Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

27
KAEDAH PEMBELAJARAN PONDOK

Transcript of Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

Page 1: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

KAEDAH PEMBELAJARAN PONDOK

Page 2: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

HASIL PEMBELAJARAN

• Pendengar dapat mengetahui maksud pondok dan madrasah.

• Dapat mempelajari tentang sistem pembelajaran di pondok

dan madrasah.

• Dapat memahami kelebihan sistem pembelajaran di pondok

dan madrasah.

• Dapat membezakan antara sistem pembelajaran pondok

tradisional dan pondok moden serta sistem pendidikan

konvensional.

Page 3: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

1.0 PENGENALAN

Page 4: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

Definisi Pondok:

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat pondok bermaksud rumah

(utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); atau madrasah dan asrama tempat

mengaji (belajar agama).

Menurut Sabri Haji Said (1983), pengajian pondok merupakan suatu pendidikan mengikut

cara tradisional dalam memainkan peranan penting untuk memperkenalkan,

menyebarkan, mengembangkan, dan meluaskan ilmu pengetahuan agama kepada anak-

anak bangsa.

Page 5: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

• Kemunculan sistem pondok di Malaysia tidak dapat dikesan

dengan jelas.

• Namun, pada zaman dahulu ibu bapa masyarakat Islam

begitu bangga menghantar anak-anaknya belajar ke

institusi tradisional seperti ini terutamanya pada tahun

1930an dan 1940an.

• Walaupun arus pendidikan Barat diperkenalkan oleh

penjajah Inggeris melalui sistem persekolahan vernacular

kepada masyarakat Melayu, namun institusi tradisional ini

tetap tegak dengan kukuh sehingga mewujudkan golongan

yang berpengetahuan agama yang luas, hatta institusi ini

telah menjelmakan semangat esprit de corps dalam

kalangan orang Melayu.

Page 6: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

2.0 LATAR BELAKANG SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN PONDOK

Page 7: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

Kemunculan Sistem Pondok Di Tanah Melayu

• Sejarah kemunculannya dipercayai seiring dengan kedatangan agama Islam di Tanah Melayu iaitu

pada abad ke-14.

• Berdasarkan kepada penemuan Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303M yang dijumpai di Kuala

Berang, Terengganu.

• Kemudian, pertumbuhan pendidikan pondok ini semakin pesat pada abad ke-18 dan ianya dipelopori

oleh golongan ulama dari Pattani.

- kebanyakannya daripada Nakorn Si Tammaraj, Trang, Krabi, Pangnga, Surat Thani, Phuket,

Patthalung, Chaiya dan Songkla.

- Contohnya: Pondok Tok Guru Haji Nor dikenali sebagai Ayah Nor

Pondok Tok Guru Haji Leh (Haji Salleh)

Pondok Tok Guru Haji Somad ( Haji Abd al-Samad)

Pondok Tok Guru Ghani dikenali sebagai Pondok Padang Langa

Page 8: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

• Hasil daripada murid-murid yang belajar di Pattani itu, mereka pulang ke negeri masing-maisng

seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor dan sebagainya.

• Mereka menubuhkan pondok-pondok sendiri, dan penuntut-penuntut lain tidak lagi ke Pattani untuk

belajar.

• Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok.

Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul

Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong). Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di

Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat

pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota

Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok

Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan

gelaran Tuan Tabal.

Page 9: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

SISTEM PENTADBIRAN DI PONDOK

• Sistem pondok lazimnya diadakan di sebuah

perkampungan yang berpusatkan sebuah bangunan

surau/masjid yang bertindak sebagai sekolah dan

tempat beribadat

• Tempat pengajian ini dikelilingi oleh rumah-rumah kecil

yang dipanggil “pondok”sebagai tempat kediaman santri.

• Lokasinya berada di tempat pedalaman/desa, pada

zaman dahulu ianya dibuat dikawasan penanaman padi,

yang berhimpunnya orang Melayu beragama Islam.

