Seni Dalam Pendidikan

35
HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN 1.0 PENGENALAN Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek- subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan murid-murid, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik dalam kemahiran seni dan berbudaya.Ditinjau matlamat PSV ialah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, inovatif dan inventif. Oleh yang demikian, fokus dalam kandungan kurikulum juga harus menuju ke arah itu. Ditinjau dalam keadaan semasa, keperluan Seni Visual lebih menjurus kepada 'mencipta' sesuatu keperluan manusia kini. Adalah baik penumpuan kurikulum yang berbentuk trasformasi ini mengwujudkan proses 'pencipta kreatif' misalnya mencipta model-model alat keperluan harian, kereta dan lain-lain. Disamping itu keperluan Komunikasi Visual juga merupakan sangat-sangat menjadi keperluan kini melalui media-media digital yang semakin 'deras' perkembangannya. Oleh itu, penjurusan penciptaan melalui aktiviti- aktiviti dalam P&P, PSV perlu ditekankan disamping mengekalkan persoalan estetik, artistik dalam seni tersebut. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni 1 | SENI DALAM PENDIDIKAN

description

esaimen oum

Transcript of Seni Dalam Pendidikan

Page 1: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang

berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi

kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual

menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen,

pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan murid-murid,

Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan

yang celik dalam kemahiran seni dan berbudaya.Ditinjau matlamat PSV ialah untuk

membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai

estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, inovatif dan inventif.

Oleh yang demikian, fokus dalam kandungan kurikulum juga harus menuju ke arah itu.

Ditinjau dalam keadaan semasa, keperluan Seni Visual lebih menjurus kepada 'mencipta'

sesuatu keperluan manusia kini. Adalah baik penumpuan kurikulum yang berbentuk

trasformasi ini mengwujudkan proses 'pencipta kreatif' misalnya mencipta model-model alat

keperluan harian, kereta dan lain-lain. Disamping itu keperluan Komunikasi Visual juga

merupakan sangat-sangat menjadi keperluan kini melalui media-media digital yang semakin

'deras' perkembangannya. Oleh itu, penjurusan penciptaan melalui aktiviti-aktiviti dalam

P&P, PSV perlu ditekankan disamping mengekalkan persoalan estetik, artistik dalam seni

tersebut.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,

memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai

kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah

rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual

memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan

daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni

visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman

ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan

mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan

strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran

lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir

secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman

pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis,

sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.

1 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 2: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

Terdapat empat bidang dalam kegiatan Pendidikan Seni Visual iaitu:

2.1 Menggambar

2.2 Membuat Corak dan Rekaan

2.3 Membentuk dan Membuat Binaan

2.4 Mengenal Kraf Tradisional

2.1 MENGGAMBAR

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan

murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan

teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan

dalam bidang ini ialah:

a) Lukisan h) Catan

b) Kolaj i) Montaj

c) Cetakan j) Resis

d) Gosokan k) Stensilan

e) Percikan l) Gurisan

f) Capan m) Mozek

g) Poster

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan

menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan

kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan

teknik dalam proses rekaan.

Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar.

Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas

seni reka seperti warna,

garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat

dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja

diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai

cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

2 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 3: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

2.2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan

tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain

seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

Antaranya melalui kegiatan seperti:

2.2.1 Corak tidak terancang secara:

a) Pualaman

b) Tiupan

c) Titisan

d) Ikatan dan celupan

e) Renjisan dan percikan

2.2.2 Corak terancang secara:

a) Lukisan

b) Catan

c) Cetakan

d) Capan

e) Lipatan dan guntingan

f) Resis

g) Kolaj

h) Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan

kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya

untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid

membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan

teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.

Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan

lakonan.

2.3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

3 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 4: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari

segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid

dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan

penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada

murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses

penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi

merangkumi aktiviti seperti:

a) Arca timbul f) Asemblaj

b) Mobail g) Stabail

c) Model h) Diorama

d) Boneka i) Topeng

e) Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat

rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan

kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu

proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan,

puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

2.4 MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan

kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-

temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

a) Alat domestik f) Alat permainan

b) Alat pertahanan diri g) Perhiasan diri (ornamen)

c) Batik h) Tekat

d) Ukiran i) Tenunan

e) Anyaman j) Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya

tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat,

alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu

proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali

4 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 5: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam

pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

2.5 PENDIDIKAN MUZIK

Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan

harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara

spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan

dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-

kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan

perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi.

Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas.

Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara

berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan

mengamalkan nilai-nilai murni.

