SIMPAN DALAM BEG TANGAN! - pavilionshotels.com · Tambah pula dengan permandangan oh-to-die-for,...

1
MONTH 2011 / COSMOPOLITAN 64 LIFESTYLIST HOTSPOT Waktu terbaik untuk kamu gayakan bikini, sun hats, cermin mata dan jangan lupa krim tabir suria. Ini saatnya untuk kamu rejuvenate dengan vila pilihan Cosmo! OLEH: EMMA RAOF Beach, please! 100 COSMOPOLITAN.MY Buat kamu yang sukakan gaya hidup mewah dan penginapan bertaraf lima bintang, ini merupakan lokasi paling tepat untuk percutian kamu di Bali. Menginap di Ocean Suite sudah cukup buat Cosmo rasa tidak mahu keluar bilik dan just enjoy the Terrazzo Jacuzzi in our own private balcony. Tambah pula dengan permandangan oh-to-die-for, memang seronok bermalas-malasan di sofa bed sambil menikmati air kelapa segar dan terbuai oleh bunyi deruan ombak yang menenangkan. Buat kamu yang aktif, jangan hanya memerap di bilik kerana terdapat banyak aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di resort ini. Apa untuk makan tengah hari? Cosmo cuba aktiviti Spice Spoons – kelas memasak hidangan asli Bali yang dikendalikan oleh Chef Sweety. Sesudah masak dan perut pun kenyang, we take a dip in the pool and beach daze. Cukup mengasyikkan! Anantara Seminyak Bali Resort Harga satu malam: Bermula dari RM1,300 Conrad Maldives Rangali Island Harga satu malam: Bermula dari RM3,900 Teruja rasanya melihat laut biru Maldives dari tingkap seaplane sebelum tiba di penginapan tiga hari dua malam Cosmo di Maldives. Sebaik tiba, kami disambut dengan welcome drinks sambil sejukkan mata melihat keindahan pulau peribadi milik empayar perhotelan iaitu Hilton. Tak dapat dinafikan, di sini terdapat terlalu banyak spot terbaik untuk bergambar! Memilih Deluxe Water Villa dengan kolam renang peribadi, perkara pertama yang kami lakukan setibanya di penginapan adalah terjun ke dalam laut menerusi tangga di tepi setiap vila. Asyiknya snorkeling bersama jerung, penyu dan banyak lagi hidupan laut lain. Tahukah kamu, Conrad mempunyai underwater restaurant, bayangkan kamu menikmati makanan sambil melihat hidupan laut di sekeliling kamu, amazeballs! Cosmo sempat berlayar di sekitar pulau Rangali sambil melihat ikan lumba-lumba serta keindahan saat matahari terbenam. What a perfect getaway... The Pavilions Phuket Harga satu malam: Bermula dari RM400 Bulan madu adalah waktu terbaik untuk kamu dan pasangan meluangkan masa bersama dan cipta kenangan terindah yang akan kamu ingat sampai bila- bila. Cosmo ke Phuket, Thailand, antara destinasi bulan madu yang cukup popular di Asia Tenggara untuk rasai sendiri pengalaman berhoneymoon di The Pavilions Phuket yang terletak di puncak bukit. Kami cadangkan kamu pilih Ocean View Pool Villa yang mempunyai infinity pool berhadapan dengan pantai Layan Beach dan Andaman Sea, jadi bolehlah kamu nikmati sunset dan sunrise di bilik! Lebih menarik, The Pavilions Phuket juga menawarkan in room couple spa dan barbeku di dalam bilik untuk waktu lebih romantis. Terdapat tiga jenis restoran dan bar untuk memenuhi selera gastronomi berbeza iaitu The Plantation yang bercirikan kolonial dengan cita rasa Thai, Firefly yang menghidangkan masakan kontemporari grill Mediterranean dalam gaya al fresco, dan 360° Bar buat pengunjung yang mahu menikmati moktel sambil menikmati panorama indah. SIMPAN DALAM BEG TANGAN! Bila mengemas bagasi untuk pergi bercuti, pastikan kamu simpan barangan penting ini dalam beg tangan okey, bukan dalam luggage. Pasport Tiket penerbangan Kunci bagasi Cermin mata hitam Kamera Powerbank Ubat-ubatan JULAI 2018 COSMOPOLITAN 101 Coral Redang Island Resort Harga satu malam: Bermula dari RM330 Tak dinafikan Malaysia juga miliki laut biru yang menenangkan dan pasir putih bak mutiara. Tak percaya? Rancang percutian kamu ke Pulau Redang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira lima jam. Sebaik tiba, Cosmo terus ke jeti Shahbandar untuk menaiki feri ke Pulau Redang. Ternganga seketika melihat keindahannya buat kali pertama. Coral Redang Island Resort adalah resort terbaik untuk kamu bermalas- malasan. Liputan telefon agak terhad dan tiada televisyen dalam bilik, jadi ia memang sesuai untuk kamu yang tak mahu diganggu buat sementara waktu. Cosmo sempat ke Recreation Centre untuk snorkeling, memang berbaloi kerana dapat berenang dengan penyu, hidupan laut serta menyaksikan kecantikan batu karang. Jika ada lesen diving bolehlah kamu melihat keindahan hidupan laut. Tahukah kamu, pulau Redang berada di tangga kelima sebagai lokasi menyelam terbaik? Tunggu apa lagi, cepat rancang percutian ke sini!

Transcript of SIMPAN DALAM BEG TANGAN! - pavilionshotels.com · Tambah pula dengan permandangan oh-to-die-for,...

MONTH 2011 / COSMOPOLITAN 64

LIFESTYLIST HOTSPOT

Waktu terbaik untuk kamu gayakan bikini, sun hats, cermin mata dan jangan lupa krim tabir

suria. Ini saatnya untuk kamu rejuvenate dengan vila pilihan Cosmo!

OLE

H: E

MM

A RA

OF

Beach, please!

100 COSMOPOLITAN.MY

Buat kamu yang sukakan gaya hidup mewah dan penginapan bertaraf lima bintang, ini merupakan lokasi paling tepat untuk percutian kamu di Bali. Menginap di Ocean Suite sudah cukup buat Cosmo rasa tidak mahu keluar bilik dan just enjoy the Terrazzo Jacuzzi in our own private balcony. Tambah pula dengan permandangan oh-to-die-for, memang seronok bermalas-malasan di sofa bed sambil menikmati air kelapa segar dan terbuai oleh bunyi deruan

ombak yang menenangkan. Buat kamu yang aktif, jangan hanya memerap di bilik kerana terdapat banyak aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di resort ini. Apa untuk makan tengah hari? Cosmo cuba aktiviti Spice Spoons – kelas memasak hidangan asli Bali yang dikendalikan oleh Chef Sweety. Sesudah masak dan perut pun kenyang, we take a dip in the pool and beach daze. Cukup mengasyikkan!

Anantara Seminyak Bali ResortHarga satu malam: Bermula dari RM1,300

Conrad Maldives Rangali IslandHarga satu malam: Bermula dari RM3,900

Teruja rasanya melihat laut biru Maldives dari tingkap seaplane sebelum tiba di penginapan tiga hari dua malam Cosmo di Maldives. Sebaik tiba, kami disambut dengan welcome drinks sambil sejukkan mata melihat keindahan pulau peribadi milik empayar perhotelan iaitu Hilton. Tak dapat dinafikan, di sini terdapat terlalu banyak spot terbaik untuk bergambar!Memilih Deluxe Water Villa dengan kolam renang peribadi, perkara pertama yang kami lakukan setibanya di penginapan adalah terjun ke dalam laut menerusi tangga di tepi setiap vila. Asyiknya snorkeling bersama jerung, penyu dan banyak lagi hidupan laut lain. Tahukah kamu, Conrad mempunyai underwater restaurant, bayangkan kamu menikmati makanan sambil melihat hidupan laut di sekeliling kamu, amazeballs! Cosmo sempat berlayar di sekitar pulau Rangali sambil melihat ikan lumba-lumba serta keindahan saat matahari terbenam. What a perfect getaway...

1807 MK0718 (Lifestylist) Travel.indd 100 6/5/2018 3:17:54 PM

The Pavilions PhuketHarga satu malam: Bermula dari RM400

Bulan madu adalah waktu terbaik untuk kamu dan pasangan meluangkan masa bersama dan cipta kenangan terindah yang akan kamu ingat sampai bila-bila. Cosmo ke Phuket, Thailand, antara destinasi bulan madu yang cukup popular di Asia Tenggara untuk rasai sendiri pengalaman berhoneymoon di The Pavilions Phuket yang terletak di puncak bukit. Kami cadangkan kamu pilih Ocean View Pool Villa yang mempunyai infinity pool berhadapan dengan pantai Layan Beach dan Andaman Sea, jadi bolehlah kamu nikmati sunset dan sunrise di bilik!

Lebih menarik, The Pavilions Phuket juga menawarkan in room couple spa dan barbeku di dalam bilik untuk waktu lebih romantis. Terdapat tiga jenis restoran dan bar untuk memenuhi selera gastronomi berbeza iaitu The Plantation yang bercirikan kolonial dengan cita rasa Thai, Firefly yang menghidangkan masakan kontemporari grill Mediterranean dalam gaya al fresco, dan 360° Bar buat pengunjung yang mahu menikmati moktel sambil menikmati panorama indah.

SIMPAN DALAM BEG TANGAN!Bila mengemas bagasi untuk pergi bercuti, pastikan kamu simpan barangan penting ini dalam beg tangan okey, bukan dalam luggage.

Pasport Tiket penerbangan Kunci bagasi Cermin mata hitam Kamera Powerbank Ubat-ubatan

JULAI 2018 COSMOPOLITAN 101

Coral Redang Island ResortHarga satu malam: Bermula dari RM330 Tak dinafikan Malaysia juga miliki laut biru yang menenangkan dan pasir putih bak mutiara. Tak percaya? Rancang percutian kamu ke Pulau Redang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira lima jam. Sebaik tiba, Cosmo terus ke jeti Shahbandar untuk menaiki feri ke Pulau Redang. Ternganga seketika melihat keindahannya buat kali pertama.

Coral Redang Island Resort adalah resort terbaik untuk kamu bermalas-

malasan. Liputan telefon agak terhad dan tiada televisyen dalam bilik, jadi ia memang sesuai untuk kamu yang tak mahu diganggu buat sementara waktu. Cosmo sempat ke Recreation Centre untuk snorkeling, memang berbaloi kerana dapat berenang dengan penyu, hidupan laut serta menyaksikan kecantikan batu karang. Jika ada lesen diving bolehlah kamu melihat keindahan hidupan laut. Tahukah kamu, pulau Redang berada di tangga kelima sebagai lokasi menyelam terbaik? Tunggu apa lagi, cepat rancang percutian ke sini!

1807 MK0718 (Lifestylist) Travel.indd 101 6/5/2018 3:18:04 PM