SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

20
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 2.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN ZA’BA 3.0 HURAIAN BUKU PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL II 4.0 KESIMPULAN RUJUKAN 1

Transcript of SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

Page 1: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN ZA’BA

3.0 HURAIAN BUKU PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL II

4.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

1

Page 2: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara. Ketinggian

martabat bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan

menjadi bahasa pengantar dalam pendidikan. Hal ini menunjukkan betapa hebat dan gagah

perkasanya bahasa ini. Sejarah perkembangan bahasa Melayu telah melalui jalan yang panjang

dan berliku.

Menurut Asmah Haji Omar (1993), bahasa Melayu telah digunakan secara meluas oleh

Kerajaan Melayu Melaka sebagai bahasa perantaraan yang utama oleh pedagang asing dan

rakyat tempatan sejak abad ke-15 lagi. Begitu juga dengan pemerintah Melayu yang

menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan. Namun begitu, kedudukan dan

kegemilangan bahasa Melayu mulai pudar sejak kedatangan British yang bermula dengan

Perjanjian Pangkor (1874) kerana British telah menjajah dan menguasai ekonomi Tanah Melayu

sedikit demi sedikit serta penubuhan beberapa buah sekolah Inggeris telah menjadi penyumbang

kepada kemerosotan bahasa Melayu.

Menurut Abdullah Abdul Kadir (1970) pula, masalah kemerosotan bahasa Melayu telah

dibangkitkan sejak abad ke-19 lagi kerana pada waktu itu kemerosotan kedudukan bahasa

Melayu tidak dihiraukan lagi dalam kalangan orang Melayu sendiri. Pada awal abad ke-20,

masalah ini telah dibangkitkan semula oleh golongan reformis atau Kaum Muda dengan

terbitnya majalah Al-Imam (1906). Selain itu, golongan pendidik Melayu pada waktu itu juga

telah merancakkan usaha bagi mempertahankan bahasa Melayu.

Di samping itu, menurut Harun Aminurrashid (1957), guru-guru Melayu telah bergerak

aktif dalam menghidupkan bahasa Melayu dari terus lenyap ditinggal zaman, “hilang bahasa

bermakna hilanglah bangsa” serta menggunakan slogan “bahasa menunjukkan bangsa” dalam

perjuangan mereka. Antara perjuangan mereka adalah menyarankan agar diadakan

penyeragaman dalam sistem pendidikan dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar utama di sekolah. Sesungguhnya, perjuangan memajukan serta mengembalikan

kegemilangan bahasa Melayu bukanlah suatu perkara yang mudah.

Hal ini demikian, tokoh-tokoh dan para pejuang bahasa telah banyak memberi

sumbangan dalam memastikan agar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

2

Page 3: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

sentiasa terpelihara yang perlu dimulakan sejak kanak-kanak iaitu sejak dari bangku sekolah lagi.

Antara tokoh intelektual yang ulung dalam bidang bahasa Melayu ini adalah Za’ba yang ketika

hidupnya banyak menulis berkaitan dengan pelbagai tajuk iaitu bahasa, kesusasteraan dan

kebudayaan Melayu, agama, serta etika dan ekonomi orang Melayu.

Namun begitu, perhatian dan minat beliau lebih besar dalam bidang bahasa lantas

mendorong kesungguhan beliau dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, iaitu

memperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat yang diperkukuhkan

oleh kesedaran serta keyakinan yang mendalam. Sebelum dihuraikan dengan lebih terperinci lagi

mengenai sumbangan perjuangan beliau, seharusnya kita mengetahui terlebih dahulu biodata dan

latar belakang beliau.

Pemilik nama Za’ba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad

dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan

Darul Khusus. Bapanya Ahmad bin Ibrahim merupakan keturunan Bugis, manakalanya ibunya

Intan Awaluddin berasal dari suku Minangkabau.

Za'ba telah memilih kerja sebagai seorang pendidik setelah menamatkan pengajian

menenengahnya untuk mencapai cita-citanya meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Melayu.

Beliau berkhidmat sebagai guru di Sekolah Inggeris Bukit Zahrah dan Sekolah Inggeris Johor.

