TOPIK 2.docx

19
2.0 Ujian Disgnostik Pengenalan Peranan utama seseorang guru ialah mengendalikan pembelajaran yang berkualiti dan berperanan sebagai fasilitator bagi membimbing muridnya untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu mengenal pasti hasil pembelajaran /bidang yang murid melakukan kesilapan. Beliau perlu melakukan diagnosis dan menyediakan bahan pemulihan untuk memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ingin disampaikan. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, anda dapat 1. memahami makna dan kepentingan ujian diagnostik; 2. memahami tujuan ujian diagnostik; 3. mengikuti langkah dan peringkat dalam ujian diagnostik dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah 2.1 Ujian Diagnostik Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru akan mengendalikan satu ujian formatif untuk menilai pencapaian murid. Selepas penilaian, guru dapat membuat satu kesimpulan mengenai prestasi murid sama ada mereka telah menguasai hasil pembelajaran yang telah dipelajari. Beliau juga ingin mengetahui punca atau sebab seseorang murid mendapat prestasi yang rendah dalam ujian serta kesilapan dan kesukaran yang dihadapinya. Oleh itu, ujian diagnostik berperanan dalam menentukan dan mengenal pasti hasil pembelajaran atau bidang(area) yang menghadapi masalah pembelajaran. Seseorang guru perlu pada mulanya mengenal pasti hasil pembelajaran yang murid-muridnya melakukan kesilapan. Dalam merancang dan melaksanakan ujian diagnostik, beberapak perkara yang berikut perlu diberi perhatian.

Transcript of TOPIK 2.docx

2.0Ujian Disgnostik PengenalanPeranan utama seseorang guru ialah mengendalikan pembelajaran yang berkualiti dan berperanan sebagai fasilitator bagi membimbing muridnya untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu mengenal pasti hasil pembelajaran /bidang yang murid melakukan kesilapan. Beliau perlu melakukan diagnosis dan menyediakan bahan pemulihan untuk memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ingin disampaikan.Hasil Pembelajaran:Pada akhir pelajaran, anda dapat 1.memahami makna dan kepentingan ujian diagnostik;2.memahami tujuan ujian diagnostik;3.mengikuti langkah dan peringkat dalam ujian diagnostik dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

2.1Ujian DiagnostikDalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru akan mengendalikan satu ujian formatif untuk menilai pencapaian murid. Selepas penilaian, guru dapat membuat satu kesimpulan mengenai prestasi murid sama ada mereka telah menguasai hasil pembelajaran yang telah dipelajari. Beliau juga ingin mengetahui punca atau sebab seseorang murid mendapat prestasi yang rendah dalam ujian serta kesilapan dan kesukaran yang dihadapinya. Oleh itu, ujian diagnostik berperanan dalam menentukan dan mengenal pasti hasil pembelajaran atau bidang(area) yang menghadapi masalah pembelajaran. Seseorang guru perlu pada mulanya mengenal pasti hasil pembelajaran yang murid-muridnya melakukan kesilapan. Dalam merancang dan melaksanakan ujian diagnostik, beberapak perkara yang berikut perlu diberi perhatian.(a)Siapakah murid yang memerlukan bantuan ?(b)Di manakah kesilapan yang dilakukan oleh murid ?(c)Mengapakah kesilapan tersebut berlaku ?Berikut merupakan contoh-contoh untuk melakukan diagnosis mengenai kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam penolakan dua nombor dua digit tanpa mengumpul semula.

