Sejarah Komputer (Assignment)

4
SEJARAH KOMPUTER Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah, rajah dan akan memprosesnya kemudian memanipulasikan untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input, lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia mempunyai kelajuan, kebolehpercayaan, keupayaan storan, produktiviti , membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan keputusannya tepat. Sejarah dan perkembangannya pula, perlu dilihat secara kasar dan ringkas supaya kita boleh menghargai teknologi komputer masa kini. Sejarah bermula dari zaman purba di mana manusia telah pun mencipta dan menggunakan pelbagai sistem pengiraan untuk kerja- kerja harian mereka. Walaupun sistem yang digunakan pada zaman itu primitif, tetapi sistem itu mencukupi dan memenuhi matlamat mereka. Namun sepanjang perkembangan itu, manusia sentiasa mencari cara supaya mereka boleh mengira dengan cepat dan tepat. Ini memandangkan kepantasan akal manusia bagi melaksanakan tugas mengira adalah terbatas. Selain itu, terlalu kerap menghasilkan

description

kgjhvjhvk,nv

Transcript of Sejarah Komputer (Assignment)

SEJARAH KOMPUTERKomputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah, rajah dan akan memprosesnya kemudian memanipulasikan untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input, lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia mempunyaikelajuan, kebolehpercayaan, keupayaan storan, produktiviti, membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan keputusannya tepat.Sejarah dan perkembangannya pula, perlu dilihat secara kasar dan ringkas supaya kita boleh menghargai teknologi komputer masa kini. Sejarah bermula dari zaman purba di mana manusia telah pun mencipta dan menggunakan pelbagai sistem pengiraan untuk kerja-kerja harian mereka. Walaupun sistem yang digunakan padazaman itu primitif, tetapi sistem itu mencukupi dan memenuhimatlamat mereka. Namun sepanjang perkembangan itu, manusia sentiasa mencari cara supaya mereka boleh mengira dengan cepat dantepat. Ini memandangkan kepantasan akal manusia bagimelaksanakan tugas mengira adalah terbatas. Selain itu, terlalu kerapmenghasilkan kesilapan dan jawapan kurang tepat. Oleh itu, alat atau mesin mengira yang cepat dan tepat sentiasa diusahakan.Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada 3 bahagian untuk menggambarkan pendekatan manusia ke arahpenciptaan komputer yang ada sekarang iaitu sejarah teknik merekod, sejarah mesin kad tebukdan sejarah komputer elektronik. Sesetengah buku pula menyatakan bahawa sejarah pengkomputeranboleh dibahagikan mengikut zaman iaitu zaman kaedah primitif, zaman kaedah mekanikdan zaman kaedah elektronik. Walaupun terdapat perbezaan dalam menyatakan sejarahperkembangan komputer namun kandungannya sama iaitu manusiamenggunakan pelbagai jenis peranti di dalam pemprosesan data.Sejarah perkembangan awalan merekod ialah di mana orang Sumeriamenulis di atas kepingan tanah liat. Orang Mesir menulis di atasPapyrus dan menggunakan 'Calmus' sebagai alat menulis. OrangGreek dan Romania menggunakan buku yang diperbuat daripadakepingan kayu nipis berlilin. Kertas dan pen mula digunakan sejak kurun ke 14. Namun pada zaman primitif, manusia mengira dengan menggunakan jejari tangan dan kaki untuk mewakili nilai ataubilangan nombor. Jika rekod yang tetap dikehendaki, berbagai-bagaikaedah digunakan. Satu daripada kaedah-kaedah itu ialahmenandakan rekod itu di permukaan kayu-kayu atau tulang-tulang binatang.Mengikut perkembangan komputer tempatan, kita dapat merasakan ledakkannya yang agak drastik. Komputer kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan dan mempengaruhi kehidupanseharian kita. Sebenarnya komputer telah diperkenalkan kepadamasyarakat dunia sejak beberapa abad lalu. Di negara kita, komputermula digunakan di Malaysia pada tahun 1965 apabila LembagaLetrik Negara menggunakan komputer untuk memproses gaji kakitangan dan juga akaun syarikat. Tetapi komputer tidak disambutbaik pada ketika itu kerana kos komputer yang tinggi dankekurangan tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidangkomputer.Kini atas kesedaran masyarakat tentang kepentingan komputer terhadap pembangunan negara, maka kita dapat melihat perubahan positif yang agak ketara. Komputer digunakan oleh masyarakatmengikut keperluan masing-masing bukan sahaja digunakan olehagensi kerajaan dan swasta tetapi juga orang awam. Malaysiasekarang muncul sebagai pengguna yang keempat terbesar di Asia. Pada tahun-tahun akan datang,keperluan tenaga mahir dalam komputer akan berlipat ganda. Peluang kemudahan sistem komputer pusat ini diterima keranaMalaysia mempunyai sistem komunikasi yang baik.Walaupun penggunaan komputer kini meluas ke pelbagai bidang dansektor masyarakat seperti perindustrian, perubatan dan penyelidikan, perdagangan, hiburan, pengangkutan, komunikasi dan sektor awam. Namun tumpuan diberikan kepada bidang pendidikan. Inimemandangkan kepada 3 sebab utama komputer digunakan dalampendidikan iaitu perkembangan teknologi baru telah menawarkan satu teknologi maklumat yang berkuasa, bersepadu serta berfungsi kerana kaedah ini memudahkan penyimpanan dan penyampaian maklumatkepada para pendidik dan pelajar.Seterusnya, komputer berperanan sebagai alat berkaitan dengan maklumat dan pengetahuan.Akhirnya, para pendidik dan pelajar memerlukan maklumat dan pengetahuan sebagai kunci kejayaan.Kesimpulannya, komputer akan bertambah maju pada masa akandatang. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi lengkap dengan ciri-ciri yang lebih baik dan berguna. Komputer masa depan boleh menaakul, berfikir, membuat keputusan dan belajar dari kesalahan. Ia juga lebih pantas dan berkuasa serta mempunyai kapasiti ingatan yang lebih. Namun ia mudah digunakan dan lebih praktikal. Tambahankomputer masa hadapan akan membuat lebih banyak tugas serentak. Oleh itu, ia akan menjimatkan masa dan lebih ramai orang yang akan menggunakannya dalam menjalankan tugas harian.