Pendidikan muzik ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik dalam

seni muzik. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan

domain efektif murid khususnya dalam bidang kesenian. Selaras dengan itu, sukatan

pelajaran ini digubal untuk membimbing murid ke arah menghayati dan menikmati muzik

secara intelektual. Terdapat beberapa aspek yang ditekankan dalam pendidikan muzik iaitu:

1.1 Persepsi Estetik

1.2 Pengalaman Muzikal

1.3 Ekspresi Kreatif

1.4 Penghargaan Estetik

2.6 PERSEPSI ESTETIK

Dalam aspek ini, murid mengetahui dan memahami konsep bagi unsur-unsur asas dalam

muzik dan selanjutnya berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik. Untuk

mencapai tujuan itu murid

mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, membuat lakonan, menyanyi, memainkan

alat muzik, membaca dan menulis. Antara konsep-konsep yang diberi penekanan:

5 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 6: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

a) Irama c) Melodi

b) Ekspresi d) Sistem Notasi

2.0 SENI DALAM PENDIDIKAN

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan

program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia

boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti :

1. Menghubungkait pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran. Proses

penghubungkaitan pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran adalah berfokuskan

kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran

atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu

matlamat

2. Menghubungkait kemahiran dalam pelbagai mata pelajaran. Dengan adanya

penghubungkaitan kemahiran dalam pelbagai mata pelajaran akan dapat

mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk

membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial

agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap

kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan

bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat

merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik

mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti

sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial,

meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap

pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk

walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang

berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan.

Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian

dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat. Selain itu guru

berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan

diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang

6 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 7: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat

mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan

dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan

menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam

tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar

memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang

dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

2.1.1 KUMPULAN SASARAN

Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang

kegiatan mengikut tahap 1 dan 2 bagi murid tahun 3, persediaan mengajar, serta aktiviti

amali untuk meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam

menghasilkan karya bagi salah satu empat bidang tersebut. Pelajar akan dibahagi kepada

beberapa kumpulan kecil bagi menghasilkan satu projek membina arca menggunakan

bahan terbuang.

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian

generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,

kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid

meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,

keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,

keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard

Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini

amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu

guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.

Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi

keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang

baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.

Sehubungan itu, seseorang guru itu perlu mempelajari seni dalam pendidikan

supaya dapat mengaplikasikan pelbagai strategi bagi murid memperoleh ilmu pengetahuan

melalui proses pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan menerusi penerokaan,

memperoleh pengalaman dan eskpresi seni dalam pendidikan.

7 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 8: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

2.1.2 PEMILIHAN TOPIK

Tajuk : Membentuk Dan Membuat Binaan

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;

1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu

Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta

Mengenal Kraf Tradisional.

2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta

mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.

3. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.

Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain dengan

kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini merupakan satu jenis

kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum masuk ke alam persekolahan.

Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat

binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti

membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca

timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

Disini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang

persembahan hasil kerja. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar

terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka

membentuk dan membina sesuatu model.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan

penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada

murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses

penghasilan seni. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 10

Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti

seperti berikut:

8 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 9: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

(a) Arca timbul

(b) Arca asemblaj

(c) Arca mobail

(d) Arca stabail

(e) Origami

(f) Model

(g) Diorama

(h) Boneka

(i) Topeng

3.0 STRATEGI DAN SENARIO PEMBELAJARAN MASA KINI

Para sarjana telah mendefinisikan strategi dengan pelbagai maksud dan pengertian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), perkataan strategi membawa maksud

rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat

atau kejayaan.

Merujuk kepada Quinn (1980) pula, perkataan strategi telah didefinisikan sebagai

corak atau rancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan

bagi organisasi secara keseluruhanya. Mintzberg (1994) pula menggambarkan strategi

sebagai perancangan di mana suatu petunjuk akan digunakan dalam menjalankan aktiviti

pada masa hadapan. Selain itu, beliau juga telah menggambarkan strategi sebagai suatu

corak yang mana ianya berpandukan kepada gelagat organisasi.

Strategi menurut Bowman (1897) pula ialah satu penyesuaian yang dilakukan oleh

organisasi di antara sumber-sumber yang diperolehinya atau dimilikinya dengan ancaman-

ancaman atau risiko-risiko serta kesempatan ataupun peluang yang dicipta oleh

persekitaran luaran di mana ia beroperasi.

Setelah meneliti kepada definisi-definisi yang telah dibincangkan di atas, di sini dapat

disimpulkan satu pengertian mengenai strategi. Secara keseluruhannya, strategi dapat

dilihat sebagai satu proses perancangan yang mengambilkira objektif, matlamat dan polisi

bagi sesebuah organisasi. Selain itu, perancangan yang dilakukan perlu mempertimbangkan

faktor persekitaran dan sumber-sumber yang dimiliki oleh organisasi yang berkaitan.

