Teknologi Pendidikan Edu 3105

download Teknologi Pendidikan Edu 3105

of 23

Transcript of Teknologi Pendidikan Edu 3105

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    1/23

    BAHAN 1 : Teknologi Pendidikan

    Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan

    pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan

    pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

    Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P

    Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P

    Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P

    Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P

    lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiranteknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk

    meningkatkan keberkesanan P&P.

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    2/23

    Konsep

    Konsep dan Definisi

    Maksud Teknologi

    Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alatyang dapat meningkatkan keupayaan manusia

    Teknologi daripada perkataan latin; Teknos Teknik/cara/kaedah; Logos _ Kaji/belajar/Study

    Mengkaji/Mempelajari teknik/ cara atau Teknologi bermaksud kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah danberkesan.

    Teknologi dalam Bahasa Yunani dari perkataan techne kemahiran

    Mengikut Galbraith (1967), the systematic application of scientific knowledge and otherorganized knowledge to practical tasks.

    kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehinggaterbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.Heinich, Molenda dan Rusell (1969)

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    3/23

    Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea.Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapaisesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatupengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori,pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula

    merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan.

    Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan?

    Pendidikan ialah "usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakatuntuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usahamemperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia

    Pendidikan juga adalah proses pengubahan sikap dan tata laku seseorang atau kelompokorang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pelatihan.

    Teknologi Pendidikan

    Mengikut Crowell (1971), Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknikdan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan

    Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikansecara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk danmengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untukmempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Persatuan TeknologiPendidikan Malaysia, 1988)

    Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arahpencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Bahagian Teknologi Pendidikan

    1991)

    Apakah pula yang dimaksudkan dengan pengajaran?

    Mengikut Robert Glaser (1962), proses pengajaran meliputi empat komponen yang penting iaituobjektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan penilaian.

    Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, 1991 dari segi pendidikan, pengajaran merupakan suatuaktiviti atau proses yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku, sikap atau kepercayaanpelajar. Proses pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penghuraian, demonstrasi,penggunaan alat bantu mengajar, bersoal jawab dan sebagainya.

    Wan Zah Wan Ali (2000) menkelasifikasikan kepada 4 Kategori pengertian pengajaran:1. Menyampaikan maklumat,2. Memindahkan maklumat,3. Mendorong maklumat,4. Membina manusia yang lebih baik

    Pengajaran adalah proses yang berorentasikan maklumat yang dirancang terlebih dahulu.(Romiszowaski, 1988).

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    4/23

    Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkanpembelajaran. (Heinich, Molenda, Russell, 1981)

    Teknologi Pengajaran

    Menurut Seels dan Richey (1994), Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang

    mereka bentuk, membangun,mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untukpembelajaran. Instructional technology is the theory and practice of designing, development,utilization, management, and evaluation of processes and resources for learning.

    Definisi; segala suatu yang dapat diguna untuk menyalurkan pesanan daripada pengirimkepada penerima hingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat pelajarseterusnya terjadinya proses pembelajaran.

    Domain-domain

    2 Domain Teknologi Pendidikan

    Domain Teknologi Pengajaran 1977

    (1) Fungsi Pengurusan pengajaran ;

    (a) organisasi

    (b) kakitangan

    (2) Fungsi Pengembangan Pengajaran ;Penyelidikan, merekabentuk, penerbitan, penilaian,

    penggunaan, logistik atau tempat pengumpulan, penyebaran.

    (3) Fungsi sumber pembelajaran; manusia-penyebar(guru), bahan-penyimpan

    mesej(buku,video); peralatan-hantar maklumat tersimpan(perakam video); Teknik-bagaimana

    bahan disampaikan(perbincangan,lawatan) Tempat/keadaan-mesej disebarkan (bilik darjah).

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    5/23

    Domain Teknologi Pengajaran 1944

    (1) Reka Bentuk-Reka bentuk sistem pengajaran; Reka bentuk mesej; Strategi pengajaran; ciri

    pelajar

    (2) Pembangunan-Teknologi percetakkan, audiovisual, berasaskan komputer, bersepadu.

    (3) Penggunaan-Penggunaan media, difusi dan inovasi; pelaksanaan ; Polisi dan Peraturan.

    (4) Pengurusan- Pengurusan projek, sumber, sistem penyampaian, pengurusan maklumat.

    (5) Penilaian- Analisis masalah, Pengukuran rujukan kreteria, Penilaian formatif, Penilaian

    Sumatif.

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    6/23

    Prinsip-prinsip

    Antara prinsip penggunaan sumber pendidikan: Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan

    lebih berkesan.

    Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu:

    o Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik

    yang diajar

    o Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat

    membantu proses P&P

    o Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan pengukuhan

    Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar

    belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah

    Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan

    P&P

    Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum P&P

    Sumber Pendidikan:

    Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan pelajaran

    Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid

    Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid

    Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    7/23

    Peranan dan kepentingan teknologi pendidikan

    Kepentingan

    Melancarkan proses P&P

    Menjimatkan masa, tenaga dan kos

    Mengekalkan minat dan perhatian murid

    Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar

    Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi

    gambaran yang menyeluruh dan jelas Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid

    Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum

    Memperkayakan pengalaman murid

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    8/23

    BAHAN 2 : Media Pengajaran

    Pengenalan

    Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yangkemudiannyadikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadipengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermaknasaluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Iamerujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima.Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakama naudio, gambar foto, bahanbercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapatdigunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapatmerangsang fikiran,perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnyaterjadinya proses pembelajaran

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    9/23

    Konsep

    Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara. Maksud asal merujukkepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahanbercetak, komputer dan pengajar.

    Heinich (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi.Pervicel dan Elington (1984) Membahagikan media kepada dua:-Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi PendidikanPerkataan bercetak, filem, pita, pring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya.-Pelbagai Saluran Komunikasi MediaSurat khabar, radio dan televisyen

    Reiser dan Gagne (1983)Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajarandisampaikan.Guru, pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang bolehmenyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

    Konsep media menurut Torkleson:

    a) Mesej: lsi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentukmemberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingindisampaikan.

    b) Bentuk Mesej: lbagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermuladari bentukbahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan,lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.

    c) Saluran Mesej:lperalatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkanmesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCDdan sebagainya.

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    10/23

    Media PengajaranMenurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelarsebagai media pengajaran. Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran sebagaiaudio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaansesuatu pengajaran.

    Definisi Media Pengajaran.Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanandaripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat sertaperhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan mediapengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yangmelibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknikpengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalahsatu proses pengalaman yang total.

    Fungsi

    Antara fungsi:

    1. Memperjelaskan penyampaian mesejadalah lebih berkesan jika perkataan disertakan

    dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal

    yang abstrak dapat dijelaskan. Dalam era teknologi komputer pula, penjelasan lebih berkesan

    dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

    2. Mengatasi batasan ruang, waktu, dan pancaindera, contohnya:

    objek yang terlalu besar atau kecil boleh diganti dengan model, gambar, transparensi,

    filem atau video

    gerak yang terlalu lambat atau cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed

    photography

    kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar

    foto mahupun lisan

    objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model,

    gambar rajah dan lain-lain

    konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan

    3. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi akan dapat mengatasi sikap

    pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman

    pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri mengikut kemampuan dan keselesaan

    masing-masing.

    4. Pengalaman dan persepsi yang sama. Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran

    ditentukan bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan

    persekitaran yang berbeza membuat guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi

    dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan dan

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    11/23

    pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya perisian sebuah kursus boleh digunakan

    berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali

    membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau

    prinsip.

    Jenis dan klasifikasi

    Klasifiikasi media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman(1937). Ia berasaskan

    kepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar terletak pada tahap

    realismenya. Semakin realistik sesuatu bahan, semakin tinggilah nilainya kepada pembelajaran.

    Hieraki realisme - bermula daripada konkrit (situasi sebenar) kepada abstrak (perkataan).

    Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa media pengajaran yang biasa digunakan dalam

    pengajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu:

    Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem)

    Media tayang gerak (video, filem, cakera)

    Grafik (lukisan, poster, kartun)

    Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad)

    Media pameran (model, boneka, diorama)

    Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita)

    Media audio (tutur, pita audio, cakera padat)

    Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah)

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    12/23

    BAHAN 3 : Reka bentuk mesej

    Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk mesej pengajaran? Mungkin warga guru semua

    pernah mendengar atau mempelajari perkara ini, atau sudah pun sentiasa mengamalkannya.

    Sebenarnya, reka bentuk mesej pengajaran adalah kaedah merancang untuk menggunakan

    cara dan format yang paling sesuai bagi menyampaikan mesej kepada pelajar. Contohnya; rekabentuk skrin komputer; penggunaan warna dalam penyediaan poster, carta dan sebagainya;

    penghurufan seperti saiz dan jenis huruf; jenis media seperti video, audio, gambar dan

    sebagainya. Selain itu aspek-aspek grafik juga perlu diketahui sedikit sebanyak oleh kita

    sebagai guru agar dapat menyediakan bahan pembelajaran yang boleh mencapai objektif

    pengajaran, atau dapat memilih menggunakan bahan atau media pengajaran yang sesuai.

    Zaman Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjanjikan pelbagai kemudahan kepada

    warga guru untuk merancang dan melaksanakan reka bentuk mesej pengajaran dengan baik

    dan berkesan. Penggunaan microsoft office yang mengandungi pemerosesan perkataan,

    hamparan elektronik dan perisian persembahan yang begitu canggih dapat membantu kita

    sebagai guru untuk merealisasikan satu sesi pengajaran yang bermutu tinggi.

    http://1.bp.blogspot.com/_ClGRcRMIIaw/SZjRLowEaMI/AAAAAAAAAHM/5bN3z0G2HUE/s1600-h/Image015.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_ClGRcRMIIaw/SZjQtk-x2jI/AAAAAAAAAG8/0XI7-7pDNCQ/s1600-h/Image014.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_ClGRcRMIIaw/SZjRLowEaMI/AAAAAAAAAHM/5bN3z0G2HUE/s1600-h/Image015.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_ClGRcRMIIaw/SZjQtk-x2jI/AAAAAAAAAG8/0XI7-7pDNCQ/s1600-h/Image014.jpg
  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    13/23

    Sediakanlah pengajaran anda dengan menggunakan kemudahan komputer yang ada. Anda

    akan pasti tidak kecewa dengan hasil pembelajaran yang akan diperolehi oleh murid kelak.

    Mereka akan lebih memudah memahami apa yang kita sampaikan sekiranya kita dapat

    menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai dengan menggunakan reka bentuk mesej

    pengajaran tertentu.

    Pengertian

    Apa itu reka bentuk pengajaranRichey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina

    spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara

    sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk

    pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka

    bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran.

    Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada duaperspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah

    berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk

    pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan

    pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif

    utama yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun

    daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan

    memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.

    Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:

    i. Menentukan pencapaian objektif

    ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai

    iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar

    iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar

    v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak

    pengajaran

    vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan

    proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut:

    i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran

    ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan

    pembelajaran dengan sistematikiii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    14/23

    Peranan dan kepentingan

    Peranan

    Peranan dan kepentingan Reka Bentuk Pengajaran

    1. Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

    Dick and Reiser (1989):

    "Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, pengetahuan

    dan sikap yang diharapkan".

    2. Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar

    terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.

    Perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif atau hasil

    pembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasi reka bentuk pengajaran dalam

    perancangan penyampaian pengajaran akan dapat menjadikan pembelajaran pelajarnya

    jelas dan berkesan.

    Rekabentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan

    kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu-satu

    program atau kurikulum kursus.

    Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti

    berikut:

    1. Meningkatkan pencapaian pelajar.2. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.3. Memungkinkan objektifpengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai.4. Membantu dalam proses membuat keputusan.

    http://1.bp.blogspot.com/_nUCJ46hQ0lE/TNyjMjonAAI/AAAAAAAAABI/d-fHfFClcVc/s1600/jadual.JPG
  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    15/23

    5. Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan

    yang pelbagai.

    6. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar danluas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

    Model reka bentuk pengajaran

    Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapatmembantu pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakan pembentukanperisian. Secara umumnya, model yang digunakan dalam membangunkan perisian berasaladalah daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai model diperkenalkan,walaubagaimanapun secara umumnya proses yang dicadangkan hampir sama.

    Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang,mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistemyang terkenal ialah:

    i. Model ADDIEii. Model ASSUREiii. Model Hanaffin and Peckiv. Model Robert Glaseav. Model Bransonvi. Model Resier and Dickvii. Model Van Pattenviii. Model Gentryix. Model Dick and Careyx. Model Air Terjunxi. Model Prototypingxii. Model Smith and Ragan

    xiii. Model Jerold Kempxiv. Model Gerlach and Elyxv. Model Diamon

    Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:i. Model berorentasikan bilik darjahii. Model orentasi produkiii. Model orentasi sistemiv. Model orentasi teknologi

    Model berorentasibilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajaran dalambilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah seperti guru,

    pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaran berorentasikanbilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985)dan Model Hanafin and Peck.

    Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahansesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukanproses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak danpenekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten(1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    16/23

    Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besarbagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukanyang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis,percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson(1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996).

    Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologidigunakan dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologimula mendapattumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi.

    Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) danModel Reka Bentuk Rapid Protyping (1998).

    Model ASSURE

    Model ASSURE

    Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:

    AAnalyse learner (Analisis pelajar)

    SState objective (Nyatakan objektif)

    SSelect method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)

    UUtilise media and materials (Gunakan media dan bahan)

    R

    Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)EEvaluate and revise (Nilai dan semak)

    Analyse Leerner (Analisis Pelajar)Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perludijelaskan terlebih dahulu.Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduananalisis seperti berikut:

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    17/23

    Siapa kumpulan sasar?

    Apakah ciri-ciri mereka?

    Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?

    Berapa tempuh perlaksanaannya?

    State Objective (Nyatakan objektif)Pada peringkat ini kita seharusnya menyatakan apakah objektid pembelajaranterhadap kumpulan sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supayamudah diukur dan cicapai.

    Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektifpengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran.Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran danpembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif.Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajianlapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya.

    Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk danmedia; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakanbahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai,ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guruhendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kinipenggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online learning, laman webdan sebagainya sudah menjadi kebiasaan.

    Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)Pada fasa ini, pengelibatan pelajar adalah penting. Pelajar perlu dilibatkan secaraaktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerjakumpulan, berbincang dan memberi idea, pelajar membuat simulasi dan jugamembuat beberapa aktiviti seperti membuat kajian kes.

    Evaluate and revise (Nilai dan semak)Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran danpembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan ataumenambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadangperancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi

    gagal apabila dilaksanakan. Jueteru itu adala penting untuk guru untuk mencubaperancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklumbalas keberkesanan perancangan tersebut.

    Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat oembelajaranyang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran danpembelajaran secara menyeluruh Datayang dikutip memberikan maklumat tentangpencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu moedl ASSURE amat menekankanpenilaian formatif dan juga sumatif.

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    18/23

    Model ADDIE

    MODEL ADDIE

    Rajah : Aliran kerja berdasarkan model ADDIE

    Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili

    oleh aliran kerja di bawah:

    Analisis

    Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan

    cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan,

    soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, pembangunan

    perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa

    analisis ini juga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif

    pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-

    perkara berikut:

    Analisa(Analysis)

    Reka Bentuk(Design)

    Pembangunan(Development

    Perlaksanaan(Implementation)

    Penilaian(Evaluation)

    1. Matlamat perisian2. Objektif perisian

    3. Kumpulan sasaran

    4. Kandungan perisian

    5. Pendekatan pedagogi

    6. Strategi penggunaan perisian

    http://1.bp.blogspot.com/-Hp2d4aZnvOE/ThMlRxdcheI/AAAAAAAAAQc/kXdZqfuF29Y/s1600/Addie+1.jpg
  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    19/23

    Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yangdihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

    Reka Bentuk Perisian

    Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu

    lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan

    dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk

    perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

    i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa

    analisis.

    ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan

    perisian.

    iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan

    pengguna.

    iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi

    pembelajaran yang telah dirancang.

    Pembangunan Perisian

    Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan

    mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu

    dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses

    membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.

    Perlaksanaan Perisian

    Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian

    multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah

    digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.Proses kerja dalam fasa ini ialahi) Membangunkan perisianii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkaniii) Menguji kestabilan perisianiv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkanlagi kualiti perisian.

    Fasa Penilaian

    Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi

    memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini

    juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi

    menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan.

    Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    20/23

    BAHAN 4: MODUL ASSURE

    Penerangan

    Sila baca:

    1. Analisis Pelajar

    Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang

    pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan

    aspek-aspek berikut:

    1. Ciri-ciri umum pelajar.

    2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

    3. Gaya belajar

    Ciri-ciri umum pelajarCiri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber danbahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalampenguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahankonkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

    Pengetahuan sedia adaSetiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalamansedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada

    pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akandipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesisoaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalamanpelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumberpembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

    Gaya Pembelajaran PelajarPelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujukkepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran.

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    21/23

    Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajarandan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, danmodel Mutiple IntelligenceGadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar.Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentukpersepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

    2. Nyatakan Objektif/Hasil PembelajaranObjektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai halatuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepasmenjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

    Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yangsesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran.Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebihdahulu.

    Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:

    1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)

    2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)

    3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)

    4. Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

    Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar.Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama adasecara mental ataupun fizikal.

    Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakandalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukurpencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antaraperkataan yang sesuai digunakan ialah

    Melakar menamakan

    Meramal membaca

    Menjawab melukis

    Menilai melabel

    menjelas

    Situasi dan Syarat PerlakuanApakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklahtermasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syaratpencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran danpembelajaran

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    22/23

    Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantuguru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.

    Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan,

    kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataanpengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagimembantupelajar yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentukaktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentukkualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat

    melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia

    sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.

    Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai

    sultan.

    3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan SumberSetiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah danbahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumiaspek-aspek berikut:

    Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak

    dicapai.

    Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

    Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

    Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al (1999), untuk memilih bahansumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.

    Adakah bahan ini menepati kurikulum?

    Adakah isipelajaran menepati kurikulum?

    Adakah laras bahasanya jelas?

    Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?

    Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?

    Adakah bahan ini berkualiti?

    Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?

    Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?

    Adakah ada panduan pengguna?

    Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran danpembelajaran dapat menjimatkan masa.

  • 7/29/2019 Teknologi Pendidikan Edu 3105

    23/23

    4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

    Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajarandapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media danbahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

    Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklahmenhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapatmembantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarmobjektif pengajaran dan pembelajaran.

    Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.

    Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

    Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

    5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

    Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akanmenghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaranseperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapatmengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentukperbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terusmengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

    Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu danmengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri,video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktivitipenyelesaian masalah.

    6. Nilai dan Semak Semula

    Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh duaaspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnyadibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif,media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.