Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

40
Teori-teori pembelajaran sosial dan kognitif Tutorial: Jelaskan tentang teori pembelajaran sosial Albert Bandura dan teori pembelajaran kognitif Kohler, Ausubel, Bruner dan Gagne.

Transcript of Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Page 1: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Teori-teori pembelajaran sosial dan kognitif

Tutorial: Jelaskan tentang teori pembelajaran sosial Albert Bandura

dan teori pembelajaran kognitif Kohler, Ausubel, Bruner dan Gagne.

Page 2: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Teori pembelajaran Sosial-Albert Bandura

• Albert Bandura merupakan ahli psikologi kelahiran Kanada yaang berkhidmat di Universiti Stanford.

• Menurut teori Albert Bandura (1925), manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan,mdapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan.

Page 3: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• Pada peringkat awal, teori ini dikenali sbg teori pembelajaran sosial.

• Teori ini ada persamaan dengan teori pelaziman operan yang mengambil kira kesan peneguhan ke atas tingkah laku.

• Kemudian berkembang sbg teori sosial-kognitif memandangkan proses kognitif turut terlibat.

• Secara semula jadi, manusia belajar melalui proses pemerhatian dan peniruan .

Page 4: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Kajian Bandura

• Berikut merupakan kaedah yang digunakan Bandura dlm kajiannya.

• Beliau menggunakan patung Bobo untuk menjalankan kajiannya keatas sekumpulaan kanak-kanak tadika.

Page 5: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Page 6: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Tiga Bentuk Peniruan:

• Peniruan secara langsung: melihat model(orang lain). Individu mengikut tindakan yg sama.

• Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan : tindakan yg hanya boleh dilakukan dlm situasi tertentu shj (skt lakuan). Peniruan ini melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dlm semua situasi (tak sekat lakuan)

• Peniruan elisitasi : melibatkan emosi dan keinginan.

Page 7: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Pengaruh tiga unsur dalam pembelajaran sosial:

Individu (kognitif)

Tingkah Laku

Persekitaran

Page 8: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Langkah Pembelajaran Peniruan

• Bandura telah mengemukakan empat langkah untuk membolehkan peniruan berlaku.

1.Tumpuan perhatian : Individu hendaklah memerhatikan pelakuan model. Proses pemerhatianini boleh juga ke atas beberapa tingkah laku.

2.Penyimpanan dalam ingatan : apa yang diperhati disimpan dalam ingatan.

Page 9: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

3. Pengeluaran : maklumat, tingkah laku atau kemahiran yang disimpankan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan.4. Motivasi dan peneguhan : apabila individu berasa seronok, berjaya atau mendapat peneguhan daripada orang lain, maka tingkah laku akan diulangi dan dikukuhkan.•Orang yang ditiru tingkah laku dipanggil model dan tekniknya ialah modeling.

Page 10: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• Orang yang ditiru tingkah laku dipanggil model dan tekniknya ialah modeling. Model dapat dibahagikan kepada dua jenis (Ormrod,2008):

1. Model sebenar/ model hidup : model sebenar merupakan tingkah laku orang, haiwan atau objek yang ditiru.

2. Model simbolik :merujuk kepada langkah kerja atau prosedur. Model simbolik boleh dalam bentuk bahasa atau dalam bentuk visual (gambar, carta aliran, gambar rajah). Selain itu, model simbolik termasuklah watak dalam cerita, tokoh sejarah serta tingkah laku watak-watak yang ditonton dan didengar melalui dan televisyen.

Page 11: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Implikasi Teori Pembelajaran Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran

• Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan.

• Kukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan. • Guna model yang sebenar.• Pastikan setiap pelajar dapat melihat model dengan

jelas. Tegaskan perlakuan yang hendak ditiru dan dikukuhkan.

• Ulang dan tegaskan langkah yang penting. Beritahu sebab atau kewajarannya.

• Paparkan hasilan kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus berusaha dan merancang pelajar lain sebagaimana pelajar berkenaan.

Page 12: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Teori pembelajaran kognitf

Page 13: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Teori GestaltTeori Celik Akal Kohler(gestalt)

• Kohler merupakan ahli kumpulan Gestalt dari Jerman yang membuat kajian keatas seekor cimpanzi bernama Sultan. Hasil kajian Kohler terhasillah teori celik akal.

• Beliau telah menjalankan dua eksperimen terhadap cimpanzi dalam membentuk teori gestalt.

• Eksperimen pertama, Kohler telah menempatkan seekor cimpanzi yang dalam kelaparan di dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar cimpanzi tersebut , di letakkan beberapa batang buluh yang berlainan ukuran panjangnya beserta dengan sebiji pisang yang tidak boleh di capai oleh cimpanzi tersebut.

Page 14: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• Usaha pertama yang di lakukan oleh cimpanzi tersebut ialah dengan melontar kayu pada pisang. Kemudian cimpanzi tersebut mula sedar bahawa kayu yang ada boleh di gunakan untuk mencapai pisang tersebut.

• Cimpanzi pintar yang bernama sultan di dapati boleh menyambung dua batang kayu dalam usaha untuk menarik pisang ke kandang. Akhirnya cimpanzi tersebut berjaya memperolehi pisang.

Page 15: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• Eksperimen yang kedua ialah dengan memasukkan seekor cimpanzi ke dalam sangkar dan pisang di gantung di bumbung kandang yang tinggi. Beberapa buah kotak di letakkan di atas lantai sangkar tersebut. Cimpanzi memulakan usahanya untuk mendapat sebiji pisang di atas bumbung yang tinggi dengan cara melompat beberapa kali. Malangnya usaha ini tidak membantu cimpanzi tersebut untuk mendapatkan pisang itu.

• Seterusnya cimpanzi tersebut memerhati sekeliling dan secara tiba-tiba cimpanzi tersebut mengheret satu demi satu kotak yang di letakkan oleh Kohler di lantai kandang. Ia menyusun kotak-kotak tersebut secara bertindih-tindih seperti tangga. Kemudian memanjat kotak-kotak tersebut, akhirnya usaha cimpanzi itu berhasil.

Page 16: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• Eksperimen Kohler ini telah menerangkan bahawa cimpanzi-cimpanzi tersebut berjaya melihat masalah sebagai satu keseluruhan yang bersatu menurut Kohler cerdik akal atau fenomena ‘ah-ha’ merujuk kepada kedapatn ilham atau idea. Dimana teori ini melihat kebolehan individu mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba. Setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang relevan dalamnya.

Page 17: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

TEORI PENGAMATAN (HUKUM PRAGNANZ)

• Kumpulan Gestalt juga mengemukakan teori pengamatan iaitu bagaimana manusia melihat dunia. Menurut teori ini, manusia melihat dunia secara keseluruhan. Apabila maklumat mencukupi objek (rangsangan) yang tidak sempurna akan dibentuk oleh kefahaman (makna) oleh otak manusia. Hal ini dinamakan pengamatan dan penanggapan.

Page 18: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

TEORI PENERIMAAN AUSUBEL

• David Ausubel merupakan seorang ahli psikologi amerika dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran dalam pendidikan sains.  Beliau terkenal dengan teori pembelajaran secara penerimaan.

• Menurut beliau pembelajaran bermakna apabila bahan pengajaran yang digunakan juga merupakan bahan yang bermakna. Bahan yang bermakna ini pula tergolong kepada dua aspek iaitu, teks pengajaran dan juga aspek penyampaian ilmu oleh guru.

Page 19: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• Menurut Ausubel gabungan kedua-dua aspek ini menjadikan bakal menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Hal ini demikian kerana, murid memperolehi banyak maklumat yang dapat dikuasai secara serentak melalui bahan pembelajaran yang berkesan iaitu melalui teks dan juga penyampaian ilmu oleh guru.

Page 20: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Advance Organizer (pengurusan/pendedahan awal)

• Kajian Ausubel telah mengahasilkan satu konsep penting dalam pengajaran pembelajaran iaitu, Advance Organizer.

• Advance Organiser (AO) bermaksud pengurusan atau pendedahan awal. Menerut Ausubel, AO perlu diberikan kepada murid sebelum sesuatu pengajaran sebenar dilakukan.

• Ini bertujuan untuk memastikan murid mendapat pendedahan awal mengenai topik pengajaran yang akan berlaku selepas ini.

Page 21: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• Selain itu, AO juga membolehkan murid mempelajari perkara-perkara asas yang berkaitan dengan topik yang bakal dipelajarinya nanti. Memahami perkara-perkara asas mengenai topik pembelajaran yang akan dipelajari akan membantu murid untuk memahami topik pelajaran sebenar secara lebih mendalam.

Page 22: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Dua Jenis AO

• AO perbandingan atau komparatif - merujuk kepada perkaitan antara maklumat baru dengan maklumat sedia telah dimiliki oleh murid. Pengetahuan sedia ada akan digunakan oleh murid untuk mempelajari maklumat baru.

• AO ekspositori - merupakan maklumat umum yang diberikan kepada murid selum pembelajaran maklumat khusus. Ia bertujuan memudahkan murid untuk menerima maklumat baru kelak.

Page 23: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• David Ausubel telah mengemukakan stategi pembelajaran penerimaan yang bermakna. Melalui stategi ini, guru merupakan individu yang memainkan peranan penting bagi membina stuktur kognitif murid. Pengajaran harus bercorak daripada sesuatu yang umum kepada khusus dengan menggunakan AO. Stategi pembelajaran adalah seperti berikut:

Page 24: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• Persembahan Advance Organiser-Persembahan AO dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti pernyataan, perbincangan pembelajaran yang berkaitan dengan topik baru yang bakal dipelajari dan juga memperkenalkan bahan-bahan baru yang bakal digunakan oleh murid dalam pembelajaran seterusnya.

• Tujuan utuma mempersembahkan AO ialah untuk menggerakkan struktur-struktur kognitif murid yang sedia ada supaya pembelajaran baru dapat diintergrasikan dengan pengetahuan sedia ada murid.

Page 25: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• Perhubungan Konsep - Bagi menjadikan sesuatu pembelajaran itu bermakna, guru mesti menolong muridnya menggabungkan sturuktur kognitif sedia ada dengan struktur yang baru diajar. Pembelajaran yang baru mestilah dikaitrapatkan dengan dengan struktur kognitif yang telah mereka miliki.

• Pembezaan progresif - Pembezaan progresif merupakan persembahan bahan-bahan terancang daripada umum kepada ciri-ciri spesifik dan lebih terperinci.

Page 26: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

• Penyesuaian secara intergrasi - Tajuk-tajuk pembelajaran yang ingin diajar oleh guru perlulah diubahsuai dan diintergarsikan dengan maklumat yang telah dipelajari dahaulu. Ini bertujuan supaya topik pembelajaran yang baru boleh dihubungkaitkan dengan topik pembelajaran yang telah dipelajari oleh murid sebelum ini. Penyesuaian intergrasi melibatkan perkaitan fungsi atau peranan antara kedua-dua topik pembelajaran yang diajar oleh guru.

Page 27: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran Ausubel Dalam Bilik Darjah

Persembahkan maklumat umum tentang sesuatu topic sebelum memberikan contoh khusus dan membincangkan perincian topik berkenaan.

Gunakan bahan-bahan penyampaian pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar atau pembelajaran lepas.

Bantu pelajar membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau dengan pengetahuan sedia ada.

Beri maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan pelajar untuk membolehkan pelajar memahami pembelajaran baharu, jika pelajar tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkaitan dengan pembelajaran baharu.

Page 28: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Susun atur penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara sistematik, langkah demi langkah serta gunakan bahan serta laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pelajar.

Sediakan dan gunakan alat bantu mengajar yang konkrit; sesuai dengan tahap pemikiran pelajar untuk membantu pemahaman pelajar serta penyampaian guru.

Page 29: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

TEORI PENEMUAN BRUNER• Jerome Bruner, merupakan seorang ahli psikologi

Amerika yang terkenal dengan pembelajaran konsep melalui proses pengkategorian.

• Teori pembelajaran yang dipelopori oleh Bruner adalah berpusatkan pembelajaran atau pelajar dan berbentuk induktif. Ini bermakna teori Bruner ini adalah bertentangan dengan teori Ausubel yang berbentuk deduktif.

• Bruner mementingkan penggunaan pendekatan induktif iaitu pelajar diberikan contoh-contoh yang spesifik sebelum membuat definisi konsep.

Page 30: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Pembelajaran Konsep Melalui Penemuan

• Bruner, pembelajaran konsep merupakan satu cara individu membezakan dan mengkategorikan sesuatu benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Setiap objek, kejadian atau idea mempunyai satu set ciri-ciri yang umum. Ia turut melibatkan beberapa proses seperti mengingat kembali, membuat perkaitan maklumat baru dengan yang lama serta membuat subkategori.

Page 31: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Teori Pembelajaran Induktif • Di bawah pembelajaran konsep Bruner, maklumat disusun

secara induktif iaitu bermula dari spesifik ke umum untuk membantu kanak-kanak memahami pembentukan konsep.

• Mengikut kajian Jerome Bruner, guru seharusnya membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu mereka menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan.

• Teori pembelajaran induktif lebih kepada membekalkan kanak-kanak dengan satu jurang pengalaman yang dapat menambahkan kebiasaan mereka tentang konsep baru yang dipelajari. Di sini, guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep kanak-kanak adalah dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kanak-kanak kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman.

Page 32: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Pembelajaran Penemuan• Suatu pembelajaran yang berbentuk inkuiri. Ianya melibatkan

situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh murid. Mereka akan mengaitkan sendiri pengalaman mereka yang telah lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan maklumat baharu yang sedang mereka terokai. Dengan cara ini, meraka akan lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu perkara yang baru dipelajari.

• Guru akan bertindak sebagai pembimbing untuk memberi panduan yang sesuai kepada murid dengan mengemukakan masalah atau fenomena dan mengawasi aktiviti murid. Pembelajaran menerusi proses inkuiri membolehkan pembelajaran secara aktif berlaku kerana pelajar perlu meninjau sendiri masalah yang diberi.

Page 33: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Implikasi Teori Pembelajaran Bruner Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

• Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan mereka.

• Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk meneroka, menyentuh dan merasa supaya mereka memperoleh pengalaman yang boleh mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Guru boleh memberikan situasi penyelesaian masalah dan membimbing murid dengan menyediakan bahan, menyuruh pelajar membuat pemerhatian, membentuk hipotesis dan menguji penyelesaian.

• Guru juga boleh memberi contoh yang berkaitan dan contoh yang tidak berkaitan ketika mengajar supaya murid dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-idea dalam sesuatu konsep. Penggunaan bahan-bahan sokongan seperti gambar, carta dan objek boleh digunakan untuk memudahkan murid memahami proses pembentukan konsep.

Page 34: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Teori Hirarki Belajar dari Gagne

• R.M Gagne (1916-2002) , merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yg berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dlm latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain.

Page 35: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Penyelesaian Masalah

Hukum

Konsep

Diskriminasi

Pertalian Bahasa

Rangkaian Motor

Gerak Balas

Pembelajaran Isyarat

Hierarki Pembelajaran Gagne

Page 36: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

a) Pembelajaran Isyarat:• Seseorang ind. mempelajari gerak balas thadap

ssuatu isyarat. b) Pembelajaran Gerak Balas:• Proses pneguhan pnting utk memperkuatkan

pertalian antara ransangan dengan gerak bls. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal agar gerak bls positif dpt dikekalkan.

c) Rangkaian Motor:• Digunakan dlm pmbljrn kemahiran seperti

permainan,muzik dll. Ia merupakan satu siri tingkah laku yg berkaitan utk melengkapi tugasan yg dijalankan.

Page 37: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

d) Pertalian Bahasa:•Utk mnyatakan sstu prinsip, pljr mmerlukan kmhiran bhs utk mgaitkan fakta,data, dan konsep. e) Diskriminasi:•Belajar membezakan bnda2 yg dipelajari mengikut ciri2 ttntu untuk memudahkan proses mgkategori dan myimpannya dalam ingatan.f) Konsep:•Pembentukan konsep bermula dgn ptalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri2 ssuatu konsep scr tepat.

Page 38: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

g) Hukum: •Melibatkan gbungan dua atau lbih knsep yg bkaitan dlm sstu urutan atau rgkaian. Pembelajaran ini mlibatkan pggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.h) Penyelesaian Masalah:•Melibatkan pggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum utk myelesaikan mslh dlm ssuatu situasi baru.

Page 39: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Implikasi hierarki Gagne

• Proses pembelajaran bmula drpd rnsgan luar.• Bergntung kpd motivasi luaran dan dalaman.• Fasa maklum balas adalah terpenting krn fasa

ini dpt mengukuhkan konsep ilmu yg diperolehi.

• Proses ini berkait rapat dgn konsep kesediaan, motivasi, pengamatan, penanggapan, ingatan dan lupaan dan pemindahan pembelajaran.

Page 40: Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif

Sekian Terima kasih

Disediakan oleh:

Hafizawatie Jamaluddin