Strategi tersebut perlu dilakukan dalam usaha untuk mencapai matlamat dan kejayaan bagi

sesebuah organisasi.

3.0 STRATEGI PENGAJARAN MATA PELAJARAN SENI VISUAL

3.1.1Konsep Seni Visual

9 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 10: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus,

dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan

reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni

visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk

menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik

yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea

ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual

apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu

objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

3.1.2Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Seni Visual

Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual , guru-guru perlu bijak menggunakan strategi

pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar.Guru-guru perlu membuat

perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan

dan objektif pengajaran akan tercapai.Dalam membuat dan merancang pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,guru-guru perlu mempunyai ilmu

pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran, ini

adalah supaya ,guru-guru dapat menjalankan pengajaran mereka dengan

berkesan ,manakala pelajar pula merasa seronok belajar pendidikan seni.

Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh

digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah :

1. Pembelajaran masteri

Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang

dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut

kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan

tahap penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan

pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan

murid.

Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, diikuti

dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid

adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan

kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap

tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan

10 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 11: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan

dengan usaha pemulihan.

2. Kajian masa depan

Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar

lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini,

dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta

mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk

menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat

keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang

pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai

contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta

kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa

depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan

lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. KMD lebih berciri saintifik kerana

dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.

3. Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau

konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses

ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada

untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang

interaksi mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme

menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori

pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme.

Pembelajaran ini menggalakkan murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat

berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.

4. Kecerdasan pelbagai

Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam

kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan, dan kebolehan

membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu

budaya.

11 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 12: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).

Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati ‘seven ways of knowing, perceiving and

understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk

kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang

istimewa.

5. Pembelajaran akses kendiri

Menggunakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.

Pelajar belajar sendiri menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan guru.

Guru perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan keperluan

pelajar, Pelajar dapat belajar sendiri atau kumpulan sendiri mengikut kemampuan mereka.

Pelajar membuat aktiviti yang disediakan guru secara bebas tanpa tekanan mengikut

kemampuan mereka dan mencari penyelesaian sendiri.

6. Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Ia dibahagikan kepada

dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran

berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan

bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan

menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai

satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman

terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan

beberapa langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam

proses mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua

KBKK secara kritis dan kreatif digunakan.

7. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)

Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan secara:

Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial

I. Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih

komprehensif dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan

tapak pembelajaran. Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara

kendiri.

12 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 13: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

II. Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi

Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan,

mencari, dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal

maklumat, dan tapak pembelajaran. Dalam pembelajaran secara penerokaan ini,

murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang mereka terima melalui

TMK. Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya menerima

bahan pelajaran yang dikawal oleh sistem.

III. Integrasi TMK sebagai alat aplikasi

TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan

tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat

pengajaran dan pembelajaran.Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi

TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi yang

berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat seperti

dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain. Murid

boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat perbandingan

dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh. Menerusi pembelajaran seperti,

murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.

8. Pembelajaran konseptual

Pengajian konseptual adalah pelajar belajar bagaimana untuk mengelolakan maklumat

dalam struktur-struktur mental secara logik. Cirinya adalah menumpukan pada prinsip-

prinsip penyusunan fakta-fakta kepada idea-idea. Ianya digunakan untuk penyelesaian

masalah bagi tahap yang lebih tinggi dan ringkasnya ia mentafsirkan maklumat-maklumat

yang diberi dan menggunakannya untuk mencari jawapan. Konsep ini menjadikan pelajar

benar-benar memahami fakta-fakta dan konsep dan boleh membuat kaitan untuk

membentuk idea-idea baru bagi penyelesaian masalah.

9. Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan

pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini

disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal

dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan

pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan

kehidupan mereka.

13 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 14: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan Landskap

Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan landskap, faedah-faedah yang diperolehi:

i) Murid

- Mengaitkan pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau kehidupan

harian .

- Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh

keselesaan / keindahan landskap.

- Memindahkan kemahiran (menghasilkan lukisan pelan atau perspektif)

- Meneroka dan mendapatkan bukti.

- Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.

- Belajar secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.

ii) Guru

- Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek

- Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.

- Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

iii) Industri

- Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.

- Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.

Sehubungan itu, berdasarkan kepada strategi-strategi pengajaran di atas, antara strategi

yang boleh digunakan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Seni untuk menyampaikan ilmu

pengetahuan dan kemahiran ialah ;

i) Pembelajaran Kontekstual

Strategi pembelajaran kontekstual ini bersesuaian dengan aktiviti yang terdapat dalam

mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Hal ini kerana setiap perkara yang diajar dalam

mata pelajaran ini , akan diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian mereka.

