Strategi Pembelajaran Kooperatif: Gallery Walk (Nota)

1
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Gallery Walk Oleh Mokhzani Fadir SISC+, PPD Lipis Latar Belakang Strategi pembelajaran Gallery Walk adalah strategi pembelajaran melalui kaedah perbincangan yang memberi ruang kepada murid untuk lebih memahami tentang sesuatu perkara atau topik pembelajaran. Bagi guru pula, sesi Gallery Walk ini boleh digunakan sebagai wadah untuk menilai tahap pemahaman murid. Strategi pembelajaran ini membuka ruang kepada murid berkongsi maklumat, pandangan dan juga idea antara satu sama lain. Kaedah Perlaksanaan 1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang berbeza atau sama, bergantung kepada keperluan guru. 3. Murid diminta untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing dan seterusnya menulis jawapan mereka pada kertas mahjung. 4. Semua kumpulan dikehendaki menampal kertas mahjung mereka agar mudah dilihat. 5. Seorang pelajar akan dilantik dari setiap kumpulan. Pelajar ini akan berperanan untuk memberi penerangan terhadap hasil kerja kumpulannya. 6. Setiap kumpulan kemudiannya akan bergerak dan melihat hasil kumpulan lain. Guru haruslah memastikan, wujudnya perkongsian/sesi soal jawab antara wakil kumpulan dan kumpulan yang datang melawat. Faedah 1. Melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan berkesan melalui proses soal jawab. 2. Melatih kemahiran mendengar. 3. Membantu pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran aras tinggi seperti menganalisis, menilai dan membuat sintesis. 4. Memupuk semangat kerjasama, dan pembinaan sepasukan. Rujukan: http://www.cikguhailmi.com/2016/01/gallery-walk-sebagai-strategi-pengajaran.html http://www.wawasanpendidikan.com/2014/09/Pengertian-Langkah-Langkah-dan-Kelebihan- serta-Kelemahan-Metode-Gallery-Walk.html

Transcript of Strategi Pembelajaran Kooperatif: Gallery Walk (Nota)

Page 1: Strategi Pembelajaran Kooperatif: Gallery Walk (Nota)

Strategi Pembelajaran Kooperatif: Gallery Walk

Oleh Mokhzani Fadir

SISC+, PPD Lipis

Latar Belakang

Strategi pembelajaran Gallery Walk adalah strategi pembelajaran melalui kaedah

perbincangan yang memberi ruang kepada murid untuk lebih memahami tentang sesuatu

perkara atau topik pembelajaran. Bagi guru pula, sesi Gallery Walk ini boleh digunakan

sebagai wadah untuk menilai tahap pemahaman murid.

Strategi pembelajaran ini membuka ruang kepada murid berkongsi maklumat, pandangan dan

juga idea antara satu sama lain.

Kaedah Perlaksanaan

1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang berbeza atau sama, bergantung kepada

keperluan guru.

3. Murid diminta untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing dan seterusnya

menulis jawapan mereka pada kertas mahjung.

4. Semua kumpulan dikehendaki menampal kertas mahjung mereka agar mudah dilihat.

5. Seorang pelajar akan dilantik dari setiap kumpulan. Pelajar ini akan berperanan untuk

memberi penerangan terhadap hasil kerja kumpulannya.

6. Setiap kumpulan kemudiannya akan bergerak dan melihat hasil kumpulan lain. Guru

haruslah memastikan, wujudnya perkongsian/sesi soal jawab antara wakil kumpulan dan

kumpulan yang datang melawat.

Faedah

1. Melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan berkesan melalui proses soal jawab.

2. Melatih kemahiran mendengar.

3. Membantu pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran aras tinggi seperti

menganalisis, menilai dan membuat sintesis.

4. Memupuk semangat kerjasama, dan pembinaan sepasukan.

Rujukan:

http://www.cikguhailmi.com/2016/01/gallery-walk-sebagai-strategi-pengajaran.html

http://www.wawasanpendidikan.com/2014/09/Pengertian-Langkah-Langkah-dan-Kelebihan-

serta-Kelemahan-Metode-Gallery-Walk.html