SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

10
SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

description

SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA. Rangkap 1. JANGAN!!. Ingat pesanku wahai belia , Jangan berdusta jangan perdaya , Jangan fikir kasihkan kaya , Jangan boros yang sia-sia . - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Page 1: SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Page 2: SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Rangkap 1Ingat pesanku wahai belia,Jangan berdusta jangan perdaya,Jangan fikir kasihkan kaya,Jangan boros yang sia-sia.

(Maksud Rangkap 1:Penyair menasihati remaja supaya jangan terbabit dengan perbuatan dusta, iaitu menipu dan memperdaya. Selain itu, remaja jangan asyik hendak berlagak menunjuk-nunjuk hingga berlaku boros. Dalam bahasa yang positif, remaja hendaklah bercakap benar dan mengamalkan jimat cermat)

JANGAN!!

Page 3: SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Rangkap 2

Jangan mengata jangan mengeji,Jangan aniaya bengis dan benci,Jangan takbur diri dipuji,Jangan sekali mungkir janji.

(Maksud Rangkap 2: Remaja hendaklah menjauhi perbuatan yang buruk seperti mengumpat, mencerca (menghina), mengenakan orang, garang tidak tentu pasal dan benci. Remaja juga tidak wajar berasa bangga diri (kagum pada diri sendiri) apabila menerima sanjungan, serta mesti menepati janji. Pendek kata, remaja perlu menghiasi peribadi dengan sifat terpuji dan menghindari sifat tercela)

JANGAN!!

Page 4: SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Rangkap 3

Judi dan arak jangan biasa,Lucah dan cabul jangan selesa,Usah bertemu ular yang bisa,Lambat bangatnya dapat binasa.

(Maksud Rangkap 3: Remaja jangan mendekati amalan judi (pertaruhan) dan meneguk minuman keras (alkohol). Mulut juga dijaga daripada menuturkan perkataan yang tidak senonoh dan hodoh bunyinya. Elakkan diri daripada dipengaruhi amalan buruk kerana akhirnya akan terjebak ke kancah kehancuran)

JANGAN!!

Page 5: SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Rangkap 4

Jangan meminjam jangan berhutang,Jangan meminta bantu sementang,Bergantung pada orang hendaklah pantang,Bebas kehidupan sentiasa tatang.

(Maksud Rangkap 4: Remaja jangan membiasakan diri dengan tabiat suka meminjam dan berhutang, atau asyik meminta pertolongan orang. Sikap berdikari hendaklah dipupuk supaya hidup sebagai insan yang merdeka. Maka, pergantungan keterlaluan kepada pihak lain hendaklah dihindari)

JANGAN!!

Page 6: SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Rangkap 5

Meminta jangan meminjam pun jangan,Barang dipinjam kerap kehilangan,Sahabat peminjam renggang di tangan,Hutang merosakkan mut'ah pandangan.

(Maksud Rangkap 5: Remaja usah melazimkan diri dengan suka meminta-minta dan meminjam kerana barang yang dipinjam selalu hilang (rosak, musnah, habis). Akibatnya, persahabatan boleh putus. Orang yang berhutang selalu dipandang rendah)

Page 7: SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Rangkap 6

Jangan biasakan meminta tolong,Ke sini tersembah, ke sana terlolong,Ikhtiar sendiri bantut bergulung,Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

(Maksud Rangkap 6: Kebiasaan meminta tolong membawa akibat hilang harga diri apabila terpaksa merayu ke sana sini hingga menjejaskan maruah diri. Akhirnya, sikap demikian akan menghalang amalan berdikari (usaha kendiri) dan potensi diri (bakat / kebolehan / keupayaan) daripada berkembang)

Page 8: SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Rangkap 7

Latihlah diri sifat merdeka,Daya sendiri segenap seketika,Jangan sombongkan asal dan baka,Atau kelebihan adik dan kakak.

(Maksud Rangkap 7: Remaja hendaklah melatih diri dengan sikap berdikari, iaitu dengan melakukan sesuatu atas usaha (inisiatif) sendiri. Remaja tidak boleh berasa angkuh terhadap status dan keturunan, atau menumpang kehebatan anggota keluarga dengan tujuan bermegah-megah. Remaja mesti mampu mencipta kejayaan dan pencapaian diri sendiri)

Page 9: SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Rangkap 8

Padalah itu aku khabari,Ingatlah semua, muda jauhari,Kiranya kabul Allah memberi,Dirimu jadi pemulih negeri.

(Maksud Rangkap 8: Penyair menegaskan kepada semua remaja akan segala nasihat dan pesanan yang telah disampaikan. Harapannya hanya satu, iaitu supaya remaja menjadi pembela negara, tentunya dengan izin Allah jua. Remaja mesti bijak membezakan amalan baik dengan amalan buruk dalam kehidupan)

Page 10: SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

TEMA

Panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan dan cabaran.