Contohnya apabila guru mengajar topik tatacara catan dan mereka sesuatu yang baru

kepada pelajar. Topik tersebut perlu diajar secara teori dan praktikal. Secara teorinya

guru akan mengajar mengenai cara mendapatkan idea, alat yang digunakan apabila

membuat rekaan dan proses penghasilan catan mengikut urutan yang betul di dalam

kelas. Seterusnya secara praktikal pula, guru akan menunjukkan demonstrasi kepada

pelajar tentang cara dan alat yang digunakan langkah demi langkah lukisan atau catan

kepada murid dan seterusnya akan menyuruh setiap murid untuk melakukan praktikal

14 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 15: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

penghasilan lukisan. (Lihat contoh aplikasi penggunaan strategi pembelajaran

kontekstual dalam Rajah 1).

Contoh aktiviti : Membentuk Dan Membuat Binaan

Rajah 1 : Carta aliran kaedah pengajaran yang menggunakan strategi pengajaran

pembelajaran kontekstual

ii) Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK)

Penggunaan TMK di dalam strategi pengajaran pada hari ini adalah semakin meluas.

Malahan, boleh dikatakan di setiap sekolah telah disediakan Makmal Komputer bagi

memudahkan guru menggunakan TMK sebagai salah satu daripada strategi pengajaran.

Bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, aplikasi TMK boleh digunakan bagi

menyampaikan ilmu kepada murid dengan lebih berkesan. Contohnya menggunakan

CD-ROM, Komputer dan LCD . Aplikasi TMK ini amat berkesan untuk mengajar murid

mengenai pelbagai contoh lukisan dan catan,seni binaan dan lain-lain lagi. Di mana guru

boleh menayangkan atau memperlihatkan teknik yang digunakan untuk lukisan,catan

dan arca,langkah demi langkah kepada murid dengan hanya memasangkan CD-ROM

dan menayangkan kepada semua pelajar.

15 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Langkah 1 : Guru menunjukkan contoh binaan arca

menggunakan pelbagai media.

Langkah 2 : Guru menunjukkan demonstrasi menghasilkan

binaan arca menggunakan kotak dan bahan terbuang.

Langkah 3 : Guru menyuruh murid membuat proses awal menggunakan

kotak dan ranting.

Langkah 4: Murid mengaplikasi penghasilan arca

menggunakan kotak .

Page 16: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

Gambar 1 : Contoh CD-ROM yang boleh digunakan oleh Guru Pendidikan Seni Visual

4.0 PEMERHATIAN, PENEROKAAN, PENGALAMAN LANGSUNG DAN APRESIASI

SETIAP BIDANG KEGIATAN.

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam

pelajaran seni iaitu:

(i) pemerhatian

(ii) penerokaan

(iii) penghasilan (pembuatan)

(iv) apresiasi dan perlanjutan

4.1.1 Pemerhatian yang aktif

Pemerhatian yang aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti,

perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

pengetahuan sedia ada murid;

benda yang konkrit;

minat, kecenderongan dan latar belakang murid;

bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan

mencetus idea dan imaginasi.

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia.

Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.

Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam

fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan

kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan

percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.

Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual

berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa

16 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 17: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi

visualnya dengan objek yang dilihat.

4.1.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan

dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri

perhatian kepada perkara berikut:

(i) penerokaan

aktiviti kecil mudah ringkas

cuba mencuba, suaikenal dengan bahan

penemuan oleh murid sendiri, uji menguji

mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain; bebas daripada jawapan tetap,

murid senang ingin mencuba.

aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan

menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

ii) penghasilan / membuat / pengalaman

penggunaan alat bahan dan teknik;

tatacara, langkah dan proses membuat;

amalan tertib kerja

keselamatan semasa bekerja; dan

penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

4.1.3 Pengalaman Lansung

Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut

ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan,

dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan

menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan

pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat

kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang

merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa

pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan

mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni.

Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf

tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan

17 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 18: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan

aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid

pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual,

berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat

interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Pemerhatian secara aktif yang

merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat

menajamkan persepsi murid. Secara tidak langsung memberikan pengalaman langsung

kepada murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan

pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan

emosi dan imaginasi.

Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan

pemerhatian ini. Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah,

murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam

persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam

sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat

membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Semasa

menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan

derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam

memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain

atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina

idea baru dari benda konkrit.

5.0 Aprisiasi Seni dan ekspresi aktiviti kreatif.

Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis ataupandai tukang

mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja,

bagaimana mereka memilih tema dan "subject matter" serta gaya dan stail tertentu

mereka.Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek

kognitif.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya

seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh.

Apresiasi seni secara aktif melibatkanpenggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan

orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni

serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.

18 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 19: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti

Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang

dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu

diberi kepada perkara berikut:

aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan,

jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;

aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;

aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;

penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;

perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan

kandungan.

Proses Apresiasi Seni

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses

apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni,

berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat

tahap:

(a) Menggambarkan ( Description )

(b) Menganalisa ( Analysis )

(c) Tafsiran ( Intrepetation )

(d) Penilaian ( evaluation )

Menggambarkan

Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat

tampak/objek pada karya.

Karya di atas menggambar susunan buah-buahan.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas. Dalam karya ini, ton dan jatuhan bayang dititik beratkan.

19 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 20: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

Menganalisa

(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni,prinsip rekaan dan

struktur.

(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.

(iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya.

(iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.

Tafsiran

(i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu juga

makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda,simbol,

unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.

(ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan)

untuk menjelaskan makna tersebut.

(iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan

budaya masyarakat setempat.

Penilaian

Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi individu,

sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Dengan itu proses

apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan

pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam.

(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.

(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.

(c) Sejarah seni.

(d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.

(e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas

ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan.Pada bidang yang lebih besar,

manusia mencipta dan membuat kipas,basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-

objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea

dating dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan

mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan

manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta

objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

20 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 21: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan

pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam

pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.

5.1 EKSPRESI DALAM SENI BINAAN/ARCA

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan

perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk,

ruang,struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid

dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina

sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga

mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik

penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif

dengan alat dan bahan,semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang

kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti

seperti: Arca timbul, Asemblaj,Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng

dan Origami.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid

membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi

kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek

apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini

boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,

nyanyian.

6.0 SOROTAN KAJIAN

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di

kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti

perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai

keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan.

Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat

penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya

alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan.

Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan

berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna dan berbagai saiz.

Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat

21 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 22: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah, sugar

paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat tulis samada yang berwarna

atau tidak berwarna, media kering atau media basah. Semuanya amat berguna untuk

melengkapkan kerja-kerja menggambar. Selain dari itu gunting berbagai saiz, gam,

bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu.

Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya

supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan

jalinan, bentuk dan ton.

Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting

dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.Kegiatan membentuk dan membuat

binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar.

Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi

dan makna.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh

dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan

cerita.Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat

binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat

tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana

untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang

akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan

permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada

kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan

seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.Antara contoh aktiviti seni yang boleh

dilakukan oleh murid-murid bersama guru :

22 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Aktiviti seni- catanSumber daripada : squareheadteachers.com

Seni Kraftangan- Batik ikat dan celupSumber daripada : mamateach.com

Page 23: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

7.0

KESIMPULAN

Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza

dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni visual sering

dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang

dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975).Kebanyakan pengkaji seni kanak-

kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir

dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif

mereka, karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

Murid-murid dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut

fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan

berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi

ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia

membesar. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan

rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap imaginasi kanak-

kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitivity kanak-kanak terhadap

sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaranmata pelajaran pendidikan seni

visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:

a. Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat

melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan

masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

b. Aspek Fizikal

23 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Aktiviti seni- Arca bahan buanganSumber daripada : cafeauplay.org

Aktiviti seni- Arca bahan buanganSumber daripada : cafeauplay.org

Page 24: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual

memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi

tangan serta mata.

c. Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan

aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan

proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan

budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti

pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak

mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

d. Aspek Persepsi

Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan

penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan

mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan

hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain

membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses

pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak

supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.Selain itu, aktiviti seni

visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi

mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui

aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak

seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada murid-murid. Kesan penghasilan karya

lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila murid-

murid mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya

mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan murid-murid disekolah membuat

ekspresi diri dengan bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk

membina keyakinan diri untuk bertutur. Perkembangan artistik murid-murid banyak

dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini,

persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu

perkembangan kognitif murid-murid dengan cara yang positif.

RUJUKAN

24 | SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 25: Seni Dalam Pendidikan

HBEF1403- SENI DALAM PENDIDIKAN

MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/mohdjohdiUIAMfp.pdf [15 oktober 2013]

Integrasi Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah.https://docs.google.com/document/d/

18KAn0Xom8ZjVWDfMFB9EuHm4aRA9BuB7sXac6rOfONs/edit?hl=en_GB&pli=1 [15 Oktober 2013]

Huraian Sukatan Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 2002. http://www.moe.gov.my/bpk/kbsr_kbsm/hsp/p_sv/hsp_pseni_kbsm.pdf [15 Oktober 2013]

25 | SENI DALAM PENDIDIKAN