Sajak sejadah rindu

9
PUISI MODEN : SEJADAH RINDU (MOHD. HAIKAL AMINUDDIN) Rangkap 1 Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu . Maksud: Penyajak berdiam sambil bermunajat kepada Allah SWT sewaktu berada di atas sejadah. Beliau mengadu kepada yang Maha Esa sambil memuji kehebatan dan kebesaran Yang Maha Agung. Dalam bermunajat itulah timbul satu persatu segala kesilapan dan kesalahan yang pernah penyajak lakukan. Sebelum ini jiwanya selalu tertutup untuk memikirkan kesalahannya yang lalu.

Transcript of Sajak sejadah rindu

Page 1: Sajak sejadah rindu

PUISI MODEN : SEJADAH RINDU (MOHD. HAIKAL AMINUDDIN)

Rangkap 1

Terkedu akudi sejadah rindumengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu .

Maksud: Penyajak berdiam sambil bermunajat kepada Allah SWT sewaktu berada di atas sejadah. Beliau mengadu kepada yang Maha Esa sambil memuji kehebatan dan kebesaran Yang Maha  Agung. Dalam bermunajat itulah timbul satu persatu segala kesilapan dan kesalahan yang pernah penyajak lakukan. Sebelum ini jiwanya selalu tertutup untuk memikirkan kesalahannya yang lalu.

Page 2: Sajak sejadah rindu

Rangkap 2

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Kupohon kembali nafas kehidupandalam keterhadan dan keterbatasan insanmoga terbuka ruang keampunansebelum saat aku dinisankandi masa yang Kautetapkan.

Maksud: Dengan menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar Tuhan menunjukkan dia jalan ke arah kebenaran biarpun akur tentang segala kekurangan dirinya yang ada sebagai manusia biasa. Apa yang diharapkan agar segala taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia.

Page 3: Sajak sejadah rindu

Rangkap 3

Air mata menjadi saksikeikhlasan menjadi buktiakhirnyaaku sujud menghadap Ilahidi keheningan yang sepilafaz taubat mengiringinafas sebak kian mengikuti.

Maksud: Penyajak menangis mengenangkan dosa-dosanya dan bertaubat dengan ikhlas sambil menyerahkan diri kepada Tuhan. Beliau menangis teresak-esak dalam suasana bening menyatakan keinsafan diri terhadap kesalahan lalu.

Page 4: Sajak sejadah rindu

Rangkap 4:

Hati ini luluhjiwa yang kaku tersentuhayat-ayat cinta disusun kukuhdi sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguhdari Pencipta dalam gemuruh.

Maksud: Keegoan diri penyajak musnah dan dia berasakan dirinya kosong. Penyajak memuji keagungan Tuhan di atas sejadahnya. Beliau memohon keampunan dengan sepenuh hati dengan penuh rasa takut hanya kepada Tuhan. 

Page 5: Sajak sejadah rindu

Rangkap 5

Ungkapan doa pada Yang Esaizinkan aku menjadi manusiayang taat sentiasapada perintah Maha Kuasaagar aku tidak lupadunia ini hanya bersifat sementara.

Maksud : Penyajak mengharapkan kepada Tuhan agar beliau menjadi hamba yang taat kepada perintahNya sepanjang hayat. Beliau juga berharap agar beliau tidak leka dengan kehidupan di dunia yang bersifat sementara.

Page 6: Sajak sejadah rindu

TemaTema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama.

Persoalan(a) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa. (b) Kepentingan mendirikan sembahyang.(c) Kepentingan didikan agama(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.

Page 7: Sajak sejadah rindu

GAYA BAHASA(a) Metafora

Buktinya, di sejadah rindu

(b) Bahasa asing, bahasa ArabBuktinya, mengungkap kalimah syahdudalam keterhadan dan keterbatasan insanaku sujud menghadap Ilahilafaz taubat mengiringi

(c) Pengulangan kataBuktinya, di sejadah rindudi masa yang Kautetapkandi keheningan yang sepidi sejadah rindu yang luruh

(d) SinkopeBuktinya, mengenang dosaku yang terdahulukupohon kembali nafas kehidupandi masa yang Kautetapkankemaafan yang kupohon

(e) ResponsiBuktinya, izinkan aku menjadi manusiaagar aku tidak lupa

Page 8: Sajak sejadah rindu

NILAI MURNI(a) Keinsafan(b) Kepercayaan kepada Tuhan(c) Rasional(d) Kesyukuran(e) Ketaatan(f) Hemah tinggi(g) Keikhlasan(h) Kejujuran(i) Keberanian

Page 9: Sajak sejadah rindu

PENGAJARAN

(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.

(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.

(c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.

(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita.

(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.

(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.

(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang.

(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.

(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada usia tua