berjumlah RM24,554 juta. Bakinyapula terdiri daripada nota diskaun jangka pendekberjumlah RM875 juta atau 3.3% dan SMCberjumlah RM1,074 juta atau 4%.
URUS NIAGA PASARAN
Jumlah dagangan pasaran sekunder sekuriti hutangCagamas menurun sebanyak 2.8% daripadaRM42.9 bilion pada tahun 2002 kepada RM41.7bilion pada tahun 2003. Pada separuh pertamatahun 2003, jumlah sekuriti hutang Cagamas yangdidagangkan di dalam pasaran sekunder menurunsebanyak 32.5% kepada RM16.6 bilion berbandingdengan RM24.6 bilion pada tempoh yang samatahun 2002. Penurunan ini adalah disebabkan olehdua terbitan awam Sekuriti Kerajaan Malaysia(SKM) berjumlah RM9 bilion pada separuh pertamatahun 2003. Memandangkan pembelian pinjamandan hutang yang lembap pada separuh pertamatahun 2003, Cagamas hanya menerbitkan RM5.8bilion sekuriti hutang. Walau bagaimanapun, jumlahsekuriti hutang Cagamas yang didagangkan padasuku ketiga melonjak sebanyak 92% kepadaRM15.5 bilion. Peningkatan dagangan sekuritihutang Cagamas pada suku ketiga adalahdisebabkan oleh jumlah terbitan sekuriti Cagamasyang lebih besar sebanyak RM8.3 bilion yang
Sekuriti Hutang Cagamas
2002 2003
Per
bez
aan
(m
ata
asas
)
Perbezaan SKM
Jan
Feb
Mac
Ap
r
Mei
Jun
Jul
Og
o
Sep Okt
No
v
Dis
Jan
Feb
Mac
Ap
r
Mei
Jun
Jul
Og
o
Sep Okt
No
v
Dis
30 –
20 –
10 –
0 –
– 4.500
– 4.000
– 3.500
– 3.000
– 2.500
Kad
ar H
asil
hin
gg
a M
atan
g (
%)
Bon Cagamas
44 CAGAMAS BERHAD 157931-A
memberi peluang kepada para pelabur untukmelabur dalam sekuriti Cagamas yang memberikadar hasil yang lebih tinggi berbanding SKM.Selaras dengan penurunan keseluruhan di dalamdagangan pasaran sekunder pada suku keempat,jumlah sekuriti hutang Cagamas yang didagangkanturut menurun sebanyak 38.1% kepada RM9.6bilion. Ini disebabkan oleh peralihan pelaburan olehpara pelabur daripada sekuriti pendapatan tetap kepasaran ekuiti akibat daripada prospek pertumbuhanekonomi yang lebih positif.
Sekuriti hutang Cagamas adalah salah satudaripada instrumen hutang utama yangdidagangkan dalam pasaran sekunder. Ini terdiridaripada SKM, Bil Perbendaharaan, InstrumenSimpanan Boleh Niaga, Penerimaan Jurubank danBil Bank Negara. Pada tahun 2003, sekuriti hutangCagamas mewakili 9.6% daripada jumlah urus niagadalam pasaran sekunder berbanding dengan 9.7%pada tahun 2002.
KADAR HASIL BAGI SEKURITI HUTANGCAGAMAS
Kadar hasil bagi bon Cagamas 3 tahun adalah stabilpada separuh pertama tahun 2003. Walaubagaimanapun, kadar hasil melonjak pada separuhkedua tahun 2003 seperti yang ditunjukkan di dalamCarta 3. Pada separuh pertama tahun 2003, kadarhasil bagi bon Cagamas 3 tahun adalah sekitar3.04%. Ini adalah disebabkan oleh tanggapan umumpasaran bahawa kadar faedah akan terus berada ditahap yang rendah memandangkan ancaman deflasisejagat dan risiko pertumbuhan ekonomi dalamnegeri yang lembap akibat Sindrom Pernafasan AkutTeruk (SARS) yang mengganggu kegiatan ekonomi.Walaupun lebihan mudah tunai berterusan, kadarhasil bon meningkat pada suku ketiga. Kadar hasilbagi bon Cagamas 3 tahun melonjak sebanyak 44mata asas kepada 3.50% pada suku ketiga.Peningkatan mendadak tersebut adalah disebabkanoleh terbitan sekuriti Kerajaan yang lebih besar
CARTA 3Perbezaan Kadar Hasil di antara Bon Cagamas dengan Sekuriti Kerajaan Malaysia 3 Tahun
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 45
daripada yang dijangkakan dan penjualan SKM yangberpunca daripada pandangan pasaran bahawakitaran kadar faedah telah mencapai tahap terendahselaras dengan prospek ekonomi yang lebih baik.Pada suku keempat, kadar hasil bagi bon Cagamas3 tahun terus meningkat sebanyak 41 mata asasdaripada 3.50% pada akhir suku ketiga kepada3.91% pada akhir 2003. Disebabkan oleh prospekpertumbuhan ekonomi yang positif, terdapatperalihan pelaburan daripada pasaran bon kepasaran ekuiti. Ini menyumbang kepada kenaikankadar hasil pada suku keempat.
Seperti yang ditunjukkan di dalam Carta 3,perbezaan kadar hasil di antara bon Cagamas danSKM 3 tahun dalam pasaran sekunder padasepanjang tahun 2003 adalah di antara empathingga 28 mata asas. Walaupun perbezaan kadarhasil secara amnya adalah stabil di antara empathingga enam mata asas pada suku pertama dankedua, perbezaan tersebut meningkat kepada 28mata asas pada suku ketiga disebabkan keadaanpasaran bon mudah ubah. Perbezaan di antara bonCagamas dan SKM 3 tahun terus kekal di antara 22hingga 25 mata asas pada sebahagian besar sukuterakhir sebelum menurun kepada 15 mata asaspada 31 Disember 2003 disebabkan oleh kegiatanpemburuan sekuriti murah menjelang akhir tahun.
PEMEGANG SEKURITI HUTANG CAGAMAS
Pemegang sekuriti hutang Cagamas pada akhirDisember 2003 adalah seperti yang ditunjukkan didalam Jadual 5.
2003 2002Pemegang RM juta % RM juta %
Institusi Perbankan 15,648 59.0 12,697 50.8
Syarikat Insurans 2,442 9.2 2,172 8.7
Kumpulan Wang Simpanan dan Pencen 7,700 29.1 8,902 35.7
Pelabur-pelabur lain 713 2.7 1,199 4.8
Jumlah 26,503 100.0 24,970 100.0
Pemegangan sekuriti hutang Cagamas oleh institusiperbankan telah meningkat daripada 50.8%daripada jumlah keseluruhan pada akhir 2002kepada 59% pada 31 Disember 2003. Sebaliknya,pemegangan sekuriti hutang Cagamas oleh institusibukan perbankan telah menurun daripada 49.2%pada tahun 2002 kepada 41% pada tahun 2003.Peningkatan pemegangan sekuriti hutang Cagamasoleh institusi perbankan mencerminkan peningkatanpermintaan untuk sekuriti aset cair yang berhasiltinggi. Dalam pada itu, pemegangan sekuriti hutangCagamas oleh kumpulan wang simpanan danpencen telah menurun daripada 35.7% kepada29.1% disebabkan oleh penawaran yang tinggi bagisekuriti Kerajaan yang memberikan mereka cara lainuntuk pelaburan.
PROSPEK KESELURUHAN
Cagamas masih terus menerima permintaan yangtinggi untuk terbitannya dalam pasaran primer padatahun 2003. Ini dapat dilihat daripada kadar puratawajaran lebihan langganan sebanyak 1.83 dan 2.38kali masing-masing untuk nota dan bon Cagamas.Syarikat ini berupaya mengekalkan kedudukannyasebagai penerbit terbesar sekuriti hutang swastaseperti yang dapat dilihat melalui jumlah terbitansebanyak RM17,925 juta pada tahun 2003.
Pada tahun 2004, Cagamas menjangka akan terusmenjadi penerbit sekuriti hutang swasta yang aktifmemandangkan kepada jumlah perniagaankonvensional dan Islam yang dijangka lebih tinggiberbanding dengan tahun 2003.
JADUAL 5Taburan Pemegang Sekuriti Hutang Cagamas
46 CAGAMAS BERHAD 157931-A
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 47
Dengan membantumenjadikan pinjaman
perumahan lebihberpatutan, kami berharap
lebih ramai rakyatMalaysia dapat menikmati
kehidupan berkeluargayang selamat dalam
persekitaran rumah yangselesa.
48 CAGAMAS BERHAD 157931-A
Lembaga Pengarah Cagamas adalah komited dalammemastikan Syarikat ini mengamalkan piawaitertinggi bagi urus tadbir korporat supaya Syarikat inimelaksanakan urusannya dengan penuh integriti danprofesionalisme. Ianya bertujuan untuk melindungdan menambah nilai para pemegang syer danprestasi kewangan Syarikat ini, serta menyumbangkepada pembangunan pasaran bon yang sihat.
Lembaga Pengarah dengan sukacitanyamelaporkan bahawa Syarikat ini telah menerima-pakai prinsip dan amalan terbaik bagi Kod UrusTadbir Korporat Malaysia (Kod) seperti yangdinyatakan di bawah.
1. LEMBAGA PENGARAH
1.1 Komposisi
Pada 31 Disember 2003, Lembaga Pengarahdianggotai oleh 14 Pengarah BukanEksekutif yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Bank Negara Malaysia(BNM) dan Ketua Eksekutif atau Pengarahinstitusi kewangan terpilih yang dicalonkanoleh Persatuan Bank-bank dalam Malaysia,Persatuan Syarikat-syarikat KewanganMalaysia, Persatuan Bank-bank Saudagardalam Malaysia (yang selepas ini dirujuksebagai Persatuan) dan Lembaga Pengarah.
Berdasarkan penjelasan umum Kod ini, parapengarah Cagamas adalah dianggap bebaskerana kesemuanya bebas daripadapengurusan Syarikat ini dan tidak terbabit didalam urusan harian Syarikat ini. KesemuaPengarah tidak memegang syer secaraperibadi dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pemegang syer utama Syarikat ini.Tiada Pengarah, sama ada secaraberkumpulan atau perseorangan, yangmenguasai perbincangan atau mempengaruhikeputusan Lembaga Pengarah. ParaPengarah memberikan pandangan yangobjektif dan bebas untuk pertimbanganLembaga Pengarah.
Keberkesanan Lembaga Pengarah dalammenerajui dan mengawal Syarikat ini adalahdisebabkan oleh kepelbagaian serta keluasanpengalaman para Pengarah di dalam produkdan pasaran kewangan. Para Pengarahmempunyai pelbagai kemahiran danpengetahuan dalam bidang perbankan,pasaran modal, perakaunan, ekonomi,teknologi maklumat dan pengurusankewangan. Cagamas telah ditubuhkan untukmenggalakkan pasaran gadai janji sekunder,dan memperluas dan memperdalamkan lagipasaran sekuriti hutang dalam negeri.Gabungan wakil-wakil dari BNM dan institusikewangan memastikan bahawa Syarikat inimemainkan peranan yang berkesan dalammenggalakkan pasaran bon, dan pada masayang sama merangsang Syarikat ini untukterus membuat keuntungan bagi mendapatkankepercayaan pasaran di kalangan para pelaburdan pemegang syernya.
Lembaga Pengarah telah menggariskanbidang rujukan untuk Lembaga Pengarah danJawatankuasa Lembaga Pengarah. LembagaPengarah juga telah meluluskan penugasankuasa dan penetapan lingkungan skop dantanggungjawab Jawatankuasa LembagaPengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif.Pengerusi mengetuai perbincanganmengenai strategi keseluruhan, dasar danpengendalian perniagaan Syarikat ini. KetuaPegawai Eksekutif pula bertanggungjawabuntuk melaksanakan strategi dan dasarberkenaan serta menjalankan urusan harianperniagaan Syarikat ini.
1.2 Tugas dan Tanggungjawab
Lembaga Pengarah menyelia pelaksanaandan prestasi perniagaan Syarikat ini denganmenyemak dan meluluskan rancanganperniagaan strategik tahunan danbelanjawan tahunan Syarikat ini. Laporanterkini tentang operasi utama Syarikat inidibentangkan kepada Lembaga Pengarahuntuk semakan pada setiap mesyuarat.
Penyata Urus Tadbir Korporat
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 49
Lembaga Pengarah bertanggungjawabuntuk memastikan bahawa terdapatpenyeliaan yang sewajarnya ke ataspengurusan risiko di dalam Syarikat ini.Sehubungan dengan itu, LembagaPengarah telah menubuhkan sebuahJawatankuasa Risiko Lembaga Pengarahuntuk mengawasi pembangunan strategipengurusan risiko, dasar, tatacara daninfrastruktur. Ianya bertujuan untukmenaksir, mengukur, mengurus, memantaudan melaporkan pendedahan kepadapelbagai risiko.
Lembaga Pengarah juga meluluskanpelantikan dan penggantian kakitanganpengurusan kanan dan menyemak prestasiserta ganjaran mereka berdasarkan saranandaripada Jawatankuasa PampasanKakitangan dan Organisasi LembagaPengarah.
Dalam menjalankan tugas dantanggungjawabnya, Lembaga Pengarahadalah komited kepada ketelusan danberusaha untuk mengelak dari sebarangkeadaan yang membabitkan sengketakepentingan yang timbul daripada urus niagayang mungkin menimbulkan persoalan ataukeraguan terhadap keutuhan keputusanyang dibuat oleh Lembaga Pengarah.
2. MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH
Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember2003, Lembaga Pengarah telah bermesyuaratsebanyak empat kali untuk membincangkanpelbagai perkara termasuk prestasi perniagaanSyarikat ini, profil risiko, rancangan perniagaandan isu-isu strategik lain yang mempengaruhiperniagaan Syarikat ini. Butiran terperincitentang kehadiran para Pengarah padamesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakanpada tahun 2003 dinyatakan di muka surat 5 didalam Laporan Tahunan ini.
Laporan terkini mengenai operasi, kewangandan perkembangan korporat akan terlebihdahulu dihantar kepada para Pengarah untukmemberi mereka masa yang secukupnya untukmengkaji perkara yang akan dibincangkan didalam mesyuarat.
Kesemua Jawatankuasa Lembaga Pengarahjuga berhak mendapatkan khidmat nasihat ahliprofesional bebas yang akan ditanggung olehSyarikat ini sekiranya perlu. Kesemua Pengarahboleh mendapatkan nasihat daripadapengurusan kanan dan khidmat SetiausahaSyarikat yang bertanggungjawab untukmemastikan bahawa tatacara LembagaPengarah diikuti dan kesemua peraturan yangberkaitan dipatuhi.
3. PELANTIKAN DAN PEMILIHAN SEMULAPENGARAH
Sebahagian besar daripada Pengarahdicalonkan sebagai ahli Lembaga Pengarah olehBNM dan Persatuan. Pencalonan inikemudiannya dikemukakan kepada LembagaPengarah untuk kelulusan. Lembaga Pengarahjuga boleh mencalonkan sesiapa sahaja, yangpada kebiasaannya terdiri daripada KetuaPegawai Eksekutif atau Pengarah institusikewangan, sebagai ahli Lembaga Pengarah.Memandangkan pencalonan yang dibuat olehBNM dan Persatuan adalah berasas dantatacara yang sedia ada adalah mencukupi,Lembaga Pengarah berpendapat bahawasebuah jawatankuasa pencalonan tidak perluditubuhkan untuk mencalonkan ahli LembagaPengarah.
Penilaian tahunan bagi para Pengarah tidakdilakukan oleh Cagamas kerana para Pengarahyang mewakili Persatuan tersebut adalahmerupakan Ketua Eksekutif atau Pengarahinstitusi kewangan yang berada di bawahpenyeliaan dan penilaian berkala oleh BNM.
50 CAGAMAS BERHAD 157931-A
Mengikut Tataurusan Persatuan Syarikat ini,sekurang-kurangnya satu pertiga daripadaPengarah akan bersara daripada jawatanmereka pada setiap Mesyuarat Agung TahunanSyarikat dan mereka boleh menawarkan diriuntuk pelantikan semula. Tataurusan berkenaanjuga menyatakan bahawa para Pengarah yangdilantik oleh Lembaga Pengarah pada sesuatutahun adalah tertakluk kepada pelantikan olehpara pemegang syer pada Mesyuarat AgungTahunan yang akan datang yang diadakanselepas pelantikan mereka.
4. LATIHAN PENGARAH
Sebahagian besar daripada para Pengarahadalah merupakan Pengarah syarikat tersenaraiawam dan telah mengikuti program latihanbertauliah Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)seperti yang disyaratkan di bawah garispanduan BSKL berkaitan dengan latihanPengarah. Walau bagaimanapun, paraPengarah juga akan sentiasa dimaklumkantentang undang-undang dan peraturan baruyang berkaitan pada mesyuarat LembagaPengarah.
5. GANJARAN PENGARAH
Lembaga Pengarah, secara keseluruhannya,menentukan ganjaran untuk setiap Pengarahberdasarkan saranan daripada JawatankuasaKewangan Lembaga Pengarah. GanjaranPengarah adalah berdasarkan peranan merekadalam Lembaga Pengarah. Pengerusi adalahberkecuali semasa perbincangan mengenaiganjaran Pengerusi diadakan.
Fi tahunan Pengarah, yang telah disemak dandiluluskan oleh para pemegang syer padaMesyuarat Agung Tahunan yang lalu, adalahsebanyak RM7,000 setahun untuk setiapPengarah dan RM10,000 setahun untukPengerusi. Para Pengarah juga dibayar elaunmesyuarat sebanyak RM500 untuk setiapmesyuarat yang dihadiri. Jumlah ganjaran yang
akan dibayar kepada para Pengarah adalahRM115,331. Ini merangkumi fi Pengarahsebanyak RM85,331 dan elaun mesyuaratsebanyak RM30,000.
6. JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH
Dalam melaksanakan tugas mereka, LembagaPengarah dibantu oleh empat JawatankuasaLembaga Pengarah, yang berfungsi mengikutbidang rujukan yang telah ditetapkan.Jawatankuasa ini terdiri daripada JawatankuasaEksekutif Lembaga Pengarah, JawatankuasaKewangan Lembaga Pengarah, JawatankuasaAudit Lembaga Pengarah, JawatankuasaPampasan Kakitangan dan Organisasi LembagaPengarah, dan Jawatankuasa Risiko LembagaPengarah. Jawatankuasa Eksekutif LembagaPengarah mempunyai kuasa untuk membuatkeputusan dan bertindak bagi pihak LembagaPengarah ke atas semua perkara sebelummesyuarat Lembaga Pengarah yang seterusnyadiadakan. Jawatankuasa yang lain ditugaskanuntuk mengkaji isu-isu tertentu dan diberi kuasaoleh Lembaga Pengarah untuk sama adameluluskan cadangan pihak pengurusan ataumembentangkan kepada Lembaga Pengarahsaranan-saranan mereka kepada LembagaPengarah untuk diputuskan secara muktamad.
7. HUBUNGAN DENGAN PARA PELABUR DANKOMUNIKASI DENGAN PARA PEMEGANGSYER
Lembaga Pengarah sedia maklum tentangkepentingan komunikasi yang berkesan dan tepatpada masanya dengan kesemua pemegang syerdan pelabur. Strategi, rancangan, maklumatkewangan dan produk-produk baru Syarikat inidimaklumkan kepada para pemegang syer danpelabur melalui surat-surat, Laporan Tahunan,kenyataan dan pengumuman akhbar, danpemberi maklumat kewangan yang lain sepertiBloomberg dan Reuters. Mesyuarat AgungTahunan masih merupakan forum utama untukmengadakan dialog dengan para pemegang syer.
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 51
Pada Mesyuarat tersebut, Pengerusi melaporkanprestasi Syarikat ini dan memberi peluang kepadapara pemegang syer untuk membuat sebarangpertanyaan dan mendapatkan penjelasanberkenaan perniagaan dan prestasi Syarikat ini.
Syarikat ini juga menerbitkan keputusankewangan setengah tahun dan tahunan, danmenyebarkan siaran akhbar mengenai kegiatanpenerbitan sekuriti hutangnya di dalam akhbar-akhbar utama dan perkhidmatan talian. Syarikat inijuga mengendalikan sebuah laman web beralamatwww.cagamas.com.my yang menyediakanmaklumat menyeluruh yang terkini mengenaiproduk, kadar Cagamas dan operasi Syarikat ini.
Lembaga Pengarah berpendapat bahawaPengarah kanan bebas bukan eksekutif tidakperlu dilantik memandangkan kesemuapemegang syer Syarikat ini diwakili olehPersatuan yang mencalonkan Pengarah keLembaga Pengarah dan oleh itu sebarangkemusykilan oleh para pemegang syer bolehdimaklumkan melalui Persatuan masing-masing.Para pemegang syer Syarikat ini diwakili olehdua orang Pengarah daripada BNM, lima orangPengarah yang dicalonkan oleh PersatuanBank-bank dalam Malaysia, dua orang Pengarahyang dicalonkan oleh Persatuan Syarikat-syarikat Kewangan Malaysia, dua orangPengarah yang dicalonkan oleh PersatuanBank-bank Saudagar dalam Malaysia, dan tigaorang Pengarah daripada bank asing yangdicalonkan oleh Lembaga Pengarah.
8. KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN AUDIT
8.1 Laporan Kewangan
Lembaga Pengarah berazam untukmembuat penaksiran yang seimbangterhadap kedudukan kewangan dan prospekSyarikat ini di dalam penyata kewangantahunannya kepada para pemegang syerdan pelabur.
Mengikut Akta Syarikat, 1965, paraPengarah dikehendaki menyediakanpenyata kewangan bagi setiap tahunkewangan yang memberi gambaran yangsebenar dan saksama mengenai kedudukanSyarikat ini. Selepas perbincangan denganJuruaudit Luar, para Pengarah menentukandan mengisytiharkan bahawa dalammenyediakan penyata kewangan berkenaan,Syarikat ini telah menggunakan dasarperakaunan yang sewajarnya yang diterimapakai dengan konsisten dan disokong olehpertimbangan dan anggaran yangmunasabah, dan kesemua piawaiperakaunan yang dianggap perlu diterimapakai telah dipatuhi.
8.2 Kawalan Dalaman
Penyata Kawalan Dalaman Syarikat iniditerangkan pada muka surat 56 di dalamLaporan Tahunan ini.
8.3 Hubungan dengan Juruaudit
Laporan tentang peranan JawatankuasaAudit Lembaga Pengarah ke atas JuruauditDalaman dan Luar diterangkan pada mukasurat 52 ke 55 di dalam Laporan Tahunan ini.
Syarikat ini telah mewujudkan hubunganyang telus dan profesional dengan JuruauditDalaman dan Luar Syarikat ini melaluiJawatankuasa Audit Lembaga Pengarah.Juruaudit Luar Syarikat ini telah menghadiridua mesyuarat pada tahun ini untukmelaporkan keputusan audit bagi tahunkewangan berakhir 31 Disember 2002 dansetengah tahun berakhir 30 Jun 2003.
Ganjaran Juruaudit dinyatakan pada mukasurat 127 di dalam Laporan Tahunan ini.
52 CAGAMAS BERHAD 157931-A
1. AHLI-AHLI
Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah(Jawatankuasa) terdiri daripada ahli-ahli berikut:
• Dato’ Tan Teong Hean (Pengerusi)• Dato’ Wan Ismail Abdul Rahman• Encik Zarir Jal Cama
Berdasarkan penerangan umum di dalam KodUrus Tadbir Korporat Malaysia, kesemua ahliJawatankuasa ini adalah merupakan Pengarahbukan eksekutif bebas memandangkan merekatidak terbabit di dalam urusan harian dan bebasdaripada pengurusan Syarikat ini. KesemuaPengarah tidak memegang syer secara peribadidan tidak dipengaruhi oleh mana-manapemegang syer utama Syarikat ini. TiadaPengarah, sama ada secara berkumpulan atauperseorangan, yang menguasai perbincanganatau mempengaruhi Jawatankuasa ini dalammembuat sesuatu keputusan. KesemuaPengarah berpeluang memberikan pandanganbebas mereka untuk dipertimbangkan olehJawatankuasa ini.
2. BIDANG RUJUKAN
2.1 Bidang Kuasa
(a) Jawatankuasa ini tidak dikenakansebarang sekatan untuk mendapatkansebarang maklumat dan dokumenyang berkaitan dengan aktivitinya, danbebas bertemu dengan JuruauditDalaman dan Luar dan pihakpengurusan Syarikat ini.
(b) Jawatankuasa ini diberi kuasa olehLembaga Pengarah untukmendapatkan khidmat nasihat undang-undang luar atau khidmat nasihat ahliprofesional bebas dan sekiranya perlu,memastikan pihak luar yangmempunyai pengalaman dankepakaran yang berkaitan menghadirimesyuarat yang diadakan.
(c) Jawatankuasa ini diberi kuasa olehLembaga Pengarah untuk menyiasatsebarang aktiviti di dalam bidangkuasanya dan ahli-ahli Jawatankuasa
ini berhak mengarahkan semuakakitangan Syarikat ini untukmemberikan kerjasama sekiranya perlu.
2.2 Saiz dan Komposisi
(a) Jawatankuasa ini hendaklah dilantikoleh Lembaga Pengarah dari kalanganPengarah bukan eksekutif dan mestilahmempunyai tidak kurang daripada tigaorang ahli yang secara majoritinyamerupakan Pengarah bebas.
(b) Sekiranya jumlah ahli adalah kurangdaripada tiga orang dalam apa juakeadaan, Lembaga Pengarahhendaklah mengisi kekosongan jawatantersebut dalam masa tiga bulan.
(c) Ahli-ahli Jawatankuasa ini hendaklahmelantik seorang Pengerusi, yangmerupakan seorang Pengarah bebas,dari kalangan mereka.
(d) Sekurang-kurangnya seorang dari ahliJawatankuasa ini:
(i) mestilah merupakan ahli InstitutAkauntan Malaysia (MIA); atau
(ii) jika beliau bukan merupakan ahliMIA, beliau mestilah mempunyaisekurang-kurangnya tiga tahunpengalaman kerja dan:• beliau mestilah lulus
peperiksaan yang dinyatakandi dalam Bahagian I dariJadual Pertama, AktaAkauntan, 1967; atau
• beliau mestilah merupakanahli salah satu daripadapersatuan akauntan yangdinyatakan di dalamBahagian II dari JadualPertama, Akta Akauntan,1967.
(e) Kesemua ahli Jawatankuasa ini tidakdibenarkan mempunyai hubunganyang pada pendapat LembagaPengarah, akan mempengaruhi ahlitersebut dalam memberikan pendapatbebas ketika menjalankan fungsinyasebagai ahli Jawatankuasa ini.
Laporan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 53
2.3 Mesyuarat
(a) Mesyuarat hendaklah diadakan sekalipada setiap suku tahun atau padasebarang kekerapan yang akanditentukan oleh Pengerusi.Jawatankuasa ini boleh menjemputsesiapa sahaja untuk hadir membantumembuat pertimbangan.
(b) Ketua Pegawai Eksekutif, KetuaPegawai Operasi, Pengurus Kanan,Operasi Perniagaan dan KetuaJuruaudit Dalaman pada kebiasaannyaakan menghadiri kesemua mesyuaratyang diadakan. Jawatankuasa ini akanbermesyuarat dengan Juruaudit Luarsekurang-kurangnya sekali dalamsetahun tanpa kehadiran pihakpengurusan.
(c) Kuorum hendaklah terdiri daripada duaorang ahli.
(d) Ketua Juruaudit Dalaman merupakanSetiausaha kepada Jawatankuasa ini.
2.4 Tugas dan Tanggungjawab
(a) Menyemak penyata kewangan setengahtahun dan tahunan Syarikat ini sebelumianya diserahkan kepada LembagaPengarah. Ini bertujuan untukmemastikan penyata kewangan tersebutmematuhi keperluan pendedahan danpenyelarasan yang dicadangkan olehJuruaudit Luar. Ini termasuk:
(i) Menyemak laporan juruaudit danmemastikan sebarangpembatasan (jika ada)dibincangkan dengan teliti dandiambil tindakan yangsewajarnya supaya tidak timbulsebarang keraguan dalam audityang akan datang;
(ii) Perubahan ketara dan penyelarasandi dalam pembentangan penyatakewangan;
(iii) Perubahan besar di dalam dasardan prinsip perakaunan;
(iv) Pematuhan piawai perakaunandan keperluan undang-undangyang lain;
(v) Keadaan turun naik yang matandi dalam penyata baki;
(vi) Laporan kewangan interim danpengumuman awal;
(vii) Perubahan ketara di dalam skopaudit; dan
(viii) Komitmen ketara atau liabiliti luarjangka.
(b) Menyemak skop dan keputusantatacara Audit Dalaman, termasuk:
(i) Pematuhan piawai AuditDalaman, kawalan dalamanSyarikat ini, dasar dan keperluanundang-undang yang lain;
(ii) Kecukupan dasar dan tatacaraserta kawalan dalaman yangsedia ada;
(iii) Koordinasi di antara JuruauditDalaman dan Luar;
(iv) Pelaksanaan kebebasan danprofesionalisme dalammenjalankan tugasan AuditDalaman;
(v) Sekatan-sekatan yangdikenakan oleh pihakpengurusan terhadap AuditDalaman;
(vi) Melaporkan segala keputusan;(vii) Mengesyorkan perubahan di
dalam dasar perakaunan kepadaLembaga Pengarah; dan
(viii) Sentiasa mengesyorkan danmemastikan pelaksanaanlangkah-langkah pemulihan danpembetulan yang sesuai.
(c) Bertanggungjawab ke atas penubuhanfungsi Audit Dalaman, termasuk:
(i) Meluluskan Piagam AuditDalaman;
(ii) Meluluskan Pelan AuditDalaman;
(iii) Menilai prestasi Ketua JuruauditDalaman dengan merujukkepada pihak pengurusan;
(iv) Meluluskan pelantikan ataupemberhentian Ketua JuruauditDalaman;
(v) Pemberitahuan tentangpeletakan jawatan kakitanganAudit Dalaman dan memberi
54 CAGAMAS BERHAD 157931-A
peluang kepada kakitanganberkenaan untuk mengemukakanalasan peletakan jawatan mereka;
(vi) Menyemak kecukupan skop,fungsi dan sumber-sumberJabatan Audit Dalaman;
(vii) Memastikan fungsi AuditDalaman mendapat kedudukanyang sewajarnya di dalamSyarikat ini;
(viii) Pelarasan matlamat dan tujuanfungsi Audit Dalaman denganmatlamat keseluruhan Syarikatini;
(ix) Meletakkan Audit Dalaman dibawah penguasaan danpenyeliaan Jawatankuasa ini; dan
(x) Menyemak kerjasama yangdiberikan oleh pegawai-pegawaiSyarikat ini kepada JuruauditDalaman.
(d) Mengesyorkan kepada LembagaPengarah tentang pelantikan JuruauditLuar, fi audit dan sebarang persoalanmengenai peletakan jawatan danpenyingkiran Juruaudit Luar.
(e) Membincangkan perkara-perkara yangberbangkit dari audit pada tahunsebelumnya, menyemak denganJuruaudit Luar skop pelan audittahunan semasa mereka, penilaianmereka ke atas akaun dan sistemkawalan dalaman termasuk penemuanmereka serta tindakan susulan yangdicadangkan.
(f) Menyemak perubahan di dalamkeperluan berkanun dan sebarangpermasalahan audit yang ketara yangdijangka timbul hasil daripadapengalaman pada tahun sebelumnyaatau disebabkan oleh perkembanganbaru.
(g) Menilai dan menyemak perananJuruaudit Dalaman dan Luar darisemasa ke semasa.
(h) Menyemak sebarang urus niaga pihakberkaitan atau keadaan yangmembabitkan sengketa kepentinganyang ketara yang mungkin timbul didalam Syarikat ini.
(i) Menyemak sebarang urus niaga yangketara, yang bukan merupakansebahagian daripada perniagaan biasaSyarikat ini.
(j) Melaksanakan sebarang fungsi yangditugaskan oleh Lembaga Pengarahdari semasa ke semasa.
3. MESYUARAT
Jawatankuasa ini telah mengadakan empatmesyuarat pada sepanjang tahun kewanganberakhir 31 Disember 2003 yang turut dihadirioleh Ketua Pegawai Eksekutif dan KetuaJuruaudit Dalaman. Beberapa pegawai kananSyarikat ini juga dijemput hadir pada mesyuarattertentu. Kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa iniadalah seperti berikut:
Ahli-ahli Jawatankuasa Kehadiran
• Dato’ Tan Teong Hean 4/4
• Dato’ Wan Ismail Abdul Rahman 3/3(dilantik pada 4.6.2003)
• Encik Zarir Jal Cama 1/1(dilantik pada 16.9.2003)
• Encik Mohamed Azmi Mahmood 0/1(bersara pada 4.6.2003)
• Encik Michael Andrew Hague 1/3(bersara pada 16.9.2003)
Juruaudit Luar Syarikat ini, telah menghadiridua mesyuarat pada sepanjang tahunberkenaan untuk melaporkan keputusan auditbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember2002 dan setengah tahun berakhir 30 Jun 2003.Di dalam mesyuarat tersebut, Jawatankuasa iniberpeluang berbincang dengan Juruaudit Luartanpa kehadiran pihak pengurusan.
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 55
4. RINGKASAN AKTIVITI
Pada sepanjang tahun kewangan 2003,Jawatankuasa ini telah melaksanakan tugasan-tugasannya seperti yang telah ditetapkan didalam bidang rujukan. Aktiviti-aktiviti utamayang dijalankan oleh Jawatankuasa ini adalahseperti berikut:
(a) Menyemak dan meluluskan Pelan AuditDalaman untuk tahun 2004;
(b) Menyemak keputusan tatacara AuditDalaman, iaitu penemuan audit dancadangan-cadangan yang diberikan olehJuruaudit Dalaman serta ulasan pihakpengurusan terhadap penemuan audit dancadangan-cadangan tersebut;
(c) Memantau kemajuan Pelan Audit Dalamandan pelaksanaan cadangan-cadanganaudit untuk memastikan tindakan yangsewajarnya telah atau sedang diambilterhadap cadangan-cadangan tersebut;
(d) Menyemak prestasi Ketua JuruauditDalaman;
(e) Menyemak skop audit oleh Juruaudit Luar;
(f) Mencadangkan pelantikan Juruaudit Luardan fi audit mereka kepada LembagaPengarah;
(g) Menyemak keputusan audit bagi setengahtahun dan akhir tahun oleh Juruaudit Luardan membincangkan penemuan danperkara-perkara lain yang perlu diberiperhatian; dan
(h) Menyemak penyata kewangan yang diauditbagi setengah tahun dan akhir tahun danmemastikan ianya mematuhi keperluanpendedahan oleh pihak-pihak yangberkenaan.
5. FUNGSI AUDIT DALAMAN
Syarikat ini mempunyai sebuah Jabatan AuditDalaman yang mantap yang bertanggungjawabkepada Jawatankuasa ini dan membantuLembaga Pengarah dalam melaksanakantanggungjawabnya untuk memastikan Syarikatini mengekalkan sistem kawalan dalaman yangkukuh dan berkesan.
Jabatan Audit Dalaman melaksanakan fungsi-fungsi audit dalaman Syarikat ini menurutPiagam Audit Dalaman dan pelan AuditDalaman tahunan yang diluluskan olehJawatankuasa ini.
Pelan Audit Dalaman tersebut telah dibuatberdasarkan keputusan-keputusan yangdiperolehi daripada proses penilaian risikobersistem. Risiko-risiko Syarikat ini telah dikenalpasti, diberi keutamaan dan dihubung kaitkandengan proses-proses utama dan lingkunganpengauditan.
Pada keseluruhannya, audit yang dilaksanakanpada sepanjang tahun kewangan ini menitikberatkan penyemakan bebas ke ataskecukupan sistem kawalan dalaman Syarikat inibagi memastikan sistem tersebut terusberoperasi dengan berkesan. Laporan auditdalaman dibentangkan untuk pertimbanganpihak Jawatankuasa ini dan untuk maklumanLembaga Pengarah.
56 CAGAMAS BERHAD 157931-A
Lembaga Pengarah bertanggungjawab untukmemastikan Syarikat ini mengekalkan satu sistemkawalan dalaman yang mantap dan berkesan sertamengkaji semula kecukupan dan keutuhan sistemtersebut. Sistem kawalan dalaman merangkumi,antara lainnya pengurusan risiko, kewangan,organisasi, operasi dan pematuhan kawalan. Walaubagaimanapun, Lembaga Pengarah sedar bahawasistem tersebut tidak mampu untuk menghapuskanrisiko kegagalan dalam mencapai matlamatperniagaan, tetapi bertujuan untuk mengurus danmengawal risiko kepada tahap yang munasabah.Oleh itu, ia hanya dapat memberi jaminan yangsewajarnya dan bukannya jaminan mutlak terhadapkenyataan salah atau kerugian yang matan.
Pada tahun ini, Lembaga Pengarah telahmenubuhkan sebuah lagi Jawatankuasa LembagaPengarah yang dikenali sebagai JawatankuasaRisiko Lembaga Pengarah. Jawatankuasa inibertanggungjawab untuk menyelia pengurusanrisiko yang berkaitan dengan operasi dan aktivitiSyarikat ini. Unit Pengurusan Risiko pula ditubuhkanuntuk merangka, menyemak dan melaksanakandasar, strategi dan tatacara pengurusan risiko yangmantap. Laporan terus dari Unit Pengurusan Risikokepada Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarahmembolehkan Unit berkenaan mengemukakanpandangan bebas tentang pendedahan Syarikat inikepada pelbagai risiko. Rangka Kerja PengurusanRisiko Syarikat ini mentakrifkan punca-punca risikoperniagaan yang utama dan menggariskan peranandan tanggungjawab Lembaga Pengarah danjawatankuasa-jawatankuasa utama dalammenguruskan bidang-bidang risiko yang khusus.Ianya juga membentangkan pendekatan menyeluruhSyarikat ini dalam menguruskan risiko-risikotersebut. Penerangan lanjut mengenai pengurusanrisiko adalah seperti yang dibentangkan pada mukasurat 57 ke 59 di dalam Laporan Tahunan ini.
Jabatan Audit Dalaman memberi jaminan kepadapara Pengarah dengan mengendalikan pemeriksaanbebas ke atas kecukupan, keberkesanan dankeutuhan sistem kawalan dalaman Syarikat ini.Jabatan berkenaan mengamalkan pendekatanberdasarkan risiko, bersesuaian dengan pelan audittahunan yang telah diluluskan oleh JawatankuasaAudit Lembaga Pengarah. Hasil audit tersebut akandibentangkan kepada Jawatankuasa Audit LembagaPengarah yang bermesyuarat sebanyak empat kalidalam setahun. Pelan audit dan laporan audit jugadiserahkan kepada Lembaga Pengarah untuk
memaklumkan Lembaga Pengarah mengenaisebarang kelemahan di dalam sistem kawalandalaman Syarikat ini. Apabila sesuatu kelemahandikenal pasti, tatacara baru telah atau akandiperkenalkan untuk memperkukuhkan kawalan.Pada sepanjang tahun kewangan ini, tiada satu pundaripada kelemahan yang dikenal pasti telahmengakibatkan sebarang kerugian yang matan, luarjangkaan atau ketakpastian yang memerlukanpendedahan di dalam Laporan Tahunan Syarikat ini.
Lain-lain ciri utama sistem kawalan dalamanSyarikat ini adalah:
• Bidang tanggungjawab dan penugasan kuasayang jelas untuk Jawatankuasa LembagaPengarah, pengurusan dan kakitangan Syarikatini;
• Dasar dalaman dan manual tatacara sepertimanual Dasar Pengurusan Perbendaharaan danmanual Dasar Risiko Pasaran yang didokumenkan dengan jelas. Kesemua manual inidikaji semula sekurang-kurangnya sekali padasetiap enam bulan;
• Rancangan perniagaan tahunan dan belanjawanterperinci yang diluluskan oleh LembagaPengarah. Syarikat ini juga mengawasikeputusan sebenar berbanding denganbelanjawan pada setiap bulan dan tindakansusulan akan dibuat sekiranya terdapatperbezaan yang ketara;
• Laporan berkala kepada Lembaga Pengarah.Laporan-laporan tentang kedudukan kewanganSyarikat ini, kedudukan pinjaman dan hutangyang dibeli, bon dan nota yang diterbitkan, sertaurus niaga swap kadar faedah akandibentangkan kepada Lembaga Pengarahsekurang-kurangnya sekali pada setiap sukutahun. Lain-lain isu seperti perundangan,perakaunan dan hal-hal strategik juga akandilaporkan kepada Lembaga Pengarahsekiranya perlu; dan
• Maklumat menyeluruh dan berkala yangmerangkumi laporan-laporan kewangan danoperasi disediakan untuk pihak pengurusansekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
Penyata Kawalan Dalaman
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 57
Menyedari tentang pentingnya strategi pengurusanrisiko dalam melindungi kepentingan parapemegang syer, Syarikat ini sedangmempertingkatkan amalan dan keupayaanpengurusan risikonya secara berperingkat-peringkatdi samping memperbaik urus tadbir dan pelaporanmaklumat risiko dengan mengukur rujuk kepadaamalan yang terbaik.
Pada tahun ini, Lembaga Pengarah telahmeluluskan penubuhan sebuah JawatankuasaLembaga Pengarah yang baru iaitu JawatankuasaRisiko Lembaga Pengarah (Jawatankuasa).Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyeliapengurusan risiko yang berkaitan dengan operasidan kegiatan Syarikat ini.
Jawatankuasa ini dibantu oleh Unit PengurusanRisiko yang diwujudkan pada bulan Disember 2001.Ianya bertujuan untuk menyelia dan melaporkansecara bebas pendedahan risiko Syarikat ini, danmenyelaraskan pengurusan risiko secaramenyeluruh. Unit Pengurusan Risiko ini bebasdaripada jabatan dan unit lain yang terlibat dalamkegiatan pengambilan risiko.
Pada bulan September 2002, Lembaga Pengarahtelah memformalkan Rangka Kerja PengurusanRisiko Syarikat (Rangka Kerja) yangmembentangkan pendekatan menyeluruh Syarikatini dalam menguruskan risiko. Ianya termasukmengenal pasti risiko yang berkaitan, kaedahpengurusan risiko yang digunakan oleh Syarikat ini,serta tanggungjawab dan struktur laporan oleh pihakyang terlibat dalam pengurusan risiko. Semenjak itu,Rangka Kerja tersebut telah disemak untukmengambil kira, antara lain, Piagam UnitPengurusan Risiko yang menggariskan peranan,skop, kuasa dan kebebasan Unit berkenaan.
Tujuan utama Syarikat ini dalam pengurusan risikoadalah untuk mengurus serta mengaitkan risikodengan ganjarannya secara berkesan. Ianya untukmemaksimumkan nilai para pemegang syer Syarikatini di samping memastikan Syarikat ini dapatmengekalkan prestasinya.
Untuk mencapai tujuan utama tersebut, Syarikat inimerancang untuk membangun dan melaksanakanstrategi pengurusan risiko secara menyeluruh.Strategi tersebut memerlukan Syarikat ini:
• menjajarkan strategi perniagaan dengan dasarpengurusan risiko korporat;
• mewujudkan pelan penaksiran risiko dan auditberdasarkan risiko;
• membangunkan model risiko, sistem dankeupayaan pengurusan data untuk membantupengurusan risiko secara konsisten;
• menanamkan budaya kesedaran risiko korporat;dan
• mempertingkatkan ketelusan risiko kepadapihak-pihak yang mempunyai pelbagaikepentingan di dalam Syarikat ini.
STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN RISIKO
Selaras dengan amalan terbaik dan urus tadbirkorporat yang baik, Lembaga Pengarahbertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikanbahawa terdapatnya pengawasan yang sewajarnyake atas pengurusan risiko di dalam Syarikat ini.Lembaga Pengarah menetapkan selera terhadaprisiko dan paras toleransi yang konsisten dengankeseluruhan objektif perniagaan dan profil risikoyang dikehendaki oleh Syarikat ini. LembagaPengarah juga sering menyemak dan meluluskankesemua dasar pengurusan risiko dan pendedahanterhadap risiko yang ketara.
Lembaga Pengarah dibantu oleh JawatankuasaRisiko Lembaga Pengarah untuk memastikanbahawa terdapatnya pengawasan danpembangunan yang berkesan bagi strategi, dasar,tatacara dan infrastruktur untuk menguruskan risikoSyarikat ini.
Pihak pengurusan kanan (Ketua Pegawai Eksekutif,Ketua Pegawai Operasi dan Pengurus Kanan,Operasi Perniagaan) bertanggungjawab untukmelaksanakan dasar yang telah ditetapkan olehLembaga Pengarah dengan memastikan bahawaterdapatnya tatacara operasi, kawalan dalaman dansistem yang mencukupi dan berkesan untukmenaksir, mengukur, mengawal, mengawasi danmelaporkan risiko.
Pengurusan Risiko
58 CAGAMAS BERHAD 157931-A
Unit Pengurusan Risiko bertanggungjawab kepadaJawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah untukmenggalakkan kebebasan dan memastikanpertimbangan yang sewajarnya diambil. Walaubagaimanapun, untuk tujuan pentadbiran, UnitPengurusan Risiko bertanggungjawab kepada KetuaPegawai Eksekutif.
RISIKO YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT INI
Syarikat berhadapan dengan risiko-risiko berikut:
• Risiko pasaran;• Risiko kecairan;• Risiko kredit; dan• Risiko operasi.
Risiko pasaran adalah risiko kerugian yang timbuldaripada kedudukan di dalam dan di luar kunci kira-kira yang disebabkan oleh pergerakan bertentangandalam tahap atau ketaktentuan kadar faedah atauharga pasaran. Ini merupakan risiko utama yangdihadapi oleh Syarikat ini dalam operasinya. Jenis-jenis risiko pasaran yang berkaitan dengan operasiSyarikat ini adalah risiko harga, risiko pendanaantertangguh, risiko ketakpadanan pendanaan, risikopelaburan semula, risiko asas, risiko penawaranberlebihan dan risiko keluk kadar hasil.
Untuk memudahkan pengawalan risiko-risikotersebut, Syarikat ini mengawasi dengan telitidagangan bon dalam pasaran sekunder danjangkaan pasaran semasa terhadap kadar faedahdan kadar hasil bon. Keupayaan Syarikat ini untukmenerbitkan sekuriti hutang dalam masa yang palingsingkat juga mengurangkan pendedahan Syarikat inikepada risiko pendanaan tertangguh. Untukmeminimumkan kesan belian balik ke atas alirantunai, Syarikat ini juga telah mewajibkanpenggantian ke atas kesemua pinjaman dan hutangyang dibeli balik, kecuali pinjaman perumahan yangmempunyai pilihan penggantian.
Pada bulan Disember 2001, Lembaga Pengarahtelah meluluskan Dasar PengurusanPerbendaharaan sebagai sebuah rangka kerja untukmenangani pendedahan Syarikat ini kepada risikoperbendaharaan. Dasar PengurusanPerbendaharaan berkenaan membentangkan,antara lain, struktur dan fungsi JabatanPerbendaharaan, dasar berkenaan pengurusankecairan, pendanaan dan pelaburan, pengurusan
risiko yang berkaitan dengan kegiatanperbendaharaan dan urus niaga yang dibenarkan,serta had-had untuk kegiatan perbendaharaan.
Selaras dengan rancangan Syarikat ini untukmewujudkan pendekatan menyeluruh dalammenguruskan risiko dan setelah mengenal pastirisiko pasaran sebagai risiko utama yang dihadapioleh Syarikat ini, Lembaga Pengarah telahmeluluskan Dasar Risiko Pasaran pada bulan Ogos2003. Dasar Risiko Pasaran tersebut menyatakan,antara lain, takrif dan jenis-jenis risiko pasaran,strategi dan dasar dalam menguruskan risikopasaran, dan tugas serta tanggungjawab pihak yangterlibat dalam pengurusan risiko pasaran.
Syarikat ini telah melaksanakan Sistem PengurusanAset Liabiliti untuk memperkukuhkan pengurusanrisiko pasaran Syarikat ini. Ini membolehkanSyarikat ini membuat simulasi dan menjalankananalisis jurang, margin, durasi dan kepekaandengan menggunakan senario kadar dan binaanandaian ke atas jumlah portfolio Syarikat ini. Syarikatini menggunakan analisis durasi dan kepekaanpendapatan faedah bersih teramal Syarikat ini untukmembuat keputusan dan mengurus pendedahanSyarikat ini kepada perubahan dalam kadar faedah.
Syarikat ini juga menggunakan instrumen kewanganderivatif seperti kontrak hadapan kadar faedah danswap kadar faedah untuk mengurus dan melindungnilai pendedahannya kepada turun naik kadarfaedah pasaran. Syarikat ini tidak menjalankansebarang kegiatan perbendaharaan yang tidakberkaitan dengan aliran tunainya atau yang bersifatspekulatif semata-mata.
RISIKO KECAIRAN
Risiko kecairan timbul apabila Syarikat ini tidakmempunyai dana yang mencukupi untukmenyelesaikan liabiliti apabila ianya matang. Initermasuk risiko kegagalan mendapatkan danadipinjam apabila Syarikat ini memerlukannya ataudana tersebut tidak dapat diperolehi untuk tempohyang dikehendaki atau pada kos yang berpatutan.
Syarikat ini mengurangkan risiko kecairannyadengan memadankan masa pembelian pinjamandan hutang dengan penerbitan sekuriti hutang.Syarikat ini mengekalkan sumber dana belum guna
Laporan Tahunan 2003 Annual Report 59
yang mencukupi untuk menghadapi kemungkinanianya digunakan bagi menjelaskan hutangnya.Pengawasan teliti dan perancangan aliran tunaiserta keupayaan Syarikat ini untuk menerbitkannota-nota bagi pendanaan jangka pendek jugamembantu mengurangkan risiko kecairan Syarikatini.
RISIKO KREDIT
Risiko kredit merupakan potensi ketaktentuanpendapatan yang disebabkan oleh kegagalan parapelanggan atau rakan niaga Syarikat ini dalammemenuhi kewajipan kewangan mereka tepat padamasanya. Oleh itu, Cagamas mungkin terpaksamenggantikan urus niaga tersebut dengan rakanniaga yang lain atau membuat pinjaman daripadapasaran wang antara bank.
Risiko kredit juga timbul daripada pelaburan yangdibuat oleh Syarikat ini. Perubahan dalamtanggapan pasaran tentang keteguhan kewanganserta kualiti kredit penerbit mungkin akanmengakibatkan pergerakan harga bertentangan keatas pelaburan tersebut. Syarikat ini mungkinmenghadapi kerugian kewangan apabila pelaburantersebut terpaksa dijual sebelum ianya matang.
Syarikat ini membeli pinjaman dan hutang denganrekursa. Sebahagian besar daripada pembelianpinjaman dan hutang oleh Syarikat ini adalahdaripada institusi kewangan yang berada di bawahpenyeliaan Bank Negara Malaysia. Oleh itu,kebarangkalian kegagalan institusi penjual untukmembuat pembayaran adalah minimum. Pinjamandan hutang Syarikat ini juga diaudit setiap tahununtuk memastikan bahawa pinjaman dan hutangyang dibeli memenuhi kualiti yang dikehendaki olehCagamas.
Syarikat ini mengurangkan risiko kredit melalui dasarkredit dan had yang diluluskan oleh LembagaPengarah. Parameter yang digunakan dalammenetapkan had kredit disemak oleh LembagaPengarah dari semasa ke semasa. Had kredit untukrakan niaga bagi pembelian pinjaman dan hutang,pelaburan dan urus niaga pasaran wang disemakdan diawasi dengan lebih kerap. Terdapat juga garispanduan serta had yang ketat untuk pelaburan yangdibenarkan dan pelaburan tersebut adalah terhadkepada sekuriti bermutu tinggi. Tujuan utamapelaburan ialah untuk menguruskan dana Syarikat
ini dengan mengoptimumkan pulangan ke ataspelaburan, di dalam kekangan keselamatan dankecairan, untuk dipadankan dengan ukur rujuk yangtelah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. Syarikatini hanya akan menjual pelaburannya sebelum ianyamatang dalam keadaan tertentu dan dalam tempohmasa yang munasabah seperti yang dinyatakan didalam Dasar Pengurusan Perbendaharaan Syarikatini.
RISIKO OPERASI
Risiko operasi adalah potensi pendedahan kepadakerugian kewangan atau lain-lain kerugian yangdisebabkan oleh kekurangan atau kegagalan prosesdalaman, tingkah laku manusia, sistem ataudaripada peristiwa-peristiwa luaran. Ianya jugatermasuk risiko sumber manusia, perundangan danreputasi.
Syarikat ini mengurangkan risiko operasinya denganmengadakan kawalan dalaman, sistem dan tatacarayang komprehensif yang disemak dengan kerap dantertakluk kepada kekerapan audit oleh JuruauditDalaman. Syarikat ini juga menyediakan PelanKesinambungan Perniagaan yang komprehensifuntuk meminimumkan kesan daripada potensigangguan bencana dalaman dan luaran kepadaoperasi Syarikat ini. Pelan KesinambunganPerniagaan berkenaan dikemaskinikan dengankerap selaras dengan perubahan dalam prosesperniagaan dan diuji untuk memastikan ianya masihberkaitan.
Syarikat ini sedang menuju ke arah sistem komputerbersepadu. Sehubungan dengan ini, Syarikat iniberada dalam peringkat akhir pelaksanaan SistemPengurusan Perbendaharaan dan SistemPemprosesan Pinjaman bersepadu untukmempertingkatkan kecekapan, keupayaanpemprosesan dan pelaporan, dan untukmeminimumkan kebarangkalian berlakunyakesilapan yang disebabkan oleh proses manual.Sistem tersebut mempunyai binaan kawalandalaman serta pengesahan yang akanmembolehkan Syarikat ini mengekalkan danmengawasi had, dan menerima amaran sekiranyaberlaku sebarang pelanggaran had.