Nama murid: Siaw Chung 68 - 42 22 79 - 53 26 95 - 45 55 86 - 30 56 96 - 46 56

67 - 63 64 86 - 16 76 44 - 34 14 85 - 35 55 17 - 17 27

Daripada hasil analisis di atas, murid tersebut telah berjaya menyelesaikan soalan penolakan dua digit tanpa mengumpul semula dengan betul kecuali bagi penolakan yang melibatkan satu digit dengan satu digit. Kesilapan berlaku pada penolakan adalah seperti 4 4 = 4, 5 5 = 5, 6 6 = 6, 7 7 = 7. Berasaskan kepada hasil analisis ini, guru dapat diagnos konsep tertentu yang belum dikuasai oleh murid. Semasa melaksanakan ujian diagnostik, guru mempunyai tujuan yang spesifik untuk melakukan analisis mengenai punca masalah untuk topik atau unit tertentu supaya dapat mengenal pasti kelemahan / kesilapan yang memerlukan satu siri ujian bergred (graded test). Perlu ingat bahawa tujuan utama ujian diagnostik ialah untuk menganalisis kesilapan yang berlaku dan bukan untuk menilai pencapaian murid. Contoh-contoh berikut menunjukkan hasil analisis ujian seorang murid.Nama Murid: Khairul 260 - 130 130 480 - 220 260 840 - 310 530 860 - 253 610 46 - 22 24

18 - 11 7 29 - 10 10 45 - 20 20 99 - 35 64 324 - 102 202

382 - 70 310 881 - 370 510 678 - 300 370 612 - 207 405 854 - 201 603

Slip Kecuaian (careless slip)

370 - 108 100 270 - 130 140 270 - 141 130

Setelah guru melaksanakan ujian dalam bilik darjah untuk menilai muridnya bagi kemahiran menolak, beliau perlu menentukan berapakah bilangan murid yang belum menguasai kemahiran tersebut. Untuk kumpulan murid yang telah dikenalpasti, guru perlu menyediakan satu senarai nama untuk menentukan konsep yang belum dikuasai, kurang jelas atau pun langkah pengiraan tertentu dalam pengiraan yang murid lakukan kesilapan. Misalnya, untuk kes murid Khairul, guru telah mendapati bahawa beliau melakukan kesilapan dalam soalan yang melibatkan penolakan sifar daripada nombor atau pun suatu nombor daripada sifar melalui pengumpulan semula daripada digit yang berikutnya. Beliau dapat melaksanakan penolakkan sifar daripada sifar. Guru dapat membuat kesimpulan melalui analisis bahawa Khairul melakukan kesilapan hanya ketika melibatkan konsep sifar dan nombor dalam proses penolakkan. Proses yang terlibat dalam mengenal pasti serta menguji masalah yang dihadapi oleh murid dikenali sebagai ujian diagnostik.

Uji DiriTerangkan perbezaan antara ujian diagnostik dan ujian formatif ?

2.2Pentadbiran Dan Pentaksiran Ujian DiagnostikDalam proses menentukan pencapaian murid dalam sesuatu ujian, kita perlu lihat dari empat sudut atau poin yang berikut:i).Ketepatan pengiraanii).Kepantasan menulisiii).Kaedah atau langkah kerjaiv).Proses aritmetik dan kemahiran yang telah dikuasai oleh muridSeseorang guru akan cuba mendapatkan maklum balas murid melalui kerja murid dalam bilik darjah atau melalui ujian formatif yang dapat mengetahui kebolehan murid dalam empat aspek yang dinyatakan di atas. Walaubagaimana pun, aktiviti-aktiviti itu tidak mencukupi untuk tujuan pengujian khususnya dengan murid-murid yang lembab (slow learners). Untuk kumpulan murid ini, guru perlu memperoleh anggaran pencapaian yang lebih analitikal mengenai pencapaian mereka. Misalnya, selepas seseorang guru mengajar operasi asas (tambah, tolak, darab dan bahagi) kepada satu kumpulan murid, beliau mengendalikan satu ujian yang mengandungi 10 item dan keputusannya diringkaskan seperti yang berikut:ItemBilangan Kesilapan

13

21

32

41

53

611

77

810

941

1042

Daripada data yang diperoleh, murid paling banyak melakukan kesilapan dalam item 9 dan 10. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan semula untuk melakukan perubahan atau pemurnian kepada item 9 dan 10. Pada peringkat ini, guru telah mengenal pasti dan menentukan masalah yang dihadapi murid. Seterusnya beliau melaksanakan diagnosis mengenai hasil pembelajaran yang murid malakukan kesilapan. Untuk item 6, 7 dan 8, guru perlu memikirkan semula dan menggunakan bahan pengajaran pembelajaran untuk memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran kepada murid.Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa ujian diagnostik adalah berbentuk analitikal di mana seseorang guru perlu mengenalpasti konsep dan kemahiran belum dikuasai oleh muridnya. Untuk setiap murid, beliau perlu mengenalpasti secara spesifik jenis kesilapan yang lakukan oleh muridnya.Untuk melaksanakan ujian diagnostik dengan jayanya, seseorang guru perlu mengikuti langkah-langkah utama yang berikut:a).Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dan memerlukan bantuan.Untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan, seseorang guru mengendalikan satu ujian berasaskan topik yang telah diajar. Selepas penilaian, guru tersebut dapat menyediakan satu senarai nama murid yang pencapaiannya lemah, sederhana atau baik. Langkah yang seterusnya ialah untuk mengenal pasti aspek yang murid lakukan kesilapan supaya guru dapat mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kesukaran yang dihadapai oleh murid.b).Mengenal pasti kesilapan dan kesukaran pembelajaran.Selepas mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan, seseorang guru perlu mengetahui bidang atau hasil pembelajaran yang murid melakukan kesilapan atau kesukaran pembelajaran. Misalnya

Daripada contoh di atas, didapati bahawa murid mempunyai pengetahuan menambah pecahan yang mempunyai penyebut yang sama tetapi kurang faham mengenai penambahan pecahan dengan penyebut yang berbeza. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti bidang yang murid menghadapi kesukaran pembelajaran. c).Mengenal pasti sebab yang menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan murid.Dalam sebilangan kesukaran pembelajaran, sebab atau faktor yang menyebabkan kesukaran tersebut adalah agak mudah dikenal pasti. Seseorang murid mungkin tidak memberi perhatian semasa pengajaran guru atau pun melakukan kesilapan kerana tidak membuat latihan yang mencukupi atau sering ponteng kelas kerana sebab-sebab tertentu. Punca berlakunya kesukaran pembelajaran mungkin juga disebabkan oleh konsep / kemahiran matematik yang kompleks dan lebih tinggi daripada kemampuan aras kefahaman murid.Rajah yang berikut menunjukkan bagaimana melakukan dignosis yang bertujuan mempertingkatkan kualiti pembelajaran murid .

Pencapaian murid yang kurang memuaskanPenilaianPengajaran dan pembelajaran

Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantaunMengendalikan satu ujian pencapaian yang umum (General Achievement Test) atau menggunakan data dalam ujian yang lepasKes untuk diagnosis

Peningkatan kualiti pembelajaranMengendalikan aktiviti pemulihanMengenal pasti punca atau sebabMengenal pasti bidang kesukaran

Rajah 1: Proses Pelaksanaan Ujian Diagnostik

2.3Procedur Analisis Kesilapan Newman (Newmans Error Analysis Procedure)PengenalanDalam mata pelajaran Literasi Nombor dan Matematik Asas anda telah mempelajari pelbagai strategi untuk menyelesaiakan masalah matematik. Dalam bahagian ini, anda akan diperkenalkan kepada Procedur Analisis Kesilapan Newman yang akan digunakan untuk mengenal pasti kesilapan awal murid ketika menyelesaikan masalah matematik. Pengetahuan dan kemahiran yang anda kuasai akan digunakan untuk membantu anda merancang aktiviti pengajaran pembelajaran yang sesuai semasa mengajar strategi penyelesaian masalah.

Hasil PembelajaranPada akhir unit ini, anda akan dapat1.mengenal pasti kesilapan awal murid dalam menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan Prosedur Analisis Kesilapan Newman;2.mengkaji dan membuat analisis pelbagai kesukaran dalam menyelesaikan masalah berbentuk perkataan (word problems)

2.3.1Kesukaran Dalam Penyelesaian MasalahKaji masalah-masalah matematik yang berikut: Suatu dewan mempunyai 5 baris kerusi. Jika setiap baris mempunyai 8 kerusi, berapakah jumlah bilangan kerusi dalam dewan itu? Apakah nombor yang seharusnya ditambah ke 25 untuk mendapat jumlah 38 ? George mempunyai 8 biji apel kurang daripada Ali. Jika George mempunyai 23 biji apel, berapakah bilangan biji apel kepunyaan Ali ?

Masalah-masalah di atas biasanya dikatakan sebagai masalah dalam bentuk perkataan. Murid selalu menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah sedemikian. Anda mungkin ingin mengetahui punca masalahnya. Prosedur yang akan digunakan untuk melakukan diagnosis kesukaran yang dihadapi oleh murid ketika cuba menyelesaiankan masalah berbentuk perkataan dalam bahagian ini akan membantu anda memperoleh jawapannya.

FikirkanMurid-murid anda selalu menghadapi masalah ketika menyelesaikan masalah matematik berbentuk perkataan. Catatkan bagaimana anda dapat mengenal pasti kesukaran yang dihadapi mereka.

Menurut Anne Newman (1983), seseorang murid perlu melalui lima peringkat secara hieraki ketika menyelesaikan masalah berbentuk perkataan:1.Membaca masalah (membaca)2.Memahami apa yang telah dibaca (kefahaman)3.Melakukan transformasi secara mental daripada perkataan dalam soalan kepada pemilihan strategi penyelesaian secara matematik (Transformasi)4.Mengaplikasikan kemahiran secara proses yang diperlukan ketika menggunakan strategi terpilih (Kemahiran Proses)5.Enkod jawapan dalam bentuk bertulis yang dapat diterima (Enkod)

Rajah 2 yang berikut meringkaskan peringkat-peringkat tersebut di atas. Apabila sesuatu masalah berbentuk perkataan diberikan kepada murid dalam keadaan yang sebenar, murid harus bermula dengan membaca dan memahami masalah tersebut dan kemudian mentransformasikan masalah tersebut ke dalam bentuk matematik yang sesuai yang berbentuk abstrak, Seterusnya, mereka perlu melakukan kemahiran matematik yang relevan untuk mencari penyelesaian dalam bentuk simbol matematik. Akhirnya, penyelesaian yang diperoleh perlu dienkod ke dalam bentuk yang sesuai supaya ia dapat diterjemahkan dengan betul dalam keadaan realistik.

1. Membaca3. Transformasi5. Enkod2. Kefahaman

4. Kemahiran ProsesKonkritCerita dalam keadaan sebenarAbstrakSimbol Matematik

Rajah 2 : Peringkat Prosedur Analisis Kesilapan NewmanMenurut Newman (1983), murid boleh melakukan kesilapan dalam mana-mana lima peringkat ketika menyelesaikan masalah berbentuk perkataan. Banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesilapan-kesilapan tersebut. Jadual 1 berikut menunjukkan hasil kajian tersebut.

Jenis KesilapanClarkson(Papua New Guinea, 1983)(n = 1851 kesilapan)%Kaushil et al. (India, 1985)(n = 329 kesilapan)%Marinas & Clements (Penang, 1990)(n = 382 kesilapan)%Singhatat (Thailand, 1991)(n = 220 kesilapan)%Gan (Miri, 1993)(n = 685 kesilapan)%

Bacaan120005

Pemahaman2124456041

Kemahiran Transformasi233526826

Kemahiran Proses311681511

Enkod16003

Kecuaian1218211614

Punca : Gan, T. H. (1993). Prosedur Analisis Kesilapan Newman untuk mengenalpasti jenis kesilapan pertama dalam penyelesaian masalah berperkataan matematik. MiriJadual 1: Hasil Pelbagai Kajian Ynag Menunjukkan Peratusan Kesilapan AwalDalam Penyelesaian Masalah berbentuk Perkataan

Menurut Newman (1983), kesilapan mungkin boleh berlaku kerana kecuaian atau kekurangan motivasi di kalangan murid. Jika murid tidak bermotivasi, murid biasanya tidak mengambil perhatian dalam menjawab soalan atau menulis jawapannya secara sebarangan. Kesilapan yang berlaku berasaskan kedua-dua faktor ini pada mana-mana peringkat adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 berikut.

Bacaan

Pemahaman

kecuaian

Kemahiran Transformasi

Kemahiran Proses

Motivasi

Enkod

Rajah 3. Hieraki dalam Prosedur Analisis Kesilapan Newman dan Jenis Kesilapan awal.2.3.2Prosedur Analisis Kesilapan NewmanNewman membangunkan satu kaedah dignostik dengan menggunakan temubual sebagai intrumen untuk mengenal pasti kategori-kategori bagi kesilapan awal yang berlaku ketika menyelesaiakan masalah berbentuk perkataan. Prosedur diagnostik ini melibatkan langkah-langkah yang berikut:1.Murid mengambil satu ujian penyelesaian masalah berbentuk perkataan.2.Guru memeriksa jawapan murid.3.Guru melaksanakan temubual diagnostik dengan setiap muirid yang mempunyai risiko (at-risk student).4.Guru menganalisis keputusan temubual.5.Guru membentuk dan menterjemahkan profil diagnostik bagi setiap murid yang mempunyai risiko.Tujuan utama temubaul diagnostik adalah untuk mengenal pasti setiap item yang dijawab dengan salah berasaskan ujian masalah berbentuk perkataan dan juga kategori kesilapan awal yang dilakukan oleh murid tertentu yang mempunyai risiko. Ketika menjalankan temubual, anda perlu mengambil perhatian mengenai perkara-perkara yang berikut:1.Temubual ini dilaksanakan secara berasingan untuk setiap murid yang mempunyai risiko.2.Temubual harus dijalankan sebaik sahaja selepas ujian masalah berbentuk perkataan.3.Pastikan bahawa temubual dijalankan dengan gangguan bunyi atau gangguan yang lain yang minimum.4.Jangan bantu murid anda semasa menjalankan temubual. Perlu ingat bahawa tujuan untuk temubual adalah BUKAN untuk mengajar murid anda tetapi untuk mengenal pasti kesukaran yang dihadapinya.Untuk melaksanakan temubual diagnostik, anda seharusnya memberi satu set masalah matematik berbentuk perkataan kepada murid yang berisiko dan menyimpan set yang lama untuk rujukan. Anda perlu melalui lima kategori soalan-soalan temubual dengan murid, bermua dengan kategori pertama (Bacaan) sehinggalah ke kategori terakhir (Enkod). Untuk soalan ujian tertentu, proses temubual akan diberhentikan sebaik sahaja kesilapan yang pertama dikenal pasti dan kategori kesilapan telah ditentukan. Lima kategori bagi soalan temubual adalah dihuraikan seperti yang berikut.(a)Kategori 1: BacaanArahan/Soalan yang diberikan kepada murid semasa temubual:Sila baca soalan ini kepada saya. Jika anda tidak tahu perkataan atau nombor tertentu, maka tinggalkannya.Murid yang melakukan kesilapan pada peringkat ini tidak dapat mengenal pasti (menyebut) atau membaca sebutan, simbol atau perkataan dalam soalan.Contoh kesilapan dalam kategori Bacaan:Murid akan ditanya soalan : Dalam sebuah pasar terdapat 238 lelaki dan 47 perempuan. Berapakah jumlah bilangan orang dalam pasar tersebut?(i)Murid itu tergesa-gesa (hesitant) semasa membaca perkataan jumlah.(ii)Murid itu tidak dapat membaca perkataan pasar dalam soalan.(b)Kategori 2: PemahamanArahan/soalan yang diberikan kepada murid semasa temubual:Apakah maksud perkataan/simbol ini?Beritahu saya apakah soalan meminta anda buat?Pada peringkat ini, murid mungking menghadapi kesukaran dalam memahami sebutan yang spesifik, frasa atau maksud umum dalam soalan yang diberi.Contoh kesilapan dalam kategori Pemahaman:Seorang murid diminta untuk memahami soalan 12 biji apel dikongsi sama rata antara 3 orang murid perempuan. Berapa bijikah bilangan apel yang diterima oleh setiap orang murid perempuan?Semasa temubual, jika murid itu dapat menyatakan perkataakn kongsi dengan yakin tetapi meneka maknanya sebagai mengeluarkan(take away), maka beliau menghadapai kesukaran dalam memahami istillah yang spesifik. Sebaliknya, jika murid itu tidak dapat memberi satu makna yang memuaskan bagi soalan tersebut, maka kesilapan tersebut juga dapat diklasifikasikan sebagi kesilapan pemahaman.

(c)Kategori 3: Kemahiran TransformasiArahan/ soalan yang diberikan kepada murid semasa temubual:Beritahu atau tunjukkan kepada saya bagaimana anda mula mencari jawapan kepada soalan ini.Pada peringkat ini, kesilapan berlaku apabila murid itu tidak dapat menyatakan secara lisan atau menunjukkan dengan pensil dan kertas bagaimana item tersebut dapat diterjemahkan ke dalam bentuk matematik (simbol, operasi, atau ayat) yang membolehkan jawapan yang betul ditentukan kemudian.Contoh kesilapan kategori Kemahiran Transformasi:Seorang murid diminta untuk menterjemahkan soalan: Apabila kita tambah guli kepunyaan Ali dan Ahmad, kita dapat 9 biji guli tetapi murid itu salah menulis pernyataan matematik sebagai 3 + 9 = . (d)Kategori 4: Kemahiran ProsesArahan/ soalan yang diberikan kepada murid semasa temubual:Tunjukkan kepada saya begaimana anda menentukan jawapan bagi soalan ini. Beritahu saya apa yang anda lakukan ketika anda menentukan jawapan masalah.Murid itu tidak dapat melaksanakan langkah pengiraan dengan betul ketika mengimplimentasikan algoritma walaupun beliau berjaya dalam menulis ayat matematik berhubung dengan soalan. Contoh-contoh bagi respon murid yang dianggapkan salah pada peringkat ini termasuk menjawab secara rawak, penggunaan operasi yang salah, kesilapan dalam langkah pengiraan atau langsung tidak menjawab soalan.Contoh kesilapan kategori Kemahiran proses:4763

+25- 17

61 254

Kesilapan dalam langkah pengiraan

(e)Kategori 5: EnkodArahan/ soalan yang diberikan kepada murid semasa temubual:Sekarang tuliskan jawapan bagi soalan yang diberikan.Pada peringkat ini, murid tidak dapat menulis jawapan dengan betul sama ada dalam bentuk angka(numeral), simbol atau perkataan walaupun murid telah melalui peringkat Kemahiran proses dengan jayanya dan dapat menyatakan jawapan yang betul secara lisan. Tambahan pula, respons seperti salah mengeja perkataan dan mengsongsangkan angka (numerals) juga dianggapkan sebagai kesilapan enkod.Contoh kesialapan dalam kategori Enkod:Murid menyatakan secara lisan satu ringgit lima puluh lima sen, tetapi menulis jawapannya sebagai RM1.505.Murid menyatakan secara lisan 5 kilometer tetapi menulis jawapannya sebagai 5 KM. Perlu beri perhatian bahawa setiap kesilapan yang dikenal pasti dengan Prosedur Analisis Kesilapan Newman merupakan kesilapan yang pertama yang dilakukan oleh murid untuk soalan tertentu. Ini tidak bermakna murid pasti tidak akan melakukan kesilapan selepas mengenal pasti kesilapan yang pertama. Walaubagaiman pun, temubual diagnostik Newman akan berhenti selepas sahaja mengenal pasti kesilapan yang pertama.2.3.3Kecuaian / Faktor MotivasiDalam percubaan kedua oleh seseorang murid dalam menjawab soalan semasa temubual diagnostik, jika murid itu tidak melakukan kesilapan sepanjang proses melalui kelima-lima peringkat dan juga berupaya menjawab soalan dengan betul, maka kesilapan jawapan yang diberikan oleh murid dalam ujian yang lebih awal adalah disebabkan oleh kesilapan kecuaian (careless mistakes). Sebilangan murid adalah cuai kerana kebimbangannya ketika menyelesaikan masalah.Jika keputusan temubual diagnostik menunjukkan bahawa jawapan salah murid pada percubaan yang pertama dalam sesi ujian masalah berbentuk perkataan yang lebih awal disebabkan oleh sikap murid, maka kesilapan itu disebabkan oleh kekurangan motivasi murid. Murid tersebut mungkin di bawah tekanan atau tidak mempunyai motivasi dan akan menulis jawapan secara sebarangan dalam ujian. Dalam keadaan sedemikian, murid tersebut sebenarnya dapat mendapat jawapan betul jika mereka lebih tenteram dan tidak menjawab di bawah tekanan.

2.3.4Profil DiagnostikAnda boleh gunakan keputusan temubual diagnostik Newman untuk membina satu profil diagnostik untuk setiap murid yang berisiko. Rajah 4 menunjukkan lembaran profil diagnostik untuk ujian masalah berbentuk perkataan yang mengandngi 15 item. Rajah 5 menunjukkan contoh rofil untuk murid Benjamin. Daripada 15 soalan ynag dijawabnya, beliau melakukan sejumlah 11 kesilapan seperti yang dihitamkan oleh bulatan. Anda seharusnya memerhatikan bahawa bentuk grafik bagi profil ini adalah lebih mudah bagi anda untuk membuat analisis mengenai kesukaran Benjamin dalam menyelesaikan masalah berbentuk perkataan. Masalah utama yang dihadapi oleh Benjamin (rujuk Rajah 5) ialah memahami masalah. Tambahan pula, beliau dapat mempertingkatkan prestasi dalam ujian jika beliau lebih berhati-hati ketika menjawab soalan.

Lembara Profil DiagnostikNama:kelas:Tarikh:

Soalan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

1. Bacaan2. Pemahaman3. Kemahiran Transformasi4. Kemahiran Proses5. Kebolehan enkod

6. Kecuaian

7. Motivasi

Rajah 4. Satu lembaran profil diagnostik.

Lembara Profil DiagnostikNama:kelas:Tarikh:

Soalan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

1. Bacaan2.Pemahaman3. Kemahiran Transformasi4. Kemahiran Proses5. Kebolehan Enkod6. Kecuaian7. Motivasi

Rajah 5. Satu contoh profil diagnostik murid

Latihan 1

Bagi setiap kesilapan yang berikut, tentukan jenis kesilapan yang telah berlaku.

1.Ketika menjawab sesuatu soalan, seseorang murid menterjemahkan baki sebagai bahagi.

2.Seseorang murid menyelesaikan algoritma seperti yang berikut:13.2 2.5 = 330.0

3.Jawapan untuk sesuatu masalah berbentuk ayat yang diberikan oleh seseorang murid :Jumlah berat Ali = 60.0g

4.Semasa ujian yang lepas, Ah Chong telah memberi jawapan yang salah untuk soalan tertentu tetapi beliau dapat menjawabnya dengan betul dalam percubaan kedua semasa temubual diagnostik. Beliau memberitahu orang yang membuat temubual (interviewer) beliau terkejut kerana sehingga sesi temubual beliau tidak meminta bantuan daripada mana-mana pihak untuk membetulkan kesilapannya.

5.Semasa sesi temubual untuk mengenalpasti aras kesilapan, Gobi tidak berjaya dalam menyatakan perkataan trapezium.

6.Ranjit menterjemahkan sekurang-kurangnya RM2 as tolak RM2.