Kemudiannya beliau bertukar ke Perak dan mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Beliau mengajar di sana selama tujuh tahun, iaitu dari tahun 1916-1923. Oleh kerana

pemikirannya dianggap progresif oleh pihak berkuasa dan dibimbangi akan mempengaruhi

pelajar-pelajarnya, beliau ditugaskan sebagai pengarang dan penterjemah Melayu dari tahun

1923-1947. Tugas utamanya adalah menerbitkan buku teks dan buku bacaan umum di sekolah

Melayu. Pada tahun 1947, beliau telah dilantik sebagai pensyarah di School of Oriental and

African Studies (SOAS), London.

Beliau bersara secara rasminya pada tahun 1951 dan seterusnya berkhidmat sebagai

pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura selama

enam tahun (1953-1958). Za'ba mempunyai minat yang tinggi dalam bidang penulisan. Sejak

muda lagi Za'ba telah menulis pelbagai tulisan yang berkaitan dengan kelemahan pendidikan,

3

Page 4: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

kemunduran dan kemiskinan orang Melayu. Selain itu beliau juga menulis tentang bahasa,

budaya, sastera, akhlak dan hal ehwal agama.

Antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu

Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam

penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu. Antara rencana beliau yang terkenal ialah Modern

Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in Malaya.  Di samping buku bahasa

Melayu, beliau juga turut bergiat aktif menterjemahkan buku-buku asing ke Bahasa Melayu

untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam Bahasa Melayu.

Tulisan-tulisannya tersiar dalam majalah dan akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris

seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pengasuh, The Malay Mail, The Straits Times, Journal

of the Malayan Branch of the Royal Society, Islamic Review, The Muslim dan lain-lain lagi.

Antara nama samaran yang digunakan ialah Za'ba, Z, Anak Melayu Jati dan Patriot; yang

bermaksud, orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya. Di samping itu, beliau turut

melahirkan rencana-rencana bagi pembangunan masyarakat Melayu terutamanya dalam Panduan

Guru, al-Ikhwan dan Majalah Guru selain beberapa buah karya untuk pedoman pelajar dan guru

terutamanya dalam hal karang-mengarang.

Menurut Adnan Hj. Nawang (1994), penulisan Za'ba boleh dinilai sebagai hasil daripada

pengalaman, analisis dan pengamatan beliau yang teliti dan mendalam terhadap bangsanya.

Beliau yang lahir dan dibesarkan di kampung, menerima pendidikan agama, Melayu dan Inggeris

serta kemudiannya bekerja di bandar amat memahami senario politik, ekonomi dan juga sosial

masyarakat Melayu. Hasil daripada kesedaran politik, Za'ba mengambil pendekatan anti-kolonial

dan berusaha memberi teguran kepada bangsanya. Teguran ini diberikan memandangkan nilai

dan sikap orang Melayu amat berbeza dengan orang bukan Melayu terutamanya dalam mengejar

kemajuan.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1976) telah menyatakan bahawa Za'ba juga dianggap

sebagai tokoh yang terkenal dalam pemikiran pembaharuan, islah atau reformasi Islam,

terutamanya menerusi pengaruh gurunya Sheikh Tahir Jalaluddin yang merupakan ulama Kaum

Muda yang terpengaruh dengan aliran dan pemikiran reformis yang terkenal seperti Sayid Jamal

4

Page 5: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Ridha. Gerakan aliran ini adalah

bertujuan untuk memperbaiki cara berfikir dalam kehidupan umat Islam.

Penulisan mengenai peribadi dan sejarah hidup Za'ba telah ditulis secara terperinci oleh

Abdullah Hussain dan Khalid Hussain (1974), Mohd Taib Osman, Hamdan Hassan (1978) dan

Adnan Hj. Nawang (1994). Manakala Ungku Abdul Aziz pula telah banyak membahaskan

pemikiran Za'ba dalam aspek ekonomi dan pendidikan masyarakat Melayu.

Jasa-jasa beliau sangat besar sehinggakan dikurniakan beberapa anugerah seperti Doktor

Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1962, beliau

telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong.

Gelaran Pendeta dikurniakan ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan

Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956.

5

Page 6: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

2.0 Latar Belakang Pendidikan Za’ba

Latar belakang pendidikan seseorang tokoh amat mempengaruhi kejayaan dan sumbangannya

dalam sesuatu bidang. Za'ba mendapat pendidikan agama dari ayahnya yang turut mengajar

anak-anak kampung membaca al-Quran. Pendidikan formalnya bermula pada usia 12 tahun dan

bersekolah di Sekolah Melayu, Kuala Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Walaupun mendapat tentangan daripada bapanya, namun Za'ba meneruskan pengajiannya

ke sekolah Inggeris, iaitu di St. Paul Institution, Seremban pada 10 Januari 1910. Pada akhir

1915, beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Kuala Lumpur dan mencatat sejarah

sebagai pelajar Melayu yang mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Peluang pendidikan yang diperolehinya telah membolehkan beliau menguasai tiga bahasa

iaitu bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Demi mencapai matlamat memajukan pendidikan anak-

anak Melayu, Za'ba telah memilih jawatan guru setelah menamatkan pengajian menenengahnya.

Beliau berkhidmat sebagai guru di Sekolah Inggeris Bukit Zahrah dan Sekolah Inggeris Johor.

Kemudiannya beliau bertukar ke Perak dan mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Za’ba dikenali, disanjung dan dikenang sebagai pejuang bangsa, ilmuan pendidikan dan

bahasa, tokoh agama dan politik. Za’ba merupakan tokoh intelektual ulung Melayu dalam

pembinaan kemajuan pemikiran bangsa dan pembangunan serta pencetus kesedaran politik

negara. Beliau diiktiraf sebagai pengasas paling dinamik dalam perkembangan Pengajian dan

Persuratan Melayu dan peningkatan keintelektualan Melayu. Beliau juga mempunyai kesedaran

betapa pentingnya strategi penyelesaian masalah kepada perkembangan ekonomi, sosial dan

budaya bangsa.

Ketokohan Za’ba terbukti apabila Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (2004)

mengemukakan pandangan seperti berikut “Orang Melayu khususnya terhutang budi kepada

Za’ba. Pendeta Za’ba ialah seorang tokoh pendidikan, bahasa, persuratan, sasterawan,

budayawan, dan nasionalis. Di seluruh Malaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa

Bahasa Melayu Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan karyanya, dari

Pelita Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam pelbagai penerbitan mengenai

sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial dan politik, telah meniupkan semangat juang bangsa

6

Page 7: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

3.0 Huraian Buku Pelita Bahasa Melayu Penggal II

Sumbangan Za’ba begitu besar nilainya kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, sosial,

ekonomi, bahasa bagi bahasa Melayu serta Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.  Sumbangan

sebuah rumusan besar nahu Melayu iaitu buku Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid telah

membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu.

Sebelum terbitnya Pelita Bahasa Melayu dalam tiga penggal pada tahun 1940, 1946 dan

1949 (pada tahun 2000 diterbitkan semula dalam edisi ejaan baru oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka), Za`ba sebenarnya telah menghasilkan buku Ilmu Bahasa Melayu pada tahun 1926 dan

1927. Sejarah penerbitan karya Za’ba yang agung itu bermula apabila Buku Pelita Bahasa

Melayu Penggal I yang terbit pada tahun 1940 telah mula ditulis pada tahun 1934 dan 11 bab

selesai pada tahun 1936. Buku Pelita Bahasa Melayu Penggal II pula siap ditulis pada tahun 1942

tetapi ditangguhkan penerbitannya ke tahun 1946 sesudah dibaiki dan disemak.

Tiga tahun kemudian terbit pula Pelita Bahasa Melayu Penggal III. Ketiga-tiga buah buku

beliau inilah yang menjulang namanya sebagai pengasas bahasa Melayu baru. Maka memang

kena pada tempatnya beliau dianugerahi gelar Pendeta dalam Kongres Bahasa Melayu dan

Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Berdasarkan penelitian terhadap hasil karya Za’ba,

beliau dengan jelas membezakan pengetahuan nahu dengan kemahiran bahasa. Za’ba melihat

penggunaan bahasa sebagai satu kemahiran, dan kemahiran memerlukan latihan.