• Ditadbir secara bersendirian mengikut citarasa tuan guru

yang bertindak sebagai ketua.

Page 10: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

Sambungan….

• Tanggungjawab kyai/ tok guru adalah mengendalikan pengajian dan aturan hidup santri di kawasan

pondok.

• Kemajuan sesebuah pondok itu selalunya bergantung kepada keilmuan dan daya kepimpinan yang

ada pada tok guru tersebut.

• Kebanyakan pondok terkenal dengan nama kepada pengasas atau tuan guru di situ dan tempat

kewujudannya.

• Pelajar-pelajar tidak dibahagi mengikut umur, sebaliknya dibuka secara umum.

- sesiapa sahaja boleh mengikuti pengajian daripada tok guru, apabila selepas meminta izin

daripada beliau.

- tidak mempunyai kelas, sebaliknya berbentuk halaqah bersam tuan guru.

Page 11: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

Sambungan…. • Kebanyakan sekolah pondok tidak mempunyai sumber

kewangan yang tetap.

- Bergantung kepada derma orang ramaidan pelajar

atau waqaf atau zakat dan sedekah.

• Sistem pengajian yang digunakan adalah kaedah

pengajaran secara penyampaian oleh guru.

• Pelajar/santri mengingatinya secara hafalan terhadap

pelajaran atau matan yang dipelajarinya.

• Kebanyakan sekolah pondok mempunyai jadual pengajaran

mengikut solat lima waktu contohnya selepas subuh dan

maghrib.

• Sistem pondok tidak menggunakan sukatan pelajar yang

tetap, sebaliknya menggunakan kitab-kitab tertentu

mengikut mata pelajaran yang diajar.

Page 12: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

3.0 KAEDAH PEMBELAJARAN DI PONDOK DAN MADRASAH

Page 13: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

Sistem Pondok Dan Madarasah

• Sistem pondok dan madrasah memainkan

peranan penting dalam memelihara jati diri

orang melayu dan menyediakan orang Melayu

dengan teras pendidikan islam. Sesetengah

cendekiawan berpandangan bahawa intipati

institusi pondok untuk masyarakat Melayu boleh

diterangkan dari sudut budaya pendidikan

dalam masyarakat Melayu Islam (ADNAN

YUSOPP 2002)

Page 14: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

SISTEM PONDOK

• Sebagai contoh sistem di Pondok Tradisional Terusan Limbat Pasir Tumboh (Madrasah Addiniah Pasir

Tumboh)

• Dari segi pembelajaran sukatan pembelajaran yang didedahkan kpd para pelajar adalah tidak

tersusun, ia bergantung kepada kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir,

fekah, nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Para pelajar juga

didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa Arab.

• Aktiviti:- Berqasidah, berzanji dan bernasyid turut diadakan.

• Penjadualan

-Kebiassannya setiap selepas waktu solat akan diadakan kelas dan membentuk halaqah- halaqah

ilmu. Pelajar bebas untuk memilih kelas mengikut tahap penguasaan ilmu, dan tiada had umur.

• Antara kitab yang dipelajari di Pondok:

-Kitab Matan Jurumiyah, Matan Bina, Matan Ummu Brahim

-Kitab Pelita Penuntut, Kitab Penawar Bagi Hati

-Kitab Al-falah, Kitab Kifayatul Muhtaj, Kitab Miyatul Musolli, Kitab Matla ul Badrain.

Page 15: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

SISTEM MADRASAH

• Sistem Madrasah adalah sama dengan sistem pondok akan tetapi ia lebih sistematik.

• Sistem Madrasah deobandi ini dimulakan dengan penghafalan al-Quran selama 3 tahun.

• Setelah selesai syahadah al-quraan, mereka akan berpindah kelas kepada pengajian alim selama 8 tahun.

• Pengajian selama 8 tahun ini, mereka akan belajar daripada peringkat asas sehinggalah mendapat menguasai 4 mazhab dan mempelajari sunnan sittah secara bersanad sehingga kepada Rasullulah S.A.W.

• Penjadualan:- -Bermula jam 5.00 pagi hingga 11.00 malam

Page 16: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

Sambungan…. • Aktiviti:

- Imtihan: Dua kali setahun, sekiranya gagal akan mengulang selama setahun.

- Perbahasan agama dari aspek Masail, para ustaz akan menilai setiap dalam nas yang dihujahkan.

- Tarbiyah rohani melalui perjalanan dakwah.

- Tasawuf: Penggunaan kitab Hadith dan Riyadus solihin

• Tahun 1 Tahun 4

- Pemantapan Bahasa Arab: Nahu, Sorof, Tauhid, Hadith 40, Matan Jurumiah, terjemahan juzuk amma, Mantik, Tafsir Jalalain, Usul Fiqh, Mustohallah Hadith, Balaghah.

• Tahun 5 Tahun 8

- Faraid, Usul Tafsir,usul Hadith, Ulum Quraan, Akidah, Misyakut Masobih, Mahalli, Tafsir Baidawi dan belajar Hadith & Fiqh 4 Mazhab.

- Sunnah sittah : Bukhari, Muslim, Nasaie, Abu Daud, Tirmidzi, & Ibnu Majah.

Page 17: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

4.0 PERBANDINGAN ANTARA SISTEM PENDIDIKAN PONDOK TRADISIONAL DAN

MODEN

Page 18: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

• SISTEM PONDOK TRADISIONAL – Sama sahaja apa yang telah dijelaskan sebelum ini.

• SISTEM PONDOK MODEN:-

• Pendidikan ala pondok yang mengabungkan sistem pendidikan agama dan akademik dari segi

ilmiah.

• Tertubuhnya pendidikan pondok moden yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa

pengantar

• Sukatan pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu pembelajaran boo’th (Feqah, Hadith dan

lain-lain) dan akademik (Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan lain-lain)

• Wujudnya peperiksaan seperti Sijil Menengah Agama (SMA/SMU) dan Sijil Tinggi Agama

Malaysia (STAM)

• Mempunyai buku yang bercetak berbanding dengan sistem pondok tradisional yang hanya di

tulis

• Pembelajaran hanyalah terhad pada sebelah pagi sehingga petang

• Pembelajaran berbentuk sistem kelas yang mempunyai bilik darjah

Page 19: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

SISTEM PEMBELAJARAN PONDOK SISTEM PEMBELAJARAN KONVENSIONAL

Pembelajaran yang mementingkan ukhrawi Pembelajaran yang mementingkan pendidikan

agama dan akademik

Waktu pembelajaran yang meluas dan tidak

terhad

- Pelajar yang belajar di pondok hendaklah

menghabiskan pengajian sebagiamana yang

telah ditetapkan oleh tok guru

Waktu pembelajaran yang terhad mengikut

jadual semasa

- Masuk sekolah jam 7 pagi dan pulang pada

jam 2 petang setiap hari persekolahan.

Tidak mempunyai pelarasan di dalam pendidikan

- Tok guru yang menetapkan silibus pengajian di

pondok dan mereka belajar dari kulit ke kulit.

Mempunyai pelarasan berlandaskan pendidikan

bersepadu

- Silibus pendidikan di sekolah berdasarkan buku

teks yang telah disediakan oleh kerajaan.

Page 20: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

Diasas oleh para alim ulama

Diasas oleh kerajaan dan jabatan agama di

setiap negeri

Pembelajaran berbentuk muzakarah, halaqah

dan syarahan

Pembelajaran yang berbentuk syarahan yang di

ketuai oleh guru dan mempunyai sesi soal jawab

Tidak mempunyai sistem peperiksaan

- Tok guru akan menyemak (tasmik) hafalan

santri/pelajar

Mempunyai sistem peperiksaan yang mengukur

tahap kecerdikan para pelajar.

- Mempunyai peperiksaan pada setiap

pertengahan dan akhir tahun bagi penilaian

pentaksiran pelajar.

Sambungan….

Jadual 1: Perbandingan antara kaedah pendidikan pondok dan konvensional yang diadaptasi

daripada buku “The Pondok & Madrasah in Pattani”

Page 21: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

5.0 KELEBIHAN DAN PERANAN ULAMA’ TERHADAP SISTEM PONDOK

Page 22: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

KELEBIHAN SISTEM PONDOK 1. Menekankan kepentingan menuntut ilmu secara bersanad. Salasilah

ilmu sampai kepada Rasulullah S.A.W.

2. Pembelajaran daripada permulaan kitab sehingga akhir kitab.

3. Pengajarannya lebih bersifat penghafalan dan pemahaman

(SUFEAN 1996).

4. Memberi latihan khutbah dalam Bahasa Arab. (Setiap minggu, wajib

setiap orang).

5. Melahirkan pelajar berpengetahuan agama, berakhlak tinggi serta

dapat membimbing masyarakatnya. (GHAZALI BASRI 1991).

6. Sistem pendidikan Islam yang menyeluruh dan berkesan dalam

mengubah paradigma masyarakat Melayu.

7. Benteng kepada akidah dan keimanan masyarakat daripada anasir

luar terutamanya konsep-konsep modenisasi dan barat yang

bertentangan dengan Islam.

Page 23: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

PERANAN ULAMA’ DALAM SISTEM

PONDOK

• Melahirkan ulama’ yang akhirnya menjadi ulama’

terkenal.

• Menyebar ilmu islam dengan penuh amanah dan

bertanggungjawab serta tidak mengharapkan apa-apa

balasan dan ganjaran.

• Mengajar dan memimpin masyarakat melalui keilmuan

dan pengaruh dalam masyarakat.

• Menjadi bahan rujukan masyarakat dan menyelesaikan

berbagai persoalan agama yang timbul

• Mengarang, menulis dan menterjemah kitab-kitab yang

dihasilkan oleh ulama’ besar islam.

Page 24: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

6.0 KESIMPULAN

Page 25: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

KESIMPULAN

• SISTEM PEMBELAJARAN DI PONDOK DAN MADRASAH

MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEUNIKANNYA YANG

TERSENDIRI.

• SISTEM PEMBELAJARAN INI PERLULAH DIKEKALKAN,

SETERUSNYA, DIPERKASAKAN UNTUK MELAHIRKAN

INDIVIDU MUSLIM YANG BERAKHLAK, DAN MAMPU

MENYAMBUNG KEGEMILANGAN ULAMA TERDAHULU.

Page 26: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah

Abdul Hafiz Mat Tuah. Zakaria Stapa. Ahmad Munawar. (2012). Memperkasakan Jati Diri Melayu

Muslim Menerusi Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Akhlak. Jurnal Hadhari Special Edition, 23-25.

Badriah Haji Salleh, Kampung Haji Salleh dan Madrasah Saadiah-Salihiah 1914-1959, Dewan Bahasa dan

Pustaka: Kuala Lumpur, 1984.

Hasan Madmarn, The Pondok & Madrasah in Pattani, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi, 1999.

Sabri Haji Said, Madrasah Al-Ulum Al-Syariah Perak 1937-1977: Satu Kajian Pendidikan Islam, Dewan Bahasa

dan Pustaka: Kuala Lumpur, 1983.

Wan Yahya Wan Ahmad, Pensejarahan Awal Islam, Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur, 1992.

Zamakhsyari Dhofier, Tradisi Pesantren: Studi tentang Pandangan Hidup Kyai, Penerbit Lembaga Penelitian,

Pendidikan dan Penerangan Ekonomi Sosial (LP3ES): Jakarta, 1982.

Ibnuatiq. (2010). Sejarah Awal Pengajian Pondok. Retrieved Februari 15, 2015, from http://www.al

bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=64:sejarah-awal-pengajian-

pondok&catid=10:info&Itemid=31

Page 27: Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah