teks ucapan pidato

4
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1970, Persefahaman bermaksud perihal permuafakatan atau persetujuan. Asas pula membawa erti akan dasar atau tapak. Manakala perpaduan bermaksud penyatuan sehingga menjadi satu bahan baru. Dan ummah pula bererti penganut agama Islam. Persefahaman dapat dipupuk dengan adanya sikap kasih sayang, bertoleransi, berbaik sangka dan saling membantu antara satu sama lain. Bak kata pepatah “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing” Persefaham tak akan dapat digarap sama sekali jika umat Islam berpecah belah, mengadu domba, berprangsangka, suka menunding jari dan mementingkan diri sendiri. Dengan adanya persefahaman, maka perpaduan mudah digarap. Kini, umat islam berpecah belah, bermusuh-musuhan sesama sendiri. Mereka berpegang kepada idea dan prinsip masing-masing. Lihat sahaja kepada pergolakan yang berlaku di kalangan umat Islam sama ada di dalam atau di luar negara. Firman ALLAH dalam surah Al-Hujurat ayat ke 12 yang bermaksud “ Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah ada di antara kamu yang suka menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya sendiri?Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada ALLAH, sungguh ALLAH maha penerima taubat, maha penyayang.

description

contoh teks ucapan pidato

Transcript of teks ucapan pidato

Page 1: teks ucapan pidato

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1970, Persefahaman bermaksud perihal permuafakatan atau persetujuan. Asas pula membawa erti akan dasar atau tapak. Manakala perpaduan bermaksud penyatuan sehingga menjadi satu bahan baru. Dan ummah pula bererti penganut agama Islam.

Persefahaman dapat dipupuk dengan adanya sikap kasih sayang, bertoleransi, berbaik sangka dan saling membantu antara satu sama lain. Bak kata pepatah “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing”

Persefaham tak akan dapat digarap sama sekali jika umat Islam berpecah belah, mengadu domba, berprangsangka, suka menunding jari dan mementingkan diri sendiri. Dengan adanya persefahaman, maka perpaduan mudah digarap.

Kini, umat islam berpecah belah, bermusuh-musuhan sesama sendiri. Mereka berpegang kepada idea dan prinsip masing-masing. Lihat sahaja kepada pergolakan yang berlaku di kalangan umat Islam sama ada di dalam atau di luar negara. Firman ALLAH dalam surah Al-Hujurat ayat ke 12

yang bermaksud “ Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah ada di antara kamu yang suka menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya sendiri?Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada ALLAH, sungguh ALLAH maha penerima taubat, maha penyayang.

Berteraskan nas tersebut itu tadi, maka sepakat ulama’ menyatakan membina perpaduan Islam adalah wajib. Ini sekaligus menunjukkan perpaduan dalam kalangan umat Islam wajib diusahakan dengan segala usaha yang termampu. Walaupun Islam membenarkan perselisihan pendapat dan ijtihad, namu tidak ada hujah bagi umat ini untuk berpecah-belah. Lihat sahaja kepada perkara-perakara asas agama semuanya berasaskan penyatuan. Dalam ibadat solat, umat Islam bersatu dalam kiblat, bersatu dalam waktu-waktu yang dikerjakan, bersatu juga dalam solat berjemaah, bersatu dalam perlakuan solat, yakni rukun-rukun dan syarat-syaratnya, bersatu dalam tempat solat iaitu masjid atau surau. Ini semua menjurus kepada perpaduan.

Begitulah juga dalam ibadah-ibadah lain seperti puasa, ibadah haji, ibadah zakat, kesemua-kesemua syariat dan rukun-rukun dalam ibadah tersebut menjuruskan kepada perpaduan.

Page 2: teks ucapan pidato

Sewajarnya, penyatuan yang terkandung dalam ibadah-ibadah fardu umat Islam menjadi wadah dalam melahirkan perpaduan ummah. Tetapi, apa yang berlaku di kalangan umat Islam sekarang?Contohnya di negara kita sendiri Malaysia yang dicintai ini, bukanlah perpecahan. Dan lebih parah lagi perpecahan itu berkalu dalam bentuk abstrak iaitu perpecahan hati dan prejudis antara umat Islam terutamanya yang membabitkan politik. Maka, timbulah fenomena risik merisik sesama sendiri. Perpecahan hati seperti ini, amatlah negatif kesannya apabila umat Islam tidak mampu berfikir secara kolektif untuk kepentingan ummah sendiri, sama ada dalam pendidikan, ekonomi, pembinaan tamadun dan sebagainya.

Persoalannya sekarang, bagaimana persefahaman harus dipupuk dalam negara kita yang sering berpecah belah dan berpuak-puak lebih-lebih lagi yang sudah termaklum dengan berbilang bangsa dan keturunan, dengan pelbagai darjat dan pangkat.

Firman ALLAH dalam surah Al-Hujurat ayat ke 13

yang bermaksud “ Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari sorang laki-laki dan sorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh ALLAH maha mengetahui, maha teliti. Berdasarkan firman ALLAH tersebut, manusia yang paling mulia di sisi ALLAH ialah orang yang takwa. Jadi, sudah tentulah persefahaman itu dapat dipupuk dengan adanya sikap rendah diri, kesederhanaan dalam segala hal dan tindak-tanduk. Dan yang lebih penting lagi, perlu ada keseimbangan atau wasatiyyah. Wasatiyyah seharusnya diletakkan sebagai asas kepada pelaksanaan sesuatu perkara itu agar tidak berlaku kepaksaan, kekerasan, lebih-lebih lagi kezaliman ke atas hak asasi pelbagai kaum.

Dalam konteks negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum berpuak-puak ini, persefahaman merupakan agenda penting untuk memupuk perpaduan ummah dan seterusnya menjana kemajuan dalam pelbagai bidang.

Perpaduan ummah menjadi agenda penting dalam mencapai cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju menjelang abad ke-21. Kepimpinan pada hari ini menekankan perpaduan berlandaskan konsep 1 Malaysia tanpa mengetepikan syariat dan aqidah Islam dengan agar rakyat dapat menikmati

Page 3: teks ucapan pidato

kemakmuran hidup, saling menerima dan menghormati antara satu sama lain. Selain itu, pihak kerjaan telah memperkenalkan modal ekonomi baru yang berteraskan program transformasi ekonomi agar kehidupan sosial dan ekonomi dapat dipertingkatkan. Perpaduan ummah yang jitu dan unggul pemangkin kepada keamanan dan kesejahteraan dan keutuhan negara.

Marilah kita sama-sama membentuk ummah yang terbaik yang mengimbangi kehidupan kita secara saksama, adil dan bertetapan dengan apa yang diajar oleh Rasulluah SAW. Ambillah contoh tauladan yang telah digariskan oleh Baginda dalam setiap tindak-tanduk kita agar tidak tersasar daripada hidup bermasyarakat yang sebenarnya. Kembalilah kepada ALLAH dalam semua aspek kehidupan. Firman ALLAH dalam Surah Al’Araf ayat ke 96

yang bermaksud “Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan(ayat-ayat kami), maka kami siksa mereka sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan.

Ingatlah bahawa hanya dengan persefahaman dan semangat kental yang tinggi serta tindakan yang ikhlas dan istiqamah sahaja yang boleh membawa ummah ke arah kecemerlangan.