TINDAKAN_PERUSAHAAN

download TINDAKAN_PERUSAHAAN

of 18

Transcript of TINDAKAN_PERUSAHAAN

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    1/18

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    2/18

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    3/18

    2

    KANDUNGAN

    Prakata

    1. Pendahuluan

    2. Objektif

    3. Daftar lstilah

    4. Latar Belakang

    5. Tindakan Perusahaan

      5.1 Piket

      5.2 Mogok

      5.2.1 Prosedur Mogok

      5.2.2 Larangan Untuk Mogok

      5.2.3 Hukuman Bagi Mogok Haram

      5.3 Sekat Masuk (Lock-Out)

    6. Peranan Jabatan, Majikan Dan Kesatuan Sekerja DalamMenangani Isu-Isu Tindakan Perusahaan

      6.1 Peranan Jabatan

      6.2 Peranan Majikan Dan Kesatuan Sekerja

    7. Penutup

    Jadual

    3

    5

    5

    5

    6

    7

    8

    9

    11

    11

    12

    12

    12

    13

    14

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    4/18

    3

    Handbook  ini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada pegawai diJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), khasnya dalammemberi khidmat nasihat dan mengendalikan perkara-perkara yangberkaitan dengan perhubungan perusahaan. Selain daripada itu,handbook ini juga merupakan panduan asas yang boleh digunapakaioleh pihak majikan, pekerja, kesatuan sekerja atau pihak-pihak lainyang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang tugas

    perhubungan perusahaan.

    Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memupukdan memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni dan positifdi antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka,maka adalah diharapkan penerbitan handbook   ini dapat memupukperhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan dandalam Negara amnya selari dengan matlamat Jabatan Mencorakkan

    Masa Depan Bersama Keharmonian Perusahaan.

    Akhir kata sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai JPPMyang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan handbook  ini.

    Fong Khei Por J.S.M, A.M.K

    Ketua PengarahJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

    PRAKATAKETUA PENGARAH

    PERHUBUNGAN PERUSAHAANMALAYSIA

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    5/18

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    6/18

    5

    1. Pendahuluan

      Jabatan Perhubungan Perusahaan adalah bertanggungjawab  dan memainkan peranan utama dalam membendung kejadian  tindakan perusahaan seperti mogok, piket dan sekat masuk (lock   out)  bagi memupuk dan memelihara keharmonian perusahaan  negara demi mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif.

      Tindakan perusahaan adalah sah dalam keadaan dan bagi tujuan  tertentu, seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah  Perusahaan dalam contoh kes antara HM Shah Enterprise Sdn.  Bhd. lwn. National Union of Hotel Bar & Restaurant Workers   (Award 148 tahun 1988)  dan kes antara Syarikat Perjalanan   Terus Butterworth-Kuala Lumpur Sdn. Bhd. lwn. Transport   Workers Union (Award 279 tahun 1988).

    2. Objektif

    2.1 Memberi kefahaman dan meningkatkan pengetahuan  mengenai piket, mogok dan sekat masuk (lock out) .

      2.2 Menjelaskan prosedur-prosedur mengenai piket, mogok  dan sekat masuk (lock out)  yang perlu dipatuhi.

    3. Daftar Istilah

      “Tindakan Perusahaan” adalah merujuk kepada tindakan piket,  mogok atau sekat masuk (lock out).

      “Mogok”  ertinya tindakan memberhentikan atau enggan  melakukan kerja oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara  bersatu atau menyekat, mengurang, menangguh atau  menamatkan pelaksanaan mana-mana tugas berkaitan dengan

      pekerjaan mereka.

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    7/18

    6

      “Piket” ertinya berdiri atau berarak di hadapan premis  perniagaan atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada

      orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk  bantahan. (Legal Dictionary  - Sinha & Dheeraj ILBS: 1996).

      “Sekat Masuk (Lock-Out) ” ertinya:

      a) Penutupan tempat kerja; atau

      b) Penggantungan kerja; atau

      c) Keenganan majikan untuk terus mengambil bekerja apa-

      apa bilangan pekerja yang bekerja dengannya dalam  meneruskan pertikaian yang dilakukan dengan tujuan untuk  memaksa pekerja berkenaan supaya menerima syarat-  syarat dan peraturan-peraturan pekerjaan atau yang  menyentuh tentang pekerjaan.

    4. Latar Belakang

      Apabila sesuatu pertikaian antara kesatuan sekerja dengan  majikan gagal diselesaikan secara damai, pihak yang bertikai  akan cuba mendesak menggunakan cara yang lebih agresif bagi  menunjukkan rasa tidak puas hati mereka yang mana tindakan  ini boleh dianggap sebagai tindakan perusahaan. Terdapat tiga  jenis tindakan perusahaan yang dibenarkan oleh undang-  undang iaitu:

      - Piket;  - Mogok; dan  - Sekat masuk (lock-out)

      Di Malaysia, mogok terawal dalam konteks tindakan perusahaan  dilaporkan apabila Parti Komunis Malaya berjaya menyatukan  pekerja-pekerja bukan mahir menubuh pergerakan bawah tanah

      (underground movement)  serta mengadakan mogok beberapa  kali dalam tahun 1930an. Berikutan itu pihak kerajaan

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    8/18

    7

      memutuskan untuk memperkenalkan Trade Union Enactment   pada tahun 1946.

      Penggubalan undang-undang berkenaan pada ketika itu adalah  bertujuan mengekang penglibatan Parti Komunis dalam kesatuan  sekerja, menghadkan saiz dan kuasa kesatuan sekerja dengan  menghalang penubuhan kesatuan sekerja bagi pekerja am, dan  mengawal serta memantau pergerakan mereka dengan  mewajibkan pendaftaran kesatuan sekerja.

    5. Tindakan Perusahaan

      5.1 Piket

      Piket merupakan bentuk tindakan perusahaan yang kerap  diambil oleh para pekerja. Seksyen 40 Akta Perhubungan  Perusahaan 1967, membenarkan seorang atau lebih pekerja,  hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka bekerja

      secara aman bagi tujuan:

      •  mendapatkan atau menyampaikan maklumat.•  memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya

      bekerja atau tidak bekerja apabila wujudnya pertikaian  perusahaan.

      Walau bagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:

      •  Secara aman;  •  Tidak mengancam mana-mana orang;  •  Tidak menghalang jalan/pintu masuk dan keluar ke premis  majikan oleh pekerja yang terlibat secara langsung dalam  pertikaian tersebut; dan  •  Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja boleh hadir hanya  bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan disiplin  serta memastikan bahawa pekerja-pekerja itu mematuhi

      peruntukan berkenaan.

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    9/18

    8

      Piket merupakan tindakan perusahaan yang dilakukan  oleh pekerja di luar waktu kerja mereka iaitu:

      •  pada waktu makan tengahari;  •  sebelum; atau  •  selepas waktu kerja.

      Piket kebiasaannya merupakan usaha kesatuan untuk  mendesak majikan menurut kehendak pekerja  memandangkan terdapat beberapa syarat yang  menyukarkan pekerja melancarkan tindakan mogok secara

      sah.

      Menurut Seksyen 40(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967,  mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan  syarat-syarat dan tujuan berpiket seperti yang dinyatakan  di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila  disabitkan, boleh dikenakan hukuman seperti berikut:

      - Penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun;  atau  - Denda tidak melebihi satu ribu ringgit; atau  - Kedua-duanya.

      Tindakan piket dibenarkan dengan syarat ianya tidak  dilakukan di luar batas undang-undang. Tujuan piket itu  dibenarkan adalah untuk memberi peluang kepada pihak-

      pihak yang terlibat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.  Walau bagaimanapun hubungan industri yang harmoni dan  kompetitif perlu dipelihara dan diberi keutamaan kerana  ia secara tidak langsung boleh membantu pertumbuhan  ekonomi negara dalam merealisasikan Wawasan 2020.

      5.2 Mogok

      Tindakan mogok adalah di bawah kawalan Akta Perhubungan  Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    10/18

    9

      Terdapat beberapa jenis tindakan perusahaan yang tergolong  dalam denisi mogok seperti:

      a. Melambatkan kerja (go slow) ;  b. Bekerja mengikut peraturan (work to rule) ; dan  c. Enggan membuat kerja lebih masa.

      Menerusi tindakan tersebut di atas, walaupun pekerja  terus bekerja tetapi akan berlaku pengurangan dalam  pengeluaran dan pengurangan pengeluaran dengan sengaja

      adalah dianggap sebagai mogok. (Award   Mahkamah  Perusahaan bilangan 28 tahun 1975 menyatakan “A slow-   down or go slow and work-to-rule by workers are forms   of strike under the Industrial Relations Act” ).

      Keengganan bekerja lebih masa oleh sekumpulan pekerja  juga dianggap sebagai tindakan mogok dalam Perkhidmatan  Perlu (Essential Services)   kerana dalam organisasi

    sedemikian pekerja boleh diperlukan untuk kerja lebih  masa oleh majikan.

      5.2.1 Prosedur Mogok

      Sesebuah kesatuan yang hendak melancarkan mogok  hendaklah mengikut peraturan-peraturan di bawah  Akta Kesatuan Sekerja 1959. Bagi perkhidmatan

      yang ditakrifkan sebagai perkhidmatan perlu di bawah  Akta Perhubungan Perusahaan 1967, selain daripada  mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta  Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan juga dikehendaki  mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Seksyen  43 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 seperti  berikut:

      •  memberi notis kepada majikan selama 42 hari  sebelum melancarkan mogok;

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    11/18

    10

      •  tidak melancarkan mogok dalam tempoh 21 hari  selepas memberi notis itu;

      •  tidak melancarkan mogok sebelum luputnya tarikh  yang ditetapkan dalam notis itu.

      Untuk melakukan mogok secara sah, selain daripada  mematuhi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan  Peraturan-Peraturannya, sesebuah kesatuan sekerja  juga perlu mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah

      Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-peraturan  Kesatuan Sekerja berkenaan.

      “Wildcat Strike”  ialah tindakan mogok yang biasanya  dilakukan oleh:

      • pekerja-pekerja yang tidak berkesatuan; atau  • kesatuan sekerja tetapi tidak mematuhi prosedur

      ditetapkan.

      Pada amnya mereka yang tidak berkesatuan tidak  dibenarkan untuk melancarkan mogok.

      Menurut Seksyen 45 Akta Perhubungan Perusahaan  1967, mogok itu dianggap sebagai mogok haram  sekiranya:

      • Ianya melanggar peruntukan Seksyen 43 Akta  yang sama atau mana-mana undang-undang  bertulis;  • Ianya mempunyai objektif lain selain daripada  perlanjutan kepada pertikaian perusahaan yang  melibatkan pekerja yang mogok dengan majikan;  • Dilakukan oleh pekerja-pekerja yang bukan ahli

      kesatuan sekerja.

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    12/18

    11

      5.2.2 Larangan Untuk Mogok

      Seksyen 44 Akta Perhubungan Perusahaan 1967  melarang tindakan mogok dalam situasi seperti  berikut:-

      • Dalam tempoh di mana Lembaga Penyiasat  dilantik menurut Seksyen 34 Akta Perhubungan  Perusahaan 1967 menjalankan penyiasatan dan  dalam tempoh 7 hari selepas penyiasatan itu

      selesai;

      • Berkaitan dengan sebarang perkara yang diliputi  perjanjian bersama yang telah diambil perhatian  oleh Mahkamah Perusahaan atau perkara yang  diliputi oleh keputusan (award)  Mahkamah  Perusahaan;

      • Berkaitan dengan hak majikan (management’s   prerogatives)  di bawah Seksyen 13(3) Akta  Perhubungan Perusahaan 1967;

      • Dalam tempoh tuntutan pengiktirafan oleh  kesatuan sedang dikendalikan.

      5.2.3 Hukuman Bagi Mogok Haram

      Seksyen 46 Akta Perhubungan Perusahaan 1967  memperuntukkan seseorang pekerja yang melibatkan  diri dalam mogok haram, jika disabitkan kesalahan

    boleh:

      • dipenjarakan tidak melebihi satu tahun; atau  • denda tidak melebihi RM1,000.00; atau

      • kedua-duanya.

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    13/18

    12

      5.3 Sekat Masuk (Lock-Out) 

      Sekat masuk (lock-out)  adalah tindakan yang boleh diambil  oleh majikan bagi mendesak atau menekan kesatuan sekerja  supaya menerima syarat-syarat atau peraturan yang  ditawarkan oleh majikan kepada pekerja.

    6. Peranan Jabatan, Majikan Dan Kesatuan Sekerja Dalam  Menangani Isu-isu Tindakan Perusahaan

      6.1 Peranan Jabatan

      Sekiranya dimaklumkan mengenai tindakan perusahaan oleh  mana-mana pihak yang bertikai, Jabatan akan membawa  kedua-dua pihak ke meja rundingan bagi tujuan penyelesaian.

      6.2 Peranan Majikan dan Kesatuan Sekerja

      Pihak yang bertikai hendaklah memberi kerjasama kepada  Jabatan dalam perkara-perkara berikut:

      a) Memberikan maklumat yang tepat mengenai isu pertikaian;

      b) Berbincang dengan pihak Jabatan untuk mencari jalan  penyelesaian;

      c) Kedua-dua pihak perlu bersedia untuk bertolak ansur untuk  mencapai penyelesaian secara damai

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    14/18

    13

    7. Penutup

      Piket, mogok mahupun sekat masuk merupakan usaha  untuk mencapai sesuatu matlamat oleh pihak yang  terlibat dalam pertikaian perusahaan. Tindakan tersebut  merupakan usaha untuk mendesak pihak-pihak tertentu agar  menuruti kehendak pihak yang bertikai. Meskipun mogok  dibenarkan di Malaysia, tetapi kesannya terhadap ekonomi  adalah sangat serius.

      Di peringkat syarikat, tindakan perusahaan boleh menyebabkan  kerugian besar kepada majikan. Manakala di peringkat  nasional pula, ianya akan mempengaruhi keputusan pelaburan  oleh syarikat multi-nasional. Justeru itu semua pihak hendaklah  berusaha sedaya upaya untuk mencegah dan menghindar  dari berlakunya sebarang bentuk tindakan perusahaan.

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    15/18

    14

    JADUAL

    PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN PERLU (Seksyen 2)

    1. Perkhidmatan-perkhidmatan bank.

    2. Perkhidmatan-perkhidmatan elektrik.

    3. Perkhidmatan-perkhidmatan bomba.

    4. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan,  labuhan dan lapangan terbang, termasuklah memuat dan  memunggah di kapal, pengangkutan, pengendalian kargo,  penundaan dan penyimpanan atau memukal komoditi-komoditi.

    5. Perkhidmatan-perkhidmatan pos.

    6. Perkhidmatan-perkhidmatan penjara.

    7. Pengeluaran, penapisan, penyimpanan, pembekalan dan  pengedaran minyak dan minyak pelincir.

    8. Perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan awam.

      8A. Perkhidmatan pengurusan pembuangan sisa awam.

    9. Perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi radio, termasuklah  perkhidmatan-perkhidmatan penyiaran dan televisyen.

    10. Perkhidmatan-perkhidmatan telegraf, telefon dan telekomunikasi.

    11. Perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan melalui darat, air dan  udara.

    12. Perkhidmatan-perkhidmatan air.

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    16/18

    15

    13. Apa-apa perkhidmatan oleh mana-mana Jabatan Kerajaan yang  berikut:

      (i) Kimia;  (ii) Penerbangan Awam;  (iii) Kastam dan Eksais;  (iv) Imigresen;  (v) Marin;  (vi) Meteorologi;  (vii) Percetakan.

    14. Perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan, atau  berhubungan dengan, atau yang membantu kepada,  penyenggaraan dan perjalanan tugas-tugas Angkatan Tentera  dan Angkatan Polis Diraja Malaysia.

    15. Perniagaan-perniagaan dan industri-industri yang berkaitan  dengan pertahanan dan keselamatan Malaysia.

    16. Mana-mana bahagian dalam apa-apa perkhidmatan, yang  bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja-pekerjanya atau  pertubuhan yang berhubungan dengannya.

    17. Industri-industri yang diisytiharkan oleh Menteri melalui  pemberitahuan di dalam Warta sebagai industri-industri perlu  kepada ekonomi Malaysia.

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    17/18

    16

    Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkandalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbitJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.

    All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a

    retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electrical, mechanical,photocopying, recording or otherwise, without the prior permission in writing of theDepartment of Industrial Relations of Malaysia, Ministry of Human Resources.

  • 8/18/2019 TINDAKAN_PERUSAHAAN

    18/18