Justeru, kemahiran dalam penggunaan bahasa setiap hari itu dilanjutkan kepada

kemahiran mengarang. Fikiran Za’ba tentang kemahiran bahasa seperti itu tidaklah bermakna

beliau tidak menitikberatkan nahu. Beliau melihat peranan nahu pada dua peringkat

pembelajaran, iaitu pada peringkat bahasa pertama dan pada peringkat bahasa kedua.  Pada

peringkat bahasa pertama, nahu berguna untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa

tentang susunan ayat dan fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi pedoman

dalam penyelidikan mereka. Oleh itu, sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita

Bahasa Melayu dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik

Melayu.

7

Page 8: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

Menurut Za’ba (1965) dalam bukunya berjudul Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan

Rumi Baharu, dengan adanya ilmu nahu, pengguna bahasa boleh mendalami lagi hal ehwal

bahasa mereka. Pada peringkat belajar bahasa asing, nahu perlu diutamakan supaya jangan

terikut kaedah nahu bahasa sendiri.  Sebenarnya, aspek tatabahasa yang dikemukakan oleh Za’ba

dalam Pelita Bahasa Melayu sebanyak 3 jilid itu dari segi rangka asasnya sudah lengkap dan

menyeluruh sesuai dengan saranannya agar orang selepasnya menokok-tambah mana-mana yang

tidak lengkap.

Secara asasnya, analisis Za’ba tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen

utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut.

Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik,

analisis Za’ba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu, istilah-

istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa

seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional. 

Za’ba melihat karangan sebagai satu wacana yakni wacana bertulis yang berbeza dengan

wacana lisan.  Karya-karya Za’ba dikatakan penting kerana telah meletakkan asas pengetahuan

Bahasa Melayu dari pelbagai aspek. Berikut merupakan antara karangan-karangan Za’ba yang

memfokuskan mengenai karangan bahasa Melayu iaitu buku Pelita Bahasa Melayu II (Rumi)

yang memberi latihan mengarang bagi darjah rendah. Seterusnya, buku Pelita Bahasa Melayu III

(Rumi) pula berbicara mengarang bagi darjah tinggi dan buku Ilmu Mengarang Melayu (Jawi)

mengenai cara mengarang bagi penuntut-penuntut di kolej.

Dari situ kita dapat melihat banyak dan amat besar perjuangan serta sumbangannya

kepada bangsa dan negara kita ini. Pendeta Za’ba serta semua karyanya adalah sebenar-benarnya

warisan bangsa yang amat berharga khususnya di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan yang

harus dikenang oleh generasi masa kini dan juga yang akan datang.  Dalam perspektif sejarah

penulisan tatabahasa Bahasa Melayu, Za’ba adalah satu-satunya ahli bahasa tempatan yang

menghasilkan tatabahasa Bahasa Melayu dalam bahasanya sendiri. Jika dipertalikan dengan cita-

cita Abdullah Abdul Kadir Munshi yang ingin menghasilkan karya tatabahasa Bahasa Melayu

sejak akhir abad kesembilan belas tetapi tidak kesampaian, Za’ba jugalah yang menyempurnakan

cita-cita tersebut.

8

Page 9: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

Namun begitu, jika diteliti kepada kandungan ketiga-tiga penggal buku Pelita Bahasa

Melayu, Za`ba nampaknya tidak sepenuhnya menumpukan perbincangan pada kaedah bahasa

dan nahu Melayu, tetapi dibicarakan kaedah-kaedah mengarang sebagaimana di dalam bukunya

Ilmu Mengarang Melayu. Walau bagaimanapun, dengan buku Pelita Bahasa Melayu tiga penggal

ini Za`ba telah meletakkan asas yang kukuh berhubung dengan kaedah bahasa dan nahu Melayu.

Bidang ini kemudian diperluaskan lagi oleh pakar-pakar bahasa selanjutnya seperti oleh Profesor

Asmah Haji Omar, Profesor Nik Safiah Karim, Profesor Farid Mohd. Onn. Profesor Abdullah

Hasan, Dr. Awang Sariyan dan ramai lagi.

Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1976), buku Pelita Bahasa Melayu Penggal

II merupakan buku dengan ketebalan 202 muka surat yang tertumpu terhadap asas karang-

mengarang. Za’ba memberi penekanan bahawa karangan terbentuk daripada sekumpulan ayat.

Bermula dengan asas subjek dan predikat, huraian dikembangkan kepada jenis dan ragam ayat,

tanda baca dan penggunaan rangkai kata (frasa) penerangan. Za’ba memberikan petua

mengarang daripada karangan biasa hinggalah kepada genre tradisional, cereka dan surat

kiriman.

Bagi buku Pelita Bahasa Melayu Penggal II ini, fokus persoalan ialah mengarang, ayat-

ayat tunggal, cara penyambungan ayat, memakai tanda-tanda dalam tulisan, cakap ajuk dan

cakap pindah, perenggan-perenggan ayat, perkataan-perkataan pembatas karangan dan latihan

mengarang termasuk menulis cerita pendek. Contoh cakap ajuk ialah memindah cakap orang

tanpa mengubahnya seperti berikut :

Katanya kepada saya, “Bapa engkau itu terlalu garang.”

Manakala cakap pindah ialah mengubah cakap disampaikan, contoh:

“Katanya kepada saya bapa saya itu terlampau garang.”

Di samping itu, kumpulan sasaran pembaca bagi buku ini adalah semestinya para

pendidik yang seharusnya boleh menjadikannya sebagai bahan rujukan utama untuk sesi

pengajaran yang berkaitan dengan karangan. Memandangkan buku tersebut juga memfokuskan

kepada karangan peringkat rendah iaitu untuk murid-murid sekolah rendah, maka pendedahan

awal mengenai ilmu dan kemahiran ini sangat penting agar murid-murid terbiasa untuk

menghasilkan karangan yang berkualiti.

9

Page 10: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

Oleh yang demikian, peranan guru juga sangat diperlukan dengan memperbaiki lagi mutu

pengajaran mereka supaya objektif pembelajaran bukan sahaja tercapai, malahan murid-murid

dapat diterapkan dengan nilai pentingnya menghargai dan mendalami bahasa ibunda sendiri iaitu

bahasa Melayu. Guru-guru haruslah memupuk semangat cintakan bahasa Melayu serta mendidik

murid-murid agar memiliki jati diri serta berpegang teguh kepada slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”.

Menurut Hashim Awang (1995), murid-murid terutamanya yang seawal usia 7 tahun iaitu

sekolah rendah, sememangnya merupakan tahap umur yang sesuai bagi memupuk semangat

perjuangan terhadap pentingnya mempelajari dan menguasai bidang bahasa Melayu. Jadikan

naskhah Za’ba dan semangat beliau sebagai inspirasi untuk meneruskan legasi keilmuan beliau.

Jangan terlampau menyanjung tinggi tokoh sarjana Barat, sedangkan negara kita sendiri telah

memiliki tokoh ilmuan yang sangat ulung setanding dengan tokoh antarabangsa.

Sesungguhnya, Za’ba berpendirian bahawa bahasa adalah “alat mengeluarkan fikiran”.

Perkaitan antara kedua-duanya adalah sangat erat, dalam erti kata bahasa yang digunakan itu

hendaklah dengan tepat menggambarkan fikiran. Za’ba mengatur pedoman penggunaan bahasa,

khususnya dalam karang-mengarang dengan mengatakan bahawa :

“Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan mendengar atau

membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati betul-betul seperti maksud yang

di dalam hati, tentulah orang tersalah faham atau tiada dapat oleh mereka tujuan yang

dikehendakkan itu.”

(Bab Permulaan, Ceraian 4)

Walau bagaimanapun, Za’ba mengajar bukan setakat bahasa sahaja, tetapi menanamkan

semangat dan kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri. Buku tatabahasa Pelita Bahasa Melayu

Penggal 2 merupakan sebuah karya agung yang benar-benar menjadi pelita ke arah menerapkan

serta mencurahkan ilmu tatabahasa terhadap masyarakat. Pendekatan teori tradisional yang

digunakan oleh Za’ba walaupun terdapat kekurangnnya, namun tetap merupakan sebuah karya

yang mantap.

