Semantik Faktor Perubahan Makna

download Semantik Faktor Perubahan Makna

of 6

Transcript of Semantik Faktor Perubahan Makna

  • 7/29/2019 Semantik Faktor Perubahan Makna

    1/6

    Semantik Faktor-faktor Perubahan Makna

    Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa

    unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi

    sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca

    sesuatu yang ditulis.

    Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang

    selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan

    evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan

    disebabkan oleh;

    2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

    Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat

    perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan

    dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika

    dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna

    kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.

    Demikian juga perkataan tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota

    badan. Tetapi, makan itu telah berubah mencakupi makna menguruskan,

    mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini.

    Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan

    dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala

  • 7/29/2019 Semantik Faktor Perubahan Makna

    2/6

    penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh

    ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai

    suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-

    sebab perubahan bahasa itu sendiri.

    Selain daripada itu perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan

    dengan hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari

    contoh ujaran berikut, Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam

    ayat ini perkataan menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi

    mengikuti dengan sepenuhnya. Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu

    menghantui fikirannya, hantu itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa

    makna mengganggu.

    Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang

    telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, di mana pada

    asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya

    telah berubah menjadi kawasan perumahan , kawasan perindustrian, dan

    kawasan alam semula jadi seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan

    perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada bapa kepada

    ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang

    tertentu kerana jasa mereka.

    Demikianlah perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri

    di mana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan

    keadaan semasa.

  • 7/29/2019 Semantik Faktor Perubahan Makna

    3/6

    2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur

    Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri

    tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan

    maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah

    panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga

    untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Di

    samping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan abang sebagai

    panggilan untuk suaminya.

    Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara

    kandung tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang

    mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Di samping itu ada juga pengguna

    atau penutur bahasa Melayu cenderung menggunakan perkataan saudara dengan

    tanggapan yang lebih luas misalnya saudara sesame Islam. Di sini nyata, bahawa

    hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga

    pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesuatu

    perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.

    2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud

    Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu

    makna memiliki makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya

    bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi

  • 7/29/2019 Semantik Faktor Perubahan Makna

    4/6

    orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai

    bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang

    laki-laki.

    Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang

    telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, di mana pada

    asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya

    sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti kawasan

    perumahan , kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula jadi seperti

    Taman Hidupan Liar.

    Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat juga mengalami

    perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat

    ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan ini kemudiannya diperluaskan maksudnya

    menjadi perasaan misalnya semangat kemerdekaan, semangat patriotisme dan

    juga kepada kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia

    mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup.

    2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

    Makna sesuatu perkataan boleh juga di batas kan untuk tujuan-tujuan tertentu.

    Sebagai contoh perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk

    merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini,

    perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau di batas kan untuk merujuk kepada

    orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana

  • 7/29/2019 Semantik Faktor Perubahan Makna

    5/6

    Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti Sarjana Sastera dan Sarjana

    Ekonomi.

    Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti

    Pendeta Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer

    (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian.

    Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada

    umumnya adalah untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk

    bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud

    tempat ruas tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi diajukan khusus

    kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan

    perkataan atau antara ayat dengan ayat.

    2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

    Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam

    hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang

    dan bunga selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang

    = lelaki dan bunga = perempuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis

    kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai

    simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contohnya, merah dimaksudkan

  • 7/29/2019 Semantik Faktor Perubahan Makna

    6/6

    dengan keberanian , hitam dipadankan dengan kesedihan dan putih adalah

    kesucian.

    Selain daripada itu unsur-unsur personifikasi juga menunjukkan perubahan

    makna yang seperti ini. Sebagai contoh daun melambai dan dada langit ianya tidak

    membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan melambai sebagaimana

    perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. Daun melambai dan dada langit

    sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada daun yang bergerak akibat

    tiupan angina dan keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi.

    Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya

    penulisannya dapat menggambarkan sesuatu dengan indah dan menarik ( Raminah

    Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).