Masalah, Tantangan, Kebijakan, Strategi, Dan Program Strategi Dalam Penyelenggaraan Penataan Ruang
Strategi Pencairan Masalah dan Strategi Analisis Nilai
-
Upload
maizatul-malik -
Category
Education
-
view
811 -
download
3
Transcript of Strategi Pencairan Masalah dan Strategi Analisis Nilai
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA,
KEDAH DARUL AMAN.
PEMBENTANGAN KE-2STRATEGI PENCAIRAN
MASALAHSTRATEGI ANALISIS NILAI
DISEDIAKAN OLEH:1. Muhammad Miezwar b.
Mat Salleh2. Afid Ainzat b. Suhaimi3. Mohd Nurhelmi Izzat b.
Zakaria
PENSYARAH:USTAZ NADZRI BIN MOHD KHIR
(JPIM)KUMPULAN KULIAH:
PISMP PK SEM 2
ELMK 3033ISU-ISU MORAL DAN PERANAN AGEN-AGEN
MORAL
Definisi Strategi Pencairan Masalah
Strategi bermaksud rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
Pencairan bermaksud perihal proses mencair atau mencairkan.
Masalah bermaksud sesuatu yg memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Strategi pencairan masalah ialah mengambil alternatif lain, iaitu membawa maksud penghasilan satu alternatif atau lebih yang dapat menjauhkan atau menghindarkan kita daripada sesuatu masalah tersebut.
Konsep Asas Strategi Pencairan Masalah:
Bersikap fleksibel terhadap masalah atau konflik dengan mencari alternatif lain yang lebih sesuai.
Cuba menukarkan nilai yang bertembung dengan mewujudkan alternatif nilai yang lain. Nilai di dalam konflik ini bersifat boleh diubah dan tidak tetap.
Dalam menggunakan strategi ini, seseorang mestilah jelas dan sedar akan matlamat yang hendak dicapai
Disebabkan mempunyai pelbagai matlamat atau alternatif, segala nilai konflik dapat diselesaikan bersesuaian dengan matlamat baru yang dibuat.
Langkah-Langkah Strategi Pencairan Masalah:
Kenalpasti nilai-nilai yang berkonflik
Berikan Alternatif kepada nilai-nilai yang berkonflik
Berikan sebab kenapa alternatif tersebut dibuat
Contoh Situasi: Harraz dan isterinya dalam
perjalanan ke KLIA kerana telah berjanji dengan rakan mereka supaya menyambut kedatangannya dari luar negara. Ketika dalam perjalanan, Harraz menerima panggilan menyatakan ibunya sedang tenat di hospital dan perlu pulang dengan segera. Apa keputusan Harraz?
Langkah Penyelesaian:
Dalam kes di atas, Harraz mempunyai dua konflik iaitu:
Konflik antara tidak memungkiri janji dengan rakannya yang hendak pulang ke tanah air semula.
Konflik memilih tanggungjawab kepada rakan ataupun kepada keluarga.
Mengadakan satu alternatif lain. Alternatif itu ialah dengan melawat ibunya yang sakit dan menempah teksi sahaja untuk mengambil rakannya itu.
Kelemahan Strategi Pencairan Masalah
Sesetengah konflik tidak dapat dihindar terutamanya jika berhadapan dengan keadaan yang tidak dikawal kerana di luar jangkaan.
Strategi ini tidak membina perwatakan. Sebaliknya menggalakkan manusia untuk lari, mengelakkan diri atau menjauhkan diri daripada berhadapan dengan konflik secara langsung.
Definisi Strategi Analisis Nilai Strategi Analisis Masalah merupakan
salah satu strategi yang menganalisa segala nilai yang wujud di dalam konflik moral dan membuat keputusan yang terbaik.
Tujuan strategi ini dihasilkan adalah untuk menangani konflik secara analitikal dengan mengesan unsur-unsur fakta dan nilai yang terdapat dalam konflik tersebut.
Pendekatan PenyelesaianKonflik
Pengenalpastian
Kebenaran Fakta
Mengumpul fakta
Relevan Fakta
Keputusan
Menguji Prinsip Moral
Apakah sebenar yang berlaku ?Adakah ia satu konflik ?
Menguji Prinsip Moral yang terdapat dalam tindakan/elternatif yang
dijalankan
Apakah nilai-nilai yang berkonflik ? (kejujuran)
Senaraikan fakta yang sedia ada dalam konflik
Nilai setiap fakta, adakah benar atau tidak ?
Mencari Alternatif yang sesuai
Membuat keputusan yang muktamad
Isu/Konflik DalamanTunang kamu mencadangkan agar mempercepatkan tarikh perkahwinan. Kamu memerlukan duit untuk menyara persekolahan adik kamu. Majikan kamu pula hendak menghantar anda ke luarnegara selama 2 tahun. Ibu kamu pula sedang sakit dan perlu sentiasa dijaga.
Kelebihan Strategi Analisis Nilai
Individu akan menggunakan pemikiran logikal dalam penyelesaian konflik berdasarkan fakta yang relevan dalam membuat pertimbangan nilai.
Dalam membuat analisis nilai,individu akan meneliti banyak fakta dan kesan-kesan terhadap setiap alternatif yang dikenalpasti. Ini akan meningkatkan kefahaman dan hormat kepada semua yang terlibat.
Isu Budaya HedonismeDiselesaikan menggunakan Strategi Pencairan Masalah dan Strategi
Analisis Nilai.
Definisi Hiburan
• Hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan, mententeramkan hati dan tempat menghiburkan hati. • Hiburan kebiasaannya dan selalu dikaitkan dengan remaja
atau belia.
• Mereka sanggup menghabiskan wang saku, malah rela berhutang - berbaris semata-mata untuk berhibur.
• Segala-gala yang dilakukan hanya berkiblatkan keseronokan dan hiburan. Demikianlah gambaran remaja hedonistik yang sedang melanda masyarakat masa kini.
• Persoalan hiburan mungkin kelihatan agak mudah kalau dibahaskan dari sudut hukum muzik dan nyanyian semata-mata.
• Sememangnya terdapat hujjah dan pandangan yang kuat di kalangan ulama’ yang mengharuskan hiburan muzik dan nyanyian, sekiranya ianya tidak melibat unsur-unsur maksiat, seperti senikata lucah, pergaulan bebas, pendedahan aurat dan seumpamanya.
Implikasi Hiburan Melampau
• Melahirkan remaja pemuja hedonisme – timbul gejala lupa agama, budaya, asal usul, dan etika murni – hilang matlamat hidup kerana sekadar memenuhi nafsu dengan perkara-perkara yang penuh ilusi dan fatamorgana.• Mencemari nilai-nilai murni kesopanan dan kesusilaan – hilang
sifat budi bahasa – cuba mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan tanpa mempedulikan larangan agama, adat, dan kesusilaan• Terlalu membazir masa – tiada minat belajar, berpelisiran dan
bergelandangan, berkawan dengan remaja seanutan yang tiada hala tuju – menempah masa depan yang gelap.
Kaedah Alternatif
• Maka hiburan yang bagaimanakah yang dibenarkan syariat islam?• Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata : “Sesungguhnya hati
akan bosan seperti badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati. Istirehatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak suka,bisa buta”.• Kerehatan hati (hiburan) yang dimaksudkan berfungsi sebagai
dorongan untuk berusaha lebih gigih sama ada dalam urusan dunia mahupun akhirat bermatlamatkan keredhaan Allah swt dan ketahuilah bahawa sebaik-sebaik cara mendapatkan kerehatan dan ketenangan hati adalah dengan zikrullah (mengingati Allah).
Kaedah Analisis Nilai
• Konflik- Hiburan yang melampau (Budaya Barat) melanggar budaya-budaya Ketimuran• Pengenalpastian- Kelalaian vs Kesopanan• Mengumpulkan fakta- Kes-kes yang melibatkan budaya kuning seperti
dadah, rokok dan lain-lain.• Kebenaran fakta- Fakta-fakta ternyata benar kerana disokong oleh
statistik.• Relevan Fakta- Alternatif tindakan- Mengurangkan program-program
hiburan • Keputusan- Mengawal program-program hiburan dengan mengikis
budaya kuning keluar dari masyarakat.• Menguji Prinsip Moral- Dengan keputusan itu, hiburan yang disajikan
kepada masyarakat tidak berlebihan dan melampau.
Rujukan
Nor Azili, Nadhirah, Muthualagan & Syuja. (n.d.) Dipetik dari https://www.scribd.com/doc/98285412/Bab-4-Konflik-Moral
https://www.scribd.com/doc/3152131/BAB-LIMA-moral-kbuhttps://www.scribd.com/doc/37470926/Konflik-MoralEow Boon. 2002. Pendidikan Moral.
Pearson Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor