soalan 1

2
PPISMP BM SEM 2 TAN ZHE HONG 1. Berdasarkan tawarikhnegara China, bincangkan catatanperjalanan yang talahdibuatolehLaksamana Cheng Ho. Pelayaran Waktu Daerah yang dilewati Pelayaran ke-1 1405-1407 : Champa, Jawa, Palembang, Malaka, Aru, Sumatra, Lambri, Ceylon, Kollam, Cochin, Calicut Pelayaran ke-2 1407-1408: Champa, Jawa, Siam, Sumatra, Lambri, Calicut, Cochin, Ceylon Pelayaran ke-3 1409-1411 : Champa, Java, Malaka, Sumatra, Ceylon, Quilon, Cochin, Calicut, Siam, Lambri, Kaya, Coimbatore, Puttanpur Pelayaran ke-4 1413-1415 : Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Cochin, Calicut, Kayal, Pahang, Kelantan, Aru, Lambri, Hormuz, Maladewa, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden, Muscat, Dhufar Pelayaran ke-5 1416-1419 : Champa, Pahang, Java, Malaka, Sumatra, Lambri, Ceylon, Sharwayn, Cochin, Calicut, Hormuz, Maldives, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden Pelayaran ke-6 1421-1422: Hormuz, AfrikaTimur, negara-negara di Jazirah Arab Pelayaran ke-7 1430-1433 : Champa, Java, Palembang, Malaka,Sumatra, Ceylon, Calicut, Hormuz... (kesemuanya 17) 2. Huraikan pengalaman yang telah dicatatoleh Marko Polo ( pengembara dari Barat) Marco Polo memulakan ekspedisi pertama dengan menyertai bapanya Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271 M. Beliau menyertai aktiviti penerokaan dan penjelajahan selama 24 tahun. Marco Polo berpeluang melihat kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat China dan mencatatnya dalam buku The Travels of Marco Polo. Antara kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa China ialah penggunaan wang kertas, pencetakan blok, penggunaan asbestos, peleburan arang batu dan pembangunan bandar-bandar besar. Marco Polo juga melawat banyak tempat-tempat dalam perjalanan pulang dari China. Antaranya ialah Sumatera, Sri Lanka. Koromandel, Gujerat, Hormuz,Parsi, Tabriz, Trebizonid dan Constantinople. Beliau juga menulis catatan tentang tempat-tempat yang dilawati, membuat catatan tentang pertanian, rempah ratus, pertukangan, penduduk dan agama masyarakat China. Beliau menulis sebuah buku berjudul The travels of Marco Polo ketika berada dalam tahanan di Genoa. Penulisan Marco Polo telah merubah pemikiran bangsa Eropah terhadap kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Buku ini menyebabkan para pemerintah mula memberi dorongan kepada pelayar- pelayar untuk melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. 3. Bahan-bahan dokumentasi telah dikumpul oleh sarjana-sarjana baratseperti yang terdapat di University Laiden, Belanda. Bahan-bahan dokumentasi ini

description

sejarah

Transcript of soalan 1

Page 1: soalan 1

PPISMP BM SEM 2TAN ZHE HONG

1. Berdasarkan tawarikhnegara China, bincangkan catatanperjalanan yang talahdibuatolehLaksamana Cheng Ho.

Pelayaran Waktu Daerah yang dilewati

Pelayaran ke-1 1405-1407 : Champa, Jawa, Palembang, Malaka, Aru, Sumatra, Lambri, Ceylon, Kollam, Cochin, Calicut

Pelayaran ke-2 1407-1408: Champa, Jawa, Siam, Sumatra, Lambri, Calicut, Cochin, Ceylon

Pelayaran ke-3 1409-1411 : Champa, Java, Malaka, Sumatra, Ceylon, Quilon, Cochin, Calicut, Siam, Lambri, Kaya, Coimbatore, Puttanpur

Pelayaran ke-4 1413-1415 : Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Cochin, Calicut, Kayal, Pahang, Kelantan, Aru, Lambri, Hormuz, Maladewa, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden, Muscat, Dhufar

Pelayaran ke-5 1416-1419 : Champa, Pahang, Java, Malaka, Sumatra, Lambri, Ceylon, Sharwayn, Cochin, Calicut, Hormuz, Maldives, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden

Pelayaran ke-6 1421-1422: Hormuz, AfrikaTimur, negara-negara di Jazirah Arab

Pelayaran ke-7 1430-1433 : Champa, Java, Palembang, Malaka,Sumatra, Ceylon, Calicut, Hormuz... (kesemuanya 17)

2. Huraikan pengalaman yang telah dicatatoleh Marko Polo ( pengembara dari Barat)

Marco Polo memulakan ekspedisi pertama dengan menyertai bapanya Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271 M. Beliau menyertai aktiviti penerokaan dan penjelajahan selama 24 tahun. Marco Polo berpeluang melihat kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat China dan mencatatnya dalam buku The Travels of Marco Polo. Antara kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa China ialah penggunaan wang kertas, pencetakan blok, penggunaan asbestos, peleburan arang batu dan pembangunan bandar-bandar besar. Marco Polo juga melawat banyak tempat-tempat dalam perjalanan pulang dari China. Antaranya ialah Sumatera, Sri Lanka. Koromandel, Gujerat, Hormuz,Parsi, Tabriz, Trebizonid dan Constantinople. Beliau juga menulis catatan tentang tempat-tempat yang dilawati, membuat catatan tentang pertanian, rempah ratus, pertukangan, penduduk dan agama masyarakat China. Beliau menulis sebuah buku berjudul The travels of Marco Polo ketika berada dalam tahanan di Genoa. Penulisan Marco Polo telah merubah pemikiran bangsa Eropah terhadap kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Buku ini menyebabkan para pemerintah mula memberi dorongan kepada pelayar-pelayar untuk melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Page 2: soalan 1

PPISMP BM SEM 2TAN ZHE HONG

3. Bahan-bahan dokumentasi telah dikumpul oleh sarjana-sarjana baratseperti yang terdapat di University Laiden, Belanda. Bahan-bahan dokumentasi ini banyak menceritakan perihal kehidupan masyarakat di Melaka dan kebudayaannya. Bahaskan.

Ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu tradisional mencerminkan tamadun yang tinggi. Corak hidup mereka berubah mengikut kesesuaian masa berdasarkan beberapa siri pertembungan budaya luar seperti Hindu, Islam dan Barat. Corak hidup masyarakat Melayu semakin matang dan lebih teratur dengan kedatangan agama Islam kerana sebelum itu, mereka sangat mempercayai tahyul dan animisme. Masyarakat Melayu mengamalkan budaya dari pelbagai kepulauan Melayu, terutamanya budaya Melayu-Indo dan Melayu-Islam.Ciri kedua adalah dari segi kekeluargaan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang paling kuat mempertahankan sistem kekeluargaan kerana daripada keluargalah bermulanya sistem sosialisasi seseorang individu Melayu. Di rumahlah mereka dididik dengan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua dan belajar untuk menjadi insan yang baik.Ciri seterusnya adalah pengenalan undang-undang untuk mengawal tingkahlaku masyarakat, iaitu undang-undang laut dan tanah. Kebudayaan Melaka bermula lebih daripada enam kurun dimana pelbagai adat etnik dan tradisi diadun sempurna. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia. Setiap kumpulan etnik ini memberi citarasa yang berbeza rakyat Melaka yang terkenal sebagai rakyat yang peramah.