Tips memilih tudung

4
TIPS MEMILIH TUDUNG • Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas, chifon, dan kain kasa(bawal). • Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos. • Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.

Transcript of Tips memilih tudung

Page 1: Tips memilih tudung

TIPS MEMILIH TUDUNG• Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas, chifon, dan kain kasa(bawal).

• Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

• Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.

Page 2: Tips memilih tudung

• Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.

• Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.

• Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.

Page 3: Tips memilih tudung

• Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.

• Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.

Page 4: Tips memilih tudung

• • Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

• Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang. Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.

• Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.

Semoga dapat membantu :)

- mumtaz collections -