10

Page 11: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

Pemikiran Za’ba sewaktu menghasilkan buku tatabahasa ini begitu cemerlang sehingga

karya ini tidak lapuk ditelan zaman. Perbincangan yang meluas meliputi pelbagai bidang

tatabahasa telah mencakupi pelbagai bidang sehingga ke hari ini yang telah melangkah ke dunia

yang lebih maju dan moden.

11

Page 12: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

KESIMPULAN

Setelah membaca dan meneliti isi kandungan karya Pendeta Za’ba, dapat disimpulkan bahawa

ketokohan Za’ba sebagai bapa tatabahasa Melayu moden patut didedahkan kepada murid.

Sumbangan besar Za’ba dalam membina asas tatabahasa telah menjadi pegangan hingga kini

sepatutnya disebarluaskan dalam kalangan masyarakat. Petua karang-mengarang yang

disarankan juga tetap relevan sampai bila-bila.

Sekiranya hasil karya Za’ba hendak digunakan dalam perbincangan profesional guru

bahasa Melayu dan aktiviti pembelajaran di bilik darjah, modul yang lebih mudah perlu

disediakan terlebih dahulu. Penggunaan carta, peta minda dan teknik permainan mungkin boleh

diikhtiarkan. Sebagai permulaan, guru-guru bahasa Melayu harus sanggup berbengkel dan

bersidang untuk menghasilkan modul pembelajaran bahasa ala Za’ba yang mudah, memikat dan

menghadirkan keseronokan kepada murid, dan bukan sebaliknya.

Perbincangan mengenai pemikiran dan kesarjanaan Za`ba tidak mungkin terungkapkan

dalam mana-mana penulisan pun.. Kajian yang mendalam lagi analitis dan kritis diperlukan

untuk menghargai jasa dan sumbangan Za`ba dalam bidang bahasa dan persuratan. Janganlah

kita terlampau mengagumi tokoh sarjana Barat seperti Ferdinand de Saussure, Leonard

Bloomfield, Noam A. Chomsky, M. A. K. Halliday, dan yang lain-lain sehingga lupa akan

kehebatan Za`ba dalam meletakkan asas perkembangan ilmu bahasa atau linguistik di Malaysia.

Namun begitu, usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam mewujudkan

“Kursi Za`ba” dalam rangka mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu

merupakan usaha yang terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara

tokoh yang menjadi tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan institusi awal

universiti tersebut, malah sebagai penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa Melayu

baharu. Di samping itu, usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak Za`ba yang

bersifat muzium tokoh seakan-akan muzium Hemingway di England itu akan dapat

mengabadikan sumbangan Za`ba dalam meneruskan tradisi keilmuan di negara kita yang tercinta

ini.

(3000 patah perkataan)

12

Page 13: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

RUJUKAN

Abdullah bin Abdul Kadir. (1970). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am-Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hussain dan Khalid Hussain. Pendita Za'ba Dalam Kenangan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Adnan Hj. Nawang. (1994). Za'ba Patriot dan Pendeta Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan

Penataran Ilmu.

Asmah Haji Omar. (1993). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Asmah Haji Omar. (1976). "Za`ba dalam Linguistik : Satu Tinjauan mengenai Aspek-aspek

Bahasa yang Diutarakannya" dalam Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

(Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta Za`ba). Kuala Lumpur : Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Awang Sariyan. (1996). "Penyusunan Tatabahasa Melayu : Dari Pelita Bahasa Melayu ke

Tatabahasa Dewan” dlm. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharudin Zainal et. al. (1981). Wajah (Biografi 100 Penulis). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu: Jilid 4, R-Z, (1999). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang (1995). "Retorika Melayu dari Tanggapan Za`ba". Kertas Kerja Kongres

Bahasa Melayu Sedunia (21-25 Ogos 1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

Page 14: SEJARAH PERKEMBANGAN BM1.docx

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1976). "Pendeta Za’ba : Suatu Penghormatan" dalam

Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan (Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta

Za’ba). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Za’ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Za 'ba. (1985). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Za 'ba